hbae3103(820531136163001).docx

30
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA JANUARI / 2014 HBAE3103SMP KRAF TRADISIONAL NAMA : YUNUS BIN ELI NO. MATRIKULASI : 820531136163001 NO. KAD PENGNEALAN : 820531-13-6163 NO. TELEFON : 0198166500 E-MEL : [email protected]

Upload: yhesam

Post on 22-Jul-2016

52 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tugasan kimia ii

TRANSCRIPT

Page 1: HBAE3103(820531136163001).docx

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI / 2014

HBAE3103SMP

KRAF TRADISIONAL

NAMA : YUNUS BIN ELI

NO. MATRIKULASI : 820531136163001

NO. KAD PENGNEALAN : 820531-13-6163

NO. TELEFON : 0198166500

E-MEL : [email protected]

NAMA TUTOR : EN. DANIEL CHONG

KOCK HUI

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SIBU

Page 2: HBAE3103(820531136163001).docx

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 1-2

2.0 KONSEP ISLAM DALAM MASYARAKAT

MELAYU 3-4

3.0 ANALISIS PERBINCANGAN CIRI-CIRI

FALSAFAH MELAYU 5

3.1 Proses Penggarapan Idea 6

3.2 Proses Mentafsir Idea 7-8

3.3 Pengaruh Dalam Memberi Makna 9

4.0 UKIRAN KAYU TRADISIONAL 10-11

4.1 Proses Penghasilan Silat 12

4.2 Proses Kemasan 13-15

4.3 Perkaitan Ukiran Kayu Tradisional

dengan Falsafah Melayu 16

5.0 KESIMPULAN 17

6.0 RUJUKAN 18

Page 3: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

1.0 PENGENALAN

Seni kraf tangan mempunyai kaitan yang amat rapat dengan identiti sesuatu bangsa. Penghasilan

sesuatu kraftangan yakni merujuk kepada kraf tradisional tersimpan unsur-unsur budaya secara

jelas diperlihatkan melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak dan warnanya. Berdasarkan akta

Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan Malaysia 1979, keluaran kraf tangan boleh ditakrifkan

sebagai satu keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan

adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada

kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik. Merujuk Kamus Dewan edisi

keempat, kraf tangan merupakan perusahaan kerja seni yang memerlukan daya cipta dan

kemahiran menggunakan tangan. Definisi lain ialah Menurut Mackenzie, Donald A., (1926)

menyatakan kraf tradisional yang mana dihasilkan ini merupakan elemen yang penting untuk

mencerminkan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang sesuatu bangsa.

Selain itu, tumpuan juga boleh dialih kepada bidang yang sering menarik minat pelancong-

pelancong dari negara luar. Melalui kemahiran tangan yang tinggi akan dapat menghasilkan satu

seni kraf yang bermutu tinggi yang tiada tolok bandingnya. Dari perspektif yang lain kraf tangan

biasanya dihasilkan untuk kegunaan aktiviti seharian yang meliputi aktiviti-aktiviti seperti

memasak, berkebun, pertahanan, upacara istiadat dan keagamaan. Kehalusan seni kraf ini dapat

mengambarkan corak budaya sesuatu masyarakat yang terkenal dengan sifat perkerti yang mulia,

ketelitian dan tekun berusaha. Ia menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat terutamanya

masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.

Dari rentetan sejarah kraf tradisional Melayu telah wujud Sejak dari dahulu lagi yakni sebelum

kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu, seni kraf melayu telah berkembang dengan meluas

dan disampaikan hanya dengan cara lisan yakni dari generasi kepada satu generasi sehinggakan

kesenian masyarakat Melayu telah diperakui dunia sebagai yang terunik dan menarik. Seni rupa

dalam masyarakat Melayu merupakan ciptaan yang mengandungi unsur-unsur seni yang

dihasilkan oleh orang Melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.

1

Page 4: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

Seni kraf Melayu pada satu ketika dahulu lebih kepada menyembah arca ukiran selain patung

seni ukiran kayu yang mula diterapkan dalam budaya masyarakat Melayu. Seni ukiran kayu yang

diciptakan sebagai mewakili roh atau semangat dan ia secara jelas menunjukkan semua aspek

kehidupan masyarakat Melayu ditentukan oleh kuasa ghaib. Pemikiran dan seni kraf Melayu

telah mengalami satu evolusi apabila agama Islam mula meresap dalam diri masyarakat Melayu

dan mengubah keseluruhan fungsi kraf tradisional melayu dari segi tujuan, motif, dan gaya corak

yang dihasilkan. Sekaligus menjadikan ia sebagai satu cara hidup masyarakat melayu pada

zaman dahulu.

2

Page 5: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

2.0. KONSEP ISLAM DALAM MASYARAKAT MELAYU

Daripada rentatan sejarah, masyarakat Melayu Semenanjung Malaysia telah mengalami beberapa

tahap fahaman dan kepercayaan agama sebelum ajaran Islam bertumbuh biak di seluruh pelosok

hidup masyarakat Melayu. Menurut Abdul Halim Nasir 1986 telah membahagikan

perkembangan tahap kefahaman masyarakat Melayu kepada tiga tahap iaitu fahaman animisme,

fahaman Hindu Buddha dan fahaman Islam. Dengan kedatangan fahaman Islam yang dipercayai

datang dari negeri Arab, Parsi dan India dalam kurun ke 14 Masihi secara meluas ke Nusantara

telah membawa seribu perubahan terhadap kepercayaan orang Melayu. Ajaran Islam telah

diterima baik oleh orang Melayu dan mula memeluk agama Islam. Seperti yang telah

diperbincangkan pada bahagian pengenalan yang berkaitan dengan kesenian Melayu yang telah

mengalami revolusi setelah kedatangan fahaman Islam. Seni Islam merupakan sebahagian

daripada kebudayaan Islam. Perbezaan antara seni Islam dengan seni-seni yang lain ialah niat

atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Ia semua bertitik tolak

daripada falsafah seni dan budaya Islam yang berlandaskan akidah tauhid.

Menurut Al Ghazali “kesenian merupakan satu penghasilan dari jiwa yang jujur dan tercipta bagi

menyatakan suatu jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia ibarat penyatuan rasa dan ucap syukur akan

keindahan yang diciptakanNya kepada diri mereka. Manakala Al-Farabi turut menjelaskan

bahawa seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan dari segi perspektif Islam seni

merupakan satu desakan yang dianugerahkan oleh Allah untuk memeriahkan dan membesarkan

keagungan Allah SWT. Ia merangkumi dari aspek akidah dan tauhid yang menjadi ciri-ciri

kehidupan Islam. Al-Quran merupakan sumber kepada seni dan budaya dalam menjelaskan

bahawa Allah SWT bersifat dengan segala kesempurnaan dan Maha Suci lagi Maha Indah. Oleh

yang demikian, masyarakat Melayu seharusnya menghargai keindahan ciptaan Allah SWT yang

boleh membawa kepada pertambahan dan pengukuhan keimanan kepada Allah. Inilah yang

dimaksudkan dengan tauhid asas kepada konsep dan falsafah kesenian dalam Islam. Secara

asasnya falsafah seni dan budaya Islam terbentuk daripada tiga prinsip-prinsip utama iaitu.

3

Page 6: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

Menurut Othman Yatim (2000), fahaman fundamental Islam telah mendorong penerapan ukiran

kayu Melayu. Ukiran-ukiran motif baru yang memiliki unsur seperti bentuk geometri, arabes,

kaligrafi, bunga-bungaan, pucuk tumbuhan dan dedaunan. Secara perlahan-lahan ukiran yang

bermotifkan figura dan haiwan telah ditukar kepada ukiran fahaman Islam seperti ukiran itik

bertukar kepada motif itik pulang petang dan motif badar ditukarkan kepada badar mudik. Motif-

motif ini terdapat dalam penghasilan kraf tradisional seperti ukiran, tekat, songket, anyaman dan

tenunan. Di bawah beberapa contoh hasil kraf yang dihasilkan menerapkan falsafah Islam secara

keseluruhan dan bermotifkan geometri, kaligrafi, bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.

Rajah 1.0: Ukiran kaligrafi Rajah 1.1: Kraf tekat

Rajah 1.2: Kraf songket Rajah 1.3: Kraf anyaman

4

Page 7: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

3.0 ANALISIS PERBINCANGAN CIRI-CIRI FALSAFAH MELAYU

Merujuk kamus dewan edisi keempat, falsafah membawa maksud satu pengetahuan tentang

pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.

Pengertian dari sudut lainnya pula, falsafah bersifat keilmuan yang sentiasa menjadi pegangan

dan panduan dalam hidup manusia. Jika dihurai falsafah yang terdapat dalam masyarakat Melayu

ia lebih berteraskan kepada falsafah Islam yang meliputi segala aspek khususnya kesenian

Melayu yang terselit sedikit sebanyak menjurus kepada cara hidup masyarakat Melayu. Secara

asasnya falsafah Melayu adalah berteraskan kepada ilmu tauhid yang menjadi pegangan hidup

Islam. Ini kerana masyarakat Melayu telah menerima agama Islam sebulat-bulatnya dan ia telah

adaptasikan dalam kehidupan mereka yang mana, ilmu tauhid ini berlandaskan Al-Quran dan Al-

Hadith. Maka, tidak hairanlah kesenian Islam dengan cepat mengubah persepsi kesenian Melayu

kuno yang banyak memberi penekanan kepada ukiran berbentuk figure dan menyembah ukiran

tersebut.

Pada asasnya, kesenian Islam merupakan suatu unsur sangat penting untuk memberikan kesan

yang mendalam terhadap rekaan dan penghasilan seni kraf tangan Melayu di dalam negara

Malaysia. Contohnya, seni kraf tangan Melayu seperti tembikar, tenunan, anyaman, batik, kain

sarung dan sebagainya adalah dihasilkan berdasarkan motif yang berunsurkan kesenian Islam

seperti tulisan tulisan Al-Quran, Arabes dan sebagainya. Oleh yang demikian, perbincangan

dalam bahagian kertas ini akan bertumpu perhatian terhadap hasil analisis yang mana dilakukan

terhadap ciri – ciri Falsafah Melayu dan juga kesenian Melayu yang relevan.

5

Page 8: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

3.1 Proses Penggarapan Idea

Dalam penghasilan karya seni Melayu yang agung dan bermutu tinggi, satu proses yang amat

penting harus dilakukan dengan lebih teliti. Ia adalah merujuk kepada proses pengarapan idea

yang menjadi tunjang yang penting kepada kesenian lebih-lebih lagi dalam kesenian Islam.

Tanpa idea yang sesuai dan berkesan, sesuatu hasil seni yang dihasilkan itu tidak akan berjaya

mendapat tempat di hati masyarakat umum.

Menurut Farish Noor & Eddin Khoo (2003) proses penggarapan idea menyentuh tentang satu

proses penggarapan motif untuk menghasilkan karya kraf tangan Melayu seperti batik Melayu

yang mana menggunakan motif arabes, geometri, dan juga flora sebagai inspirasi untuk

penghasilan seni karya tersebut. Ini dapat dilihat dengan mudah dalam motif-motif yang

dibentuk rata-rata menggunakan sumber alam sebagai motif utama seperti sulur kacang, daun

sirih, paku pakis, bunga cengkih dan sebagainya. Jika diteliti dengan lebih mendalam asas motif

yang digunakan adalah sama hanya terdapat pengubahan terhadap nama motif-motif tersebut.

Seperti motif Pucuk Rebung, Bunga Tanjung, Bunga Gorek dan sebagainya. Dalam proses

penggarapan idea ini bukan hanya setakat terbatas kepada motif dari fauna sahaja malahan ia

meliputi bentuk geometri, fauna dan benda-benda yang berada disekeliling alam maya seperti

awan, ombak dan batu-batuan. Menerusi pengaruh kesenian Islam yang datang dari benua timur

tengah, pengarapan idea kesenian juga boleh didapati dalam bentuk tulisan khat atau kaligrafi.

6

Page 9: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

3.2 Proses Mentafsir Idea

Pada bahagian mentafsir idea pula setiap motif yang menjadi pilihan mempunyai maksud motif

yang tersendiri dan sudah semestinya ia mempunyai kaitan yang amat rapat dengan kehidupan

bermasyarakat dan nilai-nilai keagamaan. Motif yang dihasilkan bukan sahaja dapat

meningkatkan minat orang yang menggunakan motif tersebut tetapi juga dapat menyebarkan

pengajaran serta nilai yang terkandung dalam ajaran Islam sebagai contoh motif kaligrafi yang

sering digunakan dalam seni ukiran selain digantung di dinding ia juga dijadikan sebagai

pelindung daripada gangguan mahluk-mahluk halus. Kepercayaan masyarakat Islam tentang

kebenaran ayat-ayat Al-Quran sebagai senjata utama umat Islam menjadikan ukiran kaligrafi

sebagai hiasan yang menarik tetapi juga mengekang ganguan iblis, syaitan dan jin malahan

berpandukan konsep tauhid ia dapat mendekatkan masyarat Melayu kepada Allah.

Rajah

1.4: Contoh ukiran kaligrafi berdasarkan Al-Quran

7

Page 10: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

Pentafsiran yang lain tentang idea motif ukiran ialah berdasarkan motif awan lawat yang sering

diletakan di atas jendela rumah melayu lama. Ukiran motif awan larat dan motif-motif yang lain

kebiasannya menggunakan teknik tebuk tembus. Ukiran tebuk tembus tersebut diletakan sebagai

kerawang rumah selain sebagai penghias ia juga digunakan untuk tujuan pengudaraan di dalam

rumah.

Rajah 1.5: Contoh ukiran tebuk tembus pada kerawang rumah melayu Melaka

Dalam penghasilan songket pada masa dahulu adalah dikangan bangsawan untuk menunjukkan

kepahlawanan dan keberanian pendekar Melayu. Songket juga melambangkan kebesaran raja-

raja Melayu pada zaman dahulu. Pembuatan songket yang menggunkaan benang emas dan perak

adalah melambangkan kemewahan dan sukar digunapakai oleh rakyat biasa. Motif kain songkat

yang selalunya menggunakan motif flora menjadikan seri dan kecantikan kepada si pemakainya.

Tetapi zaman sekarang, songket telah digunakan dengan meluas dan mambawa maksud

mempertahankan budaya dan identiti bangsa Melayu yang begitu gah pada masa dahulu.

8

Page 11: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

3.3 Pengaruh dalam Memberi Makna

Seni ukir Melayu yang menggunakan motif bungaan dan geometri banyak memberikan maksud

tersurat dan tersirat. Makna yang tersurat dapat diperhatikan secara jelas yang terdapat dalam

seni ukiran, anyaman, batik, tenunan dan lain-lain ialah kehalusan seni yang menjurus kepada

cara hidup masyarakat melayu bersopan santun dan pertuturan yang halus dalam kehidupan

seharian. Maksud tersirat pula lebih menjurus kepada penenkanan dalam diri pengamal seni

melayu di mana nilai kesabaran, kekemasan dan ketelitian dalam seni ukir ditekankan semasa

proses penghasilan seni kraf tersebut.

Dari segi perspektif seni Islam yang menjadi pengaruh besar dalam seni Melayu menyarankan

secara terang-terangan supaya umatnya sentiasa bersikap sabar dalam apa jua keadaan. Ini telah

memberi pengaruh yang besar dalam penghasilan seni ukir yang menitik beratkan kesabaran

yang penuh. Selain itu mencanting batik memerlukan sikap ketekunan yang tinggi supaya warna

corak dan warna yang dihasilkan tidak menjejas bahagian lain pada permukaan kain batik. Ini

lebih jelas dalam proses mencanting di mana, corak yang dilakarkan perlu dilukis dengan penuh

ketelitian agar semua corak kelihatan sama. Selain itu, tenunan songket juga menagih ketekunan

penenun apabila benang loseng yang disisipkan di antara benang-benang memerlukan ketekunan

yang tinggi supaya motif yang dibentuk sekata dan halus. Sementara itu, ketelitian penenun juga

perlu dalam memastikan benang yang digunakan tidak putus ketika kerja menyisip benang

dijalankan. Kelembutan membawa makna yang tersirat disebalik mengaruh motif yang

digunakan. Contohnya, dalam seni anyaman, tekat dan tenunan golongan wanita boleh

dikategorikan sebagai pelopor utama dalam bidang ini kerana teknik menganyam lebih

memberikan penekanan kepada liuk-lintuk tangan yang lembut sesuai dengan sifat wanita yang

terkenal dengan kelembutan, ketelitian dan kesabaran.

9

Page 12: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

4.0 UKIRAN KAYU TRADISIONAL

Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang-orang Melayu terdahulu yang

unik dan dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah makam, kepala sampan dan lain-lain.

kesenian ukiran ini secara asasnya diperturunkan atau dipelajari secara penurunan ilmu secara

turun-temurun. Ukiran membawa maksud mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan

menggunakan alat mengukir seperti pisau wali atau pahat ukiran ‘craving tool’. Menerusi kamus

dewan edisi keempat ukiran merujuk kepada sesuatu yang telah diukirkan, lukisan dll yang

terukir atau hasil dariapda mengukir , cara mengukir. Definisi ini juga diperkuatkan lagi menurut

Mohd Sabrizaa Abd Rashid (2007), yang mendefinisikan ukiran sebagai suatu usaha yang mana

mengukirkan sesuatu bahan seperti kayu dengan menggunakan pisau wali. Dalam erti kata lain,

apa-apa aktiviti mengukir di atas permukaan sama ada kayu, besi, batu atau tanah dan media lain

yang tajam dapat digunakan untuk mengukir itu juga boleh membawa makna yang sama seperti

definisi di atas.

Rajah 1.6: Proses mengukir Rajah 1.7 : Alatan untuk mengukir

10

Page 13: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

Ukiran secara asasnya terbahagi kepada empat kaedah mengukir yang terdiri daripada ukiran

layang yang mana, ukiran ini menekankan bahagian latar corak yang tidak ditebuk dan silat

hanya diolah pada bahagian corak ukiran. Ia juga merupakan satu ukisan yang mudah dan

ringkas. Kaedah kedua ialah ukiran bunga timbul. Berlainan dengan latar ukiran layang yang

tidak ditebuk, ukiran bunga timbul menggunakan teknik tebuk pada latar serta diukir secara

menyerong pada corak bertujuan untuk menimbulkan silat. Bagi kaedah yang ketiga pula, ialah

ukiran tebuk tembus. Istilah tebuk tembus merujuk kepada bentuk yang diolah secara tembus

pada bahagian latar dan menyerong pada corak dan latar untuk menimbulkan silat. Kaedah yang

terakhir ialah ukiran larik, di mana larikkan-larikkan diukir pada pada batang kayu untuk

mendapatkan bentuk bulat pada kayu.

Rajah 1.8: Contoh Ukiran Layang Rajah 1.9 : Contoh Ukiran Larik

Rajah 1.10 : Contoh Ukiran Bunga Timbul Rajah 1.11 : Contoh Ukiran Tebuk Tembus

11

Page 14: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)4.1 Proses Penghasilan Silat

Penghasilan silat pada ukiran amat penting dalam memberikan jiwa yang lebih kepada ukiran

tersebut. Silat digunakan untuk menimbulkan bentuk pada corak yang dihasilkan. Selain itu, silat

juga berperanan sebagai menampakkan motif ukiran dalam bentuk tiga dimensi. Keindahan

ukiran terletak pada jenis silat yang sesuai. Gubahan-gubahan silat yang sesuai dan menarik akan

menampakan pergerakan dan menimbulkan bentuk. Ia juga boleh menyerlahkan konsep tinggi

dan rendah dalam kedudukan atas dan ruang yang terdapat pada corak. Terdapat lima jenis

bentuk silat yang selalu digunakan oleh para pakar ukiran iaitu Silat Belah Rotan, Silat Dada

Turna, Silat Serong, Silat Leper dan Silat Minangkabau.

Rajah 1.12: Silat Leper Rajah 1.13: Silat Belah Rotan

Rajah 1.14: Silat Dada Tuma Rajah 1.15: Silat Minangkabau

Rajah 1.16: Silat Serong

12

Page 15: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)4.2 Proses Kemasan

Pada proses terakhir dalam menghasilkan ukiran kayu tradisional aialah proses kemasan. Proses

ini lebih merujuk kepada proses yang akan menentukan mutu sesuatu ukiran tersebut. Menurut

Zulkifli Hanafi (2000), proses kemasan adalah suatu proses yang cukup penting untuk

mempertingkatkan tahap kehalusan dan juga kecantikan sesuatu ukiran kayu tradisional. Tidak

hairan lah jika banyak pengukir-pengukir mahir mengambil masa agak lama untuk

mengemaskan ukiran mereka dengan ketelitian yang tinggi. Dalam melakukan proses kemasan ia

terbahagi kepada empat proses mudah iaitu menampal, melicin, membuang habuk dan mengilat.

I. Menampal

Kemasan pada ukiran dilakukan dengan meratakan dan membersihkan permukaan ukiran

dengan menampal bahagian-bahagian yang berlubang, serpih dan patah dengan menggunakan

habuk kayu yang dicampurkan dengan gam. Gambar di bawah menunjukkan proses menampal

dilakukan pada ukiran.

Rajah 1.17: Contoh proses

menampal

13

Page 16: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

II. Melicin

Setelah itu permukaan ukiran kayu dilicinkan dengan pengikis, kertas pasir, daun lalang atau

daun mempelas. Pahat rata dan kikir parut pula digunakan oleh pengukir-pengukir mahir untuk

melicinkan bahagian latar. Proses ini bertujuan menambahkan seri ukiran yang dihasilkan.

Gambar dibawah menunjukan proses melicin dilakukan.

Rajah 1.18 : Contoh

proses melicin ukiran secara moden

III. Pembersihan Habuk

Setelah proses melicinkan dilakukan, permukaan ukiran kayu tersebut haruslah dibersihkan dari

habuk dan debu-debu kayu dengan menggunakan berus cat. Ia bertujuan supaya permukaan

ukiran tersebut bersih dari kekotoran dan apabila proses mengilat dilakukan permukaan ukiran

tersebut akan kelihatan lebih cantik dan bersinar.

14

Page 17: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

IV. Mengilat

Pada bahagian mengilat pula, ukiran kayu yang telah dilicinkan akan dikilatkan dengan minyak

bijan atau getah kayu sena. Bahan-bahan yang digunakan ini lebih menjurus kepada pengilat

secara tradisional. Manakala kemasan moden lebih menggunakan syelek, vanis, pengilat kayu

dan pewarna kayu. Ia dilakukan dengan beberapa teknik seperti semburan, celupan dan sapuan.

Rajah 1.19: Contoh

proses mengilat ukiran

Bagi memastikan ukiran kayu tahan lama dan kelihatan cantik sentiasa, ia harus dibersihkan dan

digilap jika perlu elakan daripada terkena panas dan hujan. Selain itu, kaedah menyapu minyak

pada permukaan ukiran kayu akan mengekalkan rupa ukiran tersebut dan mencegah daripada

dimakan oleh anai-anai.

15

Page 18: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

4.3 Perkaitan Ukiran Kayu Tradisional dengan Falsafah Melayu

Dalam proses penghasilan ukiran kayu tradisional, tukang ukir zaman dahulu sentiasa berpegang

pada falsafah yang menjadi disiplin hidup meraka. Falsafah ini kemudian digarapkan dalam

penghasilan motif ukiran tradisional yang dihasilkan. Antara falsafah yang mempunyai perkaitan

yang amat rapat dengan motif ukiran kayu tradisional ialah “membelit tetapi tidak menikam”

falsafah ini bermaksud pokok yang mempunyai tabiat melilit tidak akan memusnahkan pokok

asal. Dalam erti kata lainnya, walaupun terdapat ketidak sefahaman atau perkengkaran dalam

hubungan persahabatan atau persaudaraan jangan sampai berpecah belah.

Falsafah Melayu yang lain pula “dalam menjalar ia tidak boleh menindih atau menikam, bila

bertemu halangan ia akan menyulur ke bawah. Walau ke mana sekali pun ia berkembang atau

membiak akhir sekali pucuk ke atas menghadap langit sebagai tanda itu akhit perjalanan insan

iaitu menghadap Tuhan yang maha Esa (ALLAH)” Falsafah ini sudah cukup menjelaskan

bahawa dari motif bunga yang menjalar dalam ukiran tersimpan nilai kehidupan yang berbolah

balik dan ahkirnya bertemu dengan Allah swt dalam keadaan yang suci dan bersih.

Falsafah Melayu ini adalah berkaitan dengan pahlawan yang menjadi lagenda masyarakat

Melayu terdahulu yakni Laksamana Hang Tuah. Tercatit dalam hikayat Melayu Hang Tuah

sebuah falsafah yang menjadi tanda semangat pahlawan dahulu yakni “Tuah sakti hamba negeri

Esa hilang dua terbilang, patah tumbuh hilang berganti, takkan Melayu Hilang di bumi”.

Berpandukan falsafah inilah, motif flora dijadikan sebagai lambang keutuhan bangsa Melayu

yang sukar untuk digugat dan jika terdapat seorang pahlawan Melayu yang gugur pasti ada

seorang yang gagah seperti yang hilang sebagai penggantinya.

16

Page 19: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya , seni kraf melayu merupakan seni kraf yang telah lahir sejak sekian lama

dan pernah menjadi satu kebangaan pada satu ketika dahulu. Sememangnya seni kraf ini adalah

sesuatu yang unik dan tak lapuk dek hujan, tak telan dek panas. Kesenian Melayu yang secara

keseluruhannya diseliputi dengan kesenian Islam yang telah dijadikan sebagai tunjang dalam

menjulang kesenian ini di peringkat antarabangsa. Dengan berkembangnya kesenian ini telah

memberikan kepelbagaian dalam seni kraf masyarakat. Ia secara jelas mempamerkan corak

hidup masyarakat Melayu yang asli dimana mereka sentiasa hidup dalam keadaan bersederhana,

sopan santun dan hormat-menghormati.

Walaubagimanapun, dalam gelombang dunia yang mengalami satu era permodenan, seni kraf

tradisional melayu sedikit sebanyak telah mengalami kesusutan. Ini kerana seni kraf tradisional

telah mempunyai persaing yang hebat yakni barangan-barangan moden diperbuat daripada

plastik. Selain itu, kemerosotan ini juga telah diperakui apabila kemahiran-kemahiran seni kraf

tradisoional hanya diperjuangkan oleh generasi senja yang masih bertenaga dan semangat yang

tinggi untuk menghasilkan seni kraf yang tiada tolok bandingnya. Persoalannya sekarang adakah

minat generasi muda sekarang di dalam memperjuangkan kraf tradisional melayu telah hilang

dalam diri mereka. Justeru, penglibatan generasi muda dalam seni kraf tradisional ini amat dialu-

alukan dan peluang sentiasa terbuka kepada generasi muda yang minat akan seni ini. Semoga,

seni kraf tradisional melayu sentiasa relevan setiap masa.

Jumlah Patah Perkataan : 3,000 Patah Perkataan

17

Page 20: HBAE3103(820531136163001).docx

BHAE3103SMP YUNUS BIN ELIKRAF TRADISIONAL (820531136163001)

6.0 RUJUKAN

Khairuddin Talib, HBAE3103 Kraf Tradisional (2011), Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Hajah Noresah Bt Baharom, (2005),Kamus Dewan ( Edisi keempat ), , Selangor Darul Ehsan: Dawana And. Bhd, Jalan Ampang.

Mohd Sabrizaa Abd Rashid (2007). Kajian Simbolisme Elemen-Elemen Estetik dan Ragam Hias Rumah Tradisional Melayu : Kajian Kes Seni Bina Gaya Pantai Timur, Tesis PhD, Institut Pengajian Siswazah, USM, 2007.

Farish Noor & Eddin Khoo (2003), Spirit of Wood, Periplus : Singapore

Othman Yatim (2000), ‘MENGUKIR KEGEMILANGAN LALU: BIOGRAFI WAN SU OTHMAN, PENERIMA ANUGERAH SENI NEGARA 1997’. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan.

Definisi Kraf, sumber diperolehi menerusi laman web: http://www.kraftangan.gov.my/main/content/72/?page_name=Definasi_Kraf_72&menuid=102

Arti dan pengertian Akhlak dalam Islam, sumber diperolehi menerusi laman web: http://islamiwiki.blogspot.com/2012/06/arti-dan-pengertian-akhlak-dalam-islam.html#.UuYgYNLTnIV

18