hasil perbincangan

10
Hasil Perbincangan Sebelum Praktikum Sebelum menjalani praktikum fasa 2 di SK Kampung Rembus ini, saya dan 3 orang rakan guru pelatih yang lain telah pergi ke sekolah untuk berjumpa dengan Guru Besar dan membuat perbincangan mengenai jadual waktu dan subjek-subjek yang akan di ajar. Saya juga telah berjumpa dengan guru pembimbing untuk mendapatkan rancangan pengajaran mingguan sebagai panduan sepanjang berpraktikum. Minggu pertama Pada minggu ini, saya belum memulakan sesi pengajaran. Oleh itu, minggu ini banyak dihabiskan untuk berbincang dengan pensyarah pembimbing bagi subjek major dan elektif dimana kami perlu mengatur masa untuk penyeliaan dan sebagainya. Selain itu, saya juga telah berbincang dengan guru pembimbing mengenai subjek- subjek yang akan saya ajar. Minggu kedua Berbincang dengan guru pembimbing mengenai RPH untuk minggu seterusnya. Hasil perbincangan memerlukan saya mengubah suai RPH untuk penambahbaikan bagi penyeliaan pada minggu hadapan. Selain itu saya juga ada berbincang dengan rakan guru pelatih saya yang lain cara-cara untuk mengajar dengan berkesan dalam menghadapi murid yang boleh tahan nakal.

Upload: syieffa-nisa

Post on 02-Jan-2016

48 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bgj

TRANSCRIPT

Page 1: Hasil perbincangan

Hasil Perbincangan

Sebelum Praktikum

Sebelum menjalani praktikum fasa 2 di SK Kampung Rembus ini, saya dan 3 orang

rakan guru pelatih yang lain telah pergi ke sekolah untuk berjumpa dengan Guru Besar

dan membuat perbincangan mengenai jadual waktu dan subjek-subjek yang akan di

ajar. Saya juga telah berjumpa dengan guru pembimbing untuk mendapatkan

rancangan pengajaran mingguan sebagai panduan sepanjang berpraktikum.

Minggu pertama

Pada minggu ini, saya belum memulakan sesi pengajaran. Oleh itu, minggu ini banyak

dihabiskan untuk berbincang dengan pensyarah pembimbing bagi subjek major dan

elektif dimana kami perlu mengatur masa untuk penyeliaan dan sebagainya. Selain itu,

saya juga telah berbincang dengan guru pembimbing mengenai subjek-subjek yang

akan saya ajar.

Minggu kedua

Berbincang dengan guru pembimbing mengenai RPH untuk minggu seterusnya. Hasil

perbincangan memerlukan saya mengubah suai RPH untuk penambahbaikan bagi

penyeliaan pada minggu hadapan. Selain itu saya juga ada berbincang dengan rakan

guru pelatih saya yang lain cara-cara untuk mengajar dengan berkesan dalam

menghadapi murid yang boleh tahan nakal.

Minggu ketiga

Pada minggu ini penyeliaan bagi subjek major dan elektif telah dibuat. Oleh itu, saya

telah berbincang dengan pensyarah pembimbing mengenai sesi pengajaran saya.

Melalui perbincangan saya mendapat banyak input untuk memperbaiki kelemahan-

kelemahan yang ada semasa sesi pengajaran saya.

Page 2: Hasil perbincangan

Minggu keempat

Minggu ini saya telah berjumpa Cikgu Messay selaku guru bagi subjek PSK tahun 4.

Saya telah berbincang mengenai beberapa aktiviti yang sesuai untuk tajuk saya pada

minggu ini. Hasil perbincangan sedikit sebanyak dapat membantu saya mencari idea

mengenai tajuk yang akan saya ajar.

Selain itu, saya juga telah bebincang dengan rakan guru pelatih mengenai

aktiviti minggu kemerdekaan. Kami telah berjumpa dengan guru besar bagi mendapat

pengesahan dan kebenaran untuk melaksanakan aktiviti tersebut.

Page 3: Hasil perbincangan

Hasil Kajian Kes

Bagi praktikum fasa 2 ini, saya telah memilih seorang murid untuk dijadikan sebagai

kajian kes saya iaitu Alistair murid tahun 4. Melalui hasil pemerhatian saya, saya

mendapati murid ini mempunyai masalah disiplin yang sukar difahami. Ada masa

tertentu murid ini akan membuat bising atau mengganggu rakan lain sehingga sukar

untuk dikawal. Namun ada masa murid ini akan menjadi murid yang baik dan

mendengar cakap.

Saya juga ada berbincang dengan Puan Messay selaku penolong kanan dan

guru yang mengajar di kelas tersebut. Beliau mengatakan murid tersebut memang

mempunyai masalah dan pernah dirujuk kepada doktor untuk membuat pemeriksaan

tetapi doktor mengatakan murid tersebut tidak mempunyai sebarang masalah. Oleh itu,

saya merasakan murid ini kurang mendapat perhatian dan telah melakukan pelbagai

masalah semata-mata untuk menarik perhatian guru-guru dan rakan-rakan yang lain.

Di samping itu, faktor persekitaran murid ini juga mungkin mempengaruhi sikap

murid tersebut iaitu dari segi pengaruh rakan-rakan ataupun keluarga seperti adik

beradik. Faktor rakan sebaya merupakan faktor yang sering mempengaruhi individu

memandangkan rakan adalah orang yang paling dekat dengan kita semasa berada di

sekolah mahupun luar sekolah. Semua perkara akan dikongsi dan dilakukan bersama

rakan sebaya.

Selain itu, saya mendapati murid ini tidak begitu lancar membaca dan pernah

memasuki kelas pemulihan. Dari segi percakapan, ada masanya saya kurang faham

apa yang dia perkatakan. Namun begitu, apabila saya meminta dia melakukan aktiviti,

dia boleh melakukannya dengan baik walaupun ada masanya sukar untuk dikawal

kerana sikap murid tersebut yang tidak dapat duduk diam dan suka berjalan.

Page 4: Hasil perbincangan

Soalan Soal Selidik (Kajian Kes Alistair)

A. Diri sendiri

1. Adakah kamu suka datang ke sekolah? YA TIDAK

2. Kamu suka mengganggu rakan-rakan semasa belajar. YA TIDAK

3. Kamu suka membuat bising semasa belajar. YA TIDAK

4. Kamu datang ke sekolah untuk bermain. YA TIDAK

5. Adakah kamu terpaksa untuk pergi ke sekolah? YA TIDAK

B. Keluarga

6. Ibu bapa atau adik beradik selalu bertanya mengenai masalah

kamu di sekolah.

YA TIDAK

7. Adakah kamu selalu meluangkan masa bersama ibu bapa di

rumah?

YA TIDAK

C. Rakan sebaya

8. Kawan-kawan suka mengganggu kamu semasa belajar. YA TIDAK

9. Kamu mempunyai ramai kawan di sekolah. YA TIDAK

D. Persekitaran sekolah

10.Adakah kamu menyukai suasana di sekolah? YA TIDAK

11.Adakah kamu seronok belajar di sekolah? YA TIDAK

Page 5: Hasil perbincangan

Hasil Pemerhatian

Budaya sekolah

Sepanjang saya berada di sekolah ini, saya mendapati sekolah ini mempunyai

budaya sekolah yang tersendiri. Memandangkan sekolah ini majoriti murid berbangsa

Iban, hanya 2 atau 3 orang murid sahaja yang Bergama Islam di sekolah ini. Walupun

begitu, saya dapat melihat semua murid ini dapat bergaul dengan baik tanpa ada

sebarang masalah komunikasi malahan murid yang berbangsa melayu itu boleh

memahami dan bertutur bahasa Iban dengan baik.

Saya juga mendapati sekolah ini mempunyai satu budaya membaca yang sangat

baik semasa waktu pagi sebelum kelas bermula di mana semua murid akan membaca

buku yang diketuai oleh ketua kelas. Selain itu, nilai yang ada pada murid-murid di

sekolah ini boleh dikatakan terpuji di mana mereka selalu membantu guru-guru untuk

mengangkat barang dan memberi salam apabila terserempak dengan guru.

Guru-guru

Di sekolah ini jumlah guru adalah tidak ramai memandangkan sekolah ini hanya

sekolah kecil. Namun begitu, saya dapat melihat hubungan yang baik antara guru-guru.

Walaupun bilangan murid yang tidak ramai, komitmen yang diberikan dan ditunjukkan

oleh guru-guru sangat baik dan perlu di contohi. Guru-guru di sekolah ini juga banyak

mambantu guru pelatih dan memberi layanan yang baik kepada kami semua.

Selain itu, saya dapat melihat guru besar sekolah ini begitu komited dalam

melaksanakan tugas sebagai pemimpin di sekolah ini. Beliau juga seorang yang sangat

mementingkan akademik dalam memastikan sekolah ini dapat melahirkan individu yang

cemerlang semua aspek.

Infrastrtuktur sekolah

Melalui pemerhatian saya mengenai infrastruktur sekolah ini, saya mendapati sekolah

ini mempunyai infrastruktur yang baik dan selesa untuk murid-murid belajar. Tambahan

Page 6: Hasil perbincangan

pula sekolah ini mempunyai pusat sumber yang mempunyai banyak buku dan murid-

murid boleh mencari bahan untuk rujukan dengan mudah. Selain itu, sekolah ini juga

mempunyai padang sekolah yang besar dan mudah untuk murid-murid melaksanakan

aktiviti kokurikulum dan pendidikan jasmani. Di samping itu, kemudahan LCD yang ada

di sekolah ini juga memudahkan saya untuk melaksanakan aktiviti pnp dengan

menggunkan ICT.

Page 7: Hasil perbincangan

Tugas-Tugas Khas

Lumrah di sekolah, sit-in merupakan salah satu rutin di mana guru perlu masuk kelas

bagi mengganti guru yang tidak hadir atau mempunyai urusan rasmi semasa waktu

persekolahan.

Melalui pengalaman sit-in saya, saya dapat mengenali dengan lebih dekat lagi murid-

murid di sekolah ini. Selain itu, saya juga dapat mencuba teknik atau straregi baru yang

boleh di gunakan semasa sesi PnP.

Namun begitu, kelas akan sukar dikawal apabila saya tidak menyediakan bahan

ataupun aktiviti untuk murid-murid semasa sit-in.

Oleh itu, saya perlu sentiasa bersedia untuk mempunyai aktiviti sampingan semasa sit-

in agar masa yang terluang itu dapat digunakan dengan sebaiknya dan berfaedah.