guru berkesan

5
PROFESION KEGURUAN GGGA1123 SEMESTER 1 2015/2015 Sarah Nadirah Bt Mohammad Kamal (P76316) Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014) Nurfarahin Bt Che Mohamad Ilias (P79056) ____________________________________________________________ ___________ _ Task 1: Salah satu ciri guru berkesan ialah pengurusan kelas guru berkenaan adalah baik. Soalan 1 Apakah yang anda fahamkan dengan maksud ‘pengurusan kelas yang berkesan’? Kefahaman saya tentang pengurusan kelas yang berkesan ialah sebagai seorang guru, pengurusan kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Menurut Suhaimi Taat, sia-sia sekiranya guru tidak mampu mengurus kelas dengan baik walaupun mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi. Tegasnya lagi, pengurusan kelas yang berkesan melibatkan pelbagai aspek iaitu keperibadian guru, jadual kelas, suasana kelas dan hubungan pengurusan serta pengajaran. Selain itu, pengurusan kelas yang berkesan akan lebih lancar sekiranya guru itu sendiri mempunyai sikap seperti pengurus. Dengan erti kata lain, seorang pengurus atau guru tidak hanya mengajar malah ‘concern’ dengan persekitaran dan masalah pelajar. Kepimpinan seorang guru bakal mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat di mana melibatkan interaksi dan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya membawa kepada kemajuan pelajar. Disamping itu juga, pengurusan kelas yang berkesan juga dapat dilihat apabila hubungan guru dan pelajar adalah baik

Upload: fazhani-faz

Post on 15-Apr-2017

123 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GURU BERKESAN

PROFESION KEGURUAN GGGA1123SEMESTER 1 2015/2015

Sarah Nadirah Bt Mohammad Kamal (P76316)Fazhani Binti Che Mat Zain (P79014)

Nurfarahin Bt Che Mohamad Ilias (P79056)________________________________________________________________________

Task 1: Salah satu ciri guru berkesan ialah pengurusan kelas guru berkenaan adalah baik.

Soalan 1

Apakah yang anda fahamkan dengan maksud ‘pengurusan kelas yang berkesan’?

Kefahaman saya tentang pengurusan kelas yang berkesan ialah sebagai seorang guru, pengurusan kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting. Menurut Suhaimi Taat, sia-sia sekiranya guru tidak mampu mengurus kelas dengan baik walaupun mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi. Tegasnya lagi, pengurusan kelas yang berkesan melibatkan pelbagai aspek iaitu keperibadian guru, jadual kelas, suasana kelas dan hubungan pengurusan serta pengajaran. Selain itu, pengurusan kelas yang berkesan akan lebih lancar sekiranya guru itu sendiri mempunyai sikap seperti pengurus. Dengan erti kata lain, seorang pengurus atau guru tidak hanya mengajar malah ‘concern’ dengan persekitaran dan masalah pelajar. Kepimpinan seorang guru bakal mempengaruhi sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat di mana melibatkan interaksi dan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya membawa kepada kemajuan pelajar.

Disamping itu juga, pengurusan kelas yang berkesan juga dapat dilihat apabila hubungan guru dan pelajar adalah baik dan erat. Jika hubungan guru dan pelajar baik maka pelajar tidak segan silu untuk meminta bimbingan, tunjuk ajar dan pertolongan daripada gurunya. Hubungan yang erat menunjukkan pelajar juga menghormati gurunya sebagai seorang individu yang dapat membantu dan memberi panduan kepada pelajarnya. Sebagai seorang guru, guru sentiasa perlu bersikap optimis dan percaya beliau dapat mengendali kelas dengan baik. Dengan melihat kesungguhan guru mengendalikan kelas dengan sebaik mungkin, pelajar akan cuba memberikan kerjasama kepada gurunya agar sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru yang baik dan berkesan juga akan bersikap adil dan positif kepada semua pelajar. Jika terdapat pelajar yang bermasalah dan ketinggalan dalam pelajaran, pelajar tersebut jangan sesekali disisihkan bahkan guru perlu memberi lebih perhatian agar pelajar tersebut tidak berasa tersisih.

Page 2: GURU BERKESAN

Soalan 2

Jika anda guru, pengurusan kelas yang bagaimanakah yang anda inginkan?

Jika saya seorang guru, pengurusan kelas yang saya inginkan ialah perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran adalah kondusif, dan selesa. Saya sebagai guru akan berusaha untuk memastikan sesi P&P berjalan lancar supaya murid tidak terganggu dan mudah faham dengan apa yang dipelajarinya. Saya juga akan menggunakan kaedah pembelajaran terkini dan mendapatkan sumber atau bahan yang terbaru supaya dapat menarik minat murid agar lebih menumpukan perhatian semasa sesi P&P. Saya juga akan menggalakkan murid bergiat aktif semasa sesi P&P seperti bertanyakan soalan, memberi pendapat atau berhujah agar mereka tidak malu berhadapan dengan khalayak ramai nanti. Saya juga perlu menjadi seorang yang kreatif mengadakan sesuatu aktiviti di dalam kelas agar semua murid dapat terlibat sama mengendalikan aktiviti tersebut dan mula berminat untuk mempelajari subjek yang diajari walaupun pada awalnya subjek itu susah. Dengan perlaksanaan aktiviti dan penglibatan pelajar dalam kelas, hubungan guru dan murid juga akan menjadi lebih erat dan baik.

Soalan 3

Faktor pelajar boleh menjadi penentu kepada berkesan atau tidak pengajaran guru. Apa pendapat anda dalam hal ini.

Saya kurang bersetuju dengan pernyataan di mana faktor pelajar boleh menjadi penentu kepada keberkesanan pengajaran guru. Pada pendapat saya, guru sebagai pendidik akan mencorak rohani dan jasmani pelajarnya. Sebagai seorang guru, kita perlu bijak merancang strategi dan tindakan sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Perancangan adalah perlu supaya sesi P&P berjalan lancar. Perancangan pengajaran perlu dibuat dari 3 aspek iaitu sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran supaya guru tahu ‘flow’ sesi P&P. Guru yang berkesan juga akan melakukan refleksi selepas sesi P&P supaya dapat memperbaiki diri agar sesi P&P seterusnya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Sekiranya guru mendapati bahawa terdapat pelajarnya yang tidak memahami dan kurang fokus semasa sesi P&P, dengan perancangan yang dibuat guru tahu bagaiman cara untuk menanganinya. Dengan erti kata lain, sekiranya perancangan A tidak menjadi, guru mempunyai perancangan B, C, D dan seterusnya. Jadi, guru harus bijak memikirkan cara untuk menarik minat pelajar dan cuba memahamkan pelajar tentang subjek yang diajarinya.

Guru merupakan penentu kepada keberkesanan pengajaran. Guru yang kreatif dan inovatif bijak mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar menumpukan sepenuh perhatiannya sepanjang masa. Sekiranya terdapat pelajar yang kurang berminat dan ketinggalan semasa sesi P&P, guru perlu menggunakan teknik atau teknik lain yang sudah pun dirancang sebelum memasuki kelas untuk memastikan bahawa setiap pelajar dapat meminati dan memahami subjek tersebut.

Page 3: GURU BERKESAN

Soalan 4

Berikan 5 manfaat jika kelas yang diuruskan adalah baik terutamanya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

Sekiranya kelas yang diuruskan guru adalah baik, guru dan murid mendapat pelbagai manfaat sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran.

1. Sesi pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan dan suasana kelas adalah ceria dan terkawal.

2. Murid lebih menghormati guru dan hubungan murid dan guru menjadi lebih erat. Perkara ini dapat dilihat di mana interaksi antara murid dan guru adalah senang dan bersifat dua hala.

3. Apabila kelas dapat dikendalikan dengan baik, guru dapat melaksanakan tanggungjawab mengajar dengan lebih mudah dan guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran kerana murid fokus terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini memudahkan pelajar memahami apa yang dipelajarinya

4. Perkara negatif dan masalah disiplin dapat dielakkan seperti ponteng kelas, mengganggu rakan sekelas, bising dan sebagainya.

5. Tidak berlaku isu pilih kasih kerana guru bijak mengendalikan kelasnya. Murid juga bekerjasama dengan bertindak memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan sekiranya terdapat rakan yang kurang memahami sesuatu topik.

Rujukan:

Khairul Anuar A. Rahman. 2012. Disposisi guru berkesan: personaliti dan kemahiran komunikasi. Akademika, 82 (8): 37-44

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh. 2009. Pengurusan bilik darjah. Dlm Noraini Idris & Shuki Osman, Pengajaran dan pembelajaran: Teori dan praktis, 1-

22. Kuala Lumpur: Penerbit McGraw

Utusan Borneo. 2012. Pengurusan bilik darjah berkesan. 27 Jun