tingkah laku guru di sekolah berkesan

50
Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan admin, Sunday 28 January 2007 - 00:00:00 Banyak kajian tentang sekolah berkesan menunjukkan bahawa faktor tingkah laku guru merupakan salah satu faktor penentu sekolah berkesan. Dalam tahun 1980an beberapa sintesis kajian yang berpengaruh telah dijalankan oleh Welberg (1984) dan Fraser et. al., (1987). Hasil kajian tersebut mendapati situasi mengajar yang mempunyai kesan yang tinggi yang diperolehi oleh Welberg (1984) dan Froser et. al., (1987) ialah a)pengukuhan (pujian dan dendaan) b)program khas kepada pelajar-pelajar tertentu c)memberi maklum balas d)pembelajaran mastery e)belajar bersama dalam kumpulan yang kecil Manakala Fraser et al., (1987) pula memberikan sintesis daripada 134 meta analisis yang mengandungi 7827 kajian-kajian perseorangan. Sebahagian daripada hasil kajian disimpulkan seperti di bawah: a)pengajaran yang berkualiti b)jumlah masa untuk pengajaran c)ciri-ciri latar belakang kognitif d)maklum balas. Satu kajian untuk mengkaji tingkah laku guru dalam pengajaran di antara tiga jenis sekolah iaitu sekolah yang tinggi, sederhana dan rendah keberkesanannya telah dijalankan oleh van der Werf (1997) di Belanda. Analisis telah dijalankan berdasarkan

Upload: azizarsadgmailcom

Post on 06-Jun-2015

2.260 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesanadmin, Sunday 28 January 2007 - 00:00:00Banyak kajian tentang sekolah berkesan menunjukkan bahawa faktor tingkah laku guru merupakan salah satu faktor penentusekolah berkesan. Dalam tahun 1980an beberapa sintesis kajian yang berpengaruh telah dijalankan oleh Welberg (1984) dan Fraseret. al., (1987). Hasil kajian tersebut mendapati situasi mengajar yang mempunyai kesan yang tinggi yang diperolehi oleh Welberg(1984) dan Froser et. al., (1987) ialaha)pengukuhan (pujian dan dendaan)b)program khas kepada pelajar-pelajar tertentuc)memberi maklum balasd)pembelajaran mastery e)belajar bersama dalam kumpulan yang kecilManakala Fraser et al., (1987) pula memberikan sintesis daripada 134 meta analisis yang mengandungi 7827 kajian-kajianperseorangan. Sebahagian daripada hasil kajian disimpulkan seperti di bawah:a)pengajaran yang berkualitib)jumlah masa untuk pengajaranc)ciri-ciri latar belakang kognitifd)maklum balas. Satu kajian untuk mengkaji tingkah laku guru dalam pengajaran di antara tiga jenis sekolah iaitu sekolah yang tinggi, sederhanadan rendah keberkesanannya telah dijalankan oleh van der Werf (1997) di Belanda. Analisis telah dijalankan berdasarkanpencapaian dalam matematik di kalangan lima puluh ribu (50, 000) murid di 560 sekolah rendah. Hasil kajian mendapati bahawa paraguru di sekolah yang tinggi keberkesanannya mempunyai ciri-ciri berikut:i.Memberi pengajaran lebih kepada seluruh kelasii.Mempunyai matlamat yang manimum kepada semua murid iaitu semua murid boleh diajar dan akan berjaya dalam pelajaran.iii.Memperuntukan masa yang lebih kepada aktiviti pembelajaran.iv.Membuat penilaian terhadap kerja-kerja pembelajaran.v.Para guru juga menawarkan lebih banyak isi pelajaran sepanjang tahun persekolahan.Dalam Model Keberkesanan Sekolah Pelbagai Aras, Creemers (1991) menyatakan asas kepada model tersebut ialah prosespengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebab pertama kepada asas tersebut ialah pembolehubah-pembolehubah di bilik darjah

Page 2: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

bertanggungjawab menjelaskan kepada semua perbezaan terhadap pencapaian murid berbanding dengan pembolehubah padaperingkat sekolah. Sebab kedua ialah punca hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah pada peringkat bilik darjah dan padaperingkat murid boleh ditunjukkan secara khusus daripada teori pembelajaran Model Bloom (1979) dan Model Carroll (1963, 1989). Asas kepada model iaitu proses pengajaran dan dan pembelajaran adalah berkaitan dengan tingkah laku guru.Mengikut van de Grift, Th. Hauntveen dan c. Vermeulan (1997) yang telah membuat kajian berkaitan Iklim Pengajaran DalamPendidikan Menengah di Belanda mendapati bahawa pembolehubah-pembolehubah guru yang signifikan yang berhubung kaitdengan pencapaian murid-murid dalam matematik ialah:i.Kerap memantau keputusan muridii.Guru memberi penekanan kepada kejayaaniii.Harapan atau jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan murid.iv. Iklim pengajaran yang teratur di bilik darjah

Page 2http://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8Page 2/4Mereka menyatakan lagi bahawa semakin tinggi keupayaan guru, semakin baik guru menyediakan pelajar mereka untuk ujian,dan semakin tinggi guru menawarkan iklim pengajaran yang teratur semakin tinggi keputusan murid perolehi. Mengikut Scheerens dan Bosker (1997), para guru di sekolah yang berkesan mempunyai tingkah laku seperti di bawah:i.Mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap kejayaan murid dalam pelajaran. Juga mendidik murid-murid supaya mempunyaijangkaan yang tinggi dalam kejayaan.ii.Merangsang serta memberi penekanan kepada murid-murid supaya bekerja dengan kuat.iii.Guru bergembira dengan hubungan dengan para pentadbir sekolah.iv.Guru mencipta suatu persekitaran pembelajaran yang mana murid-murid boleh belajar dengan cara yang selesa.v.Guru mempunyai iltizam yang tinggi serta mempunyai motivasi kerja yang tinggi.vi.Hubungan sosial guru murid adalah baik.vii.Guru menyukai para murid dan selalu memberi bantuan kepada mereka. Guru juga memperlakukan atau melayani mereka secara

Page 3: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

adil.viii.Para guru di sekolah merasakan mereka berada dalam satu kumpulan.ix.Para guru menyimpan rekod-rekod perkembangan dan kemajuan murid. Manakala Lowych dalam (Scheerens ,1992) menyenaraikan lapan tingkah laku guru yang ada hubung kait dengan kejayaanmurid iaitu:i.Kejelasan: pesembahan atau penerangan tentang pelajaran yang jelas bersesuaian dengan aras kognitif murid-murid.ii.Mudah berubah: memperbagaikan tingkah laku pengajaran dan alatan bantuan mengajar, memperbagaikan aktiviti pembelajarandan lain-lain lagi.iii.Bersemangat: digambarkan atau dijelmakan dalam bentuk pertuturan dan bukan bentuk pertuturan.iv.Mengisahkan tugas (task-related): mengarahkan para murid untuk menyiapkan kerja, latihan dan tugasan lain secara hikmah (bussnies manner)v.Kritikan: Banyak kritikan negatif memberi kesan negatif kepada pencapaian muridvi.Aktiviti tidak langsung: Menerima idea-idea, perasaan murid serta merangsang aktiviti persendirian murid.vii.Melengkapi murid-murid dengan peluang untuk belajar, iaitu persamaan yang jelas apa yang diajar dengan apa yang diuji dalampeperiksaan dan penilaian.viii.Memperbagaikan aras kedua-dua soalan kognitif dan interaksi kognitif.Teddlie, Kirby dan Stringfield (1989) telah membuat penyelididkan melalui kaedah pemerhatian di bilik darjah. Kajian merekaialah untuk melihat perbezaan pengajaran guru di sekolah berkesan dan di sekolah tidak berkesan. Kajian ini dijalankan terhadap tigapasang sekolah bandar, tiga pasang sekolah luar bandar dan tiga pasang sekolah pinggir bandar. Kajian ini secara khusus untukmengenalpasti sama ada guru-guru di sekolah berkesan bertingkah laku secara konsisten berbeza dengan guru-guru di sekolah tidakberkesan berdasarkan petunjuk-petunjuk yang dikenalpasti sebagai pengajaran berkesan.Borang pemerhatian yang digunakan dalam kajian tersebut dibina berdasarkan 6 fungsi-fungsi mengajar yang dikenalpasti olehRoshenshine (1983) sebagai sintesis kajian keberkesanan guru. Topik-topik umum yang terdapat di dalam borang pemerhatiantersebut ialah:a)masa untuk tugasan

Page 4: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

b)ulangkaji harianc)menyampaikan pelajaran baru d)masa murid-murid memulakan pembelajarane)kebebasan amalanf)ulangkaji mingguan dan bulanang)jangkaan guruh)pengukuhan positif

Page 3http://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8Page 3/4i)rancangan mengajarj)menilai kemajuan muridk)bilangan ganguan semasa belajarl)disiplinm)persekitarann)ciri-ciri fizikal bilik darjahHasil kajian yang diperolehi adalah pertamanya ialah guru-guru di sekolah berkesan secara tekal memainkan peranan lebihberdasarkan pengajaran berkesan yang dikenalpasti oleh Roshenshine (1983). Kedua, ialah pembelajaran di sekolah berkesanbermula tepat pada masanya, bercirikan teknik pengajaran yang betul, sesuai dan mempunyai ganguan yang sedikit. Manakalapengajaran dan pembelajaran di sekolah tidak berkesan bermula tidak tepat pada waktu (lambat), tidak tekal berdasarkan pengajaranberkesan yang dikenalpasti oleh Roshenshine (1983) dan mempunyai ganguan secara konstant.Kajian-kajian tentang hasilan pelajar iaitu dari segi akademik, tingkah laku dan sikap menunjukkan kepemimpinan gurumempunyai kesan positif ke atas perkara-perkara tersebut. Mengikut Hussain (1993), kajian-kajian berkaitan mendedahkan tujuhfaktor utama dalam keberkesanan pengajaran iaitu: a)guru yang berketerampilanb)masa yang cukup untuk pengajaranc)suasana pembelajaran yang tenteramd)pengharapan yang tinggi terhadap pencapaian pelajare)pengesanan kemajuan pelajarf)peralatan pengajaran yang mencukupig)penyeliaan pengajaran yang berkesan

Page 5: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia Dato Dr Abdul Shukur Abdullah (1998) menyenaraikan ciri-ciri guruberkesan iaitu:i.Bersikap profesional.ii.Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.iii.Kaya ilmu.iv.Bertindak di atas landasan etika dan tatasula kerja.v.Bermoral teguh.vi.Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.vii.Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.viii.Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid.ix.Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.x.Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.xi.Memastikan situasi guru mengajar dan murid belajar wujud dalam kelas.xii.Berkeupayaan melahirkan sekolah berwatak, supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti baik dan serba bolehxiii.Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.xiv.Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai dirixv.Taat setia terhadap perkhidmatannya mempertahankan maruah profesionnyaxvi.Profesional dan menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah.xvii.Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan semasa, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.Mengikut kajian yang dibuat oleh Rahimah Hj Ahmad, Zulkifli Abd Manaf dan Shahril Marzuki (1999), tingkah laku guru-guru disekolah berkesan ialah:

Page 4http://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8Page 4/4i) Guru melaksanakan kurikulum dengan sempurna ii) guru mengambil tanggungjawab mengajar secara serious iii) gurumengambil inisiatif lebih meyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan dengan mengadakan kelas tambahan, ceramah-ceramahmotivasi dan seminar menjawab peperiksaan.

Page 6: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

Dalam menjelaskan masa yang digunakan oleh guru berkesan di sekolah, Stallings dan Mohlan (1981) mendapati merekamenggunakan lima belas peratus daripada masa persekolahan untuk organisasi dan pengurusan, lima puluh peratus untukpengajaran interaksi dan tiga puluh lima peratus untuk memantau kerja murid. Kesimpulan daripada tinjauan literatur mengenai tingkah laku guru di sekolah berkesan ialah para guru:i.Mengamalkan pengajaran yang berkesan.ii.Harapan yang tinggi terhadap pencapaian akademik pelajariii.Kekerapan dalam penilaian kemajuan akademik pelajar.

Past Issues of Educators Digest : Jilid 1, Bil. 2/2001, ISSN: 1511-8959  

 

Penulis JemputanSekolah Berkesan dan Program Pembaikan Sekolah di MalaysiaGhazali Othman

 Dato' Profesor Ghazali Othman dilahirkan di Baling, Kedah Darul Aman. Beliau memulakan kerjaya keguruan di Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, Baling, dan kemudian di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling, setelah mendapat ijazah B.A. (Hons.) dan Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 1969. Pada tahun 1971, beliau menjadi tutor di Universiti Malaya dan berjaya memperoleh ijazah M.A. Mulai tahun tersebut beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia dan kemudian melanjutkan pelajaran dengan Biasiswa Fullbright Hays di University California Los Angeles (UCLA) sehingga berjaya memperoleh ijazah M.A. Education (1977) dan Ph.D. (1979). Pada tahun 1979, beliau menjadi Pengarah Projek InSPIRE; 1982, dilantik sebagai Timbalan Dekan (Akademik); dan pada 1994, menjadi Dekan, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Pada tahun 1995, beliau menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), dan selepas bersara mulai tahun 1998, beliau dilantik sebagai Pengarah Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara hingga Oktober 2001. Sekarang beliau berkhidmat sebagai Profesor Pendidikan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Pada 2 September 2001, dalam sebuah laporan di bawah tajuk utama "FACE THE FACTS, PM: Find out why standard of national schools has dropped", akhbar The Star telah memetik ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau merasmikan Kongres Pendidikan Melayu 2001:

"Educationists have to identify the reasons for the decline in the standard of national schools and act to overcome the shortcomings … They, should be willing to accept the real reasons even if the truth exposed past mistakes."

Menurut Perdana Menteri, trend kemasukan murid ke sekolah rendah menunjukkan ibu

 

Page 7: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

bapa murid Melayu dan bukan Melayu mula memilih Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK (C)) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJK (C) bagi anak-anak mereka. Perkara ini berlaku dipercayai berpunca daripada keyakinan ibu bapa terhadap keberkesanan SRJK (C) dan SMJK (C).

Sebagai penyelidik kita tertanya-tanya apakah ciri-ciri serta proses dalaman sesebuah sekolah yang dianggap berkesan oleh ibu bapa dan masyarakat. Artikel ini cuba menghurai usaha penyelidik seperti Edmonds yang akhir-akhir ini tidak lagi berminat membuat huraian tentang ciri-ciri sekolah berkesan dan sekolah tidak berkesan tetapi ingin "mencipta" sekolah berkesan, terutamanya di kawasan penduduk miskin. Hasil penyelidikan tentang ciri-ciri sekolah berkesan akan dihurai dan langkah-langkah dalam program pembaikan sekolah (school improvement) diperincikan untuk manfaat pengamal pendidikan di institusi-institusi pendidikan di Malaysia.

Soalan penyelidikan yang kerap dikemukakan ialah adakah terdapat perbezaan ketara pada ciri-ciri tertentu bagi kedua-dua jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dengan SRJK (Cina) dan SMJK (Cina)? Pada tahun 1980-an khususnya, ramai penyelidik-penyelidik sekolah berkesan telah menjalankan penyelidikan di seluruh dunia. Salah seorang penyelidik yang terkenal ialah Peter Mortimore yang telah membuat rumusan terhadap hasil beratus-ratus buah penyelidikan tentang sekolah berkesan. Mortimore (1995) telah mengutarakan rumusan tersebut dalam kertas kerjanya "Key Characteristics of Effective Schools" yang telah dibentangkan di Institut Aminudin Baki.

Dalam usaha kita mengkaji persamaan dan perbezaan di antara dua jenis sekolah rendah, iaitu SK dan SRJK (Cina), kita harus menggunakan kriteria atau kayu pengukur yang sah dan boleh dipercayai. Dalam konteks ini, model sekolah berkesan Mortimore yang mempunyai 11 ciri utama dapat digunakan untuk membandingkan kedua-dua jenis sekolah tersebut.

Mortimore telah membuat tinjauan ke atas beratus-ratus buah kajian dan dapatan penyelidikan tentang keberkesanan sekolah di seluruh dunia. Rumusan hasil penyelidikan ini elok sekali disebarluaskan kepada pihak-pihak yang berkepentingan supaya hasil berkenaan dapat dimanfaatkan dalam penggubalan dasar dalam pendidikan serta menjadi amalan warga sekolah di Malaysia. Hasil-hasil penyelidikan sekolah berkesan mempunyai implikasi secara langsung terhadap usaha pembaikan sekolah (school improvement). Sebelas ciri sekolah berkesan yang dirumus oleh Mortimore ialah:

(a) Kepemimpinan profesionalCiri ini menekankan kepemimpinan sekolah yang tegas dan bertujuan. Sekolah-sekolah harus mempunyai pentadbir proaktif yang menekankan permuafakatan dan persamaan tujuan yang mengusaha dan mengekalkan proses memajukan sekolah. Seterusnya, ialah sama ada sekolah mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta melibatkan guru dalam membuat keputusan dan menekankan kepemimpinan ketua jabatan atau panitia. Ciri ini juga menekankan sama

Page 8: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

ada pengetua sekolah sebenarnya seorang profesional dan berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan kurikulum, merancang strategi kurikulum, memantau kemajuan pelajar, serta sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah dan dapat membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

(b) Perkongsian wawasan dan tujuanCiri ini bermaksud warga anggota sekolah mempunyai persamaan nilai dan tujuan sekolah serta dapat berfungsi sebagai sebuah organisasi yang mantap. Ciri ini juga merujuk pada pentadbiran sekolah yang mengamal tindakan pengurusan secara konsisten, iaitu berdasarkan piawai disiplin yang ditentukan oleh sekolah, atau guru menjadi model contoh. Ciri ini juga bermaksud tentang kewujudan kesetiakawanan dan kerjasama antara warga sekolah serta penglibatan guru dalam proses membuat keputusan.

(c) Persekitaran pembelajaranCiri ini bermaksud iklim sekolah ditentukan oleh wawasan, nilai dan tujuan. Iklim sekolah yang baik sebenarnya dipengaruhi oleh suasana pembelajaran dan keadaan sekolah yang tertib dan teratur dengan persekitaran kerja yang menarik, tenang dan harmonis dalam suasana berorientasikan tugas, di samping wujudnya disiplin kendiri dalam kalangan pelajar yang merupakan prasyarat bagi pembelajaran berkesan.

(d) Tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaranCiri ini menampakkan tujuan utama sekolah, iaitu pengajaran dan pembelajaran kerana keberkesanan sekolah bergantung kepada keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian menunjukkan ada perkaitan yang rapat di antara tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran sekolah dengan keberkesanan guru. Kajian juga menekankan sekolah patut memfokus pada kuantiti dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Rumusan pelbagai kajian oleh Mortimore menunjukkan bahawa sekolah harus memaksimumkan masa belajar, meningkatkan penggunaan masa belajar, mengagih masa untuk mata-mata pelajaran prioriti secara seimbang. Sebahagian besar masa guru ditumpukan pada pembelajaran murid dan guru sangat prihatin dengan pelajaran dan pembelajaran kognitif murid. Sekolah mengamalkan ketepatan masa belajar dan mengurangkan gangguan dari luar bilik darjah. Sekolah juga begitu menitikberatkan aspek-aspek ilmiah, mempunyai guru yang berpengetahuan mendalam dalam kurikulum, dan bertumpukan penguasaan kemahiran-kemahiran asas.

e) Pengajaran yang bertujuanMortimore mendapati kualiti pengajaran sebagai inti pati sekolah berkesan, di samping memiliki guru yang berkualiti. Ciri pengajaran bertujuan pula bermakna perlu mempunyai organisasi yang efisien, tujuan yang jelas, pengajaran yang berstruktur, dan amalan yang fleksibel.

f) Jangkaan kejayaan yang tinggiCiri ini bermaksud sekolah mempunyai jangkaan kejayaan yang tinggi dalam semua bidang terhadap murid-murid mereka kerana rumusan kajian Mortimore menunjukkan ada kaitan yang rapat di antara jangkaan kejayaan yang tinggi dan keberkesanan pelajar. Guru

Page 9: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

didapati sangat aktif dalam membantu pelajar dan yakin dengan pencapaian murid-murid. Guru juga sentiasa menzahirkan jangkaan mereka serta berkeyakinan terhadap pelajar yang merangsang mereka untuk berjaya. Rangsangan ini diberi melalui kata-kata pujian yang tekal.

(g) Pengukuhan yang positifMortimore mendapati pengukuhan positif dalam bentuk hadiah dan insentif menjadi faktor penting bagi meningkatkan motivasi pelajar. Pentadbiran disiplin perlu bersih dan adil. Disiplin yang baik berpunca daripada iklim sekolah yang teratur, yakni yang berasaskan rasa kepunyaan dan keterlibatan. Disiplin yang berkesan dapat mengekalkan suasana damai di sekolah. Di samping itu, guru juga harus mendapat maklum balas segera tentang setiap tindakan yang dijalankan, sementara kepada pelajar pula ganjaran atau hukuman perlu disegerakan selepas setiap kebaikan atau kesalahan dilakukan.

(h) Memantau kemajuanBerdasarkan maklumat kajian yang dikumpul oleh Mortimore, sekolah berkesan sentiasa melakukan pemantauan terhadap kemajuan dan prestasi pelajar secara teratur. Guru dapat menentukan sejauh mana tujuan sekolah telah dicapai. Sekolah perlu memberi tumpuan kepada pelajar, ibu bapa dan tujuan persekolahan. Sekolah juga hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam aspek-aspek penilaian dan kaedah mengajar yang terkini. Di samping itu, sekolah perlu menegaskan kepada pelajar dan guru supaya mengambil berat tentang kemajuan pelajaran.

(i) Hak dan tanggungjawab pelajarRumusan kajian Mortimore turut mendapati sekolah berkesan menekankan usaha meningkatkan harga diri pelajar. Pelajar sepatutnya mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai kegiatan di sekolah. Sehubungan itu, sekolah harus merancang dan meletakkan tanggungjawab yang sesuai kepada mereka.

(j) Hubungan rumah-sekolahMortimore seterusnya menekankan tentang pentingnya hubungan rumah-sekolah bagi meningkatkan keberkesanan sekolah. Kajian-kajian menunjukkan pentingnya penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Hubungan ini seterusnya dieratkan melalui lawatan ibu bapa ke sekolah untuk berbincang tentang kemajuan anak-anak dengan guru di dalam bilik khas yang disediakan, sementara pengetua pula mengukuhkan lagi hubungan ini melalui dasar-dasar yang terbuka.

(k) Organisasi PembelajaranRumusan kajian Mortimore seterusnya menunjukkan sekolah-sekolah berkesan mempunyai organisasi pembelajaran yang menggalakkan guru dan staf am terus meningkatkan ilmu profesional. Ke arah sekolah berkesan, pengurusan sekolah harus mengadakan program perkembangan staf pada peringkat sekolah untuk membantu guru dan staf meningkatkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah.

Sebahagian besar rangka rujukan dengan sebelas ciri sekolah berkesan yang dikemukakan

Page 10: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

oleh Mortimore didapati sesuai dan relevan dengan struktur dan organisasi sekolah-sekolah formal di Malaysia. Walau bagaimanapun, Teddlie dan Reynolds (2000) dalam buku mereka, "The International Handbook of School Effectiveness Research" telah memberi peringatan kepada penyelidik bahawa terdapat faktor-faktor penting lain yang perlu diambil kira dalam menafsir keberkesanan sekolah. Antaranya ialah faktor "konteks" yang harus diberi perhatian supaya penafsiran kita tentang keberkesanan sekolah dapat dibuat secara holistik dan adil.

Sepuluh daripada sebelas ciri sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Mortimore ialah ciri dalaman sekolah (in-school factors) yang lebih bertumpukan proses daripada konteks. Cuma ciri penyelidikan hubungan sekolah-rumah merupakan ciri luaran sekolah. Jadi, penyelidikan keberkesanan sekolah menunjukkan lebih banyak varian keberkesanan dijelaskan oleh faktor dalaman sekolah. Justeru, bagi tujuan pembaikan sekolah kita harus menumpukan tindakan yang lebih ke atas faktor-faktor dalaman berbanding dengan faktor konteks.

Walau bagaimanapun, Ramaiah (1995) berpendapat dalam konteks Malaysia beberapa kriteria pengukuran keberkesanan sekolah harus dterapkan secara berhati-hati kerana ada ciri-ciri tertentu seperti faktor "tusyen persendirian" dan konteks "bandar" atau "luar bandar" yang sangat mempengaruhi kriteria keberkesanan, terutamanya jika prestasi peperiksaan awam dijadikan ukuran mutlak. Kita juga diingatkan oleh Mortimore (1991) yang memberi definisi sekolah berkesan sebagai "tempat pelajar menunjukkan kemajuan lebih besar daripada yang biasanya diharapkan pada tahap kemasukan awalnya ke sekolah". Justeru, perbezaan prestasi antara sekolah akibat defisit awal ketika kanak-kanak memasuki sekolah harus juga diambil kira.

Namun, sebelas ciri sekolah berkesan rumusan Mortimore yang berasaskan ratusan kajian keberkesanan sekolah dapat diguna sebagai rangka rujukan untuk kita bandingkan kedua-dua jenis sekolah dalam dua tahap persekolahan, iaitu SK / SMK dengan SRJK (C) / SMJK (C). Hasil perbandingan dapat menunjukkan persamaan dan perbezaan ciri utama untuk digunakan sebagai panduan dalam program memajukan sekolah di Malaysia.

Rujukan

Mortimore, P. (1995). "Key Characteristics of Effective Schools". Kertas kerja Seminar Sekolah Efektif, Institut Aminudin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.Ramaiah, A.L. (1995). "Penyelidikan Keberkesanan Sekolah: Masalah Konsepsi dan Metodologi". Kertas kerja Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.Teddlie, C. and Reynolds, D. (2000). The International Handbook of School Effectiveness Research. London: Palmer Press.

PengurusanPendidikan dan Pembangunan: Peningkatan Kualiti Hidup, Pengurangan Kadar

Page 11: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

Kemiskinan dan Jurang Pendapatan Halim Ahmad

Pendidikan berperanan penting dalam pembangunan negara dan diguna untuk melaksanakan kejuruteraan sosial bagi menyusun masyarakat, khususnya ketika pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Kejayaan DEB disokong oleh pertumbuhan ekonomi negara dan suasana ekonomi serantau. Pembangunan yang dialami dalam tiga dekad telah membawa kepada perubahan struktur negara daripada sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian. Melalui pembangunan, pendapatan perkapita masyarakat dapat ditingkatkan. Perubahan struktur yang dialami telah membawa peningkatan ke atas penduduk kelas menengah, perubahan demnografi, pertambahan penduduk yang tinggal di bandar, peningkatan kualiti hidup dan pengurangan jumlah isi rumah yang miskin.

KurikulumKeseronokan Bersekolah Di Malaysia: Suatu Kritikan Terhadap Kurikulum Persekolahan SemasaNor Hasimah Hashim

Setiap kanak-kanak secara semula jadi dilahirkan dengan keinginan dan kebolehan untuk belajar. Walau bagaimanapun, selepas melalui pengalaman bersekolah untuk beberapa lama, rangsangan dan perasaan ingin tahu kanak-kanak berkurangan dan minat untuk belajar mula menurun. Kanak-kanak mendapati sekolah bukan tempat yang menyenorokan. Penulisan ini bertujuan untuk mengenalpasti cara atau gaya kanak-kanak yang membolehkan mereka merasai keseronokan bersekolah, membincangkan kanak-kanak sekolah rendah masa kini, meneliti kurikulum sekolah rendah dengan menumpukan kekuatan dan kelemahannya, masalah-masalah yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaam KBSR dan mencadangkan bagaimana mewujudkan keseronokan bersekolah. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing jika kita mahu kanak-kanak merasai keseronokan bersekolah dan berperibadi seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

MatematikAnalisis Kesilapan Umum Dalam Matematik di Sekolah-sekolah Rendah Negara Brunei DarussalamSee Kin Hai

Kemahiran untuk mengenal pasti dan menganalisis kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid adalah diperlukan oleh guru-guru pada semua tahap persekolahan di Brunei Darussalam, khususnya pada tahap sekolah rendah. Sekiranya seseorang seseorang murid ingin berjaya dalam penyelesaian masalah matematik dalam persekolahannya ang akan datang, dia harus menguasai konsep-konsep asas matematik sekolah rendah terlebih dahulu. Mungkinkah kesilapan konsep matematik ini dapat dikurangkan atau dielakkan? Sejumlah 450 orang murid darjah lima daripada lima buah sekolah rendah di Daerah Brunei-Muara, Brunei telah mengambil bahagian dalam kajian ini yang dijalankan selama 6 minggu.Tujuan kajian ini ialah untuk melihat corak kesilapan yang dilakukan oleh murid-

Page 12: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

murid darjah lima dalam penambahan pecahan (15 jenis kemahiran yang berbeza) dan penolakan pecahan (8 jenis kemahiran yang berbeza). Tujuan lain ialah untuk meninjau punca-punca kesilapan dan seterusnya mencadangkan strategi pengajaran yang sesuai. Enam jenis kesilapan sistematik yang dilakukan oleh murid telah dikenalpasti dan dikaji dalam usaha untuk menentukan masalah kegagalan murid-murid dan mencadangkan langkah-langkah pemulihan untuk membantu mereka. Dapatan-dapatan kajian diharap dapat menarik perhatian guru-guru matematik supaya memberi pertimbangan terhadap kesilapan konsep matematik daripada memberi tumpuan kepada bilangan kesalahan yang dilakukan oleh murid ketika mengajar matematik di sekolah rendah.

SainsPerbandingan Pendekatan Pengajaran Pemahaman Konsep Mol: Suatu Kajian KesWan Roslina Wan Ramli, Fazilawati Rais & Ismail Jusoh

Kertas ini melaporkan kajian perbandingan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P & P) berbantuan komputer (PBK) dengan P & P secara tradisionsl untuk salah satu topik Kimia Tingkatan 4, iaitu konsep Mol. Kajian ini dijalankan ke atas 26 orang pelajar yang mendapat markah yang rendah dalam ujian konsep Mol. Dua kumpulan telah dibentuk an setiap kumpulan hanya didedahkan dengan satu teknik P & P. Data-data yang diperloehi telah dianalisis dengan menggunakan ujian-t sampel bebas. Keputusan yang diperoleh menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara kedua-dua kumpulan yang dikaji.

EnglishIssues In The Teaching Of English Reading Comprehension: A Case StudyNorizul Azida Darus & Abdul Rashid Mohamed

Reading is probably the hardest but most important skill that needs to be mastered by anyone living in the present era. Furthermore, the importance of being able to read in the English Language cannnot be denied as it is the dominant international language. Unfortunately, it is very disconcerting to note that the ability of our students to read in the English language is deteriorating at an alarmimg rate. Teachers are at their wits' end in trying to think of solutions to halt this trend. Hence this study is an attempt to understand the problems faced by teachers and students in the teachining-learning process of acquiring English reading comprehension skills. It is hoped that the findings of this study will assist teachers to increase their ability in helping students enhance their reading skills in the English language.

Pendidikan JasmaniPemikiran Pelajar Terhadap Pemikir Mata Pelajaran Pendidikan JasmaniSalleh Abd. Rashid

Kertas kerja ini mengkaji pemikiran pelajar sekolah menengah terhadap pemikir mata pelajaran Pendidikan Jasmani (P.J.). Pemikir ialah guru yang mengoperasi atau menterjemah kurikulum PJ yang telah digubal, iaitu sebagai sukatan pelajaran. Ternyata

Page 13: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

terdapat percanggahan antara kurikulum yang dihasratkan dan kurikulum yang beroperasi. Salah satu pihak yang sah untuk menilai pemikir mata pelajaran ini ialah pelajar sekolah yang mengikuti operasi kurikulum berkenaan. Kajian ini melibatkan seramai hampir 1,000 orang pelajar sekolah menengah daripada 14 buah sekolah terpilih. Pelajar dipilih daripada kalangan pelajar Tingkatan 1 hingga 5 dari sekolah-sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Bilangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah hampir sama, di samping mempunyai nisbah bangsa yang seimbang. Kajian ini menyerlahkan betapa guru PJ perlu lebih peka dan berperanan terhadap perbezaan angkubah-angkubah pemikiran pelajar mengikut etnik, jantina dan peringkat umur. Dapatan juga menjelaskan pemikiran, ekspektasi budaya dan sosial pelajar mengatasi perbezaan biologikal. Kajian ini menunjukkan perbezaan pemikiran, minat dan keperluan individu pelajar menghasilkan kesimpulan dan penerimaan yang berlainan terhadap mata pelajaran PJ di sekolah.

Abstrak PenyelidikanKesan "Program Menyelesaikan Masalah Sosial Kanak-kanak Prasekolah" (PSPP) Ke Atas Kognisi dan Tingkah Laku Prososial Kanak-kanakAnna Christina Abdullah

Matlamat utama kajian ini ialah untuk menilai keberkesanan suatu program intervensi kognitif sosial yang diubahsuai daripada program "Interpersonal Cognitive Problem-Solving" bagi kalangan kanak-kanak prasekolah. Pengubahsuaian dilakukan dengan bantuan guru prasekolah yang juga merupakan sebahagian sampel yang terlibat dalam kajian sebenar. Program yang telah diubah suai mengekalkan konsep dan prinsip utama program asal serta urutan pemerolehan kemahiran kognisi sosial sasaran. Bahagian-bahagian yang ditukar meliputi beberapa contoh, perkataan dan frasa supaya lebi sesuai dengan konteks Malaysia. Kajian ini menilai kesan program yang dinamakan semula sebagai "the Preschoolers' Social Problem-solving Program (PSPP)". Di samping itu, kajian ini juga mengkaji sama ada program PSPP mempunyai kesan yang berbeza dalam kumpulan kanak-kanak yang berlainan jantina, kaum, taraf sosioekonomi, dengan kumpulan kanak-kanak yang berada di pusat prasekolah untuk tempoh yang berbeza. Kajian ini menggunakan kaedah reka bentuk kuasi eksperimen dan kedua-dua kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan diberikan ujian pra dan ujian pasca yang terdiri daripada tiga pembolehubah bersandar. Alat ukur yang digunakan untuk mengutip data kuantitatif ialah ujian "Menyelesaikan Masalah Interpersonal Prasekolah" (MMIP), "Permainan Apa Mungkin Terjadi" (PAMT), dan Skala Pemeringkatan Tingkah Laku Prasekolah Hahnemann (SPTPH). Pemboleh ubah yang diukur ialah kemahiran penyelesaian alternatif, pemikiran akibat dan tingkahlaku sosial. Guru diberi latihan sebelum program intervensi dilaksanakan. Kajian ini telah merumuskan bahawa program PSPP ialah satu program yang boleh dilaksana dan didapati berkesan di pusat-pusat prasekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Kanak-kanak dalam kumpulan eksperimen telah menunjukkan peningkatan dalam semua pemboleh ubah bersandar yang diukur. Maklum balas daripada guru juga adalah positif dengan para guru menyatakan bahawa program PSPP mempunyai potensi yang besar, namun dapat dilaksana dalam pusat prasekolah yang tidak menggunakan bahasa Inggeris, dengan syarat dilakukan terjemah ke dalam bahasa yang berkenaan. Kajian ini tidak menemukan korelasi yang

Page 14: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

signifikan antara peningkatan dalam pemboleh ubah bersandar dengan faktor-faktor seperti jantina, kaum, taraf sosioekonomi dan tempoh pembelajaran di pusat prasekolah.

Keberkesanan Skema Terhadap Kefahaman Bacaan Bahan Sastera Subadrah Madhawa Nair

Kajian ini bertujuan untuk memastikan keberkesanan pengunaan model skema yang dihasilkan oleh pengkaji untuk mengajar kefahaman bacaan berunsur sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu. Model ini berasaskan teori skema dan model pengurusan awal olej Ausubel (1963) yang telah diubah suai. Dalam kajian ini pengkaji ingin memastikan sama ada pengajaran skema yang diberi kepada subjek Kumpulan Eksperimen dapat meningkatkan pencapaian kefahaman bacaan subjek secara signifikan bagi petikan cerpen, prosa klasik, novel tempatan dan novel asing; dan soalan pada peringkat eksplisit dan implisit bagi setiap petikan tersebut. Selain itu, pengkaji juga ingin mengenal pasti sama ada skema yang diberi kepada Kumpulan Eksperimen dapat membantu subjek atau tidak untuk menjawab soalan tentang tema dan persoalan, perwatakan, latar masyarakat dan gaya bahasa bagi setiap petikan. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen. Subjek kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen. Subjek kajian terdiri daripada 306 orang pelajar Tingkatan IV (lelaki dan perempuan), daripada tiga buah sekolah. Subjek dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Eksperimenm, Kumpulan Kawalan 1 dan Kumpulan Kawalan II. Dalam setiap kumpulan, terdapat tiga aliran subjek iaitu aliran Sains, Perdagangan dan Sastera. Kajian ini dijalankan selama lapan minggu. Pada minggu pertama, daripada ketiga-tiga kumpulan diberi ujian pra yang menguji kefahaman bacaan mereka bagi petikan cerpen, prosa klasik, novel tempatan dan novel asing. Selepas ujian pra, skema (pengetahuan sastera) subjek daripada Kumpulan Eksperimen dibina secara terancang selama enam minggu menerusi pengajaran oleh guru Bahasa Melayu mereka dengan menggunakan model skema yang dihasilkan oleh pengkaji. Subjek Kumpulan Kawalan I dan Kumpulan Kawalan II diajar secara biasa oleh guru Bahasa Melayu kelas masing-masing. Pada minggu kelapan, semua subjek (Kumpulan Eksperimen, Kumpulan Kawalan I dan Kumpulan Kawalan II) diberi ujian pasca. Bagi tujuan analisis data, pengkaji menggunakan program SPSS WINDOWS. Analisis Multivariat MANOVA dan Ujian Univariat ANOVA digunakan untuk melihat kesan pemboleh ubah bebas terhadap setiap kumpulan pemboleh ubah bersandar. Dapatan kajian ini menghasilkan beberapa penemuan penting. Antaranya, pengajaran skema secara terancang dengan menggunakan model skema dapat meningkatkan pencapaian kefahaman bacaan subjek secara signifikan bagi setiap petikan. Pengajaran skema didapati dapat meningkatkan pencapaian subjek secara significan bagi soalan-soalan pada peringkat eksplisit dan implisit. Bagi soalan tentang tema dan persoalan, perwatakan dan gaya bahasa, pengajaran skema didapati telah membantu subjek Kumpulan Eksperimen untuk mendapatkan pencapaian yang tinggi dan signifikan. Implikasi penyelidikan ini menunjukkan model skema yang dihasilkan oleh pengkaji sangat berkesan dan dapat digunakan oleh guru-guru untuk meningkatkan kefahaman bacaan bahan sastera pelajar.

Kesan Animasi Terhadap Pembelajaran Pengetahuan Prosedur MEIOSIS Di Kalangan Pelajar Pelbagai Profil Psikologi

Page 15: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

Fong Soon Fook

Penyelidikan ini bertujuan mengkaji kesan grafik animasi dalam suatu pembelajaran berbantukan komputer multimedia tentang pengetahuan prosedur topik biologi yang bertajuk meosis. Satu pengajaran bagi tempoh dua jam telah dibangunkan dalam tiga mod yang berbeza, iaitu teks dengan grafik statik (TGS), teks dengan grafik animasi (TGA) dan teks dengan grafik animasi berperingkat (TGAB). Seramai 250 pelajar tingkatan empat daripada tiga sekolah menengah diagih secara rawak kepada mod-mod olahan. Pemboleh ubah bebas ialah tiga mod persembahan pengajaan. Pemboleh ubah bebas ialah tiga mod persembahan pengajaran. Pemboleh ubah moderator pula ialah gaya kognitif field dependence-field independence, lokus kawalan dalaman, dan tahap kebimbangan trait pelajar. Pemboleh ubah bersandar ialah skor min pencapaian pelajar dalam kategori pembelajaran konsep serta penyelesaian masalah. Suatu reka bentuk kuasi eksperimen dengan faktorial 3 x 2 telah digunakan. Prosedur ujian-t diguna untuk mengesan sama ada terdapat atau tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min pencapaian ketiga-tiga kumpulan olahan (TGS, TGA dan TGAB). Analisis Kovarians (ANCOVA) dijalankan untuk mengkaji kesan utama serta kesan interaksi yang disebabkan oleh pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar. Analisis regresi berganda peringkat demi peringkat dijalankan untuk memastikan sumbangan relatif setiap faktor terhadap perubahan dalam pemboleh ubah bersandar. Empat hipotesis utama dengan sembilan subhipotesis dibina dan diuji. Pelajar yang menerima mod TGAB menunjukkan pencapaian yang lebih baik secara signifikan dibandingkan dengan mod TGA atau mod TGS, sementara pelajar yang menerima mod TGA tidak menunjukkan pencapaian yang lebih baik secara signifikan dibandingkan dengan mod TGS. Pelajar field independent (FI) mendapat skor min pencapaian yang lebih tinggi daripada pelajar field dependent (FD) dalam ketiga-tiga mod olahan. Pelajar bertahap kebimbangan sederhana mendapat skor min pencapaian yang lebih baik daripada pelajar bertahap kebimbangan rendah dan tinggi dalam ketiga-tiga mod olahan. Pelajar berlokus kawalan "dalaman tinggi" mendapat skor min pencapaian yang lebih tinggi daripada pelajar berlokus kawalan "dalaman rendah" dalam ketiga-tiga mod olahan. Pelajar bergaya kognitif FD, bertahap kebimbangan tinggi dan rendah, berlokus kawlan "dalam rendah" yang menggunakan mod TGAB mendapat skor min pencapaian yang secara signifikan lebih tinggi dibandingkan dengan yang menggunakan mod TGA dan mod TGS. Daripada kajian ini dapat disimpulkan bahawa grafik animasi merupakan bantuan pembelajaran penting dibandingkan dengan grafik statik, tetapi hanya apabila animasi ini dipersembahkan dalam mod "teks dengan grafik animasi berperingkat" (mod TGAB).

Teknologi Komunikasi MaklumatICT Clinic for EducatorsFong Soon Fook

This clinic welcomes queries through e-mails or snail-mails from readers who need help with any issues, problems or questions related to information and communication technology. Do send your questions to The Editor of ICT Clinic at [email protected].

Page 16: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

  | Home | About SES | Faculty and Staff | Academic Programs | Research | Publication | Faculty News | USM Main Page |  

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 

Perancangan dan Persediaan Mengajar  1 Pengertian konsep pengajaran

   

Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah peubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik.

  2 Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran

   

Perancangan perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukan menepati kehendak objektif/matlamat berkesan sepanjang waktu pengajaran

menarik perhatian dan tidak membosankan   3 Objektif pengajaran

   

Objektif boleh dalam bentuk Objektif implisit

o melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti : memahami atau mengetahui atau menghargai

sesuatu yang telah diajar Objektif eksplisit

o melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti : menyenaraikan atau menjelaskan atau memberikan contoh

atau menunjukkan cara yang betulterhadap apa yang telah diajarkan

  4 Buku rekod mengajar    Buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil

3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting : Rancangan Pelajaran Tahunan

o Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Mengandungi isi ringkas rancangan penjararan berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan.

o Butiran yang perlu ada ialah : Mata pelajaran Tingkatan Minggu

Page 17: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

Tajuk/isi Objektif Kemahiran Nilai dan bahan bantuan mengajar

Rancangan Pelajaran Harian o Rancangan berdasarkan rancangan Tahunan o Butiran yang perlu ada ialah :

Hari dan tarikh Mata pelajaran dan tingkatan Masa Tajuk dan Objektif/kemahiran yang ingin dicapai Aktiviti yang dijalankan dan Impak/Refleksi

Buku rekod pengajaran menjadi rujukan dan dokumen penting bagi pihak

sekolah PPD JPN dan jemaah nazir sekolah

Ia adalah milik sekolah dan mesti dikembalikan dan disimpan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah akhir tahun bermula. Ia juga digunakan sebagai sasaran kerja tahunan untuk menilai prestasi kerja tahunan guru.

Rekod P&P boleh juga disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuaii dengan teknologi semasa. Rekod P&P dan bahan-bahan lain berkaitan dengan penyediaan rancangan pelajaran tahunan perlu dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Rekod P&P boleh disimpan dalam bentuk data komputer

Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 - berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan)1997 (P.U.A.531)

   

Page 18: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

DENDA RM500    Jadual Waktu

   

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Jadual waktu mestilah ada Senarai mata pelajaran yang diajar kepada murid Setiap hari persekolahan Nama guru yang mengajar mata pelajaran dan bilangan waktu

mengajar

Diluluskan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Jabatan     Sukatan Pelajaran

   

Dokumen yang mengandungi perkara-perkara yang wajib diajar kepada pelajar sebanjang tahun persekolahan. Sukatan pelajaran disediakan oleh bahagian PPK , Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia perlu dikemukakan serta merta apabila diminta oleh orang-orang yang diberi kuasa seperti Ketua Pendaftar, Jemaah Nazir dan Pengetua. Jika gagal dan disabit kesalahan boleh didenda.

         Aspek-aspek penting dalam perancangan P&P

   

Sebelum merancang dan melaksanakan P&P seseorang guru perlulah 1. Mengkaji dan mentafsir sukatan pelajaran secara mendalam 2. Memilih kemahiran-kemahiran dan dan isi pelajaran yang sesuai 3. Merancang pengajarannya

o Set iduksi o Perkembangan P&P o Penutup

4. Menentukan strategi P&P 5. Menyediakan bahan bantu pengajaran

6. Menyediakan penilaian

   

    Komponen P&P    Elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah

Objektif pengajaran Strategi pengajaran yang sesuai Bahan bantu pengajaran

Page 19: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

Maklum balas pelajar

Penilaian 

    Fasa P&P

   

Fasa P&P terbahagi kepada empat peringkat I. Pra perancangan

o Guru mempunyai gambaan mental mengenai keseluruhan pengajaran pelajar - potensi, pengetahuan sedia ada dan lain-lain isikandungan pelajaran strategi bahan yang diperlukan dan boleh digunakan

II. Perancangan aktif o Guru perlulah

menulis rancangan mengajar menyediakan nota, membina transperansi/power point/model memastikan peralatannya masih berfungsi baik dan

sesuai digunakan menyediakan senarai semak

III. Perancangan semasa o Guru perlu

mendapat maklum balas tentang kefahaman pelajar mengubahsuai mengikut keperluan dan keadaan semasa mengaitkan dan mengulangi pelajaran yang lepas

IV. Pasca perancangan o Guru perlu

menyedari kelemahan pengajaran mengesan kekuatan pengajarannya

membuat catatan tentang perubahan yang diperlukan     Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran

   

Sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti buku teks buku rujukan buku latihan lampiran nota Alat audio visual

o LCD o komputer o peta o gambarajah dan

o TV

Page 20: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

Bahan/Alat bantu mengajar menghidupkan suasana pembelajaran

Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Proses P&P  1 Perlaksanaan P&P    I. Set Induksi

o Langkah permulaan dalam proses P&P o Tujuan - untuk menghasilkan aliran pemikiran dan

meransang minat pelajar agar dapat memberi perhatian kepada pengajaran yang akan berlaku

o Masa - 5 minit / 10% daripada masa pengajaran o Teknik - soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu

semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi II. Perkembangan P&P o Bahagian kedua o Penyampaian isi pelajaran

1. Teknik penyampaian guru disampaikan berperingkat - dari mudah

kepada yang sukar, dari yang konkrit kepada yang abstrak

suara yang jelas dan terang menggunakan pelbagai kaedah dengan

mengambil kira pengalaman dan potensi murid

berfokus kepada apa yang diajar

Page 21: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

mengamalkan penekanan-penekanan dalam konsep KMSM/KBSR

Membuat penilian berterusan 2. Teknik Menyoal

Soalan yang dikemukakan 3. Penggabungjalinan 4. Penyerapan 5. Pengukuhan

memberikan latih tubi memberikan tugasan / kerja rumah mengaplikasikan ilmu, nilai dan kemahiran

dalam aktiviti pembelajaran 6. Pengayaan

membimbing murid mencari maklumat tambahan

menyediakan bahan maklumat tambahan menggalakkan murid belajar daripada maklum

balas membimbing murid membuat jangkaan masa

depan 7. Pemulihan

membimbing murid secara individu menggunakan pelbagai bahan memberi latihan ulangan menggunakan pelbagai teknik pengajaran

8. Penilaian pemerhatian soal jawab perbincangan kerja bertulis kerja rumah

9. Hasil pembelajaran murid memastikan murid dalam keadaan bersedia

mengikuti pelajaran melaksanakan pembelajaran arah kendiri (self-

directed) mengaplikasikan kemahiran mengambil nota mempersembahkan hasil aktiviti pembelajaran mendapatkan maklumat daripada pelbagai

sumber mengemukakan pendapat semasa

perbincangan berdisplin

III. Penutup o Bahagian terakhir

Page 22: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

o Aktiviti yang dijalankan seperti :

susulan

.i folio

.ii pengayaan

.iii membuat projek . penilaian objektif pengajaran

.i pemerhatian .ii teknik menyoal .iii memeriksa kerja pelajar

. membuat kesimpulan

. rumusan

.i menegaskan isi-isi penting

.ii memberi cadangan dan panduan untuk murid meningkatkan kefahaman

.iii mencadangkan bahan-bahan yang boleh dirujuk untuk meluaskan ilmu

v.i mengaitkan pelajaran dengan keperluan hidup seharian

v. mengaitkan pelajaran dengan keperluan peperiksaan

. pengubahsuaian pelajaran

Guru yang berkesan ...tidak membosankan 

Pengurusan Kelas  1 Tanggungjawab guru menguruskan kelas    Guru (guru kelas) juga bertanggungjawab memastikan pengurusan kelasnya

teratur dan baik. Guru bertanggungjawab : I. menguruskan rutin kelas

o menyedia, mentafsir dan menyimpan rekod pelajar Rekod/buku daftar Jadual kedatangan kelas

Page 23: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

Rekod/buku/slip  kemajuan pelajar Kad 001 dan 002 Rekod kutipan yuran

o menyedia dan melaksanakan rutin kelas menanda kedatangan memastikan keceriaan kelas mengutip yuran memastikan maklumat dalam kelas dikemaskini

o menjalankan tugas-tugas lain mengurus pinjaman buku teks biasiswa

II. mengurus dan memastikan pelajar-pelajar menjalankan tugas harian III. mengurus dan memastikan pelajar memahami dan mematuhi

peraturan kelas

IV. mengurus keadaan fizikal kelas supaya sesuai untuk proses P&P Carta organisasi Kelas

PenasihatGuru Kelas

Pengerusi(Ketua Kelas)

Naib Pengerusi(Penolong Ketua Kelas)

Setiausaha

Bendahari

Ahli Jawatankuasa

  

 

Iklim Bilik Darjah

Page 24: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

 

1 Proses P&P yang berlaku di dalam bilik darjah amat bergantung kepada iklim bilik darjah iaitu

interaksi dan aktiviti antara guru dan pelajarnya. suasana yang tenteram

suhu dan peredaran udara

  2

Sebuah bilik darjah yang baik mengandungi lima ciri iaitu : I. Hubungan yang baik dan saling hormat menghormati guru dan

pelajar II. Kesanggupan pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik yang

ditetapkan oleh pihak sekolah III. Memiliki semangat kekitaan (espirit de corp) . Guru dan pelajar

bagaikan sebuah keluarga yang besar, harmonis dan mesra IV. Wujud minat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kelas dan

sukarela dengan sopan

V. Adanya keterbukaan , demokratik, kemesraan dan kebebasan yang menggalakkan interaksi antara pelajar dan guru mereka.

Strategi Pengajaran dan PembelajaranA. Pembelajaran secara kontekstual  1 Maksud

   

Kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan pelajaran dengan  pengalaman hidup harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Ia menyediakan pembelajaran secara konkrit (nyata) yang melibatkan aktiviti 'hands-on' dan 'minds-on'

  2 Teori pembelajaran secara kontekstual

   

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka

Pembelajaran akan lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermaksan kepada murid

Penekanan perlu diberikan kepada kepelbagian persekitaran pembelajaran seperti bilik darjah, makmal, tempat kerja dan kehidupan harian untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

     B. Pembelajaran Masteri          C. Pembelajaran Kolaboratif          D. Pembelajaran Koperatif.      

Page 25: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

     E. Pembelajaran konstruktivisme          F. Pembelajaran Melalui Pengalaman          G. Pembelajaran Melalui Rakan Sebaya           

Kaedah PengajaranA. Simulasi          B. Main peranan          C. Syarahan          D. Permainan              D. Teori kecerdasan pelbagai  1 Maksud

    Kebolehan menyelesaikan masalah

Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan   2 Keperluan

   

Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan negara dan keperluan pelajar

Mempelbagaikan cara penilaian

Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah

Page 26: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

Guru ceria murid gembira 

AsalHak Cipta © Muhamad Khairi. 2008SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting

Selamat Datang Ke Laman                 

 

                                                                           Dalam pencarian "Guru Sebenar Guru"...antara ilmu, amal dan bual; manakah satu yang sebenarnya bekal? 

                          Ramai mengaku 'berilmu' tapi kurang  berakal apatah lagi yang sedikit ilmunya tapi langsung tidak berakal;

                                                                                itulah punca amal  dan  bual tidak menjadi bekal.   

                                    

                                    

Page 28: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

Tidak akan

 kamu berperasaan  gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari."

   ~ Umar

al-Khattab  

 

 Objektif Sesi Hari Ini 

Mengenal dan menilai diri dari aspek profesionalisme dan profesionaliti

Antara keunggulan dan realiti wujud ruang (jihad) membangunkan potensi diri

Antara iman, amal dan bual, mana satu menjadi bekal? Jadilah Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu

Mengajar Tidak Lesu Memenuhi tuntutan Guru Mengajar Murid belajar

   "Profesionalisme" (bagi Eric Hoyle,1980) adalah sikap dan tindakan yang menyentuh    aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat    kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya.    Semuanya adalah hal-hal yang selalu dihubungkaitkan dengan perjuangan kesatuan    sekerja.   "Profesionaliti" pula ialah sikap dan tingkah-laku yang ditunjukkan oleh seseorang    terhadap "profesionnya" serta taraf pengetahuan dan ketrampilan dalam bidang    pekerjaan itu.     Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya   dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan murid-muridnya dikatakan

Page 29: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

   mempunyai "profesionaliti" yang tinggi. Dengan kata lain, guru itu  melihat perguruan   dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu "pekerjaaan" tetapi sebagai satu "profesion"   (Omar Hashim,1993).    Sifat dan Ciri-Ciri Seorang Guru Yang Perkasa   Terhadap Murid: 

1. punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif

2. hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid 3. kenal, hormati dan percayai murid-murid 4. mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa

dan berfikir secara kritis 5. menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir

mengenainya 6. menggalakkan murid-muird bertanyakan soalan mengenai

pelajaran 7. hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat

seperti sukan, persembahan musikal dn kebudayaan.    Terhadap Mengajar: 

1. melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru

2. berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman

3. adil dalam menilai dan menggred 4. fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan

pembelajaran 5. bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu

mata pelajaran 6. seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-

idea yang kompleks mudah difahami dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya

7. sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid

8. merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran

9. secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan

Page 30: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

10. menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.

   Terhadap Disiplin: 

1. seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar 2. seorang yang 'laparkan' ilmu; sentiasa up to date dalam

bidangnya dengan membaca; menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar; dan mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan

3. juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya

4. aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya

5. menjadi ahli kepada komuniti yang belajar 6. bina dan mengekalkan perhubungan profesional 7. bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

   Secara Peribadinya: 

1. tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan mengajar kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi

2. berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.     Antara "Keunggulan" dengan "Realiti" wujud ruang lakukan "Perjuangan"   Apa yang "unggul" itu?  Boleh diukur dan dinilai menerusi aspek i) Diri Peribadi  2) Organisasi  3) Iklim dan  Budaya Kerja.

1. Diri peribadi: bersikap positif dan memiliki ketrampilan pengetahuan dan kemahiran yang tidak dipertikai; berfikiran terbuka (tidak sempit, jumud dan beku); pengurusan masa dan diri yang tinggi (selalu on time, datang awal, masuk kelas cepat, mengajar dengan penuh dedikasi dan penuh sifat dan ciri-ciri profesionalisme dan profesionaliti yang tinggi); suka bekerjasama dengan rakan sejawat (tidak lokek ilmu); hasil kerja yang berkualiti (dari segi isi kandungan, format, gaya dan persembahan) memenuhi sifat-sifat seorang yang inovatif, kreatif dan produktif; sabar dalam melayani karenah anak didik dan juga rakan sejawatan; berpegang kepada prinsip yang jelas, betul, benar, dan utuh di dalam semua keadaan dan situasi.

Page 31: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

2. Organisasi: dapat dilihat sebagai sebuah organisasi yang sistematik, teratur dan tertib; jelas susun atur heirarki tugas dan kuasa; wujud kolaborasi, kolegialiti dan partisipasi; masing-massing individu faham dan menyumbang kepada kegemilangan organisasi.

3. Iklim dan Budaya Kerja: diri peribadi yang jadi ahli organisasi akan tentukan senario, suasana atau pun iklim seluruh premis yang akhirnya wujud sebagai satu budaya kerja berkualiti dan cemerlang; persekitaran yang bersih, ceria dan selamat; suasana yang kondusif kepada pembelajaran bermakna; anak didik yang aktif dan responsif tetapi bukan bising tak tentu hala.

   Tetapi "realitinya" bagaimana?   1. Aspek peribadi: bersikap yang tidak sesuai dan tidak cerminkan seorang (atau guru-    guru) yang sejati dengan tingkah-laku dan gelagat yang merendahkan martabat diri dan    organisasi; datang lewat, lambat masuk kelas mengajar, atau kalau masuk tidak    mengajar, atau masuk sekejap kemudian tinggalkan murid buat kerja sendiri, suka    buang masa (berborak dan bersembang semasa bertugas), buat sibuk pada masa dia    tidak sibuk; semuanya ini jadi amalan dan tak rasa malu apatah lagi rasa berdosa.    Pengetahuan dan kemahiran yang tidak berkembang; walau dah lama menjadi guru    tetapi kerja masih comot, kabur, salah sana salah sini, tak faham format dan    kandungan, sangat lewat siapkan laporan data dan maklumat (termasuk analisis dan   diagnosis) dan masih tak pandai buat minit mesyuarat atau belum faham-faham bezakan   antara laporan dan minit; dokumen murid sering tidak kemaskini; buku-buku latihan   murid sangat lama tidak diperiksa; dan paling buruk sikap bodoh sombong, besar diri   dan sangka diri paling betul hingga kerja wajib sebagai seorang guru ditinggalkan dan   melebihkan kerja-kerja lain yang bukan wajib (direct selling dan seumpamanya);   bagaimana kita hendak jadi Guru Sebenar Guru?  

Page 32: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

  2. Aspek Organisasi pula kenyataannya datangnya daripada sikap dan perlakuan para     ahlinya; sering wujud senario nafsu-nafsi (tidak landaskan prinsip dan peraturan)   akhirnya terbentuk organisasi yang kalut, caca-marba, ikut suka; hingga berlarutan   bertahun-tahun maka wujudlah beberapa status organisasi seperti: i) Organisasi   Bermasalah,  ii) Organisasi Terbiar,  iii) Organisasi Berpenyakit,  iv) Organisasi   Bebas-Cukai dan v) Organisasi Mentaliti "Mengajar sebagai Kerja Bodoh."   3. Aspek Iklim dan Budaya Kerja: Relitinya iklim yang gambarkan "budaya organisasi" yang   sentiasa di bawah standard dan jangkaan semua pelanggan dalaman dan luaran atau   tidak memenuhi aspirasi masyarakat dan negara. Maka terdengarlah segala macam   rungutan, komen dan kritikan daripada rakyat jelata di desa sampailah kepada Perdana   Menteri yang memerintah negara; antarnya seperti "Kita tidak serius sebagai Guru Besar...";   "..sekolah kebangsaan tidak menarik dan kurang berdisiplin.'; "3M tidak berkesan di sekolah   kebangsaan berbanding SJK Cina."; "Sebanyak 1,919 buah sekolah dikenalpasti sebagai sekolah   prestasi rendah (SPR) kerana pencapaian bawah 30% kelulusan UPSR (1999)"; " Pelajar-   pelajar Melayu tertinggal dalam pelajaran seawal di bangku sekolah rendah lagi...."; adalah fakta   dan faktor yang mesti kita terima dan akui bagi membanteras dan memperbaikinya   melalui ruang yang luas di mana kita bebas membuat pilihan...yakni pilihan perjuangan   menghapuskan kealpaan, kelederan, kelewatan, ketidakakuran, kelemahan dan   kehinaan akibat dari kebejatan profesioanlisme.    Kita sebagai Apa yang Kita Fikirkan   Apa yang kita percayai dan yakini itulah yang kita buat dan lakukan (amalan hidup); dan  apa yang kita buat dan apa yang kita tidak buat akan jadi "warisan" (legacy) setelah kita

Page 33: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

  berpindah sekolah. Apabila kita secara tekal berfikir, bertindak (beramal) dan   mengutamakan motif diri kita inilah kemudiannya yang digelar sebagai sikap. Oleh itu  kaitan antara pemikiran, perbuatan atau tingkah-laku dan kepercayaan (beliefs) amatlah  saling berkait rapat dalam membezakan seseorang personaliti dengan personaliti yang  lain.   Jika kita fikirkan mengajar bersungguh-sungguh tidak penting (asal ajar sudah) maka  kerja mengajar kita jadilah sebagaimana seadanya sahaja, dan di mata anak didik kita  dilabel sebagai "guru malas". Begitu juga jika kita fikir datang awal atau masuk kelas  segera sebagai tidak penting maka jadilah kita orang yang sentiasa 'lengahkan waktu' dan  seolah-olah tidak berminat dalam pekerjaan kita sendiri.   Atau apa yang kita asyik lebihkan masa berborak dan bersembang (termasuk adu domba,  fitnah, hasut-menghasut, apatah lagi berpolitik) daripada mengajar anak didik sebaik-  baiknya, maka jadilah kita orang-orang yang utamakan kerja yang tidak berkenaan dan  mengabaikan kerja utama dan kerja yang wajib ke atas kita. Pendeknya  inilah yang  dikatakan segala yang kita fikir, yakni menjadi 'kepercayaan kita' maka kita pasti  melakukan segala 'kebejatan' ini yakni apa yang kita amalkan setiap hari sehingga  menepati Hukum Ganjaran yakni "Apa Yang Disemai Itulah Yang Dituai"; dan inilah  menjadi "warisaan" kita yang kita tinggalkan nanti.     Jadilah Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu    Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih;   buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita   sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri

Page 34: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

   profesionaliti yang tinggi sepanjang masa. Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang   profesional dengan guru yang tidak; rujuk senarai semak berikut, dan marilah kita   menukar sikap, persepsi dan posisi kita agar menjadi lebih perkasa dan berwibawa   dalam melaksanakan tugas mulia sebagai seorang guru.     Guru yang Profesional                                    Guru yang tidak Profesional        Mula kerja awal pagi                                       Mula kerja setelah loceng berbunyi   Sedia bergerak awal hari                                 Sudah pun letih di awal pagi   Mengurus dengan merancang                          Mengurus dengan krisis     Ada perancangan & matlamat                         Ada berbagai alasan   Berpakaian secara 'profesional'                          Berpakaian selekeh   Guna waktu luang sebagai waktu                   Guna waktu luang mengumpat dan mengeji  'kerja'    Suka ikuti latihan kerana berikan perkem-      Komplen tentang latihan dan pelik menga-  bangan profesional                                           pa ianya perlu   Dalam mesyuarat mereka duduk di mana        Dalam mesyuarat mereka duduk di tepi   mereka boleh belajar                                        pintu   Cari perkara-perkara untuk dipuji                    Cari perkara-perkara untuk dikomplen   Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan      Salahkan orang lain bila sesuatu tidak ber-                                                                           jalan   Sedia buat keputusan dan selesai masalah       Bertanya  "Apa patut saya buat?" 

Page 35: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

  Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi                Lihat pentadbir sebagai tempat    dalam pendidikan                                              melepaskan  geram   Melanggan dan membaca jurnal profesional     Fikir jurnal profesional sebagai membazir-                                                                            kan wang sahaja   Mendapat penghormatan setiap hari                 Merungut kerana tidak dapat penghor-                                                                            matan   Buat yang terbaik                                              Buat apa orang lain buat   Kembangsuburkan kerjaya mereka                   Bimbang tentang kerja mereka   Rasa dan bertindak 'empowered'                         Rasa dan bertindak seperti mangsa   Sedia untuk belajar dan dapatkan bantuan       Tidak sedia belajar atau terima bantuan   Belanja wang untuk perkembangan profesio-   Enggan belanja untuk perkembangan  nal atau untuk bilik darjah                                profesional atau untuk bilik darjah   Percaya anak didik boleh belajar, dan lihat       Percaya anak didik degil, tidak  tugas mereka membantu proses ini                    bertanggungjawab, dan malas                    Melihat pekerjaan 'mengajar' sebagai satu         Melihat kerja mengajar sebagai satu kerja  profesion paling mulia.                                      dengan gaji lumayan sahaja.    Memenuhi Tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar"   Objektif kita akhirnya ialah memenuhi tuntutan konsep "guru mengajar murid belajar"  dapat direalisasikan pada tahap paling optimum dan dapat pula kita buktikan menerusi

Page 36: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

  kerja-buat kita setiap hari dan waktu. Bagi mencapai tahap ini semua kita mestilah  membetulkan iman (kepercayaan), bual (percakapan), dan amal (segala perlakuan) kita  sentiasa selaras antara ketiga-tiga aspek tersebut.   Memenuhi tuntutan "Guru Mengajar Murid Belajar" pula perlukan semua kita menjadi  guru-guru yang sebenar guru "Ke Sekolah Tidak Jemu Mengajar Tidak Lesu"; yang  membawa erti seseorang guru itu penuh iltizam, dedikasi, komited dan  bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan murid-muirdnya. Prinsipnya  ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik' pekerjaan yang sangat  mulia. Janganlah rosakkan 'kemuliaan tugas' ini dengan perangai dan gelagat yang tersasar  jauh daripada etika dan adab seorang guru yang mursyid. Guru-guru mestilah  menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa  muslihat dan tipu helah) sebagai suatu ibadah. Guru-guru begini tidak akan cepat  menyalahkan keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri terlebih dahulu di samping  berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri.   Guru Sebenar Guru tidak akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi  seperti: selalu ponteng; banyak beri alasan dan helah; sering mengelakkan diri daripada  menerima tugas dan tanggungjawab; menganggap sekolah hanya tempat kerja 'sementara'  atau selalu beri alasan 'tidak cukup masa'. Guru sebenar guru tidak menunjukkan ciri-ciri  'orang malas' ketika di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan penuh ceria dan  dengan penuh semangat serta bersungguh-sungguh, memeriksa buku-buku tanpa  bertangguh.   Penutup   Fahamlah kita bahawa kecemerlangan organisasi dan institusi amat bergantung kepada

Page 37: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

  mutu jatidiri individu yang berada di dalamnya sama ada ia seorang guru, pembantu  tadbir, pembantu am rendah atau pun pekerja rendah awam; yang semuanya mempunyai  'amanah tugas' dan tanggungjawab yang sudah jelas dan terperinci yang tidak boleh kita  dakwa bahawa kita tidak tahu mengenainya.   Marilah kita menginsafinya dengan setulus ikhlas bahawa sebarang 'defisit  pembelajaran' misalnya adalah kerana kita selaku guru-guru yang tidak mengutamakan  masa sebaik mungkin semasa mengajar selama ini. Bagaimana pula kita akan dapat  memenuhi tuntutan bekerja 8 jam sehari seperti yang sedang diura-urakan oleh pihak  Kementerian Pendidikan jika waktu bekerjas 5½ jam sekarang ini pun kita sudah "lesu  dan layu?"ٱ     Rujukan   Omar Mohd Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Dewan     Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.    William E. Schneider, Ph.D., (1998). Why Good Managements Ideas Fail   -  Understanding Your Corporate Culture. Paradigm Shift International USA.    ___________________(2001); Penyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan.   Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.    _______________________________________________________________________  Ceramah yang disampaikan di dalam Program Perkembangan Staf Sekolah Kebangsaan  Telok Sentang, Temerloh pada 23 Mac 2002   Ceramah yang sama disampaikan pula di dalam Program Perkembangan Staf Sekolah  Kebangsaan Kampong Tengah, Temerloh pada 20 September 2002    Ceramah yang sama (dengan beberapa tambahan kandungan) disampaikan di dalam

Page 38: Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan

   Program Perkembangan Staf Sekolah Kebangsaan (LKTP) Jenderak Selatan, Kuala Krau   pada 25 Januari 2003.