guru adalah orang yang mengajar

Upload: cp-wong

Post on 03-Mar-2016

235 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tyyy

TRANSCRIPT

Refleksi Bina Insan Guru Fasa IIIDisediakan oleh : Wong Chiew PingPISMP Matematik SJK(C) Ambilan Jun 2014

Guru adalah orang yang mengajar, pendidik, pengajar atau pengasuh(KamusDewan Edisi Keempat). Agen juga bermaksud bahan atau organisma yang dapatmempengaruhi atau dapat memberi kesan kepada sesuatu tindak balas (KamusPelajar Edisi Kedua). Perubahan atau transformasi ditakrifkan oleh Carzo &Yanouzas sebagai satu proses pertukaran kelakuan atau status yang stabil kepadasatu pola kelakuan yang lain. Bagi Atkinson (1987), perubahan merupakan kegiatan/proses yang membuat sesuatu/seseorang berbeza dengan keadaansebelumnya. Manakala masyarakat ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu (Kamus Dewan).Masyarakat juga boleh dianggap sebagi sekumpulan individu yang mengadakankesepakatan untuk mengelola kehidupan secara bersama-sama atas alasan-alasan biologi, psikologi dan sosial. Sebagai rumusannya, Guru Sebagai Agen Perubahan Masyarakat bermaksud guru berpotensi menjadi pengantara untuk mengubah masyarakat. Dalam Buku Panduan KSSR ada dinyatakan,"walau bagaimanapun sama ada perubahan yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalahbergantung kepada peranan yang dimainkan oleh setiap guru dan Guru Besar dalamsesebuah sekolah.". Abd. Aziz (2000) menyebut guru sebagai pelaksanaperubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada seorang yang mempunyai sifatpositif dalam segala hal. Mereka perlu bersifat kreatif yang tinggi terutamanya dalampenciptaan alat dan bahan pengajaran, peka dalam hal perubahanperubahan danpembaharuan-pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah.Program Bengkel Pendidikan merupakan program yang dirancang di bawah Program Bina Insan Guru dan dilaksanakan untuk menyempurnakan takwim Program BIG Fasa III. Program ini dikendalikan oleh guru-guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2014. Etika social dan protokol merupakan tajuk bengkel pendidikan ini. Sebagai seorang bakal guru, guru-guru pelatih hendaklah mengetahui tentang peranan mereka dalam masyarakat selain tugas-tugas harian seorang guru. Maka, dari institut latihan inilah guru-guru pelatih diajar bagaimana untuk menjadi seorang guru yang berwatak. Program bengkel pendidikan ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bengkel dan juga pengendalian Majlis Rasmi. Tajuk bengkel pada hari 3 September 2015 adalah mengenai Pengendalian Majlis Rasmi dan juga etika berpakaian.Manakala bagi tema pengendalian majlis Rasmi pada 7 September 2015 adalah budaya kepimpinan. Antara kekuatan yang dapat saya kenalpasti melalui bengkel ini adalah penyampai bengkel telah menyampaikan bengkel beliau dengan sangat berkesan. Huraianyang disampaikan adalah sangat jelas dan bertepatan dengan tajuk. Inimembolehkan para peserta bengkel dapat memanfaatkan ilmu etika yang disampaikan dengan baik. Penyampaian yang berkesan adalah sangat penting kerana ini akan menentukan hala tuju skop yang ingin disampaikan.Mesej yang ingin disampaikan dalam bengkel perlu dihuraikan dengan jelas danteratur supaya para peserta yang mendengar bengkel tersebut akan mengambil iktibar akan apa yang telah disampaikan dan perkara seperti yang diibaratkanmasuk telingan kanan keluar telinga kiri tidak akan berlaku. Selain itu, kekuatan yang saya dapati semasa aktiviti bengkel tersebut belangsung adalah tempat yang disediakan oleh pihak pentadbiran adalah sangat selesa untuk para peserta mendengar bengkel dan menimba ilmu. Bagi saya, penyediaan tempat yang baik adalah sangat penting kerana ia akan melambangkan kreadibiliti pihak penganjur tersebut dalam usaha untuk menganjurkan sesuatu majlis yang baik dan akan diingati oleh setiap peserta program. Kegagalan pihak penganjur untuk menyediakan tempat yang selesa akan menyebabkan para peserta akan berasa tidak selesa dan mereka akan mula berfikiran negatif. Kekuatan yang saya dapati semasa program ceramah ini berlangsung adalah hand-out yang disediakan kepada parapeserta dapat memberi lebih kefahaman kepada peserta bengkel. Ini adalah kerana,di samping mendengar bengkel, peserta dapat membaca dan seterusnya akan dapat memahami dengan lebih jelas lagi tentang apa yang ingin disampaikan oleh penceramah. Setiap kekuatan sudah pasti akan ada kelemahannya. Antara kelemahan yang saya dapati mengenai aktiviti ceramah ini adalah masa yang ditetapkan untuk aktiviticeramah adalah tidak bersesuaian iaitu pada pukul 2.00-4.30. Ini adalah pukul petang seperti ini, para peserta akan berasa mengantuk seterusnya tidakdapat memberi sepenuh tumpuan kepada bengkel yang akan disampaikan. Seorang guru yang berkreadibiliti unggul akan mampu untuk menjadi ikon kepada masyarakat. Ini adalah kerana di mata masyarakat, seorang yang bergelar guru akan dipandangmulia oleh masyarakat dan justeru itu, sebagai seorang guru yang baik, kita haruslah sentiasa menunjukkan peribadi yang unggul selaras dengan konsep guru sebagaiagen perubahan masyarakat. Secara tuntasnya, pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang individu mengikut norma dan nilai sesuatumasyarakat. Pada zaman moden ini, guru adalah bertangggungjawab untuk memberipendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke atas diri seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna, secukupnya danmenyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan jayanya.2