keberkesanan program latihan mengajar dalam … · keberkesanan program latihan mengajar dalam...

32
KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM MENYEDIAKAN GURU-GURU PENDIDIKAN TEKNIKAL BERDASARKAN MODEL KONTEKS, INPUT, PROSES DAN PRODUK NOORSHAFINA BINTI IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vutram

Post on 19-Mar-2019

280 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM

MENYEDIAKAN GURU-GURU PENDIDIKAN TEKNIKAL BERDASARKAN

MODEL KONTEKS, INPUT, PROSES DAN PRODUK

NOORSHAFINA BINTI IBRAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATITAN : * Potong yang tidak berkenaan **Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL:

KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM MENYEDIAKAN GURU-GURU PENDIDIKAN TEKNIKAL BERDASARKAN MODEL KONTEKS, INPUT, PROSES DAN PRODUK

SESI PENGAJIAN: 2008-2009

Saya NOORSHAFINA BINTI IBRAHIM_______________________

(HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi pengajian

tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT ( Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD ( Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _______________________________ _____________________________ ( TANDATANGAN PENULIS) ( TANDATANGAN PENYELIA) NOORSHAFINA BT IBRAHIM PROF.MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA Nama Penulis Nama Penyelia Alamat Tetap: NO 13 JALAN LAMPAM, TAMAN SERI TENGGARA , PARIT BUNTAR, PERAK. Tarikh : __________________________ Tarikh : _________________________

Page 3: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda. Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : ……………………………………….

Nama Penyelia : PROF.MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA

Tarikh : ………………………………………..

Page 4: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM

MENYEDIAKAN GURU-GURU PENDIDIKAN TEKNIKAL BERDASARKAN

MODEL KONTEKS, INPUT, PROSES DAN PRODUK

NOORSHAFINA BINTI IBRAHIM

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2009

Page 5: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

ii

 

“ Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : …………………………………………

Nama Penulis : NOORSHAFINA BINTI IBRAHIM

Tarikh : …………………………………………

 

Page 6: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

iii

 

DEDIKASI    

 

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t kerana dengan

izin, rahmat serta limpah kurniaNya maka Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan

dengan sempurna.

Teramat istimewa buat,

Arwah ayahanda, IBRAHIM BIN HAJI AHMAD

Pengorbanan dan susah payah untuk melihat kejayaan anakmu. ~ al - Fatihah

Bonda, NOORAINI BT NOOR

Kasih sayang, kesabaran, pengorbanan dan doa.

Abang, kakak-kakak dan adik yang disayangi, Mohd Saiful Rizam,

Noorshafida, Noorshafiza dan Noorshafira atas dorongan dan semangat yang

diberikan

Jutaan terima kasih atas pengorbanan, dorongan, kesabaran, dan doa kalian

sepanjang pengajian sehingga sampai ke tahap ini. Semoga kalian mendapat rahmat

serta hidayah dari Allah s.w.t.

Page 7: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

iv

 

PENGHARGAAN     

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya

dapat saya menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin

mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan

ribuan terima kasih buat Prof Madya Dr Azizi Bin Yahaya selaku Pensyarah

Pembimbing Projek Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat,

memberi dorongan serta tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya

menyempurnakan projek ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih disampaikan buat rakan-rakan daripada

program Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan iaitu 4 SPA, 4 SPE, 4 SPJ, dan 4

SPH. Penghargaan juga ditujukan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam

penyelidikan ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Terima kasih juga dirakamkan kepada pensyarah, rakan –rakan seperjuangan

khususnya kepada pelajar tahun 4, Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) dan juga kepada semua yang terlibat dan banyak membantu

memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini.

Akhir sekali istimewa buat mak dan arwah abah serta adik-beradik terhadap

pengorbanan serta dorongan yang diberikan amat dihargai. Semoga segala

pengorbanan kalian mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

  

Page 8: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

v

 

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan program latihan

mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal  berdasarkan Model

Konteks, Input, Proses dan Produk. Penilaian berpandukan kepada Model KIPP yang

diperkenalkan oleh Stufflebeam pada tahun 1971 iaitu dari dimensi input, proses dan

produk. Seramai 127 pelajar daripada program Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan dipilih sebagai responden secara persampelan rawak mudah. Kajian

rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik.

Dapatan kajian diproses menggunakan SPSS versi 16 untuk mendapatkan kekerapan,

peratusan, min dan sisihan piawai. Manakala statistik inferensi seperti. kolerasi

Pearson bagi mengenalpasti hubungan antara pengetahuan, kemahiran, pengalaman,

kemahiran generik, keyakinan, pencapaian dan sikap dengan pencapaian latihan

mengajar. Analisis ANOVA digunakan untuk mengenalpasti perbezaan yang

signifikan antara pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kemahiran generik,

keyakinan, pencapaian dan sikap pelajar mengikut program Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan 4 SPA, 4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH. Oleh itu, beberapa cadangan telah

dikemukakan dalam kajian ini dalam usaha untuk memperbaiki terhadap

keberkesanan latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal 

berdasarkan Model Konteks, Input, Proses dan Produk.

       

Page 9: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

vi

 

 

ABSTRACT  

 

 

 

The purpose of this study is to identify the effectiveness of teaching practise

program in providing the technical education teachers based on the Context, Input,

Process and Product Model. The evaluation based on the CIPP Model from input,

process and product, which was introduced by Stufflebeam in year 1971. Total of

127 students from program Technical and Engineering Education were chosen as a

respondent by using random sampling. The pilot study was done in order to

determine reliability and suitability of the questionnaire. The data were analyzed

using SPSS version 16 software and findings were presented in the form of the

frequency, percentage, mean and standard deviations. The inferential statistic such as

Pearson Correlation was used to identify the relationship between the knowledge,

skills, experiences, generic skills, confident, achievement, and attitude with the

teachers trainee achievement. The ANOVA was used to identify the significant

differences between the knowledge, skills, experiences, generic skills, confident,

achievement, and students attitude according to Technical and Engineering

Education program 4 SPA, 4 SPE, 4 SPJ, and 4 SPH. Therefore, the research

suggested that more effort have to be done to improve towards the effectiveness of

teaching practise program in providing the technical education based on the Context,

Input, Process and Product Model.  

Page 10: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

vii

 

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Hipotesis Kajian 11

1.7 Kepentingan Kajian 14

1.8 Skop Kajian 15

1.9 Batasan Kajian 16

1.10 Definisi dan Konsep

1.10.1 Persepsi

1.10.2 Pelajar

1.10.3 Guru pelatih

17

17

17

18

Page 11: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

viii

 

1.10.4 Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan

1.10.5 Keberkesanan

1.10.6 Latihan mengajar

1.10.7 Input

1.10.7.1 Pengetahuan

1.10.7.2 Kemahiran

1.10.8 Proses

1.10.8.1 Pengalaman

1.10.8.2 Kemahiran Generik

1.10.8.3 Keyakinan

1.10.9 Produk

1.10.9.1 Pencapaian

1.10.9.2 Sikap

1.10.10 Model KIPP

18

19

19

19

20

20

20

21

21

21

22

22

22

23

1.11 Penutup 23

2

SOROTON KAJIAN

2.1 Pengenalan 25

2.2 Kajian Lepas 26

2.3 Model Pengajaran Yang Berkaitan

2.3.1 Model Sistem Bell

2.3.2 Model CIRO (Context, Input,

Reaction, Outcome)

2.3.3 Model Penilaian KIPP

38

38

39

40

2.4 Kerangka Kajian

2.4.1 Pemilihan Model KIPP Oleh

Stufflebeam Sebagai Model

Kajian Ini

2.4.2 Penilaian Input

2.4.3 Penilaian Proses

2.4.5 Penilaian Produk

41

41

43

44

44

2.5 Penutup 46

Page 12: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

ix

 

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 47

3.2 Rekabentuk Kajian 48

3.3 Lokasi Kajian 49

3.4 Persampelan Kajian

3.4.1 Populasi

3.4.2 Sampel Kajian

50

50

51

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Pembinaan soal selidik

3.5.1.1 Bahagian A

3.5.1.2 Bahagian B

52

53

53

54

3.6 Cara Pemarkatan 55

3.7 Pemarkatan Pencapaian Latihan

Mengajar

57

3.8 Interpretasi Jadual 57

3.9 Kajian Rintis 58

3.10 Analisis Data

3.10.1 Min

3.10.2 Anova

3.10.3 Kolerasi Pearson

59

60

61

61

3.11 Kesahan Instrumen

3.11.1 Kebolehpercayaan Instrumen

63

63

3.12 Prosedur Kajian 64

3.13 Penutup 65

4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 66

4.2 Bahagian A

4.2.1 Jantina Responden

4.2.2 Bangsa

4.2.3 Kursus

4.2.4 Gred Latihan Mengajar

67

67

68

68

69

Page 13: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

x

 

4.2.5 Jenis Sekolah Semasa Latihan

Mengajar

69

4.3 Analisis Persoalan Kajian 70

4.4 Analisis Inferensi

4.4.1 Hipotesis nol

4.4.2 Hipotesis nol

4.4.3 Hipotesis nol

4.4.4 Hipotesis nol

93

93

95

98

100

4.5 Penutup 105

5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 106

5.2 Rumusan 107

5.3 Perbincangan Hasil Kajian

5.3.1 Jantina Responden

5.3.2 Bangsa

5.3.3 Kursus

5.3.4 Gred Latihan Mengajar

5.3.5 Jenis Sekolah Semasa Latihan

Mengajar

5.3.6 Perbincangan Keberkesanan

Dimensi Input

5.3.7. Perbincangan Keberkesanan

Dimensi Proses

5.3.8 Perbincangan Keberkesanan

Dimensi Produk

5.3.9 Perbincangan Hasil Kajian

Berdasarkan Hipotesis Kajian

110

111

111

112

112

112

113

117

122

126

5.4 Cadangan

5.4.1 Pihak UTM

5.4.2 Pensyarah Pembimbing dan

Guru Pembimbing

5.4.3 Guru pelatih

136

136

137

138

Page 14: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

xi

 

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 139

5.6 Penutup

BIBLIOGRAFI

140

141

Lampiran A-D 146-158

Page 15: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

xii

 

SENARAI JADUAL

JADUAL PERKARA MUKA SURAT

Jadual 3.0 Bilangan populasi bagi pelajar pendidikan

Teknikal dan Kejuruteraan mengikut program

4 SPA, 4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH

50

Jadual 3.1 Penentuan saiz sampel berdasarkan populasi

Krejcie dan Morgan

51

Jadual 3.2 Item mengikut persoalan kajian 54

Jadual 3.3 Skala likert 55

Jadual 3.4 Skala pemeringkatan likert & cara pemarkatan 56

Jadual 3.5 Contoh item positif dalam soal selidik 56

Jadual 3.6 Contoh item negatif dalam soal selidik 56

Jadual 3.7 Pemarkatan skor pencapaian latihan mengajar 57

Jadual 3.8 Jadual Guilford’s Rule of Thumb 58

Jadual 3.9 Nilai Alpha Cronbach 59

Jadual 3.10 Skor min dan tahap persepsi 61

Jadual 3.11 Ringkasan pengujian statistik persoalan kajian 62

Jadual 3.12 Jadual keputusan analisis nilai kebolehpercayaan 64

Jadual 4.1

Taburan bilangan dan peratus responden

mengikut jantina

67

Jadual 4.2 Taburan bilangan dan peratus responden

mengikut bangsa

68

Jadual 4.3 Taburan bilangan dan peratus responden

mengikut kursus

69

Page 16: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

xiii

 

Jadual 4.4 Taburan bilangan dan peratus responden

mengikut gred latihan mengajar

69

Jadual 4.5 Taburan bilangan dan peratus responden

mengikut jenis sekolah semasa latihan

mengajar

70

Jadual 4.6 Taburan bilangan responden mengikut

peratusan, min, dan sisihan piawai dari

dimensi input iaitu pengetahuan (n=127)

72

Jadual 4.7 Taburan responden mengikut tahap, frekuensi dan

peratus dari dimensi input iaitu pengetahuan

74

Jadual 4.8 Taburan bilangan responden mengikut peratusan,

min, dan sisihan piawai dari dimensi input iaitu

kemahiran (n=127)

75

Jadual 4.9 Taburan responden mengikut, frekuensi, dan

peratus dari dimensi input iaitu kemahiran

77

Jadual 4.10 Taburan bilangan responden mengikut peratusan,

min, dan sisihan piawai dari dimensi proses iaitu

pengalaman (n=127)

78

Jadual 4.11 Taburan responden mengikut tahap, frekuensi,

dan peratus dari dimensi proses iaitu pengalaman

80

Jadual 4.12 Taburan bilangan responden mengikut peratusan,

min, dan sisihan piawai dari dimensi input iaitu

kemahiran generik (n=127)

81

Jadual 4.13

Taburan responden mengikut tahap, frekuensi dan

peratus dari dimensi proses iaitu kemahiran

generik

83

Jadual 4.14 Taburan bilangan responden mengikut peratusan,

min, dan sisihan piawai dari dimensi proses iaitu

keyakinan (n=127)

84

Jadual 4.15 Taburan Responden Mengikut Tahap, Frekuensi

Dan Peratus Dari Dimensi Proses Iaitu Keyakinan

86

Page 17: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

xiv

 

Jadual 4.16 Taburan bilangan responden mengikut peratusan,

min, dan sisihan piawai dari dimensi produk iaitu

pencapaian (n=127)

87

Jadual 4.17 Taburan responden mengikut tahap, frekuensi,

dan peratus dari dimensi produk iaitu pencapaian

89

Jadual 4.18 Taburan bilangan responden mengikut peratusan,

min, dan sisihan piawai dari dimensi produk iaitu

sikap (n=127)

90

Jadual 4.19 Taburan responden mengikut tahap, frekuensi dan

peratus dari dimensi produk iaitu sikap

92

Jadual 4.20 Analisis hubungan antara keberkesanan dari

dimensi input iaitu pengetahuan dengan

pencapaian latihan mengajar

93

Jadual 4.21 Analisis hubungan antara keberkesanan

dari dimensi input iaitu kemahiran dengan

pencapaian latihan mengajar

94

Jadual 4.22 Analisis hubungan antara keberkesanan dari

dimensi proses iaitu pengalaman dengan

pencapaian latihan mengajar

95

Jadual 4.23 Analisis hubungan antara keberkesanan dari

dimensi proses iaitu kemahiran generik dengan

pencapaian latihan mengajar

96

Jadual 4.24 Analisis hubungan antara keberkesanan dari

dimensi proses iaitu keyakinan dengan

pencapaian latihan mengajar

97

Jadual 4.25 Analisis hubungan antara keberkesanan dari

dimensi produk iaitu pencapaian dengan

pencapaian latihan mengajar

98

Page 18: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

xv

 

Jadual 4.26 Analisis hubungan antara keberkesanan dari

dimensi proses iaitu sikap dengan pencapaian

latihan mengajar

99

Jadual 4.27 Analisis Anova perbezaan yang signifikan

antara pengetahuan pelajar mengikut program

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA,

4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH

100

Jadual 4.28 Analisis Anova perbezaan yang signifikan

antara kemahiran pelajar mengikut program

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA,

4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH

101

Jadual 4.29 Analisis Anova perbezaan yang signifikan antara

pengalaman pelajar mengikut program

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA,

4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH

102

Jadual 4.30 Analisis Anova perbezaan yang signifikan

antara kemahiran generik pelajar mengikut

program Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

4 SPA, 4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH

102

Jadual 4.31 Analisis Anova perbezaan yang signifikan

antara keyakinan pelajar mengikut program

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA,

4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH

103

Jadual 4.32 Analisis Anova perbezaan yang signifikan antara

pencapaian pelajar mengikut program Pendidikan

Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA, 4 SPE, 4 SPJ,

dan 4 SPH

104

Jadual 4.33 Analisis Anova perbezaan yang signifikan

antara sikap pelajar mengikut program

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA,

4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH

105

Page 19: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

xvi

 

SENARAI RAJAH

JADUAL PERKARA MUKA SURAT

Rajah 2.1 Konsep rancangan latihan mengajar 32

Rajah 2.2 Kerangka kajian berdasarkan

Model Stufflebeam 1971

45

Page 20: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

xvii

 

SENARAI SINGKATAN

CIRO Context, Input, Reaction, Outcome

Df Define Groups

ICT Information Communication Technology

JPTK Jabatan Pendidikan Teknikal Kejuruteraan

KBSM Kemahiran Berasaskan Sekolah Menengah

KIPP Konteks-Input-Proses-Produk

n Bilangan

OHP Projektor Overhed

P&P Pengajarana Dan Pembelajaran

PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PTK Pendidikan Teknikal Kejuruteraan

SP Sisihan Piawai

SPA Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPE Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPJ Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)

SPSS Statistical Packages For The Social Sciences Version 16

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 21: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

xviii

 

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT Soal selidik 146

Pengesahan Item Soal Selidik 154

Surat Kebenaran Meminta Senarai Nama

Daripada Fakulti Pendidikan

155

Keputusan Kajian Rintis 157

Page 22: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Abdul Raof Dalip (1991) latihan mengajar adalah satu komponen

yang sangat penting dalam sesuatu program latihan perguruan. Melalui latihan

mengajar, guru pelatih akan dapat menunjuk dan mengamalkan tingkah laku-tingkah

laku yang diinginkan untuk mengajar secara berkesan serta cuba menggunakan

segala teori yang telah didedahkan kepada mereka semasa mengikuti kursus

pendidikan. Di samping itu, latihan mengajar boleh memberikan kesempatan dan

peluang yang banyak kepada guru pelatih untuk menimba segala pengalaman awal

sebelum mereka memasuki profesion perguruan yang akan ditempuh nanti. Di dalam

masa latihan mengajar, guru pelatih itu menerima tunjuk ajar, bimbingan,

pandangan, nasihat, teguran dan penilaian formatif dan sumatif dalam pengajarannya

sebagai suatu proses penyeliaan kearah pengajaran yang lebih berkesan.

Menurut beliau lagi, pelatih gagal menunjukkan kebolehan dan kecekapannya

sebagai guru pelatih, ini bererti dia belum layak memasuki bidang keguruan. Semasa

Page 23: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

2

 

 

 

mengikuti kursus di institusi guru pelatih diberi pedagogi dan teori yang berkaitan

dengan pembelajaran atau pengajaran serta kemahiran asas dalam kursus kaedah dan

pengajaran mikro. Selama tempoh 12 minggu latihan mengajar dijalankan, tumpuan

khusus adalah diberikan kepada proses pengajaran-pembelajaran di dalam bilik

darjah dan penilaian ke atas guru pelatih dibuat oleh penyelia berdasarkan

pemerhatian proses pengajaran sebagaimana ditunjukkan oleh guru pelatih.

Menurut Abdul Hamid Awang (1979) latihan mengajar telah menjadi

bahagian terpenting dalam mana-mana sistem latihan guru. Ia menjadi suatu syarat

yang diwajibkan kepada tiap-tiap penuntut latihan guru. Latihan amali ini merupakan

peluang pertama bagi penuntut–penuntut untuk mencuba mengamalkan teori-teori,

kaedah–kaedah dan pendekatan-pendekatan yang diperolehi dalam bilik-bilik kuliah.

Kejayaan sesuatu latihan mengajar amat bergantung kepada hubungan harmonis dan

persefahaman yang terjalin antara guru besar, guru-guru penyelia dan penuntut

latihan guru itu. Segala kesulitan dan masalah yang timbul berkaitan latihan

mengajar dapat diusahakan untuk mengatasinya sekiranya ada kerjasama dan

persefahaman antara mereka.

Semasa latihan mengajar dijalankan, guru pelatih dibimbing dan diselia oleh

penyelia-penyelia yang dilantik khas oleh pihak universiti. Disamping menjalankan

tugas membimbing dan menyelia, penyelia juga ditugaskan untuk membuat penilaian

formatif dan sumatif terhadap prestasi guru pelatih (Shariff Omar, et al, 1994). Guru

pelatih harus cuba menunjukkan dia mempunyai faktor-faktor seperti mempunyai

asas pendidikan, penguasaan isi pelajaran akademik, penggunaan prinsip-prinsip

pedagogi dan sahsiah yang diharapkan. Dengan bekalan ini barulah seseorang itu

layak dipertimbangkan untuk mengamalkan dan mempraktikkan kemahiran mengajar

dalam bilik darjah. Walaupun guru pelatih itu diperhatikan dan dinilai untuk

berbagai-bagai tujuan pentadbiran, namun rasional untuk diselia adalah demi

membaiki pengajarannya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan guru yang cekap

berwibawa.

Page 24: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

3

 

 

 

Justeru itu, latihan mengajar yang dijalankan di peringkat universiti di

Malaysia ini adalah satu latihan untuk guru pelatih dalam jangka masa tertentu untuk

mendapat pengalaman mengajar dalam keadaan sebenar bilik darjah di sekolah-

sekolah. Dalam proses melahirkan bakal guru yang cekap dan betul-betul berdedikasi

terhadap tugasnya, adalah diharapkan bakal guru itu akan sedar tanggungjawab dan

keperluan semasa dalam latihan. Ini sesuai dengan falsafah penyeliaan yang

merupakan satu proses tarbiah ke arah membentuk seorang individu supaya

mempunyai sifat-sifat pendidik yang mulia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Program latihan mengajar yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi

Malaysia merupakan satu daripada syarat yang diwajibkan untuk bakal guru untuk

mendapat kelayakan menjadi seorang guru. Latihan mengajar merupakan peluang

pertama bagi bakal guru-guru untuk mengamalkan teori-teori, kaedah dan

pendekatan yang diperolehi daripada perkuliahan.

Menurut Kamaruddin (1986) latihan mengajar merupakan satu kursus penting

dalam program perguruan. Dalam program ini, guru-guru pelatih berada dalam

situasi pengajaran dan pembelajaran yang sebenar. Dalam interaksinya dengan

situasi pengajaran dan pembelajaran itu, mereka berpeluang memupuk kecekapan

mengajar, meluaskan pengalaman serta mendapatkan wawasan dalam teori dan amali

pengajaran dan pembelajaran. Program ini sudah tentu akan dapat membantu para

pelatih apabila mereka keluar mengajar nanti. Latihan mengajar merupakan

permulaan awal bagi guru-guru pelatih untuk menimba pengalaman di sekolah

terutamanya pengalaman mengajar, mengenal suasana persekolahan yang sebenarnya

dan perkara yang berkaitan dengan pengurusan sekolah menengah. Latihan mengajar

Page 25: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

4

 

 

 

juga mendedahkan pelatih supaya menghayati makna profesion perguruan dan

menikmati kerja pengajaran dengan hati yang terbuka. Jangka masa selama 12

minggu menjalani latihan mengajar, belum dapat menentukan keupayaan seorang

guru pelatih untuk mengajar di sekolah sebenar.

Seperti yang diketahui, isu kualiti guru sering dipersoalkan dan dibahaskan

oleh orang ramai dan ahli pendidik. Menurut Siew (2003) menyatakan semua orang

mahukan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak mereka supaya berkembang

dengan baik dalam bidang kognitif, efektif, dan psikomotor. Maka, tidak hairanlah

masyarakat sangat berminat dan mengambil berat tentang guru yang diamanahkan

untuk memberi ilmu dan kemahiran serta bimbingan kepada anak-anak mereka sama

ada berkelayakan ataupun tidak.

Menurut T. Subahan Mohd Meerah (1991) pengetahuan akademik yang ada

pada diri seseorang individu itu, walaubagaimana tinggi sekalipun, belum lagi

mencukupi untuk menjadikannya seorang bakal guru yang berkesan. Hal ini kerana

keberkesanan penyampaian ilmu pengetahuan yang mencakupi sama urusan-urusan

bimbingan, latihan, dan teladan, melalui proses pengajaran dan pembelajaran,

menjadi ukuran utama atau petanda yang memperlihatkan hasil kerja sebenar

seseorang guru. Terdapat dua persoalan yang berbangkit iaitu yang pertama ialah

apakah ciri-ciri yang harus ada pada diri seseorang guru untuk digelar sebagai

seorang guru yang baik. Keduanya, apakah latihan mengajar sebagaimana yang

dijalankan sekarang dapat memberikan persediaan dan pengalaman awal kepada

guru-guru pelatih sebelum mereka benar-benar memasuki alam kehidupan keguruan

nanti.

Page 26: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

5

 

 

 

Bagi persoalan pertama, William Arthur Ward (1991) menyatakan bahawa:

“ Guru yang sederhana akan memberitahu, guru yang bagus akan

menerangkan, guru yang lebih bagus akan membuat demonstrasi,

guru yang hebat akan menyemai rangsangan”. (ms 22)

Menurut Abdul Raof Dalip (1991) latihan mengajar merupakan satu aspek

penting dalam program pendidikan perguruan. Latihan mengajar dilihat sebagai

kemuncak kepada latihan dalam persediaan seseorang guru pelatih menjadikan

dirinya guru yang bertauliah dan berwibawa. Latihan mengajar memberikan peluang

kepada guru pelatih mendapatkan pengalaman praktikal di dalam bilik darjah

daripada apa yang telah dipelajarinya dalam kuliah. Dengan kata lain, sewaktu

menjalani latihan mengajar, guru pelatih mengajar dengan menggunakan segala teori

dan prinsip pendidikan dalam situasi pengajaran-pembelajaran sebenar di bilik

darjah.

Selama tempoh 12 minggu latihan mengajar dijalankan, tumpuan khusus

adalah diberikan kepada proses pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjah dan

penilaian ke atas guru pelatih dibuat oleh penyelia berdasarkan pemerhatian proses

pengajaran sebagaimana yang ditunjukkan oleh guru pelatih. Sepanjang tempoh

latihan mengajar yang dijalankan oleh guru pelatih, apakah mereka mampu mengutip

banyak pengalaman dan dapat di aplikasikan semasa mengajar kelak.

Menurut T Subahan Mohd Meerah (1991) lagi, latihan mengajar menekankan

aspek pengajaran pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Sedangkan tuntutan

profesional perguruan adalah lebih dari itu. Kini guru menghadapi banyak tekanan

sosial. Di antaranya, masalah berkaitan dengan disiplin dan tuntutan ibu bapa dan

masyarakat yang mementingkan pencapaian akademik yang cemerlang. Dengan itu

Page 27: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

6

 

 

 

program latihan mengajar perlulah mengambil kira keupayaan guru pelatih dalam

bidang akademik dan segala aspek pendidikan.

Menurutnya lagi, semasa menjalankan latihan mengajar di sekolah-sekolah

bukanlah hanya untuk ‘mengajar’ sahaja. Mereka hendaklah menjalankan semua

bentuk pengajaran yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan, mengekalkan

pengetahuan, melakukan latihan memahirkan diri dengan pelajar-pelajar itu,

termasuk memberikan mereka kecekapan memahami, mencatat isi pelajaran,

melakukan latihan atau ujian, membuat projek-projek berkenaan mata pelajaran yang

diajar dan diharapkan dapat menyalurkan pendidikan melalui mata pelajaran yang

diajar. Selain itu, guru pelatih yang efisien perlulah menguasai subjek yang diajar

bagi memastikan keberkesanan pengajarannya. Oleh itu, guru pelatih perlu

mempunyai lebih banyak pengetahuan sebelum menjadi seorang guru yang

berkaliber. Pengalaman guru pelatih selama 12 minggu menjalani latihan mengajar

tidak cukup untuk menjadikan mereka menjadi seorang guru yang berkaliber.

Menurut Mohd Salleh Lebar (1998) latihan yang terdapat dalam profesion

perguruan adalah tidak mencukupi. Walaupun mereka telah berkursus dan mendapat

latihan mengajar tetapi apabila mereka menjadi guru kebanyakannya kurang

mempraktikkan dengan sepenuhnya. Jadi kewibawaan seseorang guru mulai diragui

oleh masyarakat.

Bagi menunjukkan keberkesanan latihan mengajar, guru-guru pelatih perlu

mencari peluang untuk mempelajari kemahiran-kemahiran yang tertentu sebanyak

yang mungkin. Setiap guru pelatih yang mengikuti latihan mengajar selama beberapa

minggu perlulah memperolehi kemahiran-kemahiran dalam profesion keguruan.

Guru pelatih perlulah mengambil peluang dengan mempelajari kemahiran pengajaran

daripada guru terlatih dan berpengalaman di sekolah yang ditempatkan. Hal ini

penting supaya guru pelatih mempunyai beberapa jenis kemahiran untuk

Page 28: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

7

 

 

 

menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Menurut Abdul Raof Dalip (1991)

menyatakan seseorang guru pelatih akan diajar kemahiran memulakan pelajaran,

mengemukakan soalan, menggunakan contoh-contoh, menggunakan papan hitam,

menutup pelajaran, menggunakan alat bantu mengajar, menggunakan peneguhan

serta pelbagai rangsangan. Kemahiran-kemahiran seperti inilah yang perlu diperolehi

sepanjang menjalani latihan mengajar kerana kemahiran ini adalah perlu supaya guru

dapat mengendalikan pelajaran yang tinggi mutunya. Persoalannya apakah guru-guru

pelatih yang menjalani latihan mengajar selama 12 minggu di sekolah yang

ditetapkan berpeluang mempelajari kemahiran-kemahiran yang telah dinyatakan.

Menurut Ibrahim (2001), program latihan yang berkesan adalah satu program

latihan yang dapat dipraktikkan sepenuhnya di tempat kerja. Faktor ini penting dalam

memastikan bahawa kemahiran yang diperolehi dapat diaplikasikan kepada

pengalaman sebenar dalam kehidupan seharian dan di alam pekerjaan kelak.

Justeru itu, guru pelatih perlulah sedaya upaya untuk mengatasi kekurangan-

kekurangan yang masih terdapat dalam latihan mengajar. Hal ini penting dalam

memastikan keberkesanan latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru

pendidikan teknikal.

1.3 Penyataan Masalah

Latihan mengajar adalah satu komponen yang sangat penting dalam sesuatu

program latihan perguruan. Melalui latihan mengajar, guru pelatih akan dapat

menunjuk dan mengamalkan tingkah laku-tingkah laku yang diinginkan untuk

mengajar secara berkesan. Di samping itu latihan mengajar boleh memberikan

Page 29: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

8

 

 

 

kesempatan dan peluang yang banyak kepada guru pelatih untuk menimba segala

pengalaman awal sebelum mereka memasuki profesion perguruan yang akan

ditempuh nanti. Isu keberkesanan latihan mengajar bukanlah suatu perkara yang

baru. Ia akan terus diperkatakan dan dibincangkan dalam usaha menjadikan bakal

guru sebagai seorang guru yang berkaliber.

Sepanjang latihan mengajar yang dilalui oleh guru pelatih apakah berjaya

memberi perubahan dari segi tingkah laku ke arah yang lebih positif dalam

menjadikan bakal guru yang berkeyakinan, berkemahiran, berubah dari segi

kemahiran generik, berpengetahuan dan memperolehi banyak pengalaman. Justeru

itu, berjaya mendapat pencapaian yang cemerlang di akhir latihan mengajar. Namun

ramai bekas guru pelatih menyatakan bahawa setelah menjalani latihan mengajar

banyak kelemahan-kelemahan yang ada dapat diperbaiki terutamanya dari segi

keyakinan, kemahiran, kemahiran generik, pengetahuan, pengalaman, pencapaian

dan sikap. Mereka berpendapat bahawa perubahan yang ketara sekali dari segi

keyakinan. Mereka lebih yakin dan berani dalam mengutarakan pendapat-pendapat

yang bernas ketika di kelas. Selain itu, mereka mahir dalam mengaplikasikan teori

dan amali pengajaran yang dipelajari sepanjang latihan mengajar. Keberkesanan

dalam kemahiran generik dapat dipertingkatkan apabila mereka lebih yakin dalam

berkomunikasi terutamanya ketika pembentangan di kelas. Pada peringkat ini,

mereka dapat mempertingkatkan prestasi mereka kepada yang lebih baik kerana

mereka telah diberi peluang untuk meningkatkan pengetahuan berdasarkan

pengalaman latihan mengajar. Menerusi pengalaman menjalani latihan mengajar

secara tidak langsung mematangkan mereka dari segi pemakaian, pemikiran dan

pertuturan. Perubahan sikap guru pelatih sebelum menjalani latihan mengajar dan

selepas menjalani latihan mengajar adalah penting supaya perubahan ke arah yang

lebih positif ini akan menjadikan guru pelatih seorang yang bertauliah dan

berwibawa dalam mendidik pelajar kelak. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk

membincangkan tentang keberkesanan program latihan mengajar dalam

menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan berdasarkan Model Konteks,

Input, Proses dan Produk.

Page 30: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

9

 

 

 

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenalpasti keberkesanan latihan mengajar dari dimensi input iaitu

pengetahuan dan kemahiran pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan Model

Konteks, Input, Proses dan Produk.

1.4.2 Mengenalpasti keberkesanan latihan mengajar dari dimensi proses iaitu

pengalaman, kemahiran generik dan keyakinan pelajar Pendidikan Teknikal

dan Kejuruteraan dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal

berdasarkan Model Konteks, Input, Proses dan Produk.

1.4.3 Mengenalpasti keberkesanan latihan mengajar dari dimensi produk iaitu

pencapaian dan sikap pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dalam

menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan Model Konteks,

Input, Proses dan Produk.

1.4.4 Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan signifikan antara keberkesanan

latihan mengajar dari dimensi input iaitu pengetahuan dan kemahiran pelajar

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dengan pencapaian latihan mengajar

pelajar tahun 4 Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan.

1.4.5 Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan signifikan antara keberkesanan

latihan mengajar dari dimensi proses iaitu pengalaman, kemahiran generik

dan keyakinan pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dengan

pencapaian latihan mengajar pelajar tahun 4 Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan.

1.4.6 Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan signifikan antara keberkesanan

latihan mengajar dari dimensi produk iaitu pencapaian dan sikap pelajar

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dengan pencapaian latihan mengajar

pelajar tahun 4 Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan.

Page 31: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

10

 

 

 

1.4.7 Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan signifikan antara pengetahuan,

kemahiran, pengalaman, kemahiran generik, keyakinan, pencapaian dan sikap

pelajar mengikut program Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA,

4 SPE, 4 SPJ, dan 4 SPH.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah keberkesanan latihan mengajar dari dimensi input iaitu pengetahuan

dan kemahiran pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dalam

menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan Model Konteks,

Input, Proses dan Produk ?

1.5.2 Apakah keberkesanan latihan mengajar dari dimensi proses iaitu pengalaman,

kemahiran generik dan keyakinan pelajar Pendidikan Teknikal dan

Kejuruteraan dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan

Model Konteks, Input, Proses dan Produk ?

1.5.3 Apakah keberkesanan latihan mengajar dari dimensi produk iaitu pencapaian

dan sikap pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dalam menyediakan

guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan Model Konteks, Input, Proses dan

Produk ?

1.5.4 Adakah terdapat hubungan signifikan antara keberkesanan latihan mengajar

dari dimensi input iaitu pengetahuan dan kemahiran pelajar Pendidikan

Teknikal dan Kejuruteraan dengan pencapaian latihan mengajar pelajar tahun

4 Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan?

Page 32: KEBERKESANAN PROGRAM LATIHAN MENGAJAR DALAM … · keberkesanan program latihan mengajar dalam menyediakan guru-guru pendidikan teknikal berdasarkan model konteks, input, proses dan

11

 

 

 

1.5.5 Adakah terdapat hubungan signifikan antara keberkesanan latihan mengajar

dari dimensi proses iaitu pengalaman, kemahiran generik dan keyakinan

pelajar Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan dengan pencapaian latihan

mengajar pelajar tahun 4 Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan?

1.5.6 Adakah terdapat hubungan signifikan antara keberkesanan latihan mengajar

dari dimensi produk iaitu pencapaian dan sikap pelajar Pendidikan Teknikal

dan Kejuruteraan dengan pencapaian latihan mengajar pelajar tahun 4

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan?

1.5.7 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan, kemahiran,

pengalaman, kemahiran generik, keyakinan, pencapaian dan sikap pelajar

mengikut program Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan 4 SPA, 4 SPE,

4 SPJ, dan 4 SPH?