penyeliaan pensyarah terhadap pengajaran guru- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan...

72
1 PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- GURU PELATIH SEWAKTU LATIHAN MENGAJAR CHE MOHD NORAZIZUL BIN CHE NUDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI Malaysia

Upload: vunhi

Post on 04-May-2019

285 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

1

PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU-

GURU PELATIH SEWAKTU LATIHAN MENGAJAR

CHE MOHD NORAZIZUL BIN CHE NUDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI Malaysia

Page 2: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

2

Disahkan oleh

(TANDA TANGAN PENYELIA)

CIK SARIMAH BINTI ISMAIL

Tarikh: 5 November 2007.

UUUNNNIIIVVVEEERRRSSSIIITTTIII TTTEEEKKKNNNOOOLLLOOOGGGIII MMMAAALLLAAAYYYSSSIIIAAA

BBBBBBBBBBBBOOOOOOOOOOOORRRRRRRRRRRRAAAAAAAAAAAANNNNNNNNNNNNGGGGGGGGGGGG PPPPPPPPPPPPEEEEEEEEEEEENNNNNNNNNNNNGGGGGGGGGGGGEEEEEEEEEEEESSSSSSSSSSSSAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHAAAAAAAAAAAANNNNNNNNNNNN SSSSSSSSSSSSTTTTTTTTTTTTAAAAAAAAAAAATTTTTTTTTTTTUUUUUUUUUUUUSSSSSSSSSSSS TTTTTTTTTTTTEEEEEEEEEEEESSSSSSSSSSSSIIIIIIIIIIIISSSSSSSSSSSS

JJJUUUDDDUUULLL::: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRES DI

KALANGAN GURU TEKNIKAL DI TIGA BUAH SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK DI NEGERI PERAK

SSSEEESSSIII PPPEEENNNGGGAAAJJJIIIAAANNN::: 2007/2008

Saya CHE MOHD NORAZIZUL BIN CHE NUDIN

821201035735

BP040088

Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti

Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia

2. Perpustakaan Universiti Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan (√)

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

Catatan: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis

ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

3

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : CIK SARIMAH BINTI ISMAIL

Tarikh : 5 November 2007

Page 4: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU-

GURU PELATIH SEWAKTU LATIHAN MENGAJAR

CHE MOHD NORAZIZUL BIN CHE NUDIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2007

Page 5: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : CHE MOHD NORAZIZUL BIN CHE NUDIN

Tarikh : 5 November 2007

Page 6: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

iii

DEDIKASI

Diabadikan buat insan-insan yang ku cintai...

Buat ayahanda dan ibundaku yang kucintai Che Nudin bin Hussin dan Salbiah binti Othman

Tiada apa yang dapat kuucapkan hanya restumu mengiringi setiap detik perjalanan hidupku ini Doa, jasa dan pengorbanan kalian mengiringi kehidupan anakandamu ini.

Buat abang ku

Che Mohd Noriswadi Segala dorongan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu kuungkapkan denga kata-kata.

Hanya Allah s.w.t. sahaja yang maha mengetahui dan berhak menilainya.

Buat kakak-kakakku Che Siti Normawarni dan Che Siti Noridawati

Segala sokongan dan pengorbananmu tidak termampu aku membalasnya. Hanya Allah s.w.t. sahaja yang maha mengetahui dan berhak membalasnya.

Buat adik-adikku yang kusayangi

Che Siti Norifarini, Che Siti Noridayu dan Mohd Amrullah, Kasih sayang kalian menjadi inspirasi dalam hidupku

Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini Tetap menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga..

Buat tunang tersayang

Siti Fatimah binti Mohd Ali Sokongan dan kasih sayangmu tidak berbelah bagi menjadi pembakar semangat

Untukku mengharungi penghidupanku ini.

Buat pensyarah yang dihormati lagi disanjungi Cik Sarimah binti Ismail

Segala tunjuk ajar mu akan kekal sepanjang hayat ku Tidakku mampu membalas jasa budimu

Hanya Allah yang mampu menilai dan membalas segala kesabaranmu membimbingku

Semoga kita diberkati Allah s.w.t. sentiasa.....

Amin...

Page 7: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

iv

PENGHARGAAN

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya

penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut masa yang telah

ditetapkan.

Di kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas buat

penyelia penyelidikan Cik Sarimah binti Ismail yang telah banyak membantu dengan

penuh komited dalam membimbing, menasihati, memberi dorongan serta tunjuk ajar

yang berguna di sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Penyelidik juga ingin

merakamkan sekalung budi buat pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu dalam penyiapan penyelidikan ini.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat semua pelajar – pelajar

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan tahun empat, Fakulti Pendidikan dalam

memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan penyelidikan ini berjalan

dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Penghargaan juga ditujukan

kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyelidikan ini secara langsung mahupun

tidak langsung.

Akhir sekali, terima kasih kepada ayahanda dan bonda yang dikasihi serta

keluarga yang banyak berkorban, sehingga penyelidik siap menjalankan penyelidikan ini.

Semoga Allah s.w.t. jua menerima amal ikhlas dan diberikan ganjaran syurga yang abadi

di akhirat.

Sekian, terima kasih...

Wassalam...

Page 8: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penyeliaan pensyarah terhadap

pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari

Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan telah terlibat sebagai

kajian. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Item-item dalam borang

soal selidik berkaitan kekerapan penyeliaan pensyarah, penggunaan masa penyeliaan

pensyarah, tunjuk cara kaedah penulisan perancangan pengajaran dan pendekatan

penyeliaan pensyarah terhadap latihan mengajar guru -guru pelatih. Darjah

kebolehpercayaan (alfa croncbach) bagi instrumen kajian yang diguna dalam kajian ini

ialah 0.8750. Data dianalisis menggunakan perisian “Statistical Package For Social

Sciences” (SPSS 13.0) untuk mencari min, peratus dan kekerapan. Hasil daripada kajian

menunjukkan penyeliaan pensyarah terhadap latihan mengajar guru–guru pelatih adalah

sangat berkesan. Secara keseluruhannya, pendekatan penyeliaan pensyarah terhadap guru

pelatih sewaktu latihan mengajar paling tinggi nilai skor minnya iaitu 4.16. Penggunaan

masa untuk penyeliaan pengajaran guru pelatih adalah yang terendah dengan purata

minnya ialah 3.84. Purata min bagi penyeliaan pensyarah terhadap pengajaran guru-guru

pelatih sewaktu latihan mengajar ialah 4.00 dan berada pada tahap tinggi.

Page 9: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

vi

ABSTRACT

The purpose for this research is to identify the lecturer’s supervision towards

practical teachers during their teaching training. A total of 124 students from the

Technical and Engineering Department of Education Faculty were chosen as research

respondents. The questionnaire forms were used as an instrument for this research. The

items in questionnaire form is related to how frequent are the lecturer’s observation, time

usage during the lecturer’s observation, guideline on the methods of writing lesson plans

and lecturer’s observation approach towards the practical teachers teaching training. The

degree of reliability (alfa croncbach) for the instruments used for the research is 0.8750.

Data gathered were then analyzed using “Statistical Package For Social Science”

software (SPSS Version 13.0) to find the mean, percentage and frequency. The outcome

of the research shows that lecturer’s observation towards practical teachers during their

teaching training is very effective. Altogether, lecturer’s observation approach towards

the practical teachers teaching training is the highest mean with a score of 4.16. Time

usage during the lecturer’s observation is at the lowest mean with a score of 3.84. The

average mean for lecturer’s supervision towards practical teachers during their teaching

training is 4.00 and it is at the highest level.

Page 10: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 9

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 10

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 13

1.8 Definisi Operasional 13

1.8.1 Keberkesanan 13

Page 11: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

viii

1.8.2 Penyeliaan 14

1.8.3 Pensyarah Pembimbing 14

1.8.4 Latihan Mengajar 15

1.8.5 Universiti 15

1.9 Ringkasan 15

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Kursus Pendidikan di UTM 18

2.3 Latihan Mengajar 18

2.4 Penyeliaan 21

2.5 Definisi Penyeliaan 22

2.6 Konsep Penyeliaan 22

2.7 Objektif Penyeliaan 23

2.8 Tumpuan Penyeliaan 23

2.9 Peranan Dan Tanggungjawab Penyelia UTM 24

Dari Aspek Penyeliaan

2.10 Ciri-ciri Utama Penyeliaan 25

2.11 Strategi Perlaksanaan Penyeliaan

2.11.1 Tempoh 25

2.11.2 Bilangan Pelatih Di Bawah 26

Setiap Penyelia

2.11.3 Penempatan 26

2.11.4 Bilangan Penyeliaan 27

2.12 Peranan Guru Pembimbing Dan Pensyarah

2.12.1 Kategori Teknikal 27

2.12.2 Kategori Interpersonal 28

2.12.3 Kategori Strategik 28

2.13 Fungsi Penyeliaan 29

Page 12: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

ix

2.14 Penyeliaan Klinikal

2.14.1 Konsep Penyeliaan Klinikal 30

2.14.2 Ciri-ciri Penting Dalam 30

Penyeliaan Klinikal

2.14.3 Langkah-langkah Penyeliaan 31

Klinikal

2.14.4 Langkah-langkah Penyeliaan 33

Klinikal UTM

2.14.4.1 Sebelum Pengajaran 33

2.14.4.1 Semasa Pengajaran 34

2.14.4.1 Selepas Pengajaran 36

2.15 Bimbingan Dalam Penyeliaan Latihan Mengajar 36

2.15.1 Pendekatan Umum Bimbingan 37

2.15.2 Bimbingan Pada Pandangan 37

Penyelia Dan Pelatih

2.15.3 Kepentingan Bimbingan 38

2.15.4 Stail Penyeliaan Melalui 38

Pendekatan Pembimbing

2.15.5 Tempat Memberikan 40

Bimbingan

2.16 Kesimpulan 41

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 43

3.2 Reka Bentuk Kajian 43

3.3 Tempat Kajian 44

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 44

3.5 Instrumen Kajian 45

Bahagian A 46

Page 13: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

x

Bahagian B 46

3.6 Keesahan Soal Selidik 48

3.7 Kajian Rintis 48

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 49

3.9 Prosedur Kajian 50

3.10 Analisis Data 52

3.11 Ringkasan 54

BAB VI ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 55

4.2 Dapatan Kajian 55

4.3 Analisis Data Bahagian A 56

(Latar Belakang Responden)

4.3.1 Jantina 56

4.3.2 Bangsa 57

4.3.3 Umur 57

4.3.4 Program 58

4.3.5 Bilangan Penyeliaan 58

4.4 Analisis Data Bahagian B (Persoalan Kajian) 59

4.4.1 Adakah Pensyarah Menggunakan Masa 60

Dengan Sepenuhnya Untuk Memantau

Pengajaran Guru Pelatih?

4.4.2 Adakah Pensyarah Memberi Tunjuk Ajar 64

Penulisan Persediaan Mengajar Guru Pelatih

Ketika Latihan Mengajar?

4.4.3 Bagaimanakah Pendekatan Penyeliaan 68

Yang Dibuat Oleh Pensyarah Ketika

Menyelia Guru Pelatih Sewaktu Latihan

Mengajar?

4.5 Ringkasan Dapatan Kajian 73

Page 14: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

xi

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 75

5.3 Rumusan 76

5.3.1 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 77

5.3.2 Bahagian B (Persoalan Kajian) 77

5.4 Perbincangan 80

5.4.1 Adakah Pensyarah Menggunakan Masa 80

Dengan Sepenuhnya Untuk Memantau

Pengajaran Guru Pelatih?

5.4.2 Adakah Pensyarah Memberi Tunjuk Ajar 83

Penulisan Persediaan Mengajar Guru Pelatih

Ketika Latihan Mengajar?

5.4.3 Bagaimanakah Pendekatan Penyeliaan 85

Yang Dibuat Oleh Pensyarah Ketika

Menyelia Guru Pelatih Sewaktu Latihan

Mengajar?

5.5 Kesimpulan 88

5.6 Cadangan 89

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 91

5.8 Penutup 92

BIBLIOGRAFI 94

LAMPIRAN

Page 15: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Bilangan Guru Pelatih Jabatan PTK Yang 4

Menjalani Latihan Mengajar Sesi Akademik

2001/02 hingga 2006/07

1.2 Gred Pencapaian Guru PTK Dalam Latihan 5

Mengajar

1.3 Bilangan Penyeliaan Pensyarah Pembimbing 7

Menyelia Pelajar PTK Pada Sesi 2006/2007

3.1 Pengelasan Skala Likert 47

3.2 Pembahagian Item Bahagian B Berdasarkan 47

Pemboleh Ubah Dalam Soalan Kajian

3.3 Pekali Alpha Cronbach 49

3.4 Maklum Balas Dan Skor Skala Likert Terhadap 53

Item

3.5 Penentuan Tahap Peratusan 53

3.6 Skala Min 51

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden 56

Mengikut Jantina

4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden 57

Mengikut Bangsa

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden 57

Mengikut Umur

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden 58

Page 16: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

xiii

Mengikut Program

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden 58

Mengikut Bilangan Penyeliaan

4.6 Penentuan Tahap Dan Peratusan 59

4.7 Skala Min 60

4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min 60

Responden Bagi Penggunaan Masa Oleh

Pensyarah Pembimbing Ketika Memantau

Pengajaran Guru Pelatih

4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min 64

Responden Bagi Tunjuk Ajar Yang Diberikan

Oleh Pensyarah Pembimbing Dalam Penulisan

Persediaan Mengajar Guru Pelatih

4.10 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min 68

Responden Bagi Pendekatan Penyeliaan Yang

Dibuat Oleh Pensyarah Pembimbing Ketika

Menyelia Guru Pelatih sewaktu Latihan Mengajar

4.11 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut Persoalan 73

Kajian

Page 17: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan

PTK - Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPJ - Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Jentera)

SPE - Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

SPA - Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

SPH - Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

SPSS – Statistical Package For Social Science

SS – Sangat Setuju

S – Setuju

KS – Kurang Setuju

TS – Tidak Setuju

STS – Sangat Tidak Setuju

n - Numbers of respondent

f – Frekuensi

% - Peratus

Page 18: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 97 - 103

B Surat Pengesahan Pelajar 104

C Borang Pengesahan Item Soal Selidik 105

Page 19: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Sesebuah negara yang maju melambangkan penduduk negara tersebut

mempunyai tahap pendidikan yang tinggi. Pendidikan yang cemerlang menjamin

pembentukan negara yang gemilang. Di Malaysia, pihak Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) telah mengadakan pelbagai agenda untuk mengangkat profesion

perguruan sebagai satu profesion yang profesional supaya ia setaraf dengan profesion-

profesion lain seperti kedoktoran dan kejuruteraan. KPM juga sedang mengusahakan

pelbagai program untuk menjadikan sistem pendidikan di Malaysia setaraf dengan

sistem pendidikan di negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat bagi

menghadapi persaingan dan cabaran globalisasi pada era kini.

Sebagaimana yang kita maklum, pihak KPM telah mengadakan pelbagai

program untuk melahirkan guru-guru yang berkarisma untuk membolehkan mereka

melahirkan generasi-generasi yang berkualiti bagi mengangkat nama Malaysia di mata

dunia. Bagi merealisasikan matlamat ini, KPM telah mengambil beberapa alternatif

dengan mewujudkan latihan kepada guru, memantapkan pemilihan bakal-bakal guru,

menambah baik karier perguruan dan persekitaran kerja guru di samping menekankan

aspek-aspek lain seperti intelektual, rohani, jasmani dan aspek emosi. Ini untuk

meningkatkan kesedaran yang mendalam kepada bakal-bakal guru supaya mereka berasa

Page 20: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

2

bangga terhadap profesion perguruan dan mengembalikan rasa hormat masyarakat

terhadap golongan guru(KPM, 2001).

Untuk melahirkan guru-guru yang berkarisma, pihak universiti dan maktab

perguruan haruslah memainkan peranan supaya mereka dapat melahirkan guru-guru

sebagaimana yang dikehendaki oleh KPM. Pihak yang bertanggung jawab sudah

tentulah tenaga pengajar iaitu pensyarah. Tanpa pensyarah-pensyarah yang berkualiti,

mustahil untuk pihak KPM melahirkan guru-guru yang berkualiti juga.

Pihak Universiti Teknologi Malaysia telah menekankan pelbagai aspek ilmiah,

intelektual, rohani, jasmani dan emosi bagi melahirkan bakal-bakal guru yang

berkebolehan, berketerampilan serta bermotivasi tinggi dalam profesion perguruan untuk

merealisasikan impian KPM. Salah satu usaha yang dilakukan oleh UTM ialah dengan

memasukkan subjek Latihan Mengajar ke dalam silibus perguruan di UTM supaya guru-

guru pelatih mendapat pendedahan awal tentang dunia pengajaran yang sebenar. Melalui

cara ini, guru-guru pelatih tidak akan mengalami kejutan budaya apabila ditempatkan di

sekolah nanti dan dapat mengaplikasikan pengajaran yang sebenar berdasarkan

pengalaman mereka ketika proses latihan mengajar.

Latihan mengajar adalah proses latihan guru pelatih kepada tugas profesional.

Melalui latihan ini, guru pelatih juga wajib menerima tanggung jawab sebagai salah

seorang dari pihak sekolah di mana guru pelatih menjalani latihan mengajar. Guru

pelatih tersebut harus berusaha sedaya upaya untuk maju dalam semua aspek latihan

mengajar (Jagdish, 1988).

1.2 Latar Belakang Masalah

Di Universiti Teknologi Malaysia, semua pelajar yang mengikuti program

pendidikan diwajibkan mengikuti program latihan mengajar. Dalam silibus program

pendidikan, pelajar diwajibkan mengikuti kursus latihan mengajar selama dua belas

Page 21: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

3

minggu di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan (Panduan Latihan Praktik, 2005) ketika

mereka berada di semester ke lima dalam tahun ketiga pengajian.

Program latihan mengajar ini adalah aplikasi dari pembelajaran mata pelajaran

Pengajaran Mikro. Mengikut silibus yang telah ditetapkan oleh pihak Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Pengajaran Mikro telah diajar ketika pelajar

ini menuntut di tahun kedua iaitu semester keempat. Oleh yang demikian, pada semester

kelima, pelajar-pelajar ini akan mengaplikasikan semua teori-teori pengajaran, teknik-

teknik pengajaran dan kaedah-kaedah pengajaran yang dipelajari ketika Pengajaran

Mikro dalam pengajaran sebenar sewaktu latihan mengajar di sekolah.

Pada sesi pengajaran dalam Pengajaran Mikro,guru pelatih tidak mengajar

dengan sepenuhnya sebagaimana guru di sekolah tetapi mereka hanya berlatih mengajar

kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang guru sahaja. Penguasaan yang

harus dikuasai meliputi set induksi, pengurusan bilik darjah, penerangan isi-isi pelajaran,

penggunaan contoh-contoh, aktiviti-aktiviti pembelajaran, cara menyoal pelajar,

pengukuhan dan juga penutup. Melalui cara ini, pelajar-pelajar dapat menguasai teknik

asas dalam pengajaran yang mana ia dapat membantu bakal guru mengajar dengan yakin

dan berkesan(Esah Sulaiman, 2003).

Pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia akan menempatkan

guru-guru pelatih di sekolah-sekolah yang ditentukan untuk membolehkan mereka

menjalani latihan mengajar. Tujuan latihan mengajar ini adalah untuk mempersiapkan

diri guru pelatih dengan situasi profesion perguruan yang sebenarnya. Jadual 1.1

menunjukkan bilangan guru pelatih jurusan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan

(PTK) menjalani latihan mengajar di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Page 22: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

4

Jadual 1.1 Bilangan Guru Pelatih Jabatan PTK Yang Menjalani Latihan Mengajar Sesi

Akademik 2001/02 hingga 2006/07

Program 2001/02 2003/04 2004/05 2005/06 2006/07

Bil. Pelajar Bil. Pelajar Bil. Pelajar Bil. Pelajar Bil. Pelajar

SPA 38 36 36 42 35

SPE 29 30 29 44 40

SPH 37 29 29 2 72

SPJ 21 30 28 49 15

Jumlah 125 125 122 170 162

(Sumber: Pejabat Akademik Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 2007)

Berdasarkan Jadual 1.1, didapati kursus pengajian dan bilangan guru pelatih

yang menjalani latihan mengajar adalah berbeza-beza. Pada tahun 2001/02 dan 2003/04,

seramai 125 orang pelajar PTK telah menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah

yang telah ditetapkan oleh pihak Fakulti Pendidikan. Seterusnya pada tahun 2004/05

pula, seramai 122 pelajar yang menjalani latihan mengajar. Pada tahun 2005/06,

bilangan pelajar ini bertambah sehingga mencapai bilangan 170 orang yang menjalani

latihan mengajar. Bilangan pelajar-pelajar ini berkurangan sedikit pada tahun 2006/07

iaitu hanya seramai 162 orang pelajar sahaja yang menjalani latihan mengajar.

Berdasarkan bilangan guru pelatih yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah,

pencapaian gred guru pelatih boleh dilihat pada Jadual 1.2.

Page 23: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

5

Jadual 1.2 Gred Pencapaian Guru PTK Dalam Latihan Mengajar

Sesi 2001/02 2003/04 2004/05 2005/06 2006/07 Jumlah

Gred Bilangan

(%)

Bilangan

(%)

Bilangan

(%)

Bilangan

(%)

Bilangan

(%)

A 0

(0)

1

(0.6)

4

(2.9)

5

(3.3)

9

(5.6)

19

A- 14

(11.2)

16

(12.8)

46

(28.2)

48

(37.7)

69

(42.6)

193

B+ 30

(24.0)

55

(44.0)

56

(45.9)

85

(50.0)

66

(40.7)

292

B 45

(36.0)

47

(37.6)

12

(9.8)

26

(15.3)

15

(9.3)

145

B- 16

(12.8)

6

(4.8)

2

(1.6)

3

(1.8)

2

(1.2)

29

C+ 5

(4.0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

5

C 5

(4.0)

0

(0)

0

(0)

0

(0)

1

(0.6)

6

C- 0

(0)

0

(0)

0

(0)

1

(0.6)

0

(0)

1

D 0

(0)

0

(0)

2

(1.6)

2

(1.6)

0

(0)

4

Jumlah 125

(100.0)

125

(100.0)

122

(100.0)

170

(100.0)

162

(100.0)

694

(Sumber : Pejabat Akademik Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 2007)

Jadual 1.2 menunjukkan peratusan pencapaian gred A guru pelatih masih lagi

rendah dalam latihan mengajar mereka. Walaupun ada peningkatan dari tahun ke tahun

namun peratusannya masih lagi rendah. Apabila dibandingkan peratusan antara gred A

dan A-, dapat diperhatikan peratusan gred A- lebih tinggi dari gred A. Begitu juga

dengan gred B+. Dapat diperhatikan yang gred B+ lebih tinggi dari gred A-. Secara

Page 24: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

6

keseluruhannya, dapat disimpulkan yang pencapaian guru pelatih ketika latihan

mengajar perlu diperbaiki lagi agar pada masa hadapan gred pencapaian guru pelatih ini

berpotensi untuk mencapai sasaran seratus peratus A.

Sebagaimana yang kita tahu, sebelum latihan mengajar, guru-guru pelatih ini

telah mengikuti mata pelajaran Pengajaran Mikro. Namun apabila mengikuti latihan

mengajar, peratusan yang mendapat gred A dan A- masih lagi rendah. Apa yang

dipersoalkan oleh penyelidik ialah mengapa perkara ini boleh berlaku sedangkan semua

aspek-aspek seperti set induksi, cara-cara menarik dan mengekalkan perhatian murid,

menulis objektif pengajaran, teknik menyoal, kawalan bilik darjah, teknik penyoalan dan

penggunaan alat-alat bantu mengajar telah diajar ketika kelas Pengajaran Mikro. Adakah

Pengajaran Mikro yang diajar gagal mencapai matlamat atau penilaian pensyarah ketika

latihan mengajar sehingga menyebabkan peratusan guru pelatih mendapat A dan A-

rendah? Pensyarah yang menilai guru pelatih ketika latihan mengajar seharusnya

memberi panduan dan bimbingan kepada guru pelatih. Ini termasuklah dari segi

penulisan perancangan pengajaran, strategi-strategi yang sesuai digunakan ketika guru

pelatih mengajar, kaedah-kaedah yang sesuai digunakan ketika guru pelatih mengajar

dan sebagainya (Jagdish, 1988).

Ini dinyatakan juga oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan

Malaysia 2001 yang menyatakan bahawa:

“Adalah menjadi hasrat dan cita-cita setiap guru pelatih hendak menjadi

seorang guru yang berkesan, jujur dan bersifat ikhtisas ( Profesional ). Peranan

penyelia ialah memberi sebarang bimbingan dan panduan supaya guru pelatih

itu berjaya mencapai matlamat tersebut” (KPM, 2001)

Sewaktu pensyarah pembimbing datang ke sekolah untuk menyelia pengajaran

guru pelatih, mereka harus berbincang dengan guru pelatih sebelum dan juga selepas

sesi pengajaran. Perbincangan ini meliputi kelemahan dan juga kekuatan perancangan

pengajaran guru pelatih tersebut. Selain daripada itu, pensyarah pembimbing juga akan

memperbetulkan kesalahan yang wujud sewaktu sesi pengajaran guru pelatih tadi.

Melalui cara ini, guru pelatih dapat memperbaiki kelemahan yang telah dilakukan

Page 25: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

7

supaya kelemahan-kelemahan tersebut tidak diulangi semula dalam pengajaran yang

seterusnya.

Selain daripada itu, kekerapan pensyarah menyelia guru pelatih juga turut

menjadi isu oleh penyelidik. Guru pelatih berhak diselia tiga kali (Panduan Latihan

Praktik, 2006). Penyeliaan yang minimum menyebabkan sukar bagi pensyarah untuk

mengesan perubahan pengajaran dan sahsiah diri guru pelatih. Untuk mengetahui

perubahan pencapaian guru pelatih sama ada meningkat atau menurun pensyarah

pembimbing seharusnya menyelia sekurang-kurangnya dua kali kerana penyeliaan yang

kedua boleh dibandingkan dengan penyeliaan yang pertama. Melalui perbandingan ini,

pensyarah pembimbing tersebut dapat membuat kesimpulan tentang prestasi guru pelatih

sama ada makin meningkat atau sebaliknya. Jadual 1.3 menunjukkan bilangan

penyeliaan yang dibuat oleh pensyarah pembimbing sewaktu menyelia pelajar PTK pada

sesi 2006/2007.

Jadual 1.3 Bilangan Penyeliaan Pensyarah Pembimbing Menyelia Pelajar PTK Pada

Sesi 2006/2007

Bilangan Penyeliaan

Program Sekali Dua Kali Tiga Kali Empat Kali Jumlah

SPH 0 7 61 4 72

SPA 0 1 18 16 35

SPE 0 3 24 13 40

SPJ 0 2 8 5 15

(Sumber : Pejabat Akademik Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 2007)

Jadual 1.3 menunjukkan bilangan penyeliaan pensyarah pembimbing menyelia

pelajar PTK pada sesi 2006/07. Bagi pelajar SPH, seramai tujuh orang pelajar telah

diselia sebanyak dua kali dan 61 orang pelajar diselia sebanyak tiga kali manakala

seramai empat orang pelajar telah diselia sebanyak empat kali. Bagi pelajar SPA pula,

hanya seorang sahaja diselia dua kali, 18 orang diselia tiga kali dan seramai 16 orang

diselia sebanyak empat kali. Pelajar yang mengikuti kursus SPE pula, seramai tiga orang

Page 26: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

8

pelajar diselia dua kali, 24 orang pelajar diselia tiga kali dan seramai 13 orang pelajar

diselia empat kali. Pelajar-pelajar SPJ pula hanya dua orang diselia sebanyak dua kali,

lapan orang diselia tiga kali dan seramai lima orang diselia sebanyak empat kali. Tiada

pensyarah yang membuat penyeliaan sekali sahaja dan majoriti pensyarah menyelia

pelajar-pelajar PTK adalah sebanyak tiga kali.

Berdasarkan temu bual penyelidik dengan pelajar-pelajar yang telah menjalani

latihan mengajar, didapati jumlah masa bagi sesuatu penyeliaan oleh pensyarah

pembimbing adalah kurang mencukupi. Ini kerana ada segelintir pensyarah pembimbing

yang tidak menyelia sepenuhnya ketika guru pelatih mengajar di dalam kelas. Sepanjang

sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pensyarah tersebut hanya menilai set

induksi, perancangan pengajaran, alat bantu mengajar, penampilan dan juga isi-isi

pengajaran. Pensyarah pembimbing telah meninggalkan kelas sebelum guru pelatih

sempat menjalankan aktiviti penutup pengajarannya pada hari itu. Apa yang

ditinggalkan hanyalah borang penilaian dan juga buku perancangan pengajaran yang

telah di tanda atau dikomen di atas meja di belakang kelas. Perkara ini menyebabkan

guru pelatih tidak berpeluang berbincang dengan penyelia tersebut dari aspek kekuatan

dan kelemahan pengajarannya.

Sebagaimana yang kita ketahui, manusia mempunyai pelbagai ragam. Begitu

juga dengan pensyarah pembimbing. Berdasarkan temu bual penyelidik dengan pelajar-

pelajar yang telah menjalani latihan mengajar, terdapat segelintir pensyarah pembimbing

yang mengamalkan sistem autokratik ketika membuat penyeliaan. Terdapat pensyarah

pembimbing yang menghendaki guru pelatih mengajar mengikut cara beliau mengajar.

Beliau seharusnya menggalakkan guru pelatih tersebut untuk mengajar mengikut

caranya yang tersendiri kerana pengajaran itu adalah satu seni. Dengan cara ini, guru

pelatih tidak akan terkongkong dengan cara pengajaran penyelia dan dia bebas

melakukan sebarang aktiviti pelajar untuk mencapai objektif pengajarannya.

Format penulisan perancangan pengajaran juga terdapat percanggahan di antara

format penulisan perancangan pengajaran yang dipelajari oleh guru pelatih ketika

Page 27: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

9

Pengajaran Mikro dengan cara penulisan perancangan pengajaran dikehendaki oleh

pensyarah pembimbing. Ini menimbulkan konflik kepada guru pelatih tentang format

penulisan perancangan pengajaran.

Berdasarkan huraian latar belakang masalah di atas, dapat disimpulkan di sini

bahawa terdapat empat masalah utama yang hendak dikaji oleh penyelidik. Pertama

mengenai kekerapan penyeliaan oleh pensyarah pembimbing ke atas guru pelatih. Kedua

adalah masalah penggunaan masa oleh pensyarah pembimbing sewaktu membuat

sesuatu sesi penyeliaan. Masalah yang ketiga ialah tunjuk cara kaedah penulisan

perancangan pengajaran kepada guru pelatih oleh pensyarah pembimbing. Masalah yang

seterusnya ialah sikap sesetengah pensyarah yang bersikap autokratik ataupun

demokratik. Keempat-empat masalah ini mendorong penyelidik menjalankan kajian

mengenai Penyeliaan Pensyarah Terhadap Pengajaran Guru-Guru Pelatih Sewaktu

Latihan Mengajar.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dibincangkan di atas, terdapat

empat perkara yang akan dikaji oleh penyelidik. Penyelidik akan mengkaji dari aspek

kekerapan penyeliaan, penggunaan masa penyeliaan, tunjuk cara kaedah penulisan

perancangan pengajaran dan pendekatan penyeliaan yang di buat oleh pensyarah

pembimbing dalam penyeliaan pensyarah terhadap latihan mengajar guru-guru pelatih di

Jabatan Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia.

Page 28: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

10

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti :

i. Penggunaan masa penyeliaan pensyarah terhadap latihan mengajar guru-

guru pelatih.

ii. Tunjuk cara kaedah penulisan persediaan mengajar terhadap latihan

mengajar guru-guru pelatih.

iii. Pendekatan penyeliaan pensyarah terhadap latihan mengajar guru -guru

pelatih.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa persoalan yang menjadi

asas kajian:

i. Adakah pensyarah menggunakan masa dengan sepenuhnya untuk

memantau pengajaran guru pelatih ?

ii. Adakah pensyarah memberi tunjuk ajar cara penulisan persediaan

mengajar guru pelatih ketika latihan mengajar?

iii. Bagaimanakah pendekatan penyeliaan yang dibuat oleh pensyarah ketika

menyelia guru pelatih sewaktu latihan mengajar?

1.6 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini mempunyai kepentingan kepada pelajar, pensyarah, Fakulti

Pendidikan dan pihak KPM. Berikut adalah beberapa manfaat yang di peroleh hasil

daripada kajian yang dijalankan. Antaranya ialah :

Page 29: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

11

i. Guru Pelatih

Guru pelatih menyedari tugas-tugas dan peranan sebenar mereka sebagai

guru pelatih supaya mereka tidak terbabas dari objektif latihan mengajar sebagai

mana yang telah digariskan oleh pihak universiti dan pihak sekolah. Peranan dan

segala tugas-tugas ini akan diberikan tunjuk ajar serta dipantau oleh pensyarah

pembimbing ketika menyelia guru pelatih. Sewaktu menyelia, pensyarah akan

menerangkan kepada guru pelatih mengenai panduan latihan. Selain daripada itu

juga, pensyarah juga akan memberikan tunjuk ajar mengenai persediaan

pengajaran dan juga strategi-strategi pengajaran di dalam kelas. Justeru itu, guru

pelatih tidak akan mengalami masalah sepanjang latihan mengajar kerana

pensyarah pembimbing sentiasa memberi panduan dan membimbing guru

pelatih. Melalui cara ini juga, guru pelatih akan mendapat bimbingan dan

penyeliaan yang terperinci daripada pensyarah pembimbing.

ii. Pensyarah

Hasil daripada kajian ini juga akan membantu pensyarah–pensyarah

Fakulti Pendidikan yang menyelia guru pelatih supaya mereka dapat menilai

sendiri keberkesanan penyeliaan mereka terhadap guru pelatih dari segi

kekerapan penyeliaan, penggunaan masa, penulisan persediaan mengajar dan

juga pendekatan penyeliaan. Melalui hasil kajian ini juga, pensyarah - pensyarah

Fakulti Pendidikan dapat mengemas kini bilangan penyeliaan, penggunaan masa

penyeliaan, cara penulisan persediaan mengajar dan juga pendekatan penyeliaan

supaya mereka dapat membantu meningkatkan prestasi pengajaran guru pelatih

pada masa hadapan.

Page 30: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

12

iii. Fakulti Pendidikan

Pihak Fakulti Pendidikan juga dapat mengkaji semula sistem penyeliaan

yang diamalkan kini sama ada sistem tersebut masih relevan atau pun perlu di

ubah. Jika di rujuk pada Jadual 1.2 masih terdapat pelajar yang tidak lulus iaitu

mendapat gred C, C- dan D. Pelajar seharusnya mendapat gred sekurang-

kurangnya C+ untuk lulus dalam latihan mengajar (Panduan Latihan Praktik,

2007). Bermula tahun 2001/02 hingga 2006/07 bilangan pelajar yang mendapat

gred A masih kurang memberangsangkan. Hanya 19 orang pelajar sahaja yang

mendapat gred A sejak tahun 2001/02 hingga 2006/07. Justeru itu, hasil kajian

ini dapat membantu pihak Fakulti Pendidikan memperbetulkan sistem penyeliaan

pensyarah pembimbing dari aspek-aspek kekerapan penyeliaan, penggunaan

masa penyeliaan, tunjuk cara kaedah penulisan perancangan pengajaran dan

pendekatan penyeliaan yang di buat oleh pensyarah pembimbing. Dengan ini,

diharapkan peratusan pelajar yang mendapat A dalam Latihan Mengajar dapat

ditingkatkan dan ini akan memberikan impak yang positif kepada pihak Fakulti

Pendidikan, UTM.

iv. Kementerian Pelajaran Malaysia

Pihak KPM akan mendapat maklum balas daripada pihak universiti

khususnya pihak Fakulti Pendidikan tentang penyeliaan pensyarah pembimbing

terhadap guru pelatih ketika latihan mengajar. Melalui hasil kajian ini, pihak

KPM dapat mengenal pasti kelemahan dan kelebihan sistem penyeliaan yang

dilaksanakan kini. Oleh itu, segala rombakan terhadap sistem penyeliaan kini

dapat dilakukan jika hasil kajian ini memberikan jawapan yang negatif kepada

pihak KPM. Namun begitu, jika hasil kajian ini memberikan jawapan yang

positif, sistem penyeliaan ini mesti dikekalkan atau pun dipertingkatkan lagi

supaya penyeliaan pensyarah terhadap latihan mengajar lebih sempurna. Dengan

Page 31: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

13

ini, kualiti bakal-bakal guru pada masa hadapan dapat di tingkatkan melalui

latihan mengajar.

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar tahun empat sahaja di Jabatan

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai,

Johor. Sampel yang juga merupakan populasi kajian diambil adalah terdiri daripada 162

pelajar yang telah tamat menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah mengikut zon

yang telah ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Pelajar-

pelajar tersebut adalah mereka yang mengambil jurusan Program Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Program Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik), Program Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) dan Program Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup) yang masing-masing terdiri daripada 35, 40, 15 dan 72

pelajar. Kajian ini bertumpu kepada penyeliaan pensyarah terhadap latihan mengajar

guru-guru pelatih yang merangkumi kekerapan penyeliaan pensyarah, penggunaan masa

penyeliaan, tunjuk cara kaedah penulisan persediaan mengajar dan pendekatan

penyeliaan pensyarah sewaktu pengajaran guru pelatih.

1.8 Definisi Operasional

1.8.1 Keberkesanan

Menurut kamus dewan (2000), keberkesanan ialah perihal berkesan sesuatu

tindakan ataupun perubahan ataupun ia dapat dikuasai. Dalam kajian ini, keberkesanan

yang dimaksudkan ialah sejauh mana keberkesanan penyeliaan pensyarah terhadap

latihan mengajar guru-guru pelatih dari aspek-aspek kekerapan penyeliaan, penggunaan

masa penyeliaan, tunjuk cara kaedah penulisan perancangan pengajaran dan pendekatan

Page 32: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

14

penyeliaan yang di buat oleh pensyarah pembimbing sewaktu latihan mengajar terhadap

guru-guru pelatih di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

1.8.2 Penyeliaan

Penyeliaan adalah segala tindakan dan perlakuan yang dirancang untuk

mempengaruhi tingkah laku pengajaran guru. Ia dilakukan untuk memastikan guru

pelatih melaksanakan tugas seperti yang telah ditentukan dan untuk mengesan kekuatan

dan kelemahan guru pelatih ( Latihan Mengajar, 1999 : Panduan Untuk Penyelia ).

Dalam kajian ini, penyeliaan yang dimaksudkan ialah sejauh mana penyeliaan yang

dilakukan oleh pensyarah pembimbing dalam aspek-aspek kekerapan penyeliaan,

penggunaan masa penyeliaan, tunjuk cara kaedah penulisan perancangan pengajaran

dan pendekatan penyeliaan. Penyeliaan ini dibuat sewaktu latihan mengajar oleh

pensyarah pembimbing di dalam mata pelajaran Latihan Mengajar terhadap guru pelatih

di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia.

1.8.3 Pensyarah Pembimbing

Pensyarah pembimbing yang dimaksudkan di sini ialah pensyarah pembimbing

yang dilantik oleh Fakulti Pendidikan untuk menjalankan tugas penyeliaan Latihan

Mengajar (Panduan Latihan Praktik, 2005). Dalam kajian ini, pensyarah pembimbing

yang dimaksudkan ialah pensyarah yang dilantik oleh pihak Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia.

Page 33: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

15

1.8.4 Latihan Mengajar

Latihan mengajar adalah satu program di mana guru pelatih berada dalam situasi

pengajaran dan pembelajaran yang sebenar. Dalam interaksinya dengan situasi

pengajaran dan pembelajaran itu, guru pelatih berpeluang memupuk kecekapan

mengajar, meluaskan pengalaman serta mendapatkan wawasan dalam teori dan amali

pengajaran dan pembelajaran (Kamaruddin Hj. Husin, 1986). Dalam kajian ini, latihan

mengajar yang dimaksudkan adalah pengalaman yang dilalui oleh guru pelatih Program

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Program Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik), Program Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) dan Program Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia dalam latihan mengajar di sekolah seperti yang telah ditetapkan

oleh pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

1.8.5 Universiti

Menurut kamus dewan (2005), universiti ialah institusi atau pusat pengajian

tinggi yang memberikan ilmu dalam pelbagai bidang, menjalankan penyelidikan ilmiah,

dan menganugerahkan pelbagai peringkat ijazah. Dalam konteks kajian ini, universiti

yang dimaksudkan ialah Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.

1.9 Ringkasan

Dalam bab pendahuluan ini, penyelidik telah menerangkan mengenai pengenalan

dan latar belakang masalah yang membawa kepada penyataan masalah. Penyelidik juga

menjelaskan objektif kajian, persoalan kajian yang merangkumi beberapa aspek dan

diikuti oleh kepentingan kajian kepada pihak pelajar, pensyarah, Fakulti Pendidikan dan

juga Kementerian Pendidikan Malaysia. Bab yang berikutnya, penyelidik akan menulis

Page 34: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

16

tentang sorotan kajian yang berkaitan dengan kekerapan penyeliaan pensyarah,

penggunaan masa penyeliaan, tunjuk cara kaedah penulisan perancangan pengajaran dan

pendekatan penyeliaan pensyarah sewaktu pengajaran guru pelatih.

Page 35: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

17

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Latihan mengajar merupakan salah satu mata pelajaran yang diwujudkan oleh

Fakulti Pendidikan UTM dalam mengasah dan memantapkan lagi ketokohan pelajar

dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Dalam latihan mengajar, penyeliaan

merupakan aspek yang amat penting dalam menilai kebolehan guru pelatih. Oleh yang

demikian, aspek penyeliaan tidaklah boleh dipandang enteng. Salah satu aspek yang

penting dalam konsep penyeliaan adalah dengan memberi bimbingan kepada guru

pelatih untuk memantapkan diri mereka dalam usaha memperkembangkan potensi

sebagai seorang guru. Komponen yang dinilai adalah dari segala aspek dan prestasi guru

pelatih semasa menjalani latihan mengajar. Tumpuan penyeliaan sebenarnya adalah ke

arah meningkatkan pengajaran guru ke arah pengajaran yang saintifik kerana masyarakat

menganggap pendidikan adalah tanggungjawab yang sepenuhnya yang harus digalas

oleh guru. Kejayaan dan kegagalan proses pengajaran, semuanya terletak di bahu guru.

Seandainya prestasi guru adalah baik, maka kejayaan yang akan di kecapi tetapi jika

prestasi guru adalah kurang memberangsangkan, maka kegagalanlah yang akan ditemui.

Di dalam sorotan kajian ini, penyelidik akan membincangkan hal-hal yang berkaitan

dengan komponen-komponen yang terkandung dalam latihan mengajar terutamanya

yang bersangkutan dengan komponen penyeliaan seperti kekerapan penyeliaan,

Page 36: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

18

penggunaan masa penyeliaan, tunjuk cara kaedah penulisan perancangan pengajaran

dan pendekatan penyeliaan yang di buat oleh pensyarah pembimbing.

2.2 Kursus Pendidikan di UTM

Kursus pendidikan di UTM telah bermula pada tahun 1972 di bawah kelolaan

Fakulti Sains. Pada tahun 1994, Fakulti Pendidikan telah dibina dan segala

tanggungjawab berkaitan pendidikan telah diambil alih oleh Fakulti Pendidikan

sepenuhnya. Penubuhan Fakulti Pendidikan ini adalah untuk mencapai beberapa objektif

seperti :

i) melahirkan pendidik dalam pelbagai bidang pengajian bagi memenuhi

keperluan negara pada masa akan datang

ii) mempertingkatkan mutu kemahiran pengajaran pengajar (trainee) untuk

keperluan pembangunan sumber manusia negara

iii) menjalankan penyelidikan dan penyebaran ilmu pengetahuan dalam

bidang pendidikan

iv) mempelbagaikan kaedah dan menghasilkan bahan bagi meningkatkan

keberkesanan pengajaran pembelajaran.

Maka dengan ini Fakulti Pendidikan memainkan peranan penting dalam

memprogramkan kursus-kursus berbentuk pendidikan bagi bakal siswazah yang

menceburi bidang pendidikan. Bagi kumpulan Perdana, ia bermula pada sesi 1997/1998.

Kursus ini ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM atau yang setaraf dengannya.

2.3 Latihan Mengajar

KPM telah mewajibkan kepada semua bakal guru sama ada di universiti atau di

maktab menjalani latihan mengajar selama dua belas (12) minggu. Tempoh latihan

Page 37: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

19

mengajar dua belas minggu ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama,

selama enam minggu dan enam minggu lagi di bahagian kedua. Guru pelatih

dikehendaki menjalani latihan mengajar mengikut tarikh yang ditetapkan oleh

Jawatankuasa Latihan Praktik Fakulti Pendidikan (Panduan Latihan Praktik, 2007).

Tujuan latihan mengajar ini ialah untuk guru pelatih melaksanakan atau mempraktikkan

segala teori, kaedah mengajar, kemahiran dan kefahaman yang telah dipelajari di bilik

kuliah.

Mengikut (Mok dan Lee, 1988 dalam Jagdish, 1988) latihan mengajar merujuk

kepada situasi apabila seorang guru pelatih itu dihantar ke sekolah untuk mencuba dan

mempraktikkan segala kemahiran mengajar. Guru pelatih ini akan memainkan peranan

mereka sebagai seorang guru yang sebenar. Ini jelas menunjukkan bahawa penekanan

dibuat pada aspek penggunaan atau mempraktikkan ilmu pengetahuan atau kemahiran

yang telah dipelajari sebelum penuntut itu menjalani latihan mengajar. Guru pelatih ini

dianggap sudah bersedia dan lengkap dengan disiplin sebagai seorang guru apabila

beliau menjejakkan kaki ke semester latihan mengajar.

Latihan mengajar adalah landasan awal bagi guru-guru pelatih mendapat

pengalaman di sekolah terutamanya pengalaman mengajar. Selain daripada itu, guru

pelatih juga akan dapat mengenali suasana persekolahan yang sebenar dan perkara –

perkara lain yang berkaitan dengan persekolahan. Melalui latihan mengajar ini, guru

pelatih akan dapat membina dan menyuburkan kefahaman mengenai profesion

perguruan dengan lebih jelas lagi. Guru pelatih juga berpendapat latihan mengajar yang

telah diadakan dapat mencerminkan keberkesanan kursus-kursus yang telah diikuti oleh

guru-guru pelatih sama ada di Maktab Perguruan atau Institusi Pengajian Tinggi. Ada

kalanya terdapat mata pelajaran yang dipelajari itu tidak dapat dipraktikkan atau diajar

di sekolah-sekolah yang ditempatkan untuk latihan mengajar (Md Sood, 1988 dalam

Jagdish, 1988).

Menurut (Md. Ariff, 1986 dalam Jagdish, 1988), guru pelatih yang menjalani

latihan mengajar akan mengalami suasana yang baru dan terdapat beberapa perkara yang

Page 38: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

20

akan mempengaruhi mereka. Pengalaman mengajar ini merupakan suatu pengalaman

yang unik dan amat bermakna dalam tempoh latihan mengajar mereka selama 12

minggu. Dalam tempoh 12 minggu ini, mereka akan menghadapi pelbagai pengalaman

dan suasana persekitaran yang baru. Ini akan meninggalkan kesan pada masa depan

kerjaya mereka. Pengalaman dan pendedahan ini juga akan mempengaruhi mutu

pengajaran dan pembelajaran mereka pada suatu masa kelak. Beliau berpendapat

kebanyakan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih adalah mengenai :

i) kesediaan diri pelatih

ii) penyediaan rancangan mengajar

iii) menggunakan alat bantu mengajar yang berkesan

iv) kerjasama dari guru-guru sekolah

v) mengendalikan alat-alat di bengkel atau makmal

Sewaktu latihan mengajar, guru pelatih akan menghadapi pelbagai perkara baru

yang akan mempengaruhi diri mereka. Ini disebabkan guru pelatih belum mempunyai

pengetahuan yang luas tentang aspek pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru pelatih

ini tidak berpengalaman mengendalikan kelas amali, cara penggunaan alat-alatan,

bahan-bahan pengajaran dan kaedah pengajaran yang baik.

Selain itu, faktor persekitaran juga mempengaruhi guru pelatih ketika menjalani

latihan mengajar seperti kerjasama antara murid-murid, disiplin murid-murid, kerjasama

guru-guru di sekolah, kerjasama ibu bapa dan murid-murid, keyakinan diri sendiri dan

juga masalah peribadi yang dihadapi oleh guru-guru pelatih itu sendiri. Tempat di mana

guru-guru pelatih menjalani latihan mengajar dan teknik-teknik pengajaran juga

mempengaruhi guru pelatih semasa latihan mengajar (Md. Ariff, 1986 dalam Jagdish,

1988).

Page 39: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

21

2.4 Penyeliaan

Penyeliaan adalah satu proses yang sesuai di mana ia melibatkan hubungan

antara individu dan kerjasama antara guru pelatih dengan penyelia dari UTM (pensyarah

pembimbing) mahupun dengan guru pembimbing. Ia merupakan khidmat bantuan

kepada guru pelatih ke arah menyediakan suasana dan keadaan pengajaran guru yang

berkesan.

Penyeliaan juga boleh dikatakan satu set kegiatan yang dirancang dan direka

bentuk untuk meningkatkan pembelajaran pengajaran, memaksimumkan manfaat

pengalaman pembelajaran pelajar mengikut bengkel penyelarasan penyeliaan latihan

mengajar penyelia-penyelia bersekutu di UTM.

Sebagai satu profesion yang kian mencapai kematangan, penyeliaan pendidikan

seharusnya dapat mengenal pasti prinsip dan rasional yang menjadi pegangannya.

Falsafah yang mantap akan menjamin tahap profesionalisme yang tinggi, menjamin

ketekalan amalan dan tatacara beroperasi, menjamin kepuasan pengamal dan pelanggan,

serta menaikkan imej dan martabat profesion penyeliaan.

Menurut Hazil (1995), dalam usaha guru pembimbing membimbing guru-guru

pelatih semasa menyelia mereka dalam latihan mengajar, guru pembimbing perlu

melatih guru pelatih sampai ke taraf boleh mengarah diri mereka melalui:

i) suasana dalam mana guru pelatih bebas memberi rangsangan secara

kreatif

ii) peluang untuk berfikir, membuat keputusan, menemui kecenderungan

guru pelatih itu sendiri

iii) bimbingan yang mencukupi untuk membina teknik dan prosedur sendiri

berasaskan pengetahuan bagaimana pembelajaran berlaku dan

iv) pengalaman yang berterusan yang boleh menghasilkan sikap

mengarahkan diri

Page 40: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

22

2.5 Definisi Penyeliaan

Bimbingan adalah salah satu cabang yang terkandung dalam konteks penyeliaan.

Apakah maksud bimbingan dalam latihan mengajar?. Mengikut pengertian dalam

kamus-kamus, bimbingan ertinya membantu, memimpin, memberi nasihat dan

kerjasama. Bimbingan ini pula dilaksanakan dalam konteks penyeliaan. Menyelia pula

membawa erti melihat, menjaga, mengawas dan mengawal (Hazil, 1995).

Oleh sebab kerja menyelia dan membimbing adalah berkait rapat maka

seeloknya penyelidik meninjau konsep dan pengertian penyeliaan. Dalam Bahasa

Inggeris, penyeliaan bermaksud supervision. Ini bermakna orang yang menyelia itu

mempunyai vision yang super. Penyelia ialah orang yang mempunyai kuasa atau

kebolehan melihat apa yang patut berlaku tetapi tidak berlaku. Penyelia juga mempunyai

pandangan yang mendalam untuk mengetahui bagaimana hendak mendapatkan apa yang

patut berlaku tidak berlaku tetapi akan berlaku pada masa yang akan datang. Ini

bermakna penyelia, pada masa yang sama membuat telahan. Penyeliaan adalah satu

aktiviti yang kompleks(Hazil, 1995).

2.6 Konsep Penyeliaan

Menurut Ismail Kailani (1995), konsep penyeliaan adalah seperti yang berikut:-

i. penyeliaan pengajaran ialah segala tindakan atau perlakuan yang

dirancang untuk mempengaruhi tingkah laku pengajaran guru. Ia

dilakukan sama ada untuk memastikan guru melaksanakan tugasnya

seperti yang telah ditentukan atau untuk mengesani kekuatan atau

kelemahan guru dan dengan itu dapat menganalisis dan memperbaiki

mutu pengajaran guru.

ii. penyeliaan juga adalah satu proses sosial yang melibatkan hubungan

antara individu dan kerjasama antara guru dan penyelia. Ia merupakan

Page 41: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

23

khidmat bantuan kepada guru pelatih ke arah menyediakan suasana dan

keadaan pengajaran yang berkesan.

iii. penyeliaan boleh juga dikatakan sebagai satu set kegiatan yang dirancang

dan direka bentuk untuk meningkatkan pembelajaran pengajaran dan

memaksimumkan manfaat pengalaman pembelajaran murid.

2.7 Objektif Penyeliaan

Menurut Hazil (1995), objektif penyeliaan latihan mengajar adalah untuk

memperkembangkan potensi guru dalam segala hal yang berkaitan dengan profesion

perguruan. Contohnya:-

i. memberi bimbingan ke arah perkembangan sahsiah, ketahanan diri dan

nilai-nilai sesuai dengan profesion perguruan

ii. menilai prestasi guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar.

Perlu diingat bahawa objektif akhir penyeliaan pengajaran ialah untuk

memaksimumkan manfaat pengalaman pembelajaran murid. Walaupun penyelia tidak

berinteraksi secara langsung dengan murid, tetapi hasil proses penyeliaan adalah untuk

memberi faedah kepada pembelajaran murid.

2.8 Tumpuan Penyeliaan

Walaupun matlamat asas penyeliaan tidak berubah tetapi tumpuan kegiatan

penyeliaan berubah. Di peringkat awal, penyeliaan pengajaran menekankan isi

kandungan pembelajaran atau kurikulum di atas kepercayaan bahawa ia adalah segala-

galanya dalam pendidikan. Setelah itu, tumpuan berubah ke arah meningkatkan

pengajaran guru dan ke arah pengajaran yang saintifik kerana masyarakat menganggap

pendidikan adalah tanggung jawab guru dan kejayaan pendidikan bergantung pada

Page 42: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

24

prestasi guru. Akhir-akhir ini pula diperkatakan bahawa kejayaan pendidikan dan

keberkesanan sekolah bergantung kepada bukan sahaja kemahiran guru mengajar, tetapi

juga kepada bagaimana guru mengembangkan kurikulum dan memupuk pembelajaran di

sekolah. Oleh itu penekanan dan tumpuan dalam penyeliaan adalah ke atas

perkembangan guru, baik dari segi kemahiran mengajar, meningkatkan ilmu, ataupun

dari segi kepimpinannya(Hazil, 1995).

2.9 Peranan Dan Tanggungjawab Penyelia UTM Dari aspek Penyeliaan

Menurut Ismail Kailani (1995), terdapat enam peranan dan tanggungjawab

penyelia UTM dari aspek penyeliaan. Peranan dan tanggungjawab tersebut adalah

seperti yang berikut:-

i. memberi bimbingan dan tunjuk ajar berasaskan penerapan klinikal bagi

meningkatkan mutu pengajaran guru pelatih

ii. memerhatikan pengajaran dan mencatatkan kebaikan dan kelemahan pelajar

dalam suatu jangka waktu pengajaran yang telah ditentukan sebagaimana

yang tercatat dalam jadual waktu sekolah

iii. membuat penilaian mengenai mutu pengajaran pelajar dengan berpandukan

format yang telah ditetapkan sewaktu memerhatikan pengajaran

iv. mengadakan perbincangan dengan pelajar mengenai kebaikan dan kelemahan

pengajarannya sebaik sahaja tamat pengajaran dan memberikan bimbingan

dan panduan untuk memperbaiki lagi pengajarannya

v. setiap penyelia dikehendaki menyelia mengikut kekerapan penyeliaan dan

bilangan pelajar yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Latihan Mengajar

vi. menjalankan bimbingan berterusan ke arah perkembangan sahsiah,

pergaulan, ketahanan diri dan nilai yang sesuai dengan profesion perguruan.

Page 43: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

25

2.10 Ciri-ciri Utama Penyeliaan

Penyeliaan yang berkesan adalah matlamat pensyarah pembimbing dan juga guru

pelatih. Ini kerana, dengan penyeliaan yang berkesan akan membantu guru pelatih

memperbetulkan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukannya. Ciri-ciri utama

penyeliaan ialah:-

i) penglibatan bersama antara sekolah dan UTM dalam memberi bimbingan dan

tunjuk ajar kepada guru pelatih

ii) bimbingan dan penilaian berterusan adalah diutamakan

iii) menggunakan proses pencerapan klinikal dan

iv) menggalakkan guru pelatih membuat renungan terhadap diri sendiri bagi

mempertingkatkan kualiti diri sebagai seorang guru yang profesional.

2.11 Strategi Perlaksanaan Penyeliaan

2.11.1 Tempoh

Semua pensyarah pembimbing bertanggung jawab memberi tunjuk ajar dan

membimbing guru pelatih sepanjang tempoh latihan mengajar. Ini bererti mereka akan

membimbing guru pelatih selama 12 minggu seperti yang telah ditetapkan oleh Fakulti

Pendidikan, UTM. Bimbingan ini mestilah mengikut panduan yang telah digariskan oleh

Fakulti Pendidikan, UTM. Hal ini bertujuan untuk membolehkan objektif latihan

mengajar dapat dicapai dengan jayanya. Bimbingan ini termasuklah dari segi penulisan

rancangan mengajar, pelaksanaan pengajaran dan sahsiah guru pelatih (Panduan Menilai

Pelajar, 2006).

Page 44: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

26

2.11.2 Bilangan Pelatih Di Bawah Setiap Penyelia

Bilangan guru pelatih di bawah pensyarah pembimbing dan juga guru

pembimbing adalah berbeza-beza.

i) Bagi setiap pensyarah pembimbing, mereka akan dipertanggungjawabkan

untuk membimbing sekurang-kurangnya lima orang guru pelatih di bawah

seliaannya dan

ii) Bagi penyelia bersekutu iaitu guru pembimbing di sekolah, setiap guru

pembimbing akan dipertanggungjawabkan sekurang-kurangnya seorang guru

pelatih. Ini bertujuan agar guru pembimbing dapat memberikan sepenuhnya

komitmen dan tunjuk ajar kepada guru pelatih. Ini kerana masa guru pelatih

lebih banyak bersama dengan guru pembimbing jika dibandingkan dengan

pensyarah pembimbing.

2.11.3 Penempatan

Penyeliaan pensyarah pembimbing dan juga guru pembimbing adalah berbeza

dari segi penempatan.

i) Pensyarah pembimbing akan diminta menyelia di beberapa buah sekolah

yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa Latihan Mengajar dan

ii) Penyelia bersekutu iaitu guru pembimbing akan menyelia di sekolah di mana

beliau bertugas, kecuali atas kebenaran pihak sekolah mereka boleh menyelia

di sekolah lain yang ditentukan

Page 45: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

27

2.11.4 Bilangan Penyeliaan

Bilangan penyeliaan pensyarah pembimbing dan juga guru pembimbing adalah

berbeza.

i) Bagi penyeliaan terhadap guru pelatih, pensyarah pembimbing akan menyelia

sekurang-kurangnya tiga kali bagi setiap guru pelatih di bawah seliaanya dan

ii) Guru pembimbing akan menyelia sekurang-kurangnya lima kali bagi setiap

guru pelatih di bawah seliaannya.

2.12 Peranan Guru Pembimbing dan Pensyarah

Menurut Hazil (1995), seseorang guru pembimbing di sekolah perlu memiliki

kemahiran dalam tiga kategori iaitu kemahiran teknikal, interpersonal dan strategik.

Kemahiran-kemahiran ini juga perlu dimiliki oleh pensyarah pembimbing kerana

pensyarah pembimbing juga berperanan seperti mana guru pembimbing. Apa yang

berbeza antara pensyarah pembimbing dengan guru pembimbing ialah pensyarah

pembimbing hanya akan datang menyelia beberapa kali sahaja iaitu minimum sebanyak

tiga kali sepanjang pelatih menjalani latihan mengajar. Bagi guru pembimbing pula,

bilangan penyeliaan minimum ialah lima kali seliaan. Perbezaan bilangan penyeliaan

inilah yang membezakan antara pensyarah pembimbing dengan guru pembimbing.

2.12.1 Kategori Teknikal

Dari segi penyeliaan kategori teknikal terdapat tujuh kemahiran yang perlu ada

pada penyelia iaitu:-

i) kemahiran mengajar

ii) kemahiran menyelia dan membimbing

Page 46: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

28

iii) kemahiran runding cara

iv) kemahiran merancang

v) kemahiran membuat keputusan

vi) kemahiran mengendalikan sistem kawalan

vii) kemahiran melaksanakan kawalan operasi

2.12.2 Kategori Interpersonal

Penyeliaan kategori interpersonal pula terdapat empat kemahiran yang perlu ada

pada penyelia iaitu:-

i) kemahiran meningkatkan prestasi

ii) kemahiran kepimpinan

iii) kemahiran menangani konflik

iv) kemahiran mengurus sumber manusia

2.12.3 Kategori Strategik

Dari segi penyeliaan kategori strategik terdapat lima kemahiran yang perlu ada

pada penyelia iaitu:-

i) kemahiran menyesuaikan diri dengan persekitaran

ii) kemahiran mengurus perubahan dan pembangunan

iii) kemahiran memahami peranan pelbagai pihak

iv) kemahiran membuat penilaian jangka panjang.

v) kemahiran memahami dan menangani isu-isu sosial

Menurut Abu Hassan Kassim (1995), beliau menyatakan sebelum seorang guru

pelatih ditauliahkan sebagai guru, kemampuannya untuk mempraktikkan segala teori,

Page 47: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

29

kaedah, strategi, pendekatan, kemahiran dan pengetahuan yang dipelajari di dalam bilik

kuliah akan digilap melalui program latihan mengajar. Dalam konteks ini, guru pelatih

dianggap sebagai perantis yang menjalani latihan di bawah kawalan dan bimbingan guru

terlatih yang mahir dan berpengalaman.

Sebagai seseorang yang masih mentah dan muda dalam bidang perguruan, guru

pelatih perlu dibimbing dan diasuh secara berterusan. Mereka ini perlu dibimbing secara

berterusan sehingga mereka dapat berdiri dengan kaki mereka sendiri. Ini supaya mereka

mampu melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang guru yang berwibawa

dan berkarisma. Bagi memastikan tanggungjawab ini direalisasikan dengan baik dan

sempurna, penglibatan dan kerjasama antara pensyarah pembimbing, guru pembimbing,

pengetua, rakan guru pelatih yang lain dan murid sekolah sendiri sangat diperlukan.

Setiap guru mempunyai kebebasan dan tanggungjawab untuk menimbulkan isu,

menganalisis dan memperbaiki pengajarannya sendiri. Ini bertujuan untuk membentuk

kaedah pengajarannya yang tersendiri (Achesan dan Gall, 1987 dalam Hazil, 1995).

Salah satu aspek pendidikan guru ialah dengan menilai diri sendiri. Penilaian terhadap

diri sendiri adalah sangat penting dalam perkembangan profesional.

2.13 Fungsi Penyeliaan

Menurut Hazil (1995), penyeliaan mempunyai pelbagai fungsi. Antara fungsi

penyeliaan sebenarnya merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

i) memberi maklum balas yang objektif kepada guru tentang tahap pencapaian

pengajarannya yang terkini

ii) mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran

iii) membantu guru membentuk kemahiran menggunakan strategi pengajaran

iv) membantu guru membentuk sikap sihat tentang pembangunan profesional

berterusan

Page 48: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

30

v) meningkatkan dan mengekalkan motivasi guru

vi) mengawal dan menyelaras pengajaran dan pembelajaran guru pelatih

vii) menilai hasil pendidikan

viii) memperkenalkan perubahan kepada sesuatu program atau pendekatan baru

ix) memberi pendedahan atau pengalaman pensosialan kerjaya

x) mewujudkan ciri dan nilai keinsanan

xi) mengurus ketegangan.

2.14 Penyeliaan Klinikal

2.14.1 Konsep Penyeliaan Klinikal

Pencerapan klinikal merupakan proses penyeliaan yang mengandungi ciri – ciri

seperti pemerhatian secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian,

penganalisisan tingkah laku mengajar dan aktiviti lain dengan tujuan memberi

bimbingan serta meningkatkan mutu pengajaran (Goldhammer, 1969 dalam Hazil,

1995).

2.14.2 Ciri-Ciri Penting Dalam Penyeliaan Klinikal

Menurut (Achesan dan Gall 1987, dalam Hazil, 1995) ciri-ciri penting

penyeliaan adalah seperti yang berikut:-

i. Guru perlu mempelajari kemahiran intelektual dan kemahiran tingkah laku dalam

usaha mempertingkatkan mutu pengajaran

ii. Penyelia bertanggungjawab membawa guru membentuk:

a) kemahiran menganalisis proses pengajaran berasaskan data sistematik

b) kemahiran mengeksperimen dan mengubahsuai kurikulum

c) kemahiran dan teknik mengajar yang luas dan pelbagai

Page 49: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

31

iii. Penyelia memberi penekanan tentang apa yang diajar dan bagaimana guru

mengajar untuk memperbaiki pengajaran dan bukan untuk menukar personaliti

guru

iv. Perancangan dan analisis berpusat kepada membuat dan menguji hipotesis

pengajaran berasaskan bukti cerapan

v. Perbincangan bertumpu kepada beberapa isu pengajaran yang mustahak, relevan

kepada guru dan boleh membawa perubahan

vi. Perbincangan maklum balas memusat kepada analisis membina dan pengukuhan

pola-pola yang berjaya. Bukan kepada pencacian pola-pola yang tidak berjaya

vii. Bukti cerapan dijadikan asas, bukan pertimbangan nilai

viii. Putaran perancangan, cerapan dan analisis adalah berterusan dan kumulatif

ix. Penyeliaan satu proses memberi dan menerima yang dinamik di mana penyelia

dan guru adalah rakan sejawat sama-sama berusaha mencari kefahaman

pendidikan yang saling berfaedah

x. Proses penyeliaan pada dasarnya berpusat pada analisis pengajaran

xi. Setiap guru mempunyai kebebasan dan tanggungjawab untuk menimbulkan isu,

menganalisis dan memperbaiki pengajarannya sendiri, juga untuk membentuk

kaedah pengajarannya yang tersendiri

xii. Penyeliaan boleh dipersepsi, dianalisis dan diperbaiki sebagaimana juga

pengajaran

xiii. Penyeliaan mempunyai kebebasan dan tanggungjawab menganalisis dan menilai

penyeliaannya sendiri sebagaimana juga guru menganalisis dan menilai

pengajarannya sendiri.

2.14.3 Langkah-langkah Penyeliaan Klinikal

Pendekatan penyeliaan klinikal yang digunakan oleh pensyarah pembimbing dan

guru pembimbing adalah berasaskan kepada apa yang berlaku di bilik darjah.

Pendekatan ini berpunca dari data yang telah dikutip. Menurut (Goldhammer et al.,1997

dalam Hazil, 1995), pengendaliannya mempunyai peringkat-peringkat berikut:

Page 50: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

32

i) perbincangan pra pemerhatian

ii) pemerhatian di bilik darjah

iii) analisis dan strategi

iv) perbincangan pos pemerhatian

v) analisis keseluruhan

Tujuan mengadakan perbincangan pra pemerhatian untuk menjalinkan suasana

mesra dan meyakinkan guru untuk menjalankan pengajarannya di bilik darjah. Cadangan

yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing adalah sekadar untuk

memberikan pendapat agar dapat dipertimbangkan oleh guru pelatih.

Di peringkat pemerhatian di bilik darjah, pensyarah pembimbing dan guru

pembimbing akan membuat pemerhatian yang teliti berpandukan aspek-aspek yang telah

dibincangkan pada peringkat perbincangan pra pemerhatian.

Di peringkat analisis dan strategi pula pensyarah pembimbing dan guru

pembimbing akan membuat catatan daripada pemerhatian tersebut. Dari itu, mereka

akan memikirkan strategi untuk menerangkan analisis itu kepada guru pelatih.

Seterusnya guru pelatih akan membuat pertimbangan tentang apa yang dikemukakan

oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing.

Pada peringkat pos pemerhatian, pensyarah pembimbing dan guru pembimbing

akan memberikan maklum balas terhadap pengajaran yang dilakukan oleh guru pelatih.

Di peringkat ini juga mereka akan mencadangkan beberapa alternatif untuk

mempertingkatkan lagi pengajaran dan pembelajaran guru pelatih. Mereka juga akan

membincangkan dengan guru pelatih tentang perancangan untuk pemerhatian akan

datang. Sebagaimana yang telah dinyatakan, kebanyakan guru pelatih merasa bimbingan

yang diberikan oleh kedua-dua penyelia ini adalah berfaedah dan membantu mereka

meningkatkan prestasi dan tahap kemahiran pengajaran (Rashidi dan Nagendralingam

Ratnavadivel, 1992 dalam Jagdish, 1988).

Page 51: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

33

2.14.4 Langkah-langkah Penyeliaan Klinikal UTM

Menurut Abu Hassan dan Meor Ibrahim (1995), proses penyeliaan klinikal yang

dipraktikkan oleh Fakulti Pendidikan ketika menyelia guru-guru pelatih melibatkan tiga

peringkat.

i. sebelum pengajaran

ii. semasa pengajaran

iii. selepas pengajaran

2.14.4.1 Sebelum Pengajaran : Perancangan Dan Penulisan Persediaan

Mengajar

Sebelum sesuatu pengajaran, para penyelia digalakkan bertemu dengan guru

pelatih (sebaik-baiknya 15 minit sebelum pengajaran bermula) untuk memberi semangat

dan perangsang. Tujuan utama pertemuan awal ini adalah untuk meningkatkan

keyakinan guru pelatih sebelum masuk mengajar di dalam bilik darjah. Melalui

pertemuan awal sebelum pengajaran ini juga guru pelatih diberi peluang untuk

berbincang dengan penyelia mengenai sebarang kemusykilan mengenai perancangan

dan pengajaran yang hendak dilakukan. Dalam pertemuan awal ini juga penyelia akan

menyemak ketepatan dan kesesuaian bahan, isi kandungan, (fakta, konsep, prinsip dan

sebagainya) dan aktiviti yang hendak disampaikan. Penyelia akan memastikan segala

peralatan dan pendekatan yang digunakan adalah sesuai. Sebarang masalah yang

mungkin timbul dapat di atasi pada peringkat ini. Perbincangan ringkas dan bimbingan

ini diharap boleh meningkatkan keyakinan guru pelatih sebelum memasuki kelas.

Dalam pertemuan ini penyelia perlu menyemak rancangan mengajar yang

disediakan oleh guru pelatih di dalam buku Persediaan Mengajar dan memastikan semua

bahagian (kecuali kedatangan dan catatan pelatih) ditulis dengan lengkap dan sempurna.

Walau bagaimanapun, penyelia tidak digalakkan membuat perbincangan mengenai

persediaan dan penulisan Persediaan Mengajar, terutamanya kelemahan guru pelatih. Ini

Page 52: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

34

bertujuan mengelakkan guru pelatih menjadi risau dan kurang yakin semasa mengajar.

Perbincangan dan komen penyelia yang agak keras sebelum pengajaran akan

mengganggu guru pelatih daripada mengajar sebagaimana yang telah dirancang. Segala

perbincangan yang melibatkan perancangan dan penulisan persediaan mengajar

hendaklah dijalankan selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Walau

bagaimanapun, untuk meningkatkan minat dan keyakinan guru pelatih, penyelia

digalakkan memberi komen yang positif (misalnya memberi pujian) terhadap segala

aspek baik yang terdapat dalam perancangan pengajaran guru pelatih.

Para penyelia dinasihatkan supaya tidak menulis sebarang komen mengenai

kelemahan guru pelatih, sama ada di dalam buku Laporan Penyeliaan Latihan Mengajar

atau buku Persediaan Mengajar, di hadapan guru pelatih. Komen mengenai kelemahan

guru pelatih ini haruslah ditulis dalam buku Laporan Penyeliaan Latihan Mengajar

sewaktu guru pelatih sedang mengajar di hadapan. Komen yang banyak (dalam buku

Persediaan Mengajar) atau penulisan komen yang panjang serta negatif (dalam buku

Laporan Penyeliaan Latihan Mengajar) boleh membunuh semangat guru pelatih.

Di samping itu, bagi memenuhi keperluan sistem pendidikan itu sendiri, penyelia

perlu menilai kesesuaian objektif pengajaran dan perancangan pengajaran yang

melibatkan isi pelajaran, susunan dan peralatan mengajar.

2.14.4.2 Semasa Pengajaran : Penyampaian Pengajaran

Setelah memberi keyakinan dan semangat dan menyemak ketepatan fakta atau

konsep serta kesesuaian aktiviti di dalam rancangan pengajaran, penyelia perlu melihat

bagaimana guru pelatih melaksanakan segala perancangan di dalam bilik darjah atau

makmal sebenar. Dalam bahagian penyampaian ini, guru pelatih akan berusaha untuk

mencapai objektif pengajaran melalui pelbagai aktiviti, kaedah dan strategi yang sesuai.

Kayu pengukur penting untuk menilai keberkesanan sesuatu penyampaian adalah sama

ada objektif pengajaran yang dirancang telah dicapai oleh murid atau tidak.

Page 53: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

35

Di samping kesesuaian bahan pengajaran (isi pelajaran, peralatan dan

sebagainya) dengan objektif, faktor kesesuaian masa untuk melaksanakan setiap aktiviti

yang dirancang turut diambil kira dalam bahagian penyampaian ini. Aktiviti pengajaran-

pembelajaran yang dijalankan hendaklah selaras dengan apa yang telah dirancang.

Pengajaran yang “tidak cukup masa” atau “berlebihan masa” adalah pengajaran yang

tidak dirancang dengan teliti dan baik. Biasanya, pengajaran yang dirancang sedemikian

tidak atau kurang berkesan.

Cara guru menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah sangat penting. Guru

perlu menunjukkan minat semasa mengemukakan soalan kepada murid, dengan

menggunakan nada suara dan memek muka yang sesuai. Penggunaan hubungan mata

(eye contanct), gerak isyarat (gesture), cara percakapan, bahas dan nada suara yang

sesuai sangat membantu pembelajaran murid. Begitu juga, guru perlu bergerak di dalam

bilik darjah untuk mengawal kemajuan murid dan membantu mereka yang menghadapi

masalah. Guru perlu mewujudkan suasana tenteram, harmoni dan tidak tegang di dalam

bilik darjah bagi menggalakkan proses pembelajaran berlaku. Bagi mewujud dan

mengekalkan pembelajaran murid secara berkesan, guru perlu menunjukkan keyakinan

yang tinggi, bersemangat, tenang dan ceria. Di samping itu, penggunaan peralatan dan

papan hitam yang sesuai dan berkesan sangat membantu pembelajaran murid.

Aspek penyampaian guru pelatih hendaklah diperhatikan oleh penyelia semasa

penyampaian pengajaran. Komen yang membina dan cadangan alternatif yang berkaitan

bolehlah ditulis dalam buku Laporan Penyelia dan buku Persediaan Mengajar. Komen

serta cadangan ini akan digunakan oleh penyelia semasa sesi perbincangan selepas

pengajaran.

Page 54: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

36

2.14.4.3 Selepas Pengajaran : Bimbingan Dan Perbincangan

Selepas sesuatu pengajaran selesai, penyelia perlu membincangkan semua aspek

penyampaian pengajaran yang telah dilakukan oleh guru pelatih. Ini meliputi

perancangan, penulisan dan penyampaian pengajaran.

Pada peringkat ini penyelia memberi maklum balas terhadap pengajaran yang

telah dilakukan oleh pelatih. Perbincangan ini perlu diasaskan pada persefahaman yang

telah diwujudkan sebelum pelatih mengajar.

Penyelia akan memberikan laporan pengajaran yang objektif dan memberi

peluang kepada pelatih menilai dan menjelaskan perlakuannya dalam proses pengajaran

guru. Seterusnya penyelia akan mencadangkan alternatif bagi meningkatkan lagi

pengajaran guru pelatih. Guru pelatih dikehendaki mencatat perubahan-perubahan yang

perlu dilakukan dalam pengajarannya akan datang. Pada peringkat ini juga penyelia akan

berbincang dengan guru pelatih tentang perancangan untuk pemerhatian akan datang.

Penyeliaan klinikal perlu melalui tiga peringkat ini. Penyeliaan ini perlu

diusahakan dengan cara terancang dan bersungguh-sungguh dan mengambil kira

peningkatan kemahiran pelatih secara berterusan.

2.15 Bimbingan Dalam Penyeliaan Latihan Mengajar

Latihan mengajar adalah sebahagian daripada aktiviti dalam proses pembelajaran

untuk membimbing guru-guru pelatih ke arah menjadi guru atau lebih tepat lagi untuk

menjadi pendidik yang baik. Usaha melatih pelajar-pelajar untuk menjadi guru adalah

berterusan semenjak mereka mendaftar mengikut kursus perguruan lagi. Ini bererti

bimbingan telah pun bermula sejak sekian lama sebelum mereka menjejakkan kaki di

sekolah untuk menjalani latihan mengajar lagi. Semua aspek-aspek bimbingan dan

kaedah mengajar telah diajarkan dalam Pengajaran Mikro lagi. Jika penyelia mengalami

Page 55: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

37

banyak kesukaran semasa menyelia guru pelatih dalam latihan mengajar, besar

kemungkinan latihan dan bimbingan sebelumnya tidak mencukupi atau semua

bimbingan ini tidak digunakan sepenuhnya oleh guru pelatih.

2.15.1 Pendekatan Umum Bimbingan

Pendekatan ini mengambil kira secara holistik bimbingan yang harus

dilaksanakan oleh pembimbing. Pembimbing perlu peka kepada kehendak dan harapan

pelatih-pelatih yang sedang dibimbing. Melalui cara ini, bimbingan dapat berjalan secara

harmonis di antara pembimbing dengan yang dibimbing yang mana dapat dimanfaatkan

oleh pelatih (Anderson et al., 1980 dalam Hazil, 1995).

2.15.2 Bimbingan Pada Pandangan Penyelia Dan Pelatih

Untuk mendapatkan keselarian tentang kehendak-kehendak bimbingan, kita

perlu meninjau tentang apakah yang dimaksudkan dengan konsep bimbingan oleh

pelatih dan guru pembimbing sendiri. Bagi membuktikan perkara in, satu kajian telah

dijalankan di UTM. Hasil daripada kajian ini, menunjukkan bahawa konsep

bimbingan yang ada pada pelatih-pelatih. Ketiga-tiga pihak telah menekankan bahawa

bimbingan adalah:

i) suatu aktiviti perbincangan dua hala antara guru pembimbing, pensyarah

dan pelatih

ii) ia merupakan komen yang pro dan kontra terhadap pengajaran yang telah

dilakukan oleh pelatih-pelatih

iii) ia merupakan pembetulan cara mengajar pelatih-pelatih dan

iv) suatu aktiviti di mana guru pembimbing atau pensyarah sahaja yang

memberikan komen terhadap segala perlakuan pelatih semasa pengajaran

Page 56: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

38

Jadi, apa yang jelas di sini ialah pelatih tidak begitu bersetuju tentang guru

pembimbing atau pensyarah penyelia sahaja yang memberikan komen. Selalunya

perkara inilah yang sering berlaku. Sebagai penyelia, kita perlu juga mendengar

pandangan-pandangan pelatih untuk mendapatkan rasional mengapa mereka berbuat

sesuatu perkara itu. Jika munasabah, cadangan atau pandangan tersebut boleh diterima.

Melalui cara ini, kita dapat membantu pelatih mempertingkatkan kepercayaan dan

keyakinan diri mereka. Jika keselarian ini benar-benar berlaku, proses dan hasil

bimbingan adalah amat positif (Hazil dan Kamaruddin, 1985 dalam Kamaruddin,

1985).

2.15.3 Kepentingan Bimbingan

Bimbingan adalah sangat-sangat diperlukan oleh guru pelatih. Ini telah

dibuktikan tentang kepentingan bimbingan kepada pelatih-pelatih. Dalam kajian

tersebut, semua pelatih mengatakan bimbingan mampu memberikan manfaat dan

faedah kepada mereka. Antara faedah-faedah bimbingan yang ditekankan ialah:

i) dapat menunjukkan kaedah yang baik semasa pengajaran

ii) dapat menunjukkan kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam pengajaran

iii) dapat menunjukkan cara pengajaran yang jelas dan

iv) dapat memberikan keyakinan untuk mengajar dengan baik

Pandangan pelatih ini dapat memberikan panduan kepada guru pembimbing

mahupun pensyarah ketika membimbing pelatih (Harris, 1975 dalam Hazil, 1995).

2.15.4 Stail Penyeliaan Melalui Pendekatan Pembimbing

Terdapat tiga aspek yang boleh ditumpukan dalam pendekatan bimbingan.

Aspek-aspek ini ialah bimbingan yang dibuat secara individu, bimbingan secara

Page 57: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

39

berkumpulan dan cara bertulis yang mana ia diulas dalam penulisan untuk diberikan

kepada pelatih.

Bimbingan secara individu boleh juga diistilahkan sebagai ‘face-to-face’ atau

bimbingan interpersonal. Bimbingan ini amat disukai oleh pelatih kerana ada di antara

pelatih yang tidak begitu menerima mendedahkan kepada orang lain atau rakan-rakan

tentang kelemahan-kelemahan pengajaran mereka. Keadaan ini boleh melemahkan

moral mereka (Harris, 1975 dalam Hazil, 1995).

Walau bagaimanapun ada pelatih yang suka berkongsi pengalaman baik buruk

dengan rakan-rakan mereka yang lain. Ini bermakna ada pelatih-pelatih yang mahukan

supaya bimbingan dilakukan secara berkumpulan. Dengan cara ini mereka dapat

memperkayakan lagi kaedah-kaedah pengajaran mereka dan dapat belajar tentang

kesalahan-kesalahan yang tidak harus dilakukan. Banyak manfaat boleh diperoleh dari

bimbingan secara kumpulan berbanding dengan cara individu.

Bimbingan boleh juga diberikan dalam bentuk bertulis iaitu dengan memberikan

ulasan sejurus selepas satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Bimbingan cara ini

boleh dijadikan rujukan oleh pelatih pada bila-bila masa. Oleh itu, bimbingan melalui

ulasan perlu diberikan dengan cara spesifik agar dapat membantu pelatih bagi

meningkatkan prestasi pengajaran mereka. Satu kajian telah dilakukan tentang ulasan

penyeliaan di Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1985 (Hazil dan Kamaruddin,

1985 dalam Kamaruddin, 1985).

Ada pula guru-guru pelatih yang mengharapkan pensyarah pembimbing

mengulas bidang-bidang yang spesifik seperti:

i) cara guru pelatih melakukan peneguhan apabila pelajar-pelajar menunjukkan

tingkah laku yang diharapkan

ii) cara guru pelatih menyusun maklum balas kepada para pelajar

Page 58: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

40

iii) hubung kait subtajuk mata pelajaran yang diajar dengan subtajuk mata

pelajaran lain

iv) mengolah konsep dan teori yang menunjukkan penguasaan isi pelajaran

Daripada apa yang dinyatakan oleh guru pelatih ini, boleh dikatakan bahawa

ulasan yang pensyarah pembimbing berikan kepada pelatih-pelatih akan memberikan

kesan kepada mereka. Guru –guru pelatih ini akan menghayati ulasan-ulasan yang telah

diberikan itu. Ini bermakna, pensyarah pembimbing perlu berhati-hati memberi komen

dalam membantu membimbing guru-guru pelatih.

2.11.5 Tempat Memberikan Bimbingan

Bimbingan yang akan diberikan oleh penyelia akan memberikan makna yang

lebih mendalam kepada pelatih jika penyelia memikirkan di mana tempat yang paling

sesuai untuk membuat perbincangan. Berhubung dengan tempat mengadakan

bimbingan, satu tinjauan telah dilakukan untuk mendapatkan pandangan pelatih tentang

tempat-tempat yang sesuai untuk diadakan bimbingan (Kajian Bimbingan, Hazil dan

Kamaruddin, 1995). Tempat-tempat yang dicadangkan oleh pelatih mengikut keutamaan

adalah seperti berikut:-

i. Bilik rehat khas

ii. Bilik gerakan

iii. Perpustakaan

iv. Makmal

v. Bilik darjah

vi. Kantin

vii. Bilik guru

Kajian itu telah menunjukkan bahawa bilik rehat khas amat sesuai untuk

diadakan bimbingan oleh penyelia. Selanjutnya, perpustakaan, makmal dan bilik

Page 59: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

41

gerakan adalah sesuai untuk diadakan bimbingan. Kajian juga mengatakan bahawa

kantin dan bilik guru sebagai kurang sesuai manakala bilik darjah tidak sesuai untuk

diadakan bimbingan.

Bilik darjah tidak sesuai kerana terdedah pada pelajar-pelajar sama ada mereka di

dalam atau di luar bilik darjah, terutama sekali jika pelajar-pelajar itu adalah anak murid

guru pelatih. Guru pelatih juga menekankan bahawa masa untuk memberikan bimbingan

di dalam bilik darjah adalah singkat atau tidak mencukupi kerana mungkin ada guru lain

yang akan memasuki bilik darjah tersebut untuk mengajar.

Pada pendapat guru pelatih, kantin kurang sesuai untuk diadakan bimbingan

kerana terdedah pada gangguan keadaan alam sekeliling. Ini bermakna susah bagi guru

pelatih untuk mendengar komen-komen daripada pensyarah yang memberikan

bimbingan.

Bilik guru juga dianggap kurang sesuai bagi mengadakan bimbingan disebabkan

kehadiran guru-guru lain. Bimbingan oleh penyelia akan mengganggu guru-guru lain

yang sedang bekerja dan juga guru-guru lain yang sedang berehat. Sebaliknya pula

perbualan di antara guru-guru lain akan mengganggu sesi bimbingan antara penyelia

dengan guru pelatih. Seterusnya, dengan kehadiran guru lain, guru pelatih berasa kurang

senang apabila dikomen oleh penyelia. Guru pelatih itu akan menjadi tumpuan guru-

guru.

2.16 Kesimpulan

Mengikut “the theory of transition” (Harringtan dan Sacks, 1984 dalam Hazil

1995), perkembangan perguruan bagi seorang guru pelatih untuk menjadi guru adalah

berperingkat-peringkat dan kemajuan yang dicapai adalah berbeza antara seorang pelajar

dengan pelajar yang lain. Jadi, didapati bahawa dengan adanya penyeliaan daripada

Page 60: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

42

pensyarah pembimbing dan guru pembimbing, ia dapat memberi suntikan perangsang

untuk mereka menjadi guru yang produktif lagi berkesan di masa akan datang.

Page 61: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

43

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1. Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik membincangkan tentang metodologi atau kaedah yang

digunakan untuk menjalankan kajian seperti reka bentuk kajian, tempat kajian, populasi

dan sampel kajian, instrumen kajian, keesahan soal selidik, kajian rintis,

kebolehpercayaan item soal selidik, prosedur kajian dan analisis data.

3.2 Reka bentuk Kajian.

Terdapat dua jenis reka bentuk pembahagian sesuatu kajian iaitu bentuk

kuantitatif dan kualitatif. Bagi kajian ini penyelidik telah menggunakan bentuk

kuantitatif yang melibatkan penggunaan angka, skor dan kekerapan (Mohd Najib, 1999).

Kaedah kuantitatif yang digunakan adalah bertujuan untuk melihat maklumat

secara umum serta mengumpul maklumat secara terperinci dan sekali gus memberi

gambaran yang jelas mengenai penyeliaan pensyarah terhadap latihan mengajar guru-

guru pelatih di jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Page 62: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

44

3.3 Tempat Kajian

Populasi dan sampel di dalam kajian ini diambil di kalangan pelajar-pelajar tahun

empat Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (PTK) Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan di Jabatan

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia, Skudai, Johor.

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Mengenali populasi dan sampel kajian adalah sangat penting dalam menjalankan

penyelidikan pendidikan kerana ia akan menentukan masalah yang perlu dikaji serta

berapa banyak data-data dan maklumat yang perlu dikumpulkan. Selain itu sampel juga

menentukan masa, tenaga dan juga kos perbelanjaan yang dikeluarkan untuk

melaksanakan penyelidikan ( Mohd Najib,1999).

Populasi dan sampel dalam kajian ini merupakan pelajar-pelajar Program Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Program Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik), Program Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) dan Program Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan.

Pelajar-pelajar ini telah menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah pada semester

satu 2006/2007. Merujuk Jadual 1.1 jumlah populasi sebenar yang digunakan adalah

terdiri daripada 162 orang pelajar yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah-

sekolah mengikut zon yang telah ditetapkan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyelidik tidak mengalami masalah untuk

mendapatkan populasi dan sampel seramai 162 orang pelajar ini kerana penyelidik

merasakan semua populasi yang digunakan boleh mengukuhkan lagi dapatan kajian

Page 63: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

45

yang dijalankan walaupun Mohd Najib (1999) menyatakan saiz sampel yang sesuai

untuk mewakili populasi kajian sebanyak 30 % di anggap mencukupi.

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah alat yang digunakan untuk mengumpul data. Kajian ini

menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian untuk memperoleh maklumat

daripada subjek yang dikaji. Soal selidik digunakan lebih praktikal untuk populasi yang

besar kerana ia dapat mengukur pemboleh ubah yang hendak diukur daripada saiz

sampel yang banyak dan ini dapat meningkatkan ketepatan dapatan kajian (Mohd Majid,

1990).

Item dalam borang soal selidik dibina berdasarkan pemboleh ubah-pemboleh

ubah di dalam soalan kajian. Pemboleh ubah-pemboleh ubah tersebut ialah kekerapan

penyeliaan, penggunaan masa, tunjuk cara kaedah penulisan persediaan mengajar dan

pendekatan penyeliaan diambil untuk membina item-item dalam kajian ini. Pemboleh

ubah - pemboleh ubah ini diperoleh hasil daripada temu bual secara tidak formal

penyelidik dengan pelajar-pelajar yang telah menjalani latihan mengajar. Pemboleh ubah

– pemboleh ubah ini juga diperolehi daripada skema penilaian markah guru – guru

pelatih.

Satu set borang soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan

bahagian B.

Page 64: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

46

Bahagian A

Bahagian A set borang soal selidik ini mengandungi beberapa soalan yang

berkaitan dengan maklumat latar belakang responden. Responden hanya dikehendaki

menandakan [ / ] pada kotak jawapan pilihan. Item-item yang terdapat di dalam

bahagian A adalah seperti di bawah :

i. Jantina

ii. Bangsa

iii. Umur

iv. Kursus

v. Bilangan Penyeliaan

Bahagian B

Dalam kajian ini, item-item diukur menggunakan skala Likert. Skala Likert

digunakan kerana ia dapat memberikan gambaran yang lebih jelas dan tepat melalui

maklum balas responden. Setiap soalan yang direka bentuk adalah berpandukan kepada

pemboleh ubah yang hendak dikaji oleh penyelidik. Responden hanya perlu

menyatakan setuju atau tidak terhadap item-item dengan menandai pada skor yang

diberikan. Pengelasan skala Likert ditunjukkan dalam Jadual 3.1.

Page 65: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

47

Jadual 3.1 Pengelasan Skala Likert

Sumber Mohd Najib, (1999)

Pemboleh ubah dibina berdasarkan kajian yang dijalankan oleh penyelidik untuk

menentukan kesahan dan kebolehpercayaan data. Borang soal selidik menunjukkan

bilangan item dalam soal selidik yang dibina. Jadual 3.2 menunjukkan persoalan

kajian,pemboleh ubah, nombor item dan jumlah item yang digunakan dalam kajian ini.

Jadual 3.2 Pembahagian item Bahagian B berdasarkan pemboleh ubah dalam soalan

kajian

Bil Persoalan Kajian Pemboleh ubah No. Item Jumlah item

1 Adakah pensyarah menggunakan

masa dengan sepenuhnya untuk

memantau pengajaran guru

pelatih?

Penggunaan

masa

1,2,3,4,5,

6,7, 8,9 dan

10.

10

2 Adakah pensyarah memberi

tunjuk ajar cara penulisan

perancangan pengajaran guru

pelatih ketika latihan mengajar?

Tunjuk ajar

penulisan

pengajaran

11,12,13,

14,15,16,17,

18,19 dan

20.

10

3 Bagaimanakah pendekatan

penyeliaan yang dibuat oleh

pensyarah ketika menyelia guru

pelatih sewaktu latihan

mengajar?

Pendekatan

penyeliaan

21,22,23,24,

25,26,27,

28,29,30,

31,32,33, 34

dan 35.

15

Jumlah 35

Maklum balas Skor

Sangat setuju (SS) 5

Setuju (S) 4

Tidak pasti (TP) 3

Tidak setuju (TS) 2

Sangat tidak setuju (STS) 1

Page 66: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

48

3.6 Keesahan Soal Selidik

Keesahan kandungan sesuatu instrumen adalah penting kerana ia merujuk kepada

sejauh mana instrumen yang digunakan mampu untuk mengumpul data yang

merangkumi kandungan sesuatu bidang yang ingin dikaji. Tahap keesahan ini dapat

dipertingkatkan dengan menentukan kandungan yang sesuai dan jumlah yang

mencukupi. Mutu soalan juga diambil kira iaitu jelas, padat dan mudah difahami (Mohd

Najib, 1999). Selain itu, kesahihan dari segi saintifik menunjukkan sesuatu ukuran bagi

fenomena tertentu seperti yang telah ditetapkan akan dianggap sebagai ukuran yang

sahih. Soal selidik yang baik hendaklah mudah difahami oleh responden untuk

mengelakkan kekeliruan. Di samping itu juga ia dapat memudahkan penyelidik

membuat analisis mengenai soal selidik tersebut.

Bagi membolehkan soal selidik mencapai objektif penyelidikan, penyelidik

meminta pakar-pakar dalam pendidikan untuk menilai kandungan item-item soal-selidik.

Pakar-pakar yang dimaksudkan adalah terdiri daripada pensyarah Jabatan Asas

Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

3.6 Kajian Rintis

Kajian rintis ini dijalankan adalah bertujuan untuk menguji kesahan dan

kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik yang dibina sebelum kajian sebenar

dijalankan dan mengkaji masalah-masalah yang akan timbul sewaktu proses sebenar

pengumpulan data dijalankan.

Saiz sampel untuk kajian rintis tidak perlu besar tetapi memadai 10 hingga 15

orang sahaja (Mohd Najib, 2003). Justeru itu, kajian rintis ini telah dilakukan terhadap

15 orang pelajar tahun tiga dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang telah menjalani latihan mengajar pada

Page 67: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

49

semester satu sesi 2006/2007 di sekolah-sekolah yang telah ditentukan oleh pihak

Fakulti Pendidikan.

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik

Set borang soal selidik yang diedarkan dalam kajian rintis ini digunakan oleh

penyelidik untuk melihat kebolehpercayaan soal selidik sebelum kajian sebenar di

jalankan. Jika nilai pekali Alpha Cronbach berada di antara 0.6 hingga 1.0, nilai ini

menunjukkan item kajian diterima dan instrumen serta item-item pernyataan tidak perlu

di tukar (Mohd Najib, 1999).

Jadual 3.3 Pekali Alpha Cronbach

JULAT KEKUATAN

0.0 - 0.2 Sangat Lemah

0.2 - 0.4 Lemah, Rendah

0.4 - 0.7 Sederhana

0.7 - 0.9 Tinggi, Kuat

0.9 - 1.0 Sangat Kuat, Sangat Tinggi

Sumber Mohd Najib, (1999)

Di dalam kajian ini, kebolehpercayaan item-item soal selidik ditentukan dengan

menggunakan ujian statistik Alpha Cronbach. Kebolehpercayaan soal selidik di tentukan

dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Social Science version 13.0’

(SPSS). Alpha yang diperoleh ialah 0.8750 Memandangkan nilai alpha yang diperoleh

berada dalam lingkungan skala nilai alpha 0.7 - 0.9, maka item dalam soal selidik ini

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan kuat. Justeru itu, penyelidik berkeyakinan

bahawa item-item yang dibina adalah bersesuaian dengan kajian yang di jalankan.

Page 68: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

50

Pengesahan pensyarah

pembimbing

Rujukan literatur

Borang pendaftaran projek

sarjana muda

Memilih skop kajian dan

membina kerangka teori

3.9 Prosedur Kajian

Rajah 3.1 Prosedur kajian

Memuaskan

Pemilihan responden

Kajian rintis

Pembinaan instrumen

Tidak

memuaskan

Kajian sebenar

Perbincangan dan

kesimpulan

Analisis data

Pembinaan tajuk

Mengenal pasti latar

belakang masalah

kajian.

Penetapan tajuk

kajian yang sesuai.

Page 69: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

51

Rajah 3.1 menunjukkan carta alir prosedur yang terlibat sepanjang kajian ini

dijalankan. Sebelum memulakan kajian, penyelidik terlebih dahulu mengisi borang

pendaftaran projek sarjana muda dan seterusnya mendapatkan pengesahan serta

persetujuan pensyarah pembimbing untuk menjalankan kajian. Setelah pengesahan dan

persetujuan dibuat oleh pensyarah, penyelidik berbincang dengan pensyarah

pembimbing berkenaan pemilihan tajuk yang sesuai untuk membuat kajian. Rujukan

literatur dijalankan terlebih dahulu bagi mengenal pasti permasalahan yang hendak

dikaji. Setelah masalah dikenal pasti, pembinaan tajuk yang sesuai untuk menjalankan

penyelidikan dan proses seterusnya adalah memilih skop kajian dan membina kerangka

teori. Dalam proses merangka teori, banyak rujukan dan data-data perlu didapatkan agar

penyataan masalah yang dikemukakan jelas dan disokong dengan fakta-fakta yang

kukuh. Dari kerangka teori dibuat maka terbentuklah, latar belakang masalah, penyataan

masalah, objektif kajian, persoalan kajian dan kepentingan kajian yang ingin dijalankan.

Setelah maklumat lengkap melalui persoalan kajian maka, pembinaan instrumen

dijalankan. Pembinaan instrumen kajian berkait rapat dengan populasi dan sampel

kajian, di mana ia dapat memberikan panduan kepada penyelidik untuk menentukan

kaedah penyelidikan yang ingin dijalankan.

Apabila pembinaan instrumen selesai, kajian rintis perlu dilakukan ke atas

populasi dan sampel yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan populasi dan

sampel sebenar. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk menentukan kesahan dan

kebolehpercayaan yang tinggi di samping menggunakan kaedah yang terbaik bagi

menguji instrumen, mengenal sampel dan kesesuaian kaedah analisis (Mohd Najib,

2003). Data yang di kumpul daripada kajian rintis ini dianalisis dengan menggunakan

ujian statistik Alpha Cronbach, Kunder Richardson. Sekiranya nilai Alpha tinggi iaitu

0.8 hingga 1.0, item tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan item

tersebut boleh digunakan dalam kajian. Sekiranya nilai Alpha rendah iaitu di bawah 0.8,

item tersebut perlu diubahsuai atau perlu diganti (Mohd Najib, 1999).

Page 70: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

52

Setelah pembinaan instrumen selesai dibuat dan nilai Alpha yang diperoleh

adalah baik, penentuan pemilihan responden dibuat dan seterusnya kajian sebenar

dijalankan seperti mengedarkan borang soal selidik untuk dijawab oleh responden.

Apabila data diperoleh, proses analisis data dijalankan. Penentuan kaedah analisis juga

perlu supaya dapatan kajian yang diperoleh adalah baik serta dapat menyokong objektif

kajian (Mohd Majid, 1990). Melalui data yang diperoleh setelah analisis dijalankan,

perbincangan dan kesimpulan kajian dibuat oleh penyelidik bagi memberikan ulasan

secara keseluruhan daripada dapatan kajian yang diperoleh.

3.10 Analisis data

Data mentah yang dikumpulkan menggunakan borang soal selidik disemak

sebelum dianalisis menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Social Science

version 13.0’ (SPSS). SPSS dibina khusus untuk menampung penganalisisan data yang

banyak dan berulang-ulang dengan cepat dan cekap. Ini disebabkan perisian ini telah

dibina dengan mengambil kira paras ukuran yang sering digunakan di dalam

penyelidikan pendidikan seperti ukuran-ukuran norminal, ordinal, sela dan nisbah

(Mohd. Majid,1990).

Data-data yang diperoleh akan dianalisis mengikut item-item yang telah

diklasifikasikan mengikut pemboleh ubah yang dikaji oleh penyelidik bagi menjawab

persoalan kajian. Data yang diperoleh daripada soal selidik akan dikelaskan mengikut

pemeringkatan Likert dan akan diproses serta dianalisis menggunakan SPSS.

Proses menganalisis data bagi kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

bahagian A yang membincangkan maklumat latar belakang responden dan bahagian B

pula membincangkan item-item yang menjawab kepada persoalan kajian. Analisis data

pada bahagian A adalah menggunakan statistik peratusan serta kekerapan dan bahagian

B pula menggunakan analisis statistik dan min.

Page 71: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

53

Jadual 3.4 menunjukkan maklum balas dan skor skala Likert secara terperinci

pada item-item yang diberikan oleh responden. Maklum balas tersebut ialah Sangat

Setuju (SS), Setuju (S), Kurang Setuju (KS), Tidak Setuju (TS) dan Sangat Tidak

Setuju (STS). Tafsiran terhadap fakta dibuat dengan meletakkan tiga tahap pada setiap

pemboleh ubah iaitu Setuju (S), Tidak Pasti (TP) dan Tidak Setuju (TS). Ini bertujuan

untuk menentukan subjek menyokong, berkecuali atau tidak setuju dengan pernyataan

yang diberikan oleh penyelidik. Jadual 3.5 pula menunjukkan tahap peratusan yang

diperoleh (Mohd. Najib, 1999).

Jadual 3.4 Maklum balas dan skor skala Likert terhadap item

Maklum balas Skor

Setuju (S) 4,5

Tidak Pasti (TP) 3

Tidak Setuju (TS) 1,2

Sumber Mohd Najib, (1999)

Jadual 3.5 Penentuan tahap peratusan

Peratusan Tahap

71-100 Baik

51-70 Sederhana

20-50 Lemah

Sumber Mohd Najib, (1999)

Hubungan antara nilai peratusan dan frekuensi adalah lebih kukuh sekiranya di

sokong dengan nilai min. Mohd Majid (1993), skala min digunakan untuk menentukan

tahap bagi min yang diperoleh oleh penyelidik sama ada berada pada tahap yang tinggi,

Page 72: PENYELIAAN PENSYARAH TERHADAP PENGAJARAN GURU- … · pengajaran guru-guru pelatih sewaktu latihan mengajar. Seramai 124 orang pelajar dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan,

54

sederhana atau pun pada tahap yang rendah. Jadual 3.6. menunjukkan tahap kekuatan

dan nilai min.

Jadual 3.6 Skala min

Sumber Mohd Majid, (1993)

3.11 Ringkasan

Secara keseluruhannya, bab ini telah menyentuh secara terperinci teknik dan

kaedah yang akan digunakan oleh penyelidik di dalam memperoleh maklumat dan

menganalisis data. Kebolehpercayaan setiap item di dalam soal selidik boleh ditentukan

dengan menjalankan kajian rintis. Perisian SPSS digunakan untuk menganalisis data

kerana ianya lebih cepat berbanding pengiraan secara manual.

Nilai Min Tahap

1.00-2.33 Rendah

2.34-3.67 Sederhana

3.68-5.00 Tinggi