grafik komputer umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu vektor imej dan bitmap

4
Grafik komputer umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu vektor imej dan bitmap/raster imej. Secara keseluruhannya ianya untuk mewakili sesuatu imej, cuma perbezaannya ialah bagaimana sesuatu imej itu diwakili.Imej bitmap (juga dikenali sebagai imej raster) terdiri daripada piksel di dalam grid. piksel merupakan titik-titik kecil warna yang membentuk imej seperti yang anda lihat di skrin komputer. Imej bitmap bergantung pada resolusi. Manakala resolusi merujuk kepada bilangan piksel dalam imej dan biasanya dinyatakan sebagai dpi (titik per inci) atau ppi (piksel per inci). Kebiasaannya Imej bitmap yang dipaparkan pada skrin komputer mempunyai resolusi kira-kira 100 ppi. Walau bagaimanapun, apabila membuat cetakan bitmap, pencetak anda memerlukan data imej melebihi daripada monitor. Dalam usaha untuk menjadikan imej bitmap tepat dan kemas, pencetak biasanya memerlukan 150-300 ppi. Itulah sebabnya sekiranya anda mengimbas sesebuah gambar dengan 300dpi, imej yang yang muncul di skirn monitor anda menjadi begitu besar. Kerana kebergantungan kepada resolusi, proses meningkatkan atau mengurangkan saiz akan mengorbankan kualiti sesuatu imej. Apabila anda

Upload: saiful-amir

Post on 15-Apr-2017

258 views

Category:

Business


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Grafik komputer umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu vektor imej dan bitmap

Grafik komputer umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu vektor imej dan

bitmap/raster imej. Secara keseluruhannya ianya untuk mewakili sesuatu imej, cuma

perbezaannya ialah bagaimana sesuatu imej itu diwakili.Imej bitmap (juga dikenali sebagai

imej raster) terdiri daripada piksel di dalam grid. piksel merupakan titik-titik kecil warna yang

membentuk imej seperti yang anda lihat di skrin komputer. Imej bitmap bergantung pada

resolusi. Manakala resolusi merujuk kepada bilangan piksel dalam imej dan biasanya

dinyatakan sebagai dpi (titik per inci) atau ppi (piksel per inci). Kebiasaannya Imej bitmap yang

dipaparkan pada skrin komputer mempunyai resolusi kira-kira 100 ppi. Walau bagaimanapun,

apabila membuat cetakan bitmap, pencetak anda memerlukan data imej melebihi daripada

monitor. Dalam usaha untuk menjadikan imej bitmap tepat dan kemas, pencetak biasanya

memerlukan 150-300 ppi. Itulah sebabnya sekiranya anda mengimbas sesebuah gambar

dengan 300dpi, imej yang yang muncul di skirn monitor anda menjadi begitu besar.

 

 

Kerana kebergantungan kepada resolusi, proses meningkatkan atau mengurangkan saiz akan

mengorbankan kualiti sesuatu imej. Apabila anda mengurangkan saiz imej bitmap melalui

proses resample dimana perisian yang digunakan perlu membuang piksel. Manakala

sekiranya anda meningkatkan saiz imej, perisian pula akan mewujudkan piksel baru dengan

menganggarkan nilai warna piksel baru berdasarkan piksel disekitarnya. Proses ini dipanggil

interpolasi.

Page 2: Grafik komputer umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu vektor imej dan bitmap

 Format imej bitmap yang biasa digunakan termasuklah BMP, GIF, JPEG,JPG,PNG,PCX

TIFF, PSD(format Adobe Photoshop). Manakala perisian bitmap untuk mengedit adalah

seperti Microsoft Paint, Adobe Photoshop, Corel Photo-Paint, GIMP (perisian sumber terbuka).

Imej vektor adalah penciptaan imej digital melalui urutan arahan atau pernyataan matematik.

Ini menjadikan grafik dalam bentuk vektor boleh diubah saiz dalam skala yang besar tanpa

menjejaskan resolusi sesuatu imej. Ia selalu digunakan oleh pereka-pereka grafik untuk

menghasilkan lakaran-lakaran seperti kartun, gambar rajah, carta dan logo. Saiz fail yang

dihasilkan juga adalah lebih kecil berbanding saiz imej bitmap. Imej animasi juga biasanya

dicipta sebagai fail vektor. Sebagai contoh, produk Shockwave Flash membolehkan anda

membuat animasi 2-D dan 3-D. 

Format imej vector yang biasa digunakan termasuklah :

AI (Adobe Illustrator)

EPS(Encapsulated PostScript file)

CDR (CorelDRAW)

CMX (Corel Exchange)

CGM )Computer Graphics Metafile)

DXF (AutoCAD file)

WMF (Windows Metafile)

SVG (Scalable Vector Graphics)

SWF (Shockwave Flash file)

Manakala perisian lukisan vektor adalah seperti Adobe Illustrator, CorelDRAW, Xara Xtreme,

Serif DrawPlus, inkscape (perisian sumber terbuka).

Semasa menulis artikel ini, penulis menggunakan carian google untuk mendapatkan maklumat

berkaitan harga pasaran untuk produk-produk Adobe Photoshop, Illustrator dan InDesign di

Malaysia dan dibuat perbandingan dengan produk sumber terbuka yang popular.

 

Page 3: Grafik komputer umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu vektor imej dan bitmap

Bil Fungsi Utama Produk Properitary Harga Semasa

Perisian Sumber Terbuka

Harga Semasa

1 Mengedit Foto/Imej Adobe Photoshop CS6 RM2388.00 The GIMP PERCUMA2 Lukisan Vektor Adobe Illustrator CS6 RM2388.00 inkscape PERCUMA3 Destop Publishing Adobe InDesign CS6 RM2158.00 scribus PERCUMA

JUMLAH RM6934.00 PERCUMA

Sumber : computerage.com.my

Contoh di atas merupakan perisian multimedia yang biasa digunakan oleh pengguna

malaysia. Sekiranya dibuat perbandingan harga, Ianya amat jauh berbeza. Tentu ada

pengguna yang ingin memperlajari perisian tersebut untuk digunakan di kediaman masing-

masing, adakah anda sanggup mengeluarkan duit sebanyak itu untuk membeli lesen, atau

pengguna lebih suka bersekongkol denga lanun cetak rompak.

Penulis tidak bermaksud untuk mengatakan bahawa keupayaan perisian sumber terbuka

mengatasi perisian berbayar tetapi terdapat juga fungsi-fungsi tertentu di dalam perisian

sumber terbuka melebihi dari perisian berbayar. Semuanya bergantung kepada keputusan

pengguna samada ingin menggunakan perisian berbayar ataupun perisian sumber terbuka.

Tepuk dada tanya selera.

Kesimpulannya, saya memang cadangkan aplikasi perisian terbuka diberi peluang bagi

dipasang dalam komputer anda kerana ia sangat berguna untuk kerja-kerja rekabentuk

(design) dan rekaletak seperti logo syarikat, maskot, kad-kad kahwin, wallpaper, banner,

design baju dan pelbagai lagi. Selamat mencuba :)