gerko p.pong assignmnt

12
PENGENALAN Pertandingan liga biasa melibatkan pertandingan dalam satu kumpulan. Ia juga dikenali sebagai liga ringkas. System liga biasa membolehkan pasukan dalam pertandingan tersebut untuk bersaing dan bertandingan dengan semua pasukan dalam kumpulannya. Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan yang maksimum untuk setiap pasukan yang bertanding. Sistem pertandingan liga biasanya digunakan dalam pertandingan bola sepak dan juga pertandingan hoki. Contoh pertandingan liga adalah Liga utama English, Liga super Malaysia dan Liga Hoki Kebangsaan. Jumlah perlawanan yang dipertandingkan oleh setiap pasukan yang menyertai pertandingan menentukan jenis perlawanan. Sebagai contoh, sekiranya pertandingan melibatkan perlawanan antara lawannya adalah sekali sahaja, pertandingan itu dikenali dengan nama pertandingan liga satu pusingan. Jika perlawanan diantara pasukan diadakan sebanyak dua kali, maka ianya dikenali sebagai liga dua pusingan. Sistem liga ini dianggap lebih adil kepada pasukan yang bertanding dan dapat menghasilkan pasukan yang benar-benar baik. Sistem liga sesuai untuk pertandingan yang mempunyai bilangan peserta atau pasukan yang tidak begitu banyak kerana ianya memerlukan tempoh kejohanan yang panjang. Sistem Liga Satu Pusingan

Upload: lowchen-ochen

Post on 22-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

terbaik dan sesuai kegunaan bersama sebagai rujukan yang berbaloi

TRANSCRIPT

Page 1: Gerko p.pong Assignmnt

PENGENALAN

Pertandingan liga biasa melibatkan pertandingan dalam satu kumpulan. Ia

juga dikenali sebagai liga ringkas. System liga biasa membolehkan pasukan dalam

pertandingan tersebut untuk bersaing dan bertandingan dengan semua pasukan

dalam kumpulannya. Pertandingan liga memberi peluang kepada penyertaan yang

maksimum untuk setiap pasukan yang bertanding. Sistem pertandingan liga

biasanya digunakan dalam pertandingan bola sepak dan juga pertandingan hoki.

Contoh pertandingan liga adalah Liga utama English, Liga super Malaysia dan Liga

Hoki Kebangsaan.

Jumlah perlawanan yang dipertandingkan oleh setiap pasukan yang

menyertai pertandingan menentukan jenis perlawanan. Sebagai contoh, sekiranya

pertandingan melibatkan perlawanan antara lawannya adalah sekali sahaja,

pertandingan itu dikenali dengan nama pertandingan liga satu pusingan. Jika

perlawanan diantara pasukan diadakan sebanyak dua kali, maka ianya dikenali

sebagai liga dua pusingan.

Sistem liga ini dianggap lebih adil kepada pasukan yang bertanding dan dapat

menghasilkan pasukan yang benar-benar baik. Sistem liga sesuai untuk

pertandingan yang mempunyai bilangan peserta atau pasukan yang tidak begitu

banyak kerana ianya memerlukan tempoh kejohanan yang panjang.

Sistem Liga Satu Pusingan

sekiranya terdapat hanya 5 buah pasukan bertanding, maka setiap pasukan

akan berpeluang bertanding sebanyak 4 kali sebelum pemenang sebenar

diumumkan

Sistem Liga Dua Pusingan

memerlukan peserta atau pasuka tersebut bertanding dengan pihak lawan

sebanyak dua kali (timba balik).

Page 2: Gerko p.pong Assignmnt

Kebaikan Dan Keburukan Sistem Liga

KEBAIKAN KEBURUKANSetiap pasukan berpeluang bermain lebih dari sekali

Mengambil masa yang panjang

Banyak perlawanan dapat dijalankan Memerlukan kos perbelanjaan yang lebih banyak

Pasukan yang kalah di dalam perlawanan awal berpeluang menjadi johan

Menjadikan perlawanan kurang menarik kerana johan pertandingan dapat diramal

Menghasilkan pemenang yang mutlak Bilangan permainan yang banyakSistem ini dapat mengekalkan minat pertandingan dan penyertaan

kemungkinan dalam satu kumpulan terdapat pasukan yang sama kuat

Peluang untuk bermain adalah dengan sepuas hati

timbul rasa tidak puas hati jika kumpulan yang satu lagi lemah

Johan dan naib johan tidak diletakkan didalam satu kumpulanbilangan pasukan masih sedikit dan tidak membebankan pasukan dari segi tenaga dan kewangan

Sebab Pemilihan Sistem Perlawanan Liga

Kami memilih sistem liga kerana jumlah peserta yang sedikit sahaja. Dengan itu,

ianya tidak akan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan pertandingan

tersebut.

Selain daripada itu, kami juga ingin memberikan peluang kepada pasukan/pemain

untuk memperbaiki teknik dan cara bermain mereka agar dapat memenangi

perlawanan yang seterusnya. Ini kerana, dengan menggunakan sistem liga, pasukan

yang kalah pada peringkat awal masih berpeluang untuk menjuarai perlawanan

dalam pertandingan tersebut.

Akhir sekali, kami juga mahu mengutamakan kepuasan para pemain untuk

bermain. Dengan menggunakan sistem liga, seseorang pemain/sesebuah pasukan

akan bertemu dengan semua lawan/pasukan lain. Ini dapat memuaskan keinginan

mereka untuk bermain dan kemungkinan untuk merasa tidak puas hati dapat

dielakkan.

Page 3: Gerko p.pong Assignmnt

Pertandingan Liga

Cara menentukan jumlah perlawanan dalam sisitemini ialah dengan menggunakan

formula seperti berikut:

n (n−1 )2

n= jumlah pasukan atau peserta yang menyertai pertandingan.

Sebagai contoh: pengiraan 10 jumlah pasukan arau peserta mengambil bahagian.

n (n−1 )2

= 10 (10−1 )

2

= 10 (10−1 )

2=10 (9 )2

=902

=45 perlawanan.

Jadual Pertandingan Liga

Dalam penyedian jadual pertandingan ada beberapa aspek yang perlu di ambil kira

iaitu:

Tarikh, waktu, dan tempakyang susuai untuk perlawanan diadakan.

Pamain atau pasukan yang akan bertandiing.

Memberitahu kepada pengadil adala tepulang kepada pengelola.

Seterusnya untuk menyusun jadual perlawanan criteria-kriteria seperti berikut harus

diambil kira:

Setiap pasukan mempunyai jumlah perlawanan yang sama.

Satu sistem penyamakan agar penyusunan dan penyemakan jadual berjalan

lancar.

Dalam menyusun atau menentukan pasukan yang berlawanan ada dua

system boleh digunakan iaitu sistem ikut jam dan sistem lawan jam.

Sistem ikut jam ialah mengikut urutan untuk bertemu.

Sistem lawan jam ialah tidak mengikuti urutan dari hadapan tetapi dari

belakang.

Contoh:Ikut Jam

AAA lwn BBB

CCC lwn FFF

DDD lwn EEE

Lawan Jam

BBB lwn AAA

FFF lwn CCC

EEE lwn DDD

Page 4: Gerko p.pong Assignmnt

Jadual Penyemakan Pertandingan

Jadual 1: Jadual Semak Keputusan Perlawanan

Peserta/

Pasukan

AAA BBB CCC DDD EEE FFF GGG HHH III JJJ

AAA

BBB

CCC

DDD

EEE

FFF

GGG

HHH

III

JJJ

Cara atau panduan membaca keputusan:

Baca nama peserta pada bahagian menegak dahulu kemudian bahagian

mendatar.

Skor perlawanan direkod dalam kurungan di bawah mata yang diperolehi.

Page 5: Gerko p.pong Assignmnt

Jadual Pertandingan

Jadual 2: Carta Kedudukan Peserta

PASUKA

N

P M S K J K MATA KEDUDUKAN

AAA

BBB

CCC

DDD

EEE

FFF

GGG

HHH

III

JJJ

Huruf dan ertinya :

P = jumlah perlawanan

M = menang

S = seri

K = kalah

J = jaringan

K = jumlah kena

Pemberian mata :

Menang = 2 mata

Seri = 1 mata

Kalah = 0

Page 6: Gerko p.pong Assignmnt

Cara Pertandingan Dilaksanakan

Dalam sIstem liga setiap peserta atau pasukan mempunyai peluang yang sama rata

untuk memenangi pertandingan kerana setiap pasukan atau peserta akan bertemu

dan berlawan untuk mengetahui pemenang. Dan setiap pemenang akan mendapat

mata dan yang kalah pula tidak mendapat mata. Disebabkan dalam permainan ping

pong tidak ada keputusan seri maka keputusan permainan hanya diberikan kepada

yang menang dalam setiap perlawanan. Ping pong tidak sama dengan permainan

berpasukan seperti bola sepak dan hoki, yang menpunyai kiraan mata untuk

keputusan perlawanan yang seri.

Setelah peserta atau pasukan berjumpa atau berlawanan siapa yang

memenagai lebih banyak perlawanan akan mengumpul jumlah mata yang lebih dari

yang lain akan di istiharkan sebagai pemenang pertandingan. Sekiranya terdapat

jumlah maja yang sama maka perbezazan jaringan yang menentukan siapa yang

menjadi pemenang pertandingan.

Page 7: Gerko p.pong Assignmnt

PENUTUP

Kami menyokong sistem perlawanan liga sebagai sistem yang kami gunakan dalam

pertandingan kerana ianya mempunyai banyak kebaikan bukan sahaja kepada pihak

penganjur tetapi juga kepada para pemain. Antara kebaikan yang boleh kami

tunjukkan adalah memberikan peluang kepada pasukan/pemain untuk memperbaiki

teknik dan cara bermain mereka agar dapat memenangi perlawanan yang

seterusnya. Ini kerana, dengan menggunakan sistem liga, pasukan yang kalah pada

peringkat awal masih berpeluang untuk menjuarai perlawanan dalam pertandingan

tersebut.

Selain itu, kami juga mahu mengutamakan kepuasan para pemain untuk

bermain. Dengan menggunakan sistem liga, seseorang pemain/sesebuah pasukan

akan bertemu dengan semua lawan/pasukan lain. Ini dapat memuaskan keinginan

mereka untuk bermain dan kemungkinan untuk merasa tidak puas hati dapat

dielakkan.

Akhir sekali, Sistem ini dapat mengekalkan minat pertandingan dan

penyertaan setiap pasukan. Ini kerana sistem ini banyak memberikan peluang dan

juga memberikan kepuasan kepada para pemain walaupun pada perlawanan

pertama mereka mengalami kekalahan pada peringkat awal pertandingan.

Sistem liga kurang sesuai digunakan dalam perlawanan ping pong kerana

perlawanan ini tidak menggunakan mata seri dalam pengiraan mata perlawanan.

Ianya lebih sesuai digunakan dalam pertandingan bola sepak atau hoki.

Page 8: Gerko p.pong Assignmnt

RUJUKAN

Ejat. 2011. Pengenalan Sains Sukan. Dimuat turun pada 01 September 2013 dilaman web http://ejat94lunary.wordpress.com. Dilayari pada 20 Ogos 2013.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. http://www.staripoh.com. Dimuat turun pada 21 Ogos 2013.

Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. http://www.staripoh.com. Dimuat turun pada 21 Ogos 2013.

Kelvin Dale. 2011. Pengelolaan Kejohanan Sistem Liga. Dimuat turun pada 01 September 2013 dilaman web http://kelvindale92.blogspot.com. Dilayari pada 20 Ogos 2013.

Zairedin. 2010. Sistem Liga Biasa. Dimuat turun pada 01 September 2013 dilaman web http://www.zairedin.com. Dilayari pada 20 Ogos 2013.

Tiada Nama Pengarang. 2012. Sistem Liga. . Dimuat turun pada 01 September 2013 dilaman web http://sainsdansukan.blogspot.com. Dilayari pada 20 Ogos 2013.

Page 9: Gerko p.pong Assignmnt