gerakan pemisahan bougainville

Upload: stephanie-viviana

Post on 02-Jun-2018

314 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Gerakan Pemisahan Bougainville

    1/2

    Gerakan Pemisahan Bougainville (1988-1998) merupakan konflik bersenjata yang paling lama

    di rantau Pasifik dan memberi implikasi kepada masyarakat pulau tersebut. Bincangkan

    dengan kritis.

    Kehendak: faktor dan kesan (fokus kpd masy)

    Gerakan pemisahan Bougainville ini bermula seawal tahun 1962 apabila penduduk pulau tersebutmemohon pulau tersebut dikeluarkan dari penguasaan Australia.

    Faktor1: Tuntutan rakyat Bougainville untuk dipisahkan dari PNG tidak dilayan

    Pada tahun 1973, Australia telah menyerahkan Bougainville kepada PNG untuk ditadbir sebelumPNG diberikan kemerdekaan oleh Australia. Walau bagaimanapun, rakyat Bougainville telah bangunbagi meminta untuk tidak diletakkan di bawah pentadbiran PNG. Mereka telah melakukan tuntutan 15hari sebelum Australia memberi kemerdekaan kepada PNG. Namun, tuntutan mereka tidak dilayan.Perkara ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penduduk Bougainvillekerana tindakan Australia seolah-olah membuat mereka menjadi seperti bola yang ditentang sesukahati. Tambahan pula, sikap PNG yang tidak mengambil peduli hak penduduk Bougainvilleterutamanya berkaitan dengan isu tanah. Selain daripada itu, perbezaan warna kulit juga menjadipenyebab Bougainville minta dipisahkan dari PNG. Bougainville memiliki kulit yang lebih gelap

    manakala rakyat PNG memiliki kulit kemerahan. Hal ini menyebabkan mereka rasa kurang serasi danmerasa lebih serasi dengan pendududk di Kepulauan Solomon British.

    Pada tahun 1968 Paul Labun merupakan individu yang bertanggungjawab memohonreferendum dari PNG. Dia mewakili penduduk Bougainville memohon utk diserap menjadi tanahnaungan Kepulauan Solomon British. Satu lagituntutan dibuat oleh Father John Minis dan Joseph Kabui pada 1975 namun mendapat nasib yangsama. Bougainville menyuarakan pandangan mereka untuk merdeka pada 1 September 1975 dengan

    nama Republik Solomon Utara. Penolakan tuntutan dari Bougainville inilah yang menyumbangkepada Gerakan Pemisahan Bersenjata Bougainville.

    Faktor2: Sekatan ketenteraan oleh Australia ke atas Bougainville

    Seterusnya, Gerakan Pemisahan Bougainville tercetus kerana tindakan tentera Australia yang

    melakukan sekatan ke atas Bougainville. Bougainville merupakan kawasan yang kaya dengan hasilmineral berharga seperti emas, timah dan tembaga. Australia telah memberikan lesen kepada Conzine

    Riotinto Australia (CRA) untuk melombong di Bougainville. Namun, Australia tidak memintasebarang kebenaran dari penduduk Bougainville yang merupakan pemilik tanah. (CRA) telahbertindak melombong secara besar-besaran di Panguna. Penduduk telah memaksa (CRA) menutupkawasan perlombongan kerana tindakan itu dilihat sebagai mencuri hak mereka. Namun, PNG danAus telah bertindak lebih keras iaitu dengan melakukan sekaran ketenteraan laut dan udara di

    Bougainville bagi mengasingkan Bougainville dari dunia luar. Mereka mahu menyekat rakyatBougainville dari memperoleh sebarang bekalan perubatan, bahan api dan bantuan kemanusiaan. Darisini, kita boleh nilai sikap Australia dan PNG yang langsung tidak mengendahkan kebajikanpenduduk Bougainville. TIndakan inilah yang menyemarakkan lagi kemarahan dalam diri pendudukBougainville yang teraniaya. Sehubungan itu, (BRA) di bawah pimpinan Francis Ona telah

    menewaskan polis dan tentera Aus dan PNG. Seterusnya, perlombongan di Panguna ditutup pada1989. Pada ketika inilah rakyat mula mempelajari cara membuat senjata yang seterusnya mencetuskan

    konflik bersenjata gerakan pemisahan Bougainville.

    Faktor3: Pengeksploitasian sumber mineral yang membawa kepada kemusnahan

    Pengeksploitasian secara besar-besaran tanpa mengendahkan nasib penduduk Bougainville jugamenyumbang kepada tercetusnya gerakan pemisahan bersenjata ini. TIndakan syarikat pelombonganseperti BCL dan CRA yang terlalu rakus mengeksploitasi hasil bumi telah menyebabkan kemusnahanyang amat teruk di bumi Bougainville. Mereka telah meracun 200 hektar tanah di Panguna. Selaindaripada itu pembuangan sisa toksik yang berkimia tinggi menyebabkan sungai di Bougainvilletercemar seperti sungai Jaba dan sungai Kawerang. Selain daripada itu, tanah-tanah yang sudahdiratakan juga jatuh ke dalam sungai akibat operasi perlombongan. Ekoran itu, penduduk hidup dalampersekitaran yang tidak selesa. Keadaan ini kemudiannya menyebabkan rakyat menyuarakan hakmereka. Hal yang paling ketara adalah pembahagian hasil pendapatan yang diperolehi daripada hasil

  • 8/11/2019 Gerakan Pemisahan Bougainville

    2/2

    perlombongan di Panguna. Melalui perlombongan yang dijalankan di Panguna pihak BCL berjayamengaut keuntungan berbilion banyaknya setiap tahun, namun keuntungan tersebut hanyadibahagikan diantara mereka dan pihak PNG serta kerajaan Australia. Penduduk Bougainville telahmeminta untuk mendapat bahagian mereka namun hak mereka dinafikan. Penduduk yang dirampastanahnya tidak mendapat sebarang hasil dan mereka hanya akan mendapat pampasan sekiranya tanahmereka didapati mengalami kerosakan.

    Kesan Sosial

    Dari aspek sosial, sememangnya peperangan atau konflik yang berlaku seperti diBougainville ini semestinya memberikan banyak kesan terutamanya kepada penduduk. Institusikekelurgaan dikawal oleh tentera di kawasan perumahan mereka yang diletakkan kawalan ketat.Wanita tidak boleh keluar ke kebun untuk mencari makanan manakala kanak-kanak banyak terkorbanakibat peperangan ini. Hak pendidikan mereka juga dinafikan dan keperluan asas yang lain tidakdiberikan oleh pihak pemerintah ketika itu. Kejadian yang paling menyayat hati adalah tindakanmerogol dan membakar orang kampung. Penduduk telah ditangkap dan terus dimasukkan ke dalampenjara. Ramai penduduk yang tidak bersalah, orang tua, wanita, dan anak-anak dibunuh secararambang. Walaupun banyak usaha dan percubaan pembaik pulih keadaan ketika itu, namun ianya

    tidak berjaya berikutan perpecahan yang wujud dalam Bougainville terutamanya antara rakyat,kerajaan, dan pihak pertahanan negara. Jika kita analisis, apa yang cuba dilakukan oleh pihak tentera

    pada ketika itu pastinya bertujuan untuk menekan warga Bougainville untuk menyerah dan tidakmembuat sebarang tuntutan pemisahan.

    Kesan Ekonomi

    Kesan ekonomi adalah kemunduran perkembangan ekonomi rakyat Bougainville. Penduduk

    Bougainville sepatutnya mampu untuk hidup senang dengan hasil bumi yang mereka miliki.Namun,hak mereka telah diambil tanpa sebarang rundingan. Malah mereka telah kehilangan tanahmilik mereka. Tanah merupakan sesuatu penanda ukur kepada status mereka dalam masyarakat.Francis Ona, pemimpin pemberontakan itu dan bekas pekerja BCL telah menuntut pampasansebanyak 10 bilion tetapi tidak dilayan. Penyokong Francis Ona telah bertindak memusnahkan harta

    BCL dengan bahan letupan. Kerosakan di Sungai Jaba juga menyebabkan aktiviti ekonomi tidak lagidapat dilakukan di sungai itu oleh penduduk.

    Kesihatan penduduk terjejas.

    Akibat daripada peperangan yang tercetus, bekalan makanan dan perubatan telah disekat.Faktor ini dan ditambah pula dengan ketiadaan bekalan air bersih telah menyebabkan masyarakatBougainville hidup dalam persekitaran yang tidak selesa malah boleh dikatakan tidak selamat. Ekoran

    daripada itu, banyak penyakit menular di Bougainville seperti penyakit TB dan Asma. Pencemaran airjuga menyebabkan ramai yang menderita kerana minum air yang telah tercemar. Malah tanamanmereka dihapuskan dan menyebabkan mereka tidak lagi mempunyai sumber makanan yangmencukupi dan menyebabkan kesihatan mereka terjejas. Tidak hanya berakhir di situ, rmai kanak-kanak di sana mengalami masalah pendengaran ekoran membesar dalam persekitaran yang bising

    akibat pelombongan, peperangan dan sebagainya.

    Kesimpulan

    Ketamakan Australia dan PNG dalam membolot sumber galian di Bou telah menyebabkankesan yang mendalam kepada penduduk dan juga masa depan Bougainville itu sendiri. Sekiranyamereka bertolak ansur dengan tuntutan yang dibuat oleh penduduk bou sejak awal lagi, kehilanganberatus-ratus nyawa ini dapat dilelakkan. Pengajaran yang bolleh diperoleh daripada peristiwa iniadalah kekerasan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.