gerakan orientalisme

27
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM GERAKAN ORIENTALISME DAN HUBUNGANNYA DENGAN KRISTIANISASI DI DUNIA ISLAM Motto: Firman Allah Azza Wa Jalla yang bermaksudnya: "Patutkah orang-orang (Munafiq) yang hati mereka berpenyakit (syak/agu- ragu) :menyangka bahawa Allah tidak akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka ( erhadap Nabi Muhammad SAW dan umatnya)? .Dan sekiranya Kami mahu ,tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap akan mengenali mereka dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka;dan demi sesungguhnya ,engkau akan mengenali mereka dari gaya tutur kata mereka dan ( ingatlah bahawa),Allah maha mengetahui segala yang kamu lakukan." (Surah Muhammad: 29-30) Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Setap bayi dilahirkan dalam (lingkungan) agama ini (Islam),;sehinggalah lidahnya petah mengungkapkan (hakikat) dirinya. (Sebenarnya) ibu- bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Musyrik. Para Sahabat bertanya, Ya Rasulullah bagaimana pula halnya orang yang sebelum ini (sebelum Islam diturunkan). Baginda menjawab :Allah lebih tahu apa yang mereka lakukan." (Hadith Riwayat Ahmad) Pendahuluan Kemelut berfikir di kalangan umat Islam ternyata masih belum berakhir. Akhbar dan media massa selalu sahaja mengejutkan umat 1

Upload: tasbihkaca

Post on 07-Jun-2015

2.260 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

GERAKAN ORIENTALISME

TRANSCRIPT

Page 1: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

GERAKAN ORIENTALISME DAN HUBUNGANNYA DENGAN

KRISTIANISASI DI DUNIA ISLAM

Motto:

Firman Allah Azza Wa Jalla yang bermaksudnya:

"Patutkah orang-orang (Munafiq) yang hati mereka berpenyakit (syak/agu-

ragu) :menyangka bahawa Allah tidak akan mendedahkan perasaan

dendam dan hasad dengki mereka ( erhadap Nabi Muhammad SAW dan

umatnya)? .Dan sekiranya Kami mahu ,tentulah Kami akan

memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap

akan mengenali mereka dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat)

mereka;dan demi sesungguhnya ,engkau akan mengenali mereka dari gaya

tutur kata mereka dan ( ingatlah bahawa),Allah maha mengetahui segala

yang kamu lakukan."

(Surah Muhammad: 29-30)

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

"Setap bayi dilahirkan dalam (lingkungan) agama ini (Islam),;sehinggalah

lidahnya petah mengungkapkan (hakikat) dirinya. (Sebenarnya) ibu-

bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Musyrik. Para

Sahabat bertanya, Ya Rasulullah bagaimana pula halnya orang yang

sebelum ini (sebelum Islam diturunkan). Baginda menjawab :Allah lebih tahu

apa yang mereka lakukan."

(Hadith Riwayat Ahmad)

Pendahuluan

Kemelut berfikir di kalangan umat Islam ternyata masih belum berakhir. Akhbar dan

media massa selalu sahaja mengejutkan umat dengan berbagai bentuk tulisan dan pola

pemikiran yang sekular, meterialistik, pragmatik dan sebagainya yang membelakangkan

nilai serta norma yang paling teras dalam masyarakat Melayu iaitu Islam. Persepsi Islam

di kalangan segolongan cendikiawan bukan merupakan asas untuk menilai sesuatu;

samada perkara atau gejala. Jika uniform anak-anak sekolah dibincangkan, maka yang

menjadi asas penilaian adalah aspek ekonomi dan psikologinya sahaja. Kalau soal

1

Page 2: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

pembangunan yang dibincangkan maka yang dilihat adalah aspek teknologi dan

pragmatiknya sahaja, tanpa melihat sudut agamanya. Islam bagi sesetengah pihak

bagaikan bayang yang tidak punya kenyataan. Ia bukan suatu perspektif yang patut

disorot.

Mengapakah pertimbangan Islam selalu dilupakan atau disingkirkan oleh elit

muslim berkenaan. Sudah tentu persoalan ini perlu dicarikan jawabannya oleh mereka

yang prihatin. Permasalahan inilah barangkali yang disebabkan oleh agen-agen imprealis

dari segolongan orientalis, journalis, akademis, zionis, pendia'yah kristien dan kuncu-

kuncunya.Oleh itu wajarlah disorot peranan golongan di atas secara terpeinci agar dapat

dicari jalan yang sesuai untuk mengatasinya.

Dalam kesempatan yang terhad ini penulis hanya menyorot peranan orientalis dan

gerakan kristianisasi secara khusus untuk memenuhi hasrat penganjur simposium.

Selaras dengan tujuan itu kertas ini akan membincangkan pengertian orientalisme,

peranan orientalis, motivasi penyimpangan mereka, kesan gerakan orientalis dan

kristianisasi terhadap umat Islam dan akhirnya langkah-langkah menghadapi gejala serta

masalah yang dihasilkan oleh gerakan tersebut.

I . PENGERTIAN ORIENTALISME

Orientalisme atau dalam bahasa Arabnya disebut " Al Istisyraq" adalah ilmu

tentang Timur atau hal Ehwal Ketimuran, lebih jauh ia adalah kegiatan atau pengkajian

berhubung dengan ehwal Ketimuran, sejarah, keyakinan penduduk di sebelah Timur,

susun lapis penduduk, lokasi, persekitaran tabi'enya, bahasa, gaya pertuturan, watak dan

syahsiyyah mereka. Kajian ini menyelidiki aliran pemikiran tradisi dalam pelbagi bentuk,

untuk pelbagai tujuan.

Dalam konteks yang berlainan ada pula pandangan yang mengatakan bahawa

Orientalism sebagai sebuah disiplin ilmu yang mempunyai methodologi yang tersendiri. Ia

dipengaruhi oleh faktor luaran yang berfungsi sebagai dasar atau tujuan kewujudan dan

operasinya.1

1 1 . Hendro Orasetyo dalam tulisannya Pembenaran Orientalism?: Kemungkinan Dan Batas-batasnya, Islamika, Januari-Mac 1994,Mizan Press,Indonesia ,Hlm 100)

2

Page 3: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Gerakan Orientalism ini dipelopori pada mulanya oleh para Mubaligh Kristian dan

Paderi untuk tujuan mendakyahkan agama Kristian .Tetapi akhirnya bergandingan

dengan kehadiran Imperialisme barat ke Dunia Islam untuk mengukuhkan penjajahan

mereka ke atas negara-negara jajahan tersebut.

Dr Hamdi Zaqzuq menegaskan: "Terdapat suatu kesefahaman mutlaq di kalangan

mubaligh Kristian kurun ke 13 tentang betapa perlunya menguasai bahasa-bahasa orang

Islam.Seandainya mahu dijayakan usaha pengkristianisasi ke atas

mereka .Persefahaman yang telah diterjemahkan dalam bentuk agenda bertindak ,itu

merupakan faktor penting dalam perkembangan Orientalisme ,pada masa itu tidaklah

mudah untuk memisahkan Orientalisme dengan Kristianisasi atau motivasi

keagamaan .Motivasi keagamaan inilah menjadi pencetus utama bagi lahirnya

Orientalismeî"2

Kajian Ketimuran yang bercambah di Eropah di abad -abad pertengahan adalah

didorong oleh pertentangan agama dan suasana perang Salib pada ketika itu.Pengaruh

dan semangat untuk mengembangkan Kristian pada ketika itu jelas dalam nota rasmi

pembentukan kursi pengajian Bahasa Arab di Universiti Cambrigde, England, yang

bertarikh 9 Mei 1636 masihi oleh pengasasnya. Nota tersebut antara lain menyebutkan:

"Kita sedar bahawa dengan usaha ini kita bukan sahaja bertujuan untuk mendekati

kesusteraan yang baik untuk mendedahkan sebahagian besar ilmu pengetahuan yang

ada kepada cahaya dan tidak membiarkannya terkatup dalam bahasa yang ingin kita

pelajari sahaja akan tetapi kita juga sebenarnya bertujuan untuk mengajukan khidmat

bakti kepada pemerintah dan negara memlalui perdagangan kita dengan negara-negara

Timur, selain untuk mengagungkan tuhan melalui perluasan batasan gereja dari seruan

kepada agama Kristian di kalangan orang-orang yang masih hidup dalam kegelapan.3

Antara Orientalist yang begitu mementingkan ajaran Ketimuran ini untuk tujuan

pengkristianan ialah Roger Bacon (1214 - 1294 m). Beliau menganggap hanya melalui

2 2.Dr Hamdi Zaqzuq, Al Isytiraq Wa Al Khalfiah Al Fikriah Li Al Sira? Al Hadhan?, Kitab Al-Ummah, Pimpinan Mahkamah Syariah Qatar, 1983 ,hlm 27

33. Ibid. hlm 30

3

Page 4: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

gerakan pengkristianan ini sahaja Dunia Kristian dapat diperluaskan. Selaras dengan

tujuan ini, maka harus dipenuhi syarat berikut:

1. Memahami bahasa-bahasa penting.

2. Mengkaji jenis-jenis kekufuran dan mengenalpasti perbedaan antara satu sama

lain.

3. Mengkaji hujjah-hujjah lawan agar dapat ditumpaskan.

Pendapat Becon dikongsi bersama oleh Raymond Lull (1235 - 1316 Masihi )yang

ikut berjasa mewujudkan kursi pengajian bahasa Arab dipelbagai pusat pengajian di

Sepanyol. Tujuan dari pembentukan kajian Ketimuran pada masa itu dan masa-masa

selepasnya adalah Tansir (? و?غ ?) atau kristianisasi seperti mana yang ditegaskan oleh

Rudi Paret, seorang Orientalis Jerman yang terkenal. 4

Perkara ini ditegaskan lagi oleh C.E Bosworth dengan ungkapan beliau :

Oleh yang demikian bolehlah disebutkan bahwa sejarah Orientalisme di peringkat

awalnya adalah sejarah pertarungan antara dunia Kristian Barat dalam kurun

pertengahan dengan Dunia Timur atau Islam dalam arena ideologi dan keagamaan.5

Menurut Al Jabri :

"Peranan yang paling serius yang dijalankan oleh Orientalis dalam memerangi Islam

secara amalinya ialah dengan membina rentetan pusat pengajian dari tadika hingga ke

peringkat Universiti yang mendidik generasi baru umat Islam dari pelbagai lapisan

khasnya peringkat yang mempunyai kelayakan kepimpinan yang tinggi dan

sederhana.Mereka juga mengeksploit Profesion Kedoktoran ,Nurse serta Rumah Sakit

dan Hospital Missionary. Untuk tujuan tersebut mereka hidup bergaul denagan orang

Islam dan Arab di negara jajahan tersebut .Mereka cuba meyakinkan kepada orang Islam

akan kebaikan tamadun Eropah yang palsu itu . Mereka mengajak ke arah pergaulan

bebas, pendedahan aurat ,dekadensi moral atas dakwaan kebebasan diri atau

4 4. Ibid. hlm 20

55. C.E. Bosworth, Orientalisme And Orientalist (In : Arab Islamic Bibliografi) 1977,Great Britain

4

Page 5: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

personal,mereka mendakyahkan fahaman keliru seperti Sekularisme, Existensialism dan

lain-lain.Orang yang menyahut seruan mereka akan dididik agar menafikan kerasulan

Muhammad SAW.6

Institusi agama, ekonomi dan politik di Barat kini memainkan peranan yang sama

dengan peranan raja-raja Eropah masa lampau yang membiayai kerja Orientalis. Mereka

mengajukan biasiswa dan bantuan serta hadiah yang banyak kepada golongan

Orientalis.Yayasan Ford, umpamanya menganugerahkan bantuan yang besar kepada

Richard Mitchell untuk menyiapkan tesis P.hd. nya mengenai Ikhwan Al Muslimin.7

Sejarah Orientalism menunjukkan bahawa ia mempunyai hubungan kait yang rapat

dengan 'needs and goals' golongan Kolonialism dan juga rencana missionary Kristian.

Ianya berlanjutan sehingga ke hari ini dan sekarang ini sedang menjadi sebahagian dari

strategi 'geo-political' kebanyakan kerajaan Barat dan perkhidmatan perisikan mereka

untuk mengkaji serta menyusun strategi bagi menghadapi Islam.

Orientalis melalukan berbagai jenis peranan pada masa dahulu dan sekarang.

Peranan ini perlu kita fahami dengan jelas. Untuk itu ada baiknya kita huraikan peranan-

peranan tersebut.

II . Peranan Orientalis

Meskipun ada golongan Orientalist yang berusaha untuk menonjolkan dampak

objektiviti dalam kajian mereka dan kita tidak menafikan akan sumbangan positif mereka

dalam bidang bahasa dan lain-lain namun rata-rata peranan mereka tidak banyak

berubah dari zaman dahulu.

Antara peranan yang mereka lakukan ialah:

1. Melemahkan Bahasa Arab Fushah untuk digantikan dengan bahasa

'Amiyyah' atau 'Colloquial Language' .

66. Al Jabri, Abdul Muta'al Muhammad, Al Isytisraq Wajhun Li Al Isti?mar Al Fikri? Maktabah Wahbah, Kaherah 1995 /1416, hlm 225.

77. Ibid. hlm 93.

5

Page 6: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Dengan cara ini kesepaduan dan kelancaran hubungan antara Arab sesama Arab

dan bukan Arab akan semakin sulit. Dalam masa yang sama mereka juga akan

melemahkan Bahasa Arab itu sendiri. Dalam tahun 1980 orang-orang Keturunan Barbar

di Universiti Morocco menimbulkan tentang perlunya dibina kursi Pengajian Bahasa

Barbar di Universiti tersebut.

2. Menjalankan kajian mengenai "Firq" Islam atau kumpulan

-kumpulan Islam.

Kajian-kajian tersebut rata-rata tidak objektif dan sebenarnya memendam tujuan-

tujuan tertentu iaitu antara lain melebarkan lagi lagi jurang ketidak persefahaman antara

umat Islam .Umpama tulisan S.de Sacy (1758 - 1838 ) mengenai Druz dan agama

mereka dan lain-lain.

3. Membuat periwayatan palsu secara bertahap.

Kadang-kadang ada Orientalist yang meriwayatkan sesuatu berita palsu yang

dikaitkan dengan Rasulullah atau Al-Qur'an. Ia menyatakan bahawa teks yang ditemuinya

ini belum ada dalil yang menguatkannya atau tidak diketahui tarikhnya . Kemudian datang

pula Orientalist lain yang mengutip periwayatan itu tanpa menyebut tentang status

keraguannya. Selepas itu datang pula Orientalist lain yang menyatakan bahawa ianya

memang sah dan terbukti Shahih. Demikianlah hal ini dikutip seterusnya oleh penulis -

penulis kebelakangan.Mereka terus merumus dan menyimpulkan sesuatu pengertian

daripadanya.

4. Memejamkan mata terhadap fakta kebenaran.

Adakalanya para ilmuan terkenal dan penulis ternama dalam konteks pengajian

yang serius menulis kajian perbandingan mengenai bangsa dan agama sengaja

memicingkan mata mengenai pandangan Islam dalam konteks tertentu.Mereka hanya

menulis sekadar sekelumit dan itupun aspek yang tidak penting untuk menunjukkan

betapa Islam sebagai agama yang tersisih dan tidak perlu disorot. Umpamanya S.K

Northobs dalam kajiannya yang bertajuk 'Kajian Mencari Persefahaman Dunia' yang

mengandungi 496 halaman hanya menyentuh mengenai Arab dan orang Islam sekitar 12

6

Page 7: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

halaman sahaja. Walhal mereka merupakan kumpulan ketujuh yang terbesar menjadi

penghuni dunia ini. Begitu juga Betrand Rusell dalam bukunya Sejarah Falsafah Arab.

5. Mencari-cari riwayat dhaif dan mungkar.

Adakalanya juga para Orientalis yang sengaja mengambil riwayat yang Dhaif yang

memang ditolak oleh ulama? Islam. Riwayat Al Waqidi yang ditolak oleh Syafi?e dan Ibnu

Khaldun di diterima sebagai benar walhal adalah sebaliknya. Ada Orientalis yang

mengatakan bahwa "Hukum Berubah Mengikut Perubahan Masa" sebagai hadis nabi

walhal ia adalah imbasan daripada pendapat Imam Malik R.A yang mengatakan:

" ? ???? ? ? ?? ? ? ?? و?? ع ع و ط عغ ططغ µ???و عغ "????? غ

Peryataan tersebut sebenarnya merujuk kepada persoalan fatwa dalam hal-hal yang tidak

ada nas Qa'tie mengenainya dalam hukum Islam.

6. Menggunakan ukuran kebendaan

Di antara kesilapan Orientalis lagi ialah mereka sering menggunakan ukuran

kebendaan dalam mengukur nilai - nilai ruhaniah Islam. Walhal itu adalah suatu yang

amat tidak sesuai.

7. Bersemangat mulhid dan meragui kebenaran Nabi.

Segolongan Orientalis adalah 'Free Thinker', Atheis dan menentang agama.

Mereka menolak sama sekali saranan agama dan idealismenya ,sebab itulah mereka

tidak teragak-agak mencemoh agama dan mendustakannya. Ini jelas apabila mereka

menyerang Nabi Isa dengan mengatakan beliau gila .Begitu juga bila mereka merendah-

rendahkan Nabi Muhammad S.A.W. Mereka bukannya pengkaji yang objektif. Mereka

memang sengaja mahu menghina dan memperkecilkan Nabi Muhammad SAW. Voltire

umpamanya mengarang drama bertajuk 'fanatik' dalam tahun 1718 untuk menyerang

Nabi Muhammad SAW. Beliau menghadiahkan kerjayanya itu kepada Pope Benwa Ke-

empat belas. Semangat seperti ini juga mempengaruhi penulis seperti Taha Husin dan

lain-lain.

8. Melakukan serangan secara tidak langsung.

7

Page 8: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Kadangkala Orientalis menulis mengenai Muhammad SAW dan misinya terbagi di

bawah tajuk lain.Namun dalam membicarakan tajuk tertentu mereka sempat

memesongkan pembaca secara halus .Agnatius Kratsykoysky, Orientalis Russia menulis

dalam bukunya Sejarah Geografi Sastera Arab "Bahawa Al Quran ialah himpunan ilmu

pengetahuan yang diperolehi oleh Muhammad SAW melalui pendengaran . Ia merupakan

contoh umum dalam bidang ini "8.

9. Mengelirukan pembaca antara makna letral atau hakikat dengan

metafora.

Bahasa Arab memang mengandungi maksud hakikat dan majaz atau metafora.

Ada yang bersifat baku dan ada pula Amiyyah .Orientalis dalam menghuraikan maksud

nas Al Quran atau hadith sengaja memutar balikkan perkara ini. Nas yang dimaksudkan

makna letral dikatakan bermakna metafora. Begitu pula sebaliknya. Kadang-kadang yang

dimaksudkan makna bakunya akan tetapi Orientalis mamahamkannya sebagai makna

Colliqualnya. Ayat-ayat yang sering disalah fahami ialah seperti :

? ٍ ? ? ? ٍٍف· ? ٍ?ٍٍغ �?ٍ ٍ°ٍٍع ط ? ??µ?) ?ع 27طغ????? : )

µ ٍ? · ? ·? ٍع? ط �?ٍ ٍ°ٍ ?·?ط �µ? � (?µ?? ?ط?µ?:5)

? ٍ ·? ·? ٍط· ٍ?ٍ ٍغ ٍ ?طٍع ? ٍ?·? ٍ? ٍ (?µ?? ? 1طغ???: )

10. Penafsiran sejarah yang mengelirukan.

Pengeliruan dalam memahami hakikat sejarah yang tersirat dalam Al-Quran

kadangakala disebabkan oleh kejahilan terhadap sejarah. Umat Islam Arab dan keadaan

sosial ekonominya sebelum Islam. Kratsykoysky umpamanya menjelaskan ; ( ?طغ??)

sebagai perbedaan antara bulan Qamariah (perkiraan tahun yang mengikut edaran bulan)

dengan bulan Syamsyiah ( perkiraan yang berasaskan kepada matahari), walhal ia

bermakna penangguhan. Justeru menjadi amalan orang Arab menangguhkan Al Syuhur

Al-Hurum (bulan-bulan yang dilarang berperang) untuk membolehkan mereka

melancarkan peperangan dalam bulan haram (al-syahru al haram )tersebut.

11. Pemalsuan teks.

88. Ibid. hlm : 234 -235

8

Page 9: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Goldzher adalah antara Orentalis yang licik melakukan kerja seperti ini. Apabila

Waki' mengatakan tentang Ziad bin Abdullah bahawa Ziad terlalu mulia untuk berdusta.

Goldzher mengatakan Ziad meskipun orang yang mulia dalam hadis namun ia adalah

pendusta. Waki' memuji Ziad. Beliau menjadikannya boleh dipercayai. Manakala Goldzher

membayangkan sebaliknya.

12. Mentaliti orang Barat menjadi asas ukuran.

Jika sekiranya aliran berfikir saintifik lumrah menjadi asas pemikiran di Barat maka

atas alasan tersebut nereka menolak mukjizat Rasul dengan alasan logik akal semata-

mata. Mereka akan mentakwilkan fenomena ini dengan sesuatu yang boleh diterima logik

akal yang terhad dengan menafsirkannya secara tabie dan enggan menerima sesuatu

yang disebut luar biasa.

13. Menyemarakkan kemarahan orang-orang bukan Islam.

Kadangkala motivasi Oreintalis dalam kerja-kerjanya ialah untuk menyemarakkan

rasa marah, dendam dan benci orang-orang Kristian dan Yahudi supaya semakin galak

menakluki dunia Islam. Mereka akan memandang rendah terhadap umat Islam hasil

daripada penulisan Orentalis tersebut. Dengan itu pertarungan antara Islam dan ajaran

lain akan semakin sengit dan bergejolak.

14. Untuk memenuhi tujuan politik dan missionary Kristian.

Kadangkala kekeliruan disengajakan untuk memenuhi tuntutan Orentalisme politik

dan missionary. Mereka memaparkan musuh Islam dengan imej yang mulia. Berperi

kemanusiaan serta luhur. Sebaliknya orang-orang Islam dan tokoh-tokohnya tidak bersifat

demikian. Ini dipaparkan kepada anak-anak orang Islam yang berguru kepada Orientalis

tersebut. Jadi bila mereka pulang mereka membawa semangat yang membara untuk

memerangi apa yang telah diajarkan oleh guru mereka sebagai kesesatan dan

kelemahan Islam. Mereka laksanakan pesanan Oreintalis ini atas nama reformasi dan

tajdid.

15. Merujuk Sumber-sumber Kristian

9

Page 10: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Adakalanya Orientalis menulis sejarah nabi dan tajuk-tajuk yang menyentuh Islam.

Tetapi mereka merujuk sumber-sumber Kristian dan bukan sumber originalnya dalam

bahasa Arab. Ini menyebabkan pembaca menjadi keliru dan salah faham.

Selain dari peranan di atas Orientalis juga berperanan menjadi mahaguru dipusat-

pusat pengajian tinggi Barat yang menawarkan kursus-kursus pengajian ketimuran, Islam

dan bahasa Arab. Menurut Al-Jabri terdapat sekurang-kurang enam puluh 'department' di

universiti-universiti barat yang diketuai oleh mahaguru-mahaguru Yahudi 9. Mereka juga

menjadi 'think-tank' kepada politikus barat dalam melakarkan polisi ekonomi, politik dan

budaya terhadap negara-negara Islam dan negara-negara Dunia Ketiga.

Peranan diatas sebenarnya didorong oleh motivasi-motivasi tertentu dan latar

belakang budaya yang melatari kehidupan orientalis berkenaan. Motivasi kenapa mereka

melakukan kerja-kerja tersebut perlu didedahkan untuk meningkatkan kewaspadaan umat

terhadap tipudaya mereka.

III. Motivasi dan sebab penyimpangan Orientalis .

1) Golongan Orientalis menyeleweng kerana pengaruh agama Kristian semasa kecil

dan cerita-cerita karut yang dinyatakan oleh Paderi-paderi kerana hendak menonjolkan

agama Kristian dan menjatuhkan Islam dan Rasulnya.

2) Ketiadaan keperihatinan atau kepekaan terhadap ajaran Islam yang sebenarnya.

Ini kerana mereka rata-rata hidup di luar lingkungan Islam, hal mana menyebabkan

mereka tidak mempunyai tanggapan yang betul terhadap Al Quran dan Hadis.

3) Tidak ada keikhlasan dan kemurnian niat dalam mengkaji aspek Ketimuran. Di

samping itu mereka kurang mengkaji Metodologi dan displin ilmu-ilmu Islam seperti ilmu

Mustalah Al Hadis, ilmu Al Rijal, Ilmu Usul Al Fiqh, juga ilmu Mantiq, sehingga

menyebabkan mereka terpesong.

4) Adakalanya disebabkan oleh keinginan mereka mengambil masyarakat yang

bukan Islam sebagai model denagn memburuk-burukan Islam di samping ingin

melariskan jualan buku hasil tulisan mereka dalam masyarakat bukan Islam.

99. Ibid. Al Jabri : 69.

10

Page 11: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

5) Usaha memburukkan Islam, mencaci rasulnya juga dilakukan atas dorongan untuk

melemahkan pegangan umat Islam kepadanya kerana andaian bahawa Islam menjadi

penghalang kemaraan Imprealisme budaya dan ketenteraan Eropah seperti yang

diungkapakan oleh Gladstone, Lawrence Brown, Kalhan Simon dan lain-lain.

6) Mereka memburukkan Islam dengan menuduh Islam dikembangkan dengan mata

pedang untuk mencemarkan kemurnian motif penyebaran Islam.Dengan demikian

mereka menghalang kepesatan berkembangnya mesej dakwah Islam.

7) Mereka sengaja melakukan Provokasi kepada penulis -penulis Muslim agar

mereka melatah dan menampilkan jawapan sebaliknya sehingga melupakan peranan

murni Islam sebagai Aqidah yang dinamik sekaligus sebagi gerakan menyeluruh untuk

membebaskan manusia dari kongkongan sistem atau rejim yang menyekat penyebaran

Islam.

8) Dalam laporan Suruhanjaya Buruh Maghribi di Eropah Sikand: berkata Islam

dalam semangatnya yang khusus merupakan suatu kekuatan yang bercanggah dengan

kepentingan hasrat dan citarasa kita.Kekuatan ini boleh dilumpuhkan namun tidak

mungkin dapat dikawal selama-lamanya.Oleh itu,adalah baik untuk kitra berusaha setakat

yang terdaya agar meremehkan /mengurangkan perananya di kalangan bangsa -bangsa

yang tunduk di bawah kekuasaan kita.

Seorang orientalis lain berpendapat : Untuk kepentingan kita, kita mesti

memastikan bahawa pembangunan orang Islam adalah di luar dari paradigma Islam.

9) Kadangkala kesalahan Orientalis adalah disebabkan kejahilan mereka tentang

sesuatu perkataan seperti perkataan ‘Al-Asr’, mereka memahaminya sebagai Al-

Mu’asarah (?????طع?) dalam konteks ‘Colloquiel Language’ atau Kontemporari.

Sedangkan yang dimaksudkan adalah pada masa tertentu. Kadang-kadang mereka

fahami perkataan Al-Sa’id (? و??ط ?) sebagai (? و??ط ?) sedangkan yang pertama ialah

nama satu daerah di Mesir manakala yang kedua bermakna bahagia.

10) Tidak jarang pula kesalahan mereka kerana meraka begitu lama bergelumang

dengan budaya totok masyarakat Barat sehingga penafsiran mereka terhadap fenomena

Sosial dan sejarah Jahiliyyah dan Islam mereka lakukan dengan kacamata @ ukuran

11

Page 12: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Barat. Walhal terdapat perbedaan yang nyata dari sudut watak. Budaya, Masa dan

Lingkungan.

11) Adakalanya pula, dalam menulis sesuatu mereka cuba menimbulkan kejijikan

pembaca kepada Budaya hidup orang Islam masa kini dan masa lampau ,umpamanya

dalam penulisan sejarah dan perjalanan ,mereka menggambarkan corak hidup umat

Islam sebagai ketinggalan zaman, manakala adat dan tradisi mereka begitu mundur.Ini

dapat kita lihat dalam penulisan Safari apabila menangisi kematian pejuang Kafir Quraisy,

juga ketika ia menceritakan bagaimana wakil Quraisy datang menemui nabi dan

memegang janggut nabi dalam peperangan Hudaibiyyah. Acapkali pula mereka

menggambarkan secara dusta gambaran buruk terhadap tokoh-tokoh Islam dan silam

untuk memperkecil kehebatan dan kewibawaan mereka dan Islam itu sendiri.

12) Kadangkala Orientalis menulis untuk memecah-belahkan umat melalui penampilan

aliran-aliran pemikiran Barat yang bersimpang siur atau mereka menangani konsep-

konsep Islam yang dahulunya dapat menyatupadukan umat Islam agar tidak lagi

berfungsi.Mereka tahu bahawa umat yang berpecah belah dari segi pemikiran bukan

sahaja tidak mungkin dapat bersatu padu dari sudut politik dan Ekonomi bahkan juga dari

sudut ketenteraan. Inilah faktor yang memudahkan penjajah menguasai dunia Islam pada

masa dahulu. 10

Menurut Ahmad Ghorab, seorang penulis yang mengkaji peranan Orientalis bagi

menghancurkan Islam, 'Distortation' yang dilakukan oleh golongan Orientalis

mempunyai dua objektif yang khusus;

A) Untuk menimbulkan kebencian terhadap Islam di dalam minda dan pemikiran

golongan bukan Islam.

B) Untuk melemahkan umat Islam dengan menimbulkan keraguan mengenai

aqidah ,tradisi kenabian serta sejarah Islam yang mengakibatkan umat Islam

menolak kesyumulan Islam. 11

1010. Ibid. Al Jabri : 226-240.

11 11. Ahmed Al Ghorab, Subverting Islam : The role of Orientalist Centres, The Open Press Kuala Lumpur, 1995 hlm. 3.

12

Page 13: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Umat Islam kini harus sedar akan peranan yang dimainkan oleh agensi -agensi

berita antarabangsa dalam usaha "propaganda" mereka untuk memesongkan ajaran

Islam yang sebenar.Agensi-agensi berita anrabangsa yang terbesar seperti Asosiated

Press (AP), Reuters dan United Press International ( UPI) menggunakan teknik

"disinformation" untuk menyalurkan berita kepada masyarakat umum. Agensi-agensi

berita ini di samping mencerminkan kepentingan negara Zionis Israel ,juga turut manjadi

platform golongan Orientalis bagi menyebarkan berita yang boleh meragukan serta

menanam sifat kebencian kepada ajaran Islam kepada umum.Golongan Orientalis ini juga

turut memperkenalkan istilah-istilah yang ëmenggerunkan? seperti "Islamic Terrorist"

dan "Islamic Bomb" ,yang mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan fundamentalisme

Islam, Fanatik Islam dan Extremis Islam. Kategori yang diberikan ini meletakkan seolah-

olah kelompok Islam ini sebagai golongan yang "sesat dan merbahaya" kepada masa

depan toleransi peradaban antara barat dan Islam .

Pandangan ini lebih jelas ialah apabila kita meneliti 'teori Pertembungan Tamadun' 12 yang di kemukakan oleh profesor dari Harward, Samuel Huntington yang

menggambarkan abad yang ke 21 akan menyaksikan peperangan diantara Gabungan

Islam-Confucious dengan Barat i.e. Kristian. Islam diletakkan di 'kandang orang salah'

dan secara tidak langsung teori Huntington ini mahu meniupkan kembali semangat

Salibiah yang berusaha untuk menghapuskan Islam dari muka bumi ini lebih 900 tahun

yang lalu. Ia seolah olah mahu menggerakkan kembali dunia barat (Kristian) agar bersiap

untuk menghadapi ancaman Islam yang dipelopori oleh kelompok 'Fundamantalis dan

Ekstrimis' ini. Yang nyata teori Hungtinton ini mempunyai kaitan rapat dengan polisi luar

kerajaan Amerika syarikat bagi mengekalkan hegemoni politiknya sebagai kuasa utama

dunia. Polisi 'The New American Order' dengan agenda 'penjajahan ekonomi' sebagai

teras terpenting terutamanya di negara umat Islam akan berterusan."Puppet

Leadership" yang diwujudkan di kebanyakan negara umat Islam yang kaya dan

berkedudukan strategik jelas membuktikan polisi ini adalah untuk kepentingan ekonomi

dan politik Amerika Syarikat serta sekutu terapatnya Israel.

IV) Kesan Gerakan Orientalisme dan Kristianisasi

12 12. Samuel P. Huntington, The Politics of Civilizations: Islam, Japan and the West , U. Malaya, Second Seminar on Civilizational Dialogue, Sept. 2nd. 1996.

13

Page 14: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Tiada diragukan lagi bahawa kesan penjajahan mental dan budaya lebih sukar

untuk dirawat, berbanding penjajahn meliter. Kesan dari kerja-kerja orientalis dan

Kristianisasi memang banyak.

Antaranya ialah :

1. Kerancuan Akidah

Di Mesir umpamanya, umat Islam dikejutkan oleh berbagi telatah kebaratan yang

amat menyolok. Antara yang terakhir ialah hukuman murtad yang dijatuhkan oleh

mahkamah Mesir terhadap seorang terpelajar; Dr. Nasr Abu Zaid yang menafikan

kerasulan Muhammad, hukum hudud dan lain. Di Bangladesh umat Islam berhadapan

dengan manusia seperti Taslima Nasrin. Di England umat dikejutkan dengan Salman

Rushdi, di Amerika dengan Rashad Khalifa sementara di negara kita umat dikejutkan oleh

golongan anti-hadis dan berbagai lagi gejala dan figure lain yang menjadi mangsa

gerakan jahat ini.

2. Kekeliruan minda atau penyimpangan pemikiran.

Umat Islam khasnya setengah golongan elit budaya, pemikiran, sasterawan,

wartawan, ilmuan terbawa-bawa dengan paradigma Judo Kristien dalam teori-teori,

pandangan-pandangan yang mereka ajukan untuk menyelesaikan masalah umat.

3. Fahaman Sekularisme Yang Menular Dalam Amalan Politik dan Pendidikan.

Fahaman politik Michiavili, pragmatic, nationalistic dan bersifat kekinian dan liberal

adalah menjadi asas pemikiran elit politik. Mereka menjadi watch dog imperialis untuk

tidak mengizinkan sama sekali Islam memainkan peranannya di pentas politik.Perjuangan

politik atas dasar Islam adalah haram dalam beberapa negara umat Islam.

4. Sistem undang-undang Barat menggantikan sistem perundangan tempatan.

Elite pemerintah di negara-negara umat Islam pasca penjajahan umumnya

meneruskan sistem perundangan Barat. Mereka masih "beriman" bahawa undang-

undang Islam tidak dapat memberikan keadilan berbanding undang-undang penjajah

Inggeris atau Perancis. Lebih jauh mereka beri'tikad bahawa undang-undang Islam jika

14

Page 15: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

diamalkan akan membawa kepada kezaliman. Mereka yakin akidah mereka seperti ini

adalah mewakili akidah yang betul. Manakala akidah yang sebenarnya adalah sesat.

5. Dasar Budaya dan amalan yang mengukuhkan faham Materialisme.

Budaya hedonism bercambah dengan pesat di negara-negara umat Islam,

khasnya yang menikmati tahap kemajuan ekonomi yang baik. Faham

kebendaan,korporatism, semangat untuk memperdagangkan apa sahaja eset yang ada

begitu mempengaruhi hati budi umat. Media massa saban hari memperagakan cara gaya

hidup mewah melalui iklan-iklan yang menggeliurkan. Para pemimpin kecil menunggu

kesempatan untuk menjual kuasa pengundian kepada para pemimpin yang lebih besar

dengan harga yang paling lumayan. Rakyat sendiri disunglap dan disuap dengan habuan

kebendaan dalam membuat pemilihan pemimpin masyarakat atau negara.

6. Kepimpinan Elit dari golongan Modernis.

Masyarakat umat Islam rata-rata diperintah oleh golongan yang dididik khusus oleh

penjajah untuk melanjutkan model politik, budaya dan ekonomi kapitalis. Mereka adalah

golongan modenis, anak didik orientalis tokoh-tokoh penjajah atau yang ditatang oleh

agen-agen penjajah. Melalui kepimpinan mereka yang berfaham liberal tentu akan lebih

memudahkan kuasa ekonomi dan budaya penjajah kembali semula menangani nasib

negara yang baru merdeka.

7. Terpinggirnya golongan ulama

Ilmuan tradisional yang mantap dalam ilmu syara' dan beriltizam dengan ilmu

tersebut selalu dilihat sebagai golongan yang rigid dan tidak berguna. Semakin kurang

komitmen mereka kepada tuntutannya semakin dianggap moderat dan boleh diterima

oleh segolongan pemerintah. Golongan ulama yang liberal inilah yang kerap dijadikan alat

menjustifikasikan tindakan politik sekular mereka. Manakala ulama yang luhur dan

beriltizam dengan ilmunya adalah mereka yang selalunya terpinggir, sebagai balasan

kepada

kesetiaan mereka terhadap pronsip-prinsip agama. Mereka kerap menjadi sasaran fitnah

media dan tindakan aniaya golongan penguasa.

15

Page 16: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

8. Bertambahnya keadaan jenayah dan salah laku sosial.

Akibat dari dasar Liberalisme, pengenyahan Syariat Islam, dasar langit terbuka,

faham materialism yang bercambah mengakar dengan teguhnya dalam tiap lapangan

hidup, penyakit masyarakat semakin merebak dan menular. Kes bunuh, rogol, curi,

rompak dan buang anak kian meningkat. Amalan bohsia, lepak dan berbagai macam

bentuk salah laku belum berjaya ditangani oleh kebijaksanaan pentadbiran pihak yang

bertanggungjawab. Gejala-gejala tersebut bagaikan sumpah laknat Ilahi kepada golongan

yang engkar terhadap suruhannya iaitu golongan yang sering patuh menurut telunjuk dan

saranan Nasrani dan Yahudi.

Kesan gerakan Orientalis, Zionis, Kristianisasi berlaku dalam berbagai badan dan

organisasi, di dalam dan luar negeri.Di peringkat antara bangsa -umpamanya - ada

agensi-agensi sosial di bawah pertubuhan tertentu yang menyarankan perubahan

menyeluruh termasuk dalam nilai-nilai dan konsep kekeluargaan, akhlak, sosial dan lain-

lain kepada kerajaan, badan-badan berkanun dan NGO di negara-negara Islam.

Daniel Pipes, seorang oreantalis yanmg banyak menulis dan mengkaji mengenai

Islam serta diagung agungkan oleh seseytengah cendikiawan Islam adalah juga orang

yang sama menulis satu dokumen mengenai "Muslim Fanatics and US Policy" . Di dalam

dokumen ini, Daniel Pipes telah mencadangkan kepada kerajaan Amerika dan sekutunya

di benua Arab agar mengambil empat strategi bagi menghadapi golongan fanatik Islam :

1) Mereka jangan sekali-kali memberi sebarang bentuk bantuan kepada golongan

fanatik ini, tetapi terus mengadakan hubungan dengan mereka bagi

memahami pemikiran serta menilai pengaruh mereka dari semasa ke

semasa.

2) Mereka jangan sekali-kali membenarkan golongan ini terlibat dalam kerajaan

terutamanya memegang jawatan-jawatan penting yang mana golongan ini

akan menggunakan jawatan ini bagi melemahkan pengaruh serta

kepentingan Amerika.

3) Di dalam menghadapi golongan fanatik ini, Amerika hendaklah hanya

mengadakan hubungan dalam bentuk "Non- Public Contacts" dengan

kerajaan negara-negara Arab yang di anggap "Friendly".

16

Page 17: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

4) Amerika jangan sekali-kali membenarkan peminpin-peminpin negara Arab yang

"Friendly" ini untuk menentukan 'kaedah dan kondisi' hubungan ini. 13

Menurut Dr. Ghazali Basri (1994), gerakan misionari Kristian mempunyai cara

bekerja yang efisyen dan ‘modus operandi’ yang efektif. Network media massa mereka

amat meluas dan mempunyai kepakaran bagi menjalankan penyelidikan yang berhubung

dengan keperluan misionari. Bagi beliau, tuntutan-tuntutan yang di laksanakan oleh

gerakan misionari di Malaysia adalah dalam bentuk ‘Modus viviendi’ iaitu dengan

menyalurkan kehendak-kehendak mereka melalui pihak kerajaan. Ini jelas dengan

penubuhan “Majlis Perundingan Agama-Agama’ yang ditubuhkan pada tahun 1983

dengan membuat tuntutan agar pemerintah Malaysia kembali memenuhi semangat

Rukunegara. 14

Bagi menghadapi ‘proses Islamisasi’ yang sedang berjalan di negara ini, golongan

misionari ini telah menubuhkan ‘Christian Federation of Malaysia’ yang menyatukan

Roman Catholics dengan seluruh gereja Protestant pada tahun 1986. Umat Islam perlu

sedar bahawa kewujudan Kristian di Malayisia sebagai agama dan Kristianisasi sebagai

satu ancaman yang boleh menggugat keutuhan dan kesucian Islam.

Menurut kajian yang di buat oleh D.B. Barret (1982), lebih dari 50% dari jumlah

penduduk Malaysia adalah merupakan potensi sasaran golongan Misionari. Manakala

jumlah penganut baru pada sepanjang tahun 1970an sahaja, pertambahan agama

Kristian adalah 3.9. % dari jumlah penduduk manakala pertambahan Islam hanya 0.7%.

Mereka menjangkakan menjelang tahun 2000 peratusan ini akan meningkat sebanyak

1.2% bagi agama kristian sedangkan Islam hanya 0.1% sahaja. 15

Hasil dari resolusi perhimpunan Christian Federation of Malaysia yang telah

berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 19sahakan bagi memperbanyakkan lagi ahli

politik yang ‘Christian committed” didalam kerajaan kerana melalui ‘Kuasa’ yang ada akan

memudahkan lagi pergerakan mereka. Tunpuan yang di berikan adalah ke negeri Sabah

dan Serawak dengan menwujudkan lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin politik seperti

1313. Lihat Majalah Al Mujtama' (Kuwait), 26 hb. 11, 1985, hal. 28-29)

1414. Dr. Ghazali Basri, Peranan Badan-badan Misionari: Satu Tinjauan, Budaya Ilmu, Petaling Jaya, 1994, hlm. 45.

1515. Ibid. hlm. 63.

17

Page 18: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Datuk Amar Stephen Yong dan Datuk Joseph Pairin Kitingan. Tumpuan khusus ini di

berikan di Malaysia Timur ini selepas gerakan Misionari ini telah mencapai kejayaan yang

besar di Indonesia dan Filipina Selatan.

Dalam menjayakan kerja khusus Kristianisasi ini para Mubaligh Kristian

mempunyai strategi tertentu. Perkara ini ditegaskan dalam 'The Gospel and Islam " :

1978, Compendium, secara terperinci ( Lihat Lampiran )

V. LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHADAPI PERANCANGAN

OREANTALIS DAN KRISTIANISASI

Langkah yang pertama yang perlu bagi umat Islam adal;ah untuk mengenalpasti

ancaman yang datang dari perencanaan ini, bagaiman ancamnan ini di tadsbir, dalam

apa bentuk dan sumber-sumber yang ada pada golongan ini. Umat Islam perlu bukan

sekadar mengetahui ancaman ini tetapi juga perlu menyebarkannya di kalangan umat

Islam akan bahaya dan ancaman yang dimainkan oleh golongan ini.

Langkah kedua adalah perlunya di kalangan Ulama dan cerdik-pandai Islam

supaya dapat berbincang dan menyusun strategi bagi menyebarkan penyelewengan

orieantalis ini serta berusaha untuk meningkatkan penyebaran Islam terutama di dalam

perspektif sejarah Islam dan tamadunnya. Institusi-institusi penyelidikan yang khusus

menyelidik gerakgeri dan tektik golongan Orieantalis juga harus diwujudkan segera bagi

menghalang penyebaran sebarang maklumat mengenai Islam di kalangan golongan

orieantalis.

Langkah ketiga adalah bagi umat Islam membongkar konspirasi golongan

oreantalis ini yang berselindung di bawah 'Islamic Research Centre' yang juga

memperalatkan golongan cendikiawan Islam samada secara disedari atau sebaliknya.

Pusat-pusat penyelidikan ini mempunyai pembiayaan kewangan yang banyak dari

sumber-sumber yang memusuhi Islam dan mereka menggunakan cendikiawan Islam

sebagai 'Fellow' atau rakan penyelidik mereka untuk megkaji Islam dengan lebih

mendalam. 16

1616. Sila rujuk Dr Ahmad Ghorab, op cit. hlm:61-63.

18

Page 19: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Bagi menghadapi ancaman gerakan Misionari pula, Dr. Ghazali Basri mencadangkan dua

tanggungjawab utama kepada Umat Islam:

1. Umat Islam perlulah mendekati mereka dengan sehikmah mungkin.

2. Mereka serta kegiatan mereka perlu dibendung seberkesan mungkin. 17

Sebagai akhirnya sama-samalah kita merenung Firman Allah S.W.T.

"Banyak dari kalangan Ahlli Kitab yang mahu menjadikan kamu kufur selepas kamu

beriman, kerana perasaan dengki mereka terhadap kamu dan selepas kebenaran itu

telah diperjelaskan kepada mereka." ( Baqarah : 109)

"Dan golongan Yahudi serta ahli kitab tidak akan merasa senang selama-lamanya

dengan kamu selagi kamu tidak mengikut agama mereka. Katakanlah pertunjuk itu dari

Allah dan dariNyalah pertunjuk yang benar. dan jika kamu mengikut kehendak mereka ini

selepas diberikan pertunjuk dari kamu, ingatlah sesungguhnya Allah tidak akan menjadi

penolong kamu serta pelindung." ( Baqarah : 120)

Oleh : Ust Abd Ghani Bin Shamsuddin

Dr .Syed Azman Bin Syed Ahmad

Universiti Malaya,

Petaling Jaya,

11 Sept 1996,

1717. Dr. Ghazali Basri, op cit. hlm. 50.

19

Page 20: GERAKAN ORIENTALISME

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

HAK CIPTA TERPELIHARA

TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,

MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN

ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN

MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN

DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000

20