gaya hidup sihat

33
UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA ( OPEN UNIVERSITI MALAYSIA ) ______________________________________________________________ __________ FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN Tugasan : HBPE3103 GAYA HIDUP SIHAT ( JANUARI 2014 ) Nama Pelajar : Aripin Bin Kulipo No. Matrik : 651124125569001 Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) Dengan Kepujian 1

Upload: safwan-nudin-sahidin

Post on 02-Jun-2017

266 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gaya Hidup Sihat

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

( OPEN UNIVERSITI MALAYSIA )

________________________________________________________________________

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN

Tugasan :

HBPE3103

GAYA HIDUP SIHAT

( JANUARI 2014 )

Nama Pelajar :

Aripin Bin Kulipo

No. Matrik :

651124125569001

Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) Dengan Kepujian

Semester September 2013

1

Page 2: Gaya Hidup Sihat

Halaman Pengakuan

‘’ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

tiap satunya saya telah jelaskan sumbernya’’

Nama Penulis : ARIPIN BIN KULIPO

Tarikh : 14 NOVEMBER 2013

2

Page 3: Gaya Hidup Sihat

Penghargaan

Salam sejahtera saya ucapkan,

Saya memanjat sepenuh kesyukuran kepada Tuhan kerana akhirnya saya berjaya menyiapkan

kerja kursus bagi mata pelajaran ini dengan jayanya.

Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-

rakan seperjuangan saya yang turut mengambil kursus ini. Atas jasa baik kalian membantu

saya dalam memahami cara-cara melaksanakan kerja kursus ini dan juga perkongsian idea

yang tidak terhingga dalam penghasilan kerja kursus ini agar tampak berkualiti dan

memenuhi syarat yang dikehendaki. Sesungguhnya saya tidak akan melupakan jasa kalian

semua dan semoga kita berjaya di arena ini.

Tidak dilupakan juga kepada ahli keluarga saya dan kakitangan Sekolah Kebangsaan

Bamban kerana telah banyak memberikan dorongan dan kata nasihat untuk saya meneruskan

pengajian ini dengan lebih bersemangat.

Dengan terhasilnya kerja kursus ini, saya pastinya akan memanfaatkan segala ilmu

dan pengalaman yang telah saya perolehi dan saya berharap kerja kursus ini adalah menepati

segala syarat yang telah digariskan.

Sekian,terima kasih.

3

Page 4: Gaya Hidup Sihat

Biodata Pelajar

Nama : Aripin Bin Kulipo

No KP : 651124 - 12 - 5569

Tarikh Lahir : 24 November 1965

Tempat Lahir : Tenom,Sabah.

Hobi : Melancong

Alamat Rumah : Kuarters Guru,

Sek. Keb. Kampung Bamban, 89907 Tenom, Sabah.

Alamat Sekolah : Sek. Keb. Kampung Bamban, 89907 Tenom, Sabah.

Jawatan : Guru Penoloang Kanan Kokurikulum

Email : [email protected]

Matlamat Hidup : Menjadi Guru Cemerlang

Falsafah Hidup : 1. Usaha Tangga Kejayaan

2. Bersemangat dalam segala kerja yang dilakukan

4

Page 5: Gaya Hidup Sihat

ISI KANDUNGAN

Muka Hadapan 1

Halaman Pengakuan 2

Penghargaan 3

Biodata 4

Isi Kandungan 5

Pengenalan 6

Definisi Kesejahteraan 7 - 8

Huraian dimensi beserta ilustrasi yang relevan 9 - 14

Akibat sekiranya dimensi kesejahteraan tersebut tidak seimbang 15 - 17

Amalan gaya hidup berdasarkan Roda Kesejahteraan 18 – 19

Reka cipta Roda Kesejahteraan sendiri 20 – 22

Penutup 23

Bibliografi 24

5

Page 6: Gaya Hidup Sihat

Pengenalan

Bagi meningkatkan kesejahteraan hidup, manusia mencuba pelbagai usaha untuk

mencapainya. Wellness Wheel (Roda Kesejahteraan) yang diperkenalkan dalam artikel oleh

Ballard (2012) memberi satu gambaran visual tentang konsep kesejahteraan yang

menunjukkan keperluan gaya hidup yang seimbang. Wellness Wheel boleh dijadikan panduan

untuk memudahkan manusia mencapai kesejahteraan kehidupan yang diinginkan.

Konsep kesejahteraan hidup merupakan satu proses dinamik yang memberikan nilai kepada

manusia tentang bagaimana kehidupan mereka berkembang sama ada bertambah baik atau

sebaliknya. Namun demikian, sejauh manakah proses kesejahteraan yang dijalankan itu dapat

menggambarkan dengan tepat tentang persoalan kesejahteraan hidup? Ini adalah kerana

konsep kesejahteraan hidup itu sendiri merupakan suatu yang subjektif dan tidak mudah

untuk diukur. Pengukuran dilakukan berdasarkan petunjuk - petunjuk tertentu dan berbeza di

antara kumpulan masyarakat yang berbeza

Dalam wellness wheel terdapat enam dimensi yang diterapkan. Dimensi ini saling berkaitan

dan memerlukan keseimbangan untuk mencapai kesejahteraan yang dikehendaki. Disiplin

diri juga penting untuk melaksanakan konsep kesejahteraan yang diperkenalkan.

Kesejahteraan adalah satu perjalanan sepanjang hayat bagi menjana kesempurnaan dalam

kehidupan. Ianya adalah proses berterusan dan melibatkan masa peribadi dan komitmen.

6

Page 7: Gaya Hidup Sihat

Definisi Kesejahteraan

Terdapat pelbagai definisi kesejahteraan dan kita perlu memahami apa yang dimaksudkan

dengan kesejahteraan tersebut. Menurut Alorski & Micheal (2007), kesejahteraan adalah

proses yang berterusan untuk menjadi diri sempurna dan membuat keputusan untuk bergerak

seiiring pengalaman yang dialami dari semasa ke semasa untuk mendapat yang lebih baik.

Pengalaman ini juga dikenali sebagai "kesejahteraan".

Menurut Dunn (1961) , kesejahteraan adalah "kaedah bersepadu yang berfungsi dengan

berorientasikan ke arah memaksimumkan potensi individu dalam persekitaran di mana dia

berfungsi." Sebagai warganegara yang bermastautin di tempat yang mempunyai masyarakat

majmuk pelbagai bangsa, mencari kesejahteraan hidup adalah asas utama dan menjadi satu

tuntutan besar. Ini kerana kehidupan tanpa hubungan baik akan membawa kepada

ketidakstabilan dalam sistem sosial, politik dan ekonomi sesebuah negara. Dengan itu, setiap

pihak perlu mempunyai sikap integrasi yang positif agar hidup sejahtera dapat menjadi satu

elemen berkekalan dalam masyarakat.

Dari segi bahasa, kesejahteraan berasal dari kata dasar sejahtera. Kamus Pelajar Edisi Kedua

(Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010) mentakrifkan sejahtera sebagai bebas daripada segala

macam kesusahan dan lain-lain; aman sentosa dan makmur; selamat. Kesejahteraan pula

membawa maksud hal atau keadaan sejahtera; keamanan, keselamatan dan ketenteraman.

Gasper (2002), Travers dan Richardson (1997) telah membincangkan maksud kesejahteraan

sebagai satu konsep atau abstrak yang digunakan untuk dirujuk kepada apa sahaja yang

digunakan untuk menilai situasi dan keadaan kehidupan seseorang. Secara ringkasnya ia

hidup. Malah beliau berpandangan bahawa kualiti hidup ini boleh diukur melalui kaedah

yang digunakan oleh United Nation for Development Program (UNDP). UNDP mengukur

kualiti hidup manusia dengan melihat kepada Indeks Pembangunan Manusia yang mengukur

tiga perkara iaitu:

i. Kekayaan masyarakat diukur dengan melihat kepada kuasa beli per orang

ii. Pendidikan dengan diukur kepada kadar celik huruf dan persekolahan

iii. Jangka hayat sewaktu lahir

7

Page 8: Gaya Hidup Sihat

Seterusnya UNDP juga memasukkan dua item lain dalam pengukuran pembangunan manusia

iaitu:

i. Kesamaan gender yang diukur melalui Gender Empowerment Index yang melibatkan

nisbah lelaki dan perempuan berkaitan kadar celik huruf, kemasukan ke sekolah dan

pendapatan

ii. Kemiskinan yang diukur melalui kematian pra matang, kadar buta huruf dan kekurangan

pendapatan.

Dimensi kesejahteraan manusia telah dikenalpasti dan terdapat pelbagai dimensi contohnya

berilmu, persahabatan, penzahiran diri, perhubungan, integriti, kesihatan, jaminan ekonomi,

kebebasan, kasih sayang, harta dan masa berehat (Alkire, 2002).

.

8

Page 9: Gaya Hidup Sihat

Huraian dimensi beserta ilustrasi yang relevan

Terdapat enam dimensi yang akan dihuraikan dalam bahagian ini iaitu intelektual, emosi,

fizikal , spiritual, sosial, dan persekitaran.

a) Kesejahteraan Emosi

Merupakan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan kehidupan. Ianya

merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap penghargaan

kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan.

Manusia dikurniakan akal dan fikiran supaya boleh berfikir dengan baik. Namun begitu

ianya dipengaruhi oleh nafsu atau sering disebut sebagai emosi. Emosi ini boleh

menjadikan manusia nampak sempurna dan juga boleh membinasakan diri kita

bergantung kepada cara pengendalian emosi tersebut. Emosi ini berkembang mengikut

usia dan remaja adalah cenderung kepada ketidakstabilan emosi kerana mereka mudah

terpengaruh.

Ilustrasi Emosi

Gardner (1993) menyatakan kecerdasan emosi dalam gabungan kecerdasan intrapersonal

dan interpersonal dalam teori kecerdasan pelbagainya. Kecerdasan intrapersonal merujuk

kepada keupayaan kesedaran diri yang tinggi dan bertindak menurut kesedaran tersebut.

Kecerdasan ini membolehkan seseorang memahami dirinya dengan tepat dan berupaya

menangani keinginan, ketakutan, emosi dan motif diri dengan sewajarnya.

9

Page 10: Gaya Hidup Sihat

b) Kesejahteraan intelektual

Merupakan situasi dimana individu melibatkan diri dalam aktiviti kreatif serta

menggunakan sumber-sumber yang ada untuk meluaskan ilmu pengetahuan,

perkembangan, aplikasi dan artikulasi pemikiran yang kritis.

Intelektual juga tahap di mana individu dapat mempersembahkan nilai dalam diri dan

memperolehi kepuasan kendiri menerusi kerjaya dan aktiviti yang diceburi . Ianya

merangkumi sikap terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan pelbagai

peranan dalam pekerjaan atau aktiviti yang diceburi serta bagaimana individu

menggunakan kemahiran dan keupayaan untuk menyumbang kepada masyarakat.

Setiap individu mempunyai tahap intelektual yang berbeza. Mengikut Teori Kecerdasan

Pelbagai, manusia mempunyai sembilan bidang intelektual yang berlainan. Antaranya

bidang seni, bahasa, fizikal dan matematik.

Ilustrasi Intelektual

Menurut Gardner (1999), kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan

boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana

pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard

Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan

sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia.

10

Page 11: Gaya Hidup Sihat

c) Kesejahteraan Fizikal

Merupakan proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan tahap aktiviti fizikal secara

optimum  yang memfokuskan kepada nutrisi, penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat.

Kesejahteraan fizikal penting dalam mengekalkan diri individu dalam keadaan yang

stabil.

Ilustrasi Fizikal

Berdasarkan ilustrasi di atas, kita perlu bersenam, mengamalkan makanan yang

seimbang dan mendapatkan rehat yang secukupnya. Jadual aktiviti harian perlu dirangka

bagi memudahkan kita untuk menjalankan aktiviti fizikal. Masalah kesihatan juga dapat

dielakkan jika kesejahteraan fizikal ini dapat diamalkan. Penyakit sendatari akan timbul

sekiranyan gaya hidup tidak sihat diamalkan. Antara penyakit sedantari adalah penyakit

jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Terdapat banyak aktiviti yang boleh dijalankan untuk senaman seperti berbasikal,

berjogging, mendaki bukit dan sebagainya. Kita perlulah bertanggungjawab ke atas diri

sendiri supaya kekal sihat dan bertenaga. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok ,

pengambilan makanan berkolestrol tinggi dan penggunaan dadah perlu ditinggalkan

supaya hidup lebih stabil.

11

Page 12: Gaya Hidup Sihat

d) Kesejahteraan Sosial

Merangkumi kadar dan kualiti interaksi dengan orang lain, komuniti, dan persekitaran.

Dalam dimensi ini, individu diukur dengan bagaimana cara untuk menghubungkan

antara satu sama lain.

Menurut Midgley (1995) terdapat tiga elemen penting berkaitan dengan konsep

kesejahteraan sosial. Elemen terbabit ialah aspek memenuhi keperluan hidup, peluang

mobiliti sosial dan pengurusan isu dan masalah sosial. Justeru, pembuat dasar dan badan

pelaksana mesti mengaplikasikan ketiga-tiga perkara itu secara bersepadu supaya usaha

meningkatkan kualiti hidup individu, keluarga dan masyarakat dapat berjalan lancar.

Aplikasi ketiga-tiga elemen itu penting bagi mencapai matlamat kepuasan maksimum

terhadap keperluan asas, mewujudkan keadaan persekitaran yang selamat dan

memaksimumkan peluang mobiliti sosial. Untuk mencapainya, pelaksanaan itu mesti

membuka ruang dan peluang kepada kebebasan ahli komuniti membangun potensi diri

serta pembabitan secara aktif dalam aktiviti komuniti yang dapat memberi sumbangan

kepada komuniti.

Ilustrasi Sosial

12

Page 13: Gaya Hidup Sihat

e) Kesejahteraan Spiritual

Kesejahteraan spiritual didefinisikan sebagai dimensi yang holistik merangkumi

pencarian makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, hubungan dengan tuhan, dan

komuniti spiritual. Kesejahteraan ini bermula dengan peranan ibu bapa dalam

menerapkan kepercayaan individu tersebut. Kesejahteraan ini dapat membantu individu

mencari hala tuju kehidupan mereka dan berusaha untuk mendapatkannya.

Kebanyakan orang mendapat kepuasan rohani melalui agama yang dianutinya.

Kerohanian dan agama sering dilihat daripada dua aspek yang saling berkait rapat.

Agama ditafsirkan sebagai pautan kuat kepada institusi agama manakala kerohanian

tidak semestinya bergantung kepada institusi berkenaan.

Ilustrasi Spiritual

13

Page 14: Gaya Hidup Sihat

f) Kesejahteraan Persekitaran

Merupakan keseimbangan antara kehidupan individu dan perhubungan  dengan

persekitaran dan sumber-sumber dalam komuniti. Seseorang individu yang baik dapat

berkomunikasi dengan masyarakat serta bergaul mesra berlandaskan batasan-batasan

tertentu.

Ilustrasi Persekitaran

Berdasarkan ilustrasi yang digambar individu perlu menghargai sumber-sumber yang ada

di atas muka bumi ini. Individu yang baik perlu menyayangi persekitaran mereka agar

keseimbangan boleh berlaku. Di dalam komuniti pula individu perlu menyesuaikan diri

mengikut adat dan persekitaran masyarakat tersebut. Sebagai contoh budaya di Sabah

dan Sarawak adalah berbeza di semenanjung dan individu yang baik boleh mengadaptasi

perkara tersebut. Ianya juga adalah satu pengalaman yang menarik kerana dapat belajar

sesuatu perkar yang baru dalam kehidupan kita.

14

Page 15: Gaya Hidup Sihat

Akibat sekiranya dimensi-dimensi kesejahteraan tersebut tidak seimbang

Dimensi kesejahteraan yang diperkenalkan oleh Ballard (2012), perlu diseimbangi agar tidak

berlaku kecelaruan. Sekiranya salah satu diabaikan individu tersebut berkemungkinan akan

mengalami masalah dan seterusnya boleh memudaratkan diri sendiri.

Sekiranya kesejahteraan emosi terjejas maka seseorang itu mungkin mengalami masalah

dalam diri yang mengakibatkan semua perkara atau aktiviti boleh terganggu. Contohnya

apabila seseorang itu tidak mempunya keyakinan diri yang tinggi maka beliau akan

mengalami situasi cepat berputus asa dalam aktiviti yang dijalankan. Keyakinan diri penting

untuk melakukan aktiviti sosial mahupun perkara lain. Maka keseimbangan tidak berlaku

serta menjejaskan kesejahteraan demensi lain.

Aktiviti fizikal dan gaya hidup sihat perlu diseimbangkan dengan demensi kesejahteraan

yang lain. Kekurangan aktiviti fizikal boleh mengakibatkan individu mudah diserang

penyakit serta tidak boleh menjalankan aktiviti yang melibatkan demensi lain. Gaya hidup

yang sihat ini menjadikan diri kita bertenaga dan bersemangat dalam kehidupan seharian.

Namun begitu, kesejahteraan fizikal ini perlu diseimbangkan supaya dimensi lain tidak

diabaikan. Terdapat individu yang terlalu obsess dengan aktiviti fizikal dan mengakibat

kesejahteraan intelektual terganggu. Perkara ini sering berlaku di sekolah di mana murid yang

aktif dalam sukan mengabaikan pelajaran mereka. Hal ini perlu diatasi supaya kita dapat

melahirkan seorang individu yang sempurna.

Kerohanian amat penting dalam kehidupan seseorang. Ianya menjadi asas pegangan kepada

seseorang individu tersebut. Semua agama atau kepercayaan menggalak kepada perkara yang

baik. Oleh itu, ianya dapat memberi panduan untuk mewujudkan keseimbangan dalam diri

kita. Kesejahteraan spiritual yang tinggi membolehkan individu mengamalkan gaya hidup

yang sihat dimana mereka boleh beriadah, bergaul mesra dengan komuniti serta menjalankan

tanggungjawab mereka sebagai manusia. Individu yang tidak mempunyai pegangan selalu

akan hilang arah dipertengahan jalan. Mereka ini akan melakukan perkara yang tidak

bermoral seperti seks bebas, berjudi serta vandalisme yang boleh mengakibatkan

kesejahteraan tidak seimbang. Perkara seperti seks bebas boleh menjejaskan kesejahteraan

15

Page 16: Gaya Hidup Sihat

sosial dan mengakibatkan institusi rumah tangga musnah. Maka terjadi kes seperti

pembuangan bayi dan penyakit kelamin.

Kebelakangan ini, masalah sosial di Malaysia semakin membimbangkan. Hal ini disebabkan

tiada keseimbangan dimensi dalam diri individu di Malaysia. Ibu bapa terlalu sibuk dengan

kerjaya mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak mereka. Anak-anak

perlukan kasih sayang dan perhatian ibu bapa semasa proses pembesaran mereka.

Kesejahteraan tidak akan berlaku sekiranya dimensi-dimensi ini tidak diseimbangkan. Ibu

bapa juga memainkan peranan penting kerana mereka adalah role model kepada anak-anak

mereka.

Intelektual juga penting dalam kehidupan kita kerana ianya menentukan masa depan kita.

Kerjaya berkait rapat dengan intelektual seseorang. Kesejahteraan intelektual perlu supaya

seseorang itu dapat menentukan hala tuju diri mereka. Pendidikan adalah salah satu cara

untuk mengembangkan intelektual seseorang. Setiap individu perlu diberi pendidikan yang

secukup supaya mereka boleh hidup berdikari di masa hadapan. Malaysia adalah negara yang

mewajibkan kanak-kanak diberi pendidikan seawal usia enam tahun. Ini disebabkan kerajaan

inginkan kesejahteraan dalam negara ini. Melalui pendidikan juga negara boleh membangun

dan berkembang di pentas dunia.

Sosial dan kerohanian adalah satu perkara yang berkait rapat. Kesejahteraan sosial perlu

dijaga supaya tidak timbul masalah sosial. Remaja mudah terdedah dengan perkara ini kerana

mereka masih lagi dalam proses pembelajaran hidup. Sosial juga melibatkan kehidupan

berkeluarga di mana ianya dilihat sebagai stuktur sosial dan berfungsi memenuhi keperluan

hidup kita. Kes penceraian akan mengkibatkan konflik berlaku dan menyukarkan

keseimbangan kesejahteraan. Penceraian menyebabkan emosi terganggu serta akan

menyebabkan masalah kemurungan dalam diri. Kekurangan kesejahteraan spiritual

merupakan punca berlakunya penceraian. Mereka tiada pegangan asas untuk dirujuk untuk

menyelesaikan masalah. Ini menunjukkan betapa pentingnya keseimbangan enam dimensi

kesejahteraan tersebut.

16

Page 17: Gaya Hidup Sihat

Kesejahteraan persekitaran juga penting dalam roda kesejahteraan. Persekitaran melibatkan

tenpat tinggal dan sumber-sumber yang terdapat di dalamnya. Menurut Kagawa-Singer dan

Chung (1994) menyatakan budaya sebagai tingkah laku yang baik untuk memastikan

manusia berada pada kedudukan baik dalam jaringan sosial, melengkapi masyarakat dengan

tujuan dalam kehidupan dan mempromosikan kesejahteraan mereka. Budaya penting untuk

menentukan kualiti hidup semasa iamendefinisikan tujuan dan preskripsi untuk hidup agar

lebih bermakna samada sakit atausihat. Budaya adalah pokok utama dalam kehidupan

manusia, ia menyediakan dua fungsi iaitu menentukan cara hidup kepada sekumpulan

manusia untuk memastikan perjalanan hidup mereka sejahtera Budaya berfungsi

menyediakan kepercayaan dan nilai-nilai serta memberi makna dan tujuan kehidupan.

17

Page 18: Gaya Hidup Sihat

Amalan gaya hidup berdasarkan Roda Kesejahteraan agar kesejahteraan seimbang

Terdapat pelbagai amalan yang boleh dilakukan untuk mencapai keseimbangan dalam diri.

Amalan tersebut dibahagikan mengikut dimensi dalam roda kesejahteraan.

Dimensi Fizikal:

a) Mengamalkan pemakanan seimbang berdasarkan keperluan nutrisi.

b) Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

c) Tidak minum alkohol dan mengambil dadah.

d) Mengamalkan seks selamat dan tidak menerima institusi pelacuran.

Dimensi Intelektul:

a) Sentiasa ingin belajar kemahiran yang baru seperti bertukang, membaiki kenderaan dan

memasak.

b) Mempunyai hobi dan minat serta sentiasa melakukannya.

c) Merancang pelan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan berusaha ke

arahnya.

d) Memberi komitmen dan masa terhadap pembangunan diri dan profesionalisme.

Demensi Emosi:

a) Mengamalkan unsur kecindan

b) Boleh merasai dan mengawal perasaan diri

c) Boleh mengawal diri semasa menghadapi situasi bermasalah.

d) Belajar untuk menerima perubahan.

e) Meluahkan perasaan dengan penuh hormat dan tertib.

Demensi Sosial:

a) Sentiasa mengambil kira perasaan orang lain yang berada dengan kita.

b) Pupuk sifat kekitaan dan tidak memulaukan orang

c) Sentiasa berfikir untuk menyelesaikan konflik yang berada di sekeliling

d) Bertukar pendapat dengan rakan karib

18

Page 19: Gaya Hidup Sihat

Dimensi Spiritual

a) Menetapkan masa untuk meditasi atau bersembahyang

b) Percaya kepada takdir dan berdoa untuk mendapatkannya.

c) Cuba untuk memaafkan orang lain dan diri sendiri jika melakukan kesalahan.

d) Menetapkan objektif diri sebagai panduan hidup.

Dimensi Persekitaran:

a) Mengamalkan kitar semula

b) Prihatin terhadap perubahan yang berlaku di sekeliling

Setiap amalan yang disenaraikan perlu disemak semula sama ada dijalankan sepenuhnya atau

hanya separuh. Tuliskan peratusan perkembangan amalan supaya kita boleh melihat

kekurangan pada mana-mana dimensi. Tetapkan satu tempoh masa untuk melihat

perkembangan amalan dan sasaran peratus yang boleh dilakukan. Lakukan dengan berkadar

supaya kita boleh memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa.

Individu juga boleh membuat satu carta untuk melihat peratusan dimensi yang telah

dilakukan. Ianya mudah bagi membolehkan individu tersebut mencapai keseimbangan dalam

kesejahteraan dimensi. Jadual tersebut boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada individu

tentang aktiviti yang telah dijalankan. Oleh itu, individu tersebut sedar tentang apa yang telah

dilakukannya.

19

Page 20: Gaya Hidup Sihat

Reka cipta Roda Kesejahteraan sendiri dengan menambahkan DUA lagi dimensi pada

Roda Kesejahteraan yang asal, beserta dengan justifikasi

Dua dimensi yang ditambah dalam roda kesejahteraan ini adalah dimensi kewangan dan

kerjaya. Dimensi ini dipilih kerana saya berpendapat dua perkara ini adalah penting dalam

kehidupan kita. Huraian pemilihan demensi adalah seperti berikut:

Dimensi kewangan adalah pengetahuan untuk menguruskan wang untuk simpanan dan

penggunaan harian. Kita memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan dan pengendalian

kewangan adalah amat penting supaya kita tidak menghadapi masalah jika berlaku

kecemasan. Kesejahteraan kewangan juga akan membuatkan kita lebih sedar tentang

penggunaannya. Wang yang ada hanya digunakan untuk keperluan dan tidak digunakan

20

Emosi

Fizikal Spiritual

Intelektual

Sosial

Persekitaran

Kewangan

kerjaya

Page 21: Gaya Hidup Sihat

untuk tujuan tidak berfaedah seperti berjudi. Individu yang cekap terhadap pengurusan

simpanan semestinya mempunyai simpanan setiap bulan yang tetap untuk masa hadapan.

Matlamat ditetapkan supaya kesejahteraan kewangan berjaya. Ianya terbahagi kepada dua

iaitu jangka pendek dan jangka panjang. Jangka pendek biasanya melibatkan nilai yang

rendah dan mudah dicapai manakala jangka panjang pula melibat nilai yang tinggi dan untuk

kegunaan masa hadapan. Dalam menetapkan matlamat, kita perlu menetapkan matlamat yang

S.M.A.R.T iaitu:

a) Specific

Matlamat yang spesifik untuk dicapai seperti hendak mengumpulkan wang berjumlah

RM 100,000 dalam masa 5 tahun.

b) Measurable

Matlamat yang dapat diukur atau dikira seperti hendak membeli kereta bernilai RM

56,700.

c) Achievable

Matlamat yang boleh dicapai mengikut kemampuan anda. Menetapkan matlamat yang

terlalu tinggi boleh membawa kepada kekecewaan.

d) Rewarding

Matlamat yang mendatangkan kebaikan. Matlamat yang dicapai akan memberi kebaikan

kepada usaha anda untuk mencapainya.

e) Trackable

Matlamat yang dapat dikesan. Tetapkan jadual pencapaian untuk mencapai matlamat

anda, seperti mengumpulkan wang berjumlah RM 100,000 dalam masa 5 tahun, perlu

mengumpul RM 20,000 untuk setiap tahun.

Seterusnya adalah dimensi kerjaya dimana ianya berkait rapat dengan dimensi kewangan.

Dimensi kerjaya merupakan tahap di mana individu dapat mempersembahkan nilai dalam diri

dan memperolehi kepuasan kendiri menerusi kerjaya dan aktiviti yang diceburi . Ianya

merangkumi sikap terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan pelbagai peranan

dalam pekerjaan/ aktiviti yang diceburi serta bagaimana individu menggunakan kemahiran

dan keupayaan untuk menyumbang kepada masyarakat.

21

Page 22: Gaya Hidup Sihat

Merujuk kepada Kamus Dewan (2000), pekerjaan diertikan sebagai "sesuatu yang dilakukan

secara berterusan kerana mencari pendapatan". Manakala Kerjaya pula didefinisikan sebagai

"profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari pendapatan". Dari kedua-dua

pengertian di atas, dapatlah disimpulkan bahawa istilah pekerjaan dan kerjaya mempunyai

rnakna yang serupa ataupun mempunyai makna yang tidak bertentangan (Yusof Ismail, 1991)

Terdapat tiga peringkat dalam memilih kerjaya iaitu :

1. Peringkat sebelum memilih kerjaya

2. Peringkat semasa melaksanakan kerja

3. Peringkat selepas menyelesaikan kerja

Menurut Hall (1976) kerjaya adalah kerja yang berterusan / kesinambungan berkaitan dengan

pengalaman dan sikap yang berlaku dalam kehidupan individu. Juhairy Haji Ali (2000)

menyatakan bahawa kerjaya juga boleh didefinisikan sebagai persepsi seseorang individu,

satu sikap dan tingkahlaku individu yang berkaitan dengan aktiviti kerja serta pengalaman

dalam kehidupan individu. Kerjaya memainkan peranan penting dalam kehidupan kita kerana

ianya merupakan sumber pendapatan yang dihasilkan. Kerjaya juga akan membuatkan

seseorang mempunyai komitmen dan tidak membuang masa sahaja.

Malaysia mengalami masalah dimensi kerjaya kerana terdapat ramai penduduknya

menganggur. Hal ini berlaku kerana mereka terlalu memilih kerja iaitu kerja yang mudah dan

mendatangkan hasil yang lumayan. Kerjaya memerlukan kegigihan dan kesungguhan dalam

melakukan sesuatu dan ianya akan membuat seseorang individu itu lebih matang.

22

Page 23: Gaya Hidup Sihat

Penutup

Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat

membawa kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga

masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap

kesihatan seseorang. Roda kesejahteraan Ballard (2012), dapat membantu dalam

mewujudkan gaya hidup sihat bagi seseorang individu tersebut. Dimensinya saling berkait

rapat dan sesuai diamalkan untuk kesejahteraan. Kualiti hidup juga akan meningkat sekiranya

kesejahteraan dapat dicapai.

23

Page 24: Gaya Hidup Sihat

Bibliografi

Arloski, Michael. (2007) Wellness Coaching for Lasting Lifestyle Change (p. 12) Duluth, Minnesota: Whole Person Associates.

Dunn, H. (1961). High-level wellness. Arlington, VA: R. W. Beatty.

Donatelle (2001). Health: the basics. 4th ed. Boston: Allyn & Bacon.

Kamarudin Hj. Husin. (1997). Psikologi Bilik Darjah-Asas pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Midgley , 1995) Social Development: The Development Perspective in Social (London: Sage Publication

National Wellness Institute (2012). Wellness wheel.

Robbins, G., Powers, D., Burgess, S. (2002). A wellness way of life. Boston, Mass: WCB/McGraw-Hill.

University of Michigan (2012). The Wellness Wheel.

24