gaya hidup sihat

11
2.0 Kepentingan dan Kebaikan senaman Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina agar memberi kesan positif kepada seseorang individu, keluarga dan masyarakat. Senaman adalah salah satu amalan gaya hidup sihat yang penting dan juga membawa banyak kebaikan kepada kehidupan seseorang. Senaman bukan sahaja memberi kebaikan dalam kesihatan fizikal seperti melaraskan peredaran darah, membakar lemak dan kalori, serta mengurangkan risiko masalah serangan jantung dan obesiti serta beberapa penyakit lain tetapi juga meningkatkan tahap kesihatan psikologi individu. 2.1 Kebaikan senaman dari segi fizikal Senaman sebagai budaya hidup akan menjadikan kehidupan kita sihat dan menikmati jangka hayat lebih panjang. Bersenam secara konsisten dengan melakukan aktiviti yang sederhana sekurang- kurangnya 30 minit sehari secara terkumpul untuk 5 hari atau lebih dalam seminggu dan melakukan aktiviti yang lasak sekurang- kurangnya 30 minit setiap sesi, untuk 3 hingga 5 hari seminggu merupakan jumlah minima aktiviti yang perlu dilakukan untuk mendapat faedah kesihatan. Senaman dapat memberi banyak kebaikan

Upload: cxun86

Post on 25-Oct-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gaya Hidup Sihat

2.0 Kepentingan dan Kebaikan senaman

Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina agar memberi kesan

positif kepada seseorang individu, keluarga dan masyarakat. Senaman adalah salah satu amalan

gaya hidup sihat yang penting dan juga membawa banyak kebaikan kepada kehidupan seseorang.

Senaman bukan sahaja memberi kebaikan dalam kesihatan fizikal seperti melaraskan peredaran

darah, membakar lemak dan kalori, serta mengurangkan risiko masalah serangan jantung dan

obesiti serta beberapa penyakit lain tetapi juga meningkatkan tahap kesihatan psikologi individu.

2.1 Kebaikan senaman dari segi fizikal

Senaman sebagai budaya hidup akan menjadikan kehidupan kita sihat dan menikmati

jangka hayat lebih panjang. Bersenam secara konsisten dengan melakukan aktiviti yang

sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari secara terkumpul untuk 5 hari atau lebih dalam

seminggu dan melakukan aktiviti yang lasak sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi, untuk 3

hingga 5 hari seminggu merupakan jumlah minima aktiviti yang perlu dilakukan untuk mendapat

faedah kesihatan. Senaman dapat memberi banyak kebaikan kepada organ tubuh manusia seperti

hati, paru-paru, pengedaran darah, otot, tulang, sendi dan minda.

Antara kebaikannya adalah dapat meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan

memperbaiki sistem peredaran darah dengan menguatkan otot jantung dan meningkatkan

fungsinya. Apabila kita menjalankan aktiviti senaman, hormone adrenaline akan dibebaskan

untuk mengecilkan salur darah supaya meningkatkan tekanan darah. Hal ini menyebabkan darah

bererdar kepada organ dalam masa yang singkat. Manakala salur darah di otot dilebarkan, untuk

memenuhi keperluan oksigen kepada otot yang bersenam. Senaman meningkatkan kekuatan

jantung kerana darah perlu dipam cepat untuk memenuhi badan yang bermetabolisma tinggi.

(2)

Page 2: Gaya Hidup Sihat

Hal ini dapat membantu mengawal tekanan darah tinggi lalu mengurangkan risiko serangan

jantung dan strok. Senaman juga dapat meningkatkan peredaran darah di seluruh

badan ,meningkatkan fungsi paru-paru dan penggunaan oksigen.

Senaman yang konsisten juga dapat meningkatkan kepantasan pergerakan dan kelembutan

badan, mengurangkan kecederaan otot dan sendi serta masalah sakit belakang dan pinggang.

Contohnya, senaman regangan berperanan dalam meningkatkan fleksibiliti atau kelenturan dari

otot dan sendi. Selain itu, senaman dapat memperbaiki tonus dan postur lalu menambahkan

keterampilan diri dari segi fizikal misalnya senaman yoga. Senaman akan menambahkan

kekuatan dan daya tahan supaya kita dapat melakukan sesuatu pergerakan dengan lebih baik dan

lebih lama seperti mengangkat barang yang berat.

Senaman secara tetap dan teratur dapat membantu mengawal berat badan dan mengatasi

masalah obesiti atau kegemukan. Bersenam akan meningkatkan metabolisme badan lalu

membantu dalam membakar lemak badan. Tenaga yang digunakan di dalam badan ialah

karbohidrat, diikuti dengan lemak dan protein. Dalam keadaan kekurangan tenaga, karbohidrat

akan disimpan untuk kegunaan otak dan jantung manakala lemak akan digunakan dalam

bahagian badan lain untuk mendapatkan tenaga. Jumlah tenaga yang banyak diperlukan semasa

kita menjalakan aktiviti senaman. Dalam keadaan kekurangan karbohidrat, lemak akan ditukar

menjadi glukosa untuk menampungi keperluan badan. Proses ini dimaksudkan sebagai

pembakaran lemak. Oleh itu, senaman dapat membantu kita terhindar dari penyakit yang

disebabkan oleh lemak, seperti arterosklerosis yang membawa kepada kegagalan jantung

berfungsi , strok, obesiti dan sebagainya.

(3)

Page 3: Gaya Hidup Sihat

2.2 Kebaikan senaman dari segi psikologi dan emosi

Kebanyakan orang tahu senaman boleh melaraskan peredaran darah, mengurangkan risiko

masalah serangan jantung ,membakar lemak dan kalori, mencegah obesiti serta beberapa

penyakit lain. Kini mempunyai beberapa kajian telah menunjukkan bahawa senaman juga

mempengaruhi psikologi dan emosi seseorang individu. Kesan ini dapat dilihat dalam empat

aspek iaitu penurunan tahap stress dan depresi, peningkatan perasaan hati, peningkatan konsep

kendiri dan peningkatan kualiti hidup. Dalam konteks ini, kita akan lihat bagaimana penglibatan

dalam senaman akan memberi kesan positif kepada psikologi individu secara teliti.

Senaman aerobik dan anaerobik dibuktikan dapat memberi kesan positif dalam penurunan

stress dan depresi atau tekanan individu. William P Morgan dari University of Wisconsin

mendapati senaman boleh mengurang stress dan mengawal tekanan. Misalnya, dengan

menjalankan senaman kita dapat melupakan masalah yang kita menghadapi di samping

meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular kerana membimbang masalah akan memberi kesan

gangguan pada jantung. Kita juga akan berfokus dan boleh melepaskan tekanan semasa

menjalankan senaman supaya kita lebih rasional menangani masalah. Sebagai contoh melakukan

aktiviti seperti joging, berbasikal dan berenang boleh mengurangkan tekanan dan aktiviti ini

memberi kesan yang serupa seperti kita beryoga. Senaman juga membantu untuk tidur dengan

baik dan mencegah masalah insomia selepas kita menggunakan tenaga dalam bersenam, tidur

dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan

serta minda.

(4)

Page 4: Gaya Hidup Sihat

Perasaan hati atau mood ialah satu keadaan emosi dan perasaan seseorang dalam suatu

masa tertentu yang dicetuskan oleh rangsangan tertentu atau peristiwa. Secara saintifiknya,

apabila kita menjalankan senaman sebenarnya boleh meningkat pembebasan tekanan seperti

adrenalin, serotonin dan endorphin di dalam otak lalu mewujudkan rasa seronok, tenang dan

berkeyakinan. Oleh itu, bersenam dapat meningkat perasaan hati individu atau mengubahkan

perasaan hati negatif menjadi positif serta mengurangkan ketegangan yang dihadapi.

Selain itu, senaman juga dapat meningkatkan konsep kendiri dan kualiti kehidupan iaitu

seseorang individu akan berasa lebih sihat, bertenaga, cerdas dan meningkat keyakinan diri.

Sebagai contoh, seorang atlet mempunyai semangat bersukan dan tidak mudah putus asa.

Apabila aktiviti senaman dilakukan bersama kawan-kawan atau ahli keluarga. Ini dapat

mengeratkan hubungan dan menambah komunikasi sesama mereka.

Kesimpulannya, senaman yang tetap, teratur, konsisten dan mengikut kesesuaian badan

dapat memberi banyak kebaikan kepada kita bukan sahaja dari segi fizikal malah juga segi

psikologi dan emosi. Lakukan aktiviti senaman aerobik ataupun anaerobik dengan masa yang

panjang atau sekurang-kurangnya 30 minit sehari dapat menjamin kesihatan kita.

(5)

Page 5: Gaya Hidup Sihat

3.0 Jenis-Jenis Senaman

Terdapat banyak jenis senaman yang boleh dimanfaatkan untuk aktiviti kesihatan. Pilihan

senaman yang bersesuaian dengan kemampuan individu dapat menjamin kualiti hidup yang lebih

sempurna dan menggelakkan daripada kecederaan tulang, sendi dan otot. Namun, setiap senaman

harus dijalankan secara beransur maju dan mengikuti teknik yang betul. Secara umumnya,

senaman dapat dibahagi kepada 3 jenis iaitu senaman fleksibiliti, senaman aerobik atau kardio

dan senaman anaerobik.

3.1 Senaman Fleksibiliti 

Senaman fleksibiliti adalah senaman yang mempraktikkan senaman regangan pada

bahagian otot dan sendi untuk meningkatkan fleksibiliti atau kelenturan dan membuatkan tubuh

bebas melakukan pelbagai posisi dan pergerakan. Senaman fleksibiliti dapat membantu pesakit

melakukan pemulihan sendi akibat kecederaan. Contoh senaman jenis ini ialah yoga dan

gimrama.

Yoga dianggap sejenis senaman yang melibatkan disiplin fizikal dan mental untuk

mencapai kedamaian badan dan minda. Senaman ini membantu kita berehat dan menguruskan

tekanan dan kebimbangan dengan melatih cara untuk 'mengosongkan' minda dan fokuskan

tenaga kita. Hal in dapat membentuk kesedaran dalam diri mengenai tubuh badan, perasaan,

dunia di sekeliling serta keperluan orang lain. Dengan membelajari cara pernafasan yang betul,

Yoga dapat memperbaiki sistem respirasi, membantu mengawal metabolisme yang seimbang dan

mendorong sistem imunisasi.

(6)

Page 6: Gaya Hidup Sihat

3.2 Senaman Aerobik atau Kardio 

Senaman aerobik merupakan senaman  fizikal yang mempunyai intensiti yang rendah dan

tenaga yang dihasilkan melalui proses penjanaan tenaga-aerobik. Perbezaan senaman aerobik

dengan anaerobik ialah senaman aerobik menggunaan "oksigen" untuk memenuhi keperluan

tenaga semasa aktiviti senaman dilakukan. Secara umumnya, senaman aerobik dapat

menurunkan risiko menghidapi penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung iaitu penyakit

yang melibatkan jantung dan saluran darah. Contoh senaman aerobik adalah mengayuh basikal,

berenang, berjalan, melompat tali, mendayung, berlari, berenang, mendaki atau bermain

permainan dalam waktu yang lama seperti bola tampar, bola sepak dan sebagainya.

Page 7: Gaya Hidup Sihat

3.3 Senaman Anaerobik 

Senaman anaerobik adalah senaman tanpa penggunaan oksigen atau kurang oksigen

dengan melibatkan keamatan otot yang tinggi. Secara umumnya, senaman ini melibatkan

kemampuan melakukan suatu pergerakan dengan sepenuh tenaga dalam tempoh kurang daripada

2 minit. Antara contohnya ialah latihan angkat berat, latihan berat, lari pecut, latihan berfungsi,

latihan yang eksentrik dan pelbagai senaman lain yang meningkatkan kekuatan otot dalam

jangka waktu yang pendek.

(7)