gaya hidup sihat

7
GAYA HIDUP SIHAT- Pengurusan Stres Apa itu stres? Stres boleh didefinisikan sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh tubuh badan seseorang ke atas tekanan yang diterima. Dengan kata lain, stres juga boleh ditakrifkan sebagai interaksi atau pun respon tubuh badan anda terhadap apa sahaja kehendak atau tekanan. Stres menjadi gejala yang membimbangkan pada hari ini Stres berlaku disebabkan oleh kesan tindak balas seseorang terhadap 'stressor' Stres boleh dibahagkan kepada dua jenis iaitu: (i) Eustres- stres yang baik atau positif seperti berjaya mendapat anugerah pelajar cemerlang (ii) Distress - stres yang tidak baik atau negatif seperti gagal dalam peperiksaan

Upload: lina-abu-bakar

Post on 27-Jul-2015

30 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gaya hidup sihat

GAYA HIDUP SIHAT- Pengurusan StresApa itu stres? Stres boleh didefinisikan sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh tubuh badan seseorang ke atas tekanan yang diterima. Dengan kata lain, stres juga boleh ditakrifkan sebagai interaksi atau pun respon tubuh badan anda terhadap apa sahaja kehendak atau tekanan.

Stres menjadi gejala yang membimbangkan pada hari ini

Stres berlaku disebabkan oleh kesan tindak balas seseorang terhadap 'stressor' Stres boleh dibahagkan kepada dua jenis iaitu:

                  (i) Eustres-     stres yang baik atau positif seperti berjaya                                         mendapat anugerah pelajar cemerlang        (ii) Distress - stres yang tidak baik atau negatif seperti gagal dalam                               peperiksaan

Pelajar seringkali menhadapi stres ketika musim peperiksaan

 Apabila anda berasa stres, tubuh badan badan kita sebenarnya akan merembeskan bahan kimia ke dalam darah. Bahan kimia ini akan memberi kesan dengan memberi lebih tenaga dan kekuatan yang mana baik sekiranya seseorang itu sedang menghadapi situasi bahaya. Walau bagaimanapun,

Page 2: Gaya hidup sihat

stres juga boleh mendatangkan kesan negatif terutamanya terhadap emosi seseorang.

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan berlakunya stres. Faktor-faktor tersebut adalah faktor dalaman dan faktor luaran. Contoh faktor luaran adalah seperti tempat belajar, keluarga, persekitaran dan masyarakat. Faktor dalaman pula ialah seperti imej diri dan pengurusan diri. Walau bagaimanapun, penerimaan seseorang terhadap stres adalah berbeza-beza. Perkara yang menimbulkan stres pada seseorang pula dianggap biasa oleh seseorang yang lain. Oleh itu, seseorang harus bujak mengendalikan sesuatu perkara agar tidak mendapat stres.   

Tanda-tanda Stres

Berikut merupakan tanda-tanda stres.

1. Reaksi perasaan

Seseorang yang stres biasanya akan menjadi murung dan pendiam

Perasaan cepat marah, kecewa, dan suka menyendiri adalah tanda-tanda stres negatif. Kita akan cepat berasa marah akibat tekanan yang diterima. Keadaan ini sekaligus menyebabkan mood berubah-ubah iaitu keadaan diri atau perasaan yang tidak stabil, suka dan duka bersilih ganti. Selain itu perubahan sikap kepada lebih agresif kerana menghadapi situasi juga adalah stres negatif.

2. Sukar membuat keputusan 

Keadaan ini terjadi apabila kita menghadapi gangguan baru. Hal ini disebabkan fikiran tidak tenang dan bercelaru yang menyukarkan kita membuat keputusan.

Page 3: Gaya hidup sihat

Kemahiran membuat keputusan yang tepat amat penting bagi menghindari stres

3. Sakit fizikal

Kadang kala, akibat terlampau memikirkan sesuatu masalah kita mungkin akan hilang selera makan dan sukar tidur. Keadaan ini boleh menyebabkan kita mendapat penyakit seperti sakit kepala, gastrik, dan sebagainya. Kita juga mungkin lesu atau sugul.

4. Perubahan perlakuan

Stres memberi kesan terhadap perubahan tingkah laku seseorang

Kita mungkin akan berubah sikap dan perlakuan jika menghadapi stres. Kadang kala kita menjadi murung dan penyedih, adakalanya kita boleh menjadi pemarah dan hilang sabar. Kita juga sering melengah-lengahkan kerja.

Page 4: Gaya hidup sihat

Faktor-Faktor Penyebab Stres

Faktor Luaran

1. Tempat belajar

Persekitaran tempat pembelajaran terutama di sekolah memberi impak yang besar kepada seseorang. Keadaan sekolah yang bersih, hubungan baik antara guru dan pelajar serta kemesraan hubungan sesama rakan akan membantu mengurangkan stres.

2. Keluarga

Anak-anak daripada keluarga yang bermasalh lebih cenderung untuk menjadi stres

Kebahagian keluarga adalah faktor penting bagi mengelakkan stres di kalangan remaja. Kasih sayang yang diberi oleh ibu bapa kepada anak-anak dan kemesraan sesama ahli keluarga adalah tunggak kepada keluarga bahagia. Keagalan institusi keluarga memikul tanggungjawab  yang diberi menjadi punca stres yang menyebabkan remaja bermasalah.

3. Masyarakat

Situasi masyarakat pada masa kini banyak mempengaruhu remaja. MAsalah sosial seperti kejadian jenayah, penyalahgunaan bahan dan tiada hubungan baik sesama jiran tetangga boleh mengakibatkan stres. Dalam kehidupan bermasyarakat, kerukunan sesama jiran haruslah dijaga agar kehidupan lebih aman dan harmoni.

4. Persekitaran

Persekitaran yang tidak selesa seperti pencemaran bunyi daripada kenderaan dan kegiatan manusia turut mempengaruhi emosi kita. Selain itu, keadaan suhu yang tidak menentu seperti panas atau sejuk yang keterlaluan akan menyebabkan ketidakselesaan dan sekali gus menyebabkan stres.

Faktor Dalaman

1. Imej kendiri

Page 5: Gaya hidup sihat

Tekanan dalam diri yang sering dialami remaja berlaku akibat rasa rendah diri yang keterlaluan dan berasa diri tidak disukai. Contohnya bentuk fizikal, status sosio ekonomi, pencapaian akademik boleh mempengaruhi imej kendiri seseorang.

2. Pengurusan diri yang lemah

Kita tidak dapat menjadi pelajar yang cemerlang sekiranya gagal atau tidak dapat menguruskan masa dengan baik dan tiada perancangan diri. Sebagai contoh, kegagalan menyiapkan kerja-kerja sekolah, menyebabkan kita takut untuk berjumpa guru. Keadaan ini boleh menimbulkan stres.

Strategi Menangani Stres.  

Stres perlu ditangani agar kita dapat hidup selesa dan gembira. Antara cara menangani stres ialah:-

1. Kemahiran pengurusan diri

Kita perlu membuat perancangan diri yang sistematik supaya tidak menghadapi sebarang masalah yang boleh menimbulkan stres. Justeru, kita perlu menetapkan matlamat, menyenaraikan matlamat tersebut mengikut keutamaan dan seterusnya membuat penjadualan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.

2. Kemahiran membuat keputusan

Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, kita perlu menyenaraikan segala tindakan yang boleh diambil. Kita perlu mengkaji kebaikan dan keburukan setiap tindakan dan memilih tindakan yang paling sesuai. Oleh yang demikian, kita boleh menyelesaikan masalah tersebut tanpa mengikut emosi.

3. Hubungan yang baik

JAlinkan hubungan yang baik dengan jiran dan rakan-rakan untuk menjaminkehidupan yang lebih harmoni. Hormat-menghormati, tolong menolong, dan bertolak ansur adalah sikap terpuji yang perlu diamalkan tanpa mengira perbezaan umur, pangkat, bangsa, dan agama.

4. Kecergasan fizikal

Badan yang cergas membantu mengurangkan stres

Page 6: Gaya hidup sihat

Kita mesti mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam selalu, dan mendapat rehat yang mencukupiuntuk mendapatkecergasan fizikal yang optimum. Kecergasan fizikal yang optimum mengurangkan stres.

5. Menilai semula pegangan hidup

Mendekatkan diri kepada agama salah satu cara menangani stres dengan berkesan

Kita perlu menilai semula pegangan dan falsafah hidup kita. Pegangan agama dan nilai moral diri yang kuat akan membantu kita mengkaji sikappositif dan negatif yang ada dalam diri.