garis panduan dan syarat pinjaman …pkskkys.com/pdf/garis_panduan.pdf · 1 ... 4.4 pencapaian...

8
1 GARIS PANDUAN DAN SYARAT PINJAMAN KEWANGAN DAN SUMBANGAN PERSATUAN KEBAJIKAN, SUKAN DAN KEBUDAYAAN KAKITANGAN YAYASAN SELANGOR (PINDAAN 01 APRIL 2016) BIL TAJUK PERKARA JUMLAH 1. PINJAMAN PERIBADI 1.1 Pemohon mestilah kakitangan Yayasan Selangor sama ada bertaraf tetap atau kontrak. 1.2 Layak kepada ahli yang telah berkhidmat di Yayasan Selangor tidak kurang dari 6 bulan. 1.3 Membuat bayaran yuran bulanan keahlian. 1.4 Bagi kakitangan kontrak bayaran balik pinjaman mestilah dijelaskan sebelum 3 bulan dari tarikh kontrak tamat melalui potongan gaji. 1.5 Pemohon dikehendaki menamakan seorang penjamin yang terdiri daripada kakitangan tetap Yayasan Selangor yang telah disahkan dalam jawatan. 1.6 Bayaran perkhidmatan dikenakan sebanyak 8% dari keseluruhan jumlah pinjaman. 1.7 Tempoh maksima bayaran balik bagi pinjaman berjumlah sehingga RM2,000.00 ialah 20 bulan. 1.8 Tempoh maksima bayaran balik bagi pinjaman kurang dari RM500 ialah 6 bulan. 1.9 Permohonan pinjaman kali kedua dan seterusnya boleh dipertimbangkan selepas tempoh 6 bulan dari tarikh tamat bayaran balik pinjaman sebelumnya. 1.10 Ahli Jawatankuasa berhak membuat keputusan bagi perkara yang tidak tersebut dalam syarat-syarat seperti di atas. Sumbangan tunai berjumlah RM2,000.00

Upload: nguyendiep

Post on 07-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

GARIS PANDUAN DAN SYARAT PINJAMAN KEWANGAN DAN SUMBANGAN

PERSATUAN KEBAJIKAN, SUKAN DAN KEBUDAYAAN KAKITANGAN YAYASAN SELANGOR

(PINDAAN 01 APRIL 2016)

BIL TAJUK PERKARA JUMLAH

1.

PINJAMAN

PERIBADI

1.1 Pemohon mestilah kakitangan Yayasan Selangor sama ada bertaraf tetap atau

kontrak.

1.2 Layak kepada ahli yang telah berkhidmat di Yayasan Selangor tidak kurang dari 6 bulan.

1.3 Membuat bayaran yuran bulanan keahlian.

1.4 Bagi kakitangan kontrak bayaran balik pinjaman mestilah dijelaskan sebelum 3 bulan dari

tarikh kontrak tamat melalui potongan gaji.

1.5 Pemohon dikehendaki menamakan seorang penjamin yang terdiri daripada kakitangan

tetap Yayasan Selangor yang telah disahkan dalam jawatan.

1.6 Bayaran perkhidmatan dikenakan sebanyak 8% dari keseluruhan jumlah pinjaman.

1.7 Tempoh maksima bayaran balik bagi pinjaman berjumlah sehingga RM2,000.00 ialah 20

bulan.

1.8 Tempoh maksima bayaran balik bagi pinjaman kurang dari RM500 ialah 6 bulan.

1.9 Permohonan pinjaman kali kedua dan seterusnya boleh dipertimbangkan selepas tempoh

6 bulan dari tarikh tamat bayaran balik pinjaman sebelumnya.

1.10 Ahli Jawatankuasa berhak membuat keputusan bagi perkara yang tidak tersebut dalam

syarat-syarat seperti di atas.

Sumbangan tunai berjumlah

RM2,000.00

2

BIL TAJUK PERKARA JUMLAH

2.

SUMBANGAN

PERKAHWINAN

2.1 Pemohon mestilah kakitangan Yayasan Selangor sama ada bertaraf tetap atau kontrak.

2.2 Layak secara automatik setelah potongan gaji yuran keahlian pertama dijelaskan.

2.3 Membuat bayaran yuran bulanan keahlian.

2.4 Bagi perkahwinan pertama sepanjang berkhidmat di Yayasan Selangor.

2.5 Sekiranya kedua-dua pasangan (suami dan isteri) berkhidmat dengan Yayasan Selangor,

sumbangan akan diberikan kepada kedua-dua ahli.

2.6 Ahli diminta mengisi Borang Sumbangan dilampirkan bersama salinan Sijil Nikah dan

dikemukakan kepada Persatuan dalam tempoh tidak lewat 6 bulan dari tarikh akad nikah

atau tarikh pendaftaran perkahwinan.

2.7 Ahli Jawatankuasa juga berhak membuat keputusan bagi perkara yang tidak tersebut

dalam syarat-syarat seperti di atas.

Sumbangan tunai berjumlah

RM 350.00

BIL TAJUK PERKARA JUMLAH

3.

KELAHIRAN ANAK

3.1 Pemohon mestilah kakitangan Yayasan Selangor sama ada bertaraf tetap atau kontrak.

3.2 Layak secara automatik setelah potongan gaji yuran keahlian pertama dijelaskan.

3.3 Membuat bayaran yuran bulanan keahlian.

3.4 Sekiranya kedua-dua pasangan (suami dan isteri) berkhidmat dengan Yayasan Selangor,

sumbangan hanya diberikan kepada salah seorang ahli sahaja.

3.5 Sekiranya berlaku kelahiran anak kembar dua atau lebih, sumbangan akan ditambah

RM100 bagi setiap bilangan kembar.

3.6 Ahli diminta mengisi Borang Sumbangan dilampir bersama salinan Sijil Kelahiran Anak dan

dikemukakan kepada Persatuan dalam tempoh tidak lewat 6 bulan dari tarikh kelahiran

anak.

Sumbangan tunai berjumlah

RM 200.00

3

3.7 Bilangan anak tidak terhad.

3.8 Ahli Jawatankuasa juga berhak membuat keputusan bagi perkara tidak tersebut dalam

syarat-syarat seperti di atas.

BIL TAJUK PERKARA JUMLAH

4.

SUMBANGAN

KECEMERLANGAN

ANAK

4.1 Pemohon mestilah kakitangan Yayasan Selangor samada bertaraf tetap atau kontrak .

4.2 Layak secara automatik setelah potongan gaji yuran keahlian pertama dijelaskan.

4.3 Membuat bayaran yuran bulanan keahlian.

4.4 Pencapaian keputusan peperiksaan tidak kurang 3A bagi UPSR, 5A bagi PT3, 5A bagi SPM,

5 Mumtaz bagi STAM dan STPM/Diploma/Ijazah CGPA tidak kurang dari 3.0.

4.5 Sekiranya kedua-dua pasangan (suami dan isteri) berkhidmat dengan Yayasan Selangor,

sumbangan hanya akan diberikan kepada salah seorang ahli sahaja.

4.6 Ahli diminta mengisi Borang Sumbangan dilampirkan bersama salinan Keputusan

Peperiksaan dan diserahkan kepada Persatuan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh

diumumkan keputusan peperiksaan. Bagi Diploma/Ijazah diminta dilampirkan keputusan

keseluruhan-transkrip setelah tamat pengajian.

4.7 Ahli Jawatankuasa juga berhak membuat keputusan bagi perkara yang tidak tersebut

dalam syarat-syarat seperti di atas.

Sumbangan tunai berjumlah

UPSR - RM 50.00

PT3 - RM100.00

SPM - RM150.00

STPM/STAM - RM250.00

IJAZAH - RM300.00

BIL TAJUK PERKARA JUMLAH

5.

MASUK WAD

5.1 Pemohon mestilah kakitangan Yayasan Selangor sama ada bertaraf tetap atau kontrak.

5.2 Layak secara automatik setelah potongan gaji yuran keahlian pertama dijelaskan.

5.3 Membuat bayaran yuran bulanan keahlian.

Sumbangan tunai berjumlah

RM 100.00

4

5.4 Sumbangan hanya terhad kepada ahli sahaja.

5.5 Tempoh masa dimasukkan ke hospital (wad) sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam.

5.6 Kelayakan sekali sahaja dalam setahun.

5.7 Layak bagi kes selain dari kes bersalin.

5.8 Ahli diminta mengisi Borang Sumbangan dilampirkan bersama salinan surat pengesahan

masuk wad atau dokumen berkaitan dan diserahkan kepada Persatuan tidak lewat 6

bulan dari tarikh dimasukkan ke hospital.

5.9 Ahli Jawatankuasa juga berhak membuat keputusan bagi perkara tidak tersebut dalam

syarat-syarat seperti di atas.

BIL TAJUK PERKARA JUMLAH

6.

DIBERI CUTI SAKIT

30 HARI

BERTURUT-TURUT

ATAU LEBIH

6.1 Pemohon mestilah kakitangan Yayasan Selangor bertaraf tetap atau kontrak .

6.2 Membuat bayaran yuran bulanan keahlian.

6.3 Layak secara automatik setelah potongan gaji yuran keahlian pertama dijelaskan.

6.4 Sumbangan hanya terhad kepada ahli sahaja.

6.5 Mendapat cuti sakit 30 hari atau lebih (berturut-turut)

6.6 Kelayakan sekali sahaja dalam setahun

6.7 Ahli diminta mengisi Borang Sumbangan dilampirkan bersama salinan sijil cuti sakit 30 hari

berturut-turut dan dikemukakan kepada Persatuan tidak lewat 6 bulan dari tarikh

dimasukkan ke hospital.

6.8 Ahli Jawatankuasa juga berhak membuat keputusan bagi perkara yang tidak tersebut

dalam syarat-syarat seperti di atas.

Sumbangan tunai berjumlah

RM 100.00

5

BIL TAJUK PERKARA JUMLAH

7.

SUMBANGAN

KHAIRAT

KEMATIAN

7.1 Pemohon mestilah kakitangan Yayasan Selangor sama ada bertaraf tetap atau kontrak

atau waris kepada ahli yang meninggal (Nama waris yang didaftarkan dalam rekod

Bahagian Sumber Manusia Yayasan Selangor).

7.2 Layak secara automatik setelah potongan gaji yuran keahlian pertama dijelaskan.

7.3 Membuat bayaran yuran bulanan keahlian.

7.4 Berlaku kematian :

a) Ahli

b) Isteri / Suami kepada ahli

c) Anak ahli

(Dibawah tanggungan iaitu berumur tidak lebih 21 tahun dan belum berkahwin dan

belum bekerja. Bagi anak yang berumur lebih 21 tahun tapi masih menuntut di IPT

disyaratkan belum berkahwin dan belum bekerja dan dibawah tanggungan ibubapa

atau anak dikategorikan OKU)

d) Ibu / Bapa ahli

e) Ibu mertua/bapa mertua ahli

7.5 Sekiranya kedua-dua atau lebih ahli (suami dan isteri atau saudara seibu atau sebapa

berkhidmat dengan Yayasan Selangor, sumbangan hanya akan diberikan kepada salah

seorang ahli sahaja).

7.6 Sekiranya suami dan isteri yang meninggal adalah ahli Yayasan Selangor waris terdekat

boleh menuntut untuk kedua-duanya.

7.7 Sekiranya berlaku kematian ke atas ahli dan waris terdekat secara serentak maka wajar

dibayar kepada ahli dan waris yang meninggal dunia.

7.8 Ahli / Waris diminta mengisi Borang Sumbangan dilampirkan bersama salinan Sijil Kematian

dan dikemukakan kepada Persatuan tidak lewat 6 bulan dari tarikh kematian.

7.9 Ahli Jawatankuasa juga berhak membuat keputusan bagi perkara tidak tersebut dalam

syarat-syarat seperti di atas.

Sumbangan tunai berjumlah

RM 1,000.00

1) Ahli

2) Pasangan

(suami/isteri)

Sumbangan tunai berjumlah

RM 350.00

1) Ibu / Bapa kandung

2) Ibu Mertua / Bapa

Mertua

3) Anak ahli

6

BIL TAJUK PERKARA JUMLAH

8.

SAGUHATI

PERSARAAN

(WAJIB 55 TAHUN)

8.1 Pemohon mestilah kakitangan Yayasan Selangor sama ada bertaraf tetap atau kontrak.

8.2 Layak secara automatik setelah potongan gaji yuran keahlian pertama dijelaskan.

8.3 Membuat bayaran yuran bulanan keahlian.

8.4 Layak menerima imbuhan saguhati persaraan sekurang-kurangnya telah berkhidmat 10

tahun di Yayasan Selangor

8.5 Mendapat pengesahan dari Pengurusan Yayasan Selangor.

Sumbangan tunai berjumlah

RM 1,000.00

9.

SAGUHATI

BERHENTI

PERKHIDMATAN

9.1 Pemohon mestilah kakitangan Yayasan Selangor sama ada bertaraf tetap atau kontrak.

9.2 Layak secara automatik setelah potongan gaji yuran keahlian pertama dijelaskan.

9.3 Membuat bayaran yuran bulanan keahlian.

9.4 Layak menerima saguhati berhenti perkhidmatan sekurang-kurangnya telah berkhidmat

10 tahun di Yayasan Selangor

9.5 Mendapat pengesahan dari Pengurusan Yayasan Selangor.

Sumbangan tunai berjumlah

RM 500.00

10.

SUMBANGAN

IBADAH HAJI

10.1 Pemohon mestilah kakitangan Yayasan Selangor sama ada bertaraf tetap atau kontrak.

10.2 Layak secara automatik setelah potongan gaji yuran keahlian pertama dijelaskan.

10.3 Membuat bayaran yuran bulanan keahlian.

10.4 Mendapat surat pengesahan haji daripada Lembaga Tabung Haji (TH).

Sumbangan

Lelaki (Kain Ihram 2 pasang)

Wanita (Telekung 2 pasang)

ATAU

Belanja Perjalanan Tunai

bernilai RM 200.00

7

Nota :

1. Pindaan skim dan syarat-syarat pinjaman dan sumbangan PKSKKYS ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran

Persatuan Kebajikan Sukan Dan Kakitangan Yayasan Selangor Sesi 2015-2017 pada 01 April 2016. Pindaan ini telah membatalkan semua

Garis Panduan & Syarat Kelayakan Pinjaman & Sumbangan yang terdahulu.

2. Ahli Jawatankuasa Pentadbiran Persatuan melalui mesyuaratnya berhak dengan budibicara membuat sebarang ketetapan bagi

sebarang permohonan / kes / syarat yang difikirkan munasabah atas dasar kebajikan dan apa-apa perkara yang tidak tersebut dalam

garis panduan skim sumbangan dan pinjaman PKSKKYS di atas.

Disediakan oleh :

Norlinda Nasruddin

Setiausaha

Jawatankuasa Pentadbir

Persatuan Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan,

Kakitangan Yayasan Selangor

Sesi 2015-2017

Tandatangan : ………………………….

Tarikh : ……………………….

Disemak oleh :

Nora Azlina Abd Razak

Bendahari

Jawatankuasa Pentadbir

Persatuan Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan,

Kakitangan Yayasan Selangor

Sesi 2015-2017

Tandatangan : ………………………….

Tarikh : ……………………….

8

Disahkan oleh :

Nilawati Sairan

Naib Yang Dipertua

Jawatankuasa Pentadbir

Persatuan Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan,

Kakitangan Yayasan Selangor

Sesi 2015-2017

Tandatangan : ………………………….

Tarikh : …………………….

Diperakukan oleh :

Abdul Halim Abdul Hafiz

Yang Dipertua

Jawatankuasa Pentadbir

Persatuan Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan,

Kakitangan Yayasan Selangor

Sesi 2015-2017

Tandatangan : ………………………….

Tarikh : …………………….