3a-kpp3024 isu remaja

26
Bab 3: Perkembangan Isu-Isu Remaja di Bilik Darjah

Upload: harunzz-abdullah

Post on 30-Sep-2015

308 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Bab 3: Perkembangan Isu-Isu Remaja di Bilik Darjah Objektif:Selepas membaca bab ini, pelajar dapat:Menghuraikan kecelaruan bahasa, emosi dan tingkah lakuMenerangkan peranan guru dalam memahami pelajar remaja berkecelaruan bahasa, emosi dan tingkah lakuMembincangkan penyelesaian masalah pelajar remaja dalam konteks sekolahPengenalanPelajar sekolah menengah pada lazimnya sungguh aktif dalam segala tindakan mereka.Dalam menghadapi situasi pembelajaran, mereka sering mengalami pelbagai masalah seperti kecelaruan bahasa, emosi dan tingkah laku.Guru yang mengajar harus beriltizam dalam memahami pelajar remaja yang berkecelaruan bahasa, emosi dan tingkah laku. Ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif.Pihak sekolah perlu memainkan peranan bersama ibu bapa remaja ke arah penyelesaian masalah dalam konteks sekolah.

Kecelaruan bahasa, emosi dan tingkah lakuKecelaruan bahasaKecelaruan bahasa pelajar remaja difokus dalam aspek perkembangan kognitif, ilmu pengetahuan lampau, kemahiran akademik, kurangnya motivasi, atau pemprosesan penerimaan bahasa.Faktor penyebab Sejarah kecelaruan bahasa adalah yang berpanjangan dari sekolah rendah lagi.Pelajar yang berprestasi sederhana semasa di sekolah rendah, mungkin agak susah untuk menguasai kemahiran di peringkat sekolah menengah. Persaingan penerimaan bahasa di sekolah menengah adalah tinggi. Isi kandungan pelajaran semakin mencabar pelajar remaja di sekolah menengah.Masalah bahasa yang dihadapi:Tahap kompleks bahasa, iaitu tahapperkataan, frasa, ayat, teks. Kecelaruan ini dibuktikan melalaui bahasa lisan dan tulisan.Makna kata dan hubungannyaa) Jurang dalam pengenalpastian kosa kata yang tinggi maknanya. Contohnya, aras taksonomi Bloom, terutamanya aplikasi, sintesis dan penilaian untuk remaja awal belasan tahun.b) kekurangan fleksibiliti dalam menginterpretasi perkataan yang mempunyai banyak makna.c) kesusahan dalam mendefinisi perkataan. d) Jadi, kurangnya penguasaan kosa kata.Kegagalan dalam tatabahasa yang betul dalam lisan dan tulisan sejak kecil lagi. Pencungkilan perkataan yang tepat untuk sesuatu situasi menimbulkan ketidak selesaan kepada remaja semasa aktiviti lisan dan tulisan.Kekurangan ilmu pengetahuan dalam struktur bahasa menyebabkan kurangnya kepatuhan peraturan berbahasa.Kekurangan dalam mencantum pemikiran yang dapat mewujudkan hasil kerja penulisan yang baik. Kurangnya pemahaman dalam menyatakan idea tentang sesuatu topik.Penggunaan ayat yang tidak betul.Kekeliruan dalam mensintesis suatu idea dalam teks yang dibaca. Wujud kekaburan di peringkat ayat. Kurangnya kemahiran dalam memahami teks yang dibaca jika remaja belum menguasai sesuatu kemahiran asas dan lanjutan.Kurangnya informasi menimbulkan kekeliruan dalam pembacaan dan penghayatan ilmu mengikut peringkat umur remaja.Kecelaruan Emosi dan Tingkah Laku

80% daripada semua pelajar yang dikenal pasti mempunyai masalah tingkah laku adalah daripada sekolah harian. Lagipun kecelaruan tingkah laku dalam kalangan lelaki adalah tinggi. Guru sering merungut bahawa mereka terpaksa memberi perhatian yang lebih terhadap pelajar yang bermasalah tingkah laku daripada berfokus terhadap pengajaran. Sekolah harian tidak atau kurang menyediakan pembelajaran yang berdasarkan kemahiran dan pelajar yang bermasalah tidak ada peluang untuk memahirkan diri dalam pembelajaran kemahiran.

Masalah emosi yang serius:Ketidakupayaan untuk: a) belajar, yang tidak dapat diterangkan oleh faktor intelek, deria dan kesihatan.b) membina atau mengekalkan hubungan interpersonal dengan rakan sebaya atau guru.c) tingkah laku yang pelik atau luar biasa dalam situasi yang normal.d) depresi, atau gembira.e) suatu tendensi untuk mengembangkan tanda atau ketakutan yang berhubungan dengan masalah personal di sekolah.Faktor-faktor Kecelaruan EmosiFaktor biologiKecelaruan tingkah laku dan emosi dipengaruhi oleh aspek genetik, neurologi dan biokimia.Faktor persekitaranTingkah laku pelajar dipengaruhi oleh persekitaran rumah, sekolah dan masyarakat.Rumah/KeluargaHubungan pelajar dan ibu bapa adalah faktor penting dan kritikal. Interaksi ibu bapa dan pelajar mempengaruhi pendapat, tingkah laku dan emosi pelajar. Aksi ibu bapa di rumah akan mempengaruhi pelajar dan sebaliknya.SekolahSekolah adalah tempat di mana pelajar belajar menguasai ilmu pengetahuan untuk menjamin hidup bahagia. Pelajar menggunakan sebahagian besar masa di sekolah. Maka, sewajarnyalah guru memainkan peranan penting dalam mengasuh dan mendidik anak murid dengan baik. Ibu bapa menaruh harapan tinggi terhadap kaum guru dalam mendidikan anak-anak.MasyarakatMasalah masyarakat yang pelajar diami menpengaruhi tingkah laku dan emosi. Persekitaran hidup termasuk kekurangan nutrisi, masalah keluarga, kebosanan dan tiada tempat bergantung adalah antara masalah yang menyumbang kepada remaja bermasalah.

Kecelaruan tingkah lakuKecelaruan tingkah laku sehingga mencuba untuk mendapat penumpuan daripada guru.Kecelaruan tingkah laku yang dianggap aggression ialah segelintir pelajar yang tidak menghormati rakan sebaya, guru dan ibu bapa. Kes-kes delinkuen, menipu dan ponteng sekolah juga meningkat.Ketidakmatangan pelajar menyebabkan mereka tidak memikir akibat daripada aksi mereka dan tidak memberi tumpuan pada pembelajaran.Ada juga remaja yang mementingkan diri, penghargaan kendiri yang rendah, dan tidak berminat melibatkan aktiviti. Mereka juga risau dan mengalami depresi.Ciri-ciri pelajar yang mempunyai kecelaruan tingkah laku

Hubungan interpersonal dan kemahiran sosialKeupayaan untuk mengembang dan mengekalkan hubungan interpersonal masa remaja adalah penting untuk pengubahsuaian masa depan. Remaja yang berkecelaruan tingkah laku dan emosi biasanya mengalami kesusahan dan mengekalkan hubungan yang baik dengan rakan sebaya.Kecelaruan tingkah laku luaranPola tingkah laku antisosial yang disebut kecelaruan tingkah laku luaran, iaitu berlari-lari sekeliling kelas, mengganggu rakan, melawan, bergaduh, tidak mengendahkan guru, mengadu secara keterlaluan, mencuri, musnahkan harta benda dan sebagainya.

Kecelaruan tingkah laku dalamanKecelaruan tingkah laku dalaman, iaitu remaja yang tidak atau kurang mempunyai hubungan dengan rakan. Mereka dalam kategori ini kurang berinteraksi dengan rakan sebaya, takut, berasa sakit, depresi dan sebagainya.Bukti atau tindakan ke arah kecelaruan tingkah laku Konflik persekitaran: agrerif, melawan, buli, melanggar peraturan, impulsif, mencuri dan sebagainya.Gangguan personal: kerisauan seperti resah, takut dan melampau risau. Kekurangan akademik: kekurangan dalam kemahiran dan pencapaian dalam pendidikan. Pelajar mencapai gred rendah.Masalah sosial: Pelajar kurang popular dan ditolak oleh rakan sebaya.Tidak bertanggungjawab: Tidak bertanggungjawab adalah perkara yang biasa dan apabila dituduh dengan bukti, mereka menyalahkan pelajar lain.

Penyelesaian masalah pelajar remaja dalam konteks sekolahKecelaruan tingkah laku: Implikasi untuk GuruPembelajaran guru diganggu oleh tingkah laku remaja yang negatif Guru mempunyai dua matlamat yang penting.a) Harapan guruMasalah pembelajaran berlaku apabila wujud ketidakselarasan antara harapan guru dengan tindakan pelajar. Langkah awal guru ialah menentukan harapan tingkah laku pembelajaran yang eksplisit, jelas, adil kepada pelajar.b) Tentukan peraturanPeraturan adalah munasabah, objektif, mudah, konsisten dengan pelajar yang melanggar peraturan. Gunakan peneguhan positif.c) Disiplin ke arah pencegahan

Gunakan pendekatan interaksi positif yang mengelak pelajar daripada tingkah laku yang tidak sesuai. Ada beberapa komponen dalam pencegahan masalah disiplin, iaitu- beritahu pelajar apa yang diharapkan dengan jelas- wujudkan iklim pembelajaran yang positif- sediakan suasana pengalaman pembelajaran yang bermakna- elakkan ancaman- demonstrasikan keadilan- membina dan mempamerkan keyakinan - gunakan modeling yang positif- strukturkan persekitaran kurikulum dan bilik darjah

KesimpulanPelajar dengan kecelaruan emosi buat terbaik dalam program pendidikan yang mengutamakan pengurusan tingkah laku yang positif, hala tuju kendiri, perkembangan kemahiran interpersonal. Guru seharusnya menangani dan mengawal tingkah laku berunsur gangguan dalam bilik darjah sebelum mula mengajar dengan berkesan.Pelajar yang berkecelaruan emosi biasanya respon kepada maklum balas yang positif terhadap sebarang kesilapan. Guru harus berkomunikasi untuk menegur kesilapan daripada menghukum semata-mata apabila berdepan dengan masalah tingkah laku. Latihan kemahiran sosial adalah perlu untuk kumpulan pelajar seperti ini. Main peranan yang positif adalah syarat penting untuk kumpulan pelajar ini.

Kemahiran sosial dipelajari dengan baik dalam keadaan semula jadi daripada memerhati sesiapa yang menunjukkan kemairan yang sesuai. Cara lain untuk mengajar kemahiran sosial yang baik ialah instruksi secara langsung dan main peranan. Boleh diteliti ialah kedudukan tempat duduk pelajar, kumpulan, penglibatan pelajar dalam aktiviti dalam kelas, pengurusan masa dan pembelajaran koperatif.