fpk

16
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk

Upload: gekchieng-yeo

Post on 14-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Page 1: FPK

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara

Page 2: FPK

menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.

Sumber : 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007) -Penerbit USM, 2007

Page 3: FPK

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, MATLAMAT, OBJEKTIF DAN ORGANISASI KANDUNGAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, MATLAMAT, OBJEKTIF

DAN ORGANISASI KANDUNGAN

Pengenalan

Sistem pendidikan format atau moden di Tanah Melayu bermula sejak zaman penjajah Inggeris. Sekolah pertama dibina ialah Penang Free School. Walau bagaimanapun, usaha Inggeris itu sebenarnya bukan bertujuan untuk memajukan orang Melayu, melainkan untuk menghalalkan penjajahan. Selain itu, ia bertujuan untuk mengelakkan tuduhan penindasan terhadap rakyat Malaysia daripada parti-parti politik di Britain dan pertubuhan dunia. Usaha menjadikan sistem pendidikan ke arah membentuk negara bangsa bermula selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Penyata Razak (1956) telah menjadi asas pengubalan Ordinan Pelajaran 1957. Ordinan ini menyarankan satu sistem pelajaran yang memenuhi keperluan negara diwujudkan. Bahasa Melayu (bukan bahasa Malaysia atau bahasa Inglish) telah dijadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama di sekolah. Laporan Penyata Razak, “... hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar ....” Laporan Penyata Rahman Talib (1960) menyarankan agar laporan Penyata Razak dipertingkatkan. Ia menjadi asas penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menghendaki sistem pendidikan negara diperkemaskan agar lebih berkesan.

Cadangan Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib yang menghendaki satu sistem pendidikan kebangsaan yang seragam untuk semua kaum dengan menggunakan bahasa sama sebagai bahasa pengantar terbukti sangat penting apabila pada 13 Mei 1969 berlaku rusuhan kaum. Kebaikan utama peristiwa berdarah itu ialah memberi kesedaran kepada kerajaan, khususnya pemimpin politik, agar mengutamakan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi. Sejak itu kerajaan menggubal banyak dasar yang bertujuan merapatkan hubungan kaum dan perpaduan. Pelbagai dasar telah diperkenalkan, termasuk Rukun Negara yang bertujuan;

 Mencapai perpaduan erat rakyat pelbagai kaum;

 Memelihara satu cara hidup demokratik;

Page 4: FPK

 Mencipta satu masyarakat adil dan menikmati kemakmuran secara bersama dan saksama;

 Menjamin satu masyarakat liberal terhadap kebudayaan; dan

 Membina satu masyarakat progresif yang menggunakan Sains dan Teknologi moden.

Usaha mencapai cita-cita di atas adalah berlandaskan lima prinsip, sebagaimana yang berikut;

 Kepercayaan kepada Tuhan;

 Kesetiaan kepada raja dan negara;

 Keluhuran perlembagaan;

 Kedaulatan undang-undang; dan

 Kesopanan dan kesusilaan.

Kesan positif lain peristiwa 13 Mei 1969 ialah pengisytiharan Dasar Ekonomi Baru. Dasar ini bertujuan membina perpaduan dan kemajuan rakyat melalui serampang dua mata, iaitu;

 Membasmi kemiskinan dengan meninggikan taraf pendapatan dan menambahkan

peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan

 Mempercepatkan proses penyusunan masyarakat Malaysia untuk membaiki keadaan

ekonomi yang tidak seimbang agar dapat mengurangkan dan akhirnya menghapuskan

pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Bagi menyokong usaha-usaha kerajaan di atas, pada tahun 1974, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi mengkaji sistem pelajaran negara. Laporan Jawatankuasa Kabinet agar sistem pendidikan negara dapat melahirkan masyarakat bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Ciri-ciri masyarakat yang dikehendaki ialah;

 Mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan

rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai rakyat

Malaysia;

 Menghormati dan mematuhi undang-u ndang serta perraturan, berdasarkan

bekerja atau membuat sesuatu hingga sempurna, menghormati hak-hak

individu, mengamalkan ti ngkah laku yang baik dan tidak menjejaskan

kepentingan orang lain, menghhormati dan mempunyai semangat memperbaiki

keadaan secara membina, dan bersedia berkhidmat untuk negara; dan

 Mendapat pendidikan dan latihan supaya boleh menyertai dengan berkesan dalam

kegiatan pembangunan negara.

Page 5: FPK

Untuk mencapai cita-cita di atas, Jawatankuasa Kabinet mengemukakan beberapa perakuan yang bertujuan meningkatkan mutu pendidikan negara. Perakuan tersebut ialah;

 Pendidikan peringkat asas memberikan penegasan dalam bidang membaca, menulis dan

mengira;

 Memenuhi kehendak pendidikan ke arah perkembangan individu secara menyeluruh;

 Memenuhi pendidikan negara ke arah perkembangan bakat kanak-kanak;

 Meningkatkan pengetahuan, nilai disiplin, kemahiran yang pelbagai dan berdedikasi;

 Berfikir dan bertindak dengan baik berpandukan akhlak yang mulia; dan

 Individu yang dihasilkan dalam sistem pendidikan negara adalah selaras dengan

pembanugnan kemanusiaan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet menjadi asas Kementerian Pendidikan Malaysia menggubal dan melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang dilaksanakan mulai tahun 1982, dan Kurikulum Bersapadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dilaksanakan mulai tahun 1988. Berlandaskan hasrat dan cita-cita yang terkandung dalam Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Laporan Jawatankuasa Kabinet, Rukun Negara dan dasar-dasar kerajaan, maka Kementerian Pendidikan telah merangka satu falsafah pendidikan sebagai pegangan dan arah tuju pendidikan nasional.

Penyataan Falsafah Pendidikan, Matlamat dan Objektif Pendidikan

(a) Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan merupakan tonggak kemajuan, sama ada kemajuan individu, masyarakat mahupun

negara. Pendidikan juga menentukan corak manusia dan masyarakat. Manusia yang

berpendidikan lebih berdisiplin berbanding manusia yang tidak mendapat pendidikan sempurna.

Pendidikan yang sempurna dan berkesan dapat diperoleh apabila wujud satu sistem yang

teratur. Dalam sistem itu digarisi visi dan misi, matlamat, peraturan dan undang-undang. Antara

aspek pendidikan sempurna dan bersistem ialah apabila digubal satu falsafah pendidikan yang

seragam untuk semua bangsa dalam sebuah negara berdaulat. Pada awalnya, falsafah

pendidikan dalam sistem pendidikan Malaysia dinamakan Falsafah Pendidikan Negara,

sebagaimana di bawah.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

Page 6: FPK

mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sekitar akhir tahun 1990-an, penyataan falsafah pendidikan itu disemakan dan diperkemaskan. Kini ia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana di bawah.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(b) Matlamat Pendidikan

Bagi mencapai pelaksanaan falsafah, Kementerian Pendidikan telah merangka satu sukatan pelajaran bagi setiap subjek yang diajar di sekolah. Untuk Bahasa Melayu dinamakan Sukatan Pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Bahasa Melayu untuk digunakan di sekolah rendah, manakala Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) Bahasa Melayu untuk kegunaan di sekolah menengah. Dalam sukatan berkenaan digarisi satu matlamat pendidikan, iaitu;

Matlamat kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan ini untuk memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.

(c) Objektif Pendidikan

Setiap sukatan mata pelajaran bagi sekolah rendah dan menengah mempunyai objektif masing-masing. Objektif ini akan berubah-ubah setiap kali semakan dilakukan. Hal ini bagi memenuhi keperluan semasa dan demi satu sistem pendidikan yang berkesan. ObjektifSukatan Pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Bahasa Melayu (edisi semakan) cetakan tahun 2003 ialah sebagaimana di bawah.

I. mendengar dengan teliti serta memahami dan menghayati pengucapan dalam konteks

perbualan harian dan situasi formal;

II. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai

situasi;

III. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai

persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;

Page 7: FPK

IV. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan dengan

menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk

memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis;

V. menyemai budaya membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan ke arah membina

budaya pembelajaran berterusan;

VI. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai

murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis;

VII. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk kreatif dan berunsur

pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses

penulisan yang sesuai dan betul;

VIII. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan

sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan

menulis;

IX. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya

berunsur ilmu; dan

X. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan

perasaan cinta akan negara.

Pengenalan Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Organisasi Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mempunyai

beberapa bahagian, iaitu Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan

Pengisian Kurikulum.

(a) Kemahiran Bahasa

Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

Kemahiran Bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Kemahiran

Mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memberikan

maklum balas dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan.

Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan

menyampaikan pendapat, perasaan, maklumat serta idea yang bernas dengan sebutan dan

intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberikan pada penggunaan pengucapan

yang menggunakan tatabahasa yang sesuai. Lazimnya Kemahiran Mendengar dan

Kemahiran Bertutur dijalankan serentak dan dikenali sebagai Kemahiran Mendengar dan

Bertutur. Hal ini disebabkan, dalam Kemahiran Mendengar akan melibatkan pertuturan.

Kemahiran Membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca ayat dengan sebutan,

intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek

pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai

teknik membaca. Manakala, Kemahiran Menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis

perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan

dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan

menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas

Page 8: FPK

dan cantik. Murid juga digalakkan untuk menggunakan kreativiti mereka bagi menghasilkan

penulisan bahan berunsurkan pengetahuan dan penulisan imaginatif.

(b) Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa.

Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang kemahiran yang

perlu dicapai oleh murid. Oleh itu, murid perlu menguasai kemahiran bahasa yang terdapat

dalam setiap hasil pembelajaran. Justeru, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih

kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, hasil pembelajaran dapat dicapai

dengan menggabungjalinkan keempat-empat kemahiran bahasa, sistem bahasa dan

pengisian kurikulum. Pendekatan yang berfokus pada gaya pembelajaran yang pelbagai

juga dapat membantu murid mencapai hasil pembelajaran. Selain itu, hasil pembelajaran

juga dapat membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid.

(c) Sistem Bahasa

Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa Melayu baku

yang terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan, dan sebutan dan intonasi.

Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri

daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat mata-mata pelajaran di peringkat

rendah.

(d) Pengisian Kurikulum

Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan aspek ilmu, nilai murni,

kewarganegaraan, peraturan sosio-budaya, dan kemahiran bernilai tambah.

Setiap bahagian (a) – (d) akan dibincangkan secara lebih khusus di bawah tajuk masing-

masing.

Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan Matlamat dan Objektif

Terdapat 13 tuntutan atau hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kesemua tuntutan atau hasrat itu mempunyai perkaitan dengan Matlamat Pendidikan dan

Objektif Pendidikan.

(a) Pendidikan Suatu Usaha Berterusan

Dalam Islam, pendidikan seseorang bermula sejak menjatuhkan benih hingga seseorang itu

tamat hayat usianya. Islam menuntut benih yang halal melalui hasil perkahwinan. Ibu yang

hamil (juga bapa) dituntut berkelakuan sopan, membaca al-Quran dan bercakap-cakap

dengan janin dalam kandungannya. Perbuatan itu dipercayai boleh mempengaruhi

pembesaran janin. Setelah dilahirkan, kanak-kanak diasuh dengan didikan agama, budi

perkerti, mengenal adab budaya bangsa hingga menerima pendidikan secara formal.

Walaupun sudah tamat alam persekolahan, manusia masih dituntut untuk terus belajar,

Page 9: FPK

meningkatkan pengetahuan, kematangan dan kepakaran. Sebenarnya, proses pendidikan

terus berlangsung dalam diri seseorang. Hal ini selaras dengan Matlamat pendidikan agar

manusia terus menimba ilmu, dan Objektif Pendidikan ke V, iaitu menyemai budaya

membaca sebagai satu amalan dalam kehidupan ke arah membina budaya pembelajaran

berterusan;

(b) Perkembangan Potensi Individu secara Menyeluruh dan Bersepadu

Dalam al-Quran Surah At-Tiin ayat 4 Allah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami

telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya.” Ayat ini merupakan pengakuan

Allah bahawa setiap manusia telah dicipta dengan sempurna dan setiap individu mempunyai

potensi untuk maju. Yang tinggal kini ialah usaha menggerakkan potensi individu dalam diri

seseorang. Oleh sebab itu, Matlamat Pendidikan Bahasa Melayu adalah untuk

melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi. Bahasa

merupakan salah satu alat yang dapat menggerakkan potensi individu. Peguam menang

bicara kerana kepetahan menggunakan bahasa. Demikian murid berjaya dalam peperiksaan

kerana kemampuan menggunakan bahasa untuk menyampaikan maksud yang dikehendaki

soalan. Menyedari potensi individu boleh dimajukan, maka sistem pendidikan di Malaysia

memberi peluang secukup dan sama rata kepada semua individu untuk memajukan dirinya.

Hal ini banyak ditegaskan sebagai Objektif Pendidikan misalnya, memperkembang kekuatan

imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur,

membaca dan menulis; atau mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan bentuk

kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan kemahiran menulis serta proses

penulisan yang sesuai dan betul. Sesetengah individu mempunyai bakat dan keupayaan

untuk memajukan dirinya. Namun, bakat dan keupayaan itu tidak mampu digerakkan

sendirian, melainkan perlu sokongan daripada individu-individu lain. Justeru, guru dan

masyarakat perlu berganding bahu mencungkil, memupuk, memperkembangkan dan

mempertingkatkan bakat dan keupayaan individu seseorang. Walau bagaimanapun,

terdapat juga individu yang tidak dapat dikembangkan potensi dirinya, sebagaimana maksud

pantun di bawah.

Berburu di padang datar,

Dapat rusa berbelang kaki;

Berguru kepalang ajar,

Bagai bunga kembang tak jadi.

Mengapakah hal ini terjadi? Dalam al-Quran Surah Asy-Syura ayat 30 Allah berfirman yang

bermaksud, “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan, maka ia adalah

disebabkan apa yang kamu lakukan.” Ertinya, “bunga kembang tak jadi” bukan disebabkan

sistem pendidikan atau guru, melainkan diri individu itu sendiri yang tersalah menjana

pendidikan dirinya.

(c) Insan yang Seimbang dan Harmonis Intelek

Page 10: FPK

Yang dimaksudkan seimbang dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah memberi

tempat yang sewajar dan adil kepada semua keperluan pendidikan manusia khususnya dari

segi pertumbuhan akal, perkembangan sahsiah secara sihat dan bersepadu. Harmonis pula

ialah wujudnya keserasian antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal dengan

pertumbuhan dan perkembangan rohani. Keserasian itu merupakan makanan intelek.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) insan yang seimbang dan harmonis

dapat mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan teguh

kepada Tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh badan, hidup bermasyarakat dan cergas. Hal

ini sangat mempengaruhi pembentukan intelek. Antara ciri-ciri individu yang seimbang dan

harmonis inteleknya ialah;

ü Sempurna kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira,

ü Sentiasa berusaha mencari, membaiki, meningkat, mengamal dan menyebarkan ilmu,

ü Sentiasa berfikir keatif dan kritis, dan mencerakinkan pemikirannya untuk menghasilkan idea-

idea bernas dan menjawab permasalahan masyarakat,

ü Berupaya memanfaatkan ilmu untuk kemajuan diri dan orang lain.

(d) Insan yang Seimbang dan Harmonis Rohani

Yang dimaksudkan rohani ialah merujuk pembentukan dan pembinaan watak dan

kejatidirian manusia. Sebagai warga Malaysia, seharus sistem pendidikan melahirkan watak

dan kejatidirian watak yang sesuai dengan agama, adat dan sosio budaya Malaysia,

sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Ciri-ciri individu yang mempunyai rohani

seimbang dan harmonis ialah;

ü Menyedari adanya Pencipta dan mempercayai-Nya,

ü Menyedari dan mengamalkan sikap bertanggungjawab kepada agama, diri, masyarakat,

bangsa dan negara,

ü Menghargai dan mensyukuri anugerah Tuhan, pemberian negara, masyarakat dan keluarga,

ü Memumpuk dan membina disiplin diri, dan

ü Membentuk akhlak mulia dan tingkah laku sopan.

(e) Insan yang Seimbang dan Harmonis Emosi

Seimbang dan harmonis emosi dapat menjana tingkah laku dan pemikiran sihat, matang

dan bertolenrasi antara individu. Memang pendidikan mengasuh perasaan dan pemikiran

sihat. Allah menegaskan dalam diri manusia ada seketul daging, jika sihat daging itu makan

akan sihatlah pemiliknya. Yang dimaksudkan daging itu, dalam worlview Melayu ialah hati.

Sebenarnya, ‘daging’ itu merujuk juga kepada kalbu atau jiwa. Dalamnya terkumpul budi fikir

dan budi rasa manusia. Ciri-ciri emosi yang seimbang dan harmonis ialah;

Page 11: FPK

ü Berperasaan tenang dan tingkah laku terkawal,

ü Mempunyai rasa kasih sayang terhadap semua makhluk,

ü Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan dan menghormati orang lain,

ü Menghargai dan menyayangi keindahan alam,

ü Menghargai dan menghormati keindahan buatan manusia selagi ia tidak bertentangan dengan

agama dan adat budaya, dan

ü Selalu bersikap matang dan terbuka.

(f) Insan yang Seimbang dan Harmonis Jasmani

Keseimbangan dan keharmonian jasmani merujuk kesihatan tubuh badan. Walaupun

merujuk tubuh badan, kesihatannya bukan bergantung pada penjagaan tubuh badan

semata-mata, melainkan juga perlu penjagaan emosi. Hal ini kerana emosi juga

mempengaruhi kesihatan tubuh badan. Dalam ilmu perubatan Cina, tubuh badan yang sakit

kerana tiada keseimbangan Yang dengan Ying dalam badan manusia. Demikian juga dalam

sistem perubatan Melayu seperti pembomohan, Bageh, Main Puteri adalah berkenaan

memulihkan ritual dalam diri manusia. Dalam hal ini, yang dikatakan jasmani yang seimbang

dan harmoni ialah;

ü Sihat badan dan sihat emosi,

ü Sentiasa melakukan riadah, yoga atau bermeditasi,

ü Sentiasa sedar, mencungkil, mengembangkan dan memanfaatkan bakat dan keupayaan diri,

ü Sentiasa amal sikap mencuba dan berdikari,

ü Menggunakan bakat dan keupayaan diri untuk kesejahteraan diri dan masyarakat, dan

ü Berusaha meningkatkan daya pengeluaran.

(g) Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan

Malaysia sebuah negara berkonsepkan teologi. Setiap warganya mempunyai kepercayaan

masing-masing. Hal ini termaktub dalam Rukun Negara dan menjadi prinsip pertama.

Malaysia percaya peranan agama sebagai pembentuk dan pembina watak manusia

berharmonis. Manusia yang patuh dan percaya kepada Tuhan akan dipercayai menjadi

tonggak kedamaian, keamanan dan keharmonian masyarakat. Ciri-ciri manusia yang

percaya dan patuh kepada Tuhan ialah;

ü Mengakui dan percaya tentang wujudnya Tuhan,

ü Mengakui bahawa manusia dan alam tidak wujud dengan sendiri,

Page 12: FPK

ü Mengakui bahawa segala tabii, kejadian dan fenomena alam ditetapkan oleh Tuhan,

ü Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab memakmurkan alam,

ü Menyedari bahawa manusia bertanggungjawab terhadap perbuatannya,

ü Sentiasa berusaha memperkukuhkan amalan keagamaan, dan

ü Sentiasa berusaha melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.

(h) Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan

Pendidikan percuma dari tahun satu hingga tingkatan enam yang diberikan kepada setiap

warganegara adalah bukti kesedaran kerajaan terhadap kepentingan ilmu. Pelbagai usaha

dilakukan untuk membina insan berilmu dan berdaya saing. Ciri-ciri insan berilmu ialah;

ü Mencintai ilmu pengetahuan,

ü Gemar membaca dan menimba ilmu,

ü Sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan,

ü Bersedia untuk diajar dan belajar,

ü Berfikiran luas, terbuka, kritis dan matang,

ü Berusaha mengamal dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang ada, dan

ü Sentiasa menggalakkan orang lain menambah ilmu pengetahuan.

(i) Rakyat Malaysia yang Berketerampilan

Kamus Dewan mencatatkan maksud terampil sebagai cekap (dalam melaksanakan sesuatu,

menyelesaikan masalah dsb), mampu dan cekatan. Manakala maksud keterampilan ialah

kecekapan, dan kemampuan yang tinggi. Oleh sebab itu, rakyat yang berketerampilan

adalah merujuk kepada mereka yang mempunyaikecekapan dan kebolehan tinggi

melaksanakan tanggungjawab dan tugas. Antara ciri-ciri rakyat yang berketerampilan ialah;

ü Mempunyai kelayakan dan kebolehan yang sepadan dengan jawatan dan tugas,

ü Mempunyai pengetahuan luas untuk melaksanakan sesuatu tugas,

ü Dapat melaksanakan tugas dengan cepat, cekap, dan sempurna, dan

ü Hasil kerjanya memuaskan pengguna dan pelanggan.

(j) Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia

Page 13: FPK

Akhlak atau moral sangat penting bagi setiap individu. Walaupun perlakuan berakhlak tidak

boleh diwarisi,namun amalan akhlak boleh dipelajari dan diamalkan. Orang yang berakhlak

akan dipandang mulia dan dihormati. Antara ciri-ciri rakyat yang berakhlak mula ialah;

ü Mempunyai pengetahuan tentang nilai-nilai murni, tatasusila dan adab,

ü Mempunyai kesedaran tinggi terhadap perbuatan baik dan perbuatan buruk, dan

ü Sentiasa mengamal dan mengutamakan nilai-nilai murni, tatasusila dan beradab dalam setiap

perlakuan,

(k) Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab

Sikap bertanggungjawab merupakan antara ciri-ciri insan yang dituntut oleh agama. Insan

yang bertanggungjawab dapat membina kejayaan diri, masyarakat dan negara. Masyarakat

juga mempunyai kepercayaan dan keyakinan tinggi apabila berurusan dengan individu yang

bertanggungjawab. Antara ciri-ciri rakyat yang bertanggungjawab ialah;

ü Menyedari dan faham bahawa setiap tugas adalah amanah,

ü Menyedari dan faham bahawa setiap tugas perlu dilaksanakan dengan cekap, cepat dan

sempurna,

ü Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti mutu kerja,

ü Sentiasa berusaha meningkatkan kuantiti pengeluaran,

ü Sentiasa mematuhi peraturan, undang-undang, adab dan adat bangsa, dan

ü Berusaha memajukan diri, keluarga,masyarakat, agama, bangsa dan negara.

(l) Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri

Kesejahteraan diri meliputi kesejahteraan fizikal dan mental. Sihat fizikal ditandai keceriaan

dan kelincahan diri, manakala sihat mental meliputi pemikiran dan perlakuan yang harmonis.

Antara ciri-ciri kesejahteraan diri ialah;

ü Mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang dan badan yang sihat,

ü Mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi sebarang cabaran,

ü Sentiasa mewujudkan perhubungan yang harmonis dengan orang lain,

ü Matang bertindak dalam apa jua situasi, dan

ü Berkelakuan tenang dan tidak terburu-buru.

(m) Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan terhadap

Page 14: FPK

Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara.

Setiap rakyat dituntut memberi sumbangan ikhlas ke arah keharmonian, kemakmuran dan

pembinaan masyarakat dan negara. Masyarakat Melayu menganggap sumbangan, material

dan nonmaterial, sebagai jasa atau budi. Orang berjasa atau orang berbudi dipandang tinggi

dan dihormati. Hal ini banyak dijelaskan dalam pantun-pantun, misalnya pantun di bawah.

Di sana padi di sini padi,

Baru bernama sawah dan bendang;

Di sini budi di sana budi,

Baru sempurna menjadi orang.

Antara ciri-ciri rakyat yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara ialah;

ü Sentiasa berusaha memupuk perpaduan rakyat melalui pelbagai aktiviti sihat,

ü Sentiasa berusaha memajukan membangunkan diri, masyarakat, agama, bangsa dan negara,

ü Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang, dan

ü Sentiasa patuh pada prinsip dan Rukun Negara, dll.

Kesimpulan

Berasaskan maklumat di atas, kita dapati kerajaan bersungguh-sungguh memajukan rakyat

dan negara. Usaha melaksanakan kemajuan itu digerakkan melalui pelbagai dasar dan

perancangan, termasuklah melalui pembinaan falsafah pendidikan dan kurikulum

pembelajaran di sekolah. Usaha itu digerakkan seawal usia dan dalam pelbagai bidang yang

bersesuaian dengan kebolehan diri masing-masing. Langkah itu adalah sesuai, bak kata

pepatah Cina, perjalanan beribu batu bermula dari langkah pertama. Maksud langkah

pertama, dalam konteks ini, ialah memajukan insan seawal usia melalui aktiviti pengajaran

dan pembelajaran di sekolah.

Rujukan