pengetahuan mahasiswa fakulti pendidikan utm · pdf filefpk falsafah pendidikan kebangsaan fpg...
Post on 29-Aug-2019
233 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM
TERHADAP PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU
BERDASARKAN STANDARD GURU MALAYSIA
KHAIRILL HELME BIN RAMLI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM
TERHADAP PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU
BERDASARKAN STANDARD GURU MALAYSIA
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya KHAIRILL HELME BIN RAMLI
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: Tn. Hj. MEOR IBRAHIM KAMARUDDIN
Nama Penyelia
No. 5206 Kg Pdg Tembusu,
13100 Penaga,
Kepala Batas, Pulau Pinang.
Tarikh: _____18/1/12________ Tarikh: __18/1/12______
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).
i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : ……………………………………………………
Penyelia : TN. HJ MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN
Tarikh : 18/1/12
ii
PENGETAHUAN MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN UTM
TERHADAP PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB GURU
BERDASARKAN STANDARD GURU MALAYSIA
KHAIRILL HELME BIN RAMLI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARI 2012
iii
PENGAKUAN
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………..............................
Nama Penulis : KHAIRILL HELME B. RAMLI
Tarikh : 18/1/12
iv
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Bismillahirahmanirrahim,
Khas buat insan yang tersayang,
Ayahanda dan Bonda yang dikasihi,
Ramli Bin Ismail dan Che Manes Binti Saad,
Terima kasih tidak terhingga anakanda ucapkan,
Di atas segala tunjuk ajar dan didikan yang diberikan,
Kakanda dan Adinda yang disayangi,
Mohd Khairulrizal, Muhammad Khairiri, Muhammad Zulfaqar dan Muhammad
Syafiq,
Segala galakan dan sokongan yang diberikan,
Suka-duka kalian menjadi pendorong kejayaan dalam kehidupanku.
Kepada pensyarah pembimbing,
Tuan Haji Meor Ibrahim Bin Kamaruddin
Terima kasih di atas segala dorongan, sokongan, nasihat dan tunjuk ajar yang
diberikan selama ini,
Semoga segala jasa yang dicurahkan akan diberkati Allah hendakNya.
Buat sahabat-sahabat SPC seperjuangan,
Ribuan terima kasih diucapkan,
Sedia berkongsi idea dan suka-duka bersamaku,
Segala kenangan kita bersama akan kusemat di dalam sanubariku.
Semoga Allah merberkati kalian semua,
Wassalam.
v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izin-Nya, saya dapat
menyiapkan kajian yang dijalankan ini dengan sepenuhnya mengikut masa yang
telah ditetapkan.
Kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Tn Hj Meor Ibrahim Bin Kamaruddin selaku penyelia projek, di
atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta bantuan yang telah diberikan
sepanjang tempoh saya menjalankan kajian ini. Segala ilmu dan dorongan yang
diberikan amat berharga dan berguna malah akan dikenang sehingga akhir hayat.
Saya juga ingin merakamkan sekalung budi buat pensyarah-pensyarah Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dan rakan-rakan yang turut membantu
dalam penyiapan penyelidikan ini.
Sekalung terima kasih yang tidak terhingga buat ayahanda dan bonda Ramli
Bin Ismail serta bonda tercinta Che Manes Binti Saad dan adik-beradik yang
disayangi di atas bantuan dan sokongan sepanjang tempoh pengajian saya sehingga
tamatnya kajian ini. Semoga rezeki semakin bertambah dan mendapat kebahagiaan di
dunia dan akhirat.
Akhir sekali ribuan terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan (SPC) yang
sentiasa menyokong dalam apa jua perkara dan keadaan. Terima kasih juga ditujukan
kepada semua staf akademik dan bukan akademik Fakulti Pendidikan yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam tempoh untuk menyiapkan kajian ini.
Semoga Allah s.w.t. memberkati dan merahmati segala usaha dan pertolongan yang
diberikan. Amin…
vi
ABSTRAK
Standard Guru Malaysia (SGM) ialah pernyataan kompetensi profesional
yang patut dicapai oleh guru dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta
dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. Kajian ini bertujuan untuk
mengetahui pengetahuan mahasiswa terhadap peranan dan tanggungjawab guru
berdasarkan Standard 1, Standard 2 dan Standard 3 yang terdapat dalam SGM.
Kajian ini dilakukan di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Responden kajian ini terdiri daripada 103 orang mahasiswa tahun akhir. Instrumen
kajian yang terdiri daripada 60 soalan berkaitan Standard dan bukan Standard dan
soal selidik diedarkan kepada responden untuk mendapatkan maklumat data yang
diperlukan. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) versi 19.0 dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan
peratus. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan mahasiswa terhadap peranan dan
tanggungjawab guru berdasarkan Standard 1, Standard 2 dan Standard 3 yang
terdapat dalam SGM berada pada tahap tinggi (purata skor = 73.5%). Ini
menunjukkan mahasiswa Fakulti Pendidikan mengetahui tentang peranan dan
tanggungjawab guru yang terdapat dalam Standard Guru Malaysia. Cadangan telah
dikemukakan pada akhir laporan ini.
vii
ABSTRACT
Standard Guru Malaysia (SGM) is a statement of professional competence
that should be achieved by teacher and the aspect of statement that should be
prepared and implemented by the agencies and institutions of teacher training. This
research aims to identify the student’s knowledge with regard to roles and
responsibilities of teachers based on Standard 1, Standard 2 and Standard 3 in then
Standard Guru Malaysia among UTM students. This research was conducted at the
Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia. The respondents consisted of
103 final year students. Research instruments was a questionnaire consist of 60
questions. Questionnaires were distributed to respondents to obtain the required data.
Data obtained were then analyzed using Statistical Package for Social Science
(SPSS) version 19.0 and were presented in frequency and percentage. Results
showed that the levels of knowledge among UTM students with regard to the roles
and responsibility based on Standard 1, Standard 2 and Standard 3 in the Standard
Guru Malaysia were high (average score = 73.5%). Some suggestion were show at
the end of this report.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN PENGESAHAN
PENYELIA i
HALAMAN JUDUL ii
HALAMAN PENGAKUAN
PELAJAR iii
DEDIKASI iv