forum teori fisher

3
Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang berfikir secara logik dan rig Adakah anda setuju dengan kenyataan ini. Utama Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang berfikir secara logik dan rig saya kurang bersetuju kerana pemikiran ini akan membataskan pembangunan idea baru. Menurut kamus Websters’s (!"#$ pemikiran kreatif ialah, “the ability to something new existence”.Mereka yang kreatif ialah mereka yang menggunakan potensi yang ada dalam diri masing-masing. %ndi&idu yang berlainan mempunyai potensi kreati&iti yang berbe'a,dalam bidang masing-masing (Ainon Mohd Abdullah, !!#$. emikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan i berla)anan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea %dea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berla)anan dengan logik. *amun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagaiinput idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi me)ujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaik masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh +ikards (!! $ sebagai, reati&ity in&o escaping from stuckness and opening up possibilities./ Antara ciri seseorang y kreatif ialah mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada sa perkara sahaja. Mereka pandai dan bijak merancang agar perkara yang dirancang itu berjalan dengan lancar. Mereka juga amat berhati-hati dan bijak keputusan. Mereka dapat menghubung dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut. 0leh itu , indi&idu yang kreatif akan dapat menterjemahkan idea dan pendapat secara spontan serta pantas. %ndi&idu yang kreatif juga berupaya menginteraksikan kemungkinan-kemungkinandan alternatif kepada penyediaan masalah. Balas 1 Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang berfikir secara logik dan rig saya kurang bersetuju kerana pemikiran ini akan membataskan pembangunan idea baru. 1ictor 2o)enfeld (!! $ berpendapat galakan mengembangkan pemikir kreatif di kalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan. Ant indi&idu yang kreatif ialah mereka berupaya menyesuaikan dirinya dalam pelbaga keadaan dan situasi serta mempunyai keyakinan yang optimis. ada pering fleksibel, indi&idu akan mula mempamerkan semangat toleransi dan juga bertolak ansur dengan orang lain. Mereka mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa ya dilakukannya. Mereka juga sanggup menerima cabaran yang pelbagai dan sedia menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan positif dan menganggapnya sebagai satu cabaran. Menurut 2o)enfeld (!"3$,setiapkanak-kanak yang dilahirkan adalah kreatif. ernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kan kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. 4eseorang yang kreatif itu mempunyai kemampuan mencipta sesuatu yang baru dan masa yang sama dapat mengolah idea. Kreati&iti seseorang boleh dilihat melalui

Upload: anuar-jais

Post on 07-Oct-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Forum teori fisher

TRANSCRIPT

Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang berfikir secara logik dan rigid. Adakah anda setuju dengan kenyataan ini.

Utama

Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang berfikir secara logik dan rigid, saya kurang bersetuju kerana pemikiran ini akan membataskan pembangunan idea baru. Menurut kamus Websterss (1976) pemikiran kreatif ialah, the ability to bring something new existence.Mereka yang kreatif ialah mereka yang menggunakan potensi yang ada dalam diri masing-masing. Individu yang berlainan mempunyai potensi kreativiti yang berbeza,dalam bidang masing-masing (Ainon Mohd dan Abdullah, 1996). Pemikiran kreatif adalah pemikiran yang menerbitkan idea iaitu berlawanan dengan pemikiran kritis yang membuat penilaian ke atas sesuatu idea. Idea yang diterbitkan bersifat baru dan kadang-kadang berlawanan dengan logik. Namun, pemikiran kreatif mestilah berasaskan manipulasi segala pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Menerusi pengalaman dan pengetahuan yang dimilikinya, seseorang itu akan berusaha mencari pelbagai input idea dalam pelbagai perspektif dan dimensi bagi mewujudkan idea atau hasil yang baru yang lebih baik daripada sebelumnya dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Keadaan ini dijelaskan oleh Rikards (1990) sebagai, Creativity involves escaping from stuckness and opening up possibilities. Antara ciri seseorang yang kreatif ialah mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu-satu perkara sahaja. Mereka pandai dan bijak merancang agar perkara yang dirancang itu berjalan dengan lancar. Mereka juga amat berhati-hati dan bijak membuat keputusan. Mereka dapat menghubung dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut. Oleh itu , individu yang kreatif akan dapat menterjemahkan idea dan pendapat secara spontan serta pantas. Individu yang kreatif juga berupaya menginteraksikan kemungkinan-kemungkinan dan alternatif kepada penyediaan masalah.

Balas 1

Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang berfikir secara logik dan rigid saya kurang bersetuju kerana pemikiran ini akan membataskan pembangunan idea baru. Victor Lowenfeld (1990) berpendapat galakan mengembangkan pemikiran kreatif di kalangan kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan. Antara ciri individu yang kreatif ialah mereka berupaya menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi serta mempunyai keyakinan yang optimis. Pada peringkat fleksibel, individu akan mula mempamerkan semangat toleransi dan juga dapat bertolak ansur dengan orang lain. Mereka mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang dilakukannya. Mereka juga sanggup menerima cabaran yang pelbagai dan sedia menghadapinya dengan fikiran yang terbuka dan positif dan menganggapnya sebagai satu cabaran. Menurut Lowenfeld (1975), setiap kanak-kanak yang dilahirkan adalah kreatif. Pernyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Seseorang yang kreatif itu mempunyai kemampuan mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama dapat mengolah idea. Kreativiti seseorang boleh dilihat melalui keupayaannya menyumbang dan mengolah idea tersebut kepada idea yang baru lalu melahirkan satu idea lain yang lebih bermakna.

Balas 2

Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang berfikir secara logik dan rigid saya kurang bersetuju kerana pemikiran ini akan membataskan pembangunan idea baru. Fisher (1990) menjelaskan bahawa terdapat lima tahap dalam pemikiran kreatif iaitu peringkat ransangan, peringkat penerokaan, peringkat perancangan, peringkat aktiviti dan peringkat kajian semula. Pada peringkat ransangan pemikiran kreatif diransang dengan mengemukakan pelbagai bentuk persoalan. Bagi meransang minda pelajar, guru perlu menyoal dengan pelbagai soalan yang kritikal.Pada peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu mempunyai daya pemikiran ke hadapan. Peringkat perancangan akan menggalakkan seseorang itu merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Perancangan dibuat secara verbal dan secara visual. Pada peringkat aktiviti segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan keranan pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Setelah tindakan diambil, peringkat kajian semula pula menilai keberkesanan tindakan bagi proses penambahbaikan. Pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berulang. Murid digesa memberi pendapat dan komen sebagai satu refleksi diri. Murid yang kreatif juga mempunyai sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnya termasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria. Penggunaan pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan sepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod. Mereka mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap aspek keperluan rakan sebaya dan sekelilingnya. Murid kreatif mempunyai kepekaan terhadap ciptaan, nilai estetika terhadap objek, proses artistik terhadap objek di samping penekanan terhadap apa yang dilihat.

Balas 3

Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang berfikir secara logik dan rigid, saya kurang bersetuju kerana pemikiran ini akan membataskan pembangunan idea baru. Victor Lowenfeld (1975) juga percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini berkait rapat dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan jiwa mereka sentiasa dipenuhi dengan perasaan ingin tahu yang membuak-buak. Beliau mengetengahkan teori bahawa kreativiti seorang kanak-kanak boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran (fluency) di mana idea dan pendapat diterjemahkan secara secara spontan serta pantas manakala fleksibel (flexibility) yang bermaksud kemampuan menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi. Keaslian (originality) pula menekankan keupayaan mencari idea-dea baru dan asli dan komponen seterusnya iaitu kepekaan (sensitivity) mengambilkira penggunaan sepenuhnya deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan semasa proses pengamatan dan merekod. Pada peringkat ini murid yang kreatif seringkali mengutarakan idea dan gagasan yang asli. Cetusan ideanya bukan dicedok daripada mana-mana sumber. Mereka akan sentiasa mencari idea baru yang asli dan luar biasa. Mereka tidak konservatif, malah tidak stereotaip dan konservatif. Mereka sering mempunyai kebolehan dan kelaziman yang berlainan. Idea mereka juga unik dan menarik. Hasil karya yang mereka hasilkan seringkali berbeza daripada yang biasa. Golongan yang kreatif ini juga mempunyai sifat keterbukaan dalam menerima pandangan dan cadangan orang lain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mereka mengamalkan sikap bebas serta demokratik.

Balas 4

Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang berfikir secara logik dan rigid, saya kurang bersetuju kerana pemikiran ini akan membataskan pembangunan idea baru. Carl Rogers (1959) telah menyenaraikan ciri-ciri individu yang kreatif. Ia merupakan salah satu asas kepada melahirkan seorang individu yang sihat selain daripada faktor keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri serta mengamalkan kebebasan. Beliau menegaskan kreativiti dapat mewujudkan sesuatu yang baru dan bermanfaat hasil interaksi individu dengan persekitarannya. Empat ciri utama pemikiran kreatif meliputi (i) imaginatif, (ii) keberanian, (iii) perkembangan idea dan (iv) mereka cipta. Imaginatif meliputi imaginasi yang mencapah berdasarkan pengalaman dan kemahiran sintesis cantuman idea-idea sedia ada. Keberanian boleh diertikan sebagai seseorang yang sanggup menerima risiko dan kritikan serta bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat. Perkembangan idea meliputi perluasan idea dan mensintesis idea yang ada. Mereka cipta meliputi penghasilan idea baru dan reka cipta berdasarkan alternatif (Poh, 1996). Kreativiti merupakan suatu kebolehan berfikir dan bertindak yang tidak berasaskan logik biasa kerana logik bersifat penilaian ( judgemental ) (Mohd Azhar, 2004). Tambah beliau lagi, konsep kreativiti amat luas dan tidak rigid berdasarkan ruang, tempat dan masa. Kebanyakan pengkaji beranggapan bahawa, seseorang yang dikatakan kreatif mestilah menghasilkan satu produk yang mempunyai nilai. Sebenarnya kewujudan pemikiran kreatif adalah seusia dengan kewujudan manusia. Manusia telah mengaplikasikan pemikiran secara kreatif ini tanpa disedari. Manusia biasanya menyelesaikan masalah dengan berfikir secara kreatif atau kritis. Walaupun pada hakikatnya ramai yang tidak menyedarinya.