forum soalan

12
FORUM SOALAN (1) Bincangkan manakah anda,menerapkan prinsip Falsafah Pendidikan Khas dalam bilik darjah. Pada pendapat saya, Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan biasa yang meliputi semua aspek pendidikan.Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran ,berdikari ,berhaluan boleh merancang mengurus kehidupan sendiri ,boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat.Falsafah Pendidikan Khas dibina berdasarkan 3 prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh bersepadu,pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna serta pendidikan sepanjang hayat. Saya dapat menerapakan prinsip Falasafah Pendidikan Khas dalam bilik darjah dengan merancang kaedah-kaedah khusus yang dapat memenuhi keperluan murid-murid.Sebagai seoarang guru,sekiranya saya merancang kaedah-kaedah khusus dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah ia dapat menyeluruh dan bersepadu serta selaras dengan perkembangan potensi murid- murid dari asperk JERI ( Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelek). Selain itu, pengajaran dan pembelajaran yang terancang juga dapat memupuk murid-murid golongan khas dapat berdikari sekitar mereka.Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang

Upload: letchusugu

Post on 31-Oct-2014

75 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Forum Soalan

FORUM SOALAN (1)

Bincangkan manakah anda,menerapkan prinsip Falsafah Pendidikan

Khas dalam bilik darjah.

Pada pendapat saya, Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang

sama dengan Falsafah Pendidikan biasa yang meliputi semua aspek pendidikan.Ia

menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas

agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran ,berdikari ,berhaluan boleh

merancang mengurus kehidupan sendiri ,boleh menyedari potensi sendiri dan boleh

menyesuaikan diri dalam masyarakat.Falsafah Pendidikan Khas dibina berdasarkan

3 prinsip utama iaitu pendidikan menyeluruh bersepadu,pembelajaran yang

menggembirakan dan bermakna serta pendidikan sepanjang hayat.

Saya dapat menerapakan prinsip Falasafah Pendidikan Khas dalam bilik

darjah dengan merancang kaedah-kaedah khusus yang dapat memenuhi keperluan

murid-murid.Sebagai seoarang guru,sekiranya saya merancang kaedah-kaedah

khusus dalam pengajaran dan pembelajaran bilik darjah ia dapat menyeluruh dan

bersepadu serta selaras dengan perkembangan potensi murid-murid dari asperk

JERI ( Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelek).

Selain itu, pengajaran dan pembelajaran yang terancang juga dapat

memupuk murid-murid golongan khas dapat berdikari sekitar mereka.Kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat mencapai matlamat Falsafah

Pendidikan Khas yang ditetapkan baai golongan seperti ini.

Namun ,seorang guru harus mengekalkan suasana kelas yang ceria dan

mesra supaya mereka dapat berinteraksi dan berhubung dengan

fleksibel.Pengajaran dan Pembelajaran yang diberi dapat menggembirakan serta

bermakna sepanjang hayat.Contohnya,seorang guru perlu mempunyai atau

mengenali maklumat seseorang murid dengan terperinci.Ini memudahkan guru dapat

melayan murid-murid mengikut keperluan mereka.Guru juga perlu menyediakan

aktiviti-aktiviti mengikut kategori dan kesesuaian murid supaya mereka dapat

menguasai sesuatu kemahiran dengan baik.

Page 2: Forum Soalan

Keadaan Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan secara kondusif

dapat memudahkan murid-murid golongan khas menyesuaikan diri mereka serta

dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan terperinci.Oleh itu, sebagai seorang

guru haruslah memberi tumpuan yang khas kepada golongan murid khas supaya

dapat melahirkan seorang modal insane yang dapat mencapai prinsip Falsafah

Pendidikan Khas.

Page 3: Forum Soalan

FORUM SOALAN ( 2 )

Bincangkan 5 ciri bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran.

Kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah kanak-kanak yang dapat

menjejaskan komunikasi berpunca daripada individu yang mempunyai struktur yang

cacat untuk menghasilkan pertuturan yang normal.Pendekatan pengajaran bahasa

bagi murid-murid bermasalah pendengaran dapat dilakukan dengan menggunakan

pwlbagai cirri bagi mereka dapat berkomunikasi dengan orang lain.Ciri-ciri bahasa

yang digunakan oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah komunikasi

seluruh,bahasa isyarat,ejaan jari ,pertuturan kiu dan bacaan bibir.

Komunikasi seluruh ialah tatacara pemikiran yang boleh melibatkan orang

lain dengan menggunakan alat komunikasi semasa berkomunikasi.Kaedah ini

member kanak-kanak Khas dapat berkomunikasi dan secara langsungnya mereka

dapat bertukar idea,pendapat,maklumat serta dapat mengeratkan hubungan untuk

mancapai matlamatnya.Komunikasi juga boleh dilakukan dengan sekumpulan

isyarat(signal) yang member petunjuk atau melambang sesuatu mesej.Ini

memudahkan mereka dapat menyampaikan sesuatu maklumat secara terperinci.

Bahasa Isyarat adalah satu cirri bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak

bermasalah pendengaran.Bahasa Isyarat terbahagi kepada 3 jenis iaitu Isyarat

Natif,Bahasa Isyarat Amerika(ASL) dan Komunikasi Menyeluruh Kod Tangan

Bahasa Melayu (KTBM).Ia merupakan satu system komunikasi visual dan

pergerakan tangan.Selain itu, cirri bahasa seterusnya ialah Ejaan Jari.Ejaan jari

merupakan bahagian mustahak dalam komunikasi untuk mengeja nama khas dan

perkataan yang tidak ada kod tangan.Murid menggunkan cirri ini untuk mudah

bertutur dengan orang lain.

Seterusnya,Pertuturan Kiu ialah bahasa pertuturan yang diiringi dengan kiu

tangan.Setiap kiu tangan terdiri daripada suatu bentuk tangan yang diletakkan pada

posisi tangan yang khas.Ia mempunyai 8 bentuk tangan yang digunakan untuk

bertutur antara satu sama lain.Namun,Bacaan Bibir ialah kebolehan memahami apa

yang dikata dengan bibir.Bacaan Bibir dikenali sebagai “LIP READING”.Dengan cirri

ini murid-murid golongan khas dapat memahami sesuatu pertuturan dengan

terperinci.

Page 4: Forum Soalan

Ahkirnya,cirri “AUDITORI VERBAL” ialah suatu alat pendengaran yang

digunakan untuk menekankan kemahiran mendengar saki baki pendengaran secara

lebih berkesan.Kaedah ini digunakan untuk mengajar kanak-kanak mengikut dengan

proses normal dan memberi manfaat kepada orang yang bermasalah pendengaran

yang ringan.Oleh itu, ciri –ciri bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran dapat

bertutur dan berkomunikasi mudah serta dapat menyampaikan sesuatu maklumat

dengan mudah.

Page 5: Forum Soalan

FORUM SOALAN ( 3 )

Sebagai guru apakah peranan anda dalam meningkatkan pencapaian

akademik kanak-kanak spastik?

Spastik adalah satu kecacatan yang disebabkan pada bahagian korteksmotor

yang boleh mengakibatkan kehilangan kawalan terhadap otot-otot yang boleh

dikawal.Keadaan ini akan menyebabkan pergerakan menjadi susah dan

ketidakseimbangan yang menghalang pergerakan yang sempurna dan lancer.Dalam

hal ini, guru berperanan dan juga perlu peka dengan keperluan murid-murid

disesuaikan dengan tahap umur mereka.Selain itu,guru perlu menyediakan

persekitaran yang bebas untuk bergerak secara bebas di dalam kelas.Iaitu, guru

perlu menyediakan persekitaran bilik darjah mengikut keperluan murid bagi

mencapai pembelajaran efektif.

Apatah lagi,guru juga berperanan untuk menyediakan kemudahan yang

mudah dicapai, selamat,mudah digunakan oleh kanak-kanak spastic.Guru perlu

menyediakan petunjuk atau melabelkan bahagian-bahagian di dalam bilik darjah

mahupun sekolah bagi memudahkan kanak-kanak bergerak serta mengikutinya

dengan berdikari.Keadaan ini lebih efektif kepada kanak-kanak spastik untuk

mengurus diri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain.

Selain itu, dalam pengajaran dan pembelajaran guru perlu menyediakan

pengajaran yang meningkatkan akses terutamanya dalam aktiviti atau tugas serta

membuat perubahan cara penyamapain pengajaran.Jesteru itu,guru perlu

menyediakan keperluan atau kemahiran murid-murid bagi memudahkan untuk

mencapai pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Pendidikan dalam persekitaran yang tidak terhad dapat menggalakkan

mereka menggunakan pengalaman di sekolah supaya lebih berdikari tanpa

mengharap bantuan orang lain.Namun,guru sentiasa menumpukan perhatian yang

sepenuhnya terhadap kanak-kanak spastik serta mengawasi mereka dengan

baik.Akhir kata,guru perlu memainkan peranan penting pada kanak-kanak

keistimewaan ini.

Page 6: Forum Soalan

FORUM SOALAN ( 4 )

Pada pandangan anda,apakah pendekatan yang sesuai mengajar kanak-

kanak yang mengalami masalah pelbagai kecacatan Fizikal.

Pada pandangan saya, pendekatan yang sesuai mengajar kanak-kanak yang

mengalami masalah pelbagai kecacatan fizikal ialah sebagai seorang guru ,kita perlu

peka dengan keperluan kanak-kanak seperti ini agar mereka dapat menyesuaikan

diri dengan tahap kemampuan untuk belajar.Contohnya,saya mengajar kanak-kanak

yang mempunyai “ Muscular Dystrophy”.Kanak-kanak yang mengalami masalah ini

adalah kesukaran menguasai kemahiran motor,menyebabkan mereka sukar untuk

menulis.Bagi kanak-kanak ini akan menyediakan pembelajaran yang sesuai dan

mudah efektif untuk mencapai pembelajaran.Misalnya,saya akan menggunakan

teknologi yang sesuai dan alat tulis yang sesuai untuk pergerakan tangan mereka.

Seterusnya,saya akan menggunakan penggunaan ICT bagi murid-murid

seperti ini kerana ianya dapat membantu mereka terutamanya adalam masalah

menggunakan jari.Contohnya,matapelajaran matematik dalam topic mengira mereka

menghadapi masalah mengira dengan menggunakan jari.Sekiranya guru

menggunkaan ICT pada bahagian ini maka mereka dapat mengatasi masalah

mereka dan dapat mencapai konsep pelajaran.

Selain itu, saya akan menangani masalah pendidikan yang berkaitan dengan

keperluan mereka.Saya akan sentiasa berubah persekitaran dan suasana kitaran

yang sesuai untuk mudah memenuhi keperluan mereka.Contohnya, saya akan

menyediakan petunjuk di dalam kelas dan kawasan sekolah bagi memudahkan

mereka dapat mengurus diri dengan berdikari.Kaedah ini menjadi lebih bermakna

kepada kanak-kanak seperti ini bagi mengurus diri mereka dengan sendiri tanpa

bergantung kepada orang lain.

Page 7: Forum Soalan

Jesteru itu, saya akan menyediakan penyediaan bilik darjah yang kondusif

bagi memduahkan pergerakan kanak-kanak seperti ini.Saya juga menyediakan bilik

darjah dalam keadaan ceria bagi member kanak-kanak dapat akses pengajaran dan

pembelajaran dengan mudah.Kemudahan yang disediakan mudah digunakan di

dalam kelas atau sekolah oleh kanak-kanak itu.Keadaan ini menjadi lebih bermakna

pada mereka untuk mengurus diri mereka dengan gembira tanpa mengharap

bantuan orang lain.

Peranan dan pendekatan seseorang guru amat penting bagi kanak-kanak

golongan Khas untuk mencapai satu prinsip pembelajaran yang bermakna.

Page 8: Forum Soalan

FORUM SOALAN ( 5 )

Bagaimanakah anada menangani kanak-kanak pintar cerdas yang cepat

bosan?

Kanak-kanak Pintar Cerdas ialah kanak-kanak yang mempunyai satu

kepintaran yang lebih berfokus kepada kebolehan mengadaptasi,membentuk dan

memilih keadaan yang menjurus kepada sesuatu maklumat.Bagi kanak-kanak pintar

cerdas saya akan menangani masalah cepat bosan dengan menggunakan pelbagai

kaedah yang mencabar dalam pengajaran dan pembelajaran.Saya akan

menyediakan bahan-bahan kandungan pengajaran yang sesuai dan menyediakan

aktiviti-aktiviti pelajaran yang aras kesukaran yang meningkat dan kompleks.

Selain itu, kaedah pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan

pengalaman pengayaan samaada di dalam atau di luar bilik darjah.Misalnya,aktiviti

lawatan ,aktiviti yang merancang dapat menangani cepat bosan .Akitiviti diluar bilik

darjah seperti mencarai harta kanun dan sebagainya dapat mencabar diri mereka

untuk bertindak dengan lebih pantas tanpa mengganggu orang lain.Dengan kaedah

ini kanak-kanak ini dapat menonjolkan bakat dirinya di kalangan rakannya.

Apatah lagi, aktiviti-aktiviti sasaran bahasa yang mencabar juga sesuai bagi

kanak-kanak ini .Mereka dapat melibatkan diri dan mengamalkan sikap kerap

membaca dengan meluas serta dapat memiliki tatabahasa yang tinggi.Selain itu,

guru perlu menyediakan latihan yang secukupnya agar dapat mengawal golongan

daraipada menggangu rakan setelah siap kerja.

Jesteru itu, kanak –kanak juga boleh ditangani dengan member soalan-

soalan aras tinggi ( IQ TEST) yang mencabar .Kaedah ini sesuai pada diri mereka

kerana mereka dapat berfikir dengan lebih mendalam serta mereka ini adalah

golongan kanak-kanak yang mempunyai kepintaraan daipada murid-murid

normal.Contoh aktiviti aras tinggi seperti “ SCORE A”,”TUTOR NET” dan

menyediakan pelbagai aktiviti yang menggunakan rangkaian internet juga menjadi

akitviti mencabar pada diri mereka serta dapat mencegah diri daripada cepat bosan.

Page 9: Forum Soalan

Namun,saya akan menggunakan kaedah lain itu mengeluarkan murid-murid

daripada kelas untuk subjek-subjek spesifik.Murid-murid dapat diberi ransangan

bahasa yang perlu dilakukan di luar bilik darjah bagi mengelakkan cepat

bosan.Rancangan ini dapat membantu kanak-kanak mempelajari sesuatu kemahiran

dengan cepat dan mudah berbanding dengan rakan sebaya.

Oleh itu, guru-guru boleh menangani masalah ini dengan menggunakan

pendekatan yang efektif pada diri muridnya bagai melahirkan satu generasi yang

berkarlibel.