forum rethinking

4
NAMA : NURUL SHAHIRAH BINTI SHARIFUDDIN TUGASAN: PERBINCANGAN 1 1. Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum Kurikulum berasal daripada perkataan curere yang merupakan perkataan latin yang bermaksud jejak atau laluan. Dalam bahasa Inggeris kurikulum didefinisikan jelmaan. Kurikulum dapat didefinisikan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidkan (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007). Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) pula, kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing. Saylor dan Alexander mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan dalam menyediakan kesempurnaan pembelajaran bagi mencapai tujuan secara menyeluruh dan objektif yang spesifik. Menurut Haris Md. Jadi (1991) pula, kurikulum bermaksud suatu siri rancangan pengajaran yang disusun bertujuan membolehkan pelajar menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan aplikasi ilmu tersebut. Ia juga meliputi segala matlamat pembelajaran yang dirancangkan termasuk pengalaman dan

Upload: shahirahsharifuddin

Post on 15-Feb-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RETHINKING MATHS CURRICULUM

TRANSCRIPT

Page 1: FORUM RETHINKING

NAMA : NURUL SHAHIRAH BINTI SHARIFUDDIN

TUGASAN: PERBINCANGAN 1

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum

Kurikulum berasal daripada perkataan curere yang merupakan

perkataan latin yang bermaksud jejak atau laluan. Dalam bahasa

Inggeris kurikulum didefinisikan jelmaan. Kurikulum dapat didefinisikan

sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah,

senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan

institusi pendidkan (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007).

Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan

rakan-rakan (2004) pula, kurikulum ialah semua pengalaman yang

dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk

membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah

ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing. Saylor dan Alexander

mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan dalam menyediakan

kesempurnaan pembelajaran bagi mencapai tujuan secara menyeluruh

dan objektif yang spesifik.

Menurut Haris Md. Jadi (1991) pula, kurikulum bermaksud suatu

siri rancangan pengajaran yang disusun bertujuan membolehkan pelajar

menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan aplikasi ilmu tersebut. Ia

juga meliputi segala matlamat pembelajaran yang dirancangkan

termasuk pengalaman dan kaedah mengajar, bahan-bahan pengajaran

serta teknik penilaian yang dirancangkan.

Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), kurikulum

mengandungi segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah

sekolah ataupun institusi pendidikan bagi mencapai matlamat

pendidikan. Tafsiran kurikulum yang lengkap adalah dirumuskan bahawa

Page 2: FORUM RETHINKING

kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata

yang dipilih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar

kurikulum secara teliti dan profesional demi menjadikan pelbagai jenis

aktiviti pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah

bagi semua peringkat persekolahan.

2. Rethinking Curriculum Mathematics Merujuk Kepada Aspek Apa?

Antara aspek yang perlu difikirkan semula dalam pembinaan

kurikulum matematik antaranya adalah aspek kognitif iaitu ilmu

pengetahuan dan teori. Ilmu pengetahuan dalam matematik sentiasa

berkembang dan semakin meluas, oleh itu pembinaan kurikulum

seharusnya merujuk kepada perkembangan ilmu matematik semasa.

Selain itu juga, aspek yang perlu dipertimbangkan semula dalam

pembentukan kurikulum matematik yang bermakna adalah aspek

kemahiran iaitu tingkah laku dan amalan terutamanya semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum Matematik yang dibentuk

seharusnya membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran

matematik secara mantik, bersistem, heuristik, tepat, dan teliti.

Aspek yang juga perlu dinilai semula dalam pembentukan

kurikulum matematik adalah aspek nilai dan sikap. Selain daripada

intelek, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai

moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini,

kurikulum yang dibentuk perlu mengutamakan kepimpinan pelajar

melalui kokurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah

di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan kekeluargaan

antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum pendidikan yang

sama membentuk masyrakat yang bersatu padu dan menyingkirkan

Page 3: FORUM RETHINKING

sikap prejudis antara kaum. Kurikulum juga diharap dapat melahirkan

insan yang sayang dan cintakan tanah air.

3. Kurikulum tidak seharusnya rigid. Kenapa?

Kurikulum seharusnya tidak rigid dan perlu berubah mengikut aliran

semasa dan perkembangan ilmu dan pengetahuan yang sentiasa

mengalami kemajuan dan penambahbaikan. Kurikulum seharusnya

menjadi sesuatu yang dinamik dan tidak tekal tanpa sebarang

perubahan. Perubahan pada kurikulum sekolah adalah perlu sejajar

dengan perubahan-perubahan guna tenaga manusia. Kurikulum perlu

bersifat futuristik di mana keperluan masa kini dan masa hadapan dapat

dipenuhi oleh sistem pendidikan. Usaha menerapkan nilai-nilai murni

disarankan dalam setiap mata pelajaran. Ini bersesuaian sekali dengan

gagasan untuk membina masyarakat penyayang yang disarankan oleh

Wawasan 2020. Kurikulum tidak perlu rigid kerana perubahan yang

dilakukan dalam kurikulum adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan

lagi kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa.

Sistem pendidikan yang berwibawa mestilah bersifat dinamis dan ia

perlu mengalami reformasi.

Memikirkan tentang pendidikan adalah memikirkan tentang rupa

bentuk manusia, jenis ketrampilan, matlamat-matlamat yang amat

diperlukan untuk kesejahteraan sosial dan mutu kewujudan tamadun.