forum bm

13
Forum 1 Berikan penjelasan berkaitan konsep dibawah 1. Model Pengajaran 2. Startegi pengajaran 3. Pendekatan pengajaran 4. Kaedah pengajaran 5. Teknik pengajaran Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Menurut Koh Boll Boon(1985), pengajaran adalah satu proses yang kompleks dan dipenuhi oleh pelbagai unsur termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran sekolah dan dorongan ibubapa terhadap murid itu. Model pengajaran merupakan satu perihalan persekitaran pembelajaran yang boleh dijadikan panduan guru semasa merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran seperti program multimedia, pengajaran berbantukan komputer, dan lembaran-lembaran kerja. Model-model pengajaran yang dikategorikan oleh Bruce, Weil & Calhoun(2009) ialah model pemprosesan maklumat, model Behavioral, model sosial dan model personal. Edward M. Anthony, membuat rumusan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan , kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik mengajar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pelajaran yang optimum. Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan adalah sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan- pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Kamus Dewan (1998) pendekatan

Upload: lisa-cooper

Post on 01-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

forum

TRANSCRIPT

Forum 1 Berikan penjelasan berkaitan konsep dibawah1. Model Pengajaran2. Startegi pengajaran3. Pendekatan pengajar

Forum 1 Berikan penjelasan berkaitan konsep dibawah1. Model Pengajaran2. Startegi pengajaran3. Pendekatan pengajaran4. Kaedah pengajaran5. Teknik pengajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Menurut Koh Boll Boon(1985), pengajaran adalah satu proses yang kompleks dan dipenuhi oleh pelbagai unsur termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran sekolah dan dorongan ibubapa terhadap murid itu.

Model pengajaran merupakan satu perihalan persekitaran pembelajaran yang boleh dijadikan panduan guru semasa merancang kurikulum, kursus, dan unit pengajaran seperti program multimedia, pengajaran berbantukan komputer, dan lembaran-lembaran kerja. Model-model pengajaran yang dikategorikan oleh Bruce, Weil & Calhoun(2009) ialah model pemprosesan maklumat, model Behavioral, model sosial dan model personal.

Edward M. Anthony, membuat rumusan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan , kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik mengajar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pelajaran yang optimum.

Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan adalah sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Kamus Dewan (1998) pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.

Kaedah merupakan satu siri tindakan sistematik yang digunakan oleh guru bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah sebenarnya lebih bercorak kepada jangka pendek dan ianya merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Kaedah merupakan satu siri tindakan sistematik yang digunakan oleh guru bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah sebenarnya lebih bercorak kepada jangka pendek dan ianya merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur tersusun serta berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.

Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).

Menurut Kamus Dewan (1998), pendekatan adalah sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran.

Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.

Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu. Kamus Dewan (1998) pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.

Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

Pendekatan menurut Kamus Dewan (1998) merupakan pendekatan sebagai cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Assalamualaikum

Kaedah, pendekatan dan teknik merupakan satu gabungan yang saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat diantara konsep-konsep ini apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang kondusif, ceria dan seterusnya objektif kan tercapai.

Pendekatanadalah halatuju atau arah yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran.Pendekatan ini bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar.

Kaedahpula adalah bersifat prosedur.Ia merupakan satu rencana yang menyeluruh bgi mengajar sesuatu bahasa dimana secara keseluruhannya berdasakan kepada pendekatan yang diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan pendekatan. Justeru itu, apa sahaja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah.

Teknikpula merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas. Ia merupakan taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru haruslah pandai memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

orum 5 1. Bincangkan kaedah terus dan kaedah linguistik.2. Bincangkan konsep strategi penyerapan dan gabungjalin dalam pengajaran bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kaedah merupakan langkah-langkah atau peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun rapi dan kesinambungan yang harus dituruti dengan saksama bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran (Mangantar Simanjuntak, 1982:72).

Kaedah terus merupakan salah satu kaedah mengajar Bahasa Melayu yang mengutamakan prinsip pengajaran bahasa yang berdasarkan kepada psikologi kanak-kanak.Ia bertujuan agar kanak-kanak dapat menguasai keempat-empat kemahairan bahasa dengan berkesan serta dapat juga mengaplikasikannya dalam masyarakat dan persekitaran mereka.Ia sesuai digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.Kaedah terus juga didapati sesuai bagi mempelajari bahasa kerana mempunyai persamaan dengan cara kanak-kanak menguasai bahasa ibunda tanpa menggunakan terjemahan dan kanak-kanak juga dapat bertutur dengan cepat,lancar dan fasih.

Kaedah Linguistik merupakan kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik iaitu dengan membandingkan antara dua bahasa. Pengetahuan bahasa murid-murid harus tertumpu kepada bentuk dan fungsi bahasa itu disamping aspek-aspek lain seperti bunyi, susuk ayat, makna, dan lain-lain. Kaedah ini lebih mendahului bentuk daripada makna.

Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau kemahiran daripada mata pelajaran lain. Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Ada 3 bentuk penggabungjalinan :

a)Penggabungjalinan Kemahiran

i)Penggabungjalinan Kemahiran Bahasa dalam Satu Mata Pelajaran

ii)Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran contohnya kemahiran bahasa dan kemahiran muzik.

b) Penggabungjalinan Aktiviti- boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis.

c) Penggabungjalinan Bahan -Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan, pengalaman, dan tahap pencapaian murid.

Dalam pengajaran bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti sains, matematik, sejarah, dan lain-lain.

Forum 3 Bincangkan peringkat-peringkat yang terdapat dalam pendekatan 4P dan beri contoh yang munasabah

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Kaedah merupakan prosedur-prosedur mengajar yang terbentuk melalui pendekatan pengajaran yang tertentu . Teknik pula merupakan cara-cara mengajar yang khusus dalam sesuatu kaedah pengajaran. Mengajar bahasa merupakan satu amali . Sebagai tugas amali pengajaran pertama ialah dengan cara mengikut prosedur yang lengkap tentang tatacara untuk melaksanakannya . Kedua ialah dengan cara menggunakan satu set prinsip umum bagi melaksanakan tugas tersebut.

Oleh itu, Corder ( 1975 ) berpendapat bahawa seseorang guru bahasa yang baik tidak melaksanakan tugasnya berasaskan peraturanperaturan atau resipi. Guru perlu mempunyai satu set prinsip yang dijadikan panduan bagi melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan-peraturan. Dengan perkataan lain, guru perlu mempunyai pegangan umum tentang apa yang terjadi apabila seseorang murid belajar bahasa ataupun guru juga perlu mempunyai satu teori tidak formal tentang cara mengajar bahasa .

Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran iaitu Pendekatan Deduktif, Pendekatan Induktif, Pendekatan Elektif dan Pendekatan Komunikatif. Pendekatan Deduktif mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka dengan huraian undang-undang bahasa yang hendak diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya. MIsalnya apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya .

Pendekatan Induktif pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa. Pengajaran guru dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru selanjutnya menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut. Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal. Seterusnya dengan berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan membimbing murid-murid agar sampai kepada takrif ayat tunggal.

Pendekatan Eklektif pula menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, dan ianya ditambah dengan contoh-contoh daripada murid-murid. Murid-murid dipandu untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Guru perlu mendorong murid-murid untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama. Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh. Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang-undang berkenaan yang telah guru nyatakan kepada murid-murid akan digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.

Pendekatan Komunikatif mengutamakan kecekapan berkomunikasi. Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasaiaitu penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi, kecekapan yang pertama membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya ataupun dengan orang disekeliling mereka. Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru .

Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru.

orum 4 Jelaskan ciri-ciri bagi ujian yang disebut dibawah1. Ujian Diagnostik2. Ujian Formal3. Ujian Sumatif4. Ujian Formatif

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pengujian merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran. Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran misalnya Bahasa melayu berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh murid-murid dan pemahaman mereka terhadap proses yang dikendalikan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Ujian ialah satu alat. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh yang demikian, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan.

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum khususnya dalam subjek Bahasa Melayu. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurikulum.

Ujian Formatif Satu jenis ujian formal atau tidak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Ianya bertujuan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kadar segera. Guru menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh. Masa yang digunakan untuk mengadakan ujian Formatif ialah semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan. Ujian Formatif merupakan Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soaljawab), atau formal (ujian bulan) melibatkan ujian kertas pensel dan masa yang singkat. Manakala sasarannya ialah secara individu, secara kumpulan atau kelas. Ianya juga meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal). Untuk rekod pula, tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian formal). Manakala tindakan yang dilakukan oleh guru setelah mengadakan ujian Formatif ialah membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan di dalam kelas.

Penilaian Sumatif merupakan satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan. Tujuannya adalah untuk mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas. Ia dijalankan dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu Ujian formal pula merupakan ujian yang sistematik dan teratur. Contohnya ujian topikal. Biasanya skor atau gred akan diberi kepada murid yang mengambil ujian formal ini. Pelbagai laporan juga perlu disediakan selepas ujian ini dilaksanakan. Misalnya PEDIA, post mortem, analisis item dan sebagainya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Pengujian merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran. Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran misalnya Bahasa melayu berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh murid-murid dan pemahaman mereka terhadap proses yang dikendalikan guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ujian diagnostik ialah ujian yang digunakan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah itu berlaku. Apabila sesuatu sebab dapat dikenalpasti, maka tindakan lanjutan untuk mengatasi masalah ini dapat dirancang dan dilaksanakan oleh guru. Ujian diagnostik biasanya ditumpukan kepada tajuk tertentu dan itemnya dibina secara terperinci supaya masalah yang dihadapi setiap pelajar dapat dikenal pasti bagi tajuk tersebut. Contoh ujian diagnostik ialah ujian bacaan untuk mengenalpasti masalah pelajar mengenal dan menyebut huruf.

Ujian formal melibatkan pengujian rasmi yang dijalankan oleh guru atau pihak jawatankuasa pengujian di sekolah. Ianya formal kerana sejumlah masa khusus diperuntukkan untuk menjalankan ujian berkenaan, semua pelajar akan diuji mengikut prosedur yang telah ditetapkan, harus mempunyai matlamat dan objektif pengujian, melibatkan pemberian markah dan keputusan sesuatu pengujian perlu dilaporkan kepada pihak-pihak yang relevan. Contoh pengujian formal ialah ujian atau kuiz bulanan, peperiksaan, pembentangan pelajar, portfolio dan apa jua bentuk tugasan yang perlu diberi markah.

Ujian Formatif satu jenis ujian formal atau tidak formal untuk mengesan tahap penguasaan dan kemajuan murid di dalam kelas. Ianya bertujuan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kadar segera. Guru menjalankan ujian formal atau tidak formal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada dibuat secara individu, kumpulan atau menyeluruh. Masa yang digunakan untuk mengadakan ujian Formatif ialah semasa sesi pengajaran dilakukan atau setiap hujung bulan. Ujian Formatif merupakan Ujian tidak formal (pemerhatian dan sesi soaljawab), atau formal (ujian bulan) melibatkan ujian kertas pensel dan masa yang singkat. Manakala sasarannya ialah secara individu, secara kumpulan atau kelas. Ianya juga meliputi sesuatu kemahiran (ujian tidak formal) atau beberapa kemahiran (ujian formal). Untuk rekod pula, tiada (bagi ujian tidak formal) dan penggunaan senarai semak atau rekod prestasi (bagi ujian formal). Manakala tindakan yang dilakukan oleh guru setelah mengadakan ujian Formatif ialah membetulkan kelemahan dengan kadar segera atau menjalankan aktiviti pengayaan atau pemulihan di dalam kelas.

Penilaian Sumatif merupakan satu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian dalam sesuatu tap persekolahan. Tujuannya adalah untuk mengesan pencapaian murid berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid di dalam kelas. Ia dijalankan dalam beberapa waktu berdasarkan ketetapan jadual secara individu