forum

7
F1 Ferdinand de Saussure.Beliau adalah seorang sarjana bangsa Swiss.Ia terbukti dengan terbitnya buku beliau iaitu Cours de Linguistique Generale(1916). Linguistik mempunyai beberapa cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti (1) Linguistik Deskriptif, (2) Linguistik Historis, (3) Linguistik Komparatif, (4) Sosiolinguistik, (5) Neurolinguistik, (6) Linguistik Am, (7) Linguistik Terapan, (8) Psikolinguistik, (9) Linguistik Etnografi, (10) Linguistik Fungsional, (11) Linguistik Kognitif, (12) Linguistik Matematik, (13) Linguistik Komputasi, (14) Linguistik Medis, (15) Linguistik Terapan, (16) Linguistik Pedagogi ,(17) Linguistik Kontrastif ,(18) Linguistik Renaisans,(19) Linguistik Saussure, (20) Linguistik Struktural,

Upload: yusriza-ali

Post on 11-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

FORUM

TRANSCRIPT

Page 1: Forum

F1

Ferdinand de Saussure.Beliau adalah seorang sarjana bangsa Swiss.Ia terbukti dengan terbitnya buku beliau iaitu Cours de Linguistique Generale(1916).

Linguistik mempunyai beberapa cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti     

(1) Linguistik Deskriptif,

(2) Linguistik Historis,

(3) Linguistik Komparatif,                          

(4) Sosiolinguistik,

(5) Neurolinguistik,

(6) Linguistik Am,

(7) Linguistik Terapan,

(8) Psikolinguistik,

(9) Linguistik Etnografi,

(10) Linguistik Fungsional,

(11) Linguistik Kognitif,

(12) Linguistik Matematik,

(13) Linguistik Komputasi,

(14) Linguistik Medis,

(15) Linguistik Terapan,

(16) Linguistik Pedagogi

,(17) Linguistik Kontrastif

,(18) Linguistik Renaisans,(19) Linguistik Saussure,

(20) Linguistik Struktural,

(21) Linguistik Taksonomi dan

(22) Linguistik Sinkronis

Page 2: Forum

Pada pendapat saya, Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan.Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum  sementara linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan di mana linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.

Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa.Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

F4

Sistem Ejaan Baharu Malaysia – Indonesia telah disempurnakan pada 16 Ogos 1972. Namun disebabkan masih terdapat beberapa ejaan yang perlu  dibincang dan diselesaikan, hanya pada 5 Disember 1974 Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysiaditerbitkan dan sistem ejaan ini dapat diwujudkan  dan digunakan pada hari ini.

Fonem ialah unit bunyi yang terkecil yang membezakan makna.  Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu dengan Sistem Ejaan Bahasa Indonesia diselaraskan dengan menggunakan sebanyak 26 huruf abjad tulisan rumi iaitu Aa (e), Bb (bi), Cc (si), Dd(di), Ee(i), Ff(ef), Gg(gi), Hh(ec), Ii(ai), Jj(je), Kk (ke), Ll(el), Mm(em), Nn(en), Oo(o), Pp(pi), Qq(kiu), Rr(ar), Ss(es), Tt(ti), Uu(yu), Vv(vi), Ww(dabliu), Xx(eks), Yy(wai), dan Zz(zek).

 Terdapat 6 vokal atau bunyi vokal standard dalam bahasa Melayu. Huruf-hurufnya ialah a, ə (i) pepet, e(i) taling. i, o dan u. Setiap satu huruf boleh dipakai dan digunakan  di depan, di tengah dan di belakang perkataan. Begitu juga dengan 3 diftong iaitu ai, au dan oi yang juga dipakai di depan, di tengah dan di belakang huruf. Terdapat sebanyak 26 huruf konsonan dan lima daripadanya memakai huruf gabungan iaitu gh, kh, ng, ny dan sy.

Apa kita dapat perolehi daripada Sistem Ejaan Baharu Malaysia – Indonesia ialah ianya dapat dijadikan asas bagi pembinaan dan perkembangan bahasa Melayu serantau. Ianya dibina agar dapat diterima oleh kedua-dua  golongan pengguna bahasa Melayu dan Indonesia. Selain itu, dengan adanya sistem ejaan baharu ini diharap akan dapat merapatkan jurang perbezaan dua buah masyarakat yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya.

Contoh Bentuk Pentaksiran Pendidikan Kesihatan Tahun 2.

 Tarikh: 26 April 2013

Page 3: Forum

Masa: 8.00-9.30 pagi

Tahun: 2 Azam

Bilangan Murid: 25 orang

Tema : Pemakanan Untuk Kesihatan

Sub Topik: –Kepentingan Makanan Dan Minuman Berkhasiat  

Standarad Pembelajaran: 1.3.1 Memilih makanan dan minuman yang berkhasiat 

                                                   pada setiap kali waktu makan

Objektif : Pada akhir pelajaran murid akan dapat :

 1.3  Mengetahui dan mengamalkan makanan yang sihat dan selamat

Aktiviti: 1. Guru menunjukkan beberapa makanan dan muird diminta menyebutkan 

                makanan kesukaannya.

             2. Guru memberi penerangan tengang makanan berkhasiat sambil 

            menunjukkan gambar yang terdapat dalam katalog pasaraya.

            3. Murid menyebut makanan berkhasiat. Seterusnya murid diminta   mencari 

             dan mengunting gambar.Murid mengumpul gambar-gambar makanan dan

             minuman berkhasiat.

            4. Akriviri mengkelaskan makanan berkhasiat mengikut waktu makan.

            5. Perbincangan.

 BBB : katalog pasaraya, kad manila.

Penilaian P&P : Pemerhatian, soal jawab.

 EMK: Suka memerhati Modul: m/s : 27

Nilai : Bekerjasama

 Pentaksiran/ Standard Prestasi: B2D2E1

  

Contoh Pentaksiran   ( B3D1E2)

Page 4: Forum

Nama:_________________________

Kelas:_____________________________

Tarikh:____________________________

ARAHAN:  Berpandukan katalog Gunting pasaraya dan tampalkan gambar makanan 

                 yang berkhasiat dan tidak berkhasiat dalam ruang yang betul.

MAKANAN BERKHASIAT MAKANAN TIDAK BERKHASIAT

 

 

 

Menguasai    

 

  Tidak menguasai

 

                                                                           

     ( Tandatangan:  

Page 5: Forum

F5

Pada pendapat saya perkataan dalam bahasa Melayu dieja dengan berdasarkan konsep pola keselarasan huruf vokal. Terdapat 18 pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu mengikut sistem ejaan baharu yang berkuat kuasa mulai 1972 seperti yang telah dinyatakan. Namun demikian, ejaan kata pinjaman daripada bahasa asing tidak tertakluk kepada pola-pola tersebut..Beberapa perkataan contoh daripada bahasa Indonesia seperti aneh ; awet ; pamer ; calon ; lakon ; perabot ; seksa ; gembleng ; tulen ; dan pepet.

Beberapa perkataan contoh daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah pula diterima masuk ke dalam bahasa Melayu tetapi tidak terikat kepada pola keselarasan vokal bahasa Melayu, antaranya atom ; atlet ; pakej ; diesel ; setem ; tiket ; piket ; pistol ; kriket ; krayon ; korum ; fokus ; dan bonus.Pengejaan perkataan daripada bahasa asing ini dibuat dengan berasaskan pola kecualian, iaitu yang tidak mematuhi pola yang ditetapkan. Hal ini terjadi demikian kerana perkataan daripada bahasa asing tidak akan diubah ejaan dan bunyinya sekiranya tidak benar-benar perlu. Oleh itu, kita dapati bahawa ejaan perkataan daripada bahasa asing ini seolah-olah menyamai ejaan lama bahasa Melayu (sebelum 1972), iaitu a - o ; a - e taling ; e pepet - o ; e pepet - e taling ; i - e taling ; i - o ; dan u - e taling.

Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.Lambang fonetik Contoh perkataan Nota[a] anak, tanah, lada [è] ela, semak, sate [i] iring, kita, seri [] emak, betul Tidak terdapat di hujung perkataan[o] obor, botak, moto ular, sultan, saku 

Konsonan asli bahasa MelayuDalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman. Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjamanseperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan ytidak pernah terdapat pada akhir perkataan.

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekatatau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi,lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui ronggamulut atau rongga hidung.

[p], , [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y]