forum 4 siap

3
Utama Nombor 1. Bentuk kata dalam senarai I (bangun, tidur, cantik, gentar) adalah kata tunggal yang terbentuk daripada satu morfem bebas. Kesemua kata tunggal ini, secara kebetulan adalah juga kata akar. Kesemua kata akar ini terdiri daripada bentuk dua suku kata. Bentuk kata dalam senarai II adalah pengimbuhan. Pengimbuhan ialah satu proses menerbitkan perkataan dengan mencantumkan satu atau lebih imbuhan kepada sesuatu bentuk dasar. Bentuk kata (pembangunan, menidurkan, kecantikan) adalah imbuhan yang dicantumkan sekaligus di depan dan di belakang kata dasar dipanggil apitan, manakala (gementar) adalah imbuhan yang dimasukkan ke dalam kata dasar yang dipanggil sisipan. Bentuk kata dalam senarai III (paru-paru, anai-anai, biri-biri, anak-anak) adalah dari jenis gandaan penuh. Proses penggandaan berlaku apabila bentuk dasar itu diulang, iaitu sama ada sebahagian atau seluruhnya diulang. Gandaan penuh berlaku apabila seluruh bentuk dasar diulang tanpa perubahan bunyi. Nombor 2 Fungsi imbuhan yang digunakan pada perkataan dalam II (“pembangunan” : peN-…-an) ialah untuk menghasilkan Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Nama). Fungsi imbuhan yang digunakan pada perkataan dalam II (“menidurkan” : meN-…-kan) ialah untuk menghasilkan Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Kerja) -. Fungsi imbuhan yang digunakan pada perkataan dalam II (“kecantikan” : ke-…-an) ialah untuk menghasilkan Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Adjektif) -. Fungsi imbuhan yang digunakan pada perkataan dalam II (“gementar” : “-em-“) ialah untuk menghasilkan Kata Terbitan Bersisipan (Sisipan Kata Adjektif). Jawab 1 Bentuk kata dalam senarai I (bangun, tidur, cantik, gentar) adalah jenis bentuk kata tunggal dan ianya merujuk kepada perkataan yang tidak mengalami sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Kata tunggal merujuk kepada bentuk kata akar atau kata dasar dan bentuk inilah yang mendirikan perkataan

Upload: anuar-jais

Post on 18-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Forum 4 siap

TRANSCRIPT

Page 1: Forum 4 Siap

Utama

Nombor 1.Bentuk kata dalam senarai I (bangun, tidur, cantik, gentar) adalah kata tunggal yang terbentuk daripada satu morfem bebas. Kesemua kata tunggal ini, secara kebetulan adalah juga kata akar. Kesemua kata akar ini terdiri daripada bentuk dua suku kata. Bentuk kata dalam senarai II adalah pengimbuhan. Pengimbuhan ialah satu proses menerbitkan perkataan dengan mencantumkan satu atau lebih imbuhan kepada sesuatu bentuk dasar. Bentuk kata (pembangunan, menidurkan, kecantikan) adalah imbuhan yang dicantumkan sekaligus di depan dan di belakang kata dasar dipanggil apitan, manakala (gementar) adalah imbuhan yang dimasukkan ke dalam kata dasar yang dipanggil sisipan. Bentuk kata dalam senarai III (paru-paru, anai-anai, biri-biri, anak-anak) adalah dari jenis gandaan penuh. Proses penggandaan berlaku apabila bentuk dasar itu diulang, iaitu sama ada sebahagian atau seluruhnya diulang. Gandaan penuh berlaku apabila seluruh bentuk dasar diulang tanpa perubahan bunyi.

Nombor 2Fungsi imbuhan yang digunakan pada perkataan dalam II (“pembangunan” : peN-…-an) ialah untuk menghasilkan Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Nama). Fungsi imbuhan yang digunakan pada perkataan dalam II (“menidurkan” : meN-…-kan) ialah untuk menghasilkan Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Kerja) -. Fungsi imbuhan yang digunakan pada perkataan dalam II (“kecantikan” : ke-…-an) ialah untuk menghasilkan Kata Terbitan Berapitan (Apitan Kata Adjektif) -. Fungsi imbuhan yang digunakan pada perkataan dalam II (“gementar” : “-em-“) ialah untuk menghasilkan Kata Terbitan Bersisipan (Sisipan Kata Adjektif).

Jawab 1

Bentuk kata dalam senarai I (bangun, tidur, cantik, gentar) adalah jenis bentuk kata tunggal dan ianya merujuk kepada perkataan yang tidak mengalami sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Kata tunggal merujuk kepada bentuk kata akar atau kata dasar dan bentuk inilah yang mendirikan perkataan tersebut. Kebanyakan kata tunggal boleh diperluaskan untuk membentuk kata terbitan. Bentuk kata dalam senarai II adalah jenis imbuhan. Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat dua jenis imbuhan iaitu apitan dan sisipan yang terlibat dalam bahagian II ini. Imbuhan apitan, ialah imbuhan yang hadir secara mengepit kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan meN-.....-kan dalam meN+tidur+kan,dan pem-..-an dalam pem+bangun+an. Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Misalnya –em-, dalam g+em+entar. Bentuk kata dalam senarai III adalah dari jenis pengandaan penuh terdiri daripada kata dasar iaitu paru-paru, anai-anai, biri-biri dan anak-anak iaitu proses yang mengulangi seluruh kata dasar.

Nombor 2Fungsi imbuhan dalam perkataan bahagian II ialah untuk menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar seperti berikut;

Page 2: Forum 4 Siap

a) imbuhan apitan : imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan Contoh : imbuhan ‘pem-…..-an’ dalam “pembangunan > pem+bangun+an, imbuhan ‘meN-…-kan’ dalam“menidurkan” > meN+tidur+kan), imbuhan ‘ke-…-an’ dalam “kecantikan” > ke+cantik+an)

b) imbuhan sisipan : unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan imbuhan sisipan. Contoh : imbuhan ‘…em…’ dalam ‘gementar’.

Jawab 2

Nombor 1Bentuk kata dalam senarai I adalah Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut : bangun (KVK+KVK), tidur (KV+KVK), cantik (KVK+KVK) dan gentar (KVK+KVK). Bentuk kata dalam senarai II adalah imbuhan apitan dan sisipan. Imbuhan Apitan adalah imbuhan yang mengapit kata dasar, seperti { pe- …-an} dalam pembangunan; {meN-…-kan} dalam menidurkan; {ke-….-an}  kecantikan. Imbuhan Sisipan merupakan imbuhan yang dimasukkan atau disisipkan ke dalam sesuatu kata dasar iaitu {-em-} dalam gementar.  Bentuk kata ganda adalah kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar. Bentuk kata dalam senarai III adalah dari jenis pengandaan penuh terdiri daripada kata dasar iaitu paru-paru, anai-anai, biri-biri dan anak-anak.

Nombor 2Fungsi imbuhan dalam perkataan bahagian II ialah menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan ialah morfem terikat manakala kata dasar adalah morfeem bebas yang dapat menerima imbuhan. Contoh perkataan, pembangunan (apitan kata nama), menidurkan (apitan kata kerja) dan kecantikan (apitan kata adjektif ) . Manakala perkataan gementar adalah sisipan kata kerja.