forum 2

2

Click here to load reader

Upload: akusyah91

Post on 29-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Islam AT

TRANSCRIPT

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,Melalui pembacaan saya dengan merujuk kepada tajuk Forum 2 ini, saya mendapati bahawa meskipun tindakan memuat naik gambar kubur berwarna pink tersebut dilihat hanya berbaur sindiran namun perlu juga kita fikirkan mengapa tindakan seperti itu berlaku dalam masyarakat kini meskipun telah jelas fatwa, hukum dan hadis yang dikeluarkan mengharamkan sama sekali binaan kekal diatas sesebuah kubur apatah lagi meninggikan tanah dan binaan di kubur berkenaan. Melalui pembacaan saya daripada beberapa buah buku seperti"The Grave of Tarim"yang menceritakan mengenai Perkuburan di Tarim saya melihat bahawa kubur-kubur yang dibina disana hanyalah bernisan putih dan tidak terdapat binaan lain selain nisan tersebut. Terdapat juga kubur yang dibina didalam masjid-masjid yang dibina oleh orang hadrami. Tidak pula menunjukkan binaan kubur seperti yang dimuat naik oleh pengguna media sosial berkenaan sekiranya pengaruh tersebut dilihat datang daripada Hadramaut sendiri. Namun begitu, jika dilihat melalui sejarah golongan hadrami ini yang datang ke Asia Tenggara selepas abad ke-13 kita dapat saksikan perbezaan binaan kubur itu berlaku dan paling jelas dapat dilihat di India seperti di Delhi dan juga di Indonesia yang mana ada ulama' berpendapat bahawa mengapa sesebuah kubur tersebut perlu dibina kubah diatasnya seperti yang terdapat di Delhi, India. Kita juga perlu tahu bahawa sebelum kedatangan Islam, pengaruh Hindu Buddha sudah pun terasimilasi dalam masyarakatnya dan disebabkan golongan hadrami yang datang ini juga dianggap membawa sakral atau dianggap mulia disebabkan mereka ini adalah keturunan nabi Muhammad s.a.w maka golongan ini diberi penghormatan lebih oleh masyarakat disana melalui pembinaan kubur yang berbeza daripada sepatutnya.Selain itu, jika disentuh mengenai larangan membina binaan diatas kubur pada zaman khalifah dimana diperlihatkan tindakan Saidina Umar al-Khattab R.A. berdasarkan riwayat (Bujairimi 'ala al-khathib 2/371-372) Selepas baginda melihat satu kubur yang dibina kubah diatasnya, Maka baginda merobohkannya lalu berkata:"Kamu biarkanlah mayat itu dilindungi oleh amal ibadatnya sendiri." Bahkan Nabi Muhammad S.A.W sendiri pernah memerintahkan Ali Bin Abi Talib R.A. untuk meratakan mana-mana kubur yang ditemuinya mempunyai binaan. Dalam riwayat Muslim, baginda turut pernah berpesan kepada beliau,"Jangan tinggalkan apa-apa patung berhala melainkan kamu mengubahnya dan jangan tinggalkan mana-mana kubur melainkan kamu meratakannya."Demikian bagaimana Islam menutup syirik dan Bid'ah bagi mengelak berlaku pemujaan kubur. Berkenaan dengan pemasangan audio untuk tujuan tahlilan, bacaan yassin dan sebagainya seperti yang terdapat dalam pakej tersebut, amalan membaca yassin, tahlil bukanlah sesuatu yang haram namun pelaksanaan tahlil tersebut yang tidak menepati yang sepatutnya dilakukan. Tindakan pemasangan audio si kubur benar-benar memberi anggapan bahawa keluarga si mati tidak mampu menyediakan jamuan makan bagi tujuan memberi sedekah kepada orang yang datang bertahlil dirumah. Ini kerana, orang mu'min dan munafiq akan mengalami ujian di dalam kubur yang mana orang mu'min selama 7 hari dan orang munafiq selama 40 hari didalam kubur berdasarkan Imam Sayuthi dalam kitabnya Al-Hawi. Ini bermakna, tahlil itu sendiri telah dianggap sebagai suatu sedekah kepada si mati selama hari-hari tersebut mereka di alam kubur.Kesimpulannya, tindakan membina kubur dan pakej lain yang terdapat dalam iklan tempahan kubur mengikut kehendak pelanggan itu sememangnya suatu bid'ah dan tidak wajar dilakukan kerana boleh menyebabkan jatuhnya hukum haram dan ditakuti amalan tersebut mendapat kemurkaan daripada Allah S.W.T dan hanya memberi keseksaan terhadap si mati yang menanggungnya.