forum 1 ritma & pergerakan

14
Group Forum - Group UPSI50(A122PJJ) View Message : Current Topic Forum 1 Posted By : Tee Kim Toy (D20102042540) Date posted : 24 Feb 2013 02:25:45 PM (52 read/s) Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut. Ia termasuk pergerakan lokomotor iaitu kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan, berlari dan sebagainya. Sebaliknya pergerakan bukan lokomotor pula merujuk kepada kebolehan menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manic, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya. Manakala ritma dikatakan berasal daripada pergerakan , bermula daripada dorongan semulajadi dalam diri manusia untuk bergerak dengan gaya rentakan dan daripada geraktari sebagai sumbernya telah melahirkan bentuk- bentuk ritma dan struktur muzik Kanak-kanak akan melakukan pergerakan sekiranya kanak- kanak mendengar ritma atau adunan muzik yang menarik perhatian mereka. Rasa sensasi yang terbit daripada perubahan-perubahan dari segi insensiti, tekanan, kederasan dan kebebasan bergerak dalam melakukan pergerakan dan tekanan-tekanan fizikal akan menimbulkan perasaaan riang kepada deria kanak-kanak. Pergerakan kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan menggunakan ritma dalam bentuk bunyi atau senyap,. Di sini mereka lebih berasa puas, riang, dan seronok serta dapat menyuburkan minat mereka . Sebagai contoh, daripada adunan ritma, pergerakan seperti duduk, berdiri, berjalan, melangkah,berlari,

Upload: azmi-arifin

Post on 12-Aug-2015

3.503 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ritma dan pergerakan

TRANSCRIPT

Page 1: Forum 1 Ritma & Pergerakan

Group Forum - Group UPSI50(A122PJJ)

  

 View Message : Current Topic

Forum 1

 Posted By : Tee Kim Toy (D20102042540)  Date posted : 24 Feb 2013 02:25:45 PM  (52 read/s)

Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan dia berubah atau kekal di tempat tersebut. Ia termasuk pergerakan lokomotor iaitu kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan, berlari dan sebagainya. Sebaliknya pergerakan bukan lokomotor pula merujuk kepada kebolehan menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manic, mengangkat tangan, menghayun tangan dan sebagainya.Manakala ritma dikatakan berasal daripada pergerakan , bermula daripada dorongan semulajadi dalam diri manusia untuk bergerak dengan gaya rentakan dan daripada geraktari sebagai sumbernya telah melahirkan bentuk-bentuk ritma dan struktur muzikKanak-kanak akan melakukan pergerakan sekiranya kanak-kanak mendengar ritma atau adunan muzik yang menarik perhatian mereka. Rasa sensasi yang terbit daripada perubahan-perubahan dari segi insensiti, tekanan,  kederasan dan kebebasan bergerak dalam melakukan pergerakan dan tekanan-tekanan fizikal akan menimbulkan perasaaan riang kepada deria kanak-kanak.Pergerakan kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan menggunakan ritma dalam bentuk bunyi atau senyap,. Di sini mereka lebih berasa puas, riang, dan seronok serta dapat menyuburkan minat mereka .Sebagai contoh, daripada adunan ritma, pergerakan seperti duduk, berdiri, berjalan, melangkah,berlari, membongkok dan melompat akan menjadi lebih seronok dan diminati oleh kanak-kanak  dengan rentak  atau ritma yang disertakan.  Kecenderungan ini dikaitkan dengan kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan ritma. 

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Edit | Print Message | Delete |

 

Re : Forum 1 24 Feb 2013 07:59:24 PM

Page 2: Forum 1 Ritma & Pergerakan

  Posted By     : Fadzilah Binti Mohd Sharif 24 Feb 2013 02:25:45 PM

 Reply To       :

Tee Kim Toy

  Attachment  : No File Attach

 

Pergerakan ini umum dikaitkan dengan pendidikan jasmani.  Pergerakan asas terbahagi kepada dua iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.   Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang memerlukan individu bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan pergerakan lokomotor terbahagi kepada dua jenis iaitu lokomotor ritma sekata dan lokomotor ritma tidak sekata, manakala pergerakan bukan lokomotor pula merupakan pergerakan yang tetap atau statik di sasuatu tempatpergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku.  Contoh pergerakan lokomotor ritma sekata yang biasa dilakukan merupakan berjalan, berlari, merangkak dan sebagainya manakala pergerakan lokomotor ritma tidak sekata pula seperti gallop, skip dan lain-lain.  Pergerakan bukan lokomotor seperti imbangan, duduk, mendekam dan lain-lain. Contoh pergerakan badan yang mengikut rentak ritma adalah dikenali sebagai kesedaran ritma. Rentak ritma boleh dilakukan sama ada dalam bentul rendah, tinggi, mendatar dan terputus-putus. Gabungan pergerakan badan akan menghasilkan pergerakan yang kreatif dan artistik mengikut rentak ritma. Berbagai rentak ritma dilakukan melalui melalui hasil pelbagai bentuk pergerakan seperti menghentak kaki ke lantai, bertepuk tangan, dan lain-lain. Ritma kebiasaannya berkaitan dengan muzik di mana pergerakan beritma akan terhasil apabila seseorang mendengar muzik atau irama.

  | Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 1 25 Feb 2013 10:01:31 PM

  Posted By     : Chua Hui Hiang 24 Feb 2013 02:25:45 PM

 Reply To       :

Tee Kim Toy

  Attachment  : No File Attach 

Saya memang setuju dengan pandangan cikgu. Pergerakan kanak-kanak dapat dipertingkatkan dengan menggunakan ritma dalam bentuk bunyi. Ini adalah kerana semua kanak-kanak berpotensi dalam bidang muzik. Kanak-kanak membawa kepentingan yang unik dan mempunyai kemampuan dalam mempelajari muzik. Sejak kecil, kanak-kanak sudah

Page 3: Forum 1 Ritma & Pergerakan

mampu mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis melalui idea-idea muzik. Tetapi memerlukan orang dewasa sebagai model yang berkesan. Selain itu, persekitaran pembelajaran yang pelbagai juga amat diperlukan untuk memenuhi perkembangan kanak-kanak.Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat ‘nonverbal’ .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.

  | Reply to This Message | Print Message |

Re : Forum 1 27 Feb 2013 07:43:41 PM

  Posted By     : Chai Yen Ying 24 Feb 2013 02:25:45 PM

 Reply To       :

Tee Kim Toy

  Attachment  : No File Attach

 

Selamat sejahtera,    saya bersetuju dengan pandangan saudari yang mengatakan bahawa adunan muzik dengan pergerakan akan menarik perhatian para murid. Secara umum, kita mengetahui corak pengajaran ataupun pendidikan yang lama lebih menekankan para murid dalam aspek kurikulum dan telah mengetepikan kepentingan  perkembagan fizikal. Murid-murid menghadapi tekanan pembelajran yang tinggi tetapi tiada suatu saluran yang betul untuk menolong dan membantu mereka melepaskan tekanan  yang dihadapi oleh mereka, ini  kerana waktu pendidikan jasmani mereka telah disalahgunakan untuk membelajari subjek yang dianggap lebih penting daripada pendidikan jasmani seperti matapelajaran matematik ,sains dan matapelajaran bahasa.Ini merupakan suatu kenyataan yang amat mendukacitakan , memandangkan matlamat utama dalama FPK negara kita adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang dapat berkembang secara menyeluruh tetapi bukan terhad kepada perkembangan pengetahuan akademik sahaja.Olehitu, kesedaran ritma pergerakan adalah sangat penting untuk generasi baru kita supaya negara kita dapat dipenuhi dengan bakal-bakal pemimpin yang cergas dan sihat menjelang tahun 2020. 

  | Reply to This Message | Print Message |

Page 4: Forum 1 Ritma & Pergerakan

Re : Forum 1 27 Feb 2013 10:56:47 PM

  Posted By     : Hasrina Binti Mohamed Salimin 24 Feb 2013 02:25:45 PM

 Reply To       :

Tee Kim Toy

  Attachment  : No File Attach

 

Pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak mempunyai ritma.Guru boleh memberi rangsangan bagi perlakuan seperti tepuk tangan dan bergerak mengikut ritma tepukan. Pelbagai peralatan boleh digunakan seperti alatan gendang (tamborin, loceng) dan pelbagai jenis muzik. Rangsangan pergerakan akan membantu kanak-kanak supaya lebih bersemangat melakukan sesuatu pergerakan dan akan meningkatkan lagi kreativiti mereka.

  | Reply to This Message | Print Message |

Group Forum - Group UPSI50(A122PJJ)

  

 View Message : Current Topic

Forum 1

 Posted By : Norhati Binti Taib (D20102042588)  Date posted : 03 Mar 2013 09:45:41 PM  (12 read/s)

Pergerakan adalah merangkumi gerak laku lokomotor dan bukan lokomotor. Pergerakan-pergerakan lokomotor boleh dilakukan dengan cara bergerak dan membawa badan melalui ruang dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain seperti berjalan, berlari, bergalop, berskip, melompat dan melonjak. Pergerakan-pergerakan bukan lokomotor pula dilakukan setempat dan memberi tumpuan kepada seluruh badan. Contoh-contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berpusing, menaik, merebah, memulas, meregang, membongkok dan menghayun.

        Ritma bermula daripada dorongan semulajadi dalam diri manusia untuk bergerak dengan gaya rentakan dan daripada gerak tari sebagai sumber untuk melahirkan bentuk ritma dan struktur muzik. Rasa sensasi yang muncul daripada perubahan-perubahan dari segi intensity, tekanan, kederasan, kecerdasan dan kebebasan bergerak dalam melakukan pergerakan dan tekanan-tekanan fizikal dan seterusnya menimbulkan rasa riang dan kepuasan kepada deria irama. Pergerakan-pergerakan yang dilakukan dengan berkaitan ritma akan memberi fokus kepada penggunaan pancaindera untuk mencipta sesuatu pergerakan secara berterusan. Melalui pergerakan, maka  lahirnya perasaan seronok dan riang ketika

Page 5: Forum 1 Ritma & Pergerakan

belajar.

        Pendek kata, pergerakan-pergerakan itu membantu dalam membentuk ekspresi diri yang unik untuk menyampaikan pemikiran, idea atau perasaan.

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

 

Re : Forum 1 05 Mar 2013 05:07:17 AM

  Posted By     : Noridah Bte Bejo 03 Mar 2013 09:45:41 PM

 Reply To       :

Norhati Binti Taib

  Attachment  : No File Attach

 

Pergerakan boleh merangsang daya kreativiti seseorang murid. Murid boleh menggunakan pergerakan beritma untuk melahirkan pemikiran, idea dan perasaan mereka. Potensi pergerakan muird-murid atau kanak-kanak dapat dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk aktiviti. Pergerakan beritma merupakan sesuatu aktiviti yang melibatkan murid-murid secara aktif dalam pembelajaran. Selain itu, muzik yang digunakan dalam sesuatu pergerakan dapat menimbulkan suasana dan mood yang pelbagai kepada murid-murid dalam aktiviti pergerakan kreatif. Irama dan rentak muzik yang pelbagai dapat menarik perhatian murid untuk melakukan pergerakan. Salah satu aktiviti pergerakan yang melibatkan ritma ialah menerusi gimnastik berirama. Murid-murid dapat membuat pergerakan melalui gerak-tari yang berentak dan berirama dalam gimnastik. Ini kerana dalam gimnastik irama sesuatu pergerakan dilakukan segerak dengan ritma. Gabungan pergerakan dan ritma dalam sesuatu pergerakan dapat melahirkan dan menzahirkan perasaan murid melalui pergerakan yang mereka lakukan seperti perasaan riang. Rangsangan yang diberikan melalui muzik dapat menjadikan murid lebih kreatif dalam membuat sesuatu pergerakan terutamanya dalam aktiviti berbentuk tarian..

  | Reply to This Message | Print Message |

Group Forum - Group UPSI50(A122PJJ)

  

 View Message : Current Topic

Page 6: Forum 1 Ritma & Pergerakan

Forum 1

 Posted By : Siti Nor Maizatul Akmam Bte Mahmood (D20102042826)  Date posted : 10 Mar 2013 05:31:23 PM  (12 read/s)

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

 

Ritma dan pergerakan memang tidak  dapat dipisahkan. Ia juga bagai irama dan lagu. Ritma dikatakan terhasil daripada pergerakan yang bermula daripada dorongan semula jadi yang terdapat  dalam diri manusia untuk bergerak dengan gaya rentakan tertentu. Ia boleh juga terbentuk daripada gerak tari di mana ia mampu melahirkan bentuk-bentuk ritma dan struktur muzik yang kreatif. Perkataan ritma sebenarnya berasal dari Yunani iaitu “rhythmos” yang bermaksud "apa-apa unsur yang berulang-ulang yang kerap dan  simetri". Secara amnya ritma ditakrifkan sebagai "pengulangan sesuatu pergerakan atau irama yang dicirikan oleh kuantiti dan keadaan yang berbeza-beza”. Oleh yang demikian, jelas menunjukkan bahawa ritma dan pergerakan mempunyai perkaitan dan perhubungan yang amat rapat dan saling memerlukan

 

Penguasaan kemahiran pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alat akan memudahkan seseorang kanak-kanak mempelajari kemahiran yang lebih kompleks dan sukar. Penggabungan pergerakan dan ritma mampu menjadikan kanak-kanak lebih kreatif serta menghargai nilai estetika dalam menghasilkan gerakan-gerakan berdasarkan corak dan irama bunyian itu sendiri.  Selain itu juga, penggabungan corak pergerakan dan ritma akan meningkatkan koordinasi dalam menyelaras dan menyeragamkan pergerakan-pergerakan baharu. Pembinaan pergerakan asas yang baik akan dapat membantu memperkembangkan kemahiran asas kanak-kanak untuk menjadi lebih cemerlang bukan sahaja dalam bidang sukan malah dalam kehidupan seharian mereka.

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

 Group Forum - Group UPSI50(A122PJJ)

  

 View Message : Current Topic

Page 7: Forum 1 Ritma & Pergerakan

HUNG KAIT RITMA DENGAN PERGERAKAN

 Posted By : Md. Kharol Bin A. Rahman (D20102043126)  Date posted : 10 Mar 2013 02:50:58 PM  (7 read/s)

 Ritma dan pergerakan sangat berhubung kait antara satu sama lain. Pergerakan ialah sebagai sebarang bentuk pergerakan yang dilakukan oleh seseorang dan seterusnya menyebabkan berubah kedudukan atau kekal ditempat yang sama. Ritma pula, Ritma pula , terhasil daripada pergerakan bermula daripada dorongan seulajadi dalam diri manusia untuk bergerak dengan gaya rentakan dan dari gaya gerak tari dan sebagainya melahirkan bentuk - bentuk ritma dan bentuk tari.

Perhubungan antara ritma dengan pergerakan asas adalah sangat berpaut anatara satu sama lain. Contohnya apabila muzik dialaunkanmaka pergerakan akan dilakukan. Ia akanmembentuk satu keseronokan pada diri pelajar atau kanak- kanak.Apabila pergerakan asas beritma berlaku ia akan membentuk perkembangan psikomotor,kognatif, efaktik kanak- kanak. Apabila pergerakan dan ritma digandingkan kanak- kanak akan terhibur dengan muzik dan dapat menghasilkanb corak pergerakan berita dengan cantik, sistenatik dan amat menakjubkan.Saya teruja dan berharap agar semua guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan dapatlah mengajar pergerakan berita dengan bersungguh- sungguh kerana ia akan dapat menigkatkan stamina pelajar, mood untuk belajar, bersosialisasi dan menguatkan psikomotor, menaJAMKAN MINDA DAN MENENANGKAN FIKIRAN.

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

 

Re : HUNG KAIT RITMA DENGAN PERGERAKAN11 Mar 2013 03:45:01 PM

  Posted By     : Chen Yen Peng10 Mar 2013 02:50:58 PM

  Reply To       : Md. Kharol Bin A. Rahman  Attachment  : No File Attach 

 Ya, betul. Ritma dan pergerakan memang mempunyai hubungkait yang rapat. Penggabungan pergerakan dan ritma mampu menjadikan kanak-kanak lebih kreatif, menghargai, dalam menghasilkan gerakan-gerakan berdasarkan corak bunyian. Selain itu , penggabungan ini akan meningkatkan  koordinasi dalam

Page 8: Forum 1 Ritma & Pergerakan

menyelaras dan  menyeragamkan pergerakan-pergerakan baru. 

  | Reply to This Message | Print Message |Group Forum - Group UPSI50(A122PJJ)

  

 View Message : Current Topic

forum 1

 Posted By : Noridah Bte Bejo (D20102042359)  Date posted : 04 Mar 2013 12:57:14 AM  (9 read/s)

Pergerakan bermaksud sebarang bentuk gerak yang dilakukan seseorang yang menyebabkan perubahan tempat atau  kekal di tempat tesebut. Pergerakan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu pererakan lokomoto ,pergerakan bukan lokomotor dan manipulatif alat.  Pergerakan asas memberikan penekanan kepada aspek-aspek  yang berikut  iaitu ritma  asas, ritma keratif, lagu pergerakan, permainan dan kemahiran gimnastik. Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang melibatkan pergerakan dari satu  tempat ke tempat yang lain seperti berlari, melompat dan berjalan. Manakala pergerakan bukan lokomotor adalah pergerakan dalam pelbagai bentuk  tetapi  berdiri di satu tempat sahaja iaitu tidak berubah tempat atau statik.

Ritma pula didefinasikan sebagai pengulangan  sesuatu pergerakan atau irama yang dicirikan oleh kuantiti dan keadaan yang berbeza-beza. Ritma juga boleh dikatakan terhasil daripada pergerakan. Hubungan antara ritma dan pergerakan adalah sangat rapat dan saling memerlukan. Dengan adanya gabungan pergerakan dan  ritma  sesuatu pergerakan yang dihasikan akan menjadi lebih menarik dan dapat melahirkan perasaan gembira. Sumber ritma seperti muzik  yang digunakan dalam pergerakan dapat meningkatkan koordinasi dalam menyelaraskan dan menyeragamkan sesuatu pergerakan yang dihasilkan. Muzik memainkan peranan yang penting dalam membantu menghasilkan ritma dalam pergerakan. 

 Attachment : No File Attach...

| Reply to This Message | Print Message |

 

Page 9: Forum 1 Ritma & Pergerakan

Re : forum 1 04 Mar 2013 05:10:27 PM

  Posted By     : Nooraini Bt Abdul Rahman 04 Mar 2013 12:57:14 AM

 Reply To       :

Noridah Bte Bejo

  Attachment  : No File Attach

 

Perhubungan antara ritma dan pergerakan akan menghasilkan satu bentuk persembahan yang menarik kerana ia berupaya merangsang minda untuk menghayati keindahan pergerakan dan irama serta penyepaduan keduanya untuk mengasilkan daya kreativiti yang tinggi untuk menyepadukan keduanya. Pergerakan dan ritma lebih bermakna apabila ia disulami dengan keindahan props dan peralatan yang bersesuaian dengan tema persembahan. Oleh itu tidak dapat dinafikan kepentingan irama dalam merangsang pergerakan yang menarik dan mantap. Sebagai contoh, aktiviti senaman tanpa iringan muzik menjadi hambar berbanding dengan aktiviti senaman yang menggunakan muzik. Irama digunakan dapat menghasilkan keseronokan semasa melakukan aktiviti tersebut.

  | Reply to This Message | Print Message |

Saya bersetuju dengan apa yang dijelaskan oleh saudari, Cuma saya mahu tambah sedikit berkaitan idea tentang ritma yang sangat berkait rapat dalam kehidupan kita seharian. sejak dari lahir lagi fitrah manusia sememangnya akan bertindak balas terhadap bunyi dan pergerakan, sehinggalah kanak-kanak belajar memahami arahan juga adalah melalui pergerakan dan mengumpul maklumat melalui bunyi yang didengar bagi mereka mula bercakap. Hal ini menunjukkan bahwa ritma dan pergerakan mampu menjadi bahan pengajaran yang berguna dalam untuk menerbitkan keseronokan dalam belajar. Ritma terhasil daripada pergerakan yang lahir dari diri manusia secara semulajadi untuk mendorongnya bergerak melalui gaya rentakan itulah yang akan menghasilkan ritma. Secara ringkas ritma adalah pengulangan sesuatu gerakan atau irama.di sinilah kita boleh lihat dengan lebih jelas lagi hubungan antara ritma dan pergerakan itu. Reply untuk noridah bt Bejo

Sumber ritma boleh didapati melalui muzik, alat-alat paluan dan bunyi-bunyi suara yang mengiringi pergerakan yang boleh dijadikan sebagai persekitaran untuk pengajaran. Pergerakan pula banyak bertumpu kepada potensi sumbangan terhadap perkembangan kecergasan dan potensinya sebagai penyumbang kemahiran dan memenuhi sifat semulajadi manusia, matlamat pergerakan dalam pendidikan dalam persekolahan adalah untuk menyediakan pengalaman untuk membantu para pelajar untuk mencapai

Page 10: Forum 1 Ritma & Pergerakan

keupayaan dalam hidup yang lebih aktif. Proses pergerakan ataupun aktiviti berirama dirangka untuk memanfaatkan si pengguna melalui aspek aspek ritma asas, ritma kreatif, lagu yang mengiringi pergerakan, permainan dan juga kemahiran gimnastik. Hal ini membuktikan bahawa kedua-dua mempunyai hubungan rapat yang saling berkait bagi memenuhi keperluan ritma dan pergerakan. Reply untuk noridah bt Bejo

Ritma atau muzik dikatakan berasal daripada pergerakan , bermula daripada dorongan semulajadi dalam diri manusia untuk bergerak dengan gaya rentakan dan daripada geraktari sebagai sumbernya telah melahirkan bentuk-bentuk ritma dan struktur muzik . Rasa sensasi yang terbit daripada perubahan-perubahan dari segi intensiti , tekanan , kederasan , kecerdasan dan kebebasan bergerak dalam melakukan pergerakan dan tekanan-tekanan fizikal lazimnya akan menimbulkan rasa riang dan kepuasan kepada deria irama. Ritma merupakan hanya satu aspek dalam paduan ritma dan pergerakan yang menjadi sebahagian daripada konsepsi pergerakan geraktari yang luas . Ini termasuk aspek-aspek corak yang berbentuk urutan , iringan yang dapat didengar serta daya ekspresi yang menggambarkan persepsi-persepsi dalaman yang khususnya dimanifestasikan dalam pergerakan-pergerakan geraktari. Reply to Siti Nor Maizatul Akmam Bte Mahmood

3. betul apa yang saudari kemukakan, saya juga berpendapat bahawa ritma dan pergerakan sangat penting dalam pembelajaran. Dalam proses pembelajaran samaada formal atau tidak formal penggunaan muzik, alat-alat paluan dan bunyi-bunyian suara untuk mengiringi pergerakan dapat dijadikan sebagai sebahagian persekitaran untuk pengajaran. Kanak-kanak boleh menggunakan alunan muzik untuk mengiringi pergerakan dapat dijadikan sebagai sebahagian persekitaran dan suasanan yang harmoni untuk pengajaran. Dengan iringan ritma iaitu pengulangan alunan muzik Kanak-kanak boleh menggunakannya untuk mengiringi pergerakan mereka secara sendirian atau mengiringi pergerakan melalui rakaman video, hal ini boleh menimbulkan keseronokan mereka untuk belajarsesuatu melalui proses peniruan. kanak. Selain itu guru-guru juga dapat meransang murid menggunakan alatan muzik yang ringkas sebagai sumber muzik dan mencipta kreativiti mereka tersendiri.

Reply to norhati mohd taib

Page 11: Forum 1 Ritma & Pergerakan

Soalan ini saya telah buat yang sendiri punya, tapi belum sempat balas, mungkin perlukan 3 atau lebih idea. TQ.