pergerakan 1

Upload: ismail-myl

Post on 03-Apr-2018

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    1/27

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS KENT

    TUARAN, SABAH

    JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

    (2013)

    PENDIDIKANJASMANI DAN KESIHATANPJM 3106 : ANATOMI DAN FISIOLOGI

    ISMAIL BIN LAPAGANG

    PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2012

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    2/27

    ISI KANDUNGAN

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    3/27

    PENGENALAN

    PERGERAKAN 1

    Kemahiran Olahraga : Berlari (Fasa Larian)

    Lari pecut adalah aktiviti yang memerlukan seseorang itu membuat larian untuk satu

    jarak dengan sepantas yang terdaya. Selain itu, lari pecut juga didefinisikan sebagai

    larian yang terpantas berbanding dengan larian-larian lain.

    Berlari merupakan suatu aktiviti sihat lagi menyeronokkan. Semua individu

    digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini. Tetapi untuk berlari dengan pantas ia

    memerlukan kemahiran, kebolehan dan yang lebih penting ialah kebolehan semula jadi.

    Terdapat dua faktor penting yang boleh dikuasai oleh pelari-pelari pecut yang

    mempunyai kesan terhadap kelajuan kepecutannya iaitu kelajuan kaki dan jarak

    langkah semasa berlari.

    Terdapat empat fasa dalam lari pecut, iaitu fasa permulaan, fasa berlepas,

    fasa larian dan fasa penamat. Seseorang pelari akan dapat melakukan larian yang

    baik jika dia dapat menguasai keempat-empat fasa tersebut. Setiap fasa mempunyai

    teknik yang tertentu untuk melakukannya.

    Fasa larian merupakan fasa yang agak penting kerana ia merupakan fasa

    pecutan bagi pelari untuk sampai ke garisan penamat. Fasa pecutan berlaku di antara

    jarak 30 meter dan 60 meter iaitu pada awal larian. 95% daripada kelajuan maksimum

    dicapai pada jarak kira-kira 18 meter. Apabila seorang atlet mencapai kelajuan

    maksimum, kadar pecutannya ditentukan oleh tahap kecergasan fizikal atlit.

    Setelah mengkaji dengan lebih lanjut mengenai fasa larian dengan lebih

    terperinci saya mengambil keputusan untuk memilih fasa ni sebagai analisis

    pergerakan bagi tugasan ini.

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    4/27

    OBJEKTIF

    Melalui tugasan anatomi dan fisologi PJM 3106 ini, kita dapat :

    i) Meningkatkan kesedaran tentang anatomi dan fisiologi.

    ii) Dapat mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan setelah mengetahui

    fungsi dan sistem tubuh badan.

    iii) Menjelaskan jenis-jenis penaksiran dan prosedur yang berkaitan dengan

    anatomi dan fisiologi.

    iv) Mengenalpasti dan mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk

    memperolehi pemahaman yang koheren tentang teori dan amalan.

    v) memberi penerangan umum dan terperinci, menjurus kepada aspek anatomi

    dan fisiologi seperti otot, tulang, sendi, aksi pergerakan, satah pergerakan,

    sistem tuas dan sebagainya.

    vi) Mengenali tubuh badan mereka yang boleh digunakan sebagai alat untuk

    beraktiviti dengan cara yang berkesan.

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    5/27

    FASA LARIAN

    OTOT YANG TERLIBAT

    Otot-otot kaki

    Kuadriceps

    Hamstring

    Gastrocnemius

    Anterior

    Gluteus maximus

    Otot-otot tangan

    Deltoid

    Biceps

    Triceps

    Brachioradialis

    Flexor carpiradialais

    Pectoralis Major

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    6/27

    Triceps Deltoid Biceps

    Otot tangan pada sendi bahu iaitu deltoid akan membantu ketika pelari

    menghayunkan tangan.

    Apabila tangan dalam keadaan fleksi, otot pada sendi bahu iaitu biceps akan

    mengecut manakala otot triseps akan mengendur.

    Apabila tangan dalam keadaan hyperektensi pula, otot biseps akan mengendur

    dan otot triseps akan mengecut.

    Otot triseps dan biseps ini bersifat antagonis ketika pergerakan tangan.

    Otot pektoralis major pada sendi bahu terlibat apabila pelari menghayunkan

    tangan.

    Flexor carpi radialisBrachioradialis

    Pektoralis major

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    7/27

    Apabila kaki dalam keadaan flexi, otot pada sendi pinggul iaitu hamstring akan

    mengecut untuk meluruskan kaki dan kuadriceps akan mengendur. Apabila kaki dalam keadaan hyperektensi, otot hamstring akan mengendur dan

    otot kuadriceps akan mengecut untuk meluruskan kaki.

    Otot gluteus maximus yang terletak pada sendi pinggul pula akan mengecut

    untuk menarik tulang femur.

    Otot gastrocnimius pada sendi lutut akan mengecut untuk menarik tumit

    manakala otot anterior iaitu tibialis akan mengendur.

    KuadricepsAnterior

    Gluteus

    maximus

    Gastrocnimius

    TumitHamstring

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    8/27

    OTOT RANGKA

    Otot rangka merupakan sejenis otot bersitra yang menghubungkan antara satu

    tulang ke tulang yang lain. Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan postur badan,

    dengan mengenakan daya kepada tulang dan sendi melalui pengecutan. Otot rangkamengecut secara terkawal melalui stimulasi saraf.

    Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang dan nukleus berbilang.

    Nukleus otot ini terdapat di bawah membran plasma yang mengosongkan bahagian

    tengah gentian otot untuk miofibril. Aturan unik ini membenarkan pergerakan yang lebih

    berkesan. Otot ini biasanya mempunyai salah satu hujungnya terlekat kepada tulang

    pegun seperti skapula, dan hujung satu lagi melintasi sendi dan melekat kepada tulang

    yang lain seperti humerus).

    Bagi fasa larian, otot yang terlibat ialah:

    Otot pada sendi bahu iaitu

    deltoid, biceps dan triceps.

    Otot pada sendi siku iaitu

    brachioradialis dan Flexor

    carpi radialis

    Otot pada sendi bahu iaitu

    pictoralis major.

    Otot pada sendi pinggul iaitu

    gluteus maximus, hamstring

    dan Kuadriceps.

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Otot_berstria&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Dayahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tulang&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sendi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Nukleushttp://ms.wikipedia.org/wiki/Membran_plasmahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Miofibril&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Skapula&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Humerus&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Humerus&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Skapula&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Miofibril&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Membran_plasmahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nukleushttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sendi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tulang&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Dayahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Otot_berstria&action=edit&redlink=1
  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    9/27

    OTOT- OTOT YANG TERLIBAT KETIKA FASA LARIAN

    BIL. OTOT UTAMA OTOT YANGTERLIBAT

    PENERANGAN

    1. Tangan Deltoid

    Biseps Bersifat antagonis

    Triseps Apabila tangan diflexikan, otot

    biseps akan mengecut dan

    otot triseps akan mengendur.

    Apabila tangan dalam keadaan

    hyperekstensi, otot biseps

    akan mengendur dan otot

    triseps akan mengecut.

    2 Badan Pektoralis major Terlibat ketika pelari

    menghayunkan tangan

    Pectoralis

    major

    biseps

    triseps

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    10/27

    3 Punggung Gluteus maximus Akan mengecut untuk menarik

    tulang femur

    4 Kaki Kuadriseps Mengecut untuk meluruskan

    kaki

    Hamstring Mengecut untuk

    membengkokkan kaki

    Bersifat antagonis

    Gastrocnemius Bersifat antagonis

    Mengecut untuk menarik tumit

    Otot anterior akan mengendur

    5 Tumit Akan ada tolakan ke bawah

    dan ke belakang

    Hamstring

    kuadrisep

    gastrocnemius

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    11/27

    PENERANGAN: SENDI DAN TULANG YANG TERLIBAT KETIKA BERLARI

    Ketika fasa larian ini, hanya tulang dan sendi di bahagian tangan serta tulang

    dan sendi bahagian kaki yang terlibat secara langsung.

    1) BAHAGIAN TANGAN

    Lengkungan pektoral ( skapula dan klavikel)

    TULANG SKAPULA DAN KLAVIKEL

    Terdiri daripada 2 tulang, iaitu klavikel di anterior dan skapula di

    posterior.

    Klavikel berbentuk rod dan diletak secara mengufuk di bawah leher.

    Di satu hujung,tulang klavikel bersendi dengan sternum dan satu

    hujung lagi bersendi dengan skapula.

    Skapula ialah tulang leper yang berbentuk segi tiga.

    Satu hujung skapula mempunyai lesung glenoid (ball and socket

    joint) untuk bersendi dengan kepala humerus tulang lengan.

    Persendian yang terbentuk disebut sendi bahu.

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    12/27

    Tulang lengan (terdiri daripada humerus,ulna, radius, karpus, metakarpus

    dan falanks).

    TULANG LENGAN DAN TULANG HUMERUS

    Humerus merupakan tulang lengan atas yang panjang. Di hujung

    anterior, humerus bersendi dengan skapula melalui sendi lesung. Di

    hujung posterior, alur yang disebut troklea pada humerus bersendi

    dengan tulang radius-ulna melalui sendi engsel(pivot joint).

    Radius-ulna merupakan dua batang tulang lengan bawah yang tersusun

    hampir selari dan berpaut di kedua-dua hujungnya. Bahagian atas ulna

    bersendi dengan troklea dan fosa olekranon, manakala hujung bawah

    radius-ulna pula bersendi dengan tulang karpus.

    Karpus merupakan tulang pergelangan tangan.

    Metakarpus atau tulang tapak tangan bersendi dengan falanks (sendi

    gelongsor/ saddle joint), iaitu tulang jari dan karpus. Metakarpus terdiri

    daripada 5 batang tulang jari.

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    13/27

    Falanks terdiri daripada 14 batang tulang. Ibu jari mempunyai 2 tulang

    falanks manakala jari-jari lain setiap satunya mempunyai 3 batang

    tulang falanks.

    2) BAHAGIAN KAKI

    Lengkungan Pelvis

    Terdiri daripada 2 tulang punggung ( pelvic girdle)serupa yang

    bercantum dengan turus vertebra di bahagian posterior.

    Setiap tulang punggung terdiri daripada 3 bahagian iaitu illium, iskium

    dan pubis.

    Obturator foramen merupakan satu bukaan yang dilingkungi iskium dan

    pubis. Bukaan ini membenarkan salur darah, saraf dan ligamen

    melaluinya.

    Pada kedua-dua sisi lengkungan pelvis, terdapat lesung asetabulumyang membentuk sendi lesung dengan tulang femur.

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    14/27

    Tulang Kaki ( femur, tibia, fibula, tarsus, metatarsus, dan falanks)

    Femur merupakan tulang paha dan mempunyai satu kepala berbentuk

    bebola yang bersendi dengan sendi asetabulum pada sisi lengkungan

    pelvis.

    Hujung bawah femur bersendi dengan tulang tibia melalui sendi

    engsel/ Hinge joint (sendi lutut). Sendi ini ditutup oleh tulang tempurung

    lutut yang disebut patela.

    Tibia-fibula merupakan tulang kaki bawah yang terdiri daripada

    percantuman tulang tibia dan tulang fibula. Hujung bawah tibia-fibula

    bersendi dengan tarsus. Sendi ini dikenali sebagai sendi pelana (plane

    joint). Tibia mempunyai saiz yang lebih besar daripada fibula.

    Tarsus ialah 5 tulang pada pergelangan kaki yang bersendi dengan

    metatarsus. Sendi ini dikenali sebagai sendi gelongsor. Tumit kaki

    merupakan tarsus yang paling besar. Hanya satu tulang tarsus yang

    bersendi dengan tibia-fibula melalui sendi pelana.

    Metatarsus ialah tulang pada tapak kaki dan bersendi dengan falanks,

    iaitu tulang jari kaki melalui sendi ellipsoid.

    Falanks terdiri daripada 14 tulang kecil. Seperti falanks pada jari tangan,

    ibu jari dibentuk oleh 2 tulang falanks manakala jari kaki yang lain

    terdiri daripada 3 tulang falanks.

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    15/27

    NAMA TULANG DAN SENDI YANG TERLIBAT PADA FASA LARIAN

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    16/27

    TULANG YANG TERLIBAT DALAM FASA

    LARIAN

    Metakarpus dan falanks

    Skapula dan humerus

    Humerus dan radius-ulna

    Lengkungan pelvisdan femur

    Tarsus dan metatarsusFemur dan fibia tibula Tarsus dan fibia-tibula

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    17/27

    SENDI YANG TERLIBAT DALAM FASA

    LARIAN

    PENERANGAN

    SENDI BAHU/LESUNG-

    SENDI GLENOID

    SENDI SIKU/ ENGSEL-

    SENDI LESUNG/

    PINGGUL- SENDI

    SENDI LUTUT-

    PATELA

    SENDI PELANASENDI GELUNGSOR/

    PERGELANGAN KAKI

    SENDI JARI/ELIPSOID

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    18/27

    PERGERAKAN SENDI KETIKA FASA LARIAN

    KETIKA FASA LARIAN:

    1) SENDI LESUNG DI SENDI BAHU DAN SENDI PINGGUL

    Sendi bola dan soket (sendi lesung Glenoid) pada menghubungkan tulang

    skapula dengan tulang humerus. Sendi bahu ini membantu dalam menggerakkan

    tangan ke sisi dan ke atas ketika berlari. Sendi ini dinamakan sendi lesung kerana Ia

    boleh menggerakkan tangan pada semua satah. Sendi lesung di bahagian punggung

    pula membantu kaki untuk bergerak dengan pantas pada semua satah ketika berlari.

    Sendi lesung di punggung ini dikenali sebagai sendi pinggul.

    2) SENDI ENGSEL DI SENDI SIKU DAN SENDI LUTUT

    Sendi engsel di sendi siku membantu dalam menggerakkan otot pada tulang

    humerus dan tibia-fibula ke atas dan bawah secara antagonis. Ia juga mebenarkan

    tangan dibengkokkan ke atas dan ke bawah pada pergerakan satu satah sahaja. Sendi

    engsel di sendi siku ini dikenali sebagai sendi pivot kerana ia berupaya untuk

    menggerakkan tangan secara rotasi ke kiri dan ke kanan apabila digerakkan. Fungsi

    sendi engsel di siku sama dengan sendi engsel di lutut. Sendi ini dinamakan patella di

    mana ia menghubungkan tulang femur dengan tibia-fibula. Sendi lutut ini juga

    membantu dalam membengkokkan kaki ke atas dan ke bawah pada satu satah

    pergerakan

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    19/27

    3) SENDI JARI / SENDI ELIPSOID (BAHAGIAN JARI KAKI DAN TANGAN)

    Dalam fasa larian ini juga, sendi ellipsoid atau sendi jari membantu pelari

    menggerakkan jari secara rotasi pada sudut 90 darjah. Sendi jari merupakan salah satu

    jenis sendi engsel kerana ia bergerak pada satu satah sahaja. Sendi ellipsoid ini

    melibatkan sendi jari di bahagian tangan, metakarpus dengan falankas dan sendi jari

    kaki iaitu metatarsus dengan falanks. Sendi-sendi jari ini membantu pelari dalam

    mengurangkan rintangan ketika berlari, terutama sekali apbila jari tangan digenggam.

    4) SENDI PERGELANGAN KAKI ( SENDI PELANA)

    Ketika berlari juga, sendi di pergelangan tangan yang menghubungkantulang

    tarsus dengan tibia dan fibula di kaki juga digunakan. Sendi pelana atau sendi di

    pergelangan kaki ini membantu menggerakkan kaki ke atas dan ke bawah ketika

    berlari. Ini menyebabkan tumit kaki dapat diangkat ketika berlari. Ia menggerakkan

    anggota badan pada dua satah pergerakan.

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    20/27

    5) SENDI PERGELANGAN TANGAN ( SENDI GELUNGSUR)

    Seterusnya ialah sendi gelungsur. Sendi gelungsur terdapat di antara tulang

    tarsus dengan metatarsus di bahagian pergelangan kaki dan tulang karpus dengan

    metakarpus di bahagian pergelangan tangan. Sendi ini dapat membantu dalam

    menggerakkan pergelangan tangan kaki atau tangan ke atas dan ke bawah ketika

    berlari.

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    21/27

    NAMA PERGERAKAN SEMASA LARIAN

    PERGERAKAN SEMASA FASA LARIAN:

    a) Kedudukan Badan

    - Semasa berlari, badan digerak ke hadapan oleh kuasa yang dihasilkan oleh

    tolakan ke belakang tapak-tapak kaki pada permukaan larian. Kuasa

    menggerakkan ini dan cara penggunaanya yang berkesan mewujudkan kelajuan

    yang diharapkan oleh pelari.

    - Semasa berlari, seorang pelari seharusnya memecut ke satu kelajuan yang

    boleh dikekalkan dan kekalkan kelajuan itu.

    - Pengekalan kelajuan adalah selaras dengan Hukum Newton pertama dan ini

    menolong menjimatkan tenaga ; meningkatkan pemecutan dan awal pemecutan

    akan menyebabkan banyak tenaga terbuang dan mudah menyebabkan

    seseorang pelari berasa letih.

    - Badan pelari mestilah condong semasa berlari ; condongkan badan sebanyak 20

    darjah dari garis menegak. Keadaan condong ini mengurangkan rintangan angin

    dan pada masa yang sama memastikan pusat graviti adalah di hadapan hujung

    tapak kaki yang mendahului.

    - Kedudukan pusat graviti ini menyebabkan kuasa tidak hilang dan digunakan

    untuk menggerakkan badan ke hadapan. Sebaliknya, pusat graviti di belakang

    hujung kaki menyebabkan awal pecutan berlaku dan lebih tenaga diperlukan

    untuk memastikan kelajuan tidak hilang.

    Rajah 1: Kedudukan badan semasa fasa larian.

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    22/27

    b) Kedudukan Lutut

    - Semasa berlari, lutut pelari seharusnya diangkat tinggi. Ini menyebabkan kaki

    lambat diletakkan atas permukaan sebelum digerakkan semula, menyebabkan

    kaki belakang yang menolak melakukan ektensi penuh (hypertensi). Inimengurangkan sudut antara kaki dengan permukaan dan menghasilkan kuasa

    tolakan ke belakang yang lebih berkesan.

    Rajah 2: Kedudukan lutut.

    c) Kaki

    - Bagi acara lari pecut atau jarak dekat seperti 100m dan 200m, pelari seharusnya

    menggunakan bebola kaki (menjengket) sahaja bagi menyentuh tanah

    sepanjang larian. Ini bagi mempercepatkan larian. Kedudukan kaki tersebut

    dipanggil planta. Bagi acara larian jarak jauh seperti 1500m, pelari menggunakan

    seluruh tapak kaki menyentuh tanah.

    Rajah 3: Kedudukan kaki semasa fasa larian.

    Planta Flexion

    Bebola Kaki

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    23/27

    d) Kedudukan Tangan

    - Pergerakan tangan menyokong pergerakan kaki semasa berlari. Hayunan

    tangan yang kuat ke depan dan ke belakang menyebabkan kaki melangkah jauh

    ke hadapan.

    Hayunan

    Tangan

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    24/27

    ISTILAH NAMA PERGERAKAN

    FLEXION:

    Membengkok pergerakan yang berkurangan sudut antara dua bahagian.

    Contohnya: membengkok siku

    EXTENSION:

    Lawan kelenturan; satu membetulkan pergerakan yang pertambahan sudut

    antara bahagian badan.

    HYPEREXTENSION:

    Awalan hyper- kadangkala ditambah untuk menegaskan pergerakan melebihi

    kedudukan lumrah, ibarat dalam hyperflexion atau peluruslampauan (hyperextensi)

    PENGENALAN AKSI-AKSI PERGERAKAN BADAN

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    25/27

    NAMA PERGERAKAN BADAN SEMASA FASA LARIAN

    FLEXION

    FLEXION

    HYPEREXTENSION

    HYPEREXTENSION

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    26/27

    ISTILAH SATAH TUBUH :

    SAGITTAL:

    Satah yang membahagikan tubuh kepada

    bahagian kiri dan kanan.

    CORONAL:

    Satah yang membahagikan tubuh kepada

    bahagian depan dan belakang.

    TRANVERSE:

    Satah yang membahagikan tubuh kepada

    bahagian atas dan

    bawah.

  • 7/28/2019 Pergerakan 1

    27/27

    KEDUDUKAN SATAH TUBUH BADAN SEMASA FASA LARIAN

    SATAH SAGITTAL YANG MEMBAHAGIKAN KIRI DAN KANAN

    KIRI KANAN