audio visual sebagai kaedah pengajaran pergerakan(1)

12
AUDIO VISUAL SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN PERGERAKAN 158 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK UNIT 10 AUDIO VISUAL SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN PERGERAKAN HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menjelaskan definisi audio visual dalam pengajaran pergerakan. 2. Menghuraikan jenis-jenis serta ciri-ciri audio visual yang sesuai untuk pengajaran pergerakan kanak-kanak. 3. Membincangkan kepentingan audio visual kepada kanak-kanak dan guru dalam pendidikan pergerakan.

Upload: ha-nieem

Post on 01-Jan-2016

515 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Audio Visual Sebagai Kaedah Pengajaran Pergerakan(1)

AUDIO VISUAL SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN PERGERAKAN

158 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

UNIT 10

AUDIO VISUAL SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN PERGERAKAN

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:

1. Menjelaskan definisi audio visual dalam pengajaran pergerakan.

2. Menghuraikan jenis-jenis serta ciri-ciri audio visual yang sesuai untuk pengajaran

pergerakan kanak-kanak.

3. Membincangkan kepentingan audio visual kepada kanak-kanak dan guru dalam

pendidikan pergerakan.

Page 2: Audio Visual Sebagai Kaedah Pengajaran Pergerakan(1)

AUDIO VISUAL SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN PERGERAKAN

159 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

PENGENALAN

engajaran dan pembelajaran pergerakan kepada kanak-kanak juga boleh dilakukan

menggunakan kaedah audio visual. Malah, penggunaan elemen audio visual ini lebih

menambah warna warni dalam kaedah yang kreatif dan menarik dalam pengajaran pergerakan

kanak-kanak. Apa yang paling penting kaedah audio visual ini lebih memudahkan bagi guru-guru sama ada

dalam peringkat perancangan mahupun peringkat perlaksanaannya. Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan

guru dalam pendidikan awal kanak-kanak terutamanya lebih kerap memilih penggunaan audio visual dalam

pengajaran pergerakan sama ada melibatkan pergerakan lokomotor ataupun pergerakan bukan lokomotor.

Dengan kata lain kaedah ini lebih memberi keselesaan dan kesenangan kepada guru memilih pendekatan

yang sesuai serta berkesan dalam pendidikan pergerakan kanak-kanak.

ISI KANDUNGAN

DEFINISI AUDIO VISUAL

ecara ringkasnya beberapa definisi telah diberikan bagi menjelaskan makna kaedah audio visual

dalam pendidikan. Antaranya ialah audio visual merupakan kaedah yang melibatkan atau

menggunakan pendengaran dan penglihatan dalam usaha mengajar atau menyampaikan

maklumat dan lain-lain. Lebih tepat kaedah yang mengambil kira pengabungan penggunaaan elemen

pandang dan dengar. Audio visual juga ditakrifkan sebagai satu proses penyampaian maklumat atau

informasi dari sumber kepada satu penerima atau lebih dengan cara menvisualisasikan dan

memperdengarkan maklumat atau informasi kepada penerima. Dalam bidang pembelajaran pula, audio

visual boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan

dimainkan di kaca TV (Tomalin, 1986).

P

S

Page 3: Audio Visual Sebagai Kaedah Pengajaran Pergerakan(1)

AUDIO VISUAL SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN PERGERAKAN

160 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

JENIS-JENIS AUDIO VISUAL

Audio visual terdiri daripada beberapa jenis iaitu filem, video, televisyen, dan cakera vidoe interaktif. Audio

visual ini sememang mudah didapati dan tidak selalu sukar untuk digunakan oleh guru-guru.

Page 4: Audio Visual Sebagai Kaedah Pengajaran Pergerakan(1)

AUDIO VISUAL SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN PERGERAKAN

161 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

CIRI-CIRI AUDIO VISUAL

Adakah semua jenis audio visual perlu mempunyai ke semua ciri-ciri ini bagi

memastikannya sebagai satu audio visual yang berkesan.

Page 5: Audio Visual Sebagai Kaedah Pengajaran Pergerakan(1)

AUDIO VISUAL SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN PERGERAKAN

162 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

Bunyi dan Suara

atu ciri yang menentukan sama ada audio visual itu berkesan atau tidak ialah bunyi dan suara.

Bunyi dan suara merupakan dua fizikal media yang penting untuk menarik perhatian kanak-

kanak terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran pergerakan. Walau

bagaimanapun kehadiran elemen bunyi menganggu persembahan haruslah dielakkan. Hal ini kerana

elemen bunyi dan suara ini jika bersesuaian akan membantu menguatkan penyampaian mesej dengan

lebih jelas. Misalnya bunyi dan suara binatang yang didengari akan dapat membantu kanak-kanak dalam

mengenal pasti jenis atau nama binatang tersebut dengan lebih mudah. Dalam aktiviti yang melibatkan

pergerakan psikomotor, bunyi lagu dan muzik merupakan elemen yang sangat penting. Sering kali

pergerakan dilakukan dengan iringan muzik. Contohnya seperti pergerakan dalam tarian, pergerakan

manipulatif dan senaman aerobik.

Pergerakan

ergerakan merupakan satu lagi ciri yang terdapat pada audio visual yang menjadikannya satu

bahan pembelajaran yang unik. Penggunaan audio visual membolehkan pergerakan sesuatu itu

dipercepat atau dilambatkan bergantung kepada keperluan pembelajaran pada masa itu. Jika

murid perlu mengikuti pergerakan dalam aktiviti yang melibatkan psikomotor misalnya tarian, maka

pergerakan gambar atau peristiwa gerak tari itu perlu dilambatkan supaya kanak-kanak dapat memahami,

meniru atau mengikuti dan menguasai langkah dalam gerak tari tersebut.

S

P

Page 6: Audio Visual Sebagai Kaedah Pengajaran Pergerakan(1)

AUDIO VISUAL SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN PERGERAKAN

163 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

Warna

Warna merupakan ciri yang paling menarik dalam audio visual sebagai bahan pengajaran dan

pembelajaran. Warna dapat memantapkan pemahaman kanak-kanak. Warna asal perlu ditunjukkan

kepada murid untuk memperlihatkan keaslian. Jika dikaitkan peranan warna dengan pergerakan tidaklah

begitu jelas pentingnya, namun adanya unsur warna dalam sesuatu visual yang ditunjukkan menarik

perhatian kanak-kanak untuk fokus seterusnya meniru pergerakan yang dilakukan. Kepelbagaian warna

sangat menarik bagi kanak-kanak dalam pembelajaran mereka.

Saiz

aiz juga merupakan ciri yang penting dalam audio visual. Dalam penggunaan audio visual saiz

sesuatu tulisan atau gambar itu dibesarkan atau dikecilkan mengikut kesesuaian dengan ruang

mahupun jumlah audian yang menonton. Saiz tulisan dan saiz gambar yang bersesuaian sangat

mempengaruhi kejelasan mesej yang hendak disampaikan. Sekiranya saiz kecil, kanak-kanak sukar untuk

melihat dan memahami. Saiz yang besar pula, membantu kanak-kanak untuk melihat dengan lebih jelas.

Kejelasan

enggunaan audio visual yang digunakan haruslah jelas dari segi saiz, gambar, pencahayaan,

warna dan sebagainya. Kejelasan penting dalam audio visual kerana ia mempengaruhi

kefahaman kanak-kanak dalam pembelajaran. Dalam pembelajaran pergerakan, sekiranya

gambar tidak jelas bagaimana kanak-kanak boleh meniru gerak yang dilakukannya.

S

P

Page 7: Audio Visual Sebagai Kaedah Pengajaran Pergerakan(1)

AUDIO VISUAL SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN PERGERAKAN

164 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

PERANAN AUDIO VISUAL TERHADAP PERGERAKAN

Membolehkan kaedah pengajaran yang lebih fleksibel.

o Penggunaan audio visual dalam pengajaran-pembelajaran memberikan lebih banyak pilihan

tentang kaedah pengajaran yang boleh digunakan

Meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus

o Audio visual juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak membuat pergerakan secara bebas dan

kreatif mengikut audio visual yang didengar dan dilihat.

o Melalui audio visual, perkembangan motor kasar dan motor halus dapat ditingkatkan dengan

tayangan video yang ditunjukkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Memberi kepuasan dalam mempelajari sesuatu pergerakan

o Jika kanak-kanak aktif bermain dan bergerak secara tidak langsung dapat memupuk sifat

keyakinan diri, kepimpinan dan toleransi dalam diri mereka.

KEPENTINGAN AUDIO VISUAL KEPADA KANAK-KANAK

Meluaskan pengalaman kanak-kanak

o Penggunaan audio visual sebagai bahan bantu mengajar memberikan satu pengalaman baru

kepada kanak-kanak.

o Audio visual dapat memberi gambaran yang sebenar kepada kanak-kanak.

Page 8: Audio Visual Sebagai Kaedah Pengajaran Pergerakan(1)

AUDIO VISUAL SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN PERGERAKAN

165 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

o Kanak-kanak dapat merasa seolah-olah mereka berada atau turut serta dalam suasana yang

digambarkan

o contohnya : menayangkan video suasana di dalam hutan

Mengubah sikap kanak-kanak

o Audio visual digunakan sebagai agen pemujuk dan ia lebih berkesan daripada kaedah lain.

o contohnya :Guru menayangkan video cerita ‘Lion King’ yang dapat menimbulkan suasana emosi

kasih sayang dan pengorbanan antara ayah dan anaknya.

Mudah memahami idea dan konsep

o Kanak-kanak dapat memahami penerangan dan gambaran secara menyeluruh.

o Dapat mengelakkan kekeliruan dan salah tafsir tentang sesuatu konsep atau idea.

o Untuk membantu kanak-kanak memahami subjek dengan lebih mudah.

o Daya tumpuan meningkat

Memberi motivasi kepada kanak-kanak

o Keseronokan belajar akan menimbulkan minat kanak-kanak.

o Penggunaan audio visual dapat merangsang kanak-kanak untuk belajar dengan lebih baik.

Meningkatkan kreativti kanak-kanak

o Aktiviti audio visual dapat mendorong kanak-kanak dalam berimaginasi.

Page 9: Audio Visual Sebagai Kaedah Pengajaran Pergerakan(1)

AUDIO VISUAL SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN PERGERAKAN

166 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

KEPENTINGAN AUDIO VISUAL KEPADA GURU

Memperluaskan kaedah dan penggunaan bahan bantu mengajar

o Penyediaan alat bantu mengajar (ABM)

o Contohnya: Guru tidak perlu menyediakan alat dan bahan seperti manila kad, gambar, kamus dan

sebagainya.

Penjimatan masa dan tenaga

o Melalui bahan audio visual yang telah disediakan oleh guru atau melalui bahan pengajaran yang

dibekalkan oleh sekolah, guru dapat menjimatkan masa melukis rajah yang agak kompleks di atas

papan tulis.

Memudahkan proses pengulangan

o Dengan menggunakan audio visual, sesuatu penerangan boleh dilakukan secara berulang-ulang.

o Audio visual yang disediakan oleh guru boleh digunakan untuk mengajar ke kelas-kelas yang lain

atau boleh digunakan oleh guru-guru yang lain dengan lebih mudah dan cepat.

Page 10: Audio Visual Sebagai Kaedah Pengajaran Pergerakan(1)

AUDIO VISUAL SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN PERGERAKAN

167 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

BAGAIMANA GURU MENGGUNAKAN AUDIO VISUAL DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN?

Pemilihan audio visual dalam pengajaran dan pembelajaran

o Guru boleh menggunakan pelbagai bentuk media untuk dijadikan BBM pengajaran.

o Setiap media mestilah mempunyai perkaitan dengan isi pelajaran serta nilai yang hendak

diterapkan.

o Guru hendaklah memilih audio visual dengan menilai beberapa aspek penting seperti :

- mesej yang terkandung dalam video.

- kejelasan video dari aspek bunyi dan imej.

- kesesuaian video dengan isi pelajaran.

- kesesuaian video dengan aras pengajaran dan pembelajaran.

Perancangan

o Penggunaan audio visual perlu dirancang dengan sistematik melalui tiga peringkat:

o Sebelum :

- Guru perlu merancang masa, aktiviti yang sesuai dan audio visual yang sesuai dengan

topik pengajaran supaya penggunaan audio visual sampai kepada kanak-kanak.

- Guru berbincang dengan murid tentang pengalaman yang lepas disamping menerangkan

istilah atau perkataan baru dan menerangkan kandungan yang hendak dipelajari pada hari

tersebut.

o Semasa :

- Semasa tayangan ia perlulah dijalankan tanpa gangguan suara atau perlakuan guru

kecuali jika perlu.

- Guru juga harus menonton bersama kanak-kanak serta menunjukkan minat terhadap

tayangan

Page 11: Audio Visual Sebagai Kaedah Pengajaran Pergerakan(1)

AUDIO VISUAL SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN PERGERAKAN

168 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

o Selepas :

- Guru perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bertanya

- Guru juga boleh mengemukakan soalan ringkas kepada kanak-kanak dan membuat

refleksi.

Rancang satu aktiviti melibatkan pergerakan psikomotor yang menggunakan kaedah

sistematik audio visual untuk kanak-kanak berumur 6 tahun. Laporkan perancangan anda ini dalam bentuk

kertas kerja.

KESIMPULAN

enggunaan audio visual bukanlah sesuatu yang baru dalam pendidikan pergerakan. Namun

kepentingan penggunaanya kurang diserlahkan dan dibincangkan sedangkan peranan audio

visual ini sangat bermakna sama ada kepada kanak-kanak mahupun guru. Malah kekangan dari

segi peralatan dan kemudahan menyebabkan guru kurang mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran

mereka terutamanay guru-guru yang berada di kawasan luar bandar.

RINGKASAN

1. Audio visual merupakan kaedah yang melibatkan atau menggunakan pendengaran dan

penglihatan dalam usaha mengajar atau menyampaikan maklumat dan lain-lain.

2. Audio visual terdiri daripada filem, video, televisyen dan cakera interaktif video.

3. Bunyi dan suara merupakan dua fizikal media yang penting untuk menarik perhatian kanak-kanak

terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran pergerakan.

P

Page 12: Audio Visual Sebagai Kaedah Pengajaran Pergerakan(1)

AUDIO VISUAL SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN PERGERAKAN

169 PSIKOMOTOR DAN PERGERAKAN KANAK-KANAK

4. Penggunaan audio visual membolehkan pergerakan sesuatu itu dipercepat atau dilambatkan

bergantung kepada keperluan pembelajaran pada masa itu.

5. Saiz tulisan dan saiz gambar yang bersesuaian sangat mempengaruhi kejelasan mesej yang

hendak disampaikan.

6. Kejelasan penting dalam audio visual kerana ia mempengaruhi kefahaman kanak-kanak dalam

pembelajaran.

PENILAIAN KENDIRI

1. Berikan jenis-jenis audio visual yang sesuai digunakan dalam pengajaran pergerakan.

2. Nyatakan apakah kepentingan kaedah audio visual ini dalam pengajaran pergerakan psikomotor kepada

kanak-kanak.

3. Apakah kebaikan penggunaan kaedah audio visual kepada guru dalam pengajaran mereka.

4. Jelaskan apakah peranan kaedah audio visual dalam pengajaran pergerakan psikomotor.

RUJUKAN

Koster, J.B. (2001). Growing artists: Teaching art to young children. 2th Edition. New York: Thomson

Delmar Learning.

Loy Chee Luen. (2010). Seni visual kanak-kanak: Modul pengajaran dan pembelajaran. Petaling Jaya:

L.C.L.

Mariani Md Nor, Mohd. Sofian Omar-Fauzee (2012). Trend dan isu dalam mainan dan peluahan kreatif

kanak-kanak. Kuala Lumpur: Pearson.

Mayesky, M. (2002). Creative activities for young children. 7th Edition. New York: Thomson Delmar

Learning.