format dan contoh catatan refleksi pdp

2
UNIT PRAKTIKUM DAN AMALAN PROFESIONAL, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG FORMAT & CONTOH CATATAN REFLEKSI PdP Mesti ditulis tangan. Disediakan sebaik sahaja tamatnya setiap sesi pengajaran dan pembelajaran dan lampirkan bersama RPH yang berkenaan ISU/PERKARA YANG DIBERI FOKUS BUKTI/ANALISIS/PENJELASAN CADANGAN TINDAKAN SUSULAN (PENCEGAHAN/PENAMBAHBAIKAN) KEKUATAN/ KELEBIHAN: Pelaksanaan Set Induksi Dengan menggunakan teknik bercerita saya telah berjaya mewujudkan kesediaan dan memotivasikan murid-murid saya. Cerita tentang Dua Sekawan yang saya sampaikan dengan iringan muzik latar telah berjaya menarik tumpuan dan perhatian semua murid. Nampaknya saya telah berjaya memotivasikan mereka. Cerita tersebut juga sememangnya amat berkaitan dengan tajuk yang saya ajar hari ini. Eloklah jika saya gunakan “puppet” semasa menyampaikan cerita agar ianya lebih realistik dan dapat menarik lebih perhatian dan tumpuan semua murid. Saya juga perlu pergi ke Pusat Sumber Sekolah untuk mengenal pasti jenis-jenis bahan sumber yang ada dalam pusat sumber tersebut. KELEMAHAN/ KEKURANGAN: Penyebatian Unsur Kemahiran Berfikir Pemilihan kemahiran berfikir, iaitu kemahiran Membanding Beza adalah kurang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang saya ajar pada hari ini. Nampaknya saya kurang memberi perhatian tentang penerapan unsur kemahiran berfikir semasa merancang Rancangan Pengajaran Harian. Di samping itu, saya juga lupa menyediakan alat berfikir dan bahan rangsangan yang sesuai dengan kemahiran berfikir tersebut. Saya hendaklah memastikan bahawa kemahiran berfikir yang dipilih mestilah sesuai dan berkaitan dengan tajuk dan isi pelajaran yang saya akan sampaikan. Saya harus menyediakan bahan rangsangan yang relevan dengan kemahiran berfikir yang hendak diterapkan dan bahan rangsangan tersebut juga seharusnya berkaitan dengan isi pelajaran. Disemak oleh Mentor Tandatangan : Disemak oleh Guru Besar Tandatangan : 71

Upload: japar-yusup

Post on 21-Dec-2015

82 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

internship

TRANSCRIPT

Page 1: Format Dan Contoh Catatan Refleksi PdP

UNIT PRAKTIKUM DAN AMALAN PROFESIONAL, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

FORMAT & CONTOH CATATAN REFLEKSI PdP

Mesti ditulis tangan. Disediakan sebaik sahaja tamatnya setiap sesi pengajaran dan pembelajaran dan lampirkan bersama RPH yang berkenaan

ISU/PERKARA YANG DIBERI

FOKUSBUKTI/ANALISIS/PENJELASAN

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN(PENCEGAHAN/PENAMBAHBAIKAN)

KEKUATAN/KELEBIHAN:

PelaksanaanSet Induksi

Dengan menggunakan teknik bercerita saya telah berjaya mewujudkan kesediaan dan memotivasikan murid-murid saya. Cerita tentang Dua Sekawan yang saya sampaikan dengan iringan muzik latar telah berjaya menarik tumpuan dan perhatian semua murid. Nampaknya saya telah berjaya memotivasikan mereka. Cerita tersebut juga sememangnya amat berkaitan dengan tajuk yang saya ajar hari ini.

Eloklah jika saya gunakan “puppet” semasa menyampaikan cerita agar ianya lebih realistik dan dapat menarik lebih perhatian dan tumpuan semua murid.

Saya juga perlu pergi ke Pusat Sumber Sekolah untuk mengenal pasti jenis-jenis bahan sumber yang ada dalam pusat sumber tersebut.

KELEMAHAN/KEKURANGAN:

Penyebatian Unsur

Kemahiran Berfikir

Pemilihan kemahiran berfikir, iaitu kemahiran Membanding Beza adalah kurang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang saya ajar pada hari ini. Nampaknya saya kurang memberi perhatian tentang penerapan unsur kemahiran berfikir semasa merancang Rancangan Pengajaran Harian. Di samping itu, saya juga lupa menyediakan alat berfikir dan bahan rangsangan yang sesuai dengan kemahiran berfikir tersebut.

Saya hendaklah memastikan bahawa kemahiran berfikir yang dipilih mestilah sesuai dan berkaitan dengan tajuk dan isi pelajaran yang saya akan sampaikan.

Saya harus menyediakan bahan rangsangan yang relevan dengan kemahiran berfikir yang hendak diterapkan dan bahan rangsangan tersebut juga seharusnya berkaitan dengan isi pelajaran.

Disemak oleh Mentor

Tandatangan :Nama : Tarikh:______

Disemak oleh Guru Besar

Tandatangan :Nama : Tarikh:________

71