fonetik ialah kajian yang diperhatikan berdasarkan organ

Download Fonetik Ialah Kajian Yang Diperhatikan Berdasarkan Organ

If you can't read please download the document

Upload: nurhidayah-sahalan

Post on 18-Jun-2015

1.977 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

mayb ni membantu korang wt tugasan

TRANSCRIPT

Fonetik ialah kajian yang diperhatikan berdasarkan organ atau anggota tubuh manusia yang mewujudkan bentuk ucapan. Manakala,fonemik ialah proses pengeluaran bunyi yang melibatkan bunyi bunyi bahasa di mental dan belum dilafazkan. Kajian ini melibatkan organ pertuturan, sifat bunyi bahasa (akustik) dan pendengaran (auditori). Manakala definisi bagi fonetik adalah merupakan bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenarankebenaran umum dan memformulasikan hukum-hukum umum tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik pula memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi kemungkinan pengenalan dan pengucapan buniyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, baik bunyi bahasa, bukan bunyi bahasa, maupun bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi, yakni menurut Drs. Lufti Abas (1985). Menurut ahli linguistik Barat seperti Kenstowicz dan Kisseberth (1979) pula, The study of the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics. Pernyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan kira-kira seperti berikut: Pengkajian tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang digunakan semasa bertutur ialah fonetik.Di sini, terdapat tiga pendekatan yang boleh dirumuskan, yakni penyebutan, pendengaran, dan sifat bunyi iaitu pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik dalam pengkajian fonetik. Pertama sekali ialah pendekatan penyebutan. Dalam pendekatan ini, para pengkaji akan meneliti cara bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan oleh alatalat artikulasi. Sehubungan dengan itu, cabang fonetik ini juga turut dikenali sebagai fonetik artikulasi. Kemudiannya ialah pendekatan pendengaran. Dalam pendekatan ini pula melibatkan penggunaan alat-alat yang canggih untuk mengkaji pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa. Melalui cara pendekatan sebegini, bunyi-bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran, dan sebagainya juga dapat dikesan dengan lebih efektif.

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 1

Seterusnya pula, deskripsi mengenai bunyi-bunyi tersebut dapat dilakukan. Akhir sekali merupakan pendekatan dalam sifat bunyi. Dalam pendekatan sebegini, alat-alat tertentu seperti palatogram, letromiografi, dan laringoskopi adalah digunakan untuk mengkaji sifat-sifat bunyi fizikal bunyi bahasa yang diucapkan. Dengan penggunaan alat-alat tersebut, bunyi-bunyi bahasa itu tadi dapat digolongkan dalam kategori masing-masing. Cabang fonetik ini juga dikelali sebagai fonetik akustik.

FONEM-FONEM BAHASA MELAYU Vokal Vokal merupakan bunyi bersuara iaitu ketika dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan. Vokal dibahagikan seperti di bawah boleh dibahagiakan kepada tiga bahagian, iaitu: i. Vokal hadapan ii. Vokal tengah iii. Vokal belakang Kedudukan vokal ditunjukkan seperti rajah di bawah:

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 2

Berdasarkan kepada gambar rajah di atas dapat digambarkan kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri terdiri daripada bahagian hadapan lidah, bahagian sebelah kanan merupakan bahagian belakang lidah manakala bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Jelas bahawa lidah merupakan alat artikulasi yang berfungsi dalam penghasilan bunyibunyi vokal dan dalam pembahagian bunyi-bunyi vokal. Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah :

Berdasarkan gambar rajah di atas jelaslah bahawa lidah berfungsi dalam pembahagian jenis-jenis bunyi vokal. Selain itu, kedudukan lidah mempunyai hubungan dengan bunyi vokal yang akan dibunyikan. Selain itu, bibir juga memainkan peranan yang tersendiri dalam penghasilan bunyi vokal. Menurut Adul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir boleh berbentuk seperti berikut: Hampar Separuh hampar Bundar

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 3

Separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau bundar dan separuh bundar. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:

KONSONAN Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.dalam bahasa melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 4

Daerah sebutan Cara sebutan Letupan Letusan Sengau Geseran Getaran Sisian Separuh Vokal

Bibir

Gusi

GusiLelangit Keras

Lelangit Keras (Palatal)

Lelangit lembut

Pita suara

p b

t d c j

k g

m f v

n r l s z

h

w

y

Carta Konsonan Melayu Bunyi konsonan di sebelah kiri = konsonan tidak bersuara Bunyi konsonan di sebelah kanan = konsonan bersuara Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,gusi,lelangit keras,lelangit lembut,pita suara,glotis dan rongga hidung.

TUGASAN :

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 5

Transkripsikan satu ayat yang terdiri daripada lebih kurang lima patah perkataan dan huraikan cara pengeluaran setiap bunyi bahasa yang sekurang-kurangnya terdiri daripada 10 bunyi yang berbeza berserta gambar rajah pengeluarannya. Fonetik adalah kajian bunyi pertuturan. Dalam ayat di atas, terdapat 19 bunyi yang terdiri daripada 5 vokal dan 13 konsonan. Bunyi-bunyi tersebut adalah [ f ], [ o ], [ n ], [ e ], [ t ], [ i ], [ ], [ a ], [ d ], [ l ], [ h ], [ k ], [ j ], [ b ], [ u ], [ y ], [ p ], [ ] dan [ r ]. Bunyi-bunyi di atas merupakan bunyi yang terhasil daripada pelbagai cara pengeluaran baik konsonan mahupun vokal.

Vokal Hadapan Sempit atau Tinggi [ i ] Udara dari paru-paru keluar berterusan melaui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Lelangit lembut pergi ke belakang tekak untuk menutup rongga hidung. Hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak membuat sekatan kepada arus udara manakala bibir dalam keadaan dihamparkan. Pita suara kemudiannya dirapatkan dan digetarkan. Contoh kehadiran vokal ini dalam perkataan adalah : Awalan Pertengahan Akhiran Ikan, insan, ikhlas, irama Jelita, cantik, minum, air Juri, tepi, beli, cari

Vokal Hadapan Separuh Sempit atau Separuh Tinggi [ e ]

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 6

Bagi menghasilkan bunyi vokal /e/ pula, bahagian bibir atas dan bibir bawah hendaklah dihamparkan. Kemudian, hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/. Manakala lelangit lembut dan anak tekak pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan. Bersamaan dengan itu juga, bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan. Contoh kehadiran vokal ini dalam perkataan adalah seperti berikut : Awalan Pertengahan Akhiran Ekor, enak, Kekok, belok, petak, mereka Tauge, kole

Vokal Hadapan Luas atau Rendah [ a ] Turut dikenali juga sebagai vokal hadapan lampau rendah. Untuk menghasilkan bunyi vokal tersebut, hadapan lidah hendaklah diturunkan serendah yang mungkin. Kemudian lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup bahagian nasal. Seterusnya udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Walau bagaimanapun,udara yang keluar ini tidak mengalami sebarang halangan. Sebaliknya, bibir pada ketika ini adalah dalam keadaan yang melampau (hampar) dan bunyi yang dihasilkan pula ialah bunyi [a]. Contoh kehadiran vokal [a] dalam perkataan adalah : Awalan Angsa, alis, atur, alamNurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 7

Pertengahan Akhiran

Satu, patah, markah, luas Dua, liga, raya, lupa

Vokal Tengah [ ] Untuk menghasilkan vokal ini, bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga hidung. Pita suara dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan bergetar. Bibir pula dalam keadaam biasa. Bunyi // akan dihasilkan di mana vokal ini pula hanya terdapat di bahagian awalan dan di pertengahan perkataaan sahaja. Awalan Pertengahan mak, mas blah, clah

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 8

Konsonan letupan dua bibir bersuara [ b ] Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta merta dengan mengetarkan pita suara. Contoh kehadirannya dalam ayat adalah : Awalan Pertengahan Akhiran Bayang, bulat, bijak, busuk Sabtu, lumba, labu Kelab, maktab, tiap, adab

Konsonan letupan pita suara (hentian glotis) [ ]

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 9

Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara. Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru terhasillah bunyi hentian glotis. Hentian glotis di akhir perkataan-perkataan yang dieja dengan huruf /k/. Hentian glotis hanya hadir pada akhir perkataan seperti : Akhiran buda, kaka, poko, kapa

Konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ]. Konsonan letusan dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dariparu-paru. Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan perlahanlahan, menghasilkan bunyi letusan.(berbanding dengan letupan yg dihasilkan dgn serta merta ). Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, arus udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan perlahan-lahan dengan menggetarkan pita suara. Contoh kehadiran [ j ] dalam perkataan adalah seperti berikut : Awalan Pertengahan Jambu, jamu, jual, jari Laju, panjiNurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 10

Akhiran

Kolaj, kolej, caj

Konsonan geseran bibir gigi tak bersuara [ f ] Konsonan /f/ adalah konsonan pinjaman. Cara menghasilkannya ialah dengan merapatkan bibir bawah ke gigi atas supaya menjadi sempitan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan sempitan bibir bawah dan gigi atas. Glotis direngangkan dan pita suara tidak bergetar. Contoh kehadiran konsonan pinjaman ini dalam perkataan ialah : Awalan Pertengahan Akhiran Feri, fasa, faham Nafas, lafaz, kafir, safari Mualaf, khilaf, alaf

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 11

Konsonan getaran gigi-gusi bersuara [ r ]. Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara menggetarkan lidah. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran, iaitu konsonan getaran gusi [r]. Bahagian hujung lidah dinaikkan ke gigi-gusi dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang keluar daripada paru-paru melalui rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah ke gigi-gusi. Pita suara digetarkan. Sebagai contoh: Awalan Pertengahan Akhiran Rambut, rumah, rakan, rotan Arah, kerap, perap, seru Getar, malar, gusar, cakar

Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n]. Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut. Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung. Satu perbezaan antara bunyi-bunyi sengau dengan bunyi-bunyi lain ialah hakikat bahawa sewaktu menghasilkan bunyibunyi sengau, arus udara keluar melaui rongga hidung oleh sebab lelangit lembut diturunkan. Bahagian hujung lidah dirapatkan ke bahagian gig-gusi. Kemudian, lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Udara yang dikeluarkan melalui paru-paru disalurkan terus melalui ronggaNurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 12

hidung sambil pita suara digetarkan. Semua bunyi sengau dalam bahasa Melayu adalah bunyi bersuara. Contoh sengauan dalam pemakaian perkataan adalah : Awalan Pertengahan Akhiran Nasi, nenas, naga, niaga Kena, benam, tanak, senam Segan, makan, ikan, perawan

Konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ]. Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan sisian, iaitu sisian gusi, [ l ]. Konsonan sisian gusi dihasilkan dengan cara hujung lidah diangkat ke arah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara yang dikeluarkan dari paru-paru disalurkan melalui rongga mulut, tetapi hanya dapat keluar melalui tepian lidah (sisi lidah). Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran [ l ] dalam perkataan: Awalan Pertengahan Akhiran Langit, lapar, lima, lemon Balik, bila, villa, nila Katil, pukul, kerdil, cekal

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 13

Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [y]. Bibir dan lidah mengambil kedudukan vokal [ i ]. Bahagian depan lidah diangkat agak tinggi ke arah lelangit keras dengan bibir dihamparkan. Lelangit lembut itu sendiri terangkat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk mengeluarkan vokal tengah. Sebagai contoh: Awalan Pertengahan Yuran, Bayar, tayar, sayu

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 14

BIBLIOGRAFI Abdullah Hassan (2005). Linguistik Am Siri Pengajaran Bahasa Melayu. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd Abdul Hamid Mohamad (2002). Printext (M) Sdn.Bhd Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar. ( 2006 ). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Goay Teck Chong, Choo Say Tee & Zainuddin Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa Melayu Kertas 1. Ipoh: Pearson Malaysia Sdn. Bhd Nor Hisham Osman. (2001). Pengenalan Linguistik dan Bahasa-bahasa Austronesia. Shah Alam : Al-Hikmah Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin (2002). Bahasa Melayu Stpm (Kertas Satu Dan Dua). Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn.Bhd Nik Safiah Karim & Wan Malini Ahmad. ( 2006 ). Fonologi, Bahasa Melayu STPM. Ipoh: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Fonetik Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media

Nurhidayah Binti Sahalan (JEA090113) 15