folio zaim

8
Folio Sivik TAJUK Nama Guru : Puan Elin Akaw DISEDIAKAN OLEH: NAMA KELAS 1.Malcolm Sulliman 3 B 2.Muhd Zaimuddin 3 B 3.Aaron Gibson 3 B 4.Irvine Allen 3 B “Tokoh’’

Upload: nor-rahiyah-zakaria

Post on 10-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

folio

TRANSCRIPT

Folio SivikTAJUK Tokoh

Nama Guru : Puan Elin Akaw

DISEDIAKAN OLEH:NAMAKELAS

1.Malcolm Sulliman3 B

2.Muhd Zaimuddin3 B

3.Aaron Gibson3 B

4.Irvine Allen3 B

Isi KandunganBilPerkaraHalaman

1Penghargaan2

2.Pengenalan3

3. Frasa dan contoh frasa dari novel Perjudian4

4EMPAT [4] pola ayat dasar bahasa Melayu15

5Penutup17

6Rujukan17

Tan SriDatuk Amar Dr.P. Ramlee

P. Ramlee dalam filemMadu Tiga(1964)

KelahiranTeuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh22 Mac192940A, Counter Hall Road,Pulau Pinang,Malaysia

Meninggal dunia29 Mei1973(umur44)

SebabkematianSerangan jantung

Tempat mayat dijumpaiNo. 22, Jalan Dedap,Taman P. Ramlee,Setapak,Kuala Lumpur

PerkuburanPusara IslamJalan Ampang, Kuala Lumpur

Tugu peringatanPustaka Peringatan P. Ramlee

Tempat tinggalNo. 22, Jalan Dedap, Taman P. Ramlee, Setapak, Kuala Lumpur

WarganegaraMalaysia

Nama lainRamli Puteh

EtnikMelayu Aceh

Pendidikan Sekolah Melayu Kampung Jawa Francis Light English School(1939-1941) Japanese Navy School (Kaigun Gakko) Penang Free School(1945-1947)

PekerjaanPenyanyi,pelakon,pengarah filem,pemuzik,penulis lagu

Tahunaktif1945[nota 1]- 1973

Organisasi Gelanggang Film(1958) Sazara Film (1970) PERFIMA(1970) Rumpun Melayu Film (1973)

AgamaIslam

Pasangan Junaidah Daeng Harris (1950-1954) Noorizan Mohd Noor (1955-1961) Saloma(1961-1973)

Anak Mohamad Nasir (1953) Arfan (1954)

Ibu bapa Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim Che Mah Hussein

Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee (dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh; 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Most Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo). Beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem sepanjang hayatnya.

Pendidikan Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa danFrancis Light English School. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran diPenang Free Schoolsehingga meletusnyaPerang Dunia Kedua.[1]Ketika beliau masih bersekolah di Penang Free School, beliau dikenali sebagai pelajar yang kemas dari segi tulisan dan mempunyai bahasa yang menarik. Pada waktu tengah hari, beliau mempelajari pendidikan Islam dan pada sebelam malamnya, beliau aktif bersukan. Guru beliau, Encik Hashim adalah bapa kepadaAhmad Daud. Setiap hari, beliau akan disuruh oleh Encik Hashim untuk menghantar buku-buku pelajar ke rumahnya. Sebelum pulang ke rumah, beliau seringkali dipelawa untuk makan di rumah Encik Hashim.Ketikazaman pendudukan tentera JepundiTanah Melayu, beliau belajar di Japanese Navy School (Kaigun Gakko) sebelum kembali ke Penang Free School apabila perang tamat.

Latar belakangBeliau telah dilahirkan pada 22 Mac 1929, iaitu selepas khutbah selesai pada pagiHari Raya AidilfitridiPulau Pinang. Beliau adalah anak kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Sebelum Che Mah melahirkannya, Che Mah telah mengadu sakit perut pada sebelah paginya. Tetapi, bapanya harus menunaikan sembahyang raya. Mujurlah ibu Che Mah tinggal bersama-sama dengannya. Ibu Che Mah telah memanggil bidan dan orang ramai mula berkumpul di rumah mereka. Selepas pulang daripada menunaikan solat, Teuku Nyak Puteh mendapati anaknya telah selamat dilahirkan. Ibu Che Mah telah memanggil cucunya dengan panggilan "Ramlee" kerana kesukaran memanggil nama "Teuku Zakaria".Teuku Nyak Puteh merupakan anak tunggal yang berasal dariLhokseumawe,Acheh. Bapanya mengembara untuk menjadi pelayar kerana merajuk kepada salah seorang ahli keluarganya. Akhirnya, beliau berkenalan dengan seorang janda bernama Che Mah Hussein. Perkenalan ini telah menyebabkannya berkahwin dengan Che Mah pada tahun 1925 diKampung Kubang Buaya,Butterworth. P. Ramlee mempunyai seorang adik-beradik tiri melalui perkahwinan pertama ibunya, iaitu Syeikh Ali. Ibunya meninggal akibatpenyakit barah gusi, ketika P. Ramlee dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang.