folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

22
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh SK. ST. Francis, Melaka Penjajahan & Kebangkitan tokoh Nama : Akhilan a/l Loga Nathan Kelas : 5 Neptune No. I/C : 030530 – 04 - 0163 Nama Guru : Puan Norsham Akhilan 5 Neptune Page 1

Upload: ginny-ganga-gouri

Post on 26-Sep-2015

234 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kajian tempatan

TRANSCRIPT

Kajian Tempatan Tahun 5

Kajian Tempatan Tahun 5Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

SK. ST. Francis, Melaka

Penjajahan & Kebangkitan tokoh

Nama : Akhilan a/l Loga NathanKelas : 5 NeptuneNo. I/C : 030530 04 - 0163Nama Guru : Puan Norsham

Biodata MuridNama : Akhilan a/l Loga NathanUmur : 11 tahunTarikh Lahir : 30.05.2003Nama Ayah : Loga NathanNama Ibu : Ginny Ganga GouriBil. Adik beradik : TiadaCita cita : JuruteraHobi : Memetik gitar dan baca komik.Falsafah Hidup : Dont worry be happy.

Penghargaan

Penghargaan yang tidak terhingga serta ucapan terima kasih saya ucapkan kepada guru pembimbing iaitu Puan Norsham, ibubapa, rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak bagi menyumbangkan idea, kerjasama dan sokongan sepanjang penghasilan folio ini.

Isi KandunganPerkaraMuka Surat

1.0 Pengenalan (Konsep Penjajahan)5

2.0 Kedatangan Kuasa Luara) Kuasa Luar dan kawasan yang dikuasaib) Kronologi Kedatangan Penjajah6

6

7

3.0 Tujuan Kedatangan Kuasa Luar8

4.0 Banding Beza Tujuan Kedatangan Penjajah British dan Jepun9

5.0 Penentangan Oleh Tokoh Tempatana) Nama Pemimpin dan tokoh tempatan mengikut zaman penjajahanb) Peristiwa penentangan oleh pemimpin tempatan10

10

10

6.0 Kesimpulan14

7.0 Lampiran15

8.0 Bibliografi 18

1.0 Pengenalan (Konsep Penjajahan)Kedudukan Negara kita yang strategik dan kaya dengan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar datang ke Negara kita. Secara tidak langsung kuasa luar sudah mula berminat untuk menjajah Negara kita untuk pelbagai tujuan. Konsep penjajahan boleh terbahagi kepada tiga iaitu:a) Konsep Imperialisme : Penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan sempadan politik dan kedaulatan negara.b) Konsep Kolonialisme : Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan pengaruh terhadap negara yang dijajah. Sama ada pengaruh dalam bidang politik, ekonomi dan sosio budaya berasaskan peradaban dan budaya penjajah.c) Konsep Mekantilisme : Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan kuasa dalam aspek ekonomi. Membolot kekayaan ekonomi dan keuntungan untuk negara penjajah. Menjadikan negara jajahan bergantung ekonomi dengan negara penjajah.Penjajahanberlaku apabila sebuahnegaramenguasai negara atau bangsa lain - selalunya melalui cara yang agresif atau ketenteraan dan menyaksikan wilayah diambil dengan cara ini. Istilah penjajahan danimperialismekadang-kadang digunakan bertukar ganti tetapi sarjana selalunya membezakan di antara kedua-duanya; penjajahan bagi satu negara yang menguasai negara lain melalui kuasa politik, dan imperialisme lebih kepada istilah umum untuk penguasaan politik atau ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

2.0 Kedatangan Kuasa LuarNegara kita terletak di tengah tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat. Kekayaan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar datang untuk meakluki Negara kita. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan telah menarik minat kuasa luar datang ke Melaka. *Sila rujuk Lampiran 1 untuk Laluan Pelayaran kuasa luar ke Melaka. a) Kuasa Luar dan kawasan yang dikuasaiKedatangan kuasa luar ini disebabkan oleh penemuan jalan laut, penyebaran agama dan keperluan bahan mentah. Kuasa tersebut ialah: Portugis - Portugis telah datang ke Melaka pada tahun 1509. Pada awalnya kedatangan mereka hanya untuk berdagang. Oleh sebab Melaka menjadi pusat perdagangan rempah dan enterpot yang terkenal, Portugis telah menawan Melaka pada tahun 1511.

Belanda - Belanda telah pun bertindak di Betawi (Indonesia) semasa menguasai Melaka. Belanda ingin monopoli kawasan perdagangan di Selat Melaka. Selain itu, Belanda juga hendak menguasai rempah dan bijih timah. Belanda dengan bantuan Johor telah menakluki Melaka pada tahun 1641.

British - Semasa Belanda menguasai Melaka, pihak British telah bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786. Namun pelabuhan Pulau Pinang tidak berkembang maju, oleh itu, British hendak menguasai pelabuhan Melaka serta ingin menguasai kawasan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu. Melalui Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, British telah dapat menduduki Melaka.

Jepun - Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember, melalui daripada kawasan utara Tanah Melayu mengikut jalan darat daripada Negara Thailand. Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada Februari 1942. Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 selama lebih kurang tiga tahun setengah. *Sila rujuk Lampiran 2 untuk pelancaran Jepun dua arah.

b) Kronologi Kedatangan Penjajah

Tahun 1511Portugis menakluk Melaka.

Tahun 1641Belanda menguasai Melaka selepas mengalahkan Portugis.

Tahun 1786British Berjaya menduduki Pulau Pinang melalui perjanjian dengan Sultan Kedah.

Tahun 1824Menerusi Perjanjian Inggeris Belanda, British mendapat hak meluaskan pengaruh di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.

Tahun 1841British menguasai Sarawak melalui pelantikan James Brooke sebagai Gabenor Sarawak.

Tahun 1882British menguasai Sabah.

Tahun 1942Pendudukan Jepun dari Tahun 1942 hingga Tahun 1945. Jepun menguasai Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

3.0 Tujuan Kedatangan Kuasa LuarKuasa luar yang datang ke negara kita disebabkan oleh faktor perdagangan, kemegahan, penyebaran agama kristian, keperluan bahan mentah dan peluasan tanah jajahan.FaktorHuraian

PerdaganganPermintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Oleh itu, kuasa Barat ingin menguasai Melaka yang merupakan pusat pengumpulan dan pengedaran rempah.

KemegahanNegara-negara Eropah bersaing untuk menjadi kuasa yang dikagumi. Oleh itu, mereka perlu mendapatkan tanah jajahan. Melalui penaklukan tersebut, kuasa Barat diiktiraf dan disanjung oleh negara lain.

Penyebaran AgamaAgama Islam sudah berkembang luasdi Asia Tenggara. Oleh itu, kedatanganmereka juga didorong oleh hasrat untuk menyebarkanagama Kristian di Asia Tenggara.

Keperluan Bahan MentahSelepas berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah, kuasa barat memerlukan bahan mentah seperti bijih timah, bijih besi, emas dan arang batu. Bahan mentah ini merupakan keperluan utama kilang mereka. Oleh itu, British ingin menguasai negara kita yang kaya dengan bijih timah.

Peluasan Tanah JajahanBritish dan kuasa Eropah yang lain bersaing di Asia Tenggara. Tujuan mereka adalah untuk perdagangan, keperluan bahan mentah, kemegahan dan penyebaran agama Kristian. Oleh itu, Belanda telah menakluk Indonesia, Sepanyol menakluki Filipina, Perancis menakluk Indochina dan British menakluk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

*Sila rujuk Lampiran 3 untuk Peluasan kuasa Luar

4.0 Banding Beza Tujuan Kedatangan Penjajah British dan JepunBritish mula bertapak di negara kita pada tahun 1786 manakala Jepun pula menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942. Kedua dua Negara, British dan Jepun telah menakluk Negara ini mempunyai tujuan mereka masing masing yang agak sama namun ada juga yang berbeza. Ianya seperti jadual dibawah:

BritishJepun

Keperluan bahan mentah seperti bijih timah dan bijih besi bagi kilang di negara mereka. Pasaran barang kilang. Menunjukkan kemegahan dan kuasa.

Bersaing dengan kuasa barat yang lain untuk mendapatkan tanah jajahan. Keperluan bahan mentah sepertibijih timah dan getah untuk kilang di Jepun. Pasaran barang kilang. Menamatkan penjajahan Barat di Asia Tenggara dengan slogan Asia untuk Asia. Membentuk sebuah empayar yang kuat di Asia.

5.0 Penentangan Oleh Tokoh TempatanPenjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Penjajahan kuasa luar di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menyebabkan pemimpin dan pembesar tempatan kehilangan kuasa dan kedaulatan. Oleh itu, mereka menentang kuasa luar tersebut.

a) Nama Pemimpin dan tokoh tempatan mengikut zaman penjajahanZAMAN PENJAJAHANTOKOH/PEMIMPIN YANG MENGETUAI PENENTANGAN

Portugis di MelakaSultan Mahmud Shah

Belanda di PerakRaja Haji

British di PerakDato Maharaja Lela

British di SarawakRentap

British di SabahMat Salleh

Jepun di Tanah MelayuAnggota Force 136

b) Peristiwa penentangan oleh pemimpin tempatani) Sultan Mahmud Shah telah berusaha berkali-kali menawan semula Melaka. Pada tahun 1515 hingga tahun 1519, Sultan Mahmud Shah melancarkan serangan sebanyak tiga kali. Contohnya, pada tahun 1517, baginda dengan bantuan askar dari Muar menyerang Protugis di Melaka tetapi gagal. Baginda juga gagal mengepung Melaka untuk menyekat kemasukan bekalan makanan. Kegagalan Sultan Mahmud Shah ini disebabkan pembinaan Kota AFamosa oleh Portugis.Sultan Mahmud Shah Sultan Mahmud Shah menentang Portugis.

ii) Raja Haji Raja Haji Menentang Belanda.

Raja Haji merupakan pembesar berketurunan Bugis dalam kerajaan Johor-Riau. Kerajaan Johor-Riau berpusat di Riau. Apabila Raja Haji berusaha untuk menawan Riau, Raja Haji dan pengikutnya menentang Belanda. Raja Haji cuba mengepung Melaka pada tahun 1874 tetapi tewas. Pada tahun yang sama, berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam pertempuran ini.

iii) J.W.W.Birch merupakan Residen pertama di Perak. Birch mengambil alih kuasa memungut cukai menyebabkan tindakannya itu tidak disukai oleh pembesar. Birch mengharamkan amalan menyimpan hamba oleh pembesar tempatan. Pembesar tempatan berasa marah akan tindakannya itu. Dato' Maharaja Lela bersama-sama dengan pembesar tempatan yang lain merancang membunuh Birch. Akhirnya Birch mati di Pasir Salak pada tahun 1875.Dato Maharaja Lela Dato Maharaja Lela menentang British

iv) Rentap Rentap Menentang British

Rentap ialah ketua orang Iban. Rentap mengutip cukai di sungai Skrang. James Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun lalu bertindak untuk menghapuskan mereka. Oleh itu, Rentap telah menyerang kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853. Pada tahun 1857 hingga tahun 1858, James Brooke telah beberapa kali menyerang Rentap tetapi gagal. Rentap terpaksa berundur diri apabila James Brooke menyerangnya selama sebulan di Bukit Sadok. Rentap meninggal dunia sebelum dapat menyerang balas terhadap James Brooke.v) Mat Salleh merupakan pembesar Sulu di Sungai Sugut. Mat Salleh menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Penentangan ini disebabkan SBUB mengambi hak kutipan cukai daripada pembesar tempatan. SBUB juga bertindak memusnahkan kampong Mat Salleh. Mat Salleh marah lalu membakar Pulau Gaya, iaitu pusat pentadbiran British. SBUB bersetuju untuk mendamai dengan membenarkan Mat Salleh mentadbir daerah Tambunan. Namun, SBUB tidak menepati janji. Mat Salleh menyerang semula SBUB tetapi terkorban dalam peperangan pada tahun 1900.Mat Salleh Mat Salleh menentang British

vi) Angkatan Force 136 Angkatan Force 136 menentang Jepun

Pihak British tewas kepada Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kegagalan ini menyebabkan British membentuk Force 136. Tujuannya adalah untuk menentang Jepun di Tanah Melayu.

Force 136 merupakan pasukan sulit yang menentang Jepun. Markasnya terletak di Sri Lanka dan India. Force 136 bertanggungjawab menaikkan semangat penduduk Tanah Melayu menentang Jepun. Force 136 bertindak mengumpul sukarelawan tempatan menentang Jepun. Ahli Force 136 terdiri daripada pemuda dan pemudi Melayu. Mereka diberi latihan dan senjata untuk menentang Jepun.

6.0 Kesimpulan

Dalam bab ini , saya telah mengetahui bahawa sejarah penjajahan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak serta mengenali Pahlawan pahlawan yang pernah wujud di Negara kita. Lokasi yang sangat strategic dan jauh dari bencana alam serta Selat Melaka di Melaka yang mempunyai pusat perdagangan yang sangat pesat disamping Negara yang kaya dengan sumber bahan mentah menyebabkan banyak kuasa luar ingin menakluk Negara kita. Kekayaan tanah air telah dibolot oleh pejajah danpenduduknya pula ditindas . Demi mengembalikan maruah bangsa dankedaulatan negara , Pahlawan tanah air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah. Walaupun mereka gagal , namun semangat dan keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada perjuangs seterusnya. Perjajahan kuasa asing telah meninggalkan kesan yang pahit kepada seluruh rakyat pada ketika itu.

Maka, sebagai rakyat kita harus belajar untuk hidup dengan cara aman dan damai. Ini adalah, untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yangberdaulat adalah menjadi tanggungjawab kita untukmembina jati diri serta memperkasa bangsa dan Negara.

7.0 LampiranLampiran 1Laluan Pelayaran kuasa luar ke Melaka (Portugis, Belanda dan British)

Lampiran 2Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu dilancarkan melalui dua arah iaitu pantai Timur dan Pantai Barat melalui jalan darat daripada Negara Thailand.

Lampiran 3

7.0 Bibliografia) Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 5b) Buku Teks Sejarah Tingkatan 2c) http://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahand) http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?report_id=139&xslFile=orangee) http://en.wikipedia.org/wiki/Mahmud_Shah_of_Malaccaf) http://en.wikipedia.org/wiki/Lela_Pandak_Lamg) http://en.wikipedia.org/wiki/Rentaph) http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Sallehi) http://en.wikipedia.org/wiki/Force_136

Akhilan 5 NeptunePage 8