penjajahan british report

26
1.0 ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH Umum menyedari bahawa tanah melayu telah dijajah oleh beberapa buah kuasa asing yang bermula dengan kedatangan Portugis, Belanda, British , Jepun dan British semula. Dalam hal ini apa yang kita lihat adalah penjajahan Bristih memakan masa lebih lama berbanding dengan Portugis, Belanda, Jepun. Penglibatan Britsih dalam hal ehwal sosio ekonomi tanah melayu berlaku seawal tahun1786 dan terhenti seketika setelah penjajahn Jepun di tanah melayu yang bermula pada tahun 1942- 1945. Setelah kekalahan Jepun, British balik semula ke tanah melayu pada tahun 1946 sehinggalah akhir tahun 1957. British mula campur tangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang.16 Feb 1819, Stamford Raffles Berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu. Inggeris Berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campur tangan di negeri-negeri melayu secara langsung dengan memperkenalkan system residen. Wujud tiga unit pentabiran British di Tanah Melayu iaitu negeri-negeri selat, negeri-negeri melayu bersekutu dan negeri-negeri melayu tidak bersekutu. 1.1 Faktor-Faktor Campur Tangan Inggeris A) Faktor ekonomi : Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di Eropah (industry mengetin makanan) Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih timah. Selangor dan Perak negeri pengeluar utama B) Faktor keadaan anarki : Masalah perang saudara antara pembesar. Perang Saudara (1867- 1873) antara Tengku Kudin vs Raja Mahadi di Selangor.Di Perak

Upload: azmirul-hanif

Post on 27-Sep-2015

556 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

d

TRANSCRIPT

1.0ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH Umum menyedari bahawa tanah melayu telah dijajah oleh beberapa buah kuasa asing yang bermula dengan kedatangan Portugis, Belanda, British , Jepun dan British semula. Dalam hal ini apa yang kita lihat adalah penjajahan Bristih memakan masa lebih lama berbanding dengan Portugis, Belanda, Jepun. Penglibatan Britsih dalam hal ehwal sosio ekonomi tanah melayu berlaku seawal tahun1786 dan terhenti seketika setelah penjajahn Jepun di tanah melayu yang bermula pada tahun 1942-1945. Setelah kekalahan Jepun, British balik semula ke tanah melayu pada tahun 1946 sehinggalah akhir tahun 1957.

British mula campur tangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang.16 Feb 1819, Stamford Raffles Berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu.

Inggeris Berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826. Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campur tangan di negeri-negeri melayu secara langsung dengan memperkenalkan system residen. Wujud tiga unit pentabiran British di Tanah Melayu iaitu negeri-negeri selat, negeri-negeri melayu bersekutu dan negeri-negeri melayu tidak bersekutu.

1.1Faktor-Faktor Campur Tangan InggerisA) Faktor ekonomi :Berlaku Revolusi Perindustrian pada pertengahan abad ke-19 di Eropah (industry mengetin makanan) Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih timah. Selangor dan Perak negeri pengeluar utamaB) Faktor keadaan anarki :Masalah perang saudara antara pembesar. Perang Saudara (1867-1873) antara Tengku Kudin vs Raja Mahadi di Selangor.Di Perak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin Kegiatan pelanunan.

1.2Kronologi Penjajahan Inggeris Di Tanah Melayu

TARIKH PERISTIWA PENJAJAHAN

1786Francis Light membuka Pulau Pinang

1819Stamford Raffles membuka Singapura

1824Inggeris menerima Melaka daripada belanda akibat daripada persetiaan Inggeris-Belanda

1826Inggeris menerima Melaka dan Singapura di satukan dalam satu unit pentadbiran yang di kenali sebagai negeri-negeri selat.

1841James brooke memgambil Sarawak.

1874Campur tangan inggeris di Pahang

1878Perak, Selangor, negeri Sembilan dan Pahang disatukan dalam satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri melayu tidak bersekutu.

1888Campur tangan inggeris di Pahang.

1896Perak, Selangor, negeri Sembilan, dan Pahang disatukan dalam satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri melayu bersekutu.

1909Mengikut perjanjian Bangkok siam menyerahkan kedah, perlis, Kelantan dan Terengganu kepada inggeris (menjadi negeri-negeri tidak bersekutu.)

1914Johor menerima penasihat inggeris

1.3Sistem ResidenPemerintahan penjajah British di Tanah Melayu bermula pada tahun 1824. British pada masa itu telah menyerah koloni atau tanah jajahannya di Indonesia kepada Belanda sementara Belanda menyerahkan tanah jajahannya, iaitu negeri-negeri selat di Tanah Melayu kepada British. Di negeri-negeri Melayu yang lain, pada mulanya British tidak mengamalkan dasar campur tangan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, pada 1860-an dan 1870-an, telah berlakunya pelbagai pergaduhan di Perak, Selangor, Pahang dan Sungai Ujong. Antara kekacauan itu ialah perebutan takhta, pergaduhan pembesar, pergaduhan antara pelombong Cina dan sebagainya. Namun, kekacauan ini telah dijadikan alasan kepada British untuk campur tangan.

Campur tangan British secara rasmi bermula di Perak dengan termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Melalui Perjanjian Pangkor, Sistem Residen telah diperkenalkan di negeri-negeri tersebut. Sistem Residen memberikan gambaran bahawa pembesar-pembesar Melayu masih memegang kuasa pemerintahan, pada hal kuasa pemerintahan sebenarnya berpindah kepada Residen. Iasebenarnya adalah sistem pemerintahan secara tidak langsung yang membolehkanBritishbertapak di Negeri-NegeriTanah Melayu. Walaupun Sultan masih menjadi ketua negeri, dia tidak lagi menjadi ketua kerajaan. Kini kuasanya dihadkan kepada perkara-perkara berkaitan agama dan adat resam Melayu sahaja. Sultanwajibmenerima nasihat di dalam semua perkara pentadbiran dan pengurusan kerajaan, dan dengan itu nasihat yang diberikan sebenarnya adalah arahan yang perlu dipatuhi oleh Sultan berkenaan.

Pada masa itu, British telah menempatkan J.W.W. Birch sebagai Residen Perak yang pertama dan J.G. Davidson sebagai Residen Selangor pada tahun 1874. Martin Lister pula telah dilantik sebagai Residen di Negeri Sembilan pada tahun 1895, manakala J.P. Rodger ditempatkan sebagai Residen Pahang pada tahun 1888. Pada tahun 1909 Perjanjian Bangkok telah dimeterai dan menyaksikan penyerahan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu oleh kerajaan Siam kepada British. Kerajaan British telah melantik seorang Penasihat British di setiap negeri tersebut. Pada tahun 1914, Johor turut menyertai gabungan ini sebagai negeri Melayu terakhir.

Setiap residen telah diberikan tugas masing-masing. Pada teorinya, tugas seorang residen adalah untuk menasihati Sultan dalam urusan-urusan pentadbiran kecuali dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat melayu. Selain itu, residen juga haruslah mengekalkan ketenteraman dan menegakkan peraturan serta undang-undang di wilayah pemerintahannya. Segala tindakan hendaklah jangan mengguanakan paksaan. Residen juga bertanggungjawab untuk membentuk sebuah system cukai yang berkesan dan merancang dan membangunkan kawasan-kawasan bandar.

Walaupun begitu, Sistem Residen yang diperkenalkan oleh British telah mewujudkan keadaan yang aman di negeri Melayu. Dengan melaksanakan Sistem Residen, perebutan takhta di kalangan pewaris taktha seperti di Perak telah ditamatkan. Begitu juga dengan perebutan kawasan dan kuasa di kalangan pembesar Melayu serta pergaduhan antara kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Kegiatan lanun di Selat Melaka juga dapat dikurangkan dengan perlaksanaan system tersebut.Selain itu, keadaan turut menjadi aman melalui pelaksanaan undang-undang. Lebih banyak pasukan polis telah ditubuhkan, misalnya Kapten Speedy, telah menambah anggota polis kepada 2,500 orang untuk mengembalikan keamanan daerah Larut. Mahkamah juga telah didirikan di Negeri-negeri Melayu dengan menguatkuasakan undang-undang yang mengamalkan Hukum Kanun Jenayah India.

Perkembangan sistem pengangkutan juga telah diwujudkan dengan perkenalan Sistem Residen. Landasan keretapi pertama di Taiping- Port Weld (1885) telah dibina. Pembinaan landasan keretapi tersebut bertujuan untuk menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dengan pelabuhan eksport. Jalan raya juga turut dibina bagi menghubungkan pusat perlombongan bijih timah dengan bandar-bandar baru. Dengan ini, ekonomi di tanah Melayu dapat diperkembangkan dan perkembangan ekonomi ini telah meningkatkan hasil pendapatan Negeri-negeri Melayu kepada lebih $2.2 juta pada tahun 1885. Hasil eksport juga turut meningkat kepada $9.6 juta pada tahun 1885.

Di samping itu, Majlis Mesyuarat Negeri juga telah deperkenalkan di tanah Melayu. Majlis Melayu ditubuhkan oleh William Jervois, telah ditukar kepada Majlis Mesyuarat Negeri pada tahun 1877 dengan dianggotai oleh Sultan (Presiden MN), residen, pembesar Melayu dan wakil pedagang Cina. Peranan MN termasuklah membincangkan soal pembahagian hasil dan perbelanjaan negeri, tugas-tugas perundangan dan kehakiman, sebagai Mahkamah Rayuan dan menjatuhkan hukuman mati serta melakukan pelantikan pembesar Melayu dan menguruskan hal ehwal agama Islam.

Walaupun terdapat banyak kebaikan telah dibawa oleh perlaksanaan Sistem Residen, terdapat juga kelemahan-kelemahan Sistem tersebut yang diperkenalkan oleh British. Salah satunya berlaku bahawa Residen tersebut tidak diberi panduan yang jelas untuk menjalankan tugas mereka. Ini telah menyebakan Residen terlalu berkuasa di negeri-negeri Melayu dan sehingga Gabenor di Negeri-negeri Selat juga tidak dapat mengawal kuasa Residen. Kelemahan in telah menyebabkan kehilangan kuasa sultan dan golongan pembesar tempatan.

Pada asalnya, residen hanya ditugaskan untuk menasihati Sultan dalam urusan pentadbiran, pemulihan keamanan, memajukan ekonomi dan sistem cukai. Namun Residen akhirnya menghakis kuasa Sultan sehingga hanya berkuasa dalam adat resam dan agama. Pembesar-pembesar tempatan juga kehilangan kuasa mengutip cukai dan mereka hanya diberi jawatan dalam peringkat bawahan pentadbiran British. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam golongan pembesar tempatan dan golongan raja terhadap penjajah British.Tambahanpula,sistem kehakiman tradisional yang terdiri daripada golongan pembesar dan ketua kampung sebagai hakim telah terjejas. Pelaksanaan sistem residen juga menimbulkan pelbagai kesan terhadap ekonomi tempatan terutamanya terhadap jurang ekonomi antara kaum. Tumpuan British terhadap tanah Melayu ialah perlombongan bijih timah dan mereka telah bertindak untukmembawa masuk buruh asing, khususnya buruh Cina untuk mengusahakan lombon-lombong bijih timah. Apabila tanaman komersial seperti getah diperkenalkan, mereka turut membawa buruh asing mengusahakannya iaitu buruh India. Denganini,telahmewujudkan masyarakat majmuk dan dalam masa yang sama masyarakat tempatan, iaitu orang Melayu telah diketepikan daripada kegiatan ekonomi moden. Mereka kekal dalam kegiatan ekonomi tradisional seperti pertanian padi dan perikanan. Ini adalah untuk menjamin supaya tadak memungkinkan hubungan rapat dijalinkan antara mereka supaya British boleh terus menjajah tanah Melayu.

1.4Kesan-Kesan Penjajahan BritishSemasa penjajahan British, British melaksanakan dasar pecah dan perintah, yang memungkinkan kerjasama antara kaum tidak wujud (Maurice freedman,1960). Penduduk pelbagai bangsa telah dibahagikan mengikut kawasan petempatan, sektor pekerjaan serta pengenalan sistem pendidikan vernakular dan politik perkauman. Perpecahan di kalangan penduduk membolehkan penjajah British mengeksploitasi pentadbiran dan politik di tanah jajahan, menguasai sepenuhnya kegiatan ekonomi Tanah Melayu. Penjajahan british telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap hubungan etnik di Malaysia. Dasar pecah dan perintah pihak British telah melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri berbeza dari segi budaya, ekonomi, politik, sosial dan tempat tinggal.

1.4.1Ekonomi, Pekerjaan Dan Tempat TinggalSemasa penjajahan British sistem dan pembangunan ekonomi lebih tertumpu kepada industri getah dan bijih timah. Untuk memajukan industri ini, british telah membenarkan kemasukan orang cina dan india secara beramai-ramai. British yang membawa masuk buruh dari china dan india telah mengasingkan mereka dengan penduduk tempatan dari segi pekerjaan, tempat tinggal, dan sistem persekolahan. Pengasingan ini telah menwujudkan pengenalan kaum berdasarkan pekerjaan, tempat tinggal dan kegiatan ekonomi. Hal ini bertujuan supaya tidak memungkinkan hubungan rapat tejalin antara mereka.

1.4.1.1Etnik CinaBuruh cina dibawa masuk masuk untuk berkerja di kawasan lombong bijih timah. Kebanyakan buruh cina berasal dari selatan china dan dibawa ke tanah melayu melalui sistem kontrak. Kebanyakan Terdapat juga buruh cina yang dating ke tanah melayu cecara persendirian untuk berkerja dalam sector pertanian atua menjadi pekerja mahir di kawasan Bandar.

Orang-orang cina dibawa masuk masuk untuk berkerja di kawasan lombong bijih timah. Sebab itu kebanyakan perkerjaan orang cina adalah sebagai perlombong dan perniaga. Dan mereka menepat di kawasan perlombangan, pecan, Bandar dan kampong cina. Sebahagian orang cina juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan.

1.4.1.2Etnik IndiaBritish juga membawa masuk buruh dari india untuk bekerja di lading-ladang getah. Kebanyakan buruh india berasal dari selatan india dan dibawa ke tanah melayu melalui sistem kangani. Terdapat juga buruh india yang diambil bekerja dalam sector pembinaan jalanraya, landasan kereta api, serta menjadi buruh di kawasan pelabuhan.

British membawa masuk buruh dari india untuk bekerja di lading-ladang getah. Sebab itu, kebanyakan perkerjaan orang india adalah sebagai pekerja ladang getah, penoreh atau buruh estet. Mereka menetap di kawasan estat dan ladang-ladang getah.

1.4.1.3Etnik MelayuManakala orang melayu tempatan pula masih mengekalkan kegiatan ekonomi secara tradisional/sara diri. Penjajah british bersikap berat sebelah dalam menguruskan pentadbiran ekonomi, british tidak mengalakkan orang melayu untuk melibatkan diri dalam industry bijih timah dan getah. Dasar pecah dan perintah tidak membantu masyarakat melayu untuk menghadapi perubahan atau menyesuaikan diri dengan kehidupan ekonomi mode.Ini menyebabkan orang melayu hanya kekal dalam kegiatan pertanian dan perikanan. kebanyakan perkerjaan orang melayu adalah sebagai pertain dan nelayan yang tinggal di kampong luar Bandar.

Pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi

Namun setelah pengenalan dasar pecah perintah di Tanah Melayu, pembahagian kawasan penempatan dan sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Contohnya, orang melayu tidak digalakkan untuk terlibat dalam industri bijih timah dan getah oleh Inggeris. Ini menyebabkan orang melayu hanya kekal dalam kegiatan pertanian. Melalui bertani sahajalah mereka dapat menampung keperluan makanan keluarga. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan antara masyarakat bandar dan luar bandar. Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu dengan yang lain. Misalnya, orang melayu cemburu dengan kemewahan dan kejayaan yang diperoleh oleh orang cina. Manakala, orang cina dan India pula cemburu akan kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran dimana golongan elit melayu diambil bekerja dalam pentadbiran British. Keadaan ini menyebabkan timbulnya rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi yang tidak sihat. Setiap kaum tidak mahu satu kaum yang lain lebih berjaya dan menonjol daripada mereka. Walaubagaimana keadaan masyarakat semasa penjajahan british adalah tenteram dan tidak berlaku pergaduhan atau pertempuran antara etnik.

1.4.2Pendidikan1.4.2.1Pendidikan MelayuPendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat Melayu. Pada awal abad ke 20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja.

Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

1.4.2.2Pendidikan CinaDasar terbuka dan tidak campur tangan Inggeris dalam hal ehwal sosial kaum pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah Cina dan Tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing-masing tanpa bantuan daripada lnggeris, selaras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa. Masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19.

Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.

1.4.2.3Pendidikan TamilSekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian besar kaum keturunan India ditempatkan, sekolah Tamil didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewanga dan pedagogi. Oleh itu sekolah-sekolah Tamil yang didirikan di ladang - ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar.

Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnyanya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene).

Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita.

1.4.2.4Pendidikan InggerisPendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila Penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Di sekolah inggeris, sukatan pelajaran dan buku teksnya adalah mengikut sekolah-sekolah di englang. tujuan sekolah inggeris ditubuhkan adalah untuk mengeluarkan pegawai-pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Lulusan sekolah inggeris berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang seperti perubatan, kejuruteraan, guaman dan pentadbiran. Lulusan sekolah inggeris iuga akan mendapat keutamaan dari segi perjawatan dalam perkhidmatan kerajaan.

2.0 ZAMAN PENJAJAHAN JEPUN

2.1 Pengenalan Kedatangan Jepun

Jepun diperintah oleh Maharaja Mikado Meji (1868 1912). Beliau yang memulakan melancarkan Pemulihan Meiji. Dia juga menekankan pemodenan Jepun dan peridustrian untuk mencontohi negara barat. Jepun meluaskan kuasa di China bertujuan memasarkan hasil industri. Pada tahun 1905 Jepun dianggap kuasa besar setelah berjaya dalam perang Rusia. Beliau berjaya memodenkan Jepun dalam tempoh 30 tahun. Faktor Jepun perluasan kuasa pertama masalah ekonomi Jepun seperti penduduk Jepun bertambah menyebabkan tanah pertanian kurang. Selain itu, Jepun perlukan bahan mentah untuk industri seperti petroleum, bijih timah dan getah juga kawasan baru untuk pasaran hasil industri. Faktor kedua sekatan ekonomi ialah Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi kerana Jepun menguasai China. China dikuasa Jepun melalui Perang China-Jepun Kedua 1937. Jepun bertindak balas menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan diri serangan diketuai Jeneral Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun. Beliau berjaya mengusir semua kuasa barat di Asia Tenggara. Langkah awal Jepun untuk menguasai Tanah Melayu melalui propaganda digunakan untuk pengaruhi penduduk tempatan melalui slogan Asia Untuk Orang Asia dan Semangat Asia slogan berunsur anti-penjajah Barat. Kebanyakan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara di Timur. Jepun menggunakan rancangan Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya, ini strategi yang sangat berkesan sebab penduduk tempatan tidak menganggap Jepun sebagai penjajah baru menggantikan British.Cara kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu melalui kawasan Utara di Thailand tentera Jepun mendarat serentak di Singgora dan Pattani, Thailand pada 8 Disember 1941. Tentera terus mara ke Jitra, Kedah berpecah dua pasukan ke Pulau Pinang dan terus mara ke Selatan melalui pesisiran pantai barat dan satu pasukan lagi mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat. Selain itu, Jepun melalui kawasan Kota Bharu. Tentera Jepun mendarat pada 8 Disember 1941 mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai Timur. Terakhir melalui Kawasan Sarawak Sabah tentera Jepun mendarat di Miri dari Cam Ranh, Vietnam pada 16 Disember 1941 berpecat kepada dua pasukan satu pasukan mara ke Kuching dan Sibu yang pasukan kedua mara ke Sabah melalui Labuan dan Sandakan. Kemudian mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri terutama di bandar-bandar besar. Tempat ini tiada tentangan sengit terhadap kemaraan tentera Jepun di Sarawak dan Sabah.Cara Kemaraan Tentera Jepun menggunakan kapal terbang perang digunakan tentera Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu. Kapal ini sebagai pelindung kepada tentera darat Jepun. Cara kedua menggunakan kereta kebal penggempur berjaya memaksa tentera British berundur. Jepun menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan. Cara ketiga ialah menggunakan bot untuk mendaratkan tenteranya dari kapl perang yang sukar berlabuh di pantai. Selain itu, Jepun juga menggunakan basikal tujuan mempercepatkan perjalanan tanpa disedari pihak British juga mudah untuk melalui jalan sempit.Faktor kejayaan Jepun mengalahkan Bristish di Tanah Melayu pertama peracangan awal perang seperti menggunakan propaganda untuk memenangi hati dan mendapatkan kerjasama penduduk Tanah Melayu untuk menjalankan aktiviti perisikan di Tanah Melayu bagi mendapatkan maklumat untuk memudahkan serangan. Faktor kedua ialah melengkapan perang tentera Jepun menggunakan banyak kapal terbang pejuang moden seperti Zero Fighter dan menggunakan kereta kebal yang sesuai dengan keadaan muka bumi Tanah Melayu. Faktor ketiga ialah semangat tentera Jepun berjuang untuk kemegahan negara mereka. Tentera Jepun rela mati demi Maharaja Jepun. Selain itu tentera Jepun berpengalaman kerana pernah terlibat dalam perang China-Jepun. Faktor keempat ialah taktik serangan Jepun memusnahkan Pearl Harbour di Hawaii yang menjadi pangkalan utama tentera Amerika Syarikat di Asia Pasifik pada 7 Disember 1941 di Tanah Melayu memulakan serangan dari Utara melayu kerana pertahanan utama British tertumpu di Singapura. Faktor kelima ialah kelemahan tentera British tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun kerana lebih menumpukan peperangan di Eropah. Tentera British kurang latihan dan kekurangan peralatan perang. Askar India yang berkhidmat dengan tentera British telah berubah sikap anti-British. Tumpuan pertahanan British hanya di Singapura. Faktor keenam ialah pakatan Jepun dengan Thailand memberikan laluan kepada tentera Jepun mendaratkan tenteranya dan sebagai balasan Jepun tidak menyerang Thailand. Jepun berjanji menyerah Terengganu,Kedah dan Perlis kepada Thailand. Faktor ketujuh ialah peranan Kesatuan Melayu Muda(KMM) membantu menyebarkan propaganda Jepun kepada orang melayu, memberi maklumat perisikan tentang Tanah Melayu dan menjadi penunjuk arah semasa kemaraan Jepun.

2.2 Layanan Jepun terhadap Orang Melayu

Layanan Jepun terhadap orang Melayu dengan memberikan lebih keutamaan kepada mereka dalam mendapat peluang pekerjaan dan polisi yang dibuat oleh pentadbiran dan pemerintahan Jepun lebih memihak kepada orang Melayu. Orang Melayu didefinisikan sebagai berbangsa Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam. Golongan orang Melayu yang mempunyai hubungan baik dengan Jepun terbahagi kepada tiga golongan iaitu Sultan dan kaum kerabatnya yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Seterusnya golongan kedua merupakan golongan ahli ulama agama yang memainkan peranan penting dalam mengajarkan agama Islam, oleh Jepun beranggapan dengan mengiktraf agama Islam merupakan jalan yang terbaik dalam mendekati masyarakat Melayu. Malah Jepun pernah menaja sebuah seminar agama yang berlansung tiga di Singapura pada April 1943. Golongan yang ketiga yang mempunyai hubungan baik dengan Jepun adalah pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan pentadbiran Jepun.

Polisi yang digunakan oleh Jepun terhadap orang Melayu mempunyai kepentingan kepada orang Jepun kerana orang Melayu senang digunakan sebagai penggerak pro-paganda Jepun di Tanah Melayu. Sehubungan dengan itu kemungkinan besar jumlah orang Melayu berkhidmat dalam pentadbiran Jepun samaada menjadi pengawai tadbir atau berkhidmat dalam ketenteraan juga. Dalam bidang politik Jepun sesungguhnya berharap dapat menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dengan Sumatera menerusi ibu pejabat mereka di Singapura, tujuannya adalah kerana ingin menyatupadukan dan memperkuatkan pengaruh orang-orang Melayu.

Berikut merupakan orang Melayu yang terlibat dalam pentadbiran semasa penjajahan Jepun:a. Abang Haji Openg (Kuching) & Kapten Mohd Salleh Haji Sulaiman (Hulu Perak) dilantik sebagai Pegawai Daerahb. Ibrahim Haji Yaacob dilantik sebagai Leftenan Kolonel PETA (Pembela Tanah Air) iaitu pertubuhan separa tentera & diberi latihan oleh Jepun untuk menentang tentera Bersekutuc. Dr. Burhanuddin al-Helmy dilantik sebagai Penasihat Kebudayaan & Adat Istiadat Melayu d. Dato Onn Jaafar dilantik menjadi Pengawal Makanan Negeri Johor & juga ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor

2.3 Layanan Jepun terhadap Orang Cina

Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu telah dijalankan mengikut kaum dengan berbeza-beza. Kaum Melayu dikatakan masih mengamalkan tradisi mereka sendiri, kaum India pula fokus mereka lebih kepada perjuangan di negara mereka masing dan kaum Cina pula dikaitkan sebagai anti Jepun akibat peperangan Jepun dengan China. Dalam peperangan China- Jepun pada tahun 1994-1895, Jepun telah berjaya mendapatkan Pulau Taiwan dari kekuasaan negeri China dan Jepun juga berjaya mengalahkan Rusia yang berebutkan Manchuria. Hubungan orang Jepun dengan orang Melayu lebih baik dan mereka sangat berlembut dengan orang Melayu ini kerana untuk mendapatkan sokongan dan bantuan orang Melayu dalam menentang British. Tetapi layanan kepada kaum Cina berlainan, Jepun melakukannya dengan kejam dan kasar.

Sebenarnya tindakan ini telah dirancang oleh Lt. Kolonel Tsuji dan dilaksanakan oleh pasukan kempeitei yang dipimpin oleh Kawamura Oishi. Tindakan ini telah diambil oleh pentadbiran orang Jepun kerana mereka ingin mengekalkan keamanan dan mereka berpendapat kemungkinan besar orang Cina akan mengangkat senjata menentang askar Jepun secara gerila. Golongan Cina yang menjadi mangsa termasuklah penyokong aktif golongan Kuomintang, penyokong komunis terutamanya suku Hainan, ahli pasukan sukarela Tan Kah Kee yang menjadi ketua Tabung Bantuan Cina dan pengikutnya pendatang Cina anti Jepun.

2.4 Layanan Jepun terhadap Orang IndiaBagi masyarakat India di Tanah Melayu pula, mereka menerima layanan yang lebih baik daripada jika dibandingkan dengan orang Cina. Sebagai contoh sebelum peperangan tercetus lagi, orang buangan India ke Jepun telah memiliki hubungan terus kepada kerajaan Jepun. Dengan itu Jepun telah bekerjasama dengan ahli-ahli politik India dalam usaha mereka untuk menawan India iaitu melalui penubuhan Tentera Kebangsaan India dan Liga Kemerdekaan India.

2.5 Kesan Penjajahan Jepun Kepada Hubungan Etnik

2.5.1 Sistem Pendidikan

Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun. Semasa pemerintahan Jepun, kedudukan pendidikan di Tanah Melayu telah tecabar dimana kehidupan zaman Jepun mengalami kekurangan ubat-ubatan. Penutupan kolej perubatan dan pejabat imigresen menyebatkan kekurangan kakitangan terlatih. Sekolah diambil alih orang Jepun untuk tujuan perkhidmatan. Bahasa Jepun dijadikan bahasa pengantar. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah vernakular Melayu dan Tamail diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun.

Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi menggantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan didalam kurikulum sekolah rendah. Pendidikan menengah telah diperhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pegajian telekomunikasi, maritim perikanan, pertanian dan pembinaan. Beberapa bangunan sekolah di bandar-bandar digunakan sebagai tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa jepun. Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa tepat seperti di kelab dan persatuan. Surat khabar juga mempunyai ruangan khas bagi pengajaran Bahasa Jepun.

Pendidikan pasca zaman pemerintahan Jepun tidak mempunyai satu falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat dan membentuk identity Kebangsaan. Jepun telah menyebabkan jurang pemisah antara kaum di Tanah Melayu semakin melebar. Melalui sistem pendidikan yang berbeza mengikuti etnik masing-masing telah menjadikan orang Tanah Melayu mempunyai kesusahan untuk bersatu.

2.5.2 Sosial

Kehidupan rakyat terbeban telah menyebabkan kesihatan rakyat merosot. Ramai rakyat telah kehilangan tempat tinggal. Mereka terpaksa hidup berpindah randah. Di samping itu, banyak sekolah juga terpaksa ditutup dan pendidikan telah merosot. Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara tidak adil oleh tentera Jepun. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini. Ini telah menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemak perasaan kemusuhan antara orang-orang Melayu dengan orang Cina.

Pihak Jepun lebih mengutamankan orang Melayu terutamanya golongan melayu disebabkan ingin mendapat sokongan daripada mereka. Dengan itu, lebih ramai orang Melayu dilantik dan diambil untuk berkerja dalam perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam bidang pentadbiran awam, polis dan tentera. Jepun juga berbaik-baik dengan orang India demi ingin mendapatkan sokongan orang India dalam usahanya menawan India. Walaupun Jepun membantu dalam penubuhan Liga Kemerdekaan India dan Tentera Nasional India serta Kerajaan India, tetapi orang India juga tidak terlepas daripada kerahan buruh paksa serta penyekasaan, penderitaan dan kebuluran seperti mana yang dialami oleh orang Cina.

Dasar orang Jepun terhadap orang Cina amat berbeza daripada dasar mereka terhadap orang Melayu dan India. Selepas menguasai Tanah Melayu, mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai dan lain-lain kezaliman ke atas orang Cina. Keadaan ini berlaku kerana permusuhan di antara Negeri Jepun dan Negeri China. Kekejaman pihak Jepun terhadap orang Cina terbukti dengan pengenaan dasar Sook Ching iaitu dasar pembersihan yang telah menyebabkan beribu-ribu orang Cina mati. Malahan Jepun telah membuat penindasan yang kejam dengan merompak, membakar rumah dan kampong, mengambil barang-barang orang Cina, memeras hasil orang Cina, merogol gadis-gadis Cina dan sebagainya.

Dasar Jepun yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan orang Cina dan turut menyebabkan orang Cina sangat membenci Jepun kerana menganggap orang Melayu sebagai penyokong Jepun. Akibat daripada tindakan Jepun, ramai orang Cina melarikan diri ke dalam hutan bagi mengelakkan penindasan Jepun dan seterusnya menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM). Semakin sedikit perasaan permusuhan antara orang Melayu dan orang Cina turut semakin menebal hingga menetuskan pergaduhan antara kaum.

DasarKesan

Perubahan system pendidikan Taat setia kepada maharaja Nyanyi lagu kebangsaan Jepun Belajar bahasa Jepun Tutup sekolah Cina Buku dalam bahasa Jepun Silibus ditentukan oleh silibus Jepun

Menanam sifat rajin dalam kalagan belia di Tanah Melayu

Timbul kebencian kepada tentera Jepun

Dasar berbaik-baik dengan orang Melayu & India & dasar kekejaman orang Cina Institusi kesultanan Melayu dikekalkan Orang Melayu berpeluang menjadi pegawai rendah Jepun melalui sekolah latihan ketenteraan Pemimpin-pemimpin Melayu dari penjara Menimbulkan sentiment perkauman antara Cina dengan Melayu Mewujudkan pola penempatan berasaskan kaum yang berbeza

Mewujudkan system buruh paksa dalam projek kereta api maut Kehilangan nyawa beribu-ribu buruh paksa di sempadan Thailand-Burma Taraf kesihatan rakyat sangat rendah Buruh tawanan & buruh paksa diseksa dengan kejam

2.6 Kesan penjajahan Jepun

Melalui perbezaan layanan orang Jepun kepada kaum yang berlainan, telah menimbulkan pergaduhan antara orang Melayu dan orang Cina. Disebabkan perasaan tidak puas hati orang Cina, Parti Komunis Malaya (PKM) yang ditubuhkan oleh orang Cina telah menentang orang Jepun. Oleh sedemikian, hubungan antara Melayu dan Cina adalah tidak baik semasa zaman penjajahan Jepun.