folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

22
Kajian Tempatan Tahun 5 Penjajahan & Kebangkitan Tokoh SK. ST. Francis, Melaka Penjajahan & Kebangkitan tokoh Nama : Akhilan a/l Loga Nathan Kelas : 5 Neptune No. I/C : 030530 – 04 - 0163 Nama Guru : Puan Norsham Akhilan 5 Neptune Page 1

Upload: ginny-gouri

Post on 24-Jul-2015

3.396 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

SK. ST. Francis, Melaka

Penjajahan & Kebangkitan tokoh

Nama : Akhilan a/l Loga Nathan

Kelas : 5 Neptune

No. I/C : 030530 – 04 - 0163

Nama Guru : Puan Norsham

Biodata Murid

Nama : Akhilan a/l Loga Nathan

Akhilan 5 Neptune Page 1

Page 2: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

Umur : 11 tahun

Tarikh Lahir : 30.05.2003

Nama Ayah : Loga Nathan

Nama Ibu : Ginny Ganga Gouri

Bil. Adik beradik : Tiada

Cita – cita : Jurutera

Hobi : Memetik gitar dan baca komik.

Falsafah Hidup : Don’t worry be happy.

Penghargaan

Penghargaan yang tidak terhingga serta ucapan terima kasih saya ucapkan kepada guru pembimbing iaitu Puan Norsham, ibubapa, rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahu pun tidak bagi

Akhilan 5 Neptune Page 2

Page 3: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

menyumbangkan idea, kerjasama dan sokongan sepanjang penghasilan folio ini.

Isi Kandungan

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan (Konsep Penjajahan) 5

2.0 Kedatangan Kuasa Luar 6

Akhilan 5 Neptune Page 3

Page 4: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

a) Kuasa Luar dan kawasan yang dikuasai

b) Kronologi Kedatangan Penjajah

6

7

3.0 Tujuan Kedatangan Kuasa Luar 8

4.0 Banding Beza Tujuan Kedatangan Penjajah

British dan Jepun

9

5.0 Penentangan Oleh Tokoh Tempatan

a) Nama Pemimpin dan tokoh tempatan mengikut

zaman penjajahan

b) Peristiwa penentangan oleh pemimpin

tempatan

10

10

10

6.0 Kesimpulan 14

7.0 Lampiran 15

8.0 Bibliografi 18

1.0 Pengenalan (Konsep Penjajahan)

Kedudukan Negara kita yang strategik dan kaya dengan sumber bahan mentah telah

menarik kuasa luar datang ke Negara kita. Secara tidak langsung kuasa luar sudah mula

berminat untuk menjajah Negara kita untuk pelbagai tujuan. Konsep penjajahan boleh

terbahagi kepada tiga iaitu:

a) Konsep Imperialisme : Penjajahan dan peluasan kuasa berdasarkan sempadan

politik dan kedaulatan negara.

Akhilan 5 Neptune Page 4

Page 5: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

b) Konsep Kolonialisme : Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan pengaruh

terhadap negara yang dijajah. Sama ada pengaruh dalam bidang politik, ekonomi dan

sosio budaya berasaskan peradaban dan budaya penjajah.

c) Konsep Mekantilisme : Peluasan kuasa dan penjajahan serta meletakkan kuasa

dalam aspek ekonomi. Membolot kekayaan ekonomi dan keuntungan untuk negara

penjajah. Menjadikan negara jajahan bergantung ekonomi dengan negara penjajah.

 

Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain - selalunya

melalui cara yang agresif atau ketenteraan dan menyaksikan wilayah diambil dengan

cara ini. Istilah penjajahan dan imperialisme kadang-kadang digunakan bertukar ganti

tetapi sarjana selalunya membezakan di antara kedua-duanya; penjajahan bagi satu

negara yang menguasai negara lain melalui kuasa politik, dan imperialisme lebih kepada

istilah umum untuk penguasaan politik atau ekonomi sama ada secara langsung atau

tidak langsung.

2.0 Kedatangan Kuasa Luar

Negara kita terletak di tengah – tengah laluan perdagangan antara Timur dengan Barat.

Kekayaan sumber bahan mentah telah menarik kuasa luar datang untuk meakluki

Negara kita. Kemunculan Melaka sebagai pusat perdagangan telah menarik minat

kuasa  luar datang ke Melaka. *Sila rujuk Lampiran 1 untuk Laluan Pelayaran kuasa

luar ke Melaka.

a) Kuasa Luar dan kawasan yang dikuasai

Akhilan 5 Neptune Page 5

Page 6: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

Kedatangan kuasa luar ini disebabkan oleh penemuan jalan laut, penyebaran agama dan

keperluan bahan mentah. Kuasa tersebut ialah:

Portugis - Portugis telah datang ke Melaka pada tahun 1509. Pada awalnya

kedatangan mereka hanya untuk berdagang. Oleh sebab Melaka menjadi pusat

perdagangan rempah dan enterpot yang terkenal, Portugis telah menawan

Melaka pada tahun 1511.

Belanda - Belanda   telah pun bertindak di Betawi (Indonesia) semasa

menguasai Melaka. Belanda  ingin monopoli kawasan perdagangan di Selat

Melaka. Selain itu, Belanda juga hendak menguasai rempah dan bijih timah.

Belanda dengan bantuan Johor telah menakluki Melaka pada tahun 1641.

British - Semasa Belanda menguasai Melaka, pihak British telah bertapak di

Pulau Pinang pada tahun 1786. Namun pelabuhan Pulau Pinang tidak

berkembang maju, oleh itu, British hendak menguasai pelabuhan Melaka serta

ingin menguasai kawasan bijih timah di Semenanjung Tanah Melayu. Melalui

Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, British telah dapat menduduki

Melaka.

Jepun - Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember, melalui

daripada kawasan utara Tanah Melayu mengikut jalan darat daripada Negara

Thailand. Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan tentera Jepun pada

Februari 1942. Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 selama

lebih kurang tiga tahun setengah. *Sila rujuk Lampiran 2 untuk pelancaran

Jepun dua arah.

b) Kronologi Kedatangan Penjajah

Tahun 1511 Portugis menakluk Melaka.

Tahun 1641 Belanda menguasai Melaka selepas mengalahkan Portugis.

Tahun 1786British Berjaya menduduki Pulau Pinang melalui perjanjian

dengan Sultan Kedah.

Tahun 1824 Menerusi Perjanjian Inggeris – Belanda, British mendapat hak

Akhilan 5 Neptune Page 6

Page 7: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

meluaskan pengaruh di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak

dan Sabah.

Tahun 1841British menguasai Sarawak melalui pelantikan James Brooke

sebagai Gabenor Sarawak.

Tahun 1882 British menguasai Sabah.

Tahun 1942Pendudukan Jepun dari Tahun 1942 hingga Tahun 1945. Jepun

menguasai Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

3.0 Tujuan Kedatangan Kuasa Luar

Kuasa luar yang datang ke negara kita disebabkan oleh faktor perdagangan, kemegahan,

penyebaran agama kristian, keperluan bahan mentah dan peluasan tanah jajahan. 

Faktor HuraianPerdagangan Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah.

Oleh itu, kuasa Barat ingin menguasai Melaka yang merupakan pusat pengumpulan

Akhilan 5 Neptune Page 7

Page 8: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

dan pengedaran rempah.Kemegahan Negara-negara Eropah bersaing untuk

menjadi kuasa yang dikagumi. Oleh itu, mereka perlu mendapatkan tanah jajahan. Melalui penaklukan tersebut, kuasa Barat diiktiraf dan disanjung oleh negara lain.

Penyebaran Agama Agama Islam sudah berkembang luas  di Asia Tenggara. Oleh itu, kedatangan  mereka juga didorong oleh hasrat untuk menyebarkan  agama Kristian di Asia Tenggara.

Keperluan Bahan Mentah Selepas berlaku Revolusi Perindustrian di Eropah, kuasa barat memerlukan bahan mentah seperti bijih timah, bijih besi, emas dan arang batu. Bahan mentah ini merupakan keperluan utama kilang mereka. Oleh itu, British ingin menguasai negara kita yang kaya dengan bijih timah.

Peluasan Tanah Jajahan British dan kuasa Eropah yang lain bersaing di Asia Tenggara. Tujuan mereka adalah untuk perdagangan, keperluan bahan mentah, kemegahan dan penyebaran agama Kristian. Oleh itu, Belanda telah menakluk Indonesia, Sepanyol menakluki Filipina, Perancis menakluk Indochina dan British menakluk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.

*Sila rujuk Lampiran 3 untuk Peluasan kuasa Luar

4.0 Banding Beza Tujuan Kedatangan Penjajah British dan Jepun

British mula bertapak di negara kita pada tahun 1786 manakala Jepun pula menduduki

Tanah Melayu pada tahun 1942. Kedua – dua Negara, British dan Jepun telah menakluk

Negara ini mempunyai tujuan mereka masing – masing yang agak sama namun ada juga

yang berbeza. Ianya seperti jadual dibawah:

Akhilan 5 Neptune Page 8

Page 9: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

British Jepun

Keperluan bahan mentah seperti

bijih timah dan bijih besi bagi

kilang di negara mereka.

Pasaran barang kilang.

Menunjukkan kemegahan dan

kuasa.

Bersaing dengan kuasa barat yang

lain untuk mendapatkan tanah

jajahan.

Keperluan bahan mentah

seperti  bijih timah dan getah untuk

kilang di Jepun.

Pasaran barang kilang.

Menamatkan penjajahan Barat di

Asia Tenggara dengan slogan ‘Asia

untuk Asia’.

Membentuk sebuah empayar yang

kuat di Asia.

5.0 Penentangan Oleh Tokoh Tempatan

Penjajahan kuasa luar tidak disenangi oleh penduduk tempatan. Penjajahan kuasa luar

di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah telah menyebabkan pemimpin dan pembesar

tempatan kehilangan kuasa dan kedaulatan. Oleh itu, mereka menentang kuasa luar

tersebut.

Akhilan 5 Neptune Page 9

Page 10: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

a) Nama Pemimpin dan tokoh tempatan mengikut zaman penjajahan

ZAMAN PENJAJAHAN

TOKOH/PEMIMPIN YANG MENGETUAI PENENTANGAN

Portugis di Melaka Sultan Mahmud Shah

Belanda di Perak Raja Haji

British di Perak Dato’ Maharaja Lela

British di Sarawak Rentap

British di Sabah Mat Salleh

Jepun di Tanah Melayu

Anggota Force 136

b) Peristiwa penentangan oleh pemimpin tempatan

i) Sultan Mahmud Shah – Sultan Mahmud Shah menentang Portugis.

ii) Raja Haji – Raja Haji Menentang Belanda.

Akhilan 5 Neptune Page 10

Sultan Mahmud Shah telah berusaha berkali-kali menawan semula Melaka. Pada tahun 1515 hingga tahun 1519, Sultan Mahmud Shah melancarkan serangan sebanyak tiga kali. Contohnya, pada tahun 1517, baginda dengan bantuan askar dari Muar menyerang Protugis di Melaka tetapi gagal. Baginda juga gagal mengepung Melaka untuk menyekat kemasukan bekalan makanan. Kegagalan Sultan Mahmud Shah ini disebabkan pembinaan Kota AFamosa oleh Portugis.

Page 11: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

Raja Haji merupakan pembesar berketurunan Bugis dalam kerajaan Johor-

Riau. Kerajaan Johor-Riau berpusat di Riau. Apabila Raja Haji berusaha untuk

menawan Riau, Raja Haji dan pengikutnya menentang Belanda. Raja Haji

cuba mengepung Melaka pada tahun 1874 tetapi tewas. Pada tahun yang sama,

berlaku satu lagi pertempuran di Teluk Ketapang. Raja Haji terkorban dalam

pertempuran ini.

iii) Dato’ Maharaja Lela – Dato’ Maharaja Lela menentang British

iv) Rentap – Rentap Menentang British

Akhilan 5 Neptune Page 11

J.W.W.Birch merupakan Residen pertama di Perak. Birch mengambil alih kuasa memungut cukai menyebabkan tindakannya itu tidak disukai oleh pembesar. Birch mengharamkan amalan menyimpan hamba oleh pembesar tempatan. Pembesar tempatan berasa marah akan tindakannya itu. Dato' Maharaja Lela bersama-sama dengan pembesar tempatan yang lain merancang membunuh Birch. Akhirnya Birch mati di Pasir Salak pada tahun 1875.

Page 12: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

Rentap ialah ketua orang Iban. Rentap mengutip cukai di sungai Skrang.

James Brooke menganggap orang Iban di Sungai Skrang sebagai lanun lalu

bertindak untuk menghapuskan mereka. Oleh itu, Rentap telah menyerang

kubu Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1853. Pada tahun 1857 hingga

tahun 1858, James Brooke telah beberapa kali menyerang Rentap tetapi gagal.

Rentap terpaksa berundur diri apabila James Brooke menyerangnya selama

sebulan di Bukit Sadok. Rentap meninggal dunia sebelum dapat menyerang

balas terhadap James Brooke.

v) Mat Salleh – Mat Salleh menentang British

vi) Angkatan Force 136 – Angkatan Force 136 menentang Jepun

Akhilan 5 Neptune Page 12

Mat Salleh merupakan pembesar Sulu di Sungai Sugut. Mat Salleh menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Penentangan ini disebabkan SBUB mengambi hak kutipan cukai daripada pembesar tempatan. SBUB juga bertindak memusnahkan kampong Mat Salleh. Mat Salleh marah lalu membakar Pulau Gaya, iaitu pusat pentadbiran British. SBUB bersetuju untuk mendamai dengan membenarkan Mat Salleh mentadbir daerah Tambunan. Namun, SBUB tidak menepati janji. Mat Salleh menyerang semula SBUB tetapi terkorban dalam peperangan pada tahun 1900.

Page 13: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

Pihak British tewas kepada Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kegagalan ini

menyebabkan British membentuk Force 136. Tujuannya adalah untuk

menentang Jepun di Tanah Melayu.

Force 136 merupakan pasukan sulit yang menentang Jepun. Markasnya

terletak di Sri Lanka dan India. Force 136 bertanggungjawab menaikkan

semangat penduduk Tanah Melayu menentang Jepun. Force 136 bertindak

mengumpul sukarelawan tempatan menentang Jepun. Ahli Force 136 terdiri

daripada pemuda dan pemudi Melayu. Mereka diberi latihan dan senjata untuk

menentang Jepun.

6.0 Kesimpulan

Akhilan 5 Neptune Page 13

Page 14: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

Dalam bab ini , saya telah mengetahui bahawa sejarah penjajahan di Tanah Melayu,

Sabah dan Sarawak serta mengenali Pahlawan – pahlawan yang pernah wujud di Negara

kita. Lokasi yang sangat strategic dan jauh dari bencana alam serta Selat Melaka di

Melaka yang mempunyai pusat perdagangan yang sangat pesat disamping Negara yang

kaya dengan sumber bahan mentah menyebabkan banyak kuasa luar ingin menakluk

Negara kita. Kekayaan tanah air telah dibolot oleh pejajah dan penduduknya pula

ditindas . Demi mengembalikan maruah bangsa dankedaulatan negara , Pahlawan tanah

air telah berjuang bersama-sama rakyat tempatan untuk menentang penjajah. Walaupun

mereka gagal , namun semangat dan keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi

inspirasi kepada perjuangs seterusnya. Perjajahan kuasa asing telah meninggalkan kesan

yang pahit kepada seluruh rakyat pada ketika itu.

Maka, sebagai rakyat kita harus belajar untuk hidup dengan cara aman dan damai. Ini

adalah, untuk kekal menjadi bangsa yang bermaruah dan negara yang berdaulat adalah

menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa dan

Negara.

7.0 Lampiran

Akhilan 5 Neptune Page 14

Page 15: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

Lampiran 1

Laluan Pelayaran kuasa luar ke Melaka (Portugis, Belanda dan British)

Lampiran 2

Akhilan 5 Neptune Page 15

Page 16: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu dilancarkan melalui dua arah iaitu

pantai Timur dan Pantai Barat melalui jalan darat daripada Negara Thailand. 

Lampiran 3

Akhilan 5 Neptune Page 16

Page 17: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

7.0 Bibliografi

Akhilan 5 Neptune Page 17

Page 18: Folio tahun 5 penjajahan dan tokoh

Kajian Tempatan Tahun 5

Penjajahan & Kebangkitan Tokoh

a) Buku Teks Kajian Tempatan Tahun 5

b) Buku Teks Sejarah Tingkatan 2

c) http://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan

d) http://coredev.fsktm.um.edu.my/servlet/sreport.sReportShow?

report_id=139&xslFile=orange

e) http://en.wikipedia.org/wiki/Mahmud_Shah_of_Malacca

f) http://en.wikipedia.org/wiki/Lela_Pandak_Lam

g) http://en.wikipedia.org/wiki/Rentap

h) http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Salleh

i) http://en.wikipedia.org/wiki/Force_136

Akhilan 5 Neptune Page 18