fakta pendidikan zaman penjajahan

of 35 /35
Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahah 1. Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di madrasah dan di sekolah-sekolah agama. 2. Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga 1940-an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang. 3. Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok, iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja). 4. Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi. 5. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Sekolah Vernakular 1. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. 2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil. 3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang. 4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi, iaitu: i. Pagi a. Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam b. dan mata pelajaran vokasional 2. Petang a. Bahasa Arab b. dan al-Qur'an

Upload: fatimah-azemi

Post on 30-Jun-2015

700 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahah

1. Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di madrasah dan di sekolah-sekolah agama.

2. Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga 1940-an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang.

3. Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok, iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja).

4. Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi.5. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau

madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Sekolah Vernakular

1. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah.

2. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.3. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun

1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.4. Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar.5. Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua sesi,

iaitu:i. Pagi

a. Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam b. dan mata pelajaran vokasional

Petang a. Bahasa Arab b. dan al-Qur'an

Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah maktab perguruan, iaitu

MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan MPPM di Melaka pada tahun 1935.

Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah Cina yang dibuka oleh orang perseorangan.Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari Negara China. Contoh sekolah vernalular Cina ialah

SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.

Page 2: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka, Pulau Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.Sekolah vernakular'I'amil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India. Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 ) merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat pendidikan di Eropah.

Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British

1. Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:a. Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum. b. Kurikuium sekolah berbeza. c. Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah. d. Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa

pengantarnya ialah bahasa Mandarin.2. Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada

Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil.

3. Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam.

4. Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris mula diperkenalkan. Contohnya,

i. King Edward VII, Taiping di Perak dan ii. Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.

Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu. Sekolah vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan buruh.A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak sekolah Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk pelajaran biasadari sesi petang untuk pembelajaran agama.Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-sekolahini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan peniaga. Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke peringkat sekolah menengah.Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat bantuan dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Kuo Yue" : Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk mendapat bantuan dari Negara China atau kerajaan tempatan.Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an.

Page 3: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di peringkat sekolah rendah sahaja.Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai tahun 1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil diberi kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa mengira ras dan agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meningkatkan persaingan hebat di kalangan semua kaum.Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan adalah `monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan kos perbelanjaan untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru, Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah membuat penelitian dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh clan hasil daripada laporan ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah diperkenalkan.Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun 1946.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan

1. Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah pendidikan elepas kemerdekaan, iaitu:

i. Laporan Barnes (1950)a. Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes. b. Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat

keduclukan clan memperbaiki pendidikan orang Melayu. c. Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini,

iaitu:i. Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. ii. Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai

bahasa pengantar. iii. Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika

terdapat 15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.

iv. Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris wajib diajar di sekolah Melayu.

d. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah:

Page 4: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

i. Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

ii. Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.

1. Laporan Fenn-Wu (1951)

1. Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China) dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

2. Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang Cina.

3. Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas kepada Ordinan Pelajaran (1952).

4. Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:a. Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan

tiga bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga diadakan.

b. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan. c. Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk

menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.

5. Ordinan Pelajaran (1952)a. Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British

untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu. b. Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran

(1952). Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan.

c. Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga. d. Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak

menjadi kenyataan disebabkan masalah kewangan.

Rumusan

Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masingmasing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-masing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran clan aspirasi yang berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu.

Page 5: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1. Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan. Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah

Page 6: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen (benovelent welfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.

2. PENDIDIKAN AWAL

Pendidikan Melayu

Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat melayu. Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah di sini ,dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang-orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayu daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.

Pendidikan Arab Dan Agama

Page 7: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Pendidikan Cina

Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal social kaum pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak. Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak. Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.

Pendidikan Tamil

Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian besar kaum keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi. Oleh itu sekolah - sekolah Tamil yang didirikan di ladang - ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya nya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus

Page 8: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan India.

Pendidikan Inggeris

Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum ber grammar School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.

Pendidikan Zaman Jepun.

Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolah rendah. Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan pembinaan. Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek, setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun. Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa Jepun.Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa tempat seperti di kelab dan persatuan. Suratkhabar juga mempunyai ruangan khas bagi pengajaran Bahasa Jepun. Pendidikan pactazaman pemerintahan Jepun tidak mempunyai satu falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat dan membentuk identiti Kebangsaan.Perkembangan pembangunan pendidikan awal merdeka

Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.

Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuahjawatankuasa Barnes, Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951,dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai

Page 9: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan . Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina.

Laporan Fenn Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu , Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.

Laporan Pendidikan

Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukan ke arah pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini ialah:-

a) Laporan Razak (1957)Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini ialah :-

# Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan . # Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama . # Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.

Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam Malaysia.

b) Laporan Rahman Talib (1960)

Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-# Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. # Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah , menengah,dan menengah atas # Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir . # Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.

c) Laporan Kabinet (1979 )Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan

Page 10: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

kabinet 1979. Enam aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah :-

# Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia. # Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan mengira ) dan pengajaran pemulihan. # Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik dan vokasional.# Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun # Pendidikan kerohanian yang kukuh. # Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TERKINIDASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN MATLAMAT DASAR EKONOMI BARU

Ketiga-tiga laporan tersebut adalah di orientasikan ke arab pencapaian matlamat dasar ekonomi baru. Dua matlamat DEB iaitu:-. Membasmi kemiskinan.. Menyusun semula masyarakat Malaysia.

Peranan Kementerian pendidikan dalam usaha membantu Kerajaan mencapai matlamat serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru itu adalah amat penting kerana pendidikan mernpakan alat yang paling berkesan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat .

TEORI OPERASI DASAR EKONOMI BARU.

Dirumuskan dalam carta 2.1 (Lihat lampiran carta 2.1 di bawah)Objektif pelajaran mengikut DEB:-

- Mengadakan satu sistem pendidikan untuk mengintegrasi perpaduan kaum.- Menyediakan pelajaran dan latihan untuk mendapatkan tenaga rakyat yang berguna bagi pembangunan negara. - Meninggikan mutu pelajaran dalam usaha membentuk masyarakat yang progresif berorientasikan sains dan teknologi .- Menyediakan peluang - peluang pendidikan yang saksama (equality of educational opportunities) kepada semua pelajar dari pelbagai peringkat.- Memperbaiki usaha penyelidikan ,perancangan dan kebolehan pelaksanaannya untuk mencapai objektifnya.

Objektif-objektif Pendidikan jangka Panjang yang terkandung di dalam Rancangan Malaysia di Bawah dasar Ekonomi Baru .

Rancangan Malaysia pertama (1956-1970 )

Di bawah Rancangan ini, konsep pendidikan telah berubah dari sekolah rendah ke sekolah menengah. Selain itu Kerajaan telah menyusun semula bentuk pelajaran mengekalkan Menengah dengan mengekalkan pendidikan aneka Jurusan. Pendidikan yang berkesan dapat mencapai perkembangan yang lebih baik diantara pelajar, ilmiah umum dengan pelajar vokasional, teknik dan seni.

Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975 )

Tujuan Rancangan pelajaran dalam Rancangan kedua antaranya ialah menyatukan sistem

Page 11: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

pelajaran bagi menggalakkan penyatuan dan perpaduan negara. Rancangan pelajaran harus disusuri dan diperluaskan serta latihan perlu diperbanyakkan bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga rakyat. Kerajaan pula membaiki mutu pelajaran untuk membentuk satu masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi. Selain itu membaiki keupayaan penyelidikan , perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai tujuan rukun negara.

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980 )

Berteraskan tiga matlamat ,iaitu membasmi kemiskinan, meneruskan usaha untuk menyusun semula masyarakat,dan memperkukuhkan lagi keselamatan negara. Tujuan-tujuan pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Ketiga ialah:-

1) Pelaksanaan seterusnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat pelajaran dengan cara berperingkat-peringkat . - Pembentukan keperibadian , perwatakan dan kewarganegaraan yang baik serta meninggikan akhlak melalui sukatan pelajaran dan kegiatan luar bilik darjah . - Usaha untuk merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pelajaran di antara kaya dengan miskin serta di antara Wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan negara dengan lebih saksama. - Penyatuan sistem pelajaran Sabah dan Serawak dengan sistem pelajaran Kebangsaan secara beransur.

2) Menyesuaikan dan memperluaskan sistem pelajaran dan latihan ke arah memenuhi keperluan negara terutamanya dalam bidang sains dan teknologi .

3) Membaiki mutu pelajaran untuk mengurangkan keciciran dan menambahkan kesannya untuk pembangunan negara .

4) Meninggikan kebolehan penyelidikan ,perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai matlamat tersebut .

5) Perkembangan Pembangunan Pendidikan Terkini Malaysia kini telah maju , perkembangan pendidikan terkini telah berubah. Perkembangan pendidikan sekarang harus dititik beratkan agar ia dapat menerapkan unsu-unsur pembaharuan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan era teknologi maklumat ,kerajaan telah mengubah pembangunan pendidikan dengan lebih maju lagi. Kerajaan kini telah memulakan sekolah Bestari. Negara Malaysia kini terdapat sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum sekolah Antarabangsa. Jenis Ekspatariat yang terdapat di negara Malaysia adalah seperti berikut :-

a)Sekolah ekspatariat yang mengikut kurikulum British yang menyediakan para pelajar untuk peperiksaan 0 level dan A level.

b) Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Amerika untuk para pelajar yang akan menduduki peperiksaan International Baccalcureate.

c) Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Khas negara masing-masing supaya para pelajar dapat menyambung pelajaran ketika mereka kembali ke negara masing - masing. Antara contohnya negara Arab, Indonesia, Perancis dan Taiwan. Pelajar asing yang mana Ibu bapa mereka bekerja di negara kita dibenarkan menuntut di Sekolah tersebut.Kini, selain daripada Institusi Awam, banyak juga terdapat pendidikan tinggi swasta yang menawarkan

Page 12: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

kursus untuk para pelajar, lepasan SPM / SPMV Senior Middle III / STPM bagi mendapatkan sijil , diploma, dan ijazah. Kumpulan Institusi pendidikan tinggi yang didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan ialah:-* Institusi Pendidikan Tinggi Swasta* Universiti dan Kolej Universiti Swasta.* Kampus Cawangan universiti luar negara* Pusat Pengajian Jarak Jauh .

Institusi Pendidikan tinggi Swasta boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu

Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti / Kolej Universiti dan Institusi pendidikan tinggi swasta dengan status universiti / Kolej universiti.Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti menawarkan program-program berikut.;-

Program dalaman seperti perniagaan clan perdagangan, kejuruteraan, perhubungan , pengajian kreatif , teknikal , atau vokasional ,pelancongan, Teknologi maklumat,seni bina dan program berteknologi tinggi .

Kursus peringkat sarjana muda ,melalui kerjasama antara kolej swasta dan institusi tinggi luar negari . Kursus -kursus ini adalah seperti program berkembar ,program pindahan kredit , program advanced setanding ,program jarak jauh dan program bersama.

Kursus yang membawa kepada kelayakan oleh Badan Peperiksaan luar seperti ACCA, CIMA, ICSA,AIA, ABG, AAT . Selain itu lnstitusi swasta juga menjalankan kursus menengak / pra universiti seperti STPM, GCE , A- Level, Lcci SAM (Australia) dan BTECHNO (UK).

Pada tahun 1998, kerajaan jugamembenarkan Monash University, Australia membuka cawangan di negara kita kampus cawangan kita terletak di Kampus Sunway College.Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dengan status universiti @ kolej universiti . Institusi dalam kategori ini telah mendapat status universiti dari kementerian pendidikan di bawah akta Institusi pendidikan tinggi swasta 1996.

Pada tahun 1997 , universiti berikut telah ditubuhkan :-I) Universiti Telekom di Melaka dan Cyberjaya , Selangor .2) Universiti Tenaga Nasional di Bangi , Selangor .3) Universiti Teknologi Petronas di Tronoh , Perak

4) Universiti Sains Dan Teknologi Malaya di Ulu Bemam, Selangor . Selain universiti tersebut, beberapa universiti dalam perancangan ialah Universiti Komenwel , Universiti Multimedia, dan Universiti Teknologi Islam Malaysia.Sekolah Bestari . Pendidikan untuk: sebuah Masyarakat Bestari .

Satu lagi perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan kita ialah penubuhan Sekolah Bestari. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, menteripendidikan (ketika itu) . Sekolah Bestari ditubuhkan bukan sahaja ditubuhkan untuk memenuhi kehendak Koridor Raya Multimedia, malahan untuk melahirkan satu genarasi rakyat Malaysia yang akan menjadi kreatif serta inovatif dalam pemikiran . Disamping itu, mereka diharapkan dapatmemperolehkan teknologi barn serta berupaya menguruskan ledakan maklumat. Mulai

Page 13: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

Januari 1999, konsep sekolah Bestari akan dilaksanakan di 90 buah sekolah . Lima tujuan Sekolah Bestari ialah ;-

I) Menggalakkan perkembangan menyeluruh sesorang individu dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani .

II) Menyediakan peluang- peluang untuk seseorang individu memperkembangkan kekuatan dan kebolehannya .

III) Menyediakan satu kumpulan tenaga kerja yang berfikiran kreatif serta berilmu dalam bidang teknologi

IV) Mendekmorasikan pendidikan agar etiap kanak-kanak berpeluang untuk belajar .

V) Membolehkan ibu bapa ,komuniti dan pihak swasta menyertai proses pendidikan.Teknologi maklumat merupakan unsur utama dalam pelaksanaan kesemua strategi serta didokong oleh individu ,kemahiran dasar ,dan proses yang bersesuaian. Teknologi maklumat akan dapat mewujudkan infrastruktur untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan yang baru dan network pendidikan untuk menghubungkan semua sekolah Bestari .

Akta Pendidikan 1996

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak.

Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

Page 14: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.

Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.

Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita.

Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.

Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah.

Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri.

Pendidikan guru akan dapat diperkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.

Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki

Page 15: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.

Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut.

Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.

Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas agama seperti bible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.

Laporan Rahman Talib (1960) /Akta Pelajaran 1961

Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:

a. b. Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma

 

c. Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

 

d. Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.

 

Page 16: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

e. Murid naik darjah secara otomatik

 

f. Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurannya 15 orang.

 

g. Pendidikan akhlak dititikberatkan.

Selepas itu Sistem Pendidikan Anika Jurusan ditubuhkan pada 1965 bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan. Mata pelajaran aneka jurusan di sekolah menengah pada waktu itu ialah Seni Perusahaan, Sains Rumah tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.

Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tiggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka.

Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

 

[ke atas]

Laporan Hussein Onn (1971)

Jawatankuasa laporan ini diketuai oleh Hussein Onn yang menjadi Mentei Pelajaran ketika itu.Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

Page 17: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

Ketika itu, di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Menurut laporan ini:

"Sistem pendidikan kebangsaan direkabentuk untuk memenuhi keperluan negara dan mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial. Ekonomi dan politik. Jadi mulai 1968 bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.

(Laporan Hussein Onn, 1971)

Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara. Ini di atas rasa kesedaran bahawa bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang amat penting dan penguasaan bahasa itu boleh mempetingkatkan pembangunan negara.

Bahasa Inggeris adalah diwajibkan di semua sekolahh kerana kepentingannya dalam pendidikan tinggi ddan perdagangan dan juga hal- ehwal antarabangsa. Peringkat penguasaan bahasa Inggeris yang tinggi menjadi sasaran sistem pendidikan. Masa mengajar bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa Inggeris terus menjadi bahasa kedua.

(Laporan Hussein Onn, 1971)

[ke atas]

Laporan Mahathir (1985)

Pada bulan september 1974, kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan Timbalan Perdana Menteri, Dr, Mahathir Mohamad. Laporan ini bertujuan:

Untuk mengkaji semula matlamat-matlamat dan keberkesanan sistem pendidikan yang diamalkan sekarang, dengan tujuan memastikan keperluan tenaga manusia negara dipenuhi dalam jangka pendek dan jangka panjang di samping untuk memastikan sistem pendidikan ini

Page 18: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

memenuhi matlamat negara untuk melahirkan masyarakat yang bersatu, berdisiplin dan terlatih.

(Laporan Mahathir, 1976)

Tujuan laporan ini adalah sama dengan apa yang didapati dalam laporan Husein Onn. Matlamat utama tidak lain dan tidak bukan untuk menyatupadukan rakyat seperti yang terdapat dalam Akta Pendidikan 1961. Sebagai langkah utama alat perpaduan ialah pendidikan. Input penting dalam pendidikan ini ialah bahasa. Oleh itu aspek bahasa telah menjadi penekanan. Dalam Laporan ini matlamat pendidikan bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi utama dan bahasa untuk menyatukan rakyat haruslah lengkap dan jelas supaya guru-guru mendapat gambaran yang sebenar sebagai panduan pengajaran harian mereka.

Dalam laporan ini kursus bahasa Malaysia dalam perkhidmatan kepada guru-guru harus dikaji semula dan penilaian terhadap keupayaan mereka yang telah mengikuti kursus tersebut harus dijalankan secepat mungkin. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua tetap dijamin. Ada dua tujuan bahasa Inggeris diajar diinstitusi pendidikan pada waktu itu:

a. b. Untuk membolehkan murid-murid menggunakan bahasa tersebut

dalam kerja dan aktivitinya.

 

c. Untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk digunakan bagi tujuan pendidikan tinggi.

 

[ke atas]

Akta Pendidikan 1996

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang digubal setelah mengambilkira pandangan dan aspirasi semua pihak.

Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra sekolah hingga ke peringkat pendidikan tinggi, dan meliputi semua

Page 19: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

kategori sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta.

Kedudukan Bahasa kebangsaan diperkukuhkan dengan memperuntukkannya sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan. Ini diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di semua sekolah dan institusi pendidikan.

Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah akan selaras dengan kehendak negara apabila Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna oleh semua pihak.

Murid-murid dari semua jenis dan kategori sekolah akan disediakan untuk mengambil peperiksaan yang ditetapkan oleh kerajaan dan oleh itu akan memudahkan kita menggunakan penilaian atau pengukuran yang sama tentang pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di negara kita.

Pendidikan Islam akan diperluaskan utnuk meliputi murid-murid Islam di semua kategori sekolah termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan dengan menjadi pelajaran tersebut sebagai salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-sekolah.

Dengan adanya peruntukan yang membolehkan Menteri Pendidikan menubuhkan dan menyenggara tadika, maka dari keluarga yang kurang berada di bandar-bandar, akan berpeluang mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi asas yang baik bagi memulakan pendidikan rendah.

Mutu Program pendidikan di semua tadika juga akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika ini akan diwajibkan menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Sejajar dengan penumpuan terhadap usaha membudayakan pendidikan sains dan teknologi, pendidikan teknik akan dipertingkatkan di sekolah menengah teknik dan politeknik. Akta Pendidikan 1996 memudahkan sekolah vokasional ditukartarafkan ke sekolah teknik, manakala politeknik boleh mengadakan program kerjasama dengan mana-mana institusi, perbadanan atau organisasi perindustrian untuk mengendalikan kursus teknik atau vokasional atau program latihan, termasuk program pertukaran. Politeknik juga boleh mengadakan program bekembar bagi kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi, sama ada dalam negeri atau luar negeri. [ke atas]

Pendidikan guru akan dapat diperrkukuhkan dengan adanya peruntukan yang membolehkan Kementerian Pendidikan mengadakan progam

Page 20: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

pendidikan guru bukan sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara berkembar.

Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan perjalanan institusi-institusi tersebut. Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara dan nilai-nilai murni.

Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup bagi pendidikan tersebut.

Menyedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, dan berdasarkan pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta Pendidikan 1996 mengambilkira kepentingan semua kaum dengan cara mengekalkan status quo sekolah rendah jenis kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina swasta. Di samping itu Unified Examination yang diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga pengelola sekolah conforming dan sekolah mission dikekalkan.

Akta Pendidikan 1996 juga turut memperuntukkan pengajaran bahasa suku kaum di negara ini sekiranya didapati munasabah dan praktik diadakan. Kelas-kelas agama sepertibible classes tidak diperlukan mendaftar di bawah Akta Pendidikan 1996.

 [ke atas]

Perbezaan Dan Persamaan Antara Akta Pendidikan 1996 Dengan Akta Pelajaran 1961

1. 1.Landasan dan wawasan

Di dalam Akta Pendidikan 1996 dengan jelas memberitahu kepada kita bahawa dasar pendidikan adalah berlandaskan kepada hasrat wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara. Ini dijelaskan seperti berikut:

DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

DAN BAHAWASANYA pendidikan mempuunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi utnuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.

Page 21: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk menzahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berkhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Akta Pendidikan 1996)

Di dalam Akta Pelajaran 1961 kita dapati falsafahnya yang tidak tertulis dan tidak jelas. Yang kita dapati hanyalah untuk menyatukan kaum di Malaysia selari dengan masyarkat yang berbilang kaum. Ini dapat dilihat dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan mengikut Laporan Razak yang menjadi asas kepada Akta Pelajaran 1961:

"Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialahh bermaksud hendak menyatuukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walapun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur."

(Penyata Razak, Perenggan 12)

[ke atas] 

2. Sistem Pendidikan Kebangsaan di semua peringkat

Seksyen 15 dan 16 dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperjelaskan tentang Sistem Pendidikan Kebangsaan. yang meliputi semua peringkat dan jenis sekolah atau institusi pendidikan kecuali sekolah ekspatriat.

 

"The National Education System shall comprise –

pre-School education;

primary education;

secondary education;

post-secondary education; and

higher education,

but shall not include education in expatriate schools.

Page 22: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

( Education Act 1996, sec.15)

"There shall be three categories of educational institutions in the National Education System , namely –

government educational institutions;

government-aided educational isntitutions; and

private educational institutions.

(Educational Act 1996, sec. 16)

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 menyebut bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan hanyalah meliputi sekolah atau institusi pendidikan kerajaan atau bantuan sahaja.

 

"For the purpose of this act, the stages of statutory education system shall be as follws:

primary education;

lower secondary education;

upper secondary education;

education in the educational institutions referred to in paragraph (a) to (d) o f section 25.

(Education Act 1961, Sec.19)

 [ke atas]

3. Kedudukan Bahasa Kebangsaan

Dalam hal ini kedua-dua akta telah dinyatakan. Dalam Akta Pandidikan 1996 dijelaskan dalam seksyen 17 tentang kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah atau institusi kecuali di Sekolah Jenis Kebangsaan atau lain-lain sekolah yang diberi pengecualian. Di sini soal bahasa telah diperkukuhkan.

 

" (1) The National language shall be the main medium of instruction in all educational institutions in the National Education System except an national-type school established under section 28 or any other educational intitution exempted by Minister from this section.

Page 23: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

(Education Act 1996, Sec. 17)

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 Bahasa Kebangsaan adalah bahasa pengantar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sahaja.

[ke atas]

4. Kurikulum kebangsaan

Dalam Akta Pendidikan 1996, seksyen 18 memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan. Sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961, tiada langsung peruntukan.

 

" (1) The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National Curriculum which, subject to subsection (3), shall be used by all schools in the National Education System."

(Education Ac 1996, Sec.18)

5. Peperiksaan Awam

Dalam seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua sekolah menyediakan murid untuk peperiksaan awam, melainkan yang dikecualikan. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 pula tiada peruntukan diberi.

 

"Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or unfer this Act or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by or under this Act.

(Education Act 1996, Sec.19)

[ke atas]

6. Bahasa Kebangsaan Sebagai Mata Pelajaran Wajib

Seksyen 17(2), Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai mata pelajaran wajib di semua sekolah.

 

(2) Where the main medium of instruction in an educational institution is other than the national language , the national language shall be taught as a compulsory subject in the educational institution.

(Education Act 1996, Sec.17)

Page 24: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961, Bahasa kebangsaan adalah wajib bagi sekolah-sekolah yang dibiayai oleh kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

 

 

[ke atas]

7. Pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil

Dalam seksyen 2 Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan boleh diadakan dengam satu syarat : jika ada permintaan 15 orang ibu bapa atau lebih. Dengan ini lebih mudah mengadakan kemudahan bagi pengajaran bahasa Cina dan Bahasa Tamil.

Manakala Dalam Akta Pendidikan 1961, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil boleh diajar dengan dua syarat:

a. ada permintaan dari 15 orang ibu bapab. jika didapati munasabah dan praktik.

Di sini menampakkan kepada kita bahawa Akta Pendidikan 1996 lebih mudah mengadakan kemudahan bagi pengajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. 

1. Bahasa Kaum Asli

Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan pengajaran bahasa kaum asli dengan dua syarat:

a. jika ada permintaan dari 15 ibu bapab. jika didapati munasabah dan praktik

Melalui peruntukan ini , telah memberi pengiktirafan kepada

bahasakaum Bumiputera untuk diperkembangakan.

Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 tiada diperuntukkan.

(ii) the indigenous languages shall be made avaiable if it reasonale and practicable so to do and if the parents of at least fifteen pupils in the school so request;

(Education Act 1996, Sec.2)

1. Kategori Sekolah

Page 25: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan

Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan sekolah atau institusi pendidikan dibahagi kepada tiga kategori : kerajaan, Bantuan kerajaan dan swasta. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961 institusi pendidikan atau sekolah dibahagikan secara tidak langsung kepada dua kategori iaitu bantuan penuh (termasuk kerajaan dan bukan milik kerajaan) dan swasta.

Klasifikasi institusi pendidikan di bawah Akta Pendidikan 1996 lebih memudahkan pentadbiran khususnya berkaitan dengan sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

2. Menubuh dan meyenggara tadika

Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996, memberi kuasa kepada Menteri untuk menubuh dan menyenggara tadika, sedangkan dalam Akta Pelajaran 1961 perkara ini tidak begitu jelas. Seksyen ini perlu untuk membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah.

[ke atas]

"The Minister may subject to the provisions of this Act establish and maintain kindergartens"

(Education Act 1996, Sec. 21)

3. Kurikulum untuk Tadika

Dalam seksyen 22 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan garis panduan kurikulum untuk tadika bagi menyelaraskan pendidikan di peringkat tersebut dan wajib digunakan oleh semuua tadika. Manakala dalam Akta Pelajaran 1961, garis panduan ini tidak wajib digunakan bagi semua tadika.

4. Tempoh Pendidikan Rendah

Akta Pendidikan 1996 menyebut dengan jelas bahawa pendidikan rendah adalah antara 5 hingga 7 tahun (lihat Seksyen 29). Dengan ad

Page 26: Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan