tokoh -tokoh kemerdekaan

Upload: malathi-selva

Post on 14-Apr-2018

345 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    1/17

    1

    Peranan Tokoh - Tokoh Kemerdekaan

    Kemerdekaan negara yang dicapai pada 31 Ogos 1957 telah

    diusahakan oleh para pemimpin yang berwibawa. Sikap bekerjasama

    dan sentiasa mengutamakan perundingan dan kata sepakat telah

    menjadi pendekatan terbaik mereka dimana kemerdekaan negara

    yang dicapai. Antara tokoh-tokoh penting kemerdekaan negara

    termasuklah:

  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    2/17

    2

    TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRAAL-HAJ

    Ibarat kata pepatah Melayu Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati

    meninggalkan nama. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk mengenang

    jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman Putra.

    Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang

    berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang berjiwa kental dan

    mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara dari

    cengkaman penjajah. Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi

    kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu kepada Merdeka,

    mengatur strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja

    Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai

    kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih

    terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai

    rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku - Bapa Kemerdekaan.

    Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid

    Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan

    Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada

    tahun 1957sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan

    salah satu daripada pencapaiannya yang teragung.

    http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=4-1CNHhwCbHRGM&tbnid=bDTxW667ea5LeM:&ved=0CAUQjRw&url=http://www.perdana.org.my/emagazine/2013/08/quote-tunku-abdul-rahman-putra-al-haj/&ei=RhVAUow2h5CtB7DSgcgF&psig=AFQjCNE0zDQh8OZ0kpGYuHtUCmLkDICKHQ&ust=1380016275875435
  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    3/17

    3

    Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa

    Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

    KEHIDUPAN PERIBADI

    Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana

    Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh

    kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik

    Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah

    anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand.

    Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti

    Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid,

    telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

    LALUAN KE KEMERDEKAAN

    Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk

    memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak

    berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan.

    Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCAmemenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua

    Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai

    Parti Perikatan pada tahun 1955.

    Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding

    tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957

    diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala

    Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak

  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    4/17

    4

    TUN ABDUL RAZAK BIN HAJI DATO' HUSSEIN

    Allahyaraham Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11 Mac 1922 - 14 Januari 1976)

    merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970

    sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1971)

    (NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial

    yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat

    Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai

    "Bapa Pembangunan".

    KEHIDUPAN PERIBADI

    Dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang, Allahyaraham Tun Abdul Razak

    merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah TehFatimah bt Daud. Beliau keturunan bangsawan Bugis yang telah lama merupakan

    ketua-ketua suku kaum Pahang. Abang ipar Abdul Razak, Tun Hussein Onn, ialah

    penggantinya sebagai erdana Menteri ketiga. Anak sulungnya, Dato' Seri Najib bin

    Tun Haji Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam menggantikan Tun

    Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah

    Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed

    Nazir.

    http://malaysiafactbook.com/File:Tun_Abdul_Razak_ekk.jpg
  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    5/17

    5

    PENDIDIKAN

    Sejak di sekolah rendah lagi, Abdul Razak telah menunjukkan kepintaran dan

    kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk

    menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak.

    Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Abdul Razak bertugas

    dengan Perkhidmatan Pentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan

    biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun,

    pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II.

    Selepas peperangan, Abdul Razak pergi ke Britain pada tahun 1947 untuk belajar

    jurusan undang-undang. Sewaktu menuntut diEngland, beliau bertemu dengan Tunku

    Abdul Rahman yang sedang membuat percubaan yang ketiga untuk memperoleh

    ijazah undang-undangnya. Abdul Razak menjadi ahli Parti Buruh British dan sebagai ahli

    Kesatuan Melayu United Kingdom (KMUK), dipilih sebagai setiausaha di bawah Tunku

    yang dipilih sebagai presiden kesatuan itu. Bersamping itu, Abdul Razak juga

    menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah untuk perbincangan persoalan-persoalan

    politik negara untuk penuntut-penuntut Malaya. Pada tahun 1950, Abdul Razak

    menerima ijazahnya daripada Lincoln's Inn di London.

    KEMERDEKAAN

    Berada di London bersama Tunku Abdul Rahman sebagai anggota Tanah Melayu untuk

    menuntut kemerdekaan dari Britain. Selepas kemerdekaan dicapai, beliau dilantik

    sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Bandar. Tun Abdul Razak

    Beliau merupakan Timbalan Presiden UMNO dan Tinbalan Perdana Menteri. Beliau telah

    memainkan peranan sebagai perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada

    tahun1956 . Beliau juga menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London

    pada tahun 1956. Beliau itu juga menjadi perunding dalam menyiapkan perlembagaan

    Kemerdekaan 1957. Selain itu , beliau telah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Penyata

    Pendidikan 1956 yang menggubal sistem pendidikan kebangsaan negara. Laporan itu

    dikenal sebagai Penyata Razak pada tahun 1957. Tun Abdul Razak telah dilantik

    sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970.

  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    6/17

    6

    TUN V. T. SAMBANTHAN

    Dilahirkan di kawasan pedalaman Sungai Siput, Negeri Perak, Sambanthan

    bersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak. Beliau amat cemerlang

    dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari

    Universiti Annamalai diIndia Utara.

    Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan

    universiti. Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama

    Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun.

    Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu particampuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan

    Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di

    Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri

    Perak. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh.

  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    7/17

    7

    KEHIDUPAN PERIBADI

    V.T. Sambathan dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput,

    Perak Darul Redzuan. Semasa kecil beliau tidak banyak bergaul dengan masyarakat

    lain. Beliau seorang yang rajin. Beliau mula bergaul dengan masyarakat lain apabilabersekolah di Sekolah Clifford di Kuala Kangsar, Perak.

    Beliau sangat cemerlang dalam pelajarannya hingga membolehkan beliau

    melanjutkan pelajaran di Universiti Annamalai di Utara India dan mendapat ijazah

    Sarjana Muda Sastera dari universiti tersebut. Tun V.T. Sambathan merupakan

    seorang pejuang daripada masyarakat India. Sejak kecil lagi sangat aktif dalam

    pelbagai kegiatan di sekolah dan universiti. Kepimpinan terserlah apabila dilantik

    menjadi Presiden Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian V.T.

    Sambathan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian.

    KEMERDEKAAN

    Beliau merupakan presiden MIC yang telah bersama-sama Tunku Abdul Rahman

    mendapatkan kemerdekaan negara. Beliau telah menyokong sepenuhnya dasar

    kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara yang kukuh dan menyeru

    kaum India supaya m,emberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada

    negara ini.

    Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan

    merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu

    Sambanthan dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959,

    Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang

    terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang

    tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh

    Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum.

  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    8/17

    8

    Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah

    dicurahkan oleh V.T. Sambathan terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat

    yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta semangat

    patriotisme pada masa itu. V.T. Sambathan juga turut berjasa dalam menyatukan

    masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.

    V.T Sambathan tidak hanya memajukan masyarakat India yang kurang

    berpendidikan tetapi lebih global terutama ketika menjawat jawatan Menteri

    Kesihatan. Beliau telah meletakkan jawatan Presiden Kongres India pada tahun 1973

    dan Menteri Perpaduan Negara pada tahun 1974 kerana faktor usia. Tun V.T.

    Sambathan telah meninggal dunia pada 18 Mei 1979 akibat diserang penyakit

    jantung. Bagi mengenang jasa beliau kepada negara, nama beliau telah

    diabadikan kepada sebatang jalan raya di Brickfield, Kuala Lumpur.

  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    9/17

    9

    TUN SIR HENRY LEE HAU-SHIK

    Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S. Lee (1900 - 1988)

    merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan

    Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian menjadi Menteri Kewangan pertamanya

    dalam Jemaah Menteri Malaya pertama. Beliau juga pernah menjadi Menteri

    Pengangkutan dalam kabinet sementara sebelum kemerdekaan.

    KEHIDUPAN PERIBADI

    H. S. Lee merupakan anak sulung kepada seorang usahawan dari Gaozhou,

    Guangdong Lee Kwai-lim dan isterinya Kam Kwok-chun. Dia dilahirkan di Hong Kong

    pada 19 November 1900. Pada 1924, H. S. Lee berpindah ke Malaya bagi

    membantu perniagaan bapanya. Beliau dengan cepat menyesuaikan diri dan aktif

    berpersatuan.

    Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapaiperpaduan kaum dan kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang

    selama-lamanya. Beliau memainkan peranan yang penting dalam penubuhan

    MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNO-MCA, penentang komunis di

    zaman darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut Kemerdekaan

    Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri Kewangan

    antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah

    menjadi salah satu kebanggaan negara.

  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    10/17

    10

    RENTAP

    Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal

    dalam sejarah Sarawak. Pada tahun 1853, beliau merupakan

    salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan

    Raja Putih Brooke. Rentap atau nama sebenarnya Libau

    menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Sariba. Gelaran

    Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau

    membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas

    beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.

    http://3.bp.blogspot.com/_lBn2Py90Z-E/TNrN2XDmwUI/AAAAAAAAAFA/8cqjuVZB1fU/s1600/RENTAP.jpg
  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    11/17

    11

    MAT SALLEH

    Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan

    pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang

    hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Detik perjuangan

    Datu Mat Salleh menentangpencerobohan dan keganasan

    Kompeni Hindia Timur Inggeris bermula pada bulan Julai 1897.

    Dalam masapertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai

    pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada

    31 Januari 1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap

    sebagai seorang pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan,

    dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.

    http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=IOokzdZYRKOX3M&tbnid=0gxUzsSE2BubXM:&ved=0CAUQjRw&url=http://sejarah-kelantan.com/2012/10/30/tokoh-seni-pengasas-dikir-barat/mat-salleh-bin-haji-ahmad/&ei=6RVAUsO0IMP7rAeRjYCwCA&psig=AFQjCNGVto8umD5WPOloRWyvHEmuXEJmpA&ust=1380017979078874
  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    12/17

    12

    TOK JANGGUT

    Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali

    sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke

    paras dada adalah seorang pahlawan Melayu yang terkenal

    di Kelantan. Dilahirkan pada 1853, beliau ialah seorang

    penentang penjajahan British semasa menentang pengenaan

    cukai oleh pihak British di Kelantan.

    Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya

    menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

    http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=BcQc2r1nQU3kNM&tbnid=qh_jYftmHCevPM:&ved=0CAUQjRw&url=http://sejarahtokoh.wordpress.com/tok-janggut/&ei=TxZAUt-FDcXhrAf4wICIAQ&psig=AFQjCNFuWjN5lW33jvbyc1Qo5QSA2mNb9A&ust=1380018087439311
  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    13/17

    13

    MAT KILAU

    Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau

    dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid,

    Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalamilmu kebatinan, persilatan dan bermain senjata. Beliau

    mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang

    matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang

    sangat disegani dan dihormati oleh penduduk negeri Pahang.

    Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasamenentang pihak British membuatkan pelbagai pihak

    menyanjung tinggi kepahlawanan beliau.

    http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=p1SgemTkJrlEcM&tbnid=LUy3ske8qbF18M:&ved=0CAUQjRw&url=http://www.hmetro.com.my/articles/Majalah3_MisteriMatKilau/Article?hm&ei=tRZAUtSmD4-nrAf58oDQBg&psig=AFQjCNEJKiFfKxPb5ReUGqQtMuwlluBgOg&ust=1380018159343777
  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    14/17

    14

    DATO MAHARAJA LELA PANDAK LAM

    Dato Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar

    kelapan Perak yang berketurunan Daeng Salili. Beliau adalah

    anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi.

    Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang

    ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan

    gelaran Dato Maharaja Lela Tan Lela, dengan kuasa boleh

    memancung tanpa bertanya. Pandak Lam kemudian

    mengetuai perjuangan menentang British di Perak dan

    membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird

    Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.

    http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=uawr-fPwHt9-eM&tbnid=hz08xBGjUCX7fM:&ved=0CAUQjRw&url=http://ms.wikipedia.org/wiki/Dato_Maharaja_Lela&ei=MxdAUv2KKIrprQfOwIGoCA&psig=AFQjCNFMyUNsgbE5FPn8MSRFAfEsvYzzsQ&ust=1380018272913401
  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    15/17

    15

    Buku skrap

    http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=fz_b7MlDXBswiM&tbnid=bY2LjKf9z6SPWM:&ved=0CAUQjRw&url=http://alumnijaka.blogspot.com/2010/08/salam-kemerdekaan-dan-salam-satu.html&ei=CwxAUvTBMMarrAeQwoHoBg&bvm=bv.52434380,d.bmk&psig=AFQjCNFHVJxIO6H6Vi3_NfQslPOwxEKykw&ust=1380015468099876http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=t6RBiVNSj_criM&tbnid=bVSrVvaad4dGHM:&ved=0CAUQjRw&url=http://ohduniaku.com/hari-kemerdekaan-2011-1957&ei=qwxAUoHtIcOIrQfL3YDgDA&psig=AFQjCNFHVJxIO6H6Vi3_NfQslPOwxEKykw&ust=1380015468099876http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=fz_b7MlDXBswiM&tbnid=bY2LjKf9z6SPWM:&ved=0CAUQjRw&url=http://alumnijaka.blogspot.com/2010/08/salam-kemerdekaan-dan-salam-satu.html&ei=CwxAUvTBMMarrAeQwoHoBg&bvm=bv.52434380,d.bmk&psig=AFQjCNFHVJxIO6H6Vi3_NfQslPOwxEKykw&ust=1380015468099876http://www.google.com/url?sa=i&rct=j&q=&esrc=s&frm=1&source=images&cd=&cad=rja&docid=t6RBiVNSj_criM&tbnid=bVSrVvaad4dGHM:&ved=0CAUQjRw&url=http://ohduniaku.com/hari-kemerdekaan-2011-1957&ei=qwxAUoHtIcOIrQfL3YDgDA&psig=AFQjCNFHVJxIO6H6Vi3_NfQslPOwxEKykw&ust=1380015468099876
  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    16/17

    16

    Tokoh

    kemerdekaan

    Biodata

    Nama : Vimalraj a/l Selvaraju

    Umur : 10 tahun

    Tarikh lahir : 16hb April 2002

    Kelas : 5 Suria (2013)

    Alamat : No : 15, Hala Klebang Restu,

    Medan Klebang Restu, 31200 Chemor,

    Perak Darul Ridzuan.

    Sekolah : SJK (T) Klebang,

    31200 Chemor,

    Perak Darul Ridzuan

  • 7/27/2019 Tokoh -tokoh kemerdekaan

    17/17

    17

    Nama Cikgu : Cik. Suganthi

    Tajuk Buku Skrap : Tokoh Kemerdekaan

    Kandungan