bab 2 zmn penjajahan (bac)

59
1 BAB 2 ZAMAN PENJAJAHAN

Upload: ariff03

Post on 03-Dec-2014

2.438 views

Category:

Education


10 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

1

BAB 2ZAMAN PENJAJAHAN

Page 2: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

2

OBJEKTIF Menjelaskan kewujudan dan proses-proses

penjajahan dari kuasa-kuasa asing serta kesan kepada masyarakat dan negara.

Menghuraikan semangat penentangan terhadap penjajah dan menilai kesan-kesan penjajahan.

Page 3: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

3

PENJAJAHAN

PORTUGIS BELANDA INGGERIS JEPUN

KESAN KESANFAKTOR

KEDATANGAN

PROSESPENJAJAHAN

PENENTANGAN

KESAN

PENTADBIRAN

KESAN PENDUDUKAN

JEPUN

Page 4: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

4

PENGENALAN Kolonialisme - dasar /amalan

sesebuah negara meluaskan pengguasaannya ke atas sesebuah negara lain.

Imperialisme - dasar / tindakan sesebuah negara menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara lain.

Nasionalisme - pergerakan utk mencapai kebebasan ekonomi dan politik drpd kekuasaan asing.

Page 5: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

5

Latar Belakang Penjajahan Negara telah dijajah oleh beberapa

buah kuasa barat dan timur iaitu Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

Negara dijajah selama 446 tahun bermula dari tahun 1511 hingga 1957.

Negara-negara penjajah :a) Portugis (1511-1641)b) Belanda (1641-1824)c) Inggeris (1824-1941) dan (1945-

1957)d) Jepun (1941-1945)

Page 6: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

6

Faktor datang ke kepulauan Melayu:i) Ekonomi (rempah-ratus, bijih timah dan emas)ii) Agama (sebarkan agama kristian).

Penjajah Barat menggunakan konsep gold, glory dan gospel untuk meluaskan kuasa dan pengaruh mereka.

Tanah Melayu mempunyai pengalaman penjajahan oleh empat kuasa tersebut.

British merupakan penjajah yang membawa pengaruh yang besar dalam sosiobudaya, ekonomi dan politik di TM.

Page 7: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

7

PortugisPengenalan Menguasai Melaka pada tahun 1511 - 1641

(130 tahun) iaitu menakluk dan menduduki bandar dan pelabuhan Melaka sahaja.

Tujuan utama datang ke timur iaitu untuk menakluk dan menduduki Melaka yang merupakan pusat perdagangan.

Portugis terbabit dengan Perang Tiga Segi (Portugis, Aceh dan Johor) utk menguasai perdagangan Kepulauan Melayu.

Matlamat : a. ekonomi (rempah ratus, bijih timah dan

emas)b. mencari pelabuhan untuk menguasai

perdagangan di kawasan timur (Melaka). c. mengembangkan agama Kristian

Page 8: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

8

Kesan penjajahan Portugis : membawa kepada kemunculan kerajaan

Melayu Johor-Riau Sistem pentadbiran ketenteraan di

Melaka Agama Kristian cuba di sebarkan Kesan peninggalan seni bina A Famosa. Portuguese dance (Jingling Nona) dan

masyarakat Serani Pengenalan tulisan rumi Perkataan bhs Portugis- ‘jendela, almari,

garpu dan tuala’

Page 9: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

9

A Famosa Portugese Dance

Page 10: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

10

BelandaPengenalan Abad ke 17, Belanda menumpukan

perhatian kepada pelabuhan di Jawa. Belanda menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda pada 20 Mac 1602.

1619 - Belanda telah mendirikan ibu pejabat tetap di Betawi (Batavia) Pulau Jawa.

Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis.

Penjajahan Belanda dengan tujuan : a) menguasai perdagangan rempah-

ratus di Kepulauan Melayu, b) memonopoli perdagangan bijih

timah di negeri-negeri Melayu

Page 11: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

11

Belanda juga menguasai perdagangan bijih timah di Perak dan Selangor.

Belanda bersaing dengan British untuk menguasai perdagangan bijih timah di Tanah Melayu dan akhirnya mereka menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda (perjanjian London) pada 17 Mac 1824.

Proses Penguasaan Melaka Pertengahan 1640, Belanda bersatu

dengan Johor menyerang Melaka, dan hanya dapat mengalahkan Portugis selepas enam bulan berperang.

Januari 1641, Portugis menyerah kalah dan Belanda menguasai Melaka.

Page 12: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

12

Betawi dijadikan pusat perdagangan manakala Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal negeri-negeri Tanah Melayu yang kaya dengan bijih timah.

Cara meluaskan perdagangan :a) Membuat perjanjian berdagang dan biasanya

berat sebelah iaitu menguntungkan Belanda sahaja.

b) 1642, desak Johor tandatangan satu perjanjian perdagangan yang mengkehendaki agar semua kapal yang belayar ke utara melalui Selat Melaka , hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Belanda.

Kurun 18, hadapi tentangan dan persaingan dari Bugis.

Page 13: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

13

Kesan Penjajahan Belanda

Bangunan Stadhuys, Kota Belanda(Dutch Fort)

Melaka Pulau Pangkor

Page 14: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

Inggeris PengenalanBritish mula campurtangan di Tanah Melayu bermula 11 Ogos 1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang.

16 Feb 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura melalui perjanjian antara Tengku Long dan Temenggung Abd Rahman.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 membuka jalan British menguasai Tanah Melayu

14

Page 15: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

Inggeris berjaya menguasai Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan dikenali Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.

Selepas perjanjian Pangkor 1874, Inggeris mula campurtangan di NNMelayu secara langsung dengan memperkenalkan sistem Residen.

Wujud 3 unit pentabiran British di Tanah Melayu iaitu NNS, NNMB dan NNMTB.

15

Page 16: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

16

Faktor-faktor Campurtangan Inggeris a) Faktor ekonomi Berlaku Revolusi Perindustrian pada

pertengahan abad ke-19 di Eropah (industri mengetin makanan)

Tanah Melayu sebagai tempat pengeluar yang utama bijih timah. Selangor dan Perak negeri pengeluar utama.

b) Faktor keadaan anarki Masalah perang saudara antara

pembesar. Perang Saudara (1867-1873) antara Tengku Kudin vs Raja Mahadi di Selangor.

Di Perak berlaku pergaduhan antara kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin

Kegiatan pelanunan

Page 17: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

17

c) Faktor kebimbangan campur tangan kuasa-kuasa asing

Kebimbangan British terhadap kuasa Barat seperti Russia, Perancis, Itali dan Jerman. Mereka bersaing untuk meluaskan jajahan takluk masing-masing.

Kuasa-kuasa tersebut boleh menjalinkan hubungan ekonomi dgn Negeri2 Melayu.

Page 18: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

18

Perjanjian Inggeris – Belanda Perjanjian Inggeris- Belanda termeterai

pada 17 Mac 1824 di London. Antara faktor yang mendorong kepada

perjanjian ini ialah persaingan perdagangan di Timur dan dasar persahabatan Inggeris-Belanda di Eropah.

Inggeris berjaya meluaskan pengaruh di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia.

Kesan penting kepada PerjanjianInggeris-Belanda ialah :

1)Kepulauan Melayu terbahagi kpd dua pengaruh Ingeris dan Belanda

2)Perpecahan empayar Johor –Riau. 3)Persaingan perdagangan antara

British dan Belanda bertambah sengit

Page 19: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

19

Campurtangan di Perak Perak negeri Melayu terawal menerima

kemasukan pengaruh politik British. British mengambil kesempatan drpd :a) perebutan takhta kerajaan Perak - pertelingkahan antara Raja Yusof,

Raja Ismail dan Raja Abdullah.b) pergaduhan kongsi gelap Cina

- kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San (Perang Larut)

Penyelesaian - Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara Kerajaan British dengan kerajaan Perak.

Sistem residen pertama wujud di Perak 1875. J.W.W Birch dilantik menjadi Residen pertama di Perak.

Page 20: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

20

Campurtangan di Selangor Masalah kutipan cukai di muara sungai

dan masalah lanun diperairan Selangor. Jun 1871, kapal saudagar Cina dirompak

oleh pengikut Raja Mahadi. British hantar dua kapal Pluto dan Rinaldo serang kubu Raja Mahadi.

British ambilalih Selangor dan melantik

J.G. Davidson sbg residen pertama.

Page 21: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

21

Campurtangan di Sg.Ujong dan N. Sembilan

Perbalahan antara Datuk Kelana dengan Datuk Bandar berkaitan kuasa kutipan cukai bijih timah di Sg. Ujong.

Semua daerah di N9 jatuh ke tangan British dan akhirnya menerima Residen pada tahun 1889 iaitu Martin Lister.

Campurtangan di Pahang Pertikaian saudara antara Bendahara Wan

Ahmad dgn Wan Mansur (1884). Frank Swettenham di hantar ke Pahang untuk

selesaikan masalah dan Sultan Ahmad menerima residen pertama Pahang J.P. Rodger pada 8 Oktober 1887.

Page 22: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

22

Pegawai Inggeris Di Tanah Melayu

J.W.W Birch Frank Swettenham Stamford Raffles(Perak) (Residen-Jeneral Pertama) (Singapura)

J.P. Rodger Francis Light (Pahang) (Pulau Pinang)

Page 23: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

23

Sistem Residen Bermula di Perak kemudian di Selangor,

Negeri Sembilan dan Pahang. British berkuasa di NNMB dalam aspek

politik dan pentadbiran, ekonomi serta sosial.

Matlamat Sistem Residen : 1. keamanan melalui undang-

undang 2. sistem pentadbiran awam dan

pungutan cukai teratur 3. ekonomi - eksploitasi sumber

semulajadi - bijih timah

Page 24: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

24

Kesan-kesan sistem Residena)Pembangunan ekonomi Negeri

- perusahaan bijih timah, getah, kopi - kemasukan buruh Cina dan India - sumber ekonomi dimonopoli oleh Britishb) Perubahan Politik - Sultan berkuasa pada Agama Islam

dan adat-istiadat - Perubahan sistem pentadbiran -

Residen berkuasac) Perkembangan Sosial - infrastruktur jalan keretapi, jalan raya,

pusat kesihatan, pos dan sebagainya.

Page 25: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

25

Negeri-negeri Selat (NNS) Ditubuhkan pada 1826. Pulau Pinang,

Melaka dan Singapura. Diketuai oleh Gabenor - Robert Fullerton

(pertama) 1 April 1867 - Unit NNS di bawah pejabat

tanah jajahan di London. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) 1895, melalui Perjanjian Persekutuan -

British tubuhkan NNMB iaitu empat negeri Perak, Selangor, N. Sembilan dan Pahang. 1 Julai 1896, penubuhan NNMB telah berkuatkuasa secara rasmi.

Diketuai oleh Residen Jeneral. Residen Jeneral pertama Frank Swettenham.

Page 26: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

26

Faktor penubuhan NNMB a) Masalah kewangan di Pahang b) Kelemahan sistem residen c) Mengurangkan belanja untuk

pentadbiranKesan penubuhan NNMB British tubuhkan bbrp jabatan – jabatan

kerja raya. Kemerosotan kuasa raja dan pembesar

Kuasa beralih kpd Residen Jeneral Sistem pentadbiran tersusun – Majlis

Mesyuarat Persekutuan Timbul rasa tidak puashati di kalangan

raja.

Page 27: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

27

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu(NNMTB) Ditubuhkan pada 1909 melalui

perjanjian Bangkok. Negeri terbabit ialah Perlis, Kedah,

Kelantan dan Terengganu Johor juga termasuk dalam NNMTB. Pada tahun 1914, Johor menerima

seorang Penasihat British.

Page 28: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

28

NNS

NNMB

NNMTB

PERAK

PAHANG

SELANGOR

NEGERI SEMBILAN

Page 29: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

29

Pengagihan Kuasa Pusat (Disentralisasi 1920-

1941) Pengagihan kuasa pusat (Dasar

Disentralisasi) diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.

Faktor-faktor Disentralisasi diperkenalkan oleh British :

a) Sultan di NNMB tidak berpuashati dgn pemusatan kuasa pentadbiran di tangan Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909 tidak berpihak kepada sultan.

b) Menyatukan negeri-negeri Melayu (NNMB, NNMTB dan NNS)

Page 30: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

c) Mengurangkan perbelanjaan pentadbiran

d) Persaingan kuasa antara Residen Jeneral dgn Pesuruhjaya Tinggi (pentadbiran)

Disentralisasi merupakan strategi British menguasai ekonomi di Tanah Melayu

30

Page 31: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

31

Sistem Pentadbiran di Zaman Penjajahan InggerisSistem Tahun Negeri-negeri Terbabit

Sistem Residen 1874-1889 Perak, Selangor, Pahang, N.Sembilan

Negeri-negeri Selat (NNS)

1826 Pulau Pinang, Singapura dan Melaka

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

(NNMB)

1896 Perak, Selangor, N.Sembilan, Pahang

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

(NNMTB)

1909-1919 Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor

Disentralisasi 1920-an Semua negeri di Tanah Melayu

Page 32: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

32

Reaksi Masyarakat Tempatan terhadap Penjajahan British

Penentangan Di Naning (1831-1832) Naning merupakan sebahagian drpd

Melaka. Gabenor Fullerton menyatakan Naning perlu bayar 1/10 drpd hasil ekonomi kpd British.

Cadangan british ditentang oleh Dol Said (Penghulu Naning). Perang Naning tercetus pd bulan Julai 1831.

Naning diisytiharkan sbg sebahagian wilayah Melaka.

Feb 1834, Dol Said menyerah diri.

Page 33: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

Penentangan Di Selangor Perang Kelang tercetus disebabkan

pertentangan antara Raja Mahadi dgn Raja Abdullah.

1868, Sultan Selangor lantik Tengku Kudin (Wizurai Selangor) dan bantu Raja Ismail merampas Klang. British campurtangan dan beri sokongan menentang Raja Mahadi. Walau pun hanya Perang saudara tetapi campurtangan British telah mendapat tentangan penduduk tempatan

33

Page 34: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

34

Penentangan di Perak Sebab penentangan British di Perak : a) British dan Birch menyekat hak mengutip

cukai oleh Sultan dan pembesar Melayu. b) Paksa sultan tandatangani surat

penyerahan kuasa kpd kerajaan British 1875.

c) Pembaharuan oleh J.W.W Birch: - hapus sistem perhambaan - beri perlindungan kpd hamba - campurtangan dlm adat resam org

Melayu d) Sikap peribadi Birch - buat pembaharuan secara tergesa-gesa - tidak boleh berbahasa Melayu

Page 35: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

35

Dato Maharaja Lela , Dato Sagor dan Pak Endut dan Seputum menentang British dan membunuh Birch pada Nov 1875 di Pasir Salak.

Mereka dihukum di Matang 1879. Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

Page 36: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

36

Penentangan di Pahang Penentangan bermula apabila British lantik J.P.

Rodger sbg Residen Pahang 1888.Beliau telah memperkenalkan jawatan pemungut cukai dan majistret serta memperkenalkan sistem lesen dan permit (pungut hasil hutan),cukai tanah dan sistem kerah.

Pembesar Melayu Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melancarkan pemberontakan pada Disember 1891 dan serang balai Polis Lubuk Trua dan Kuala Tembeling.

Pemberontakan berakhir pada tahun 1895. Tok Gajah, Dato Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Terengganu, Kelantan dan akhirnya ke Siam.

Page 37: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

37

Penentangan di Kelantan Melalui perjanjian Bangkok 1909, Kelantan

diserahkan kpd British dan James Scott Mason - penasihat British Julai 1909.

Penentangan Inggeris dipimpin oleh Haji Mat Hassan bin Munas (Tok Janggut).

Punca penentangan : a) ketidakpuasan hati Engku Besar Jeram b) Sistem Tanah Baru 1915 c) Pengenalan cukai hasil pertanian d) Sikap pegawai British Sikap Pegawai Daerah iaitu Che Abdul Latif

menimbulkan kemarahan orang ramai. Tercetus pemberontakan diketuai oleh Tok Janggut di Pasir Puteh 29 April 1915. Pemberontakan tamat pada 24 Mei 1915.

Page 38: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

38

Penentangan Di Terengganu Pemberontakan di Terengganu yg diketuai oleh Hj

Abd Rahman Hj Abdul Hamid (Hj. Abdul Rahman Limbong) dikenali sbg Pemberontakan Tani pada 1928.

Faktor pemberontakan Tani : a) pungutan cukai tanah, hasil tanah dan cukai

kepala b) perkenalkan sistem pendidikan Barat c) perkenalkan pas kebenaran untuk membuka

tanah, bercucuk tanam dan memungut hasil hutan. Pemberontakan berlaku pada 21 Mei 1928 serang

balai Polis dan pejabat Daerah di Kuala Berang. Pemberontakan dapat ditumpaskan. Abd Rahman

Limbong di buang ke Makkah.

Page 39: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

39

Penentangan Di Sarawak Sebelum Perang Dunia Kedua, Sarawak ditadbir oleh

Dinasti Brooke. Beberapa pemberontakan:a)Rentap - 1853, Brooke hapuskan amalan memburu

kepala manusia yang menjadi amalan tradisi org peribumi Sarawak. Melalui Rentap mereka menyerang kubu Brooke di Sungai Skrang dan bunuh pegawai Brooke iaitu Alan Lee. - 1861, Brooke lancar serangan besar-besaran kubu rentap di Bukit Sadok.

b) Banting - ketua kaum Iban di Hulu Batang Lupar. Punca

tentangan akibat tindakan Brooke kuasai kawasan Banting dan hapus adat dan amalan tradisi tempatan

- 1908, Brooke berjaya tewaskan Banting.

Page 40: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

40

c) Sharif Masahor- Penentangan berpunca drpd tindakan James Brooke memperkenalkan sistem pemerintahan baru dan kuasai kwsn Sg. Rejang.

- Sharif Masahor merupakan gabenor Sarikei di Sg.Rejang dilantik oleh Sultan Brunei. Beliau

berpakat dengan Datuk Patinggi Abdul Gapur serang kubu Brooke di Kanowit Jun 1859. Serangan dapat dipatahkan oleh pihak Brooke. Sharif Masahor dibuang negeri ke Singapura dan Patinggi Abdul Gapur ke Betawi.

d) Asun - Semasa pemerintahan Vyner Brooke 1920,

orang Dayak menentang pembayaran cukai dan memberontak di Sg. Kanowit diketuai oleh Penghulu Asun.

- 1932, Asun menyerah diri dan dibuang negeri ke Lundu.

Page 41: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

41

Penentangan di Sabah Sabah terletak di bawah Syarikat Borneo

Utara British. Dua pemberontakan tercetus iaitu : a) pemberontakan Mat Saleh - Mat Saleh berketurunan Bajau dan

Suluk. Berpunca akibat pengenaan cukai, pembangunan secara besar- besaran dan sekatan terhadap pembesar tempatan.

- siri penentangan tercetus di Sg.Sugut (1894), serang pelabuhan Syarikat di pulau Gaya (1897). Akhirnya, Mat

Saleh terbunuh pada tahun 1900.

Page 42: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

42

b) Kebangkitan Rundum - diketuai oleh Antanum pada

1915. - faktor pemberontakan - cukai

ke atas beras dan ubi kayu, ordinan hutan dan kerah rakyat membina jalan2 kecil di hutan.

- Feb 1915, serang pejabat kerajaan di Pensiangan. Gagal dan Antanum ditawan dan dihukum bunuh.

Page 43: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

43

Gambar Tokoh Pejuang

Mat Kilau Mat Saleh

Tok Gajah Dato Bahaman

Page 44: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

44

Dato Maharajalela dan Dato Sagor Rentap

Page 45: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

45

Tokoh Pejuang Kemerdekaan Peringkat Awal

Daerah/ Negeri Tokoh Pejuang

Naning Dol Said

Perak Dato Maharaja Lela, Dato Sagor

Selangor Raja Mahadi

Pahang Dato Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah

Kelantan Tok Janggut

Terengganu Abd Rahman Limbong

Sarawak Sharif Masahor, Rentap, Banting, Asun, Datuk Patinggi Abdul Ghapur

Sabah Mat Saleh, Antanum

Page 46: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

46

JepunPengenalan 8 Disember 1941, Jepun telah menyerang Tanah

Melayu. Seluruh Tanah Melayu dan Singapura ditawan oleh Jepun pada 15 Feb 1942.

Faktor kejayaan Jepun menawan Tanah Melayu : a) Pihak British kurang bersedia b) Kelewatan bantuan ketenteraan dari

London dan India c) Serangan melalui jalan laut dan berjaya

menenggelamkan dua buah kapal British Prince of Wales dan Repulse.

d) Persediaan tentera Jepun yg lengkap e) Tentera Jepun yang terlatih dan berdisiplin

Page 47: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

47

Page 48: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

48

Tentera British Menyerah Kalah Kepada Jepun

Dua kapal British Repulse dan Prince of Wales

Page 49: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

49

Pentadbiran Jepun Bercirikan ketenteraan. Antara ciri

pentadbiran ketenteraan Jepun: a) Tanah Melayu dikenali sbg Malai Baru

diketuai oleh seorang Presiden Jepun atau Gunseikan

b) Setiap negeri diketuai oleh Gabenor Jepun dan dibantu oleh oleh Majlis Wilayah.

c) Singapura yg dikenali sbg Syonan. NNM Utara terdiri drpd Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah diserahkan negara Thai - Ogos 1943.

e) Tubuh pasukan perisik tentera - Tekkikan, Kempeitai dan Toko.

Page 50: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

50

Kesan-kesan Pendudukan Jepun Kesan Sosial Penindasan terhadap org Cina Ramai pemuda tempatan dipaksa menjadi

buruh paksa untuk membina Landasan Jalan Kereta Api Maut di sempadan negara Thai dan Burma

Masalah kesihatan ekoran kekurangan bekalan perubatan dan makanan tidak berzat.

Layanan Jepun terhadap orang tempatan berat sebelah. Org Cina diberi layanan buruk dan berbaik-baik dengan org Melayu. Timbul perasaan permusuhan antara kaum.

Sistem pendidikan Jepun diperkenalkan seperti bahasa Jepun- Nippon-go dan lagu Kamigayo.

Page 51: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

51

Kesan Ekonomi Perusahaan bijih timah dan getah

semakin merosot ekoran British telah musnahkan kawasan lombong, ladang dan kilang.

Barangan keperluan berkurangan seperti tekstil, ubat-ubatan, beras. Makanan beras diganti dengan ubi kayu.

Nilai matawang jatuh. Wang pokok pisang dikeluarkan banyak tetapi tidak bernilai.

Masalah inflasi berlaku

Page 52: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

52

Kesan Politik Beri kesedaran politik kpd penduduk

tempatan akibat guna propaganda ‘Asia untuk orang Asia’

Org Melayu mendapat peluang pentadbiran

Timbul kesedaran Inggeris mempunyai kelemahan akibat dicabar oleh tentera Jepun

Lahir semangat nasionalisme seperti wujud Pembela Tanah Air (PETA), Kekuatan Rakyat Istimewa (KRIS), Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

Mengukuhkan sentimen kecinaan dan keindiaan di Tanah Melayu.

Page 53: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

53

Tanah Melayu Selepas Pendudukan Jepun Jepun berundur dari Tanah Melayu pada 15

Ogos 1945 setelah kalah di tangan kuasa Berikat dan akibat pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki.

PKM melalui Bintang 3 cuba menguasai T Melayu dan mencetuskan huru-hara.

British isytihar darurat dan menubuhkan Rancangan Briggs dan Templer untuk memulihkan semula keadaan darurat.

Rundingan Baling 1955 diadakan antara Kerajaan Persekutuan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman dengan Parti Komunis Malaya yang dipimpin oleh Chin Peng.

Pesuruhjaya Tinggi T. Melayu mula mengisytiharkan darurat pada 18 Jun 1948 dan PKM diharamkan pada 23 Julai 1948.

Page 54: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

54

British menubuhkan dua rancangan untuk membanteras aktiviti komunis iaitu :a) Rancangan TemplerSir Gerald Templer perkenalkan sistem pembahagian wilayah kawasan putih dan kawasan hitam serta sistem kad pengenalan.b) Rancangan BriggsSir Harold Briggs perkenalkan penempatan kampung baru untuk menyekat pengaruh komunis melalui rancangan Briggs.

Rundingan Baling diadakan antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dgn PKM pada 28 dan 29 Disember 1955.

Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

Page 55: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

55

Kesimpulan Secara keseluruhan, perluasan dasar

imperialisme dan kolonialisme Barat telah dimulakan oleh Portugis, kemudian diikuti Belanda, Inggeris dan Jepun.

Banyak perubahan telah berlaku di Tanah Melayu termasuk Sabah dan Sarawak dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Kemasukan penjajah juga telah menimbulkan reaksi di kalangan rakyat tempatan untuk menentang penjajah.

Page 56: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

56

Negeri2 di Tanah Melayu Penggunaan basikal oleh semasa pentadbiran Jepun tentera Jepun

Page 57: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

57

Keadaan semasa Jepun menawan Tanah Melayu

Page 58: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

58

Wang Pokok Pisang

Landasan Jalan Keretapi Maut

(Jambatan di Sg Mae Klong,

Thailand)

Page 59: Bab 2 zmn penjajahan (bac)

59

Zaman darurat di Tanah Melayu

Anggota Bintang Tiga