folio sejarah pt3

4
Latar belakang Persetiaan Persekutuan 1895 Perjanjian ini telah ditandatangani dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1986 tentangNegeri- Negeri Melayu Bersekutu. Antara perjanjian ialah Raja-raja bersetuju:- 1) menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah Persekutuan yang akan dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 2) menerima seorang pengawai British sebagai Residen General 3) bersetuju mengikut nasihat Residen General dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu 4) membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British 5) Residen General bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri- negeri Selat yang menjadi Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

Upload: azhar

Post on 25-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Sejarah Pt3

Latar belakang Persetiaan Persekutuan 1895

Perjanjian ini telah ditandatangani dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1986 tentangNegeri- Negeri Melayu Bersekutu. 

Antara perjanjian ialah Raja-raja bersetuju:-

1) menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah Persekutuan yang akan dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

2) menerima seorang pengawai British sebagai Residen General

3) bersetuju mengikut nasihat Residen General dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu

4) membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British

5) Residen General bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang menjadi Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 

Page 2: Folio Sejarah Pt3

Faktor Pemeterian Persekutuan 1895

Persekutuan 1895 dilaksanakan oleh british kepada empat negara bagian Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri sambilan dan disebut negeri negeri melayu bersekutu. Faktor pemetariannya adalah pihak british ingin mendapat kemudahan dalam mengatur masyarakat melayu. Pihak British bertanggung jawab terhadap keamanan dan urusan luar negeri. Dan urusan domestik diurus oleh Sultan. Namun pada kenyataannya sultan hanya diberikan kewenang di bidang adat dan urusan agama islam saja. 

Adanya Kelemahan Pelaksanaan Sistem Residen, dimana Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas yang membuat Residen menjadi terlalu berkuasa. Pentadbiran setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri. Imbasnya Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen.

2. Adanya Krisis Kewangan Pahang Terjadi perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang terpaksa menanggung banyak hutang akibat kebangkitan rakyat menentang British, kemudian jika pahang digabungkan dengan negeri-negeri kaya seperti Perak dan Selangor masalah dapat diringankan.

3. Perkongsian Perkhidmatan Pakar, Adanya menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juru ukur dan doktor.

4. Sistem Perhubungan, Adanya sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan keretapi antara Negeri-Negeri Melayu dapat dimajukan

5. Faktor Keselamatan, yaitu mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan

Page 3: Folio Sejarah Pt3

Kesan Persetiaan Persekutuan terhadap negeri-negeri Melayu

Perkaitan Pembentukan Persekutuan dengan Kedaulatan Malaysia.

a.  Melalui proses perjanjian. Kedaulatan Malaysia diperolehi melalui Perjanjian London setelah Rombongan Merdeka ke London manakala perbentukan Persekutuan adalah melalui Persetiaan Persekutuan 1895. Konklusi, untuk mencapai sesuatu matlamat secara aman, perlulah melalui rundingan dan perjanjian.