folio pemeliharaan kualiti air

5
PEMELIHARAAN KUALITI AIR 1. Definisi Pencemaran Ai r Pencemaran Air merujuk kepada penurunan kualiti air dan sejauh mana kualiti air ini akan mempengaruhi kesihatan awam ataupun memberi kesan ke atas ekosistem. Air mewakili 70 peratus daripad a isi bumi dan tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah antara bahan semula  jadi paling penting di dunia. Air mengand ungi hidrogen dan oksigen dan ia amat penting dalam isi planet ini untuk membesar dan tumbuh. Pengenalan  Air merupak an sumbe r terpentin g bagi ke hidupan manusia. Tanpa air dunia akan menjadi sebuah dunia yang tidak bernyawa. Tiga perempat bahagian bumi diliputi oleh air dan lebih dua pertiga daripada berat badan manusia adalah air. Seseorang manusia menggunakan 1000 liter air setahun sebagai minuman. arna da n ba u ai r bo le h me mber it ah u ki ta apa ya ng se da ng be rl ak u terhadapnya. Ciri-ciri air yang tela tercemar Ciri-Ciri Air Keterangan a! Air berwarna hijau Terdapat tumbuhan kecil yang dinamakan rumpai"algae tumbuh didalamnya. b! Air berlumpur Terdapat kandungan kelodak atau mendapan yang tinggi menyebabkan ikan sukar bernafas. c! #apisan berkilau $erlaku tumpahan minyak dipermukaan. d! $erpusar atau berbuih %ehadiran sabun dari rumah atau kilang mengalir ke dalamnya. e! $erbau seperti telur busuk Terdapat kumbahan. f! #apisan kuning jingga atau kemerahan di permukaan air %ila ng memb uang bah an pencemar ke dala m sungai. 1

Upload: noor-azlan-ismail

Post on 16-Oct-2015

120 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

water and waste water management in our country

TRANSCRIPT

PEMELIHARAAN KUALITI AIR1. Definisi Pencemaran Air

Pencemaran Air merujuk kepada penurunan kualiti air dan sejauh mana kualiti air ini akan mempengaruhi kesihatan awam ataupun memberi kesan ke atas ekosistem. Air mewakili 70 peratus daripada isi bumi dan tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah antara bahan semula jadi paling penting di dunia. Air mengandungi hidrogen dan oksigen dan ia amat penting dalam isi planet ini untuk membesar dan tumbuh.Pengenalan

Air merupakan sumber terpenting bagi kehidupan manusia.

Tanpa air dunia akan menjadi sebuah dunia yang tidak bernyawa.

Tiga perempat bahagian bumi diliputi oleh air dan lebih dua pertiga daripada berat badan manusia adalah air.

Seseorang manusia menggunakan 1000 liter air setahun sebagai minuman.

Warna dan bau air boleh memberitahu kita apa yang sedang berlaku terhadapnya.Ciri-ciri air yang telah tercemar

Ciri-Ciri AirKeterangan

a) Air berwarna hijauTerdapat tumbuhan kecil yang dinamakan rumpai/algae tumbuh didalamnya.

b) Air berlumpurTerdapat kandungan kelodak atau mendapan yang tinggi menyebabkan ikan sukar bernafas.

c) Lapisan berkilauBerlaku tumpahan minyak dipermukaan.

d) Berpusar atau berbuihKehadiran sabun dari rumah atau kilang mengalir ke dalamnya.

e) Berbau seperti telur busukTerdapat kumbahan.

f) Lapisan kuning jingga atau kemerahan di permukaan airKilang membuang bahan pencemar ke dalam sungai.

2. Pengawalan Pencemaran Aira) Menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat.

Kaedah ini adalah untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan.

b) Penguatkuasaan Undang-Undang

Pihak kerajaan harus terus memantapkan penguatkuasaan terutamanya berkaitan dengan akta-akta yang telah ada seperti: Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974

Ordinan Perkapalan Saudagar, 1952

Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984

Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Larangan Mengenai Eksport 1988 (Pindaan 1993)

Konvensyen Antarabangsa (MARPOL,1973/78) : Mengawal pencemaran daripada kapal tumpahan minyak, melepasi minyak, pelepasan minyak kapal. Konvensyen Basel : Mengawal pergerakan sisa berjadual (toxic and hazardous waste) dari satu negara ke Negara yang lain.c) Mengelakkan sisa-sisa buangan makanan dan organik ke dalam longkang. Cara praktikal yang boleh dilakukan ialah menanam sisa-sisa makanan di tapak yang sesuai. Kawasan yang dianggap sesuai mestilah terletak agak jauh dari sungai-sungai atau di mana-mana punca air. Ini bagi mengelakkan proses larut resap yang juga boleh mengakibatkan pencemaran. Kaedah ini dapat mengelakkan penyumbatan system pengaliran longkang, pembiakan lalat dan bakteria serta banjir kilat.d) Kempen kesedaran

3. Pembersihan Air

a) Rawatan air sisa

Air sisa merupakan cecair gabungan dari tandas, bilik air, sink yang dilepaskan dari kawasan perumahan, premis perniagaan dan industri, cecair gabungan ini disebut kumbahan. Dimana sisa ini akan dikumpulkan di bawah satu tangki bagi menjalani proses penyingkiran bahan terampai dan bahan tercemar.

Contoh sistem pembentungan di Malaysia.

Sistem pembetungan ialah proses untuk mengumpul, menghantar, merawat air sisa kumbahan, dan menyelenggara sistem pembetungan dan tangki septik. Di Malaysia, perkhidmatan pembetungan terbahagi kepada dua jenis iaitu:

(a) sistem pembetungan bersambung terus ke loji rawatan kumbahan awam

(b) tangki septik individuSistem pembetungan yang bersambung ke loji rawatan kumbahan awammerupakan perkhidmatan yang menyambungkan saluran paip pembetungan di rumah kita ke loji rawatan kumbahan awam. Indah Water Konsortium (IWK) diberi tanggungjawab untuk menjalankan operasi dan penyelenggaraan loji rawatan kumbahan awam.

IWK bertanggungjawab untuk melakukan kerja-kerja pembaikan, jika terdapat masalah pada saluran paip pembetungan awam, seperti tersumbat atau rosak tanpa mengenakan kos terhadap pengguna. Walau bagaimanapun, pemilik premis perlu bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan atau tersumbat, jika masalah berlaku pada saluran paip pembetungan persendirian.

Bagitangki septik individupula, ia merupakan perkhidmatan pembetungan yang teringkas. Sisa kumbahan akan dialirkan ke tangki septik dan tidak menjalani rawatan sepenuhnya, tetapi hanya akan terenap di dasar tangki septik. Justeru, tangki septik perlu dilakukan pengenyah enap cemar, sekurang-kurangnya dua tahun sekali, bagi memastikan tangki septik individu itu dapat berfungsi dengan cekap.

Kenapa Sistem Pembetungan Penting?

Sesetengah tempat di Malaysia tidak mempunyai sistem pembetungan. Oleh itu, sisa pembentung masuk atau meresap ke dalam saliran kita. Sistem pembetung yang tidak dirawat akan menyebarkan organisma yang 'patogenik' atau menyebabkan penyakit serta mencemarkan sungai-sungai kita.

Sungai yang tercemar akanmenyebarkan wabakdanmenjangkiti hidupan airseperti ikan, siput, kerang, udang dan sebagainya. Ini secara tidak langsung akan mencemarkan alam sekitar kita.Ekosistem sungai juga akan mati. Sungai yang mati akan mengeluarkan bau yang busuk, pemandangan yang kotor, berbahaya pada kesihatan dan menyebabkan sebarang jenis tumbuhan dan haiwan tidak dapat hidup.4) Cara Penjimatan Penggunaan Air

a) Halaman Rumah

Menyiram pokok bunga atau tumbuhan sebanyak 2 kali seminggu.

Mencuci kenderaan sekali seminggu dengan menggunakan baldi dan bukannya hos getah.b) Bilik Mandi Sewaktu menggosok gigi jangan membiarkan pili air terbuka.

Gunakan kepala shower yang tidak terlalu besar.

Jangan berkampung didalam bilik air.

Baiki tandas yang bocor.

Menggantikan tandas single flush dengan dual flash sistem boleh menjimatkan 5 liter air setiap flush.c) Dapur dan Mesin Pencuci

Membasuh pinggan mangkuk menggunakan dishwasher menggunakan 35 liter air sebasuhan. Oleh jangan gunakan dishwasher sekiranya jumlah pinggan mangkuk terlalu sedikit.

Apabila anda ingin membeli mesin basuhan pakaian yang baru pilihlah jenis yang menjimatkan dari segi kegunaan air. Anda mungkin dapat menjimatkan air dan juga wang anda di sepanjang jangka hayat mesin basuhan tersebut.

KesimpulanKesedaran masyarakat tentang pengurusan air amat membimbangkan dewasa ini. Masyarakat gagal menguruskan air dengan baik dan melakukan pelbagai kegiatan yang telah mencemarkan kualiti air. Sumbangan besar air terhadap prosuktiviti ekonomi dan kehidupan harian jarang dihargai walaupun semua kegiatan social dan ekonomi bergantung sepenuhnya kepada belakan dan kualiti air.

Alam ini bukan kita warisi daripada nenek moyang tetapi kita pinjam daripada anak-anak masa depan. Masyarakat harus sedar bahawa sungai yang bersih boleh menyumbang ke arah kegiatan ekonomi, aktiviti riadah, industri pelancongan dan keharmonian alam sekitar. Persekitaran sungai yang kemas dan cantik boleh mewujudkan kawasan riadah yang sihat menarik. Program pengindahan sungai perlu digandingkan dengan perlaksanaan landskap yang menarik.Bekalan air bersih dan selamat amat penting kepada semua aktiviti kehidupan manusia. Menurut kajian, sebanyak 80 peratus dari semua penyakit dan lebih satu pertiga kematian di dunia ini disebabkan oleh pengambilan air tercemar.

Dendan kesedaran bahawa air merupakan sumber yang sangat sensitive kepada pencemaran, maka wajar bagi kita mengambil inisiatif yang perlu bagi menangani sebarang permasalahan yang dihadapi. Salah satu daripada strategi yang penting bagi memastikan sumber air dijaga oleh semua pihak ialah dengan meningkatkan kesedaran dan kecintaan masyarakat negara ini terhadap alam sekitar.

Dengan pelbagai usaha yang dijalankan seperti kempen cintai sungai kita, dan usaha-usaha menerusi media cetak dan elektronik kita semua perlu disedarkan tentang hubungan akrab manusia, alam sekitar dan juga Allah s.w.t. walaupun keadaan pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar terutamanya sumber air yang unggul masih belum tercapai namun kita tidak boleh berputus asa daripada terus berusaha. Insaflah bahawa nasib generasi akan dating terletak di tangan kita.

Kempen Kitar Semula

Kempen Hari Tanpa Beg Plastik

Kempen Cintailah Sungai Kita

1