pemeliharaan ikan hiasan

34
PEMELIHARAAN IKAN HIASAN 1.0Penyediaan Peralatan dan Bahan unutk Pemeliharaan 1.1Memilih lokasi Jenis-jenis Akuarium : 1. Akuarium kaca 2. Akuarium plastik 3. Akuarium kaca bulat 4. Akuarium kaca berbadan kayu 5. Akuarium kaca berbingkai aluminium 6. Akuarium yang dijual pada hari ini terdiri daripada yang berbentuk panjang Maklumat Tambahan : Bersaiz 60cm, 90cm, dan 120cm Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti: • jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan) • jenis ikan hiasan • bilangan ikan hiasan • saiz ikan hiasan • saiz akuarium

Upload: leonard-agustinus

Post on 17-Jul-2016

187 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

=)

TRANSCRIPT

Page 1: Pemeliharaan Ikan Hiasan

PEMELIHARAAN IKAN HIASAN

1.0 Penyediaan Peralatan dan Bahan unutk Pemeliharaan

1.1 Memilih lokasi

Jenis-jenis Akuarium :

1. Akuarium kaca

2. Akuarium plastik

3. Akuarium kaca bulat

4. Akuarium kaca berbadan kayu

5. Akuarium kaca berbingkai aluminium

6. Akuarium yang dijual pada hari ini terdiri daripada yang berbentuk panjang 

Maklumat Tambahan : Bersaiz 60cm, 90cm, dan 120cm

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti:

• jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam tiruan)

• jenis ikan hiasan

• bilangan ikan hiasan

• saiz ikan hiasan

• saiz akuarium

Page 2: Pemeliharaan Ikan Hiasan

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm – 90 cm sesuai digunakan untuk

ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz kecil dan sederhana. Manakala untuk ikan hiasan

yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakan saiz bekas yang lebih besar.

Bagi amali pemeliharaan ikan hiasan pada kali ini, lokasi yang dipilih dalam menempatkan

ikan hiasan adalah sebuah akuarium yang bersaiz 180cm manakala jenis-jenis akuarium

pula adalah akuarium kaca.

Page 3: Pemeliharaan Ikan Hiasan

1.2 Membersih dan Membasmi Kuman Peralatan

Kerja pembersihan perlu dilakukan supaya ikan hiasan dan tumbuhan akuatik

berkeadaan baik. Berikut adalah langkah –langkah pembersihan akuarium dan peralatan

yang bakal digunakan untuk pemeliharaan ikan hiasan yang dilakukan bersama ahli

kumpulan.

1. Pertama sekali kosongkan akuarium terlebih dahulu. Oleh kerana akuarium yang

kami gunakan adalah baru, maka proses pengeluaran air tidak dilakukan. Langkah

pertama, bersihkan akuarium dengan mengelap dinding akuarium menggunakan

span atau kain untuk membuang kotoran.

Membersihkan akuarium

Page 4: Pemeliharaan Ikan Hiasan

Menggunakan span atau kain serta bahan pembasmi kotoran untuk membersihkan akuarium.

2. Bersihkan batu-batu dan hiasan yang akan dimasukkan ke dalam akuarium dengan

air bersih.

Page 5: Pemeliharaan Ikan Hiasan

Langkah membersihkan batu-batu sungai

Page 6: Pemeliharaan Ikan Hiasan

3. Bersihkan alat penapis dan buang kotoran yang terdapat padanya. Kemudian,

keringkan alat penapis tersebut. Bagi penapis yang baru, maka bolehlah dimasukkan

terus ke tempat penapis.

Page 7: Pemeliharaan Ikan Hiasan

1.3 Menghias AkuariumBagi menimbulkan suasana menarik dan cantik pada akuarium, hiasan-hiasan tertentu.

Berikut merupakan hiasan-hiasan akuarium yang dipilih bersama rakan kumpulan yang

mana akan diletakkan ke dalam akuarium yang bakal digunakan bagi pemeliharaan ikan

hiasan pada tugasan kali ini.

Page 8: Pemeliharaan Ikan Hiasan
Page 9: Pemeliharaan Ikan Hiasan

1. Letakkan batu-batu sungai kecil atau batu-batu khas yang boleh dibeli di kedai-kedai

akuarium untuk menimbulkan suasana menarik akuarium tersebut.

Page 10: Pemeliharaan Ikan Hiasan

2. Masukkan hiasan-hiasan yang telah dibersihkan ke dalam akuarium yang telah

diisikan batu sebelumnya. Hiasan yang diletakkan adalah bergantung kepada cita

rasa dan kreativiti individu.

Page 11: Pemeliharaan Ikan Hiasan

1.4 Memasukkan dan Merawat Air

Page 12: Pemeliharaan Ikan Hiasan

1. Masukkan klorin mengikut kandungan air. Peraturan untuk memasukkan anti klorin

terdapat pada botol nya. Bagi akuarium kami, sekurang-kurangnya 8 penutup

diperlukan.

2. Setelah klorin dimasukkan maka barulah air diisi ke dalam akuarium.

Akuarium yang telah siap diisi air dan anti

klorin.

Page 13: Pemeliharaan Ikan Hiasan

Setelah anti klorin diletakkan, air perlu dibiarkan selama sekurang-kurangnya sehari

untuk anti klorin tersebut memberi kesan ke atas air. Namun perlu diingatkan untuk

permulaan jika akuarium kosong, tolong masukkan anti klorin dahulu sebelum memasukkan

air paip. kalau akuarium yang dah ada air tukar air 3 hari sekali atau sekurang-kurangnya

seminggu sekali. Buang 1/3 dari air lama dan gantikan dengan air paip yang baru. Tetapi

masukkan dahulu anti klorin.

1.5 Melepaskan Ikan ke Dalam Air1. Langkah seterusnya adalah melepaskan ikan hiasan ke dalam akuarium. Terdapat

banyak jenis ikan hiasan. Berikut merupakan ikan hiasan yang dipilih serta tujuan

pemilihan.

IKAN EMAS

Page 14: Pemeliharaan Ikan Hiasan

WARNA : Keputihan, hitam, kekuningan dan kemerahan

SAIZ : 120 mm panjang 

ASAL : China

CARA MENJAGA : Mudah

MAKANAN : Semua jenis makanan ikan

JANTINA : Ikan jantan mempunyai bonjol pernafasan di kepala dan di penutup

Insang.

PEMBIAKKAN : Bertelur ( telur di tabur di bahagian dasar akuarium )

TUJUAN DIPILIH : Mempunyai warna yang kontra dengan hiasan di dalam akuarium dan

menyebabkan ikan kelihatan jelas.

IKAN KOI  

WARNA : Putih bertompok merah, kekuningan dan ada yang bertompok hitam

SAIZ : 250 mm panjang 

ASAL : Jepun

Page 15: Pemeliharaan Ikan Hiasan

CARA MENJAGA : Mudah

MAKANAN : Semua jenis makanan ikan

JANTINA : Ikan betina leboh besar daripada ikan jantan 

PEMBIAKKAN : Bertelur ( telur di tabur di bahagian dasar akuarium )

TUJUAN DIPILIH : Mempunyai warna yang kontra dengan hiasan di dalam akuarium dan

menyebabkan ikan kelihatan jelas.

IKAN BANDAR RAYA

Page 16: Pemeliharaan Ikan Hiasan

WARNA : Hitam dan bertompok putih kecil.

SAIZ : 8cm panjang 

ASAL : Amerika Tengah dan Amerika selatan

CARA MENJAGA : Mudah

MAKANAN : Alga dan saki baki makanan ikan di dalam akuarium

TUJUAN DIPILIH :

sifat semula jadi ikan tersebut yang mampu membersihkan akuarium dan tangki dengan

memakan alga serta saki baki makanan ikan dan ikan-ikan yang mati. Ikan Bandaraya

mudah dibela, dijaga dan dikawal, ia tidak memerlukan banyak pengawasan kerana sifatnya

yang pasif dan nokturnal (aktif pada waktu malam)

Seterusnya, beralih kepada proses memasukkan ikan ke dalam akuarium,

1. Rendamkan beg plastic yang mengandungi ikan hiasan ke dalam akuarium selama

20-30 minit. (memastikan suhu air dalam beg plastic sama dengan suhu air dalam

akuarium).

Page 17: Pemeliharaan Ikan Hiasan

2. Buka ikatan beg plastic dan biarkan ikan hiasan keluar dengan sendirinya bersama-

sama air ke dalam akuarium.

3. Keluarkan beg plastic setelah ikan hiasan keluar daripada plastik.

Page 18: Pemeliharaan Ikan Hiasan

2.0 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN IKAN HIASAN

Page 19: Pemeliharaan Ikan Hiasan

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas /

akuarium. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Sistem pengudaraan

Bagi memastikan edaran udara yang mencukupi, pam udara diperlukan untuk menambah

kandungan oksigen dalam air.

Page 20: Pemeliharaan Ikan Hiasan

Sistem penapis air

Beberapa perkara diperlukan semasa mengurus ikan hiasan di dalam bekas / akuarium. 

Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

 Rawatan air

Air yang digunakan terutama air dari sistem perpaipan di negara kita perlu dirawat

terlebih dahulu sebelum dapat di gunakan untuk ternakan ikan hiasan. Rawatan yang selalu

Page 21: Pemeliharaan Ikan Hiasan

di amalkan ialah merawat dengan anti klorin dan memasukkan sedikit garam biasa (NaCl)

bagi membunuh bakteria.

Hiasan dalam akuarium

Reka bentuk hiasan dalam akuarium bergantung kepada minat dan cita rasa

penternak. Reka bentuk hiasan yang di sediakan hendaklah memberi ruang yang cukup

untuk ikan berenang dan ikan berasa dihabitatnya

Diantara Hiasan Akuarium:

Page 22: Pemeliharaan Ikan Hiasan

Aksesori

Kebiasaannya penternak akan menambah hiasan dengan lampu, binaan yang berbentuk

kapal, kincir angin dan lain-lain lagi. Apabila kita memilih aksesori yang penting pastikan

aksesori tersebut tidak toksik kerana ianya boleh berbahaya kepada ikan hiasan.

Batu-batan dasar

Pemilihan batu juga perlu di teliti kerana pada masa kini terdapat banyak batu yang di

warnakan supaya nampak lebih cantik. Kita perlu memastikan warna batu tidak luntur dan

tidak toksik kepada ikan hiasan.

Makanan Ikan

Page 23: Pemeliharaan Ikan Hiasan

Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk

mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel.

Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut

yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.

Page 24: Pemeliharaan Ikan Hiasan

Pemakanan ikan HiasanIkan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan jenis

pemakanannya.

a. Ikan karnivorIkan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai

ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang

tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak

atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.

b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)

Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton.

Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa

peringkat anak. 

c. Ikan herbivorSesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini

tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan

herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.

d. Ikan omnivorIkan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan

reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah

menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga,

Oscar, dan cichlid. 

Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium.Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau makanan kering,

cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain bergantung kepada jenis

ikan yang dipelihara. 

Page 25: Pemeliharaan Ikan Hiasan

Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan ikan hiasan juga perlu

disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara. Kebanyakan ikan yang dipelihara di

dalam akuarium pula telah lama menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki,

pemakanannya juga banyak dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa

sahaja makanan yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.

Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan:• Makanan hidup

• Makanan kering

• Makanan basah

• Makanan rumusan.

a. Makanan hidupMakanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam air, cacing,

ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

cacing darah dan ulat roti.

Page 26: Pemeliharaan Ikan Hiasan

b. Makanan keringMakanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

c. Makanan basahMakanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau bayam. 

d. Makanan rumusanMakanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia diproses oleh

kilang membuat makanan. Ianya yang boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau pembekal

makanan haiwan.

emping

pellet

Page 28: Pemeliharaan Ikan Hiasan

Faktor-faktor yang menyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah seperti berikut :

• Keadaan suhu air dalam akuarium yang terlalu sejuk

• Air di dalam akuarium terlalu kotor kerana tidak ditukar selama beberapa lama.

• Ikan yang cedera atau mengalami luka akibat dipindahkan tempat.

Antara penyakit penting ikan hiasan ialah :

a. Penyakit rintik putih

Penyakit ini disebabkan parasit yang melekat pada sisiknya. Ia berlaku apabila suhu air

terlalu sejuk. Ikan yang sakit perlu dipindahkan ke dalam tangki lain. Ianya boleh dirawat

menggunakan larutan methylene blue dan campuran sedikit garam biasa ke dalam air.

Terdapat juga ubat yang telah tersedia dan boleh didapati dari kedai akuarium.

b. Penyakit kulat

Kulat akan tumbuh pada luka pada badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan awal.

Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut dan badan yang terdapat luka. Kulat

ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang terbuka. Ia boleh dirawat

menggunakan larutan methylene blue yang dimasukkan ke dalam air atau menyapukan

terus pada luka yang dijangkiti kulat itu. Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan dari ikan

sihat.

c. Penyakit bakteria

Ikan yang dijangkiti bakteria biasanya akan berubah warna menjadi pudar, sisiknya

mengembang atau perutnya menjadi buncit. Penyakit bakteria boleh menyerang ikan

disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau ikan

mengalami stress. Penyakit ini boleh dirawat menggunakan antibiotik yang boleh dibeli dari

pembekal ubat tempatan dengan bimbingan Pegawai Perikanan.

Page 29: Pemeliharaan Ikan Hiasan

Penjagaan Harian:

Beri ikan makan sekali atau dua kali sehari – makanan adalah mencukupi apabila

dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 1 hingga 2 minit

Asingkan dan berikan rawatan kepada ikan yang mempunyai tanda-tanda sakit/tidak

normal. Contoh: Sisik kembang atau tanggal, berubah warna dan sebagainya.

Ikan yang mati perlu dibuang

Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik

Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida

Penjagaan Mingguan:

Air sebanyak ½ atau ¼ bahagian daripada isi padu tangki perlu diganti setiap minggu

atau sekurang-kurangnya 2 minggu.

Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi

Bersihkan bahagian hadapan tangki

Cuci kapas penapis dengan bersih

Tambahkan air dalam tangki sehingga paras asal

Perlu diingat supaya tidak memberi makan berlebihan kerana ini akan

membahayakan ikan.

Page 30: Pemeliharaan Ikan Hiasan

3.0 REFLEKSI