pemeliharaan in situ

31
Pemeliharaan IN-situ dan Ex-situ Pengenalan Strategi Pemuliharaan in situ merupakan salah satu cara pemulihan masa jangka panjang dan semulajadi. Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini, agak sukar dijalankan kerana keadaan habitat dan ekosistem yang semakin hari kian mengalami perubahan dan pembangunan oleh manusia. Strategi ini adalah untuk membendung peningkatan aktiviti manusia yang boleh mengakibatkan spesis hidupan liar pupus melalui hakisan genetik, pengeluaran sumber secara berlebihan, pembiakbakaan, terhad, perubahan persekitaran, serangan penyakit serta persaingan dengan spesis sksokita (spesis invasif). Pemuliharaan in- situ ini bertujuan mengekalkan tumbuhan dan hidupan liar di habitat dengan penubuhan tempat konversi seperti taman negara, hutan kekal simpan taman-taman laut dan pusat pemuliharaan hidupan liar. Kepentingan Pemuliharaan In-situ Kebanyakan spesis kini kian terancam akibat kekurangan habitat yang telah dimusnahkan oleh aktiviti manusia selain daripada kerosakan secara semulajadi. Pemuliharaan in-situ mempunyai kepentingan terhadap kesemulajadian pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna. Hal ini disebabkan kerana, in-situ mengekalkan cara pembiakan dan interaksi spesis di tempat asal yang sedia ada. Setiap kawasan dan persekitaran mempunyai ciri fizikal dan jenis kepelbagaian tumbuhan tersendiri. Contohnya ada hutan yang mempunyai perbezaan jenis kayu-kayan walaupun iklim sama namun dibezakan oleh tanih. tanih yang terdapat pada disteropkrap atas dan bawah tidak sama dengan disteropkrap bawah walaupun terdapat jenis kayu yang boleh mengadaptasi dan tumbuh seperti cengal, meranti, cengal, keruing dan lain-lain. Perbezaan ketara yang dapat dilihat tumbuhan yang berada ditempat tinggi dan rendah. Mana-mana tumbuhan hanya boleh meneruskan pertumbuhan dengan subur melalui kesesuaian tanih dan proses persaingan. Pemuliharaan habitat asal tumbuhan atau haiwan dapat hidup tanpa perlu mengadaptasi persekitaran baru dan perubahan ciri untuk menjalani penyesuaian di tempat baharu. Selain itu, spesis dapat menerapkan ciri

Upload: raymond-imau

Post on 27-Oct-2015

428 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pemulihan insitu

TRANSCRIPT

Page 1: Pemeliharaan in Situ

Pemeliharaan IN-situ dan Ex-situ

Pengenalan

Strategi Pemuliharaan in situ merupakan salah satu cara pemulihan masa jangka panjang dan semulajadi. Pemuliharaan in-situ merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini, agak sukar dijalankan kerana keadaan habitat dan ekosistem yang semakin hari kian mengalami perubahan dan pembangunan oleh manusia. Strategi ini adalah untuk membendung peningkatan aktiviti manusia yang boleh mengakibatkan spesis hidupan liar pupus melalui hakisan genetik, pengeluaran sumber secara berlebihan, pembiakbakaan, terhad, perubahan persekitaran, serangan penyakit serta persaingan dengan spesis sksokita (spesis invasif). Pemuliharaan in-situ ini bertujuan mengekalkan tumbuhan dan hidupan liar di habitat dengan penubuhan tempat konversi seperti taman negara, hutan kekal simpan taman-taman laut dan pusat pemuliharaan hidupan liar.

Kepentingan Pemuliharaan In-situ

Kebanyakan spesis kini kian terancam akibat kekurangan habitat yang telah dimusnahkan oleh aktiviti manusia selain daripada kerosakan secara semulajadi. Pemuliharaan in-situ mempunyai kepentingan terhadap kesemulajadian pemeliharaan dan pemuliharaan flora dan fauna. Hal ini disebabkan kerana, in-situ mengekalkan cara pembiakan dan interaksi spesis di tempat asal yang sedia ada. Setiap kawasan dan persekitaran mempunyai ciri fizikal dan jenis kepelbagaian tumbuhan tersendiri. Contohnya ada hutan yang mempunyai perbezaan jenis kayu-kayan walaupun iklim sama namun dibezakan oleh tanih. tanih yang terdapat pada disteropkrap atas dan bawah tidak sama dengan disteropkrap bawah walaupun terdapat jenis kayu yang boleh mengadaptasi dan tumbuh seperti cengal, meranti, cengal, keruing dan lain-lain. Perbezaan ketara yang dapat dilihat tumbuhan yang berada ditempat tinggi dan rendah. Mana-mana tumbuhan hanya boleh meneruskan pertumbuhan dengan subur melalui kesesuaian tanih dan proses persaingan.

Pemuliharaan habitat asal tumbuhan atau haiwan dapat hidup tanpa perlu mengadaptasi persekitaran baru dan perubahan ciri untuk menjalani penyesuaian di tempat baharu. Selain itu, spesis dapat menerapkan ciri dan cara pengadaptasi semulajadi untuk terus bertumbuh dan membiak. Walaupun dikatakan cara pemuliharaan secara ex-situ sangat berkesan bagi memulihara spesis flora dan fauna namun hal demikian berkemungkinan tinggi untuk menjejaskan ciri dan sistem pembesaran secara semulajadi.In situ, pemuliharaan yang memperuntukkan habitat asal bagi tujuan pemuliharaan spesis yang terancam. Taman negara dan hutan simpan khasnya akan disediakan dan dijaga untuk spesis yang terancam membiak secara semulajadi.Kemudian spesis yang hidup di habitat asal lebih berkualiti dan mempunyai pembiakan dan pertumbuhan yang lebih baik. Kebanyakan spesis berkenaan sama ada akuatik dan darat mempunyai kesesuaian deria yang terhad untuk terus hidup. Pemuliharaan secara in-situ ini bagi mengelakkan spesis kadangkala tidak dapat mengadaptasi persekitaran yang dipengaruhi oleh faktor suhu, iklim dan jenis tanihnya. Jika ex-situ kerap dilakukan walaupun in-situ masih boleh digunakan ianya membimbangkan akan menghilangkan ciri asli yang terdapat pada spesis tersebut.

Perbezaan In-Situ dan Ex-situ

Page 2: Pemeliharaan in Situ

Secara proeses pelaksanaan, pemuliharaan In-situ dan Ex-situ ini memang berbeza. In-situ adalah proses memulihara spesis yang terancam untuk pupus di habitat asalnya. Contohnya, badak sumatera yang terdapat di sabah akan terus dibiakkan pada hutan yang menjadi tumpuan spesis ini. Manakala, Ex-situ pula proses apabila kepupusan terhadap spesis terancam kemudian ianya membawa spesis tersebut keluar dari kawasan ditemui dan mencipta suatu ekosistem baharu yang hampir sama fungsinya. Pengendalian permanian beradas atau eksprimen di makmal juga satu langkah pemuliharaan ex-situ.

Secara lokasi, pemuliharaan in-situ kebiasaanya menggunakan mana-mana kawasan hutan yang masih terpelihara dan terdapat spesis terancam didalamnya. Kawasan berkenaan akan dikuatkuasakan sebagai hutan simpan dan kawasan konservasi pemeliharaan dan pemuliharaan. Namun, pemuliharaan ex-situ kebiasaanya ialah dengan pembuatan suatu ekosistem baharu yang menyerupai habitat asal. Contohnya , taman negara, garden botanial dan zoo yang akan mengumpulkan dan membiakkan spesis yang terpilih bagi tujuan memulihkan kadar kepupusan spesis tersebut. Contohnya, gajah pygmy yang kini di bawa ke zoo selain mengekalkan jenis ini pada populasi asalnya di hutan.

Cabaran Pemuliharaan In-situ

Walaupun pemuliharaan In-situ mempunyai kelebihan bagi memastikan spesis dapat mengadaptasi persekitaran dengan baik kerana ekosistemnya yang lebih sesuai dengan kemandiriannya namun ianya mempunyai cabaran pada masa akan datang.

Kekurangan habitat semulajadi antara satu cabaran bagi meneruskan pemuliharaan dan pemeliharaan secara In-situ. Ketika ini, hutan di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya semakin berkurangan kerana kesan dari pembalakan dan manipulasi aktiviti manusia secara terlarang. Hal ini menjejaskan habitat-habitat bagi semua spesis hidupan flora dan fauna. Malaysia merupakan negara yang mencatatkan rekod kemusnahan hutan tertinggi dikalangan negara-negara Hutan Tropika. Walaupun malaysia masih diiktiraf sebagai negara yang mempunyai litupan hutan banyak iaitu 59% namun statistik daripada Food and Agriculture of the United Nations (FAO) menunjukkan Malaysia 86% kadar kemusnahan hutan pada tahun 1990-2000 dan 2000-2005.

Hal ini berlanjutan dengan imbasan imej satelit yang menunjukkan malaysia mempunyai kadar 3 kali lebih cepat kemusnahan di asia. Hutan-hutan tersebut digantikan dengan penanaman ladang kelapa sawit dan dibiarkan gondol. Cabaran pemuliharaan In-Situ adalah habitat yang semakin kurang dan Ex-Situ dapat digunakan bagi memastikan penjagaan spesis terancam daripada pupus. Selain itu, kepupusan spesis secara semulajadi juga akan memebri kekangan. Kesan daripada habitat berkurang, terdapat spesis sama ada flora dan fauna akan pupus. Contohnya, gajah pygmy jantan yang telah mati dan hanya tinggal dua ekor gajah betina maka jika pemuliharaan in-situ sahaja digunakan pasti pembiakan populasi tidak akan berubah. Badak tersebut terpaksa dipulihara dengan cara permanian

Page 3: Pemeliharaan in Situ

beradas (makmal) dan penggunaan gajah dari hutan lain untuk dipindahkan bagi tujuan pembiakan dan menambahkan populasinya.

KemudiAN, Pemuliharaan In-Situ tidak dapat melindungi spesis-spesis tersebut daripada penyakit dan bencana alam semulajadi sperti gempa bumi, dan rekahan bumi yang merosakkan landskap bumi kerana ianya hanya mengekalkan kemandirian spesis haiwan dan tumbuhan tersebut serta melindunginya daripada yang disebabkan melalui penubuhan Hutan simpan dan pusat koservasi sahaja. Menurut David Murell, [pakar ekologi dari unversity College London 300 jenis penyakit baharu telah muncul dan sebanyak haiwan 60% daripada penyakit tersebut adalah jangkitan yang dilaporkan telah turun kepada manusia daripada haiwan. daripada 60% jangkitan tersebut 70% adalah haiwan liar. Ianya susulan daripada perubahan cuaca dunia yang telah mengakibatkan berbagai-bagai penyakit baharu yang berpunca daripada haiwan menjangkiti manusia. Contohnya, Penyakit HIVberpunca daripada chimpanzee di Afrika Baat. oleh itu, Ex-situ juga perlu diterapkan bagi memastikan haiwan yang dijaga dapat dibendung risiko jangkitan penyakit dan menjangkiti pada manusia. Tumbuhan juga pasti akan dapat dijaga daripada gangguan penyakit melalui parasit Tetranychus dan Thrips Palmi karnya.

Kesimpulan

Strategi terbaik bagi melindungi biodeversiti adalah dengan memelihara dan memulihara populasi secara semulajadi dan komuniti semulajadi di dalam habitat tersendiri dikenali in-situ. walaubagaimanapun, bagi haiwan yang tidak ada pilihan untuk dipulihara pada habitatnya. Cara yang terbaik dilakukan adalah dengan menghasilkan habitat baru yang mempunyai sama keadaan seperti habitat semulajadi haiwan tersebut. Maka pemuliharaan tersebut dipanggil ex-situ. Pemuliharaan in-situ dilihat lebih baik untuk hidupan liar kerana ianya dibiarkan hidup di habitat masing-masing.

Page 4: Pemeliharaan in Situ

emuliharaan Ex-Situ: Zoo dan Taman Botanikal

Laporan Praktikal:

Pemuliharaan Ex-Situ: Zoo dan Taman Botanikal

Pengenalan

Strategi jangka masa panjang untuk memelihara ekosistem dan biodiversiti

adalah dengan memulihara populasi dan komuniti semula jadi di habitat semula jadi

mereka, atau lebih dikenali sebagai pemuliharaan in situ. Walau bagaimanapun,

terdapat banyak jenis spesies tidak mempunyai pilihan lain, tetapi perlu dipulihara

dalam keadaan buatan manusia yang dihasilkan oleh manusia. Keadaan ini dikenali

sebagai pemuliharaan ex situ, ataupun pemuliharaan off-site.

Antara pemuliharan ex situ untuk tumbuhan dan haiwan yang terdapat pada

masa kini termasuklah zoo, akuaria, program penternakan khas, kebun mainan, taman

bokanikal, arboreta, bank biji benih, dan sebagainya. Semua kemudahan ini

mempunyai fungsi, jenis sasaran haiwan dan tumbuhan yang dipulihara, dan meliputi

bidang diversiti biologi yang tersendiri. Oleh itu, bahagian pertama laporan praktikal ini

akan membincangkan jenis sasaran flora atau fauna yang dipulihara pada destinasi

yang telah kami lawati, iaitu Jong’s Crocodile Farm dan strategi-stratagi pemuliharaan

ex situ yang telah dijalankan terhadap spesies flora atau fauna tersebut. Manakala

bahagian kedua laporan praktikal ini pula akan membincangkan bidang diversiti biologi

yang terdapat di kawasan tersebut, kelebihan-kelebihan dan kekurangan-kekurangan

pemuliharaan ex-situ, serta isu-isu atau nilai-nilai etika yang telah ditimbulkan

sepanjang pemuliharaan ex situ ini dijalankan.

Bahagian Pertama:

Destinasi Lawatan: Jong’s Crocodile Farm

Pada 28 Julai 2012 yang lepas, kumpulan kami telah menjalankan satu lawatan

ke Jong’s Crocodile Farm, Kuching. Ia terletak pada 18½ batu atau 29 km Jalan

Kuching/ Serian, dan memerlukan masa kira-kira 20 minit untuk tiba ke lokasi tersebut

Page 5: Pemeliharaan in Situ

dari ibu negeri Sawarak, iaitu Kuching. Jong’s Crocodile Farm ditubuhkan oleh Encik

Yong Kian Sen, seorang pencinta binatang dan alam pada tahun 1998.

Jong’s Crocodile Farm yang mempunyai keluasan 25 hektar ini merupakan

sebuah zoo mini dan ia merupakan pusat penternakan buaya yang pertama dan

terbesar di Malaysia. Selain itu, ia juga merupakan pusat penternakan buaya spesies

Tomistoma yang pertama di dunia. Tempat ini dikelilingi oleh hutan belukar dan

kebanyakan haiwan dapat hidup dan bergerak secara bebas. Oleh itu, zoo ini

membekalkan tempat yang ideal kepada reptilia, khususnya buaya dan membantu

menyelamatkan spesies tersebut daripada ancaman kepupusan.

Selain daripada reptilia seperti buaya, terdapat juga flora dan fauna lain yang

dapat didapati di dalam Jong’s Crocodile Farm, seperti burung, monyet, beruang madu

(sunbears), bintarung (bearcats), memerang (otters), ayam pegar (pheasants), landak

(porcupine), ayam serambi, burung merak (peacocks), khinzir misai (moustache pig),

kambing, helang, biawak, ikan araipama, musang (civets), rusa (barking deers dan

sambar deers), penyu, kura-kura, dan banyak lagi.

Jenis Haiwan atau Tumbuhan yang dipulihara

Jong’s Crocordile Farm, Kuching merupakan sebuah pusat penternakan dan

pemuliharaan buaya. Buaya merupakan sejenis reptilia yang mempunyai keistimewaan

semula jadi untuk terus wujud. Buaya ialah sejenis binatang veterbrata (mempunyai

tulang belakang dan tulang rangka) yang memakan daging sahaja (carnivores). Buaya

yang berdarah sejuk, sama seperti kura-kura, cicak, dan ular, bergantung pada sumber-

sumber luar, seperti matahari untuk mendapatkan haba panas dan menjaga suhu

badannya. Ia merupakan jenis dinasor yang terakhir dan tidak pernah diubah dari segi

biologi untuk berjuta-juta tahun.

Kebanyakan buaya mati pada tahun pertama disebabkan oleh tekanan, lapar,

dan pemangsaan. Hanya 5% yang dapat terus hidup sehingga matang. Umur buaya

matang adalah di antara 12-16 tahun. Buaya bertelur dan proses ini berlaku dalam

masa yang pendek, iaitu lebih kurang 5-15 minit sahaja. Kemudian telur akan ditimbus

dengan rumput dan sebagainya untuk dijadikan sebagai sarang. Sarang buaya ini

bergantung kepada panas matahari atau hawa panas dadi tumbuhan reput sebagai

Page 6: Pemeliharaan in Situ

tempat penetasan. Sebagaimana dengan jenis lain, sarang ini akan diawasi oleh buaya

betina.

Terdapat dua jenis sasaran jenis spesies buaya yang dibela dan dipulihara di

Jong’s Crocodile Farm, Kuching. Jenis yang pertama ialah buaya Malayan Gharial Air

Tawar (Tomistoma schlegelii), manakala jenis yang kedua ialah buaya laut (Crocodylus

porosus).

Buaya Malayan Gharial Air Tawar, atau nama saintifiknya Tomistoma schlegelii

berasal dari keluarga Crocodylidae dan order Crocodilia. Malayan Gharial Air Tawar,

atau lebih dikenali sebagai buaya jejulung ini adalah sekeluarga dengan Buaya Gharial

(Gavialis gangeticus). Walaupun buaya jejulung ini menyerupai Buaya Gharial, tetapi

kepalanya berbentuk tirus ke arah muncungnya yang sempit dan tidak mempunyai

muncung hujung yang bulat seperti Buaya Gharial jantan. Antara ciri-ciri fizikal dan

keunikan buaya jejulung ini termasuklah berwarna coklat gelap dengan jalur hitam yang

kabur di bahagian belakang badannya, dan matanya yang berwarna kuning, coklat, dan

perang.

Spesis Gharial air tawar ini biasanya didapati di kebanyakan kawasan paya darat

air tawar, tasik-tasik, dan sungai-sungai. Jenis ini tidak merbahaya pada manusia dan

tidak akan menyerang manusia, kecuali terpaksa. Gharial bertelur sebanyak 20-40 biji

di lerang tebing berpasir berdekatan dengan air. Pada masa kini, buaya jelulung

merupakan spesis yang amat terancam. Buaya jejulung mungkin telah pupus di selatan

Negara Thai dan telah hampir pupus di Malaysia. Ancaman yang paling serius dan

ketara termasuklah pemburuan haram dan kemusnahan habitatnya.

Jenis pemuliharaan buaya yang kedua di Jong’s Crocodile Farm, iaitu buaya laut,

atau nama saintifiknya Crocodylus porosus pula biasanya berasal dari keluarga

Crocodylidae dan order Crocodilia. Crocodylus porosus adalah sekeluarga dengan

Buaya Mugger (Crocodylus palustris) dan Buaya New Guinea (Crocodylus

novaeguineae). Biasanya buaya jenis ini boleh didapati di kawasan air masin atau di

muara sungai dan paka bakau. Selain itu, ia boleh juga boleh didapati di ulu sungai atau

di paya air tawar. Buaya laut, atau juga dikenali dengan nama Buaya Tembaga, Buaya

Indo-Pacific atau Buaya Air Masin merupakan reptilia yang paling besar antara spesies

Page 7: Pemeliharaan in Situ

buaya. Kadang-kala ia juga dikenali sebagai 'Buaya Naked-Neck' kerana hanya buaya

spesis ini sahaja yang tidak mempunyai sisik besar di bahagian belakang lehernya.

Spesis buaya laut ini merupakan salah sejenis haiwan yang mempunyai tenaga

yang kuat, memerbahaya pada manusia dan ternakan dan lebih cergas daripada buaya

air tawar. Ia juga merupakan perenang yang handal. Buaya laut betina biasanya akan

bertelur sebanyak 25-70 biji dan jangka masa penetasannya adalah lebih kurang 78-90

hari. Buaya laut betina akan membuat sarang daripada rumput, daun, kayu kecil, dan

sebagainya, bercampur dengan tanah. Ia hanya menggunakan kaki belakangnya dan

ekor untuk membuat sarang.

Strategi Pemuliharaan Ex-situ yang telah diambil

Secara umumnya, terdapat beberapa strategi pemuliharaan ex-situ telah

dikenalpasti dan dijalankan di Jong’s Crocodile Farm. Antaranya termasuklah

penangkapan dan pelepasan buaya untuk jangka masa yang pendek, program

pembiakbakaan dan penternakan khas untuk jangka masa yang panjang, kajian

penetasan telur buaya secara manusia, pemindahan dan pembahagian semula lokasi

buaya, menjalankan kajian dan penyelidikan, dan memberikan pendidikan dan

kesedaran awal kepada masyarakat luar.

Pada peringkat awal pembukaan zoo mini ini, antara strategi pemuliharaan ex

situ yang diambil oleh pihak Jong’s Crocodile Farm ialah penangkapan dan pelepasan

buaya untuk jangka masa yang pendek (Short-term Propagation and Release). Kira-

kira tahun 1963 dan 1964, Encik Yong Kian Sen, pengusaha zoo mini tersebut telah

menyelamatkan banyak jenis spesies buaya dengan membeli mereka di pusat-pusat

penjualan buaya yang terdapat di sekitar sempadan Indonesia. Kemudian beliau

memindahkan buaya-buaya tersebut ke zoo mini untuk dipulihara dan diternak. Selain

itu, pihak mereka juga menerima buaya-buaya yang telah berjaya ditangkap dari

tempat-tempat lain sekitar Pulau Borneo untuk dilepaskan dan diternak di situ.

Antaranya termasuklah Bujang Sudin, sejenis buaya yang berasal dari Sri Aman,

Sarawak, Pak Indon, sejenis buaya tembaga yang diperoleh dari Indonesia, Bujang

Samariang, sejenis buaya laut yang ditangkap di Samariang, Kuching, dan banyak lagi.

Sesungguhnya salah satu penyelesaian untuk memulihara buaya adalah dengan

Page 8: Pemeliharaan in Situ

menangkap mereka dan melepaskan mereka ke tempat yang selamat seperti Jong’s

Crocordile Farm. Namun, harus diingatkan bahawa penangkapan di sini bermaksud

penangkapan yang jujur, bertanggungjawab, sah di sisi undang-undang dan

berteraskan pemuliharaan ex situ, daripada penjualan komersial semata-mata.

Selain itu. strategi pemuliharaan ex-situ yang kedua ialah program

penternakan khas dan pembiakbakaan untuk jangka masa yang panjang (Long-term

Captive Breeding). Objektif utama program ini adalah untuk memastikan peningkatan

yang tinggi bagi populasi spesies-spesies buaya di dalam kurungan yang boleh

diperoleh melalui sistem pembiakan yang teratur dan aplikasi bioteknologi pembiakan

terkini. Bagaimanapun, terdapat beberapa aspek aplikasi bioteknologi di dalam spesies

ini yang perlu dikaji. Walaupun keutamaan diberikan kepada pembiakan dan skop

genetik molekul, nilai-nilai tambah yang lain juga perlu dibangunkan bagi

memperkukuhkan keperluan penggunaan spesies ini secara lestari. Program

pembiakakaan ini juga telah mengambil kira kepentingan konservasi sesuatu spesies

dan penggunaannya secara lestari. Untuk program pembiakbakaan ini, pihak Jong’s

Crocodile Farm telah menyediakan satu hutan semula jadi dengan kawasan paya yang

banyak untuk buaya-buaya betina untuk membiak di sana. Buaya-buaya betina akan

membina sarang dan menelur di sekitar kawasan pembiakbakaan. Sekiranya

pembiakbakaan tersebut berjaya, maka mereka akan meneruskan generasi baharu di

sana.

Jong’s Crocordile Farm juga berinisiatif untuk menjalankan kajian pengeraman

buatan, atau penetasan telur buaya secara manusia (artificial incubation). Sepanjang

menternak dan memulihara spesies-spesies buaya, ratusan biji telur telah dihasilkan

oleh buaya di situ tetapi tiada satu buaya pun yang menetasnya. Oleh itu, keluarga

Yong telah bertekad untuk menjalankan lebih banyak kajian tentang penetasan telur

buaya. Akhirnya pada pertengahan tahun 1981, anak Encik Yong Kian Sen, iaitu

Johnson telah berjaya mencipta satu inkubator yang diperbuat daripada plywood untuk

menjalankan proses penetasan telur-telur buaya tersebut. Sejak dari kejayaan pada

masa itu, kajian penetasan telur buaya ini diteruskan hingga ke masa kini.

Di samping itu, strategi-strategi lain yang dijalankan adalah termasuklah

pemindahan dan pembahagian semula lokasi buaya (Animal Translocation). Strategi ini

Page 9: Pemeliharaan in Situ

melibatkan perancangan aktiviti pengayaan habitat dan sumber kepelbagaian biologi

dan bertujuan untuk memulihara kepelbagaian biologi di kawasan perlindungan. Dalam

strategi ini, buaya-buaya akan dibahagikan dan ditempatkan ke kawasan habitat yang

berlainan berdasarkan saiz mereka. Pembahagian ini dijalankan atas sebab buaya

merupakan haiwan karnivor dan mereka akan memakan buaya yang bersaiz lebih kecil

sekiranya mereka lapar. Dengan pembahagian lokasi buaya ini, semua buaya yang

berlainan saiz dapat terus hidup, dan yakini dapat meningkatkan populasi mereka pada

masa yang akan datang.

Malah, Jong’s Crocodile Farm turut telah mengeksport sesetengah jenis buaya

yang terdapat di situ ke luar negara untuk tujuan pembangunan kajian dan penyelidikan

(R&D). Diharapkan bahawa dengan teknologi yang lebih tinggi dan canggih di luar

negara, ahl-ahli profesional dan amatur dapat menjalankan kajian yang lebih terperinci

terhadap spesies-spesies buaya ini, dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah

pemuliharaan ex situ yang lebih berkesan.

Strategi-strategi pemuliharaan ex-situ lain yang telah dijalankan oleh Jong’s

Crocodile Farm adalah memberikan pendidikan dan kesedaran awal kepada

masyarakat luar. Dengan kawasan yang seluas 25 hektar ini, Jong’s Crocodile Farm

telah melakukan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan

menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambil kira habitat asal

haiwan tersebut. Pengunjung-pengunjung turut tertarik dengan keindahan alam semula

jadi yang dipamerkan dengan pembinaan kandang yang sesuai. Selain daripada tujuan

rekreasi dan ekonomi, tindakan membuka zoo mini kepada masyarakat juga bertujuan

untuk memberikan pendidikan dan kesedaran awal pada masyarakat untuk mengetahui

dan menghargai flora dan fauna, sedar bahawa kepentingan memelihara dan

memulihara haiwan dan tumbuhan, dan seterusnya mempelajari bagaimana untuk

menjalankan konversasi terhadap flora dan fauna yang kian pupus dan terancam pada

masa kini.

Bahagian Kedua:

Julat Kepelbagaian Biologi Jong’s Crocodile Farm

Page 10: Pemeliharaan in Situ

Kepelbagaian Biologi merujuk kepada pelbagai jenis bentuk hidupan di dunia ini.

Biodiversiti merangkumi semua bentuk kehidupan dari sekecil kuman hingga ke

hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan seperti ikan paus serta pokok-pokok yang besar.

Bilangan spesies organisma sangat sukar untuk ditentukan kerana selain daripada

spesies-spesies organisma yang telah diketahui, terdapat juga berjuta-juta jenis

organisma yang belum ditentukan atau belum dijumpai. Setakat ini hampir 1.4 juta

spesies telah dikenal pasti, namun para saintis menganggarkan jumlah spesies yang

terdapat di dunia ini adalah lebih dari 100 juta.

Namun, disebabkan ketamakan manusia, aktiviti-aktiviti manusia telah membawa

ancaman yang besar, sehingga pupus kepada spesies flora dan fauna di dunia ini.

Pada peringkat global, 75% dari kepelbagaian genetik tanaman telah pupus dalam

setengah abad yang lalu, 24% spesies mamalia dan 12% daripada spesies burung

berada dalam tahap terancam, 50% dari ekosistem tanah lembap telah musnah atau

kering, 33% batu karang telah musnah atau rosak.

Malaysia patut berbangga kerana memiliki negara yang sangat kaya dengan

biodiversitinya dan termasuk dalam lingkungan dua belas buah negara mega

kepelbagaian biologi di dunia yang mana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti

yang dianggarkan antara 60% hingga 70% daripada jumlah biodiversiti dunia. Malah

dari segi kepelbagaian spesies tumbuhan di Rantau Asia-Australia pula, negara kita

masih lagi mengekalkan kedudukan di tempat kelima.

Menurut fakta, spesies flora dan fauna kita menggambarkan kepelbagaian ini

ada terdapat negara kita. Dianggarkan, negara kita mempunyai kira-kira 15,000

bilangan spesies tumbuhan berbunga, 1,000 bilangan spesies lumut dan rumpair, 286

jenis spesies mamalia, 736 jenis spesies burung, 4,000 jenis spesies ikan laut, 449

jenis spesies ikan air tawar, 268 jenis spesies reptilia, dan 150,000 jenis serangga dan

invertebrat.

Berbalik kepada Jong’s Crocodile Farm, Kuching, zoo mini tersebut meliputi julat

kepelbagaian biologi yang amat luas. Dari segi kawasan habitat, zoo mini tersebut

mempunyai tanah pamah, tanah paya, tasik-tasik, kolam-kolam, dan sebagainya.

Terdapat banyak spesies flora dan fauna lain yang dapat didapati di sana, seperti

buaya (Tomistoma schlegelii dan Crocodylus porosus), pelbagai jenis burung, monyet

Page 11: Pemeliharaan in Situ

berekor panjang (Macaca fascicularis), beruang madu (sunbears, Helarctos

malayanus), bintarung (bearcats, Arctictis binturong), memerang (otters, Lutra

canadensis), ayam pegar (pheasants, Tragopan satyra), landak (porcupine, Hystrix

cristata), ayam serambi, burung merak (peacocks, Pavo cristatus), ayam belanda

(turkey, Meleagris gallopavo), khinzir misai (moustache pig, Sus barbatus), kambing

(Capra hircus), helang (Alophoixus ochraceus), burung hantu (Asio otus), biawak

(Vavanus salvator), arnab (Sylvilagus floridanus), ikan arapaima (Arapaima gigas),

musang (civets, Paradoxurus hermaphroditus), rusa (barking deers dan sambar deers),

penyu, kura-kura, dan banyak lagi.

Di Jong’s Crocodile Farm, spesies haiwan yang difokus dan dipulihara oleh

mereka ialah buaya. Terdapat dua jenis spesies buaya yang terdapat dalam zoo mini

tersebut, termasuklah buaya Malayan Gharial Air Tawar (Tomistoma schlegelii),

manakala jenis yang kedua ialah buaya laut (Crocodylus porosus).

Fakta mengatakan bahawa terdapat 21 jenis spesies buaya berselerak di sekitar

kawasan air suam di seluruh dunia. Buaya yang terdapat pada zaman sekarang

terbahagi kepada 3 jenis, iaitu alligator (Alligatoride), buaya (Crocodilidae), dan gharial

(Gavialidae). Di Malaysia pula, terdapat dua jenis buaya yang wujud, iaitu buaya laut

(Crocodylus porosus) dan Malayan Gharial Air Tawar (Tomistoma schlegelii).

Berdasarkan pernyataan di atas, maka sebenarnya spesies-spesies buaya yang

terdapat di Jong’s Crocodile Farm, Kuching, iaitu Crocodylus porosus (buaya) dan

Tomistoma schlegelii (Gharial) telah mewakili keseluruhan kepelbagaian biologi pada

peringkat nasional, atas sebab bahawa hanya terdapat 2 jenis spesies buaya ini sahaja

yang terdapat di Malaysia. Alligator tidak didapati di Malaysia secara semula jadi.

Seperti yang dikatakan, memandangkan jenis buaya yang ketiga, iaitu alligator

tidak dapat dijumpai di Malaysia secara semula jadi, maka spesies-spesies buaya yang

terdapat di Jong’s Crocodile Farm, Kuching, hanyalah mewakili dua per tiga daripada

jumlah biodiversiti yang terdapat pada peringkat global.

Salah satu pewakilian atau kedudukan yang amat penting bagi Jong’s Crocodile

Farm ialah ianya merupakan pusat penternakan dan pembiakbakaan khas untuk buaya

spesies Tomistoma di dunia. Tomistoma berasal daripada perkataan Greek yang

bermaksud mulut yang tirus tajam, yang secara langsung merujuk kepada bentuk mulut

Page 12: Pemeliharaan in Situ

buaya julung-julung ini. Spesies Tomistoma hanya menetap di Pulau Borneo, Malaysia,

dan Indonesia sahaja. Dijangkakan bahawa kini bilangan mereka adalah kurang

daripada 1,000 ekor. Oleh itu, Jong’s Crocodile Farm sememangnya memainkan

peranan yang penting untuk memulihara spesies-spesies buaya ini.

Apakah itu Pemuliharaan In Situ

Pemuliharan in situ merupakan salah satu cara untuk memulihara flora dan fauna

di kawasan-kawasan semula jadi, di mana kawasan tersebut telah ditetapkan dan flora

dan fauna yang terdapat di kawasan tersebut dijaga dan dipulihara daripada ancaman

alam sekitar. Dengan kata lain, pemuliharaan in situ merupakan pemuliharaan terhadap

spesies yang telah sedia ada di habitat asalnya.

Pemuliharaan in situ bertujuan untuk pemuliharaan kepelbagaian jenis dan

genetik flora dan fauna yang terdapat di kawasan yang dilindungi tersebut. Antara

contoh pemuliharaan in situ termasuklah taman negara (national parks), taman hutan

(forest parks), taman laut (marine parks), hutan perlindungan, dan sebagainya.

Terdapat banyak taman negara yang terdapat di negara kita. Contohnya Taman

Negara Endau Rompin, Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Mulu, Taman Negara

Bako, dan sebagainya. Salah satu contoh pemuliharaan in situ yang dianggap amat

berjaya di Malaysia ialah Taman Negara, Titiwangsa, Pahang, Malaysia. Ia merupakan

taman negara yang paling besar di negara dan ditubuhkan untuk memulihara spesies-

spesies yang terancam dan hampir terpupus seperti Harimau Malaya, Badak Sumatara,

Beruang Madu Malayan, tapir, ungka, dan sebagainya. Selain daripada haiwan yang

bersaiz besar, Taman Negara juga memulihara sesetengah mamalia yang kecil,

burung, serangga, dan juga invertebrate. Malah, Taman Negara juga mempunyai

banyak spesies tumbuhan yang amat berharga, sama ada tumbuhan yang kecil seperti

kulat atau tumbuhan yang besar seperti pokok-pokok besar.

Strategi pemuliharaan in situ merupakan strategi pemuliharaan jangka panjang

dan terbaik. Namun begitu, pemuliharaan jenis ini menjadi semakin sukar untuk

dilaksanakankan disebabkan keadaan habitat dan ekosistem semula jadi mereka yang

makin hari makin banyak mengalami perubahan serta pembangunan. Usaha

Page 13: Pemeliharaan in Situ

pemuliharaan in situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi

memastikan ianya dapat berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Apakah itu Pemuliharaan Ex Situ

Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di

luar habitat semula jadi mereka. Pemuliharaan ex situ merupakan salah satu cara untuk

mengumpul dan memindahkan flora dan fauna ke kawasan yang lebih kecil seupaya

mereka dapat dipulihara dengan lebih baik. Ia merupakan satu alternatif apabila

populasi serpihan tidak berupaya untuk membiak di habitat semula jadi. Antara contoh

pemuliharaan ex-situ termasuklah zoo, santunari, akuaria, taman botanikal, institusi

penyelidikan, bank gen, bank germaplasma, dan sebagainya.

Pada masa kini, zoo dibina dengan menyerupai habitat semula jadi haiwan-

haiwan yang dipulihara. Sama seperti akuaria, pertubuhan zoo ini didirikan bukan

bertujuan untuk memulihara spesies-spesies yang terancam sahaja, tetapi juga

bertujuan untuk pembiakbakaan spesies-spesies tersebut. Santunari pula diwujudkan

bertujuan untuk menjaga dan memulihara haiwan yang diselamatkan daripada

penjualan haram. Salah satu contoh santunari yang terdapat di Malaysia ialah

Santunari Orang Utan di Sabah. Santunari juga menjalankan usaha-usaha

pemuliharaan. Selain itu, taman botanikal dan institusi penyelidikan seperti Institut

Penyelidikan Hutan (FRIM) pula bertanggungjawab untuk memulihara tumbuh-

tumbuhan. Jabatan Pertanian dan MARDI juga berperanan penting dalam

pemuliharaan sesetengah spesies pohon dan pokok buah-buahan liar. Malaysia turut

memiliki bank gen dan bank germaplasma seperti bank biji benih, bank telur, dan bank

sperma untuk menyimpan spesies-spesies ancaman ini.

Pemuliharaan ex situ dijalankan bertujuan untuk memulihara flora dan fauna

yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara

berterusan, dan sebagai rujukan untuk kegunaan di masa akan datang. Sebagai

contoh, spesies yang dikategorikan sebagai mengalami ancaman kepupusan atau akan

mengalami kepupusan mengikut kategori apendiks II menurut CITES (Convention on

International Trade in Endangered Species) akan dilindungi dan dibiakbakan dalam

Page 14: Pemeliharaan in Situ

habitat buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz

populasi spesies tersebut telah pulih dan mempunyai habitat yang sesuai.

Kelebihan-Kelebihan Pemuliharaan Ex Situ

Terdapat banyak kelebihan sekiranya flora dan fauna dipulihara melalui strategi

ex situ. Antaranya termasuklah ia dapat menghalang sesetengah spesies flora dan

fauna yang terancam daripada terus diancam bahaya kepupusan. Pada masa kini,

aktiviti-aktiviti manusia seperti pembangunan, pembalakan, pemburuan, dan

sebagainya telah memberikan ancaman yang serius terhadap flora dan fauna. Oleh itu,

spesies terancam perlu dipulihara sebelum mereka menjadi pupus, dan pengekalan

populasi spesies-spesies liar yang subur dan dapat bermandiri dalam keadaan semula

jadi merupakan matlamat utama pemuliharaan ex situ dilaksanakan.

Selain itu, pemuliharaan ex situ juga menyediakan satu peluang yang berharga

untuk para profesional, amatur, atau masayarakat untuk belajar biologi, memahami

ancaman-ancaman yang dihadapi oleh spesies yang terancam, dan seterusnya

membantu menjayakan program-program pemulihan spesies yang dilancarkan oleh

pihak yang berkaitan.

Strategi pemuliharaan ex situ juga membolehkan dan memudahkan ahli-ahli

saintis dan ekologi untuk menjalankan kajian penyelidikan dan pembangunan flora dan

fauna, tanpa merosakkan populasi semula jadi. Pemuliharaan ex situ dianggap sebagai

pelengkap kepada pemuliharaan in situ dan ia bertindak sebagai "polisi insurans"

apabila spesies diancam dalam habitat semula jadi mereka. Ini merupakan satu proses

untuk melindungi spesies tumbuhan atau haiwan yang terancam dengan memindahkan

sebahagian populasi spesies tersebut daripada kawasan hábitat yang terancam, dan

meletakkan mereka di lokasi baharu, yang mungkin merupakan kawasan liar ataupun

dalam penjagaan manusia yang rapi.

Antara kelebihan pemuliharaan ex situ termasuklah memelihara sumber

germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi

secara berterusan, menjadi simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan pada

masa yang akan datang, memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi

meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini, mengurangkan tekanan

Page 15: Pemeliharaan in Situ

daripada pengumpul liar, membekalkan bahan untuk pameran dan pendidikan, dan

sebagainya.

Kekurangan-kekurangan Pemuliharaan Ex-Situ

Sesungguhnya pemuliharaan ex situ mempunyai beberapa kekurangan yang

tersendiri. Pertama sekali, spesies flora dan fauna yang dipulihara melalui strategi ex

situ memerlukan satu tempoh masa peralihan yang panjang sebelum mereka dapat

mengadaptasi dan menyesuaikan diri mereka dengan keadaan pemuliharaan ex situ

tersebut. Oleh itu, terdapat sesetengah jenis spesies yang gagal mengadaptasi diri

mereka mungkin akan mati dan seterusnya mengalami ancaman kepupusan.

Selain itu, pemuliharaan ex situ memerlukan banyak sumber tenaga pakar

professional dan ahli-ahli ekologi untuk menjalankan usaha kajian penyelidikan dan

kegiatan eksporasi yang banyak terlebih dahulu. Usaha ini adalah perlu untuk melihat

kecocokan sesetengah spesies terhadap daerah atau lokasi pemuliharaan ex situ,

sebelum flora dan fauna dipindahkan ke tempat tersebut. Oleh itu, bagi negara yang

kekurangan kepakaran dalam bidang ini, mereka sukar untuk menjalankan

pemuliharaan ex situ.

Di samping itu, pemuliharaan ex situ ini juga memerlukan dana wang yang

banyak dan sokongan ekonomi yang cukup kukuh. Sesungguhnya semua kajian dan

tindakan yang dilaksanakan atas tujuan pemuliharaan ex situ ini memerlukan kos

pembelanjaan yang amat tinggi dan mahal. Kos-kos ini meliputi bayaran kepada tenaga

ahli professional, bayaran kepada gaji sumber manusia, pembiayaan rawatan

persekitaran, pembelian peralatan yang canggih, kos pengangkutan flora dan fauna,

kos penyenggaraan kawasan pemulihan ex situ, dan banyak lagi. Oleh itu, sekiranya

dana wang terhad dan tidak mencukupi, maka usaha pemuliharaan ex situ ini mungkin

akan terganggu dan tidak dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya.

Antara kelemahan lain yang terdapat dalam pemuliharaan ex situ termasuklah

masalah-masalah untuk menyimpan benih spesies yang degil, membekukan

pembangunan evolusi spesies flora dan fauna, kepelbagaian genetik mungkin hilang

setiap dengan kitaran semula, dan sebagainya.

Page 16: Pemeliharaan in Situ

Sokongan dan Kecenderungan terhadap Pemuliharaan In Situ

Sesetengah ahli ekologi mempercayai bahawa hanya pemuliharaan in situ dan

pengurusan habitat yang teliti merupakan strategi pemuliharaan yang beretika. Bagi

mereka, pemuliharaan in situ merupakan cara dan langkah yang terbaik untuk

mengekalkan kewujudan sesuatu spesis berbanding dengan memulihara flora dan

fauna di luar habitat asal mereka.

Sesungguhnya pendapat dan pendirian mereka adalah berasas dan boleh

diterima. Hal ini demikian kerana sekiranya haiwan dan tumbuh-tumbuhan dipulihara

melalui cara pemuliharaan ex-situ, maka mereka perlu mengambil masa yang panjang

untuk menyesuaikan diri mereka dengan keadaan ekosistem-ekosistem tiruan atau

buatan manusia, seperti zoo, akuaria, taman botanikal, arboreta, dan sebagainya.

Sekiranya flora dan fauna tersebut gagal untuk mengadaptasi dan menyesuaikan diri

mereka dalam keadaan ekosistem tiruan, maka mereka mungkin akan mati dan pupus.

Sebaliknya, jika dibandingkan dengan dengan hutan yang merupakan ekosistem

semula jadi, flora dan fauna akan lebih dapat menyesuaikan diri dan mengadaptasi diri

mereka dengan lebih baik. Oleh itu, kebarangkalian untuk mereka terus hidup dan

peratusan kemandirian flora dan fauna di habitat semula jadi mereka adalah lebih

tinggi.

Malah, di kawasan pemuliharaan in situ, keselamatan dan kehidupan haiwan dan

tumbuh-tumbuhan akan lebih terjamin kerana terdapat ranger-ranger hutan yang akan

kerap menjalankan rondaan untuk menjaga kawasan tersebut. Dengan pengawasan

yang sistematik oleh pihak pengurusan dan penguatkuasaan undang-undang yang

ketat, haiwan dan tumbuh-tumbuhan akan bebas daripada ancaman manusia yang

semakin rakus seperti pemburuan haram atau pembalakan haram.

Bukan itu sahaja, disebabkan keunikan dan kepelbagaian diversiti yang wujud

dalam pemuliharaan in situ, ianya akan menjadi salah satu tempat tumpuan para

penyelidik untuk menjalankan kajian penyelidikan dan pembangunan di situ. Kesannya,

mereka akan dapat menjalankan pengrekodan flora dan fauna yang lebih bersistematik,

merawat dan memberikan bantuan perubatan kepada flora dan fauna yang sakit, serta

mengikhthiarkan cara untuk memulihara flora dan fauna dengan lebih berkesan. Oleh

itu, dengan pengurusan habitat yang begitu teliti ini, golongan ahli ekologi tersebut

Page 17: Pemeliharaan in Situ

berpegang teguh bahawa pemuliharaan in situ merupakan strategi pemuliharaan yang

paling beretika.

Sehubungan dengan itu, ahli-ahli ekologi ini beranggapan bahawa mengekalkan

spesies yang tidak mempunyai mana-mana habitat semula jadi, atau tidak dapat

membiak di hutan, zoo, atau taman merupakan strategi pemuliharaan yang tidak

beretika. Hal ini demikian kerana mereka percaya bahawa spesies yang tidak tinggal di

habitat semula jadi mereka akan kehilangan sifat-sifat semula jadi mereka dan

seterusnya akan kehilangan kemahiran untuk bersaing dan mendapatkan keperluan

asas mereka, seperti mencari makanan.

Konsep pemilihan semula jadi merupakan satu daya evolusi yang memilih gen-

gen berfaedah dan menghapuskan gen-gen yang tidak berfaedah. Pemilihan semula

jadi memihak kepada spesies yang paling bersesuaian dengan persekitarannya,

mengekalkan spesies yang mempunyai fenotip yang paling sesuai untuk kemandirian

dan pembiakan dalam satu populasi semula jadi melalui pembiakan seks dan

pewarisan. Oleh itu, sekiranya spesies tersebut sudah kehilangan habitat semula jadi,

tidak dapat membiak, atau kehilangan kemahiran untuk bersaing dan mencari

makanan, maka pemilihan semula jadi harus menghapuskan genotip yang tidak

berfaedah ini kerana ia tidak dapat menghasilkan ciri-ciri penyesuaian yang

membolehkan spesies tersebut bermandiri dan membiak dalam persekitaran

berkenaan.

Tuntasnya, ahli-ahli ekologi percaya bahawa sekiranya manusia berusaha untuk

mengekalkan spesies yang tidak lagi mempunyai habitat semula jadi atau tidak dapat

membiak melalui program-program seperti pembiakbakaan khas, pengklonan, dan

sebagainya, maka ia adalah melanggar peraturan alam dan mengingkari undang-

undang dan hukum semula jadi.

Isu Etika “Membawa Balik” Spesies Terpupus seperti Harimau Tasmanian

Belakangan ini, pelbagai eksperimen dan percubaan telah dijalankan oleh ahli-

ahli saintis yang berhasrat untuk membawa balik spesies-spesies yang terpupus pada

masa dahulu, seperti Harimau Tasmanian, Itik Bobo, Dinasaor Feniks, dan sebagainya.

Kepupusan spesies dapat ditakrifkan sebagai jumlah populasi spesies menjadi semakin

Page 18: Pemeliharaan in Situ

berkurangan dan generasi akan datang mungkin tidak dapat lagi mengenali apakah

spesies tersebut jika gambar-gambar spesies tersebut tidak ditunjukkan kepada

mereka.

Walaupun tindakan mencuba membawa balik spesies terpupus merupakan satu

inisiatif yang baik, tetapi pada hakikatnya ia merupakan satu perbuatan yang tidak

beretika atau moral. Tidak dapat dinafikan bahawa usaha membawa balik spesies

terpupus dapat membolehkan baka dan spesiesnya dapat direkodkan semula di

samping generasi masa kini dapat melihat spesies tersebut dengan mata sendiri. Tetapi

siapakah yang boleh memastikan kes-kes eksploitasi dan penyalahgunaan tidak

berlaku? Apakah yang terjadi terhadap keselamatan dan perubahan masyarakat jika

spesies-spesies terpupus ini dibawa kembali? Adakah betul bagi manusia memainkan

peranan pencipta dalam proses pembiakan? Pembangkitan isu-isu ini telah

menyebabkan kontroversi dan mengakibatkan masyarakat membantah perbuatan ini

atas isu-isu etika dan moral.

Sesungguhnya kita tidak tahu apakah keperluan-keperluan asas spesies-spesies

terpupus. Selain itu, kita juga tidak tahu adakah mereka mampu menyesuaikan diri dan

hidup dalam cuaca dan iklim masa kini sekiranya dibawa kembali ke dunia ini. Kita tidak

tahu adakah mereka akan membawa mikroorganisma yang telah pupus dan

membahaya kepada kita. Kita turut tidak tahu sama ada usaha membawa balik spesies

terpupus ini akan memberikan gangguan keamanan dan ancaman keselamatan kepada

manusia. Perbuatan ini juga dikatakan melanggari peraturan alam dan hukum semula

jadi. Ia mengingkari hukum konsep pemilihan semula jadi dan nescaya bahawa mereka

akan tetap pupus walaupun dibawa kembali kerana mereka tidak berupaya untuk

menyesuaikan dan mengadaptasi diri mereka dengan persekitaran dengan baik.

Senarai Bibliografi:

Arirakatama. (2008, Januari 31). Buaya Muara (Crocodylus porosus): Pemanfaatan vs

Pelestarian. Didapatkan pada 3 Ogos 2012, daripada

http://arirakatama.multiply.com/journal/item/5?&show_interstitial=1&u=/journal/item

Barbara, C. (2003). Ex Situ Conservation - out of the natural habitat. Didapatkan pada 3 Ogos

2012, daripada http://www.countrysideinfo.co.uk/biodvy2.htm

Page 19: Pemeliharaan in Situ

Choong, N. M., Lee, S. C., & Liew, S. L. (2000). Biologi STPM Jilad II (Edisi Kedua). Selangor

Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ekologi. (t. t). Didapatkan pada 3 Ogos 2012, daripada

http://www.saburchill.com/IBbiology/chapters02/045.html

Foo, Y. K. (2004). STPM Biology Volume 2. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Pelangi Sdn.

Bhd.

Introduction of Jong’s Crocodile Farm & Zoo Sdn Bhd. (t. t.). Didapatkan pada 3 Ogos 2012,

daripada http://www.jongscrocodile.com/index.php?

option=com_content&task=view&id=12&Itemid=30

Laupa Junus. (t. t.). Perhilitan aktif dalam konservasi hidupan liar. Utusan Melayu. Didapatkan

pada 3 Ogos 2012, daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=1008&pub=utusan_malaysia&sec=agrobiz&pg=ag_01.htm

Ong, Y. T. & Mayuree Thawichart Khongkha. (2004, Januari 15). Perlukah Haiwan Dikurung

Atau Dibiar Hidup Dalam Habitat Mereka? Didapatkan pada 3 Ogos 2012, daripada

http://www.jpvpk.gov.my/html/news/archives/Malay/Jan04%2015o.htm

Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. (2007, September 14). Biodiversiti dan Peranannya

Terhadap Keseimbangan Alam Sekitar. Didapatkan pada 3 Ogos, 2012, daripada

http://www.ikim.gov.my/v5/print.php?grp=2&key=1359

Rosmidzatul Azila binti Mat Yamin. (2007, Oktober 3). Sejauh Manakah Sumbangan

Biodiversiti Terhadap Kehidupan Sejagat? Didapatkan pada 3 Ogos, 2012, daripada

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?

lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=1405&cmd=resetall

Tan, H. C. (2006). Biodiversiti: Satu Pengenalan. Era Hijau. 2, 3-4.

Wikipedia. (2012, Jun 22). In-situ conservation. Didapatkan pada 3 Ogos 2012, daripada

http://en.wikipedia.org/wiki/In-situ_conservation

Wikipedia. (2012, Jun 25). Ex-situ conservation. Didapatkan pada 3 Ogos 2012, daripada

http://en.wikipedia.org/wiki/Ex-situ_conservation

Page 20: Pemeliharaan in Situ

ktiviti dan Pelan Tindakan Masa Hadapan

HCVF bergantung kepada jenis dan peranan sesuatu HCVF itu, garis tindakan berikut akan diikuti oleh JPNK bagi mempastikan kegunaan dan relevansinya untuk jangkamasa berterusan. Antara akviti yang dirancang adalah:

Menanda dan memelihara sempadan kawasan

Ancaman-ancaman yang dihadapi oleh HCVF boleh berlaku dalam berbagai bentuk, seperti kemasukan orang secara tanpa kebenaran sehingga kepada kerosakan fizikal yang serius seperti pencerobohan dan pembalakan haram yang mana boleh membawa kepada kemerosotan fizikal yang berat ke atas kawasan dan sumber biodiversiti di dalamnya. Dengan demikian, adalah penting supaya apa jua ancaman masakini dan akan datang dikenalpasti dan sekiranya perlu dikuantifikasikan supaya ianya dapat dimasukkan ke dalam rancangan pengurusan HCVF dan langkah-langkah berpatutan diambil bagi mengatasinya. Pemeriksaan yang kerap dan survey ke atas sempadan disertakan dengan dokumentasi yang relevan mungkin dapat membantu memastikan keselamatan dan keutuhan kawasan HCVF.

Menjalankan Inventori Pelbagai Sumber ke atas HCVF

Aktiviti ini boleh dijalankan bersama-sama dengan survei ke atas sumber pada skala FMU yang mana biasanya dilakukan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap tempoh perancangan. Maklumat yang dikutip hendaklah meliputi seberapa banyak parameter dan sumber-sumber yang menerangkan situasi hutan berkenaan. Selanjutnya maklumat seumpama ini akan membantu pengurus dalam menetapkan peranan/fungsi serta kegunaan HCVF yang dimaksudkan dan memutuskan jenis-jenis kegunaan lain yang sesuai dengannya.

Menyelenggara Pengkalan Data dan Mendokumentasi Serta Memasang Tanda Di Tanah Berhubung dengan Ciri dan Sumber Yang Relevan

Mewujudkan pengkalan data yang bersesuian dan mengandungi maklumat mengenai sumber (hidup atau bukan hidup) di dalam HCVF termasuk yang mempunyai potensi bagi kegunaan yang lestari di masa hadapan. Spesies pokok sasaran khususnya hendaklah ditanda kedudukannya di tanah dan di atas peta dan seterusnya didigitize ke dalam aplikasi komputer. Selanjutnya pokok-pokok ini akan dilabel dengan label plastik berukuran 4cm x 10cm dengan menunjukkan maklumat mengenai nama-nama tempatan dan saintifik dan dipasang pada ketinggian yang bersesuaian di batang pokok. Label-label ini perlu diperiksa dari semasa ke semasa bagi mempastikan tidak rosak atau hilang dan maklumat di atasnya dapat dibaca dengan jelas.

Page 21: Pemeliharaan in Situ

Memantau Pembungaan dan Pembuahan dan Mengutip Biji Benih

Aktiviti ini dijalankan secara tetap dan direkod dengan baik. Pola dalam pengeluaran bunga dan buah akan dipantau dalam konteks perubahan cuaca dan musim serta respons terhadap perubahan alam sekitar. Dalam hubungan ini data mengenai cuaca (taburan hujan, rajah angin, suhu, lembapan) serta faktor-faktor lain seperti kejadian jerebu, pencemaran, aliran air, dll. akan dipantau dengan input dan kerjasama dari agensi-agensi berkaitan. Faktor-faktor alam sekitar sudah semestinya mempunyai kesan yang penting ke atas kesihatan pokok dan seterusnya mempengaruhi kuantiti dan kualiti bunga dan buah yang dihasilkan.

Mengesan dan Mengutip Anak Liar

Penghasilan biji benih dan stok tanaman yang viabel akan merupakan salah satu daripada matlamat HCVF yang digunakan sebagai asas penubuhannya. Biji benih dan anak liar dari kawasan ini akan dilabel dengan baik menurut provenannya sebelum dipindahkan ke tempat lain untuk tujuan ujikaji atau digunakan dalam aktiviti-aktiviti penanaman secara in-situ dan ex-situ serta operasi penghutanan semula.

Menubuhkan Tapak Semaian Bagi Pembiakan Dan Penambahbaikan Stok Tanaman

Aktiviti ini adalah sebagai pelengkap kepada aktiviti (4) di atas, tetapi dengan objektif bagi menubuhkan stok masa depan bagi bahan tanaman berkualiti dan terpilih. Spesies yang disasarkan tidak tehad kepada spesies pokok hutan sahaja malah kepada semua spesies yang mempunyai nilai pemeliharaan tinggi (high conservation value).

Bancian Semula Pokok-Pokok Dan Sumber Lain

Aktiviti ini bertujuan untuk memantau taburan, kuantiti, kadar tumbesaran, tahap kesihatan dan perilaku fenologi mereka. Aktiviti ini termasuklah memantau status spesies sasaran dan menilai kelayakannya untuk terus diiktiraf sebagai spesies sasaran dalam konteks persekitaran sosio-ekonomi yang berubah-ubah.

Penyelidikan Dan Pembangunan (R & D)

R & D dijalankan ke atas biologi populasi, sistem reproduktif dan program pembiakan. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan atas dasar kerjasama dengan pihak-pihak berkenaan seperti institusi penyelidikan perhutanan dan pertanian serta universiti-universiti. Pada masa ini terdapat minat yang meningkat di kalangan agensi-agensi antarabangsa dalam menyokong pembangunan kawasan-kawasan pemeliharaan, tetapi hal ini perlu dijalankan secara terancang dengan penglibatan penuh agensi-agensi tempatan. Strategi pemeliharaan yang bersesuaian akan dibangunkan oleh JPNK bagi setiap tapak dan

Page 22: Pemeliharaan in Situ

disertakan dengan rancangan pengurusan HCVF yang baik.