pemeliharaan kualiti air

18
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBANG BEMBAN LAPORAN SAINS (B6D4E1) PEMELIHARAAN KUALITI AIR KUMPULAN KETIGA WAN NURUL ATIQAH W. NUR SYAHIDA NABILA AIN SYAFIQAH

Upload: wan-atiqah

Post on 25-May-2015

7.798 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemeliharaan Kualiti Air

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUBANG BEMBAN

LAPORAN SAINS (B6D4E1)PEMELIHARAAN KUALITI AIR

KUMPULAN KETIGAWAN NURUL ATIQAH

W. NUR SYAHIDA NABILAAIN SYAFIQAH

Page 2: Pemeliharaan Kualiti Air

DEFINISI PENCEMARAN AIRMenurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

Page 3: Pemeliharaan Kualiti Air

PUNCA PUNCA PENCEMARAN

AIR

Page 4: Pemeliharaan Kualiti Air

Pengusaha kilang mengambil jalan mudah , iaitu membuang sisa kilang yang bertoksik tanpa dirawat ke dalam sungai dengan sewenang - wenangnya.

Tumpahan minyak dari tangki kapal dan pelantar minyak juga mencemarkan air.

PEMBUANGAN SISA TOKSIK DAN PEPEJAL KE DALAM SUNGAI

TUMPAHAN MINYAK

Page 5: Pemeliharaan Kualiti Air

Membuang sisa pepejal seperti sisa makanan, perabot dan barangan elekronik ke dalam sungai. Hal ini akan menyebabkan sungai tercemar dan diracuni. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai juga akan mengalakkan pertumbuhan bakteria.

Aktiviti pertanian yang menggunakan baja kimia, racun rumpai dan racun serangga akan mencemarkan air terutamanya jika dijalankan di kawasan tanah tinggi. Hal ini kerana ia akan mengalir dari kawasan pertanian ke hilir sungai apabila hujan lebat berlaku.

PEMBUANGAN SISA PEPEJAL PERTANIAN, PERLOMBONGAN DAN PENTERNAKAN

Page 6: Pemeliharaan Kualiti Air

Air dari kawasan perlombongan mengandungi kandungan zarah terampai dan bahan logam yang ada kiatan dengan mineral yang dilombong yang membahayakan kesihatan pengguna. Apabila hujan lebat turun, zarah-zarah ini tentu akan disalirkan ke dalam sungai

Pembentungan najis binatang yang tidak terurus daripada aktiviti penternakan bukan sahaja akan mencemarkan air malah akan menyebabkan pencemaran bau. Hal ini kerana najis binatang mengandungi pelbagai bakteria, virus dan parasit seperti E.coli yang akan mencemarkan kualiti air.

AKTIVITI PERLOMBONGAN PEMBENTUNGAN NAJIS BINATANG

Page 7: Pemeliharaan Kualiti Air

Penerokaan hutan untuk pembangunan bandar, pembinaan infrastruktur fizikal dan perindustrian secara tidak langsung menyumbang kepada pencemaran air. Hal ini kerana aktiviti-aktiviti tersebut akan menyebabkan tanah menjadi gondol. Oleh hal yang sedemikian, tanah tersebut akan terdedah kepada arus permukaan air yang deras apabila hujan lebat berlaku kerana tiada cengkaman akar-akar pokok.

Page 8: Pemeliharaan Kualiti Air

PENGAWALAN PENCEMARAN AIR

Page 9: Pemeliharaan Kualiti Air

TERDAPAT BANYAK LANGKAH UNTUK MENGAWAL PENCEMARAN AIR. ANTARANYA IALAH:

Pendekatan pengeluaran bersih lebih menumpukan kepada “sumber penyebab” pencemaran dan bergerak kearah menghapuskannya di peringkat awal.

Pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang sedia ada. Ia perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

Penyelenggaraan berkala sistem perparitan seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan bagi memastikan sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat.

Selain itu, beberapa kaedah pengawalan yang sesuai di laksanakan bagi

mengawal pencemaran air ialah:

Page 10: Pemeliharaan Kualiti Air

Rawatan air kumbahan adalah proses bahan pepejal diasingkan dan kemudian ditukar daripada bahan pepejal kepada bahan

mineral.

Kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah kempen cintailah sungai kita

Page 11: Pemeliharaan Kualiti Air

Pendidikan alam sekitar ini perlu adalah kerana ia dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan.

Page 12: Pemeliharaan Kualiti Air

PEMBERSIHAN AIR

Page 13: Pemeliharaan Kualiti Air

PEMBERSIHAN AIR

Page 14: Pemeliharaan Kualiti Air

1) Tangki penapisan - penapis logam di dalam tangki menyingkirkan objek bersaiz besar.

2) Tangki pengudaraan - air dipam ke atas untuk melarutkan oksigen ke dalam air. Bau dan rasa air yang tidak menyenangkan disingkirkan.

3) Tangki pengumpulan - alum mengumpulkan zarah -zarah kecil bahan terampai menjadi gumpalan besar yang mudah mendap. Kapur pula mengurangkan keasidan air.

4) Tangki pengenapan - bahan terampai bersaiz besar mendap di dasar tangki dan disingkirkan.

5) Tangki penurasan -bahan terampai yang tertinggal di singkirkan.

6) Tangki pengklorinan dan pemfloridaan - klorin membunuh organisma merbahaya dan menjernihkan air. Sebatian florida menghalang kerosakan gigi.

Page 15: Pemeliharaan Kualiti Air

CARA PENJIMATAN PENGGUNAAN AIR

Page 16: Pemeliharaan Kualiti Air

CARA-CARA PENJIMATAN AIR

Sentiasa memeriksa batang dan kepala paip.Jika ada kebocoran,perbaikinya dengan segera.

Kumpulkan air hujan dalam baldi atau pasangkan paip khas untuk mengumpulkan air hujan.

Kitar semula air yang digunakan untuk membasuh tangan,sayur-sayurandan buah-buahan untuk menyiram pokok bunga,cuci lantai dan sebagainya.

Basuh pinggan mangkuk dengan menggunakan tangan dan bukan mesin pembasuh.

Sewaktu mencuci kereta,gunakan baldi dan bukan paip getah.Cuci kereta sekali seminggu.Tidaklah perlu mencuci kereta terlalu kerap .Jika kereta tidak terlalu kotor ,lapkan sahaja dengan kain bersih.

Jika memiliki kebun atau taman bunga,tanam poko bunga dalam tanah dan bukan dalam pasu.Tumbuhan tumbuh lebih baikdalam tanah serte mendapat lebih air dari tanah berbanding di dalam pasu.

Page 17: Pemeliharaan Kualiti Air
Page 18: Pemeliharaan Kualiti Air

TERIMA

KASIH