folio kerjaya

7
LATAR BELAKANG Kerjaya arkitek telah wujud sejak sekian lama. Dahulu,ia dikenali sebagai tukang rumah. Tukang rumah ketika itu membina rumah mengikut kemahiran tanpa menggunakan pelan khusus. Sekarang ia menjadi suatu kerjaya profesional yang memerlukan kelayakan tertentu. Di Malaysia khususnya,sejarah pembangunan senibinanya pula telah menjadi satu bidang yang kritikal sebagai asas terpenting untuk menilai satu hakikat persekitaran dalam memenuhi segala bentuk permintaan

Upload: wari-uliyani

Post on 22-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

jenis pekerjaan

TRANSCRIPT

Page 1: Folio Kerjaya

LATAR BELAKANG

Kerjaya arkitek telah wujud sejak sekian lama.

Dahulu,ia dikenali sebagai tukang rumah. Tukang

rumah ketika itu membina rumah mengikut kemahiran

tanpa menggunakan pelan khusus. Sekarang ia

menjadi suatu kerjaya profesional yang memerlukan

kelayakan tertentu.

Di Malaysia khususnya,sejarah pembangunan

senibinanya pula telah menjadi satu bidang yang kritikal

sebagai asas terpenting untuk menilai satu hakikat

persekitaran dalam memenuhi segala bentuk permintaan

untuk melahirkan persekitaran alam bina dan suasana

kehidupan sejahtera yang dihajati.

Page 2: Folio Kerjaya

DEFINISI ARKITEK

Arkitek berasal dari perkataan Greek

“Arkhitekton”,

yang bermaksud “ketua tukang bina”.Definisi

tradisional mentakrifkan Arkitek sebagai seorang

yang merekabentuk,mentadbir dan menguruskan

pembinaan sesuatu bangunan.

Tugas utama Arkitek

1. Menyediakan Lakaran dan Lukisan Rekabentuk,

2. Menyediakan Lukisan Binaan,

3. Menyediakan spesifikasi yang memperihalkan

apa yang ditunjukkan dan dinyatakan di dalam

Lukisan Rekabentuk dan Lukisan Binaan,

4. Membuat pemeriksaan Tapak Binaan sebelum

kerja-kerja binaan dimulakan,

5. Menyediakan Dokumen Tawaran sebelum

pemilihan kontraktor dibuat dan menyediakan

Page 3: Folio Kerjaya

Dokumen Kontrak apabila kontraktor telah

dipilih,

6. Memastikan proses dan sesi rundingan untuk

memilih kontraktor yang bakal membina

bangunan yang telah

direkabentuknya,dijalankan sebaik mungkin

mengikut kehendak perundangan yang

berkaitan;dan

7. Tugas lain termasuklah menyediakan

rekabentuk dan perancangan infrastruktur

sesuatu skim pembangunan dan apa sahaja hal

yang berkaitan dengan sosio ekonomi yng boleh

mempengaruhi proses perancangan alam bina.

Page 4: Folio Kerjaya

Tiga keperluan asas yang perlu ada pada

seseorang Arkitek :

i. Mencipta

ii. Merekabentuk dan merancang

iii. Mengurus dan meyelia

Untuk diiktiraf sebagai seorang Arkitek,seseorang

disyaratkan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan

yang mencukupi,terlatih dan mempunyai

pengalaman dalam bidang senibina dalam 3 aspek

keperluan tersebut di atas.

Kelayakan Akademik

Page 5: Folio Kerjaya

Seseorang perlu mempunyai pencapaian

cemerlang dalam bidang pendidikan.Kemahiran asas

yang diperlukan ialah penguasaan mata pelajaran

Fizik,Matematik,Lukisan dan Lukisan Teknik.

Kelulusan Ikhtisas

Arkitek sekurang-kurangnya perlu memiliki

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang senibina.Graduan

perlu menimba pengalaman kerja dalam firma seni

bina sekurang-kurangnya selama 5 hingga 10

tahun.Graduan arkitek sebelum diterima untuk

didaftarkan sebagai Arkitek Berdaftar perlu melalui

satu tempoh pendidikan formal di universiti yang

diiktiraf sama ada di dalam atau di luar Negara.

Arkitek diiktiraf pendaftarannya hanya apabila

lulus peperiksaan Bahagian 3 yang diselenggarakan

oleh Lembaga Arkitek Malaysia selain daripada

keperluan lulus peperiksaan itu arkitek perlu melalui

Page 6: Folio Kerjaya

inisiatif peribadinya untuk berterusan mendalami

pengetahuan yang berkaitan dengan kerjayanya.