folio bm tempat perlancongan trrrganu

17
5/21/2018 FolioBmTempatPerlanconganTrrrganu-slidepdf.com http://slidepdf.com/reader/full/folio-bm-tempat-perlancongan-trrrganu 1/17  

Upload: syafiq-zabidi

Post on 12-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Panduan Bercuti ke Tempat Menarik Di Terengganu12 Disember 2013byAdmin24 CommentsTerengganu merupakan salah satu negeri yang berada di pantai timur Malaysia yang mempunyai pelbagai tempat menarik untuk diterokai. Sebagai anak Terengganu, CD akan berkongsi beberapatempat menarik di Terengganu yang mesti dilawati !!Seperti yang tersedia maklum, Negeri Terengganu mempunyai pantai yang amat panjang dan mempunyai destinasi pulau-pulau yang cantik dan terbanyak di Semenanjung Malaysia.Sebelum kita kupas satu persatu jom kita lihat terlebih dahulu destinasi makan-makan yang unik dan susah nak dijumpai di negeri lain. Sekiranya korang ingin terus mencari destinasi dan lokasi bercuti yang lain , boleh ke entriCDuntukcari dalam peta tempat-tempat menarik di Terengganu.Tempat Menarik di Terengganu untuk Makan MakanIkan Celup Tepung (ICT) Orang Terengganu memang suka makanan yang berasaskan sumber laut seperti ikan, udang dan ketam. Kalau di area Kuala Terengganu, beberapa destinasi untuk makanan laut celup tepung boleh ditemui dan sangat popular di sini seperti di Pantai Teluk Ketapang dan juga Mengabang Telipot.Boleh baca travel log CD diFirdausy Seafood Corner. Kalau di daerah Besut, semestinya di sekitarPantai Penarik, terdapat beberapa kedai yang menyediakan makan celup tepung yang juga tidak kurang hebatnya.Keropok Lekor Tak perlu diperkenalkan lagi, Terengganu memang dah sah cukup sinonim dengan keropok lekor. Antara destinasi yang best untuk membeli keropok lekor ialah di Kampung Losong dan KedaiKeropok Lekor BTB 2209di Kg Bukit Tok Bing.Jangan terkejut, sekarang nikeropok lekor berkeju, keropok lekor lada hitam dan keropok lekor bawang berkejusudah ada di pasaran. Satu kelainan yang amat jarang sekali untuk dijumpai di tempat lain.Nasi Dagang Nasik dagang juga merupakan salah satu makanan pagi yang amat popular di Terengganu dan destinasi yang best ialah di sekitar Dungun iaituWarung Power. Sementara di Kuala Terengganu, satu destinasi yang amat popular sudah tentu diKedai Nasi Dagang Mak Ngah.Ketupat Sotong Menu lauk makan tengahari dan juga boleh dimakan seperti bubur. Antara kedai yang popular di sekitar bandar Kuala Terengganu ialah diAZ Selera Timurmanakala kalau di Kemaman ialah diRestoran Ani Selera Kampung.Sata dan Otak-Otak Kalau bercakap pasal makanan ini, destinasi yang amat popular sudah tentu di daerah Kemaman iaitu diWarung Aziz Sata. Selain Otak-otak kita juga boleh mencuba makanan lain di sini seperti pais sotong, udang dan ikan.

Keenakan Telur Penyu Terengganu memang cukup sinonim dengan telur penyu. Kalau korang berminat nak rasa keunikan telur penyu ni, salah satu destinasi makan yang biasa orang pergi di Kuala Terengganu ialah di Restoran Mat Binjai. Silaklik siniuntuk mengetahui lokasi dan membaca kisah CD di Restoran Mat Binjai.Keindahan Pantai di TerengganuBandaraya Pesisir Pantai. Memang tak dinafikan Terengganu memang banyak lokasi pantai yang cukup menawan dan seronok untuk dilawati.Namun, memandangkan pesisir pantai Terengganu ni di Laut Cina Selatan maka untuk aktiviti mandi di Pantai cuma beberapa pantai sahaja yang sesuai untuk mandi seperti diPantai Pandak,Pantai Bukit Keluangdan juga diPantai Teluk Bidara.Sekiranya kita nak bersiar-siar dan berekreasi bersama keluarga, banyak pantai-pantai yang boleh dilawati untuk aktiviti yang menarik di sini dan pilihan CD sudah tentunya diPantai Batu Buruk,Pantai Teluk KetapangdanPantai Bukit Keluang. 3 Destinasi pantai ini lebih meriah dan menyeronokkan kalau nak dibandingkan dengan pantai-pantai lain di Terengganu.Namun sekiranya mahukan privacy atau tidak sesak dengan orang, destinasi pantai lain juga boleh dilawati dan keindahannya tetap mengusik kalbu.Rangkaian Pulau Terengganu yang MempesonakanBercakap mengenai Pulau pula, Terengganu memang banyak pulau-pulau yang cantik dan menarik untuk pelbagai aktiviti yang lasak dan menyeronokkan seperti snorkeling, scuba diving dan sebagainya.Pilihan CD semestinya ialahPulau Redang,Pulau Perhentiandan jugaPulau Kapas.Memang banyak lagi Pulau lain yang ada di Terengganu, namun 3 pulau ini merupakan cadangan CD kalau mahu bercuti ke pulau di Terengganu.Destinasi Pilihan Untuk Membeli Belah di TerengganuKalau di Kuala Terengganu, memang tidah syak lagiPasar Besar Kedai Payangwajib dilawati. Di sini memang banyak tarikan dan keunikannya yang tersendiri yang menjadikan Pasar Besar Kedai Payang salah satu destinasi pelancong luar.Antara barangan yang menarik ada di sini ialah barangan kraftangan, batik, sutera terengganu, songket, keropok lekor, keropok keping, barangan tembaga, tudung, baju kelawar dan macam-macam lagi.Pilihan Shopping Mall di Terengganu tidaklah terlalu banyak seperti di Kuala Lumpur atau Selangor. Dan antara yang paling popular di Kuala Terengganu ialah diMydin Malldan juga Giant yang bersebelahan. Kalau nak tengok wayang di Terengganu, memang susah, hanya satu destinasi je yang boleh kita tengok wayang iaitu di Mesra Mall yang terletak di Kertih, Kemaman, Terengganu.Destinasi Air Terjun di TerengganuBagi CD, antara destinasi air terjun yang paling best ialah diAir Terjun Sekayudan juga diAir Terjun Chemerong. CD sudah ke sini banyak kali termasuk berkhemah di dua lokasi air terjun ini. Kalau di hujung minggu memang ramai orang yang datang dan seeloknya datanglah awal untuk mengelakkan kesesakan.Kalau nak dikupas satu persatu memangbanyak tempat menarik di Terengganu yang amat disyorkan untuk dilawatinamun terpulang kepada kita sama ada kita suka destinasi yang bersejarah, flora dan fauna atau pun destinasi yang lasak.