folio bm

30
NAMA : MOHAMAD ARIEFF SHAMIDA BIN SAMSUL KAMIL KELAS : 415 ADA BANG KAI,

Upload: arieff-shamida-samsul-kamil

Post on 30-Jun-2015

127 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: folio bm

NAMA : MOHAMAD ARIEFF SHAMIDA BIN

SAMSUL KAMIL

KELAS : 415

ADA BANGKA

Page 2: folio bm

Maksud : Ada perempuan jahat adalah lelaki jahat yang mengunjunginya

Contoh ayat : Setiap malam terdapat ramai lelaki yang pergi ke kawasan pelacuran , kerana di

situ terdapat ramai pelacur-pelacur yang masih muda.  Hal ini umpama, `ada bangkai, adalah hering’.

ADA BANGKA

BAGAI

ANA

Page 3: folio bm

Maksud : Lemah dan lesu tanpa penyakit

Contoh ayat : Oleh kerana budak itu berbadan kecil  dan kurus pula, ia kelihatan lemah dan lesu tetapi  sebenarnya bukanlah di berpenyakit seperti yang  disyakkan. Dia amat cergas apabila membuat sesuatu kerja, bagai anak dara mabuk andam.

BAGAI

ANA

CALAK-

Page 4: folio bm

Maksud : Dipakai untuk sementara waktu sahaja, sementara belum ada yang lebih baik

Contoh ayat : “ Gunakan motosikal buruk itu dahulu ke pejabat sementara kereta yang ditempah sampai, calak ganti asah, menanti tukang belum tiba,” kata emak kepada Abang Chik.

CALAK-

DARIPADA

HIDUP

Page 5: folio bm

Maksud : Lebih baik mati daripada menanggung malu

Contoh ayat : Semangat yang ditunjukkan oleh perajurit sungguh kental. Bagi mereka daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah demi tanah air yang tercinta.

DARIPADA

HIDUP

EKOR ANJIN

G BERAP

Page 6: folio bm

Maksud : Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat

jahat juga

Contoh ayat : Mail Gong sudah beberapa kali keluar masuk penjara kerana kesalahan memukul orang tetapi dia tidak pernah serik seperti ekor anjing berapa pun dilurut tiada juga betul.

EKOR ANJIN

G BERAP

GABAK DI

HULU TANDA

Page 7: folio bm

Maksud : Sesuatu yang akan berlaku biasanya ada tanda-tanda atau alamatnya.

Contoh ayat : Semua orang telah dapat menjangkakan bahawa rumah tangga Norakmar akan hancur kerana tanda-tanda persengkataan sudah nampak sejak dua tahun lepas, gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas.

GABAK DI

HULU TANDA

HABIS ALUR MAKA

Page 8: folio bm

Maksud : Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu.

Contoh ayat : Setelah rundingan dengan puak pemberontak itu gagal, barulah pihak tentera kerajaan membedil kubu mereka dengan bertubi-tubi, habis alur maka beralu-alu.

HABIS ALUR MAKA

IBA AKAN KACA

NG

Page 9: folio bm

Maksud : Kerana sayang akan perkara yang sedikit, tidak tercapai apa yang dimaksudkan

Contoh ayat : “ Jangan kerana kecewa akan layanan tuan rumah yang kurang memuaskan, cadangan untuk meminta barang yang dipinjamnya tidak diteruskan, iba akan kacang sebuah, tak jadi memengat,” kata Kak Mah kepada Siti.

IBA AKAN KACA

NG

JADI ALAS CAKAP

Page 10: folio bm

Maksud : Hadiah kepada orang yang berjasa

Contoh ayat : Pekerja-pekerja itu menyumbang wang untuk membeli beberapa jenis hadiah kepada ketua mereka yang akan bersara untuk jadi alas cakap.

KAPAK MENELAN BELIUNG

Page 11: folio bm

Maksud : Perkara yang baik dibuang dan digantikan pula dengan yang buruk.

Contoh ayat : Azim meninggalkan rakan sekampung yang baik kelakuannya, sebaliknya memilih rakan-rakan baru dari bandar sehingga dia terjebak dengan dadah. Jadilah dia seperti kapak menelan beliung.

LADING TAJAM SEBELAH

Page 12: folio bm

Maksud : Orang yang mahu menerima sahaja tetapi tidak mahu member.

Contoh ayat : Langkah negara-negara maju mengutamakan polisi lading tajam sebelah menyebabkan imbangan dagangan dengan negara membangun

menguntungkan mereka sahaja.

MABUK DI

ENGGANG

Page 13: folio bm

Maksud : Tertarik hati kepada orang yang tidak dikenali.

Contoh ayat : Menurut buku Sejarah Melayu, banyak perempuan di Majapahit mabuk di enggang lalu apabila melihat rupa paras dan tingkah laku Laksamana Hang Tuah.

MABUK DI

ENGGANG

Page 14: folio bm

NAK DITELAN TERMENGKALAN, NAK DILUDAH TAK KELUAR

Maksud : Dalam keadaan yang serba salah

Contoh ayat : Apabila isterinya bergaduh dengan adik-adiknya, Othman tidak tahu akan sesiapa yang perlu dibelanya. Keadaannya seperti nak ditelan termengkalan, nak diludah tak keluar.

Page 15: folio bm

OMBAKNYA KEDENGARAN,

PASIRNYA TIDAK KELIHATAN

Maksud : Terdengar akan berita kekayaan seseorang, tetapi belum ada buktinya lagi

Contoh ayat : Sudah lama aku mendengar desas-desus yang mengatakan bahawa Wan Syafiq itu kaya-raya, tetapi sampai sekarang aku belum melihat bukti kekayaannya itu, ombaknya kedengaran, pasirnya belum kelihatan.

Page 16: folio bm

PADANG PERAHU DI LAUTAN, PADANG HATI

DI FIKIRAN

Maksud : Fikirkan masak-masak sebelum berbuat sesuatu

Contoh ayat : Sebelum tuanku menjatuhkan hukuman bunuh kepada raja muda, fikirlah akan baik buruknya agar anak cucu akan datang tidak akan menuduh kita zalim kerana padang perahu di lautan, padang hati di fikiran.

Page 17: folio bm

RANTAI BESI DIMAKAN BUBUK

Maksud : Cerita yang tak masuk di akal

Contoh ayat : Orang-orang di kedai kopi hanya ketawa apabila mendengar cerita Firas bahawa dia ada membela ular yang berkaki dan biawak yang berkepala dua kerana mereka tahu bahawa cerita itu seumpama rantai besi dimakan bubuk.

Page 18: folio bm

SABAR PENGHILANG PENAT, TEKUN

PEMBAWA DEKAT

Maksud : Orang yang sabar akan berhasil usahanya

Contoh ayat : Walaupun kita hidup miskin dan terpaksa bekerja keras, namun jangan cepat berputus asa kerana sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Page 19: folio bm

TAK ADA GADING YANG TAK RETAK

Maksud : Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan sesuatu kesilapan.

Contoh ayat : Suhaila seorang yang berpendidikan tinggi, cantik, pandai mengambil hati orang tua, dan sangat taat akan agama, sayangnya dia tidak tahu memasak. Itulah yang dikatakan orang tak ada gading yang tak retak.

Page 20: folio bm

UMPAMA BURUNG DI DALAM SANGKAR,

MATA LEPAS BADAN TERKURUNG

Maksud : Anak gadis pingitan

Contoh ayat : Halimah umpama burung di dalam sangkar, mata lepas badan terkurung kerana ibu bapanya tidak membenarkan dia bercampur dengan rakan-rakan remaja yang sebaya.

Page 21: folio bm

YANG TINGGI TAMPAK JAUH, YANG DEKAT

JULUNG BERSUA

Maksud : Dalam sesuatu usaha, pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah pula yang akan dipuji atau dicela

Contoh ayat : Seseorang pemimpin hendaklah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana merekalah yang sering dipertanggungjawabkan jika sesuatu masalah terjadi dalam negara, yang tinggi tampak jauh, yang dekat julung bersua.