fiqih pbl al-islam mega

16
Fiqh bab Najis, istinja, Hadath, Haid, Nifas dan Hamil/Wiladah,wudhu, tayamum, mandi, menyapu khuf Posted on September 1, 2008 by salafytobat Najis PENGERTIAN NAJIS Dari segi bahasa, najis berarti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi. Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat. PEMBAHAGIAN NAJIS Najis dari segi ‘ainnya terbahagi kepada dua: 1. Najis haqiqiyy, iaitu benda kotor sama ada beku atau cair dan sama ada dapat dilihat atau tidak. Ia terbahagi kepada tiga: a. Mughallazah (berat), iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salah satunya. b.Mukhaffafah (ringan), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain menyusu dan belum mencapai umur dua tahun. c. Mutawassitah (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah, nanah, tahi dan sebagainya. Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang. Kulit bangkai binatang menjadi suci apabila

Upload: hka

Post on 25-Dec-2015

250 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fiqih Pbl Al-Islam Mega

Fiqh bab Najis, istinja, Hadath, Haid, Nifas dan Hamil/Wiladah,wudhu, tayamum, mandi, menyapu   khuf

Posted on September 1, 2008 by salafytobat

NajisPENGERTIAN NAJIS

Dari segi bahasa, najis berarti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi.

Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya

solat.

PEMBAHAGIAN NAJIS

Najis dari segi ‘ainnya terbahagi kepada dua:

1. Najis haqiqiyy, iaitu benda kotor sama ada beku atau cair dan sama ada dapat dilihat

atau tidak. Ia terbahagi kepada tiga:

a. Mughallazah (berat), iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada kedua-duanya atau

salah satunya.

b.Mukhaffafah (ringan), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain

menyusu dan belum mencapai umur dua tahun.

c. Mutawassitah (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah, nanah, tahi

dan sebagainya.

Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang. Kulit bangkai binatang

menjadi suci apabila disamak kecuali kulit khinzir, anjing dan yang lahir daripada kedua-

duanya atau salah satunya.

2. Najis hukmiyy, iaitu kekotoran yang ada pada bahagian tubuh badan iaitu hadath kecil

yang dapat dihilangkan dengan berwudhu’ dan hadath besar (janabah) yang dapat

dihilangkan dengan mandi, atau tayammum apabila ketiadaan air atau uzur daripada

menggunakan air.

NAJIS YANG DIMAAFKAN

Page 2: Fiqih Pbl Al-Islam Mega

Tiada sebarang najis yang dimaafkan. Walaupun begitu, syara` memberi kemaafan

terhadap kadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk dielakkan, begitu juga untuk

memudahkan dan bertolak ansur kepada umatnya. Oleh yang demikian, najis-najis

berikut adalah dimaafkan:

1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang sedikit dan

percikan air kencing.

2. Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap dan nanah.

3. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan pijat.

4. Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, darah istihadhah, air kurap atau

kudis.

CARA MENYUCI NAJIS

Cara menghilangkan najis ialah dengan beristinja’, membasuh dan menyamak.

Cara menyucikan najis haqiqiyy adalah seperti berikut:

1. Najis mughallazah (berat)

Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh dengan

air sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya bercampur dengan tanah sehingga hilang

sifatnya (warna, bau dan rasa).

2. Najis mutawassitah (pertengahan)

Hendaklah dihilangkan ‘ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh tempat

kena najis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).

3. Najis mukhaffafah (ringan)

Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu, kemudian cukup sekadar direnjiskan

atau dialirkan air ke atasnya.

· Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna, bau dan rasa ialah dengan

mengalirkan air ke atas tempat yang terkena najis tersebut.

HadathPENGERTIAN HADATH

Hadath dari segi bahasa bererti sesuatu yang datang atau berlaku.

Page 3: Fiqih Pbl Al-Islam Mega

Hadath dari segi syara‘ bermaksud sesuatu yang berlaku pada tubuh badan yang menyebabkan tidak sah sesuatu ibadah.

Ia terbahagi kepada hadath kecil dan hadath besar.

1. Hadath kecil ialah sesuatu perkara yang membatalkan wudhu’.

2. Hadath besar ialah sesuatu perkara yang mewajibkan mandi.

SEBAB HADATH DAN KESANNYA

Sebab hadath kecil adalah sebab yang membatalkan wudhu’. Maka kesan daripada berhadath kecil adalah terbatalnya wudhu’ dan diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:

1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.

2. Tawaf Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.

3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat.

Sebab hadath besar pula adalah berjunub, keluar haidh atau nifas dan melahirkan anak. Apabila seseorang berhadath besar kerana berjunub, maka dia diharamkan untuk

melakukan perkara-perkara berikut:

1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.

2. Tawaf Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.

3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat.

4. Membaca Al-Qur’an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.

5. Beri‘tikaf di dalam masjid.

Apabila seseorang berhadath besar kerana keluar haidh dan nifas, maka dia diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:

1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanya seperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.

2. Berpuasa.

Page 4: Fiqih Pbl Al-Islam Mega

3. Tawaf Ka‘bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.

4. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur’an atau sebahagiannya sahaja walaupun sepotong ayat.

5. Membaca Al-Qur’an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji Allah dan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.

6. Masuk, duduk dan beri‘tikaf di dalam masjid walaupun dengan wudhu’.

7. Bersetubuh

8. Talaq.

CARA MENGHILANGKAN HADATH

Untuk menghilangkan hadath kecil ialah dengan berwudhu’ atau tayammum apabila tidak dapat melakukan wudhu’.

Untuk menghilangkan hadath besar ialah dengan mandi atau bertayammum sebagai ganti daripada mandi

Haid, Nifas dan Hamil/Wiladah

HAID

Iaitu darah yang keluar dari kemaluan perempuan pada masa sedang sihat a’fiat ialah kerana menurut tabiat perempuan. Sekurang-kurangnya umur bagi perempuan yang boleh keluar darah haid itu dari sembilan tahun ke atas. Warna darah haid itu merah tua, rasanya hangat apabila ia keluar.

Tempohnya

Lama masa keluar darah haid itu sekurang-kurangnya sehari semalam dan selanjut-lanjut masanya selama lima belas hari siang dan malam, kebanyakannya iaitu masa yang biasa keluar selama enam atau tujuh hari.

Suci diantaranya

Sekurang-kurangnya suci diantara satu haid ke satu haid itu lima belas hari, biasanya dua puluh empat hari. Ada juga perempuan tiada keluar haid dari kecil hingga besar atau haid telah putus daripadanya maka masa suci baginya itu tidak terhingga.

NIFAS

Iaitu darah perempuan yang keluar pada masa melahirkan anak atau darah yang keluar setelah lahir anak itu.

Tempohnya

Page 5: Fiqih Pbl Al-Islam Mega

sekurang-kurang masa keluar darah nifas itu sekelip mata iaitu sedikit sangat dan biasanya empat puluh hari dan selanjut-lanjut masanya enam puluh hari.

ISTIHADHAH

Iaitu darah perempuan yang keluar bukan masa haid dan nifas. Seperti darah haid yang keluar lebih daripada lima belas hari lima belas malam atau darah yang keluar dahulu dari melahirkan anak dan yang keluar di atas enam puluh hari dan ini harus di namakan darah penyakit.

HAMIL/WILADAH

Sekurang-kurangnya masa mengandung itu enam bulan dan biasanya sembilan bulan ada juga lebih lama dari masa ini sehingga tiga tahun. Apabila habis darah haid atau nifas wajiblah di atas perempuan itu bersuci iaitu mandi melainkan istihadhah, tiada wajib mandi hanya memadai ia berbasuh.

Sumber Rujukan :

1) Kitab Tuntutan Ibadah Oleh Syeikh Ali Abdullah

Istinja’

PENGERTIAN ISTINJA’

Istinja’ bererti menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan air

atau batu atau benda keras yang seumpama batu serta suci, dapat menghilangkan

najis dan tidak haram menggunakannya.

HUKUM ISTINJA’

Hukum istinja’ untuk menghilangkan najis adalah wajib.

Sunat beristinja’ dengan batu kemudian dibasuh dengan air.

Harus memilih untuk beristinja’ dengan hanya menggunakan air sahaja atau

menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu jika dapat menghilangkan najis.

Walaubagaimanapun, lebih afdhal menggunakan air kerana air lebih berupaya dan

berkesan untuk menghilangkan najis.

Jika menggunakan batu, diwajibkan menyapu dengan sekurang-kurangnya tiga

biji batu atau tiga penjuru dari sebiji batu dengan syarat:

1. Najis yang hendak dibersihkan itu tidak kering.

2. Tidak merebak ke bahagian lain.

Page 6: Fiqih Pbl Al-Islam Mega

3. Tidak bercampur dengan najis yang lain.

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, maka hendaklah menggunakan

air.

ADAB MEMBUANG AIR

1. Haram menghadap ke arah qiblat atau membelakanginya apabila membuang air di

kawasan lapang. Walaubagaimanapun, disunatkan juga tidak menghadap atau

membelakangi qiblat apabila membuang air di dalam bangunan seperti tandas atau

apabila ada dinding atau tabir antara orang itu dengan qiblat.

2. Makruh membuang air di dalam air yang tidak mengalir atau di dalam air mengalir

yang sedikit, tetapi jika air mengalir itu banyak, maka yang lebih baik dielakkan dari

membuang ke dalamnya. Ini berdasarkan hadith riwayat Muslim yang bermaksud:

“Bahawa Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam menegah membuang air (kencing) di dalam

air yang tidak mengalir.”

3. Makruh membuang air di bawah pokok buah-buahan sama ada ketika berbuah atau

tidak.

4. Makruh membuang air di dalam lubang dan di celah rekahan tanah.

5. Makruh membuang air di jalan, di tempat teduh dan di dalam lubang yang bukan digali

khas untuk membuang air.

6. Makruh bercakap ketika membuang air kecuali kerana sesuatu keperluan.

7. Makruh menghadap ke arah matahari atau bulan ketika membuang air.

8. Sunat berlindung daripada pandangan manusia.

9. Haram membawa bersama-sama sebarang benda yang ada catatan nama Allah, Al-

Qur’an dan seumpamanya ketika membuang air.

WUDHU’

PENGERTIAN WUDHU’,

Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.

Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.

Page 7: Fiqih Pbl Al-Islam Mega

HUKUM WUDHU’

Hukum wudhu’ adalah seperti berikut:

1. Wajib atau fardhu, iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama ada sembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Qur’an dan sebagainya.

2. Sunat. Banyak perkara yang disunatkan berwudhu’, antaranya ialah untuk membaca atau mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir, kitab hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf di ‘Arafah, melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malah disunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’ dan memperbaharui wudhu’.

HIKMAH WUDHU’

Hikmah berwudhu’ ialah kerana anggota-anggota tersebut terdedah kepada kekotoran yang zahir seperti habuk, debu dan lain-lain serta banyak terdedah dengan dosa dan maksiat sama ada zahir atau batin.

FARDHU WUDHU’

1. Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka. Niat wudu’ adalah seperti berikut:

Maksudnya:“Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta‘ala”.

Maksudnya:“Sahaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala”.

2. Membasuh muka. Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan lintangannya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga.

3. Membasuh dua tangan hingga dua siku. Bagi orang yang tiada siku disunatkan membasuh hujung anggota yang ada.

4. Menyapu sedikit kepala. Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu seluruh kepala.

5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali.

6. Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir dengan teratur.

SYARAT-SYARAT WUDHU’

Terdapat dua syarat dalam wudhu’ iaitu syarat wajib dan syarat sah.

Page 8: Fiqih Pbl Al-Islam Mega

Syarat Wajib Wudhu’

1. Islam.

2. Baligh.

3. Berakal.

4. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi.

5. Berlakunya hadath.

6. Suci dari pada haidh dan nifas.

7. Kesempitan waktu. Wudhu’ tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketika kesempitan waktu.

Syarat Sah Wudhu’

1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada seluruh anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal.

2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu’.

3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu’ seperti darah haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya.

4. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath seperti orang yang menghidap kencing tidak lawas.

Selain itu, terdapat beberapa syarat wudhu’ mengikut ulama’ mazhab Syafi‘i, yaitu:

1. Islam.

2. Mumayyiz.

3. Suci daripada haidh dan nifas.

4. Bersih daripada apa sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit.

5. Mengetahui kefardhuan wudhu’.

6. Tidak menganggap sesuatu yang fardhu di dalam wudhu’ sebagai sunat.

7. Menghilangkan najis ‘aini yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang berwudhu’.

8. Tidak terdapat pada anggota wudhu’ bahan yang mengubahkan air.

9. Tidak mengaitkan (ta‘liq) niat berwudhu’ dengan sesuatu.

Page 9: Fiqih Pbl Al-Islam Mega

10. Mengalirkan air ke atas anggota wudhu’.

11. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berhadath berterusan.

12. Muwalat, iaitu berturutan.

SUNAT WUDHU’

Perkara sunat ketika berwudhu’ adalah sangat banyak, di antaranya ialah:

1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz

2. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.3. Berkumur-kumur.

4. Memasukkan air ke dalam hidung.

5. Menyapu seluruh kepala.

6. Menyapu dua telinga.

7. Menyelati janggut yang tebal.

8. Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri.

9. Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki.

10. Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib.

11. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali.

12. Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara satu anggota dengan anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu kering.

13. Menggosok anggota wudhu’ supaya lebih bersih.

14. Bersugi dengan sesuatu yang kesat.

15. Menghadap qiblat.

16. Membaca doa selepas berwudhu’, iaitu:

Maksudnya:“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku

bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang

bersih.”

Page 10: Fiqih Pbl Al-Islam Mega

PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’

1. Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul sama ada tahi, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi atau air wadi dan sebagainya melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar mani diwajibkan mandi.

2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua-dua papan punggung ke tempat duduk.

3. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam kerana apabila hilang akal, seseorang itu tidak mengetahui keadaan dirinya.

4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabiyyah (bukan mahram) walaupun telah mati.

5. Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan walaupun kemaluan sendiri.

6. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

Pengertian Tayamum, Cara, Syarat, Rukun, Sebab & Sunat Tayammum Wudhu Dengan Debu / Tanah

Wed, 30/01/2008 - 12:57am — godam64 A. Arti Definisi / Pengertian Tayamum

Tayamum adalah pengganti wudhu atau mandi wajib yang tadinya seharusnya

menggunakan air bersih digantikan dengan menggunakan tanah atau debu yang bersih.

Yang boleh dijadikan alat tayamum adalah tanah suci yang ada debunya. Dilarang

bertayamum dengan tanah berlumpur, bernajis atau berbingkah. Pasir halus, pecahan batu

halus boleh dijadikan alat melakukan tayamum.

Orang yang melakukan tayamum lalu shalat, apabila air sudah tersedia maka ia tidak

wajib mengulang sholatnya. Namun untuk menghilangkan hadas, harus tetap

mengutamakan air daripada tayamum yang wajib hukumnya bila sudah tersedia.

Tayamum untuk hadas hanya bersifat sementara dan darurat hingga air sudah ada.

Tayamum yang telah dilakukan bisa batal apabila ada air dengan alasan tidak ada air atau

bisa menggunakan air dengan alasan tidak dapat menggunakan air tetapi tetap melakukan

tayamum serta sebab musabab lain seperti yang membatalkan wudu dengan air.

Page 11: Fiqih Pbl Al-Islam Mega

B. Sebab / Alasan Melakukan Tayamum :

- Dalam perjalanan jauh

- Jumlah air tidak mencukupi karena jumlahnya sedikit

- Telah berusaha mencari air tapi tidak diketemukan

- Air yang ada suhu atau kondisinya mengundang kemudharatan

- Air yang ada hanya untuk minum

- Air berada di tempat yang jauh yang dapat membuat telat shalat

- Pada sumber air yang ada memiliki bahaya

- Sakit dan tidak boleh terkena air

C. Syarat Sah Tayamum :

- Telah masuk waktu salat

- Memakai tanah berdebu yang bersih dari najis dan kotoran

- Memenuhi alasan atau sebab melakukan tayamum

- Sudah berupaya / berusaha mencari air namun tidak ketemu

- Tidak haid maupun nifas bagi wanita / perempuan

- Menghilangkan najis yang yang melekat pada tubuh

D. Sunah / Sunat Ketika Melaksanakan Tayamum :

- Membaca basmalah

- Menghadap ke arah kiblat

- Membaca doa ketika selesai tayamum

- Medulukan kanan dari pada kiri

- Meniup debu yang ada di telapak tangan

- Menggodok sela jari setelah menyapu tangan hingga siku

E. Rukun Tayamum :

- Niat Tayamum.

- Menyapu muka dengan debu atau tanah.

- Menyapu kedua tangan dengan debu atau tanah hingga ke siku.

F. Tata Cara / Praktek Tayamum :

- Membaca basmalah

- Renggangkan jari-jemari, tempelkan ke debu, tekan-tekan hingga debu melekat.

- Angkat kedua tangan lalu tiup telapat tangan untuk menipiskan debu yang menempel,

Page 12: Fiqih Pbl Al-Islam Mega

tetapi tiup ke arah berlainan dari sumber debu tadi.

- Niat tayamum : Nawaytuttayammuma listibaa hatishhalaati fardhollillahi ta'aala (Saya

niat tayammum untuk diperbolehkan melakukan shalat karena Allah Ta'ala).

- Mengusap telapak tangan ke muka secara merata

- Bersihkan debu yang tersisa di telapak tangan

- Ambil debu lagi dengan merenggangkan jari-jemari, tempelkan ke debu, tekan-tekan

hingga debu melekat.

- Angkat kedua tangan lalu tiup telapat tangan untuk menipiskan debu yang menempel,

tetapi tiup ke arah berlainan dari sumber debu tadi.

- Mengusap debu ke tangan kanan lalu ke tangan kiri