fiqh bab2

Upload: fazrin-afnan

Post on 04-Jun-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 fiqh bab2

    1/3

    Bab 2 : Bentuk Hukuman Y ang Dikenakan Ke A tas Penjenayah

    Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadithdan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyyah, penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah apabila sabit kesalahannya didalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

    Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukanoleh penjenayah-penjenayah tersebut.

    1. Hukuman Hudud

    Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalamAl-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak Allah yang bukan sahaja tidakboleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak bolehdimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allahyang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang

    yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    "Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).

    Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:

    a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukumsyara`.

    b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baiklagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan

    empat orang saksi.

    c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabukataupun tidak.

    d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau miliktuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari

    jagaan atau milik tuannya.

    e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan ataudengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.

    f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untukmengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.

    g) Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhakakepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam dan hukum-hukum Islam.

    2. Hukuman Qisas

    Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telahditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman qisas ialah kesalahanyang dikenakan hukuman balas.

    Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

    http://www.go2pdf.com/http://www.go2pdf.com/
  • 8/13/2019 fiqh bab2

    2/3

    Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan dibalasdengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

    Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:

    a) Membunuh orang lain dengan sengaja.

    b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengansengaja.

    c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain dengansengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh dengan dibalas bunuh.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan hukuman qisas(balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh." (Surah Al-

    Baqarah, 2:178)

    Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain ataumelukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut kadar kecederaan atauluka seseorang itu juga mengikut jenis anggota yang dicederakan dan dilukakan tadi.

    Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    "Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa

    dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung,dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga

    hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya,maka menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan

    apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."(Surah Al-Ma'idah: 45)

    3. Hukuman Diyat

    Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepadawali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan olehpenjenayah ke atas mangsanya. Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahanyang sehubungan dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya.

    Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:

    a) Pembunuhan yang serupa sengaja.

    b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).

    c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang yang dibunuh.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

    "Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihakyang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang

    baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan

    (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatukeringanan dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang

    Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

    http://www.go2pdf.com/http://www.go2pdf.com/
  • 8/13/2019 fiqh bab2

    3/3

    melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab siksa yang tidak

    terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

    4. Hukuman Ta`zir

    Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitupenjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Hukuman ta`ziradalah hukuman yang tidak ditentukan kadar atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

    Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabitkesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atauqisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yangmembolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.

    Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakimuntuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan ke atas penjenayah-

    penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah bertujuan untuk menghalangpenjenayah-penjenayah mengulangi kembali kejahatan yang mereka lakukan tadi danbukan untuk menyiksa mereka.

    Create PDF with GO2PDF for free, if you wish to remove this line, click here to buy Virtual PDF Printer

    http://www.go2pdf.com/http://www.go2pdf.com/