bab2 sistempembesardichina

65
Sejarah [bab 2: pemerintahan & pentadbiran] 2.1.2 SISTEM PEMBESAR

Upload: adzila

Post on 16-Dec-2015

236 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

tema 2 sejarah dunia

TRANSCRIPT

Slide 1

Sejarah [bab 2: pemerintahan & pentadbiran]2.1.2 SISTEM PEMBESARInstitusi pemerintahan di China & Rusia memperlihatkan raja atau maharaja melaksanakan pemerintahan dengan bantuan atau sokongan institusi pembesar.GOLONGAN PEMBESARGolongan pembesar pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja atau maharaja.Bertugas melaksanakan segala urusan pemerintahan dan pentadbiran yang diarahkan oleh raja/maharaja. (tugasanya menjadi kayu ukur)

Kamus Dewan mentakrifkan pembesar bermakna orang yang berpangkat tinggi.Kedudukan pembesar amat penting & berada pada aras kedua selepas kedudukan raja atau maharaja.Para pembesar dibahagi mengikut kelas tertentu berdasarkan kepentingan pemerintahan jabatannya.PEMBESAR MENGIKUT KELAS Kedudukan pembesar terancam-keingkaran & keengganan menjalankan tugas & perintah raja/maharaja.Raja/maharaja mempunyai badan yang memantau segala tindakan pembesar bagi memastikan ketaatsetiaan pembesar tidak berbelah bahagi.[ PADA PERINGKAT PUSAT ]SISTEM PEMBESAR DI CHINARaja/maharaja China membahagikan 3 fasa pentadbiran di bawah badan pengawas untuk memastikan keamanan & ketenteraman negara:Pentadbiran awamPentadbiran ketenteraanPentadbiran tempatan

PENTADBIRAN DI CHINAINSTITUSI SEKRETARIAT AGUNGa)Terdiri daripada 3 hingga 6 orang setiausaha agung.Ciri-ciri:Membantu maharaja dalam menyelia & menyelaras 6 badan kementerian dalam pentadbiran pusat.Memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam 6 badan kementarian.MAJLIS TERTINGGIb)Menjadi badan penasihat yang penting kepada raja/maharaja.Ciri-ciri:Dibahagikan kepada 6 kementerian.Setiap kementerian dikawal oleh seorang pegawai kanan/Shangschu. (Shangschu-dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya.)KEMENTERIAN DALAM MAJLIS TERTINGGIKEMENTERIAN PERSONAL15Terdapat 4 jabatan utama yang bertanggungjawab terhadap pelantikan, penganugerahan, rekod perkhidmatan, dan penilaian prestasi.KEMENTERIAN KEWANGAN Terdiri daripada 13 org pegawai & setiap org dipertanggungjawabkan untuk mengawal salah satu dpd 13 provinsi & mewakili 4 bhgn yg khusus.Menyimpan kewangan negara, memastikan kekayaan maharaja, menguruskan perbelanjaan negara dengan baik.KEMENTERIAN ADATDibahagikan kpd 4 jabatan yang bertanggungjawab kpd adat istiadat, pengorbanan, penerimaan tetamu dan barangan.Menguruskan hal ehwal agama Buddha & Taoisme.Anggota terdiri dpd golongan cendiakawan.Mengendalikan Sistem Peperiksaan Kerajaan& melaporkan kepada maharaja sama ada pelajar tersebut layak memegang jawatan atau tidak.

KEMENTERIAN PERANGMempunyai 4 jabatan yang bertanggungjawab terhadap pelantikan pegawai, pengawasan operasi, perlatan, dan pembekalan kelengkapan tentera.Menjamin keamanan & ketenteraman negara China.KEMENTERIAN KEADILANTerbahagi kepada 13 jabatan berasaskan prinsip setiap satu di setiap provinsi.

KEMENTERIAN KERJA RAYADibahagikan kepada 4 jabatan & berfungsi mengawal beberapa gudang & kilang. Bertanggungjawab dalam kerja pembinaan, mendapatkan guna tenaga untuk perkhidmatan awam, pembuatan barang untuk kerajaan, komunikasi laut & darat, penyelarasan timbangan & mengawal pengeluaran barangan tertentu dari kawasan pergunungan dan tasik di China.LEMBAGA PENAPISc)23Maharaja menubuhkan Lembaga Penapis bagi menjadi mata dan telinga maharaja.Lembaga Penapis menjamin taat setia pembesar terhadap maharaja China.CIRI-CIRI :Terdiri daripada 2 orang Censor, beberapa timbalan, dan 4 pegawai rendah yang bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat Censorate dan urusan pentadbiran.Kuasa utama Censorate terletak pada 110 pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk membendung amalan korupsi, penyalahgunaan kuasa, dan ketidakcekapan.Pada zaman Dinasti Ching, maharaja menempatkan 24 orang Censorate di Peking atau ibu kota dan lebih 56 orang Censorate di wilayah.

Censorate mempunyai kuasa untuk mengkritik tindakan pegawai kanan kerajaan dan maharaja.Memaklumkan segala aktiviti pembesar China kepada maharaja untuk maharaja mengambil tindakan yang sewajarnya.

Menjadi pengintip kepada maharaja dan membolehkan maharaja memberi pengurniaan kepada mereka yang setia dan menghukum mereka yang ingkar. PERISTIWAPada akhir abad ke-19:Seorg pegawa Censorate telah menghantar sepucuk surat kpd balu maharaja yang menegur baginda kerana tidak membuat persediaan yang sewajarnya bagi melantik seorg bakal raja untuk menjalankan upacara sembahyang terhadap mendiang maharaja.Semasa surat itu dihantar, pegawai Censorate tersebut telah membunuh diri sebagai memperkukuhkan kritikannya terhadap balu maharaja dan mengelakkan kemurkaan baginda.[ PADA PERINGKAT WILAYAH ]SISTEM PEMBESAR DI CHINAKerajaan Ming membahagikan empayarnya kepada 15 wilayah.Setiap wilayah dibahagikan kpd unit-unit tempatan yang lebih kecil :Prefektur(fu) tdpt 157 unitSubprefektur(Chou/jabatan) terdiri dpd 234 unit & hsien(daerah) berjumlah 1171 unit.

STRUKTUR ORGANISASI PENTADBIRANMaharaja Ming menyerahan urusan pentadbiran pemerintahan daerah kpd pegawai awam, tentera & pegawai pengawas kerajaan.CIRI-CIRI PENTADBIRANPentadbiran pegawai awam di daerah-daerah diurus tadbir:6 org menteri (Menteri Personal, Menteri Kewangan, Menteri Adat, Menteri Perang, Menteri Keadilan, Menteri Kerja-kerja Awam)Menteri dibantu oleh gabenor setiap daerah(Grand Cordinators), penyelia wilayah(Supreme Commanders) & pegawai-pegawai tempatan.Pentadbiran ketenteraan berada di bawah 5 ketua suruhanjaya tentera & setiap seorang mempunyai kuasa kawalan ke atas wilayah tertentu.Pegawai pengawas kerajaan mengawasi aktiviti pembesar dalam semua peringkat pentadbiran bagi memperkukuhkan kekuasaan maharaja & turut menguruskan pentadbiran wilayah.

Tugas pegawai pengawas kerajaan:Mengawasi aktiviti semua peringkat pentadbiran.Mendakwa pegawai-pegawai yang menyeleweng serta mencadangkan perubahan dalam operasi kerajaan.Menjalankan tugas khas untuk maharaja mengesan penyelewengan, menyingkir pegawai kerajaan yang kurang cekap, mengekalkan kerajaan yang sesuai dengan idealisme China.PEMERINTAHAN DINASTI CHINGWilayah-wilayah terbahagi kpd daerah(fu) yang disatukan menjadi lingkungan-lingkungan(tao).Terdapat 18 buah wilayah, 184 buah daerah & 95 buah lingkungan.Tiap-tiap daerah mengandungi beberapa buah mukim(hsien) yang berjumlah 1477 buah mukim.Pemerintahan semasa Dinasti Ching:Wilayah Gabenor.Daerah Bendahari & Hakim.Lingkungan Tao-tai.Jajahan Ketua jajahan.

Gabenor pentadbir wilayahTugas menjaga urusan pentadbiran wilayah, menjaga keamanan & ketenteraan, mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat.Kuasa tertakluk kepada adat istiadat & tradisi wilayah yang telah ditetapkan dalam dikri diraja.Dibantu pegawai-pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja(Bendahari & Hakim).Bendahari sebagai bendahari amal di wilayahnya.Hakim mengawal undang-undang jenayah & bidang kuasa rayuan dalam perkara-perkara jenayah, menjadi Pengawal Garam & Pegawai Bijiran.Tao-tai pegawai, bertugas dalam pentadbiran khas dalam lingkungan.Ketua jajahan mengawal jajahan.Pembesar China dilantik secara rasmi oleh maharaja atas nasihat pegawai dari Kementerian Adat. Melantik mereka yang mempunyai latar belakang peperiksaan awam kerajaan.Sebab ajaran Confucius menjadi pegangan dalam pemerintahan China & mjd asas kpd kebudayaan orang China.Sistem peperiksaan awam menjadikan ajaran klasik Confucius sbg elemen utama & bermula dpd peperiksaan tempatan.Fungsi peperiksaan membolehkan maharaja memilih golongan sarjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan.Gologan terpelajar(sarjana)Mempunyai darjat paling tinggi dalam kalangan pembesar di China.Ditempatkan di kementerian-kementerian penting yang melibatkan penggubalan dasar iaitu menganggotai Imperial Secratariat(membuat dasar negara) & Imperial Cancelory(meminda sesuatu dasar).

Dasar-dasar yang digubal dilaksanakan di peringkat wilayah oleh pembesar bawahan dalam Jabatan Hal Ehwal Negara (mereka berperanan mengikut fungsi 6 jabatan yang di bawahnya Jabatan Kakitangan, Jabatan Upacara, Jabatan Tentera, Jabatan Kehakiman & Jabatan Kerja Awam).

Golongan tentera tetap menjadi pendukung kepada kewujudan dan kedudukan seseorang maharaja.Dalam melaksanakan tugasnya memegang amanah mandat dari syurga, maharaja amat bergantung kepada kekuatan angkatan tentera.Kesan jawatan ketua-ketua tentera sering mendapat tempat istimewa dalam kerajaan.

Pasukan tentera bertindak sebagai sebahagian daripada sistem pentadbiran & pemerintahan maharaja China.Golongan tentera sering dilantik sbg pembesar dalam usaha untuk memastikan wilayah itu berada dalam keadaan aman & tenteram serta mematuhi segala arahan daripada kerajaan pusat.Pembesar wilayah dilantik dalam kalangan bijak pandai (gentry) yang telah lulus pendidikan Confucius.Keistimewaan pembesar wilayah:Dibenarkan mengubah dasar yang dibentuk oleh pemerintah pusat dengan kebenaran adat istiadat dan keadaan setempat.

Diberi kebebasan bertindak dalam hal-hal yang berkaitan dengan adat istiadat tempatan dan menjalankan perintah mahajara.Dianggap sebagai pemerintah separuh merdeka. Bebas ditukarkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain di seluruh empayar atas arahan maharaja.Menjaga keamanan dan ketenteraman di wilayah-wilayah masing-masing.Menghantar hasil, cukai atau wang kepada kerajaan pusat.

Kesan keseimbangan dalam pemerintahan maharaja:Membolehkan China bertahan dpd sebarang ancaman luar sehingga abad ke-19.Dasar pemerintahan maharaja dapat mengekalkan keamanan & ketenteraman di China ialah keseimbangan dlm pemilihan jawatan pembesar antara org Manchu & org China.Keseimbangan pemilihan ini membolehkan hampir tiada persaingan dalam jawatan kerajaan. (Maharaja Kang-shi(1662-1722) telah menambah bilangan orang China dalam memegang jawatan penting dalam kerajaan.)KEJATUHAN SISTEM PEMBESAR CHINAKEMEROSOTAN NILAI ETIKA & MORAL CONFUCIUSSetiap tugas yang diarahkan oleh maharaja bukan lagi untuk menjaga kebajikan penduduk tempatan atau wilayah yang diperintah oleh pegawai kerajaan.Setiap tugasan yang mereka lakukan harus diberi hadiah.Gabenor yang ditugaskan memerintah wilayah akan menguti cukai dan menyerahkan kutipan tersebut kepada perbendaharaan negara.Lebihan kutipan akan digunakan oleh Gabenor untuk dibahagi-bahagikan antara pegawai-pegawai di bawahnya.

Pembahagian hasil kutipan dirasakan tidak mencukupi oleh pegawai-pegawai wilayah, maka mereka mengambil peluang yang ada dengan menambah kutipan sendiri.Pegawai menyelewengkan wang kerajaan(menyebabkan kehidupan masyarakat & petani bangkit memberontak).

China membuka pintu negaranya kepada perdagangan luar.Perdagangan dengan Barat yang dijalankan di Canton telah membolehkan pegawai mengutip cukai ke atas barangan import & eksport dan pedangan asing dikenakan cukai yang tinggi.

Hasil kutipan akan masuk ke kocek pegawai tersebut. Keadaan perbendaharaan negara China merosot disebabkan bayaran ganti rugi kepada Barat, keperluan menambahkan persenjataan negara, & pemberhentian sumbangan dari wilayah-wilayah yang mengalami kebuluran & pemberontakan.Kesan maharaja China meningkatkan kadar pungutan cukai dalam perdagangan & hasil pertanian.Rasuah menyebabkan masalah kewangan semakin meruncing pada akhir pemerintahan Dinasti Ching.KEMEROSOTAN PEMERINTAHAN BERAJAPembesar-pembesar yang dilantik berdasarkan sistem peperiksaan awam tidak diuji kebolehan mentadbir negara.Ajaran Confucius klasik hanya berkenaan dengan hal-hal yang berkaitan dengan perkara-perkara klasik sahaja.Pembesar-pembesar harus menghadapi dunia realiti bukan seperti yang terkandung dalam ajaran klasik sahaja.Menyebabkan pembesar cenderung memberi nasihat yang salah/kurang tepat kepada maharaja.Revolusi 1911 :menamatkan pemerintahan Dinasti Ching, kejatuhan kuasa maharaja & menamatkan kerajaan feudal yang telah memerintah selama 267 tahun di China.Turut menghapuskan sistem pembesar di China.

Pemerintahan telah diganti dengan sistem pemerintahan bercorak republik & kemudiannya komunis.TERIMA KASIHDisediakan oleh Allan N.65