fiqh taghyir

12
FIQH TAGHYIR Kemantapan Fikrah Membina Syaksiah ’ Disampaikan oleh : Ust Mohd Farkhan Md Zain Naib Presiden III Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM 2010 SEMINAR DAN BENGKEL KEMANTAPAN FIKRAH

Upload: aimanmuaz

Post on 27-Jun-2015

312 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: fiqh taghyir

FIQH TAGHYIR ‘ Kemantapan Fikrah Membina Syaksiah ’

Disampaikan oleh :Ust Mohd Farkhan Md Zain

Naib Presiden IIILajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan

PMRAM 2010

SEMINAR DAN BENGKELKEMANTAPAN FIKRAH

Page 2: fiqh taghyir

FIQH TAGHYIR

MUQADDIMAH:

Merupakan satu aspek perbincangan penting di dalam Siasah Syariah. Ia juga merupakan penutup bagi melengkapkan perbahasan Siasah Syariah sebelum melaksanakan sesuatu keputusan dan perubahan.

Semua pihak bersetuju untuk menghasilkan kekuatan Ummah itu hanya dengan melakukan perubahan. Tanpa perubahan, sesebuah Ummah tidak akan Berjaya

Akan tetapi, perubahan yang ingin dilaksanakan ini berbeza mengikut pandangan yang pelbagai. Sebahagian menyatakan perubahan mesti dijalankan melalui Politik. Sebahagian pula mengatakanpada aspek Ekonomi atau Pendidikan dan pelbagai lagi.

Pada pandangan umat Islam pula, sebahagian mengatakan perlu perubahan pada aspek Aqidah, memerangi kepercayaan selain dari Allah Yang Satu. Khurafat yang menyelubungi ummah, perbahasan cabang agama yang tidak perlu diselisihi kepada perbahasan intpati Islam sendiri. Sebahagian pula, melakukan perubaan pada aspek Akhlak, sebahagian lain pula pada aspek Kemasyarakatan atau Pendidikan atau Ekonomi atau Politik dan sebagainya.

Samada ianya perubahan yang berbentuk jenis perubahan, aspek perubahan dan wasilah perubahan.

Page 3: fiqh taghyir

PERUBAHAN YANG DITUNTUT

` bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih

berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya ‘ Surah ar ra`d ayat 11

Page 4: fiqh taghyir

Perubahan Di Dalam Diri

Kaedah di dalam al Quran menyebut: ` Ubahlah Dirimu, Nescaya Akan Mengubah Sejarah ’

Kaedah ini telah tersebar mengatasi kaedah Marxisme yang menyatakan ` Ubahlah Ekonomi, Nescaya Akan Mengubah Sejarah ‘.

Kebanykan Negara Islam telah menggunakan kaedah ini untuk melakukan perubahan dalam Negara masing-masing. Syeikh Abdul Hamid B Badis di Algeria, As Syahid Hassan Al Banna di Mesir, Syeikh Badi`uzzaman Said Nursi di Turki, Syeikh Abi al A`la al Maududi di India dan lain-lain lagi telah mengguna pakai kaedah ini.

Sirah an Nabawiyah juga menyaksikan perubahan ini dijalankan oleh Baginda Nabi s. a. w ketika sampai di Kota Mekah. Tempoh 13 tahun memerangi aqidah Jahiliyah merupakan satu tempoh yang cukup lama untuk membersihkan pegangan Jahiliyah ketika itu. Pegangan ini tidaka akan dapat dibersihkan melainkan melalui diri masyarakat ketika itu

Page 5: fiqh taghyir

Perubahan Pegangan dan Kefahaman

Perubahan ini perlu dijalankan memandangkan ianya menjadi aspek utama dalam perubahan diri seseorang.

Sebahagian masyarakat Islam sekarang, luarannya merupakan Islam. Akan tetapi kefahaman Islam yang di amalkan pula ialah Materialistik atau Liberalisme atau Sekularisme dan sebagainya.

Rentetan lipatan sejarah seandainya dikaji, kita akan dapati para penjajah Barat tidak akan menjajah sesebuah Negara tanpa meninggalkan satu kesan buruk dari aspek Agama. Penjajahan Portugis pada negeri Melaka bukan hanya semata-mata rempah ratus bahkan agama Islam yang ingin dimusnahkan. Masjid-masjid dirobohkan begitu juga tempat-tempat pengajian agama. Begitu juga yang berlaku sekarang di Palestin. Infrastruktur pendidikan, masjid dan hospital dimusnahkan semata-mata untuk melumpuhkan system pembentukan agama.

Page 6: fiqh taghyir

KAEDAH DI DALAM FIQH TAGHYIR

Muqaddimah Tidak beerti seandainya ingin melakukan perubahan seluruh infrastruktur yang

sedia ada dimusnahkan, diganti dengan yang baru. Apa yang perlu hanyalah diperbaiki system yang sedia ada tersebut dengan disesuaikan manhaj yang telah digariskan oleh Islam.

Apa yang menjadi kepentingan ketika itu ialah ada satu mekanisma alternative bagi menggantikan system yang telah digunapakai supaya kehadiran perubahan yang dbawa oleh Islam itu dijamin bersifat Syumul. Sebagai contoh system perbankan Islam yang diragui suatu ketika dahulu tetapi kini menjdai satu aspek utama di dalam kebanyakan perbankan. Al Wadiah, Al Mudharabah. Al Qard dan sebagainya.

Page 7: fiqh taghyir

Kaedah Pertama

Kaedah yang pertama ialah meraikan keperluan yang utama:

- Perubahan tersebut mestilah perubahan yang utama dari aspek Syara`, bukanlah perubahan yang bersifat sampingan ( Syakaliat ).

- Dr Yusuf al Qaradhawi dalam kitab beliau as Sohwah Islamiah min al Murahaqah ila ar Rusyd menyebut:

` Umat Islam mutakhir ini hanya mementingkan perbahasan cabang di dalam Islam sehinggakan gambaran Islam yang sebenar sudah menjadi kabur. Persoalan janggut, jubah singkat, penggunaan siwak dan sebagainya. Semua ini perkara-perkara yang berkaitan kepada luaran Islam sahaja. Aku menginginkan dari seluruh saudaraku untuk menumpukan isu intipati dan roh Islami yang sebenar agar gambaran Islam yang Syumul kelihatan ‘ - m/s: 15

Page 8: fiqh taghyir

Kaedah Kedua

Kaedah Kedua ialah melaksanakan dharurat yang lebih ringan:- Memandang kepada dharurat yang lebih besar itu perlu ada pada seseorang

yang ingin jalankan perubahan kerana maslahah utama dan besar perlu diketahui. Dalam kisah nabi Harun dan Musa a. s ada menyebut bahawa senyap baginda Harun terhadap ibadah kaumnya ke atas Samiri bukan disebabkan takut kepada kaumnya akan tetapi bimbang akan berlaku perpecahan dikalangan kaumnya melainkan menanti kepulangan nabi Musa.

- 92. (Sekembalinya), Nabi Musa berkata: "Wahai Harun, apakah maniknya Yang menghalangmu ketika Engkau melihat mereka sesat,

- 93. "Daripada menurutku? Adakah Engkau ingkar akan suruhanku?"- 94. Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! janganlah Engkau meragut

janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya Aku takut Bahawa Engkau akan berkata kepadaku: ` Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan Engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku! ' "

Page 9: fiqh taghyir

Kaedah Ketiga Meraikan Sunnah berperingkat ( at Tadarruj ):

- Perubahan yang dilakukan mestilah tidak bersifat keseluruhan bahkan perlu kepada pemringkatan yang tersusun supaya tidak berlaku kejutan budaya. Akhirnya masyarkat tidak mampu menerima apa yang ingin dibawa sedangkan konsep Islam itu cukup murni dengan tidak melaksanakan syariat tanpa memandang keadaan sesebuah masyarakat. Pensyariatan solat, puasa, jihad dan pengharaman arak tidak berlaku melainkan dengan pemeringkatan demi meraikan naluri manusia ketika itu yang sukar menerima sesuatu yang baru melainkan bagi yang kuat imannya.

- Bukanlah maksud pemeringkatan yang ingin dijalankan dengan meletakkan `akan datang dilaksanakan’ dan `menangguhkan pelaksanaan ‘ itu sebagai caranya. Kalimah Tadarruj itu jangan disalah ertikan dengan melengah-lengahkan pensyariatan hukum Allah bahkan bermaksud meletakkan matlamat, wasilah dan tadarruj secara terperinci dan teratur

- Khalifah Umar Abdul Aziz ketika ditanya anak beliau, Abdul Malik mengapa beliau tidak melaksanakan hukuman terhadap golongan zalim yang wujud pada zaman tersebut dengan kekuasaan beliau sebagai khalifah ketika itu menjawab ` Jangan terlalu gopoh wahai anakku, sesungguhnya Allah s. w. t mencela arak itu dua kali di dalam al Quran dan mengharamkannya pada kali ketiga. Sesungguhnya aku bimbang melaksanakan kebenaran sekaligus terhadap manusia kerana mereka akan mendakwa aku secara sekaligus ‘ – al Muafaqat Imam Syatibi, Jil 2 m/s 94

Page 10: fiqh taghyir

BAGAIMANA PELAKSANAAN PERUBAHAN DAPAT DILAKUKAN?

Berkata Saidina Umar r. a : إال باالطاعة ` إمارة وال بإمارة إال جماعة وال بجماعة إال إسالم ال

Gerak kerja dakwah islamiyah tidak pernah berlaku di dalam liptan sejarah tanpa ada satu struktur organisasi yang tersusun. Sifat dakwah itu merupakan satu konsep gerak kerja kolektif.

Dalam menghasilkan satu kerja kolektif perlu ada individu-individu Muslim yang ingin melaksanakan peranan ini. Hasilnya, satu rantaian ikatan individu-individu Muslim yang lengkap struktur organisasinya terbentuk.

Pelaksanaannya:

i. Amal Islami ii. Amar Ma`ruf Nahi Mungkar iii. Amal Dakwah dan Tarbiyah iv. Amal Politik dan Pemerintahan

Page 11: fiqh taghyir

PENUTUP

Amal Perubahan ini merupakan gerak kerja yang mesti dilakukan tanpa ada pengecualian bahkan menjadi satu kewajipan pada waktu-waktu tertentu. Ianya tidak diletakkan hanya pada golongan tertentu sahaja terutama pada pimpinan. Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ` منكرا منكم رأى bahawa gerak kerja ‘ منmengubah masyarakat yang tidak islamik kepada islamik itu merupakan tanggungjawab bersama. Imam Nawawi mensyarahkan hadith ini menyatakan `tidak dikhusukan amar ma`ruf nahi munkar ini hanya kepada pimpinan bahkan ianya menjadi harus kepada setiap individu Muslim’

Perubahan yang ingin dilakukan mestilah menepati ciri-ciri dakwah Islamiah yang telah digariskan supaya ianya tidak bersifat retorik semata-mata, bersifat waqie dan sesuai serta meraikan peredaran zaman yang sedia ada.

Kesimpulannya, perubahan yang ingin dilakukan cukup banyak pada konteks masyarakat hari ini.

Page 12: fiqh taghyir

Persoalannya sekarang apa peranan yang telah KITA lakukan, sedang lakukan dan akan dilakukan.

KENALI DIMANA PERANAN KITA, MAINKAN PERANAN TERSEBUT, JADIKAN KONSEP IHSAN DAN ITQAN DALAM MELAKSANAKAN PERANAN TERSEBUT DISEMAI

Terjemahkan peranan tersebut dalam gerak kerja KOLEKTIF dan bersama wadah kesatuan yang sedia ada

Mohd Farkhan B Md ZainUsuluddin, Jabatan Hadith, KaherahMasakin Uthman 2148 p.m