fiqh sembelihan

30
2.0 PENGERTIAN PENYEMBELIHAN Penyembelihan dari segi bahasa ialah potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang. Dari segi syarak pula ialah menyembelih binatang yang mampu dikuasai dan harus dimakan dengan memutuskan urat halkum, urat mari dan dua urat darah di kiri dan kanan leher binatang tersebut (Lokman, 2002). Ini adalah berasas pada sabda Rasulullah S.A.W : ة ب ل ل وا ق ل ح ل ا ي ف كاة الذ ن ا لا اMaksudnya : “Adalah sembelihan itu pada halkum dan leher.” (Riwayat al-Daraqtuni) Menurut Dr. Awis Qurni (2008), penyembelihan adalah proses memotong leher bagi memutuskan trakea (halkum), esofagus ( mari’), arteri karatoid dan vena jugular (wajadain) untuk mengeluarkan darah yang banyak bagi mempercepatkan proses kematian ternakan. 3.0 DALIL PENSYARIATAN PENYEMBELIHAN Kedatangan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah rahmat kepada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan bahkan rahmat kepada sekalian yang wujud di alam ini. Firman Allah S.W.T : Maksudnya : “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi sekalian alam.” (Surah al-Anbiya : 107) Cara Islam mengatur hubungan manusia sesama manusia, malah juga hubungan manusia dengan binatang dan seluruh alam ini, adalah bukti kerahmatan itu. Ini termasuklah cara melakukan penyembelihan binatang. Islam telah memberi garis panduan yang lengkap bagaimana untuk melakukannya. Menyembelih binatang dengan aturan yang ditetapkan oleh syarak adalah satu jalan yang menyebabkan daging binatang itu halal dimakan disamping memenuhi syarat-syarat yang lain (Jabatan Mufti Kerajaan. Jabatan Perdana Menteri, 2002). Hal ini digambarkan dalam firman Allah S.W.T : 1

Upload: ayuemohamad91

Post on 10-Sep-2015

205 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tajuk sembelihan

TRANSCRIPT

2.0 PENGERTIAN PENYEMBELIHANPenyembelihan dari segi bahasa ialah potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang. Dari segi syarak pula ialah menyembelih binatang yang mampu dikuasai dan harus dimakan dengan memutuskan urat halkum, urat mari dan dua urat darah di kiri dan kanan leher binatang tersebut (Lokman, 2002). Ini adalah berasas pada sabda Rasulullah S.A.W : Maksudnya : Adalah sembelihan itu pada halkum dan leher.(Riwayat al-Daraqtuni)Menurut Dr. Awis Qurni (2008), penyembelihan adalah proses memotong leher bagi memutuskan trakea (halkum), esofagus (mari), arteri karatoid dan vena jugular (wajadain) untuk mengeluarkan darah yang banyak bagi mempercepatkan proses kematian ternakan.

3.0 DALIL PENSYARIATAN PENYEMBELIHANKedatangan agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah rahmat kepada manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan bahkan rahmat kepada sekalian yang wujud di alam ini. Firman Allah S.W.T : Maksudnya : Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi sekalian alam.(Surah al-Anbiya : 107)Cara Islam mengatur hubungan manusia sesama manusia, malah juga hubungan manusia dengan binatang dan seluruh alam ini, adalah bukti kerahmatan itu. Ini termasuklah cara melakukan penyembelihan binatang. Islam telah memberi garis panduan yang lengkap bagaimana untuk melakukannya. Menyembelih binatang dengan aturan yang ditetapkan oleh syarak adalah satu jalan yang menyebabkan daging binatang itu halal dimakan disamping memenuhi syarat-syarat yang lain (Jabatan Mufti Kerajaan. Jabatan Perdana Menteri, 2002). Hal ini digambarkan dalam firman Allah S.W.T : Maksudnya : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)(Surah al-Maidah : 3)Dan firman Allah S.W.T : Maksudnya : Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.(Surah al-Anam : 118)Dengan ini jelas bahawa binatang yang halal itu hendaklah disembelih menurut cara Islam. Jika sebaliknya, maka ia tidak halal dimakan. Kecuali dua jenis binatang yang halal dimakan tanpa disembelih iaitu ikan dan belalang.Sabda Rasulullah S.A.W : , , : , : .Maksudnya : Dihalalkan bagi kita dua bangkai dan dua jenis darah. Dua jenis bangkai ialah ikan dan belalang, manakala dua jenis darah ialah hati dan limpa.(Riwayat Ahmad).

4.0 HUKUM PENYEMBELIHAN Hukumnya adalah wajib dilakukan ke atas sesuatu haiwan itu untuk membolehkan ianya halal dimakan. Haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum Islam diistilahkan sebagai bangkai dan najis. Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)(Surah al-Maidah : 3)

5.0 CARA PENYEMBELIHANTerdapat tiga cara penyembelihan, iaitu : al-Zabhu (), al-Nahru (), dan al-Aqru ().I. Al-Zabhu : Penyembelihan pada leher binatang di sebelah atas halkum mengikut syarat-syarat syara. Sembelihan cara ini adalah bagi semua binatang yang dapat dikawal atau dijinak.

II. Al-Nahru : Penyembelihan pada leher binatang di sebelah bawah halkum. Cara ini sunat bagi penyembelihan unta. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Oleh itu, kerjakanlah sembahnyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).(Surah al-Kauthar : 2)

Menurut ulama fiqh, penyembelihan unta secara al-Nahru adalah supaya ia cepat mati disebabkan lehernya yang panjang. Walaubagaimanapun, kedua-dua cara penyembelihan tersebut boleh digunakan pada mana-mana sembelihan kerana prinsipnya adalah sama.

Ini berdasarkan hadis daripada Ibn Abbas RA, RASULULLAH S.A.W bersabda: Maksudnya : Adalah sembelihan itu pada halkum dan leher.(Riwayat al-Daraqtuni)

Namun, yang sunat dilakukan adalah dengan menyembelih unta secara al-Nahru, manakala binatang lain secara al-Zabhu.

III. Al-Aqru : Penyembelihan dalam keadaan darurat , iaitu melukakan binatang pada mana-mana bahagian anggota yang boleh mematikannya.

Cara ini apabila binatang menjadi liar dan tidak dapat dikawal, sebagaimana penyembelihan binatang buruan. Hal ini berdasarkan hadis daripada Rafi bin Khudaij, Rasulullah S.A.W bersabda dalam peristiwa seekor unta rampasan perang yang terperanjat dan terus lari, lantas dipanah oleh seorang lelaki dan menyebabkannya ia mati :

, Maksudnya : Binatang ini ada juga yang liar, sebagaimana binatang liar yang lain. Justeru, binatang yang bertindak demikian terhadap kamu, lakukanlah sebagaimana binatang liar yang lain. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

6.0 SYARAT SAH PENYEMBELIHANSyarat-syarat penyembelihan terbahagi kepada tiga, iaitu Syarat melakukan penyembelihan. Syarat binatang yang disembelih. Syarat bagi alat sembelihan.Syarat melakukan penyembelihani. Penyembelih hendaklah beragama Islam atau ahli kitab, iaitu yang beragama Yahudi dan Nasrani. Jika penyembelih seorang yang murtad, penyembah berhala, tidak percaya kepada Allah atau Majusi, maka hukum sembelihan mereka tidak halal. Firman Allah S.W.T

Maksudnya : Kecuali yang sempat kamu sembelihan (sebelum habis nyawanya).(Surah al-Maidah : 3)

Ayat tersebut ditujukan kepada orang Islam. Sembelihan ahli kitab halal berdasarkan firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu.(Surah al-Maidah : 5)

Maksud makanan dalam ayat tersebut ialah sembelihan. Sembelihan orang kafir selain daripada ahli kitab tidak halal.

Ini berdasarkan hadis, Nabi S.A.W menulis surat kepada Majusi Hajar mengajak mereka memeluk Islam. Sabdanya : , , , Maksudnya : Sesiapa yang memeluk agama Islam diterima dan sesiapa yang ingkar dikenakan jizyah, sembelihan mereka tidak halal dimakan dan perempuan mereka tidak harus dikahwini. (Riwayat al-Bukhari).

Sembelihan majusi tidak halal, lebih-lebih lagi sembelihan orang murtad, penyembah berhala dan yang tidak percaya kepada Tuhan kerana kekufuran mereka lebih dahsyat.

ii. Penyembelih atau seorang daripada asal-usulnya bukan ahli kitab setelah berlaku penyelewengan atau pemansuhan agamanya. Oleh itu, tidak halal sembelihan orang yang tidak beriman dengan Allah, kemudian memeluk agama Nasrani pada hari ini. Begitu juga seorang Nasrani atau Yahudi yang diketahui asal usulnya penyembah berhala yang kemudiannya memeluk agama Nasrani setelah berlaku penyelewengan tersebut atau setelah bangkit Nabi Muhammad S.A.W. ini berdasarkan hadis :

, , Maksudnya : Rasulullah S.A.W melarang orang Islam makan sembelihan orang Arab yang beragama Nasrani daripada kalangan kabilah Bahara Tanukh dan Taghlib(Riwayat Syahar Ibn Hausyab)

Alasan tegahan makan sembelihan Nasrani tersebut adalah kerana mereka memeluk agama itu setelah berlaunya penyelewengan terhadapnya.

iii. Dia tidak melakukan penyembelihan hanya yang lain selain Allah S.W.T atau tidak menyebut nama yang lain selain Allah. Jika seseorang melakukan penyembelihan atas nama berhala, nama seorang muslim atau Nabi-nabi, maka sembelihannya tidak halal. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah.(Surah al-Maidah : 3)

Ini bererti sembelihan yang bukan kerana Allah atau disebut nama yang bukan nama Allah hukumnya haram dimakan. Apabila terdapat ketiga-tiga perkara penyembelihan tersebut, maka hukumnya halal sembelihannya samada dia lelaki atau perempuan, kecil atau besar, mumayyiz atau tidak, mabuk atau gila dan sebagainya selagi dia mampu menyembelih dan mempunyai iat tersebut walaupun secara umum.

Syarat binatang yang disembelihi. Penyembelih mendapati bahawa sebelum binatang itu disembelih ia masih mempunyai hayat mustaqirrah, iaitu binatang yang sakit atau luka dan seumpamanya yang tidak membawa kematiannya dan pergerakannya seperti pergerkan binatang yang disembelih.

Sekiranya binatang itu tiada hayat mustaqirrah maka penyembelihan itu tidak dianggap al-Tazkiah dan sembelihan tersebut tidak halal, kecuali setelah dilakukan penyembelihan darurat sebelumnya. Darah yang mengalir daripada uratnya setelah disembelih tidak membuktikan bahawa hayat mustaqirrah masih wujud.

ii. Putus halkum dan mari. Halkum adalah saluran pernafasan dan mari saluran makanan. Sekiranya kedua-dua saluran tersebut tidak putus walaupun sedikit, sembelihan itu tidak halal. Ini berdasarkan hadis daripada Rafi bin Khudaij, sabda Nabi S.A.W : , , , Maksudnya : Sesuatu alat yang boleh menyebabkan darah mengalir dan nama Allah disebut, maka makanlah sembelihan itu. Namun, alat tersebut bukannya gigi dan kuku. (Riwayat al-Bukhari).

Penyembelihan mestilah dengan sesuatu yang boleh menyebabkan darah mengalir dan memutuskan halkum dan mari. Pada kelazimannya, kehilangan nyawa bergantung kepada putus atau tidak kedua-dua saluran tersebut.

iii. Putus kedua-dua saluran tersebut dengan segera dan dengan sekali sembelihan. Sekiranya disembelih perlahan-lahan sehingga sembelihan tersebut tidak bergerak-gerak sebagaimana pergerakan binatang yang disembelih sedangkan halkum dan marinya belum putus, maka batallah penyembelihan dan sembelihan itu tidak batal.

Untuk mengenali hayat mustaqirrah pada sembelihan ialah binatang tersebut meronta-ronta dengan kuat setelah disembelih. Jika ia disembelih perlahan-lahan, dan lambat memutuskan halkum dan mari sehingga tidak bergerak setelah sellesai sembelihan, maka hal yang demikian menunjukkan bahawa hayat mustaqirrah binatang tersebut tiada lagi sebelum selesai penyembelihan. Sembelihan itu tidak halal dan penyembelihannya tidak dinamakan al-Tazkiah.

Syarat bagi alat penyembelihani. Alat penyembelihan hendaklah tajam yang boleh melukakan. Antaranya adalah seperti besi, tembaga, tima, buluh, kaca, batu dan lain-lain. Kematian binatang yang disebabkan hentakan tidak dianggap penyembelihan.

Ini berdasarkan hadis daripada Rafi bin Khudaij, sabda Nabi S.A.W : , , Maksudnya : Sesuatu alat yang boleh menyebabkan darah mengalir dan nama Allah disebut, maka makanlah sembelihan itu. (Riwayat al-Bukhari).

Hanya benda yang tajam dapat melukakan sembelihan dan mengalirkan darah dengan cepat, manakala hentakan walaupun boleh membunuh, tetapi ia tidak mengalirkan.

ii. Alat penyembelihan selain daripada gigi atau kuku. Sembelihan dengan gigi atau kuku terkecuali daripada keharusan penyembelihan dengan alat yang boleh mengalirkan darah, sepertimana hadis yang telah disebut di atas. Termasuk dalam hukum gigi dan kuku adalah semua jenis tulang samada tulang manusia atau yang lainnya.

Hikmah pengecualian tersebut seperti yang dijelaskan oleh ulama adalah semata-mata mentaati perintah Allah S.W.T. Semua hukum penyembelihan berdasarkan ketaatan kepada Allah, bukan sebab atau maslahat tertentu yang berdasarkan kepentingan yang lain. Adalah lebih baik untuk mengetahui sebab-sebab pengecualian tersebut dalam penyembelihan dengan berpegang kepada pendapat ini : Allah S.W.T yang lebih mengetahui hakikat yang sebenar-benarnya. (Dr. Mustofa al-Khin, Dr. Mustofa al-Bugha & Ali asy-Syarbaji,1999).

7.0 PERKARA SUNAT SEMASA PENYEMBELIHANDisunatkan ketika sembelihan, meraikan perkara berikut :i. Menyebut sahaja ketika menyembelih atau ketika melepaskan binatang pemburu, atau ketika anak panah dilepaskan ke arah binatang buruan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya.(Surah al-Anam : 118)Dan hadis yang lain, Nabi S.A.W bersabda : , Maksudnya : Alat yang boleh menyebabkan darah mengalir dan nama Allah disebut, maka makanlah sembelihan itu.(Riwayat al-Bukhari)

Menurut ulama al-Syafie, ayat dan hadis tersebut menunjukkan bahawa hukum menyebut ketika menyembelih hanya sunat dan tidak menjejaskan kesahihan penyembelihan jika tidak disebut, asalkan syarat-syarat penyembelihan itu dipatuhi.

ii. Memutuskan wajadan atau waridan iaitu dua urat di kiri dan kanan leher yang berhampiran dengan halkum agar nyawa terputus dengan cepat.

iii. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

iv. Penyembelih menajamkan pisaunya. Ini berdasarkan hadis, sabda Rasulullah S.A.W: , , , , Maksudnya : Allah mewajibkan perlakuan yang baik dalam semua perkara. Justeru, apabila melakukan pembunuhan, lakukanlah dengan cara yang baik dan apabila melakukan penyembelihan, lakukanlah juga dengan cara yang baik. Oleh itu, seseorang penyembelih dalam kalangan kamu hendaklah menajamkan pisaunya dan selesaikanlah sembelihannya.(Riwayat Muslim)

v. Membaringkan binatang sembelihan pada rusuk kirinya dan membiarkan kaki kanannya bergerak-gerak selepas penyembelihan supaya ia selesa dengan pergerakan itu, kecuali unta yang lebih baik disembelih dalam keadaan berdiri dengan lutut kirinya terikat. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Oleh itu, sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas kakinya.(Surah al-Haj : 36)

Dan hadis daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya : Maksudnya : Ia dalam keadaan berdiri dengan kaki tiga(Riwayat al-Hakim)

vi. Penyembelih dan binatang sembelihan menghadap kiblat ketika penyembelihan. Ini kerana kiblat merupakan arah yang paling mulia.

vii. Sunat tidak menyembelih di hadapan binatang-binatang yang lain.

viii. Melakukan penyembelihan dengan segera.

8.0 PERKARA MAKRUH SEMASA PENYEMBELIHANPerkara makruh semasa penyembelihan adalah seperti berikut :i. Mengasah pisau di hadapan binatang yang hendak disembelih.ii. Menyembelih hingga terputus kepala.iii. Penyembelihan dilakukan oleh orang perempuan.iv. Penyembelih orang yang berhadas besar.v. Makruh membaringkan binatang di sebelah rusuk kanan.

9.0 JENIS-JENIS SEMBELIHANTerdapat lima jenis sembelihan iaitu : Sembelihan Biasa. Sembelihan Wajib Dam. Sembelihan Sunat Qurban. Sembelihan Akikah. Sembelihan Nazar.

Sembelihan BiasaSembelihan biasa ialah proses menghilangkan nyawa haiwan yang halal dengan cara memutuskan urat halkum dan urat mari dengan menggunakan alat tajam dengan niat kerana Allah S.W.T.Sembelihan Wajib DamDari sudut bahasa dam bererti darah. Menurut istilah syarak, dam bererti denda yang dikenakan ke atas seseorang yang mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau melakukan perkara-perkara yang dilarang. Contohnya, jika seseorang yang menunaikan haji melakukan kesalahan tidak berihram di Miqat, maka diwajibkan membayar dam iaitu menyembelih seekor kambing.Sembelihan Sunat QurbanDari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana AllahS.W.T. Dari istilah syarak, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada hari Raya Aidiladha dan hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadah dan menghampirkan diri kepada Allah. Hukum qurban ialah sunat muakkad iaitu sangat dituntut ke atas orang yang berkemampuan. Qurban disyariatkan pada tahun kedua Hijrah sebagai mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Ismail A.S. Qurban hanya dituntut kepada orang yang berkemampuan. Ukuran kemampuan tersebut ialah apabila sesorang itu memiliki harta yang melebihi perbelanjaan diri dan orang-orang di bawah tanggungan pada hari qurban. Hukum qurban menjadi wajib apabila bernazar. Contoh binatang qurban ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas.Sembelihan AkikahAkikah ialah sembelihan binatangternakan anamyang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. Hukum akikah adalah sunat muakkad bagi orang yang menanggung kanak-kanak itu. Kadar akikah ialah dua ekor kambing bagi kanak-kanak lelaki atau dua bahagian daripada lembu, kerbau dan unta. Bagi kanak-kanak perempuan pula, kadarnya ialah seekor kambing atau sebahagian daripada lembu, kerbau dan unta.Sembelihan NazarNazar menurut istilah ulama feqah ialah beriltizam untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dengan kewajipan yang tidak disyarakkan secara mutlak atau tidak terikat dengan sesuatu yang mewajibkan dari melakukannya. Dalil dari al-Quran dan hadis mengenai keharusan nazar, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: Maksudnya (Mereka dikurniakan kesenangan) itu kerana mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadaNya), serta mereka takutkan hari (akhirat) Yang azab seksaNya merebak di sana sini. (Surah al-Insan: ayat 7)

Sabda baginda Rasulullah S.A.W. daripada Aisyah R.A;Maksudnya : Sesiapa yang bernazar untuk taat kepada Allah maka taatilah akanNya dan sesiapa yang bernazar untuk berbuat maksiat kepadaNya maka janganlah membuat maksiat kepada-Nya.(Riwayat Bukhari)

Berdasarkan dalil di atas dan dalil-dalil yang lain, ulama berpendapat nazar hukumnya harus dalam Islam jika seseorang itu bernazar untuk menghampirkan diri kepada Allah s.w.t Contohnya, ada sesorang yang bernazar jika sembuh dari penyakit ini maka dia akan sedekahkan seekor kambing kerana Allah. Selepas sembuh hendaklah dia menunaikan nazarnya kerana Allah. Jika enggan atau ingkar dikira berdosa. Jika tidak dapat ditunaikan nazarnya maka hendaklah ditebus nazar sepertimana menebus sumpah, sama ada memberi makan kepada 10 orang miskin dengan hidangan yang mengenyangkan mereka, memberi pakaian kepada 10 orang miskin atau membebaskan seorang hamba yang beriman.Jika ketiga-tiga ini tidak mampu dilakukan maka hendaklah berpuasa tiga hari berturut-turut. Dalilnya, hadis yang diriwayatkan oleh Uqbah bin Amir daripada Rasulullah S.A.W. baginda bersabda,Maksudnya : Kafarah (menebus) nazar seperti kafarah (menebus) sumpah. (Riwayat Muslim)

10.0 KAEDAH PENYEMBELIHAN AYAM

Rajah 1 : Bahagian Leher AyamSemasa sembelihan : lihat bahagian yang putus.

Rajah 2 : Bahagian Penyembelihan Ayam11.0 KAEDAH PENYEMBELIHAN LEMBU

Rajah 3 : Bahagian Leher LembuSemasa sembelihan : lihat bahagian yang putus.

Rajah 4 : Bahagian Penyembelihan Lembu

12.0 PERBANDINGAN CARA PENYEMBELIHAN MENGIKUT 4 MAZHAB FEQAH

1) Bahagian Sembelihan Yang Mesti DiputuskanPara fuqaha'berbeza pendapat tentang had yang paling minima yang wajib dipotong iaitu:PendapatMazhab HanafiMenurut pendapat Hanafi, wajib diputuskan tiga daripada empat, saluran halkum dan mari dan urat darah. Oleh itu jika penyembelih meninggalkan salah satunya maka sembelihan tersebut halal dimakan.Pendapat Mazhab MalikiMenurut pendapat Maliki, penyembelihanmestilahmemotong halkum dan kedua-dua urat darah. Bagi pendapatnya urat mari tidak perlu dipotong. Pendapatnya hampir sama dengan pendapat Hanafi.Pendapat Mazhab Syafei dan HambaliMenurut pendapat mazhab Syafei dan Hanbali, penyembelihan mesti dengan memotong seluruh saluran nyawa (halkum), saluran makanan (mari) kerana kehidupan berakhir dengan tiada kedua-dua saluran ini dan sunat memutuskan kedua-dua urat darah, iaitu dua urat yang berada dikiri kanan bahagian tengkuk, kerana tindakan ini sebagai melakukan ihsan dalam penyembelihan dan juga bagi mengelak pertikaian.Memutuskan halkum dan mari dikira sah dengan syarat mesti dilakukan sewaktu binatang berkenaan masih hidup secara sempurna sewaktu pemotongan itu dilakukan dengan cepat dan sekaligus, jika tidak maka disyaratkan ia wujud pada akhir pemotongan. Dan jika tindakan memotong keduanya tidak dilakukan dengan cepat dan binatang sembelihan itu pula tidak lagi hidup secara mantap bahkan sembelihan itu selesai sewaktu binatang itu tidak bergerak, maka tidak halal dimakan kerana sudah menjadi bangkai, dengan demikian sembelihan pada masa itu tidak bermakna lagi.

2) Tempat Untuk DipotongPara ulama tidak berselisih pendapat jika sembelihan dilakukan dengan memotong dua biji halkum dan sebahagian dibahagian sebelah tubuhnya sementara sebahagian lagi di sebelah kepala, maka sembelihan itu halal. Ulama juga berpendapat seperti berikut;Pendapat Mazhab Syafei , Maliki dan HambaliJika biji halkum itu tidak dikerat dua, dan ia berada di bahagian sebelah tubuhnya, maka tidak halal dimakan, kerana memotong halkum adalah syarat dalam sembelihan. Oleh itu mestilah dipotong biji halkum tersebut. Apabila sembelihan yang dilakukan di atas daripada bahagian halkum, maka kedudukan halkum tidak terjejas.Kesimpulannya, penyembelihan mestilah menghasilkan dua bulatan daripada biji halkum, satu di atas dan satu lagi di bawah, jika tidak maka binatang yang disembelih itu tidak halal, kerana ia bukan dinamakan sembelih tetapi dinamakan kerat.Pendapat mazhab HanafiMazhab Hanafi berpendapat, cara sembelihannya adalah dengan tiga kali aksi potong yang seiring dengan bacaan sehingga urat di leher haiwan itu putus sama sekali. Adakalanya (darurat), diharuskan lebih dari tiga potongan supaya urat yang hendak di potong sehingga putus itu dapat dipastikan. Mazhab Hanafi selalunya membenarkan lebih dari tiga potongan dengan cara yang sama.

3) Penyembelihan Daripada Bahagian Atas TengkukPendapatMazhab MalikiMengikut pendapat Maliki, binatang yang disembelih daripada bahagian atas tengkuk tidak harus dimakan. Begitu juga yang disembelih di sudut kiri atau kanan lehernya walaupun sampai kepada semua yang perlu dipotong dalam penyembelihan. Kerana orang yang memotong urat-urat yang perlu diputuskan itu hanya dapat berbuat demikian setelah ia memotong dahulu saraf tunjang yang mana ia merupakan sebab yang boleh membunuh. Dengan demikian, maka binatang tersebut telah disembelih selepas binatang itu mengalami dan mempunyai sebab kematiannya.PendapatJumhur Fuqaha'Mengikut pendapatjumhur fuqaha'pula, menyembelih binatang dari atas tengkuk atau daripada sebelah tepi adalah makruh. Jika dilakukan juga demikian maka dikira berdosa kerana mengazabkan binatang. Bagaimanapun jika pemotongan berlaku dengan cepat dan pisau segera lantas ke tempat sembelihan sewaktu binatang masih hidup segar semasa pisau memotong kebanyakan urat mengikut ulama' Hanafi atau memotong halkum dan mari' mengikut pendapat ulama' Syafei dan Hambali. Maka binatang tersebut halal dimakan. Jika tidak, maka ia tidak halal dimakan kerana telah mati tanpa sembelihan.

4) Memutuskan Saraf TunjangJika sekiranya seorang penyembelih terus memotong tanpa berhenti sehingga memutuskan bahagian saraf tunjangnya atau memutuskan seluruh tengkuk, maka mengikut pendapat jumhur iaitu: PendapatJumhur Fuqaha'Penyembelihan ini adalah makruh kerana tindakan begitu akan menambah keseksaan. Jika ia dilakukan juga tindaklah haram kerana memutuskan bahagian tersebut berlaku setelah penyembelihan yang sempurna terlaksana.Pendapat Mazhab HambaliMazhab inimenyatakan, jika kepala binatang sembelihan itu diceraikan semasa menyembelihnya atau dengan dipenggal lehernya dengan pedang, ia tetap halal secara mutlak.

5) Menyembelih Dengan CepatPendapatJumhur Fuqaha'Mengikut pendapat jumhur fuqaha' adalah disyaratkan penyembelihan dilakukan dan disempurnakan dengan cepat dan serta merta. Oleh yang demikian jika seseorang penyembelih mengangkat tanganya sebelum selesai sembelihan kemudian dia berbalik semula serta-merta, maka sembelihannya itu boleh dimakan. Sebaliknya jika diselangi masa yang lama, maka sembelihan itu tidak harus dimakan, kerana sembelihannya berlaku terhadap binatang yang telah pun mengalami kecederaan di tempat yang membawa kepada kematiannya sebelum sembelihan diselesaikan dan merupakan binatang yang pasti tidak akan hidup.Pendapat Mazhab HanafiMengikut pendapat mazhab Hanafi pula berpendapat bahawa memutuskan urat-urat adalah sunat disegerakan dan makruh dilakukan dengan lambat.13.0 HIKMAH PENYEMBELIHANUntuk melepaskan nyawa binatang dengan jalan yang paling mudah, yang dapat meringankan dan tidak menyakiti atau meyeksanya. Dengan ini disyaratkan alat yang digunakan itu hendaklah tajam. Sehubungan dengan itu, hikmat diharamkan menggunakan alat-alat penyembelihan yang di tegah adalah kerana ianya menyakitkan binatang, sedangkan Islam menyuruh mematikan binatang secara baik dan sopan, dengan ini akan melahirkan rasa ihsan ke atas binatang bagi memupuk jiwa yang baik.Selain itu, membezakan cara penyembelihan yang sah dan cara penyembelihan yang tidak sah serta perbezaan cara penyembelihan orang-orang bukan Islam. Ini menunjukkan Islam itu satu sistem hidup yang sempurna dan tersusun rapi, disamping itu melatih manusia supaya mematuhi suruhan Allah S.W.T. sewaktu mendapat makanan (Masni, 1998)Disyaratkan supaya disembelih di leher kerana penyembelihan yang dilakukan pada leher adalah untuk mempercepatkan matinya haiwan sembelihan dan cepat keluar roh (nyawa). Selain itu juga, Darah yang mengalir keluar semuanya tidak mendatangkan bau busuk berbanding dengan yang tidak keluar darah kerana memakan bangkai dan darah tak ubah seperti haiwan. Sebahagian darah di tubuh haiwan yang halal dimakan harus dikeluarkan dan nyawa haiwan itu keluar secara beradab (Lokman, 2002).Sehubungan dengan itu juga, untuk memastikan bahawa makanan yang dimakan oleh orang-orang Islam suci dan halal serta bagi memelihara akidah umat Islam kerana penyembelihan yang dilakukan itu atas nama Allah S.W.T dan sebagai tanda penghormatan dan kesyukuran manusia terhadap salah satu daripada sumber nikmat makanan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T (Ahmad, 2007).

14.0 ISU-ISU SEMASA DALAM SEMBELIHAN1) PENGGUNAAN STUNNING DALAM PENYEMBELIHAN HALAL MENURUT ISLAM DAN SAINS.Pengenalan StunningStunning digunakan sebagai salah satu cara untuk menjadikan binatang yang hendak disembelih tidak sedar untuk beberapa saat bagi mengurangkan kesakitan.Stunning ialah kaedah memengsankan haiwan terlebih dahulu sebelum disembelih supaya haiwan tersebut tidak merasa sakit ketika penyembelihan dilakukan. Penggunaan stunning telah digunakan dengan meluasnya oleh negara-negara barat terutamanya pengeluar utama daging seperti di New Zealand, Australia, Amerika Syarikat dan lain-lain.Animal Welfare Council mendakwa bahawa tujuan utama penggunaan stunning ini digunakan secara meluas adalah kerana penggunaan stunning dapat menenangkan haiwan dan akan memudahkan kerja-kerja penyembelihan. Ianya bermaksud dengan penggunaaan stunning maka tenaga kerja yang diperlukan adalah sedikit kerana ianya sudah tidak memerlukan ramai orang untuk memegang lembu sebelum disembelih seperti yang diamalkan oleh masyarakat kita. Ini juga berikutan jumlah lembu yang perlu disembelih adalah sangat banyak. Selain itu juga penggunaan stunning dapat menjimatkan masa dan meningkatkan produktiviti pengeluaran disamping dapat meningkatkan kualiti daging kerana kurang berlaku ketegangan ke atas haiwan semasa penyembelihan dilakukan. (Jufri & Zulfaqar, 2003).

Jenis-Jenis StunningTerdapat dua jenis stunning yang digunakan antaranya ialah Captive Bolt dan Electrical Stunning.i. Captive Bolt Captive Bolt pula terbahagi kepada Penetrative Captive Bolt, Non-Penetrative Captive Bolt (Mushroom-Head Stunner) dan Pneumatic Captive Bolt.

Penetrative Captive Bolt Menggunakan pistol Captive Bolt yang mengandungi sebiji besi keluli yang tajam dihujungnya dan apabila tembakan dilakukan ia akan menembusi otak melalui impak yang sangat kuat. Tembakan biasanya dilakukan pada dahi dan menyebabkan kerosakan pada bahagian-bahagian tertentu pada otak dan menyebabkan haiwan tersebut pengsan kesan dari kerosakan itu. Manakala jika tidak disembelih haiwan tersebut akan mati. Bagi lembu alat kejutan akan diletakkan di tengah dahi manakala bagi yang memerlukan otak lembu, mereka akan meletakkan alat kejutan di ruangan belakang kepala lembu. Posisi ini kurang efektif dan posisi dahi disyorkan.

Non-Penetrative Captive Bolt (Moshroom-Head Stunner).Ianya juga seperti Penetrative Captive Bolt tetapi ia menggunakan captive bolt yang berbentuk cembung. Kaedah ini mengetuk dan atau mengenakantekanan kepada tempurung kepala tanpa menembusi tengkorak. Kejutan alat pemukul ini datang dari tembakan katrij kosong atau tekanan angin yang memantulkan kepada pemukul jenis mushroom-head dan mengetuk di kepala haiwan. Kejutan ini akan mewujudkan satu gelombang tekanan dalam rongga otak apabila ketukan berlaku dan akan menyebabkan haiwan tersebut pengsan. Walaupun kaedah ini tidak menembusi tengkorak dan tidak mencederakan otak, namun kajian yang dilakukan oleh Dr Mohamed Lutfi dari University Of Queensland, Australia di lapan buah pusat penyembelihan dalam masa 20 bulan pada tahun 2003 hingga 2004 mendapati bahawa 80% - 95% haiwan yang dikaji mengalami keretakan dan pecah tengkorak dan 5% - 20 % mengalami lekukan di tengkorak.

Pneumatic Captive BoltBagi Captive Bolt yang dikenali sebagai Pneumatic Captive Bolt Gun pula mempunyai ruang udara di hujungnya yang memberi tekanan udara ke dalam otak setelah tengkorak ditembusi. Udara ini memberi tekanan kepada bahagian tertentu dan menyebabkan haiwan tersebut pengsan.

ii. Electrical StunningManakala electrical stunning pula terbahagi kepada dua jenis iaitu Electrical Shock dan Waterbath.

Electrical ShockKejutan elektrik di kepala sahaja digunakan untuk memengsankan lembu, kambing dan biri-biri. Kaedahnya ialah dengan meletakkan sepasang penyepit di kedua-dua belah kepala haiwan dan mengalirkan aliran elektrik ke otak. Aliran elektrik dialirkan dengan kadar yang sesuai dan tempoh masa yang sesuai mengikut jenis haiwan, saiz dan jantina. Ini adalah begi mengelakkan aliran elektrik mengalir ke seluruh badan yang akan menyebabkan jantung berhenti dan boleh membawa kepada kematian haiwan tersebut. Arus elektrik dialirkan atas kepala haiwan bagi kambing dan biri-biri manakala di bahagian hidung bagi lembu. Arus aliran eletrik tidak boleh melebihi had yang ditetapkan, 0.75 ampere bagi kambing dan 2,0 ampere bagi lembu.

Waterbath StunningSejenis alat elektrik yang menggunakan medium air untuk kejutan haiwan sebelum disembelih. Kaedah ini digunakan untuk haiwan beburung seperti ayam, itik dan angsa. Haiwan akan digantung kaki ke atas pada besi yang bergerak ke satu takungan air yang mempunyai aliran elektrik. Juruteknik yang bertauliah akan mengawal kekuatan arus elektrik bagi memastikan aliran tidak terlalu tinggi.

Pandangan Ulama dan Badan Islami Mengenai Isu Penggunaan Stunning.i. Ketetapan Majma al-fiqh al-Islami (Islamic Fiqh Academy)Haiwan yang disembelih secara syarak selepas dikenakan kejutan adalah harus dimakan sekiranya haiwan itu masih hidup sebelum disembelih. Penggunaan stunning hendaklah mengikut syarat-syarat berikut iaitu kedua-dua elektrok perlu dikenakan di kedua-dua belah kepala di antara mata dan telinga atau di tengah-tengah dahi. Voltage hendaklah antara 100-400 volt. Kekuatan arus elektrik ialah antara 0.75 dan 1.0 bagi kambing, antara 2.0 dan 2.5 bagi lembu. Arus elektrik hendaklah dialirkan dalam tempoh 3 hingga 6 saat.

Penggunaan Penetrative Capative Bolt dan Pneumatic Captive Bolt Gun adalah tidak harus. Electrical stunning (waterbath) adalah tidak harus kerana kadar kematian sebelum sembelihan dilakukan adalah tinggi. Menggunakan kejutan gas karbon dioksida atau Mushroom Head Gun tidak haram kerana tidak membawa kematian sebelum disembelih.

ii. Fatwa al-AzharUniversiti al-Azhar telah melantik jawatankuasa khas untuk membuat keputusan tentang kaedah ini. Keputusannya ialah : Negara Islam yang melaksanakan kaedah moden dalam sembelihan tiada larangan dalam agama. Ianya halal selagi kaedah baru itu bersih dan menyebabkan pendarahan. Sekiranya cara ini lebih cepat dan tepat kaedah tersebut adalah bertepatan dengan ihsan yang di anjurkan oleh Rasulullah S.A.W.

iii. Ketetapan Arab Gulf Cooperation Councils (GCC)GCC telah mengeluarkan standard halal yang digunakan untuk negara Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan UAE. Standard tersebut ialah : Tidak dibenarkan memukul kepala haiwan atau menggunakan kaedah lain yang seumpamanya. Binatang hendaklah masih dalam keadaan hidup ketika dikenakan Electrical Stunning bagi memenuhi syarat sah sembelihan. Sekiranya ia mati sebelum disembelih ia dikira dalam golongan al-mauquzah dan tidak halal dimakan.

iv. Pendapat Dr. Wahbah al-ZuhayliTidak ada larangan menggunakan apa-apa cara untuk melemahkan haiwan ketika hendak disembelih tetapi dengan syarat tidak menyeksanya. Islam membenarkan pengunaan dadah sebelum disembelih sekiranya ia tidak mematikan haiwan tersebut. Penggunaan karbon dioksida juga dibolehkan asalkan tidak menyakiti haiwan tersebut. Penggunaan CBP, benda berat, aliran elektrik dan sebagainya tidak dibenarkan kerana menyeksa haiwan tersebut. Tetapi haiwan tersebut boleh dimakan selepas disembelih jika ia masih mempunyai hayat mustaqirrah.

Kaedah stunning Penetrative Captive Bolt dan Non Penetrative Captive Bolt (Mushroom Head Gun) adalah haram dan tidak dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kematian haiwan. Hanya kaedah Kejutan Elektrik (Electrical Stunning) sahaja dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

Stunner yang digunakan adalah jenis kejutan di kepala sahaja. Kekuatan arus elektrik hendaklah dikawal (tidak boleh melebihi had yang ditetapkan) iaitu antara 0.75 ampere untuk kambing, 2.0 ampere untuk lembu dan tempoh masa aliran elektrik ialah antara 3 hingga 6 saat. Perlu dikawal selia oleh petugas muslim yang bertauliah.

Kaedah Waterbath Stunning untuk ayam dan itik adalah diharuskan dengan syarat : Kekuatan arus elektrik adalah dikawal supaya tidak mematikan haiwan. Perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah. Penggunaan dadah dan karbon dioksida dalam prosedur sembelihan adalah diharuskan dengan syarat tidak menyeksa atau mematikan haiwan tersebut.Dalil Dan Hujah Antara dalil yang digunakan dalam menangani isu ini ialah melalui firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah ayat 3 : Maksudnya : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain daripada Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya)(Surah al-Maidah : 3)Hadis yang digunakan adalah seperti berikut :Maksudnya : Hadis Rafi' bin Khadij R.A katanya : Aku berkata : Wahai Rasulullah, kami akan menemui musuh esok sedangkan kami tidak mempunyai pisau. Rasulullah S.A.W bersabda : Segerakanlah atau sembelihlah dengan apa saja yang boleh menumpahkan darah dengan menyebut nama Allah, engkau boleh memakannya asalkan alat tersebut bukan gigi dan kuku. Aku akan nyatakan kepada kamu. Adapun gigi, ia adalah tulang manakala kuku pula adalah pisau orang Habsyah iaitu Ethiopia. Rafi' berkata : Kemudian kami mendapatkan rampasan perang berupa unta dan kambing. Ada seekor unta cuba melarikan diri. Seseorang melepaskan panah ke arahnya dan lalu ia ditangkap. Rasulullah S.A.W bersabda : Memang unta itu ada yang liar seperti binatang liar lain. Apabila kamu mengalami keadaan demikian maka bertindaklah seperti tadi.(Hadis Riwayat Muslim)

RumusanDaripada analisis yang telah dilakukan dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan stunning diharuskan tetapi mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Penggunaan teknologi moden pada hari ini juga perlulah selari dengan tuntutan syarak. Sebagai seorang muslim kita perlulah mencari makanan dan segala keperluan hidup berasaskan sumber-sumber yang halal lebih-lebih lagi dalam permasalahan daging halal. Ini kerana negara kita juga tidak terkecuali dalam mengimport daging dari negara-negara barat.

2) ISU SEMBELIHAN MENGGUNAKAN MESINDefinisi Sembelihan Menggunakan MesinIa merupakan salah satu cara penyembelihan binatang dengan pisau yang tajam yang digerakkan oleh mesin elektrik sebagai menggantikan tangan manusia. Dalam proses ini seorang pekerja muslim dipertanggungjawabkan untuk mengawasi perjalanan mesin tersebut. Pekerja mestilah muslim yang mematuhi syarat-syarat penyembelihan.Soalan : Assalamualaikum,Adakah binatang tersebut halal dimakan sekiranya mesin tersebut dikendalikan oleh orang Islam dan bacaan Basmallah disebut sebelum pengendali tersebut menekan butang untuk menghidupkan mesin penyembelihan tersebut? Penyembelihan secara automatik ini terpaksa dilakukan disebabkan kekurangan tenaga penyembelih dan kadar permintaan yang tinggi.Jawapan:Di Malaysia, walaupun kita belum lagi mengamalkan sembelihan menggunakanmesin tetapi di luar negara telah dilakukan. Hukum sembelihan menggunakan mesin adalah sah kerana permintaan yang banyak. Namun begitu, terdapat syarat yang perlu dipatuhi dalam penggunaan mesin penyembelihan ini iaitu:

i.Dikendalikan oleh orang IslamPenyembelih itu hendaklah seorang Islam atau ahli kitab kerana ia merupakan syarat sah penyembelih (yang memenuhi syarat hakiki orang ahli kitab sebagaimana yang disebutkan oleh ulama-ulama Asy-Syafie). Tidak halal sembelihan orang Majusi (penyembah api), penyembah berhala, orang murtad dan lain-lain daripada orang kafir yang tiada mempunyai kitab agama Allah s.w.t. Penyembelih hendaklah seorang muslim atau ahli kitab, sama ada laki-laki atau perempuan, dan sekiranya penyembelih selain yang disebutkan maka sembelihannya tidak sah, sebagaimana firman Allah s.w.t:Dan makanan (sembelihan) orang-orang ahli kitab halal untukmu danmakananmu halal untuk mereka.(QS al-Anaam 5: 5).

ii.Bacaan Basmallah perlu dibuat sebelum penyembelih menekan butang (suis)Pengendali mesin (penyembelih ) hendaklah orang Islam dan perlu membaca BASMALLAH sebelum memetik suis mesin untuk menggerakkan pisau-pisau tersebut. Pisau yang digunakan mestilah jenis bermata satu dan tajam dan memutuskan halqum (salur pernafasan) dan Mari (salur makanan) serta kedua-dua urat darah bagi melancarkan pengaliran darah keluar.

iii.Orang Islam mesti berada di mesin tersebut sepanjang ia beroperasiPenyembelih yang memetik suis mesin itu tidak boleh meninggalkan tempat sembelihanan, sekiranya beliau perlu meninggalkan tempat penyembelihan ia mesti menghentikan aliran mesin dan menutup suis mesin tersebut. Penyembelih hendaklah memastikan semua ayam itik disembelih dengan sempurna. Penyembelih mesti menyembelih secara manual (tangan) sekiranya ada yang terlepas dari disembelih oleh mesin.

Pandangan Dar al-Ifta' Mesir (Rumah/Pusat Fatwa Mesir) seperti berikut:Jumhur ulama fiqh mengatakan setiap alat yang mengalirkan darah dan memutuskan urat dikira sebagai alat sembelihan, kecuali kuku dan gigi. Disyaratkan juga alat sembelihan itu menyembelih dengan ketajamannya bukan dengan cara lain (seperti aliran elektrik). Dan disyaratkan mereka yang menjalankan mesin tersebut adalah seorang Islam. Jadi, apabila sembelihan dilakukan dengan mesin seperti di atas maka sembelihannya adalah sah.Disyaratkan alat untuk menyembelih hendaklah sesuatu yang boleh memotong dengan ketajamannya seperti besi, tembaga, mas, perak, kayu, sembilu, batu dan kaca selain kuku, gigi dan semua jenis tulang. Sabda Rasulullah s.a.w menurut hadis riwayat Bukhari dan Muslim, yang muttafaqalaih, dari Rafi bin Khudaij r.a:Sesuatu benda (yang digunakan untuk menyembelih) yang dapat menumpahkan darah dan menyebut nama Allah s.w.t (ketika menyembelih), maka makanlah (haiwan sembelihan itu). Tidak termasuk gigi, kuku adapun gigi itu sejenis tulang dan kuku itu pemotong orang Habsyi (kafir).Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan mesin untuk menyembelih binatang adalah sah kerana ia termasuk dalam berdasarkan definisi alat sembelihan yang sah iaitu sesuatu yang boleh memotong dengan ketajamannya.

3) KAEDAH THORACIC STICKING DALAM PENYEMBELIHAN HAIWAN.Kaedah Thoracic Sticking iaitu prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan bagi mempercepatkan proses kematian haiwan sembelihan. Kaedah ini sudah menjadi perkara biasa yang digunakan oleh penternak haiwan di luar negara. Di Malaysia, kaedah ini masih jarang-jarang digunakan oleh penternak dan kilang yang menyediakan daging mentah.Sembelihan adalah salah satu cara untuk mematikan atau menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan memutuskan urat halkum dan urat marih dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah.Firman Allah S.W.T : Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas berhala. (Surah Al-Maidah: 3)

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 29 Sep 2005 telah membincangkan Kaedah Thoracic Stiking Dalam Sembelihan Haiwan. Muzakarah telah memutuskan bahawa Kaedah Thoracic Stiking iaitu prosedur tambahan yang digunakan selepas sembelihan adalah dibenarkan dan daging haiwan tersebut adalah halal tertakluk kepada syarat-sarat berikut:1. Telah berlaku sembelihan yang sempurna (iaitu telah putus keempat-empat urat Mari', haklum dan wadajain).Apabila haiwan tersebut sudah disembelih dengan betul dan mengikut ketetapan syarak, iaitu memastikan semua urat Mari`, halkum, dan wadajain telah putus, maka haiwan tersebut boleh digunakan kaedah yang boleh mempercepatkan kematian haiwan.Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi Wasallam dari Rafi ibnu khadij Radhiallahu anhu: Apa-apa yang dapat mengalirkan darah serta disebut nama Allah padanya (waktu menyembelih), maka boleh kamu makan, kecuali gigi dan kuku, dan aku akan khabarkan kepada kamu sedemikian itu, (kerana) gigi adalah tulang dan kuku adalah pisau orang Habsyah. (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim).

2. Kaedah tersebut dijalankan selepas berlaku pendarahan sempurna(complete bleding) atau selepas 30 saat penyembelihan berlaku;Kaedah Thoracic Stiking hendaklah digunakan kepada haiwan sembelihan yang telah berlaku pendarahan yang telah sempurna, atau selepas 30 saat selepas penyembelihan berlaku. Jika kaedah ini digunakan pada waktu lebih awal atau pendarah haiwan belum lagi sempurna, hukumnya adalah tidak sah sembelihan.Sabda Nabi Shallallahu alaihi Wasallam: Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik kepada sesuatu. Oleh itu jika kamu membunuh, maka perbaikilah cara membunuhnya, dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara menyembelihnya dan tajamkanlah pisaunya serta selesakanlah haiwan sembelihannya itu (Hadis riwayat Muslim).

3. Binatang tersebut disahkan mati akibat sembelihan dan kaedah Thoracic Stiking hanya sekadar membantu mempercepatkan kematian.Haiwan sembelihan perlu disahkan mati kerana sembelihan bukan kerana faktor lain seperti faktor penggunaan kaedah Thoracic Stiking. Ini kerana haiwan yang mati kerana sembelihanlah yang dihalalkan syarak.Apabila telah cukup segala rukun-rukun dan syarat-syarat penyembelihan yang tersebut, maka halal binatang itu, kecuali sembelihan yang dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan sewaktu menyembelihnya selain nama Allah, walaupun sembelihan itu mencukupi segala rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah disebutkan.Firman Allah Subhanahu wa Taala: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah. (Surah Al-Nahl: 115)

4. Kaedah ini perlu dikawalselia oleh petugas muslim yang bertauliah.Syarat yang terakhir ialah penggunaan kaedah Thoracic Stiking memelukan pengawalan yang ketat oleh petugas muslim yang bertauliah. Ini kerana kebiasaannya peniaga besar-besar daging yang mempunyai kilang sembelihan tidak menitik beratkan syarat ini. Dengan adanya pemantauan yang ketat oleh petugas muslim yang bertauliah, maka kebersihan dan kesucian halal daging haiwan sembelihan tidak lagi diragui muslim.Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan. Allah SWT berfirman: Dihalalkan bagi kamu segala yang baik-baik. (Surah Al-Maidah: 4)

1